Jump to ratings and reviews
Rate this book

Naskah Terakhir Laura Isabell

Rate this book
Cinta itu anugerah. Sudah tertulis sebelum roh ditiup bahawa dia akan menjadi milik kita.

1911
Naskah Terakhir Laura Isabell telah menimbulkan tanda tanya kepada pewarisnya. Catatan kisah cinta yang menyentuh hati itu telah membuatkan setiap pewarisnya berkelana ingin mencari kesudahan kisah tersebut.

2008
Dean, waris terakhir yang diwasiatkan memikul amanah itu. Namun, amanah yang dipikul datang bersama sebuah tanggungjawab yang berat.

Laura Isabell. Sepasang nama yang sering membuatkan diri si gadis Melayu jati itu disalah faham. Namun dia tidak menyangka, ada rahsia yang tersimpan berabad lamanya di sebalik nama itu.

Mampukah Dean melaksanakan amanahnya? Dan apakah rahsia di sebalik nama Laura Isabell?

Segalanya bakal terungkai di dalam Naskah Terakhir Laura Isabell... cinta yang merentasi batas waktu.

Paperback

First published January 1, 2015

10 people are currently reading
185 people want to read

About the author

Anna Lee

30 books548 followers
Anna Lee is a published author living in Kuala Lumpur, Malaysia. Writing fiction since 2009. Before Anna Lee, she also known as Zuliana Abuas and Julia Esqa.

She holds a Bachelor's Degree in Economic (Natural Resources) from the University Malaysia Terengganu a.k.a KUSTEM. Previously, she worked in Oil & Gas Industry before she decided to be full time writer.

Her first novel Viva Sakura (2009) and then Bunga Di Rimba (2011). Korea I'm In love (2012) is her third novel under nickname Zuliana Abuas. She also published fantasy novel Puteri Karla (2011) under nickname Julia Esqa. Now she's stick with Anna Lee.

Under the name of Anna Lee she is the author of
Terukir Cinta (2013),
Mencari Mr. Charming (Dec 2013)
Aku Dia dan Pinky Promise (2014).
Mesej (2015)
Hello (2016)

She also author of many number of mini novel such as Diary Mrs Ben (Limited Edition - Yang Luar Biasa 2013) and latest mini novel Bukan Awak Tapi Dia (Limited Edition - Yang Aku Cinta).

Twitter : @annaleejue
Facebook Page :
https://www.facebook.com/pages/Anna-L...
Blog :
http://novelannalee.blogspot.com
http://www.instagram.com/annaleejue



Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
134 (43%)
4 stars
125 (40%)
3 stars
40 (13%)
2 stars
5 (1%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 103 reviews
Profile Image for Ririn Aziz.
789 reviews106 followers
November 12, 2015
Alhamdulillah....akhirnya berjaya dihabiskan :)

Pertamanya, tahniah kepada Puan Penulis kerana berani menghasilkan kisah yang berlainan dari yang biasa. Semoga penulis sentiasa diberi ilham untuk menghasilkan karya2 yg tersendiri di masa akan datang.

Namun, terdapat beberapa kesilapan (atau mungkin lebih tepat kurang perhatian) diberikan terhadap penghasilan watak yang telah menjejaskan penumpuan saya terhadap kisah ini. Mungkin ada yang akan beranggapan ia adalah perkara remeh tetapi sebenarnya ia memberi kesan yang agak besar dari segi 'kepercayaan' saya sebagai pembaca terhadap apa yang ingin disampaikan.

1) Watak Dean. Walaupun dia fasih berbahasa melayu kerana pernah belajar di UIA selama 5 tahun, tetapi dia masih seorang Inggeris yang menetap di England. Tetapi perwatakan dan sikapnya seolah-olah dia adalah seorang Melayu Malaysia yang memang tinggal di Malaysia. Siap boleh kritik si Laura suka membuat kesimpulan seperti kisah-kisah drama Melayu.

2) Nama Laura Isabell diberi setelah dua bulan dia dilahirkan. Hmmm...di Malaysia ni nama bayi kena didaftarkan dalam tempoh dua minggu setelah dilahirkan, kan? Takkanlah sudah dua bulan sijil kelahiran Laura masih belum didaftarkan?

3) Setahu saya, nama Megat adalah nama keturunan keluarga bangsawan di Perak, keturunan Megat Terawis. Dengan latar tahun 1911, pada masa tu masyarakat Melayu masih mengutamakan keturunan, tak macam sekarang yang agak open sikit. Jadi macam tak sesuai jer keluarga Megat Alam ni penduduk kampung (petani) di Melaka.

4) Pasal nama lagi. Orang Inggeris menggunakan nama keluarga (surname). Nama keluarga kat belakang, nama sendiri (given name) kat depan. Jadi kalau nak tukar, nama yang kat depan akan ditukar, bukan nama belakang. Bila Kapten Isaac jadi Kapten Ishak, saya masih okay sebab tak tahu Isaac tu given name atau surname. Tapi bila Kapten William Abraham jadi Kapten William Ibrahim...hmmm...

5) Suasana masa atas kapal. Biasanya setiap kapal semua lelaki. Tak digalakkan perempuan ikut, sebab sangat bahaya...huhuhu...Kecuali keluarga kapten kapal, yang tu memang dipelihara. Dan biasanya atas kapal ada tukang masaknya sendiri, biasanya lelaki. Jadi bila Jane yang jadi tukang masak dan Laura membantunya di dapur, ini sangat pelik. Jane adalah maid kepada Laura kan? Dan Laura adalah anak kapten kapal. Adat budaya orang Inggeris tak sama dengan kita. Mereka sangat menjaga hierarki, walaupun di kalangan orang-orang gaji. Apatah lagi golongan atasan.
* ni melalui pembacaan historical romance saya ;)

6) Kisah Dean dan Laura terlalu cepat dan ringkas, tak sempat nk feeling apa2.


Semoga penulis dapat menghasilkan karya yang lebih baik di masa akan datang. :)
Profile Image for Naira2975.
1,076 reviews21 followers
March 17, 2015
Book #20 - 2015

Aaaaaaaaahhhhhh! Sorry ini teriak happy bukan geram.

Melampau ke kalau saya kata buku ni the best book I read to date? The best of the best.the bestest bestest. Memang ceritanya agak lain dari yang saya pernah baca whellll if I have to compare, it's really like reading english historical romance. To me this is a really good break from my normal reading. Agak sedih juga membaca kisah cinta laura isabelle dengan megat alam. Uhuks... And ada kisah titanic.. And agak wow jugak lah sebab nampak sangat cik penulis dis her homework before menghasilkan karya yang tersangat awesome.

And I have to applaud cik penulis.sebab I don't know berapa karya dah saya baca and I think cik author memang bijak menulis cerita yang pelbagai genre.tak lah stick to the same one. Looking forward to hasil seterusnya!! Congratulations!
Profile Image for Wan Amalyn.
Author 1 book41 followers
February 27, 2015
Pertama kali 'nampak' buku ini, terdetik dalam hati saya 'cantiknya kulit buku ini'.

Membaca blurb, saya membayangkan keterujaan yang mungkin akan saya rasa sebagaimana ketika saya membaca naskhah Warisan karya A. Talib Hasan terbitan Creative tahun 1989. Takpun ada rasa tempias seronok sebagaimana ketika saya membaca naskhah Tanah Andriyana karya Noor Suraya juga terbitan Creative tahun 2002. Atau ada rasa suka seperti Arjuna Hati karya Norzailina Nordin terbitan Alaf21 tahun 2004 mahupun Nuansa Kota Merah karya Khairyn Othman terbitan Jemari Seni tahun 2011. Ya, saya memang penggemar pada kisah-kisah dua zaman ni...

Dan telahan saya tidak salah. Walaupun ada juga 'benda' yang saya rasa klise, namun naskhah ini berjaya mengikat saya membaca hingga ke nokthah akhir. Ada rasa lompong yang saya tak tahu di mana. Ada rasa ralat, tapi tak tahu pada apa... haish!

Editing juga, boleh diperkemaskan lagi.

Apa-apapun tahniah pada penulis.


Oh! sangat suka juga pada kertas perang ini.
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
February 19, 2015
aduh!! sedih ya amat..percintaan Laura Isabell dan Megat Alam yang tidak kesampaian..janji untuk bersama yang tidak dpt ditunaikan kerana takdir Allah..

sedihnya menjadi Megat Alam..kebenaran pula muncul selepas bertahun2 lamanya..

Profile Image for Izz.
420 reviews8 followers
September 13, 2019
Macam baca kisah cinta Titanic dicampur dengan kisah cinta Pulang dicampur dengan kisah cinta Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Hahaha... apa pun, still naskah yang bagus dari kak penulis kita. Menitis airmata i taw baca cerita ni. Sedih!
Profile Image for Zurianita Manab.
76 reviews16 followers
February 15, 2015
Selesai baca Naskah Terakhir Laura Isabell -NTLI.
Karya Anna Lee kali ini membawa kita kembali ke abad yg lalu. Era zaman pelayaran dan perdagangan.
Kisah Dean yg datang ke Malaysia untuk menyampaikan Naskah terakhir Laura Isabell buat yg berhak. Pencarian Megat Alam menemukan Dean dengan Laura Isabell versi melayu. Persahabatan mereka ditentang hebat oleh Tok Karim yg sgt prejudis terhadap bangsa inggeris.
Apakah sebenarnya terjadi.. dan apa kaitan Naskah terakhir Laura Isabell yg diserahkan pd Tok Karim?
Dan berjayakah dendam yg disemai berpuluh tahun terlerai dengan satu kemaafan?
Nak tahu kena baca...
Muahhh.. i like.. akak bg 5 bintang
Profile Image for fyzz_records.
167 reviews16 followers
February 19, 2015
kisah cinta antara Megat Alam pemuda kampung dan Laura Isabell gadis Inggeris yang tidak kesampaian kerana perbezaan dua darjat .
Pulangnya Dean ke Malaysia untuk mencari Megat Alam bagi menyampaikan naskhah terakhir Laura Isabell -sebuah diari yg menceritakan seluruh rasa hati Laura Isabell , cintanya yang sarat kepada sang kekasih Megat Alam yg juga telah menemukannya sebuah cinta dengan Sang PenciptaNya .
Tragisnya cinta Laura Isabell sungguh menyayat hati lebih2 lagi cintanya terkubur tak kesampaian karam bersama kapal Titanic .
26 reviews4 followers
February 16, 2015
kisah Megat Alam + Laura Isabel + Dean Arif

teringat kisah Tanah Adriyana, cinta yang terpisah pada kurun lampau akhirnya bersatu jua...main plotnya hampir sama namun tak serupa, kalau dpt dibedah oleh yg editor yg pakar, kisah ini akan menjadi lebih menarik setanding Tanah Adriyana.
Profile Image for zairaidah.
407 reviews40 followers
April 6, 2021
Tak sangka sebenarnya penulis cuba selitkan kemalangan Laura Isabell dalam peristiwa Titanic. Rasa macam wowwww...

Sedih sebenarnya bila akhirnya Megat Alam dan Laura Isabell tak berjodoh. Rasa terkilan sangat. Dalam masa yang sama terharu sebab Laura Isabell mati sebagai seorang Islam.
Profile Image for Mslvoe.
2,038 reviews196 followers
July 22, 2022
5 stars for Megat Alam and Laura Isabella

4 stars for Dean and Laura

Penulis ini suka reka cerita yang tak dijangka oleh reader seperti F 😊 so far tak pernah tak best!

Story ala² sejarah @ kisah² lama ni F memang suka baca.

Tulusnya cinta Laura terhadap Megat Alam. Indah cinta Laura terhadap Yang Satu, Allah.

Walaupun kisahnya tragis tapi cinta Megat Alam tetap setia. Kukuh walaupun dilanda ombak.

Sebak baca naskah Laura Isabella. F dah agak siapa itu Megat Alam.

Kisah Dean and Laura pulak.. setelah setahun lamaran Dean ditolak.. Laura terima bila dapat tahu Fahkrul curang.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,330 reviews67 followers
July 19, 2019
[BOOK 124]

Naskhah Terakhir Laura Isabell by Anna Lee.
.

Hahaha..punyalah ada 30 buku yang belum dibaca, gigih aku cari buku ni kat rak buku, walaupun aku dah baca buku ni dan buku ni sebenarnya agak tersorok.
.

So, disebabkan pernah tulis panjang lebar dulu pasal buku ni, sekarang, tak tahu dahlah nak tulis pasal apa. Haha
.

Untuk versi re-reading ni, perasaannya masih kekal sama seperti waktu pertama kali baca dulu. Still in love with the historical romance yang AL tulis. Masih berair mata mengenangkan percintaan Megat dan Laura yang tidak kesampaian. Sedih jugak baca part Titanic. Ya, perasaannya sama je macam tengok cerita Titanic berpuluh kali pun. Masih rasa sebak dan menangis.
.

Tetiba terfikir kalau NTLI ni difilemkan. Hahaha...sebab pernah tengok movie Pulang. Lebih kurang je perasaannya. Tapi, rasanya NTLI jadi movie lagi gempak kot, sebab team Prolog perlu collaborate dengan team Titanic nak masukkan watak Laura. Hahah

_____________________

#70#2017

Done reading Naskhah Terakhir Laura Isabell by Anna Lee.

Ini buku epik!!! Daebak...

As much as I love Mesej and Aku, Dia & Pinky Promise, NTLI ni pun dah jadi kesayangan jugak.

Bila AL pernah cakap yang, dia buat banyak research untuk novel ni, dan bila baca sendiri novel ni, I'm impressed.

NTLI ni pasal Dean yang ke Malaysia untuk mencari waris Megat Alam, untuk menyampaikan naskhah terakhir Laura Isabell. Kebetulan, Dean ni menetap di kampung Laura, di Melaka. Laura ni pula jaga moyang dia, Tok Karim. So, punyala Dean ni duk mencari waris Megat Alam, rupanya ada di depan mata.

Dan bukan novel Anna Lee, kalau takde twist. Rupanya Tok Karim tu....... Pastu, bila dah nak habis cerita pun, dia boleh twist lagi pasal Fakrul, Lina dan Mia. Hahaha...

NTLI ni membawa kita ke zaman 1911. Zaman orang berdagang.

Membawa kita mengenang kehebatan Melaka.
Membawa kita mengagumi kehebatan Melayu, bahasa Melayu sebagai lingua franca dan bagaimana Islam tersebar.

NTLI ni buatkan aku menangis mengenang cinta tak kesampaian Megat Alam dan Laura. Dan ada scene dalam Titanic. Lagi la berair mata. Kalau sebelum ni, aku menangis tengok Jack dan Rose, mungkin lepas ni, bila tengok Titanic, boleh terbayangkan Laura di saat saat akhir.

Ending yang memuaskan hati. Akhirnya Megat Alam mendapat jawapan kenapa Laura mungkir janji dan tidak pernah muncul. Dan akhirnya, Laura ngan Dean... Yeayyyy

P/s: antara yang saya kagum dalam novel ni, AL pandai bezakan timeline 1911 dan 2008. Yang tahun 1911 tu, AL tulis bahasa Melayu yang baku. Memang boleh buat ngantuk, tapi takde la rasa macam baca buku KOMSAS sekolah dulu. Yang 2008, dah tukar bahasa melayu yang kita guna sekarang.

*highly recommended! Walaupun anda pencinta novel cinta mainstream, tiada salahnya baca novel cinta fantasi camni. Definisi cinta kan luas....
Profile Image for Issofea Keisha.
45 reviews4 followers
February 23, 2015
Cerita ini buat meremang bulu roma spnjng pembacaan saya. Tahniah Anna Lee kerana berjaya menghasilkan sesuatu yg lain. Saya sgt suka ...wlpun kisah megat alam dan laura isabell tidak bersatu namun akhirnya jodoh itu ttp ade dgn bersatunya waris mereka...Semoga Anna Lee akn terus mnghasilkan karya2 hebat pd masa akn dtang.
Profile Image for Nadhiah Aida.
510 reviews27 followers
May 29, 2018
baca buku bahasa Malaysia tak sampai sehari habis ...

but nasib baik plot nya boleh diterima pakai. tak heavy, little twist in the middle of plot .m questions arise so ... keep wanting to read ...
Profile Image for Madam Lola.
213 reviews37 followers
June 8, 2017
Assalamualaikum...

Salam Ramadhan... agak lama ML ambil masa nak habiskan naskah ni... maaflah cik Laura Isabella.... Mula baca novel ni... hujung tahun 2016. tapi, sedikit membosankan. dan naskah ni berulang kali ML tinggalkan sebab ada naskah2 lain...

Tapi, bila continue balik, ML rasa cerita ni oklah.. mungkin x berapa kena dengan jiwa ML sahaja. ML x kisah dia cerita zaman purba. ML x kisah, dia cerita atas kapal. ML pun x kisah cerita dia byk backdated bagai... yang ML kisah dan menjadikan ML slow reader adalah mungkin macam membaca buku sejarah.. tapi ini hanya ML lah. sebab di zaman sekolah pun ML memang x suka sejarah, jadi memang x boleh lari dari syaitan yg cucuk pipi kasi menguap tu..

APappun, satu pujian untuk cik Anna Lee kita sebab, dia x pernah lagi buat cerita macam orang lain. idea dia bagus cuma x sesuai untuk seorang ML. Jangan risau... sesuai sgt untuk orang lain ya...
Profile Image for lunabksw.
83 reviews1 follower
December 31, 2023
love it,story nampak macam classic gtu bila flashback ke masa lampau.hm awal awal macam dah agak tp wow jugak hm mencintai tak mesti bersatu di dunia
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
April 2, 2021
Naskah terakhir Laura Isabell membawa pembaca pada zaman awal 1900an. Kisah cinta antara dua benua
.

Kedatangan Dean ke Malaysia demi mencari keluarga Megat Alam. Dlm usahanya menstabilkan kembali syarikat keluarganya, dia perlu mencari Megat Alam. Tapi kenapa? Apa yg ada pada Megat Alam hinggakan Dean sanggup dtg ke Malaysia dr Eropah
.

Laura, kembalinya dia ke Malaysia slps mengetahui moyangnya, Tok Karim dlm keadaan yg tdk sihat. Di kampungnya dia bertemu Dean
.

Tok Karim bencikan warga asing. Terutama mereka yg dtg dr benua Eropah. Ada kisah disebalik yg berlaku. Ada sesuatu yg dipendam olehnya
.

Naskah terakhir yg ditulis Laura Isabell membawa kita menelusuri zaman 1911. Di mana Laura dlm pelayaran mengikut bapanya berdagang. Telah tersurat, kapalnya mengalami masalah dan perlu dibaiki segera. Maka Tanah Melaka menjadi tmpt hentian kapalnya. Secara tdk lgsg Laura bertemu dgn Megat Alam
.

Kisah cinta yg tdk kesampaian antara Megat Alam dan Laura Isabell menjadikan aku sangat2 emosi. Turut terselit kisah tenggelamnya kapal mewah, Titanic
.

Bagi aku, aku sukakan jalan cerita ini. Ringkas tapi padat. Cuma aku agak tdk puas hati dgn kisah Megat Alam dan Laura Isabell. Tp benarla, walau sekasih mana kita pd seseorang, kalau kata dia bukan jodoh kita, tetap bukan jodoh kita. Semua telah disusun indah oleh Allah. Sebagai hambaNya kita kena terima walau pahit
.

Tahniah penulis walau agak lambat aku mengikuti kisah Laura Isabell
.

#naskahterakhirlauraisabell
#annalee
#prologmed
Profile Image for Yaya H. Amir.
147 reviews6 followers
August 31, 2022
3.9

Bertemakan historical fiction sebab ada babak Titanic. Best, saya jarang baca tema sebegini. Lepas ni boleh cari lagi novel dengan tema² yang serupa.

Mungkin sebab dah pernah baca novel² Anna Lee, twist pasal atok heroin tu saya boleh teka. And tak bosan langsung masa bahagian flashback zaman dulu kala tu.

Reccomend!
Profile Image for Maslina Omar.
154 reviews19 followers
March 16, 2015

Cinta memang ajaib
Perginya tidak diduga
Datang pun tidak disangka
Namun tiada cinta dpt menandingi cintaNYA

Laura Isabell (Ara) ~ pemilik sepotong nama ini bukanlah minah salleh, malah bukan juga gadis kacukan. Dia gadis melayu yg sedang menyambung pelajaran di London.

Ara & Dean berkenalan ketika dlm perjalanan dr London ke Kuala Lumpur. Ara yg sedang bercuti semester mahu menzirahi moyangnya, Tok Karim yg sedang sakit manakala Dean pula ingin menjejak Megat Alam yg diharap dpt membantu merungkai masalah yg sedang dihadapinya.

Tanpa disangka, usaha menjejak Megat Alam membawa Dean ke Melaka, ke perkampungan yg sama dengan tempat di mana Ara & Tok Karim berada. Lantaran itu, Dean meminta bantuan Ara utk menjadi penunjuk arah dlm misi pencariannya & menjanjikan "europe tour" sbg ganjarannya.

Berpandukan sebuah naskhah lama tinggalan moyangnya, Dean cuba menjejaki waris Megat Alam demi mendapatkan kembali sebentuk cincin pusaka yg amat berharga di bawah jagaan lelaki tersebut. Setelah lelah mencari, rupa2nya moyang Ara itulah Megat Alam yg puas cuba dijejaki.

Lantas terungkailah kisah lampau ttg cinta tak kesampaian antara Megat Alam, seorang pemuda melayu yg terbilang pekertinya dgn anak gadis kapten kapal dagang dr eropah yg bernama Laura Isabell di zaman kegemilangan Tanah Melayu. Cinta mereka yg terjalin ketika Megat Alam menjadi anak kapal di kapal milik bapa Laura itu, terhalang kerana perbezaan agama. Lantas Megat Alam disingkirkan dr pelayaran & ditinggalkan di sebuah pelabuhan di China. Bagaimanapun, Megat & Laura berjanji utk bertemu kembali di England. Namun pada hari yg dijanjikan, Laura tidak muncul2. Akhirnya Megat Alam berputus asa & menganggap Laura mungkir janji. Megat Alam meneruskan pelayaran buat seketika & akhirnya kembali ke tanah melayu memulakan kehidupan baru & kemudian menukar namanya kepada Karim. Nama Laura Isabell pula diabadikan kepada cicitnya yg dipanggil Ara itu.

Sehinggalah hampir 100 tahun dr tarikh mereka terpisah, barulah Megat Alam tahu mengapa Laura tidak muncul spt yg dijanjikan, melalui buku catatan wanita itu yg diserahkan oleh Dean kepadanya. Maka dengan itu cincin pusaka diserahkan kembali kepada empunya haknya. Dengan tertunainya amanah tersebut, Tok Karim @ Megat Alam menghembuskan nafasnya yg terakhir setelah menitipkan pesanan buat Dean, pesanan yg akhirnya merubah kehidupan Dean & Ara.

Saya ucapkan syabas kepada penulis ini yg berani menongkah arus perdana dunia penulisan dengan menghasilkan karya tentang kisah cinta merentasi zaman ini yg mana sebahagian besarnya kisah imbas semula (flashback).
Profile Image for Susi Majid.
58 reviews24 followers
February 16, 2015
Akhirnya pelayaran naskhah yg b'mula 1:30am berakhir pd 4:30am..start baca je mmg x bleh stop langsung..thumbs up to kak Anna Lee kerana menghasilkan karya ini..sy kasi 10*..sesungguhnya cerita cinta dua batas waktu b'beza & berlainan agama dan bangsa ini menyentuh hati sy n seriously sy menangis part kisah cinta Laura Isabell+Megat Alam..dan kerana sebuah naskhah itu menemukan Dean+Laura..kak Anna Lee pls teruskan b'karya..karya2 begini susah nak cari masa skrg & i'm waiting for ur next masterpiece..yg x baca lagi, mmg sy sgt suggestkan sbb cerita ini sgt b'lainan dgn novel2 yg ada dipasaran skrg
Profile Image for Szanariah Hamdan.
4 reviews
February 27, 2015
Tak sangka seorang penulis muda melayu boleh menghasilkan sebuah naskah sebegini. Cerita yg terperincin dan tersusun indah, membawa saya ke alam zaman yg berdekad dekad kebelakang. Zaman dimana lautan penyambung daratan demi daratan. Saya kusyuk membaca sehingga terasa senyuman indah Megat Alam, ketenangan dirinya dan kejujuran cinta Laura Isabell. Macam ternampak anak2 kapal bekerja diatas dek dikelilingi lautan yg indah dan kadang ganas. Thanks to your beautiful imagination Anna Lee, I am able to see a beautiful story come to life.
Profile Image for Mazila.
106 reviews13 followers
August 3, 2020
4.5⭐


Baca novel ni buatkan aku rasa seperti membaca novel inggeris yg bergenre historical romance. Tahniah penulis kerana menghasilkan kelainan & mempunyai keistimewaan tersendiri. Plot disusun dgn kemas, jd tak rasa pening walaupun melibatkan dua latar masa yg berbeza.

Kisah Dean yg datang ke Malaysia utk mencari keturunan Megat Alam demi menyampaikan amanah, mahu menyerahkan Naskah Terakhir Laura Isabell. Di Melaka Dean dipertemukan kembali dgn Laura, gadis melayu yg dia jumpa di airport. Kemudian Laura bertindak sbg pemandu pelancong & membawa Dean ke rumah yg berada dlm senarainya utk mencari Megat Alam @ warisnya. Moyang Laura iaitu Tok Karim sgt tak suka kpd Dean. Bangsa Dean amat dia benci krn bgnya mereka mempunyai agenda tersendiri serta tak boleh dipercayai. Pencarian Dean mengalami kebuntuan krn rumah yg mrk pergi tu mmg tak mempunyai kaitan dgn Megat Alam. Tp disebalik nama Laura Isabell itu membuatkan mrk tertny2. Adakah Laura Isabell mempunyai kaitan dgn pemilik naskah & Megat Alam.

Sedih sangat kisah percintaan Laura Isabell & Megat Alam. Cinta yg ditentang krn perbezaan agama, status & budaya. Cinta yg tak kesampaian. Cinta yg terus abadi sehingga nafas yg terakhir. Bukan Anna Lee kalau takde plot twist. Plot twist yg tak dijangka ttg Tok Karim & Fakhrul, Mia dan Lina. Berjayakah Dean mencari Megat Alam yg dah berusia lebih dr 100 thn?

Bg aku, novel ni akan lebih umphh kalau penulis menggunakan bahasa melayu klasik pd zaman percintaan Laura Isabell & Megat Alam. Tp penulis gunakan bahasa melayu moden. Jd tak nmpk sgt kelainan antara 2 zaman dr segi bahasa. Hope pd masa akan datang penulis akan hasilkan genre sebegini lagi. Best.
Profile Image for matchastroberi.
179 reviews29 followers
March 30, 2025
BESTTTT historical fiction berlatarkan tahun 1911 dan 2008! love the vibe so much lain dari lain!! nilai pengajaran ditunjukkan dan romance antara Laura dan Megat aaaaa🥹 i tak prefer sangat first sight love but this one is exceptional🫶🏻 and the forbidden romance fuhh lovee

wish i could give full stars tapi nak ke hujung tu konflik dengan kawan Laura tu unnecessary, tak perlu letak pon dah okay and ada few things yang buat i persoalkan plus rushing gak la ending tapi takkan nak drag lagi bosan pulak HAHAH so okay la 4.5/5! one of my fav from AL sebab buku latest mcm bagasi dengan mr ross tu not giving for me. karya lama AL jugak still menyengat
Profile Image for Fara.
235 reviews19 followers
November 21, 2020
Saya rasa cerita ini ada potensi untuk jadi lebih epik. Apapun, cubaan yang baik dari penulis. Bukan mudah untuk mengarang kisah menggunakan latar dua zaman.

Tiba-tiba rasa nak baca semula Bagaikan Puteri karya RAM.
Profile Image for Nareswari_buku..
144 reviews1 follower
October 31, 2018
Jalan cerita best tapi yang tak puasnya sangat nipis😭😭saya suka cerita historical fiction begini cuma bahasa yang diguna lebih pada bahasa Melayu moden..kalau penulis guna bahasa klasik ala -ala seperti hikayat saya rasa akan naik feelnya lagi atau bahasa mcm RAM guna .😁😁 mungkin saya terlalu high kat buku ini tentang penggunaan bahasa dan saya dapat kesan beberapa scene yang tak ada penjelasan😅...sebenarnya buku ini saya dah beri review penuh kat IG.hhe
Profile Image for honestlyjaen.
50 reviews1 follower
May 1, 2025
4★

𝘛𝘶𝘩𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘨𝘦𝘳𝘢𝘬𝘬𝘢𝘯 𝘢𝘬𝘶 𝘮𝘦𝘯𝘤𝘪𝘯𝘵𝘢𝘪 𝘭𝘢𝘶𝘵𝘢𝘯 𝘭𝘢𝘯𝘵𝘢𝘴 𝘮𝘦𝘯𝘦𝘮𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘢𝘬𝘶 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘥𝘪𝘢

[Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana gagal membina ayat BM untuk mengulas buku ini🧍🏻‍♀️]

Picked up this book because of its gorgeous cover, and I wanted to challenge myself to read a Malay romance book since it has been a long time since I last read one.

Honestly, I truly enjoyed the first part of the book, especially with the pinch of mystery at the beginning. I was all for Dean and Laura’s dynamic, their interactions had me laughing and squealing at times 😆😚💗 I even looked forward to their relationship progressing into something more than just allies 👀 I love how they immediately clicked and worked together to find the person mentioned in his grandmother’s will. This book literally made my brain kept working and connecting the dots from the clues they discovered during their quest.

The second part of the book took me through a mix of emotions as it revealed the backstory of Laura Isabell and her beloved, Megat Alam. The beginning of part was a bit slow for my liking, tbh hehe but I truly adored Megat for being an obedient son while still holding onto his dream. I also loved his friendship with Karim, he was even willing to face Megat Ibrahim’s rage for Megat 🥺🥺

I won’t talk about the love-at-first-sight trope because, well, how else would your ancestors find their soulmate? 🤺 The progression of their relationship took me on a rollercoaster of emotions, especially with Megat’s father being the biggest obstacle to his dreams and love. I literally squealed when they were being flirty with each other, and when they finally declared their love AAAAGHHHGH! 😚😆☺️💗💗

It’s a typical forbidden love story (I have no idea how I didn’t expect this trope haha) so you can probably guess how the story unfolds. To be honest, I kept procrastinating on picking up the book toward the end of this part because somehow I couldn’t connect with the emotions it was trying to convey, I guess I’d had my fill of romance after the climax of the story🫢 (I still hadn’t finished the book when drafting this review haha) But still, I loved the bittersweet ending of the backstory; it made me reflect on the message the author was trying to convey.

And hello, the plot twist⁉️I did NOT expect that!! Because I had long accepted that my suspicion was probably wrong, but the author literally played with me 👁️👄👁️ The ending of this book felt a little rushed, but I actually preferred that; I wouldn’t want to read another 300 pages just for the couple to be together. Though, the way another plot twist unfolded did weird me out a little🧍🏻‍♀️

ps, I swear I turned into the ikhtilat police most of the time while reading this book👮🏻‍♀️🚨
Profile Image for Kucc _Aprilsnow.
32 reviews210 followers
June 3, 2015
Best.
Seronok dibawa kembali ke zaman silam.
Selusurilah naratif indah ini.
Kisah cinta Laura Isabell & Megat Alam..
Kisah cinta Laura Isabell & Dean Ariff.

Profile Image for Akmal Zahrudin.
218 reviews27 followers
May 22, 2024
My thoughts?

1. This book was beautifully written 🥲 devastating but I love every bits of it. Best sangat. Dari awal sampai akhir. Star-crossed lovers. Forbidden love.

2. Aku suka bila penulis ambil inspirasi dari peristiwa tenggelamnya kapal Titanic. Masa awal2 cerita tu ada fefeeling dejavu sikit dengan filem Titanic. Rasa macam Laura tu adalah Rose dan Megat Alam tu adalah Jack but in another version. 

2. Aku suka hampir semua karakter dalam buku ni. Especially Megat Alam dan Laura 1.0. I want to hug them so much! Sedihnyaaaa kisah cinta mereka tak kesampaian. I was devastated. And to know that Megat Alam didn't even know what happened to Laura 😭

3. Dean dan Laura 2.0. Suka dua ketul ni. Dalam merungkai kisah misteri naskhah terakhir dari keturunan Dean si Laura 1.0, diorang terfall in love tapi tak nak mengaku 😆 konon memasing dah ada buah hati.

4. Didn't expect sebenarnya Tok Karim lah the exact person yang Dean cari. Sebab dia ada besto friento nama Karim jugak. But Tok.. I'm glad you know everything in the end. Both of you can now rest in peace 🥲

5. Ending dia aku suka. Walaupun tok moyang tak dapat bersama in the past, generasi terkini dari dua2 family menyambung legasi cinta tok moyang mereka. Kiranya macam bersatu lah jugak akhirnya..

Personal rating:
4.5/5
Displaying 1 - 30 of 103 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.