Perebutan tempat parkir kereta menjadi permulaan peristiwa kisah Zara si wedding planner dengan Fariz, bekas tentera laut yang berhati batu.
Dalam hati Zara ketika itu, hanya ada Bazli, sepupunya sendiri. Namun Zara dan Bazli tidak pernah menyangka bahawa jodoh sebenarnya bukan milik mereka berdua. Kasih mereka yang selama ini dirahsiakan daripada pengetahuan mak lang dan pak lang hancur si tengah jalan.
Berlaku pertemuan demi pertemuan yang tak disangka antara Zara dan Fariz. Meski Fariz selalu mengejek Zara, hanya lelaki itu dapat membuatkan Zara melupakan Bazli. Dalam kerasnya hati lelaki itu, ada juga penyayangnya.
“Kerusi kereta kau ni buat aku sakit badan la.” – FARIZ “Ni hanya kerusi kereta, bukannya tilam King Koil!”- ZARA “Kalau ya pun, tukarlah kerusi empuk sikit. Recaro ke.” – FARIZ
Puan Marina, mama Fariz yang berkenan akan keperibadian Zara terus menghantar pinangan hingga terjalinnya ikatan suci antara Zara dan Fariz. Zara rela menerima walau hatinya belum wujud getaran cinta buat Fariz.
“Abang teringin pankek, jem blueberry, and omelette for breakfast. Boleh sayang buatkan untuk abang?” - FARIZ “For you, my dear... I will do anything for you.”- ZARA
Fariz yang tidak pernah putus asa untuk mencuba, akhirnya berjaya. Hati Zara kini miliknya. Pada saat bahagia mula bersemi, cinta pertama Fariz kembali muncul menagih kasih.
“Hanya satu aje permintaan Zara. Kejujuran! Zara hanya nak kejujuran daripada abang.” “Dia kekasih aku! Dah lama kami bercinta! Puas?”
Jawapan Fariz bagaikan sembilu tajam menusuk hati Zara. Fariz bertukar 360 darjah setelah munculnya wanita itu dalam rumah tangga mereka. Adakah rasa cinta terhadap kekasih lama Fariz masih mekar dalam hati lelaki itu melebihi rasa kasihnya kepada Zara? Mampukah ikatan suci yang dahulunya kembang dengan bunga-bunga kebahagiaan dapat diselamatkan?
Beli sudah. Buka sampul plastik pun sudah. Baca pun sudah. So masa untuk memberi komen tulus ikhlas dari hati nurani.
Cerita dia oklah. So-so. Tapi ada berapa part yang merosakkan mood orang, yakni yuni sendiri untuk membaca. Tapi sebab dah start so layan ajelah sampai habis.
Beli buku ni sebab ternampak buku sambungan keduanya. Cerita si Bazli pula. Yang tu nanti masa dia akan tiba yek.
1. Zara dan Bazli supposed to be adalah sepupu, dan mereka bercinta dalam diam. Bercinta je pun. Bukan bernikah ke apa. Tetapi ayat Zara macam dia ni dah hak milik kekal si Bazli. Memanglah si Bazli tu panas baran tapi itu boleh jadi alasan ke? Contohnya, acap kali penulis buat ayat "nak kena dengan Bazli kalau dia tahu?" "mati kalau Bazli tahu." WHAT? Hello, kalau iye pun nak tunjukkan diri sebagai kekasih yang setia, jangan membabi-buta nak 'sama-tarafkan' hubungan kalian seperti suami-isteri. Bukan juga yuni suruh si Zara ni curang. Tapi just berbual dengan lelaki lain or berkawan sekali pun, nak ber-monolog sendiri, habislah kalau Bazli tahu. You are just couple. Not husband and wife yet! last2 tak kahwin juga. Alahai...lemah baca.
2. Macam tak logik bila Mak Lang dan Pak Lang kata mereka berdua adik beradik kembar. Selama ni tak de mention pun, kongsi birthday. Lainlah kalau si abang lain pada pukul 11.57 malam 31/12 dan si adik lahir 12.03 pagi 01/01 tahun hadapannya. Bolehlah juga fikir logik. Even macam terkejut, tapi...haish, macam tak boleh terima akal lah. Ok, tahu kembar sepasang. Tapi kan selalunya kembar ni perangai hampir sama. Kalau tak pun, takkan takde satu perkara yang mereka berkongsi? KEMBAR KOT! Kalau cakap hubungan abang adik tu boleh terima. Adoi...
3. Correct me if I'm wrong. Kelam dan kabur tu bukan hampir sama maksud ke? Tak ingat page berapa, tapi Zara ni macam nak pitam. First, dia kata pandangan menjadi kelam. Then selepas satu ayat, dia kata pandangan menjadi kabur. Cakap pitam je sudah lah. Dan ada beberapa kali, penulis tulis ayat yang hampir sama maksud untuk menerangkan tentang sesuatu perkara. Terlalu banyak kosa kata ke?
4. Ok, kita ke arah hero. Hmm...wahai encik Fariz, kalau iye pun nak teruskan rancangan solo awak nak kenakan Nadia, agak2lah. Tak payahlah nak over sangat sampai ber aku-kau dengan isteri sendiri. Nasib baik Zara nak kembali semula. Nasib baik Zara tengah pregnant. Kalau tak, baru padan muka.
5. Tahniah penulis sebab buat satu penyakit yang agak lain sikit. multiple disorder. Nice one. Asyik2 dihadapkan dengan watak jahat, last2 jadi gila. Alah...cliche sangat. Tapi adalah lebih naik, sekiranya penulis tambah sikit penerangan tentang penyakit tu. Just nak beritahu Nadia ada penyakit tu tapi dibiarkan. Just dengan makan ubat penenang je. Hmm...ni bukan drama korea Kill me,heal me ke atau hyde, jekyll, me. Ini cerita melayu. Takde hero2 handsome. Oklah, Fariz dikatakan handsome. Tapi sikit sangat part sakit tu.
6. Maybe just yuni kot yang terasa begitu, tapi macam kakak Zara dipinggirkan dari tahu kisah sebenar. Dia kan kakak pertama. Anak pertama. Tapi tahu tentang hubungan sebenar Bazli dan Zara yang terakhir. Itu pun bila Zara dah nak kahwin. Fariz orang luar pun lagi awal tahu. Janganlah guna alasan sebab dia tak duduk di Malaysia. Macam orang lama kata, hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.
Fuh lega, bila sampai ke perkataan tamat. Lagak mcm aku je yg menulis hehe.. Kisah cinta zara si wedding planner dan fariz si senior engineer. Kisahnya bermula di tempat parking dan berterusan sehingga ke wedding mikail &aliya... Walaupun pd mulanya si fariz tu agk kasar & stone tapi tak sangka dalam hati tu ada taman..dan siapa sangka lelako ug kasar macm fariz tu blh jadi sesweet habis dan segatal habis...haila, bukan zara je blh cair dgn godaannya..aku yg membaca pun tersengih-tersengih sbb dah tersuka tanpa sengaja dgn fariz..hhihihi
Bercerita lak sal bazli si abg kembar zara yg susah nak terima hakikat..haish, rasa nak lepuk je kat bazli tu bila dia mula cr pasai dgn fariz kat tgh2 bendang...nasib baik aku tk dak kat situ..kalau nak memang kena dush-dush dah kepala bazli tu... Lagi satu yg buat aku geram dgn shira nadia. Yg ni lagi stu hal..xfaham bhs..dah fariz xnk..dia nak jgk..rasa nak campak je si shira tu dlm lombong bila shira lemaskan dan culik si zara..nasiblah junior fariz xada pape...geram nya rasa masa tu.. Tapi ending dia mmg kebabomss. Overall, Cerita yg tak berat..masih blh dihadam dgn baik..pengaturan cerita yg sgt bagus . Dan penulisan yg agak bagus buat penulis baru mcm #dhiyana .. Kpd yg belum dptkan..better dptkan..sbb mmg xrugi..cite best..xbosan..dan sangat menghiburkan..well done!
Izara Batrisya (Zara), si wedding planner, tidak menduga cinta yg disulam bersama sepupunya, Bazli selama 4 tahun musnah kerana sebuah hakikat.
Fariz Adryan (Fariz), si ex navy pula pernah dicurangi Shirah, kekasih yg hampir menjadi tunangannya, sehingga tertutup pintu hati utk sebarang wanita.
Keperibadian Zara memikat hati Puan Marina, salah seorang pelanggannya. Memandangkan Zara sebatang kara di KL, lantas Zara dijadikan anak angkat oleh Puan Marina yg telah mempunyai 4 org anak.
Pertemuan Fariz & Zara kerana berebutkan tempat parkir telah mendatangkan satu perasaan kepada Fariz. Lebih menarik lg, Fariz adalah anak kedua Puan Marina. Maka pertemuan demi pertemuan berlangsung antara mereka tanpa disedari mengukuhkan lg perasaan Fariz terhadap Zara .
Mengetahui Zara cuba bangkit dr luluh kecewa cinta terhalangnya & demi melindungi Zara dr terus-terusan diganggu Bazli, Fariz nekad menghulur tgn bg memimpin Zara ke masa hadapan dlm sebuah ikatan perkahwinan. Zara pula terpaksa akur menerima lamaran Fariz setelah didesak oleh mak lang & pak langnya.
Fariz & Zara hidup berbahagia selepas berjaya melepasi tempoh penyesuaian mereka. Fariz yg baran, moody & beku berubah menjadi loving & romantik (fariz dlm mood romantik buat ku tersengih2 ok..hihihi). Sementara Zara pula mencuba menjadi isteri terbaik buat suaminya yg tercinta.
Sedang mereka menikmati fasa bahagia alam rumahtangga, Zara menerima ugutan meminta dia meninggalkan Fariz. Sementara Shirah pula dtg merayu utk kembali kepada Fariz. Fariz menjadi tertekan sehingga mengabaikan Zara & kembali menjadi mudah baran (masa ni mmg rasa Fariz sgt x guna & kuang ajaq). Fariz silap percaturan dalam usaha menyelamatkan rumahtangganya hingg akhirnya tercetus perbalahan antara mereka hinggakan Zara menuntut perceraian & membawa diri ke bumi Auckland.
Dengan bantuan Bazli, Zara & Fariz kembali bersatu tetapi ancaman yg lebih hebat datang mengancam rumahtangga mereka. Kegilaan & obsesi Shirah makin tidak terkawal sehingga nyawa Zara & kandungannya menjadi taruhan.
Apakah tindakan Fariz? Akankah bahagia menjadi milik Zara? Apa yg pasti, kembara naskah ini memang megujakan.
percubaan yg bagus drpd seorg penulis baru….citer yg mudah utk dihadam….olahan yg bgs di mn conflict yg diketghkn x membt kn kita serabut kepala utk berfikir….pd sy, citer ni best dan mmg blh dilayan….
Tak sia-sia aku swap buku aku dengan buku ini.. Sebabnya, buku yang ini lagi best daripada buku aku tu.. hehh.. Best layan citer ni.. Ada certain part yang buat aku sedih dan terasa sangat.. Kesian Zara.. huhuhu.. Part Fariz dengan Bazli bergumpal dalam petak sawah tu aku suka.. hahaha.. Boleh bayangkan bagaimana rupa dorang yang penuh dengan lumpur.. . Aku suka pada ketegasan si Fariz.. Kenapalah dia berhenti jadi navy.. aisshh.. hehe.. Cuma baran dia tu sangatlah tak menahan.. . Aku loya dengan Bazli.. Kenapa..? Bacalah sendiri.. ahahh.. . Nak kesian ke tak ehh kat si Nadia tu..? Tak payah kot nak kesian sangat.. kehkehkeh... Siapa Nadia..? Sekali lagi, baca sendiri.. :D . p/s: Keseluruhannya, citer ni menarik untuk dibaca.. Cuma, seperti biasa, ada la sikit-sikit error di sana sini.. Harap di masa akan datang, penulis akan lebih berhati-hati dan seterusnya dapat menghasilkan sebuah karya yang lebih menarik.. Apapun, tahniah untuk karya ini..
Bagi aku novel ini tidak mengecewakan walaupun ni novel pertama penulis. Cukup dengan rempah ratusnya. Ada suka duka percintaan,konflik rumah tangga dan kekeluargaan. Memang sesuai jadi drama petang pukul 7 tu. Hahahaha...
si wedding planner, yg frust bercinta kerana kekasih sebenar abang kembar sendiri menerima saja saranan mak saudara utk menerima lamaran yg datang. rupanya lamaran dari ibu bapa angkat utk anak lelaki mereka, fariz yg si zara kenal ketika berebut parking.. kemudian start happily bercinta dan tiba2 datang si kekasih lama, nadia yang mengugut zara si wedding planner utk meninggalkan suaminya supaya tiada perkara buruk berlaku... ending? as usual, happily ever after... gaya penceritaan yang agak baik sebenarnya. Teliti walaupun ada yang kata agak meleret... tu bukan meleret dikk oii. Penulis nak beritahu supaya kita pembaca tak termanggu2 apa yg jadi ya?. Haa.. bahasa pun tersusun cuma rasa macam ada sedikit salah susunan ayat.. sket sgt jer.. lupa dah page mana..ada jugak rasa grammar yg mcm senget sket... sket jer..oklah.. boleh hadam kisahnya....
The book is interesting because the author managed to introduce sort of fresh issues such as marital rape, incest (well almost anyway), and split personalities. However, she failed to resolve one of the issues well that is when the hero forced himself on the heroine. I find the act despicable and it's disappointing that the author did not offer a better resolution. And frankly, the hero is not a likeable character. You can't cover up bad temper and ill-treatment of the heroine as part of his 'plan' to protect her. The antagonist is revealed as having split personalities but I think the hero also has split personalities. A good effort but still a bit disappointing.
This entire review has been hidden because of spoilers.
2 Kisah ini bertunjangkan perjalanan cerita yang saya kira sama sahaja daripada penulis yang lain. Tiada yang luar biasa. Tapi... apa-apa pun percubaan pertama penulis dengan memperkenalkan naskhah setebal 700+ sedikit sebanyak mampu membuatkan saya terus membaca sehingga berjumpa perkataan TAMAT.
Dah lama beli buku ini. Sejak drama di tayangkan. Sudahnya.. Drama pun tak sempat tgok. Novel pun tak sempat nak baca. Hari tu terbaca review cerita ini.. Tergerak hati nak buka plastik buku ini.. Ambil masa beberapa hari juga nak habiskan. Bukan sebab tak best tapi kekangan masa. Buku ni tak lah berat jalan ceritanya.. . Senang dibaca. 755 muka surat utk penulis baru seperti Dhiyana membuktikan idea dia mencurah-curah. Cerita yang mengisahkan Zara dan Fariz. Pertama kali mereka bertemu ketika berebut parking kereta. Belarutan cerita bila Zara menjadi wedding planner untuk perkahwinan Mikail iaitu adik Fariz. Ditambahkan cerita Puan Marina ibu kepada Fariz sangat suka pada Zara hingga buat Zara anak angkat. Fariz pernah putus cinta bersama Shira. Sejak putus cinta atas kecurangan Shira. Sikap Fariz menjadi pendiam dan kuat bekerja. Pertemuan Fariz dan Zara menjadikan hidup Fariz berwarna wani semula. Fariz sentiasa ambil berat tentang Zara. Biar pun Zara dan Fariz sentiasa tidak sebulu tetapi kalau dah jodoh tak kemana. Mereka bersatu juga sebagai suami isteri. Di awal cerita.. Zara bercinta bersama sepupunya Bazli tapi halangan cinta mereka berlaku bila mengetahui Bazli adalah abang kembar Zara. Bazli tidak dapat terima kenyataan hingga mencederakan Zara. Nasib baik ada Fariz yang sentiasa melindungi Zara. Perkahwinan Fariz dan Zara pada mulanya tidak dapat diterima Bazli. Tapi di akhir cerita.. Bazli jugalah yg satukan Fazli dan Zara ketika Zara merajuk dengan Fariz. Watak Bazli dalam cerita ini sesuatu sangat. Dari seorang yang kita benci lama2 jadi suka pada dia. Patutlah penulis Dhiyana sambungkan watak Bazli dalam novel seterusnya. Dalam cerita ini watak yg menghuru harakan rumah tangga Fariz dan Zara ialah Nadia atau juga Shira.. Dikatakan dalam cerita ini Nadia ada penyakit split personality. Nadia cuba merampas semula cinta Fariz hingga sanggup melakukan apa saja. Nadia ugut Zara utk melepaskan Fariz. Macam2 lah sebenarnya Nadia buat perangai dalam cerita ini.. Sampaikan Fariz buat tindakan bodoh pada Zara. Konon nya nak lindungi Zara dari Nadia. Sampai Merajuklah Zara tu bawak diri hingga ke luar negara.. Habis romentik lah Fariz pujuk Zara masa tu.. Akhir cerita happy ending. Semua bahagia kecuali Nadia jadi gila. Entah Kenapa.. Susah pula Saya nak buat review cerita ini.. Sorry Kalau ada yg tak faham. He.. He. He..
Pendapat : Syabas kepada penulis...kerana novel ni telah diadaptasikan..dan maaf cakap, sampai sekarang saya masih konfius, kenapa Bazli diserahkan kepada pak lang dan mak lang, kalau dalam drama.. sebab Bazli ni anak tak sah taraf, tapi..dalam novel, Bazli kembar Zara..jadi tak kan atas sebab yang sama kot... Dan yang kedua, saya kurang puas hati bila..Fariz mengaku Shira tu kekasihya pada Zara dan melukakan hati Zara sebagai seorang isteri... alasannya, untuk keselamatan Zara..sebab Shira tu psiko...Ok, Fariz digambarkan seorang yang berbadan sado dan bekas anggota tentera laut...tentu sahaja dia seorang yang terlatih... dan pastinya, dia boleh fikir satu strategi untuk melindungi Zara..kan...
Pengajaran : Isu anak angkat/anak susuan..ibu bapa perlu maklumkan pada anak-anak dari kecil lagi dan bapa dulu2 suka letak nama anak angkat ber bin/binti kan nama mereka..sedangkan perkara tu salah dalam islam.
Review : Zara bercinta dengan Bazli sepupunya sendiri, tapi hubungan mereka haram berkahwin..Bazli tak dapat terima kenyataan dan sering mengganggu Zara..Zara dan Fariz bertemu ketika berebut tempat letak kereta...Fareez ajak Zara kahwin dengan alasan untuk menghalang Bazli dari terus gannggu Zara...Tapi, tiba2 muncul bekas kekasih Fariz..Shira yang ingin merebut cinta Fariz kembali...
Light reading. I finished reading this in less than 24 hours time. Siapa la tak suka, tak jatuh hati, tak jatuh sayang kalau lelaki mcm Fariz Adryan yg cukup serba serbi lagi lagi part Agama muncul dalam hidup sebagai suami yang mahu bersusah senang sampai hujung nyawa, sampai Syurga ? Every girls' dream to have that kind of husband. Sayang dia ditunjuk dengan perbuatan - Action speaks louder than words. Tapi masih ada ke lelaki seperti Fariz Adryan ? Mungkin satu dalam sejuta. Entah lah. Dan aku masih tertanya sendiri, kenapa di alam realiti perlu ada orang macam Shahira Nadia yang niatnya hanya satu - mengganggu, menghuru hara & menghancurkan rumah tangga orang lain ?! Good job, penulis sebab tulis kisah yang ada berlaku di sekeliling kita. Bacalah dengan mata hati, dengan niat nak ambil pengajaran dlm tiap baris kata yang ditulis penulis bukan hanya nak rasa seperti terbang di awang - awangan.
jalan cerita menarik. cumanya ada beberapa perkara yang jadi spoil mood saya:
1. perkataan "kan". rasanya dalam beberapa ayat dia, "kang" lebih sesuai. 2. rasa macam izara ni blur je tempat2 menarik macam lake toba tu. supposed dia as wedding planner, kena la expert tempat2 romantikus utk bercuti ni... 3. tak berapa menghayati watak zara. rasa watak jiwa zara ni tak berapa mendalam. boleh bagi jiwa lagi ni. 4. izara ni macam senang je mengalah nak bagi suami kat nadia. hampeh betol! suami hot oi... nak sedekah lak. 5. fariz pon hampeh gak. kalo ye pon nak tunjuk konon2 dia dgn zara ada masalah, xpyh la sampai berkau aku dgn zara. kecik ati teman.
overall jalan cerita dia, puas ati... good job writer!!
done reading dlm masa 2 hari ni... best sgt.. cerita yg menarik.. wah kan best dpt suami mcm si fariz tu cuma x suka sikap panas baran tu.. tp ok la.. pastu cerita pasal si nadia yg ada split personality tu teringat pulak drama korea hyde, jeckyl and me.. kesian2.. and lastly just nak comment knp cik penulis tulis kan instead of karang tp sy still baca karang.. kalau org lain yg dah baca novel ni mesti perasan kan.. haha.. well for author, keep it up.. hoping for your next novel ;)
I suka dengan jalan cerita dia. Not too heavy yet not that santai. The flow of the story juga not bad. I suka dengan watak Fariz yg sukar utk meluahkan rasa cinta dia terhadap Zara tetapi setiap yg Fariz lakukan memnag sweet sangat!
ok done..nak kata best sgt takderla. .tapi I enjoy the book and actually best sgt watak fariz ni walau kadang kadang tu nak ajer rasa tampar laju laju bila baran dia datang. hahhaa...
Sy baca yg ebook and revamp.. mengisah kan Zara yg menyulam kasih dengan sepupu sendiri.. rupa² nye die adalah abang kembar..
Zara kerja sebagai wedding planner.. jdi satu ari, family Fariz dtg nk guna khidmat Zara utk wedding adik Fariz.. dari situ dorg bermula rapat..
Dorg kawin jugk lepas confirm Zara mmg tk bole ade hubungan dgn Bazli..
Lepas dorg kawin mmg sweet sgt si Fariz nie.. Kalo tk sbb si mental tu dtg balik, dorg mmg okay..
Mcm² cara si Shira ni buat utk dpt kn Fariz.. tp sket pun Fariz tk lyn.. lama2 die terpaksa turut kn bila Shira dah ugut nk bunuh Zara..
Masa tu pulak Zara mkn hati ngn perangai Fariz sampai kn die bwk diri ke Auckland.. Lepas tu, Fariz dtg sane pujuk dan terang kn ape yg jdi… and dorg berbaik jugk..
Ermm last² mmg tau laa yg si Shira nie sbenar nye sakit..
Saya beli buku ni tahun 2015, tahun 2018 baru baca sebab tak sempat. Bagi saya jalan ceritanya untuk tahun 2018 ni tersangatlah cliche dan mudah dijangka. Tetapi kredit juga harus diberi sebab macam banyak jugala part2 yang mendebarkan dan psiko sikit. Agak menyampah dengan Fariz tu tapi saya suka watak Zara, independent woman katakan. kadang-kadang saya rasa dia deserve karakter lelaki yang lebih.. well... matured? saya menyesal sebab tak baca tahun 2015 sebab tak boleh nak feel sangat. But, mungkin lepas ni writer boleh try genre thriller pulak. macam best je, dia punya olahan part thrill tu.
Okay. Best. Cuma kurang berkenan skit dengan gaya penyampaian, sebab penulis gunakan "aku" untuk ceritakan. Sis kurang berkenan novel penyampaian yang macam ni.