Jump to ratings and reviews
Rate this book

Islam Dan Cabaran Masa Kini

Rate this book

115 pages, Unknown Binding

Published January 1, 2024

2 people are currently reading
8 people want to read

About the author

Asghar Ali Engineer

73 books24 followers
Asghar Ali Engineer was an Indian reformist-writer and activist. Internationally known for his work on liberation theology in Islam, he lead the Progressive Dawoodi Bohra movement. The focus of his work was on (and action against) communalism and communal and ethnic violence in India and South Asia. He was an advocate of a culture of peace, non-violence and communal harmony, and lectured all over world.
Engineer also served as head of the Institute of Islamic Studies and the Centre for Study of Society and Secularism, both of which he founded in 1980 and 1993 respectively. He also made contributions to The God Contention, a website comparing and contrasting various worldviews. Dr. Asghar Ali Engineer’s autobiography A Living Faith: My Quest for Peace, Harmony and Social Change was released in New Delhi on 20 July 2011 by Vice President of India Shri Hamid Ansari.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1 (9%)
4 stars
6 (54%)
3 stars
4 (36%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 of 1 review
Profile Image for Faiz • فائز.
363 reviews3 followers
January 20, 2025
Asghar Ali Engineer ditanggapi oleh sebahagian kelompok sebagai pendukung fahaman “Islam kiri”. Saya mengenali beliau hanya melalui teologi pembebasan yang beliau dukung. Karya beliau ini merupakan karya pemula dalam usaha untuk memahami akan jalan “Islam kiri” itu apa. Nama lain semisal beliau (pendukung faham Islam kiri) ialah Hassan Hanafi dan Ali Shariati. Ulasan ini hanya akan ditumpukan pada idea-idea yang dimuatkan dalam buku, tanpa menyentuh secara terperinci akan faham Islam kiri daripada para sarjana yang lain.

Berkenaan buku (secara umumnya), pertamanya, saya merasakan bahawa adalah menjadi kemestian untuk satu-satu karya itu dinilai melalui tulisan aslinya. Tanpa menafikan keperluan untuk sesuatu karya itu diterjemah, namun terkadang, pemilihan perkataan itu tidak berupaya menggendong makna yang sama. Beberapa kali bacaan saya terhambat kerana kegagalan untuk memahami apa yang cuba disampaikan oleh penulis. Sama ada memang benar tulisan beliau yang sukar difahami, atau kerancuan penterjemahan yang menjadi gendala.

Kedua, penghujahan, perkaitan idea, kesinambungan dan penegasan dalam buku ini kurang kemas. Perkaitannya kabur dan penerangan lanjutan agak lemah. Kembali kepada hal yang pertama, saya mengira bahawa ia adalah kerana kelemahan penterjemahan. Namun, meskipun dipinggirkan ketempangan penterjemahan, idea-idea yang cuba diapungkan agak kabur perkaitannya. Misalnya, dalam menjelaskan perkaitan Islam-negara dan Islam-falsafah.

---

Idea pokok Asghar Ali melalui buku ini ialah penafsiran agama Islam daripada kaca mata sosial (kemasyarakatan). Hal-hal yang terangkum dalam tatacara masyarakat seperti ekonomi, politik dan negara—berusaha disejajarkan dengan Islam. Idea-idea beliau juga dilihat banyak merentangi tafsiran kebiasaan para sarjana Islam yang lain.

Misalnya, penghujahan awal beliau dalam buku ini apabila pengamatan terhadap tugas awal Nabi Muhammad s.a.w ke atas kabilah Arab adalah sebagai revolusioner (pembawa perubahan yang radikal dan mendadak) dalam tatacara kehidupan kelompok berdagang. Apabila Baginda menyeru kepada keadilan dan kejujuran dalam berdagang, perbuatan ini dilihat semacam melawan kebiasaan, seterusnya bakal menganggu gugat pengamalan kebiasaan kabilan-kabilah Arab di Mekah. Berbeza dengan tafsiran ulama lain, yang meletakkan neraca utama tugas kenabian itu sebagai seruan kepada penghapusan syirik yakni menyembah ratusan berhala kepada Tuhan yang satu.

Melalui penghujahan awal ini, dapat dirangkumkan bahawa idea Islam kiri (atau kadangkala juga disebut sebagai Islam progresif), menitikberatkan permasalahan-permasalahan berkait masyarakat (sosial) seperti pengagihan ekonomi, hak kesamarataan jantina, demokrasi dan hak kemanusiaan serta perkara-perkara yang senada dengan hal ini. Andai boleh dimuatkan dalam dua patah perkataan: keadilan sosial. Bahkan, sekiranya diperincikan semua idea Islam kiri, akarnya tumbuh daripada dua perkataan ini.

Tanpa dinafikan bahawa ada semacam hambatan kefahaman bahawa Islam hanya mengangkat hal-hal berkaitan ibadah kepada Tuhan seperti solat, zikir dan al-Quran semata-mata, idea fahaman Islam kiri ini tidaklah dilihat begitu kiri, sebatas pembacaan saya.

Hal-hal yang mereka julang, bukanlah perkara baru, cuma sedikit asing dalam kalangan penganut “Islam warisan” (dalam buku ini, digunakan istilah status quo). Maka, yang dilihat “Islam kanan” harus lebih terbuka dalam memahami idea-idea kelompok kiri, dan pendukung “Islam kiri” pula mestilah tidak melepaskan diri daripada keterikatan terhadap tradisi yang telah disahkan benar (kebenaran yang mutlak). Daripada bertelagah kerana perbezaan, lebih molek dicari akan titik-titik persamaan demi kebaikan semua.

Rumusan akhir, buku ini wajar dibaca, kemudian harus disusuli dengan perbincangan bersama daripada kedua-dua kelompok: Islam “kanan” dan Islam “kiri”. Idea-idea yang dikandung masih relevan, terutamanya sebagai pencabar pengamalan agama Islam kebiasaan. Walau bagaimanapun, dalam keghairahan menentang status quo Islam kini, diskusi ilmiah itu diperlukan—berfungsi sebagai semak dan imbang terhadap idea-idea yang diutarakan.

*Sudah hampir tiga kali saya baca buku ini, namun, masih sukar untuk menggarap keseluruhan idea yang dibentangkan.
Displaying 1 of 1 review

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.