Kisah rumah tangga Ulfah berbeza dengan perkahwinan orang lain. Faizudin, lelaki yang penuh dengan tipu helah dan licik orangnya merancang untuk menjahanamkan hidup gadis itu. Ulfah diserahkan kepada Afliq selepas sahaja mereka berkahwin.
“Awesome! Kau tak menyesal bagi wife kau pada aku? First night kut. Aku boleh gerenti wife kau tu terbaik, bro.” – Afliq
Afliq yang sekian lama menaruh hati kepada Ulfah telah bertindak menyelamatkan Ulfah dengan melarikan gadis itu. Selepas gadis itu berjaya diselamatkan, Afliq menghulurkan lamaran kasih. Ulfah menolak namun dek kerana desakan Afliq, dia menerima lamaran itu.
“Kalau betul kau nak jadikan aku isteri kau, aku ada syarat.” – Ulfah
Syarat Ulfah itu telah membawa kepada kembara Afliq mencari dirinya.
Perpisahan yang terjadi kiranya memberi Afliq sinar baru dalam hidupnya. Dia akan menuntut janji Ulfah selepas syarat gadis itu tertunai sekembalinya dia ke Malaysia.
Apakah Afliq berjaya memenuhi syarat Ulfah?
“Tuhan menghadirkan dia ke dalam hidupku untuk membawa sinar ke dalam hati yang sekian lama gelap.”
Tapi ada bagus dan tak bagusnya. Yang bagus, itu lebih baik daripada meleret-leret hingga menebalkan jumlah muka surat. Yang tak bagusnya, mood sedih atau gembira tak dapat saya rasa.
Ps: Entah kenapa dalam kepala saya asyik menyebut 'Afiq' bukannya Afliq <- sindrom suka-suki tukar nama hero!
Pss: Bila heroin nama 'Ulfah' (Ulfah Fatimah) buatkan saya sering terbayangkan Teacher Ulfah - Selamat Pagi Cinta :P
Buku kedua penulis ni. Saya mula tertarik dengan penulisan dia dalam novel pertama Setiaku Untukmu. Setiap tulisan dia menyentuh hati saya. Buku kedua ni pun sama.
''Tuhan menghadirkan di ke dalam hidupku untuk membawa sinar ke dalam hati yang sekian lama dalam kegelapan''
Kalau baca sipnopsis belakang buku tu macam 'klise' saja kan! Tapi jangan tertipu dengan sipnopsis kerana jalan ceritanya sangat menarik untuk dibaca oleh orang yang cari kelainan.
Ulfah Fatma tak sangka jodoh dia dalam usia muda. Pilahan bapanya. Dua orang jejaka yang pernah membantu bapanya kerana satu peristiwa menjadi rapat dengan keluarganya. Antara Alfiq dan Faizudin, pilhan bapanya ialah Faizudin kerana Faizudin ni la yang lamar dahulu Ulfah ni. Jadi mereka berkahwinla. Tapi sayangnya malam pertama yang indah menjadi derita puat Ulfah, bila mana suami yang dianggap pelindung sanggup menjual dia pada Alfiq dengan bayaran RM50,000. Nasibla Afliq ni memang ada hati dengan Ulfah jadi dia tak buat apa-apa dekat Ulfah. Hari kedua pula, Ulfah tidak selamat kerana Faizudin menjual dia pada seorang lelaki India dengan harga RM10,000 untuk meniduri Ulfah. Rupanya Faizudin ni jahat nak mampus, ramai gadis yang telah menjadi mangsa dan dilacurkan. Sehingga ada yang menjadi pelacur tetap. Sanggup dia tipu adik tiri dia, dan menjadi mangsa dia untuk gantikan Uflah. Kesian gadis tu, teraniaya, dah la belajar kolej lagi.
Tapi Afliq la yang menjadi hero dalam cerita ni. Nasib ada idea nak melarikan Ulfah. Dia menyembunyikan Ulfah. Macam-macam yang dia bantu. Bawa bapa Ulfah tinggal di bandar untuk elakkan dari Faizudin. Memohon untuk penceraian Ulfah. Memasukkan Ulfah belajar semula. Memperkrnalkan Ulfah dengan Ikhwan dan Iman yang banyak membantu Ulfah.
Alfiq juga budak liar macam Faizudin. Tapi Alfiq masih ada sisi baiknya. Dengan sambung belajar di luar negara dan bertemu Hazman, rupanya mengubah diri Alfiq sedikit demi sedikit menjadi pemuda yang berilmu dan hebat. Dan akhirnya kembara mencari diri Alfiq menjadi indah.
-apa yang akan jadi setrusya pada Ulfah dan Alfiq> -apa yang akan menimpa Faizudin? -siapa adik tiri Faizudin yang dilancurkanya tu?
jom dapatkan buku ni. ceritanya ada kaitan antara satau sama lain.Buku mengenai kembara hati manusia untuk mencari redha Allah...cinta dan kasih sayang hanya Allah yang aturkan. Tahniah buta penulis untuk buku kedua dia. Harap ada lagi karya akan datang. Semoga maju jaya dalam bidang penulisan.
p/s:- saya suka penulis selitkan sirah perjalanan mesir, sempadan rafah, Hassan Albana, Dr. Mursi...jadi sedikit sebanyak kalau ada yang tak tahu boleh mengenali serba sedikit mereka. Pemimpin yang hebat dan dikasihi rakyat.
i lioke so the very mucho.. menyesal plak set aside buku nie kat bhgn pending lama sgt. suka sgt perjalanan cinta afliq dan ulfah. both mula mencari cinta yg lebih sempurna.. suka sangat2 walau ada part2 kesedihan dan kekiciwaan itu tp pengakhirannya masih membuat diri ini tersenyum.
ngeeee.. buku nie jer sempat khatam sebelum celebrate raya. hehe
Plot dah ada dan isi cerita pun dah cantik tapi sayang sekali penceritaannya macam tergesa-gesa. Penulis macam nak cepat habiskan manuskrip. Faizudin kahwin dengan Ulfah untuk dapatkan harta Tuan Uzair. Selepas kahwin, Ulfah terperanjat bila dapat tahu dirinya nak dilacurkan oleh suami sendiri. Afliq hamburkan duit pada Faizudin untuk selamatkan Ulfah dengan bantuan Ikhwan. Afliq berusia 22 tahun dan Ulfah pula 19 tahun. Kalau dipanjangkan keseluruhan cerita, saya pasti akan lebih mantap karya ini. Watak sampingan termasuk Puan Sri Suria, Khaulah dan Iman banyak membantu hidupkan cerita ini. Ending pun macam tak lengkap. Afliq dan Ulfah honeymoon di New Zealand and that’s it! Alangkah bagus kalau diceritakan kisah tamat belajar dan ambil alih syarikat ayah dia. Ulfah pun tamat belajar juga. Apa terjadi pada pasangan suami isteri muda selepas itu. Harapan saya semoga penulis dapat menghasilkan karya yang lebih baik lagi di masa akan datang.