“Arina... Arina... Jodoh kita memang kuat. I betul betul tak sangka dapat berjumpa dengan you lagi. You know what, I just nak beritahu dekat you yang you kena ikut cakap I sebab I ada simpan gambar-gambar you tanpa...” - Dato Haris Iskandar “A... Apa yang Haris nak daripada Arina sebenarnya? Haris nak buat apa dengan gambar tu? Tolonglah, Haris. Jangan benarkan orang lain melihatnya.” - Nurul Arina
Pertemuan semula Arina dengan Haris selepas beberapa tahun membawa malang buat Arina. Kerana ugutan daripada Haris, terpaksa dia mengikut segala arahan daripada lelaki playboy itu demi menjaga nama baiknya. Tetapi sayang seribu kali sayang, nasib tidak menyebelahinya apabila dia hilang kehormatannya. Atas desakan daripada Arina, mereka disatukan walaupun tiada cinta antara mereka.
Selepas insiden malang itu, dia terus menjauhkan diri daripada Haris meskipun dia masih memegang status sebagai seorang isteri. Tetapi dirasakan dirinya tidak bernasib baik apabila dia mendapat tahu bahawa bos di tempat kerja barunya merupakan mama kepada Haris. Arina tersepit antara kepentingan diri atau kesempitan hidup keluarganya.
Munculnya Carliff Azeem dalam hidup Arina membuatkan dia selesa berkawan dengan lelaki itu. Kesederhanaan layanan yang diberikan kepada Arina membuatkan Arina senang untuk berurusan dengan Carliff walaupun Carliff merupakan seorang anak Tan Sri. Carlifflah satu-satunya lelaki yang rapat dengan Arina.
“Kenapa Encik Carliff bagi bunga dekat saya?” - Nurul Arina “I love you, Arina.” - Carliff Azeem
Kini, barulah Arina mengerti bahawa layanan baik kepadanya rupa-rupanya Carliff menyimpan perasaan terhadapnya. Bagi Haris pula, dia mula tercabar dengan kemunculan Carliff. Dia masih mengharapkan peluang kedua buat dirinya untuk menebus segala kesalahannya terhadap Arina.
“Arina, don’t forget that you are still my wife. Nurul Arina masih isteri kepada Haris Iskandar. Remember that, my dear.” - Haris Iskandar
Arina makin keliru dengan dirinya. Antara status diri atau perasaan yang menjadi keutamaan. Dapatkah Haris Iskandar menawan hati Nurul Arina sepenuhnya atau terpaksa melepaskan Arina untuk menjadi milik orang lain...
Siapakah yang akan Arina pilih? Haris, lelaki yang pernah merosakkan hidupnya dulu atau Carliff, lelaki yang semakin hari semakin rapat dengannya.
Ok done.. Mcm laju plak enjin membaca ni ala2 turbo hihi
Kesuluruhan ok la cerita ni MB boleh hadam Ada manis ada pahit mcm2 ada Kerana cinta dato haris sanggup buat apa sahaja asalkan arina tetap menjadi miliknya Harta milik dia jgn siapa siapa berani utk sentuh itu pantang dia Kerana cemburu dan salah faham perkara hitam itu terjadi Hailahhhh ini yg MB geram part ni eeeee So bermula kisah mereka selepas arina lari 3bulan selepas tu terjumpa kembali disyarikat arina bekerja Kebetulan itu sykt mama haris Nsb baik jumpa haris kalo tak gila kut kamu hehe Terkejut arina siapa yg dilihatnya Nak lari dari haris tapi semakin dekat dia dgn haris Ada watak carliff yang btl2 jatuh cinta dgn arina dia rasakan haris tak layak Utk arina sbb haris ni playboy perempuan sana sini Ssh menjadi arina nk kata cntk biasa2 je tapi dia menjadi rebutan Maaf carliff haris terlebih dahulu ada dlm hati arina
Part olahan n pov tu rse mcm baca buku cerita kurang kena la dgn MB sbb bila baca tu Ermm... Seolah2 arina tu budak kecik Ada part2 yg makes me confius berkali kali juga MB baca balik kut tersalah baca kan So MB anggap itu kesilapan Pada MB byk jugak la part2 yg tak payah ada pn xpe sbb bende2 mcmtu menebalkan novel je MB mmg xbaca i skip je
Random pick from PNMeReader. Sebab rushing nak balik kampung, main pilih je. Salah pilih? Maybe. Tapi saya habiskan jugak buku ni walaupun rasa mcm tak kena dgn jiwa. Jarang saya tinggalkan sesuatu mcmtu je tanpa habiskan. Ini buku pertama utk #BOOKENDSMYCBT2019
To be honest, rasa tak gemar dgn watak Dato Haris ni. Org kaya mmg suka bertindak baru berfikir ke mcm mana? Ke otak simpan dekat dalam peti besi?. Rogol Arina sebab cemburu? Wei, alasan yang tak boleh diterima pakai lansung. Sebab tu, tak gemar dgn watak Dato Haris ni. Tukar perempuan mcm tukar baju. Lepastu, social gila. Tahu kaya tapi takkan semua org kaya camni? Hujung hujung insaf. Em.
Watak Arina pun rasanya mcm meh. Sebab nya dia seolah olah tak nampak mcm dia takut, fobia atau trauma bila dah kena rogol. Tak report polis. Tak mengamuk. Kira mcm redha gila. Maybe penulis nak buat watak Arina nampak so innocent. Tapi hakikatnya, ianya adalah watak seorang perempuan lemah yang taktahu nak buat apa bila terjadi sesuatu benda dekat diri sendiri. Please wake up Arina! Lepastu, blh kahwin dgn Haris sebab takut jd apa apa. Em.
Haha. Short review only okay. Ini baru nak catch up balik mood membaca. Insha'Allah akan cuba baca karya penulis yang lain. Sebab ini my first impression towards this author.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM19. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
Maybe my expectation was too high?
Penat sebenarnya dengan watak Arina yang terlalu pasif dan terlalu menurut. Penat juga dengan watak Haris yang tak semegah title Datuknya. Actually, apa yang successful sangat dengan Haris ni sampai boleh dapat title datuk? Isn’t he too young for it? Dia bukannya Lee Chong Wei mahupun Nicol David...
Masih ada banyak yang boleh diperbaiki lagi oleh penulis. It’s not horrible. But only because I’ve read worse.
1. Novel kedua sudah habis dibaca tetapi malangnya tak dapat recall cerita dia macam mana.
2. Novel pertama baru habis dibaca juga tetapi sayang...tak kena dengan jiwa.
3. Apa yang penulis ingin sampaikan kepada pembaca?
4. Mungkin silap yuni baca novel kedua dahulu dan baru novel pertama. Of course, first baby ada lagi banyak kekurangan berbanding yang seterusnya.
5. Yes, I got it. Arina memang dilahirkan dengan karakter low esteem yang terlampau. Mungkin kerana kemiskinan yang dialami. Namun begitu, adakalanya confuse bila macam takdelah nampak miskin sangat. Sebab bila miskin, ada ke fikir nak ke club? Bukan ke lebih baik digunakan untuk keluarga di kampung?
6. Dirogol. R.O.G.O.L...Pernah dengar tak trauma mangsa rogol? Dalam cerita ini, Arina dirogol oleh Haris. TETAPI sikap Arina selepas itu, langsung takde scene trauma nya itu. Siap setuju kahwin dengan Haris. Unbelievable! Dah lah baru2 ni, keluar cerita tentang proposal untuk kahwinkan mangsa rogol dan perogol. Tapi itu suka sama suka. Yang ni? Suka sama suka juga ke? Arina still minor ke? Hmm...Still want to call it as rogol? Maybe Yuni thinks too much tapi mungkin kalau ada mangsa rogol yang membaca novel ini, yuni tertanya dalam diri...apa perasaan mereka?
overall..buku yang best untuk dibaca..ada pengisian TAPINYA..Nampak sangat inferiority complex si arina tu ditunjukkan dengan keterlaluan...almost every moment Nampak inferiority complex tu as well as penulis cuba tonjolkan yang arina bukan pengikis duit si haris. hm...bagi saya cukup sekadar 2 or 3 times kot nak tonjolkan sifat tu dalam watak arina, bukan every moment haris belikan sesuatu untuk arina or her family.
selain dari komen tu, the rest I must say is an awesome book...sanggup saya baca during awal pagi..never miss any single wording...
dari segi pengisian, penulis menerapkan nilai kekeluargaan, cinta, persahabatan dan sifat saling maaf dan memaafi..so i'm willing to give 4 stars for the book.
Lega dah hbs baca. Kalau saya yg dulu mesti dah tutup dah buku tapi kerana azam saya thn ni nak hbskan baca buku walaupun tak msk jiwa. Citer dlm ni terlalu byk adegan pujuk memujuk. Adegan syg menyayang yg terlalu berlebihan. Terlalu mewah sgt. Apa pun blh diperbaiki lagi. Lahipun in buku pertama penulis. Good job
confuse sikit...mula2 katanya arina taknak kawin ngan haris...pastu,.masa dia nk g interview,.sebulan selepas arina kene rogol,.dia ckp nasib baik period,.so takyah susah2 nk rungsing kalo pregnant...tetiba,.dalam bab lain,.diorg kawen pulak..sbb takut pregnant...so far..ok laa...walau byk ulang2 mende yg sama..
Jujur aku katakan buku ni a bit cringey. Masa mula-mula baca, aku rasa jalan ceritanya cliché, penyampaian watak pun cliché, dan a bit cringey. Cerita tentang kisah silam yang mempertemukan dua watak, hate-love relationship, watak yang terlalu kaya sampaikan kononnya dunia ni pun dia boleh beli untuk orang yang tersayang.
Yang melanggar hukum cerita cliché adalah watak ibu kepada Haris. Bila mana dia tahu akan kisah silam Haris dan Arina, dan bercadang untuk satukan mereka. Buat aku teringatkan Ariana Rose dan Tengku Adam Kamil. Boleh katakan modusnya sama.
I am looking forward to Carliff Azeemnya story if there is going to be any..
Arina ni watak dia menyebalkan sikit..dalam her extreme inferiority complex ada kedegilan juga..dan paling menyampah, the way she kept mentioning her name..macam budak tak cukup umur pun ada..dalam author ingin memperlihatkan sikap manja Arina rasa macam budak primary school pulak cara Arina ni. Bukannya Arina ni tak matang..she is actually matang and good with her work..cuma caranya sahaja.
Buku yang biasa sahaja tiada ups and down.kalau ada pon tak sempat nak feel characters dah berbaik.'Reconciliation'nya tak berapa...ummpphh.Saya rasa sepatutnya buku ni boleh start semasa zaman persekolahan mereka.tapi good job kepada penulis kerana membuat buku yang agak tebal dan tahniah diatas buku pertamanya.kalau ada buku lagi lepas ni harap lebih bagus :)
ok la not bad.. is it me or this novel hampir serupa dengan novel Tundukkan Playboy Itu...dah la time lepas baca novel ni saya terus baca novel TPI.. btw penulis x de pun letakkan unsur keagamaan since hero tu dah banyak buat maksiat maybe x tertulis tp ada la certain part yang mengatakan hero pergi jumpa ustaz cuma x diketengahkan je since tu.. well not bad at very first try..
Percubaan pertama penulis bagi saya berjaya. Tidak ada watak antagonis perampas dari mula sampai ke sudah. Cerita ini lebih banyak tertumpu bagaimana Haris ingin membahagiakan Arina. Tahniah buat penulis!