Jump to ratings and reviews
Rate this book

Aisyalam

Rate this book
Hidup Soraya sebelum bertemu Gibran sangat normal walaupun dia sering dipulaukan oleh rakan-rakan kolejnya. Setakat dipanggil dengan gelaran yang bukan-bukan, telinganya sudah lali. Namun, hidupnya yang normal berubah huru-hara setelah satu demi satu benda pelik terjadi ke atas dirinya setelah dia terbangun daripada tidurnya pada satu pagi.

Rakan sebilik yang tidak pernah sebulu dengannya, menjadi mesra. Kedudukan barang di dalam biliknya tiba-tiba berubah. Paling menakutkan, di ‘dunia’ itu namanya bukan Soraya.

“Aku memang bukan Dina. Aku Anid, roommate kau. Kau tak ingat ke? Nama kau memang Ayaros, Ros for short!” - Anid

Hanya Gibran satu-satunya manusia yang Soraya kenal di tempat asing itu. Tempat yang bernama Aisyalam.

“Kita bukan di Malaysia. Kita di Aisyalam. Aisyalam reads backwards is Malaysia.” - Gibran

Soraya dan Gibran yakin semua ini ada kaitan dengan perempuan berkebaya hitam yang mereka lihat pada malam itu, di sebuah rumah tinggal di Malaysia.

“Dia bukan setakat sebut tolong, but something like, err...” - Soraya

“Tolong cari aku.” - Gibran

250 pages, Paperback

Published January 1, 2023

Loading...
Loading...

About the author

Tracy

49 books2 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (50%)
4 stars
3 (50%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for Hamidah Effendi.
712 reviews12 followers
August 13, 2026
Genre: Misteri, Dimensi Berbeza

Jenuh juga membaca sebab nama-nama watak dan lokasi selepas pengembaraan Gibran dan Soraya ke dunia yang terbalik daripada dunia mereka. 😅 Dunia sebelah sana bukan sahaja berbeza dari segi lokasi, tetapi vibe dan suasananya pun terasa lain.

Kisah bermula apabila Gibran dan Soraya dibawa ke alam lain. Mereka perlu menyelesaikan konflik yang berlaku untuk mencari jalan pulang ke dunia asal, sambil cuba merungkai misteri Gadis Kebaya Hitam.

Mostly plot berkisar tentang dunia sebelah sana dan misteri Gadis Kebaya Hitam. Persoalan utama lebih kepada bagaimana gadis tersebut boleh mati dan apa sebenarnya yang berlaku kepadanya.

Pada awalnya, ingatkan Gibran ni jahat. Rupanya tidaklah begitu. Bersama Soraya, dia cuba menyelesaikan konflik yang berlaku di dunia tersebut serta hubungan antara mereka. Namun, fokus cerita sebenarnya bukanlah Gibran dan Soraya semata-mata. Watak yang lebih menjadi tumpuan ialah Gadis Kebaya Hitam.

Cerita ini lebih kepada penyiasatan dan misteri, bukannya seram. Jadi kalau mengharapkan elemen horror yang kuat, mungkin agak kurang di situ.

3.5/5 ⭐
Kureng sikitlah bagi aku. 😅 Tapi konsepnya memang unik, terutama sebab buku ini perlu dibaca secara terbalik. Pengalaman membaca memang lain daripada biasa!
Profile Image for khu.
44 reviews
August 10, 2026
Suka jalan cerita buku ni. Tapi pening juga bila nak baca nama-nama yang ada bila Soraya & Gibran masuk ke dunia baru. Plot twist pada penghujung cerita memang terbaiklah. Ingatkan dah tamat bila tahu cerita sebenar, tetiba dekat hujung ada lagi kejutan.
Displaying 1 - 2 of 2 reviews