Jump to ratings and reviews
Rate this book

Pemikiran Islam

Islam: Dakwah dan Jihad

Rate this book
‘Islam: Dakwah dan Jihad’ menghuraikan Islam sebagai al-din yang menyeluruh. Islam bukan sekadar ibadah peribadi, bahkan Islam merupakan sistem hidup yang menuntut penghayatan dalam aqidah, dakwah, perjuangan, dan pemerintahan. Pengarang menegaskan bahawa dakwah dan jihad merupakan dua tuntutan asas yang tidak boleh dipisahkan dalam usaha menegakkan kalimah Allah dan memulihkan kekuatan umat.

Naskhah ini menjelaskan konsep jihad secara tepat dan berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah serta pandangan ulama’, termasuk jihad menegakkan keadilan, menentang kezaliman, mempertahankan aqidah, dan menghadapi serangan pemikiran yang semakin berleluasa. Sejarah perjuangan Rasulullah SAW dan para sahabat bersama realiti dunia Islam hari ini diangkat sebagai iktibar penting untuk memahami cabaran sebenar umat.

Akhirnya, ‘Islam: Dakwah dan Jihad’ menyeru umat Islam agar kembali kepada Islam yang menyeluruh sebagai satu-satunya penyelesaian fitrah terhadap krisis kemanusiaan dan umat. Karya ini menjadi panggilan kesedaran agar Islam diperjuangkan dengan iman, ilmu, pengorbanan, dan jihad demi memulihkan maruah dan kedaulatan Islam.

144 pages, Paperback

First published January 1, 2026

Loading...
Loading...

About the author

Abdul Hadi Awang

71 books91 followers
Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (Ayah Chik) mendapat pendidikan awal di Rusila, Marang sebelum menjejakkan kaki ke Sekolah Agama Marang. Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Sekolah Agama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Beliau menerima pendidikan agama, bahasa Arab, dan politik daripada ayahandanya sendiri, iaitu Tuan Guru Haji Awang Muhammad yang bertugas sebagai guru agama dan imam di Masjid Rusila.

Selepas itu, Ayah Chik melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah, Arab Saudi pada tahun 1969–1973 dan berjaya memperoleh Ijazah BA Syariah. Seterusnya, beliau berhasil menggenggam Ijazah MA di Universiti al-Azhar, Mesir dalam pengkhususan Siyasah Syar‘iyyah selepas berjaya menamatkannya dalam tempoh dua tahun, iaitu dari tahun 1974–1975.

Di samping itu, Ayah Chik juga telah memperoleh Ijazah Sanad daripada Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani pada tahun 1983. Beliau istiqamah mengajar di Masjid Rusila, Marang dan telah mengkhatamkan pengajian Tafsir al-Quran sebanyak dua kali dalam tempoh 40 tahun, bermula dari tahun 1976 sehingga kini.

Berbekalkan laptop peribadi, beliau aktif menulis buku, artikel, khutbah termasuk laman web dan blog. Antara karya beliau adalah Inilah Akidah Islam, Beriman kepada Allah, Beriman kepada Rasul, Beriman kepada Malaikat dan Kitab, Beriman kepada Hari Kiamat, Beriman kepada Qada dan Qadar, Islam dan Demokrasi, Ramadan: Tetamu yang Dirindui, Islam: Adil untuk Semua, Bagaimana Islam Memerintah Negara, dan banyak lagi.

Beliau dianugerahkan Darjah Seri Setia Sultan Mahmud Terengganu (SSMT) yang membawa gelaran Dato' Seri oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-39.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1 (100%)
4 stars
0 (0%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 of 1 review
Profile Image for Muhaimin Safaruddin.
Author 18 books21 followers
January 30, 2026
Tiga (3) perkara dasar yang dikupas secara cukup tuntas dalam naskhah ini:

1. Membetulkan salah faham terhadap jihad secara berilmiah dan berautoriti berdasarkan al-Quran, al-Sunnah, dan pandangan ulama muktabar, bukan naratif media Barat atau tafsiran ekstrem.

2. Mengangkat Islam sebagai al-din (sistem kehidupan) yang memimpin dakwah, politik, keadilan, dan pembebasan umat, bukan semata-mata agama ritual.

3. Menghubungkan prinsip dakwah dan jihad dengan realiti semasa umat Islam, termasuk penindasan, krisis kemanusiaan, dan kegagalan sistem ciptaan manusia.
Displaying 1 of 1 review