Jump to ratings and reviews
Rate this book

Djinn

Rate this book
Populariti tidak pernah kekal. Six Siblings, kumpulan TikTokers yang pernah menguasai trending page, kini berdepan krisis apabila view mula merudum, content basi dan pendapatan semakin mengecil. Mereka tahu jika mahu terus bertahan, mereka perlukan sesuatu yang luar biasa. Sesuatu yang mampu menggoncang penonton bagi mengembalikan nama mereka kembali jadi sebutan.

Maka, datanglah idea gila itu, iaitu meneroka Kampung Beringin, sebuah kampung yang misteri. Penduduk setempat mendakwa kampung itu menyimpan rahsia lama yang tidak diketahui sehingga sekarang. Bagi Six Siblings, ini bukan sekadar kisah misteri semata-mata, inilah peluang yang mereka cari. Semakin berbahaya, semakin tular.

Namun, sebaik kaki menjejakkan tanah di kampung itu, sesuatu mula berubah. Bukan sekadar gangguan kecil, bukan sekadar bunyi aneh atau kelibat bayang. Satu demi satu ahli kumpulan itu mula merasakan kehadiran yang terlalu dekat. Bunyi perabot diseret di homestay, bayangan yang meniru langkah mereka dan seolah-olah ada sesuatu yang sedang mempermainkan kewarasan mereka.

Segalanya memuncak apabila mereka menemui sebuah banglo usang di tengah kampung, lokasi sempurna untuk membuat live. Tetapi di situlah mimpi ngeri bermula. Banglo itu bukan sekadar rumah tinggal. Ia adalah pintu. Sebuah pintu ke dimensi misteri yang tidak mengenal logik masa, ruang dan realiti. Mereka tahu, mereka mungkin akan terperangkap selama-lamanya di kampung.

432 pages, Paperback

First published January 1, 2025

Loading...
Loading...

About the author

Hasrudi

1 book

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
0 (0%)
4 stars
2 (100%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 of 1 review
Profile Image for Aira Zira.
152 reviews3 followers
February 4, 2026
Sesiapa yang nak menguji kesabaran dan iman, saya sangat sarankan buku ni. Tengok pembaca lebih marah atau takut. Haha.. Saya sendiri lelah. Permainan syaitan dalam cerita ni memang menguji jiwa raga saya.

Kisahnya sebab 6 sekawan yang dikenali sebagai Six Siblings ni dah kurang sambutan di media sosial. So, nak cari kelainan, mereka sahut cabaran salah satu penonton live untuk merasai misteri yang wujud di Kampung Beringin. Belum pergi pun dah kena ganggu. Dia mai kacau jadi kawan2 depa.

Sampai kat homestay, macam fishy gila homestay tu. Ada yang main alih2 barang. Paling kerap hat menyamar jadi kawan depa buat teman borak. Kejap sana kejap sini. Rasa nak cekik je syaitan tu*acahlah kan*. Dekat Kampung Beringin pula, ada yang lagi dahsyat menanti.

Tak cukup main jelma2, dia uji kita dengan tahap kesabaran yang..fuh.. Letih korang. Main masuk dimensi sana dimensi sini. Sampai kita yang baca pun mengah, bila nak habis ni? Memang menguji keimanan sungguh! Kita geram pun ada sebab degil sangat si Azlan tu dah menyusahkan semua orang. Si Damia pula saya rasa macam sesuatu tapi saya terus ditinggalkan tanpa jawapan.

Cerita ni tak relaks dengan gangguan yang kecil2. Mungkin penat sikit sebab kerap alami hal sama. Yang best fast pace. Macam saya cakap, kelainan cerita dari penulis ni bila bagi vibe seram pada pembaca. Watak dah keluar scene, tapi kita pula dia main usik2. Plot twist memang jahat. Apa pun, jangan cakap besar la naaa.
Displaying 1 of 1 review