Di sempadan banjaran Caucasus yang diselubungi kabus dan kedinginan, berdiri sebuah tembok berusia ribuan tahun, Tembok Yakjuj dan Makjuj. Dibina oleh Zulkarnain dengan izin Tuhan, tembok ini telah menjadi benteng terakhir manusia daripada makhluk perosak yang disebut dalam kitab-kitab suci. Selama beribu tahun, pelbagai tamadun telah mengambil alih tanggungjawab menjaganya, dari Yunani, Parsi, Abbasiyah, Uthmaniyah, hingga ke dunia moden.
Kini, zaman moden, tugas itu ditangan PBB. Ikut perjanjian, setiap tahun, setiap negara akan bergilir berjaga di sana. Pada tahun 2027, Giliran Malaysia sudah tiba. Seperti biasa, PBB mahukan individu yang terbaik, tetapi juga terbuang, mereka yang tiada ikatan dengan sesiapa, yang tidak akan dirindui jika sesuatu berlaku.
Mereka bukanlah askar elit biasa, tetapi profesional dari pelbagai bidang yang mempunyai kepakaran unik yang boleh membantu dalam penyiasatan, pemantauan, dan survival di tembok itu. Tujuh orang dipilih, dihantar ke tujuh menara kawalan di dalam hutan tebal yang mengelilingi tembok.
Mereka tidak tahu, bahawa masa mereka semakin suntuk. Sesuatu telah berlaku di bawah tanah tembok itu. Dan pada suatu malam, selepas ribuan tahun tersekat di dalam, Yakjuj dan Makjuj mula bangkit.
Saya memang sukakan genre horror Lovecraftian. Tapi mungkin sebab saya sendiri baru berjinak jinak dengan genre ni, jadi tak banyak karya tempatan yang pernah saya jumpa dengan vibe macam ni. Sebab tu bila baca Tembok Yakjuj Makjuj, rasa macam I found something rare dalam local scene. Ada rasa cosmic horror, rasa macam manusia ni kecil sangat apabila berdepan dengan benda purba yang tak dapat difahami sepenuhnya.
Saya juga suka jalan cerita yang laju dan bab yang pendek, dan buku ni memang ikut selera saya. Dari awal cerita lagi dah fast paced. Sepanjang perjalanan diorang ke kawasan kawalan, ada suara suara pelik, ngauman yang buat tak sedap hati, jumpa terowong, dan jumpa makhluk makhluk ganas. Cuma kena tunggu sikit sebelum action packed scenes tu untuk start Tapi bila sampai part tu, memang unputdownable. Memang saya terus baca sampai habis.
Cerita ni pasal pengembaraan tujuh orang yang direkrut oleh PBB dan dihantar ke pergunungan Caucasus untuk siasat tembok purba Yakjuj dan Makjuj. Yang menariknya, tujuh orang ni bukan jenis typical heroes. Diorang dipilih sebab masing masing macam got nothing to lose. Setiap seorang ada kepakaran yang memang diperlukan: Dr Luqman (profesor akademik), Erra (arkeologi), Alin (saintis), Azizul (bekas komando), Fatihah (jurutera mekatronik), Eilham (bidang tumbuh-tumbuhan kot, tak ingat haha), dan Zamir (pakar senjata api / balistik).
Bila cerita makin ke depan dan diorang mula berdepan dengan Yakjuj dan Makjuj, elemen horror dia makin kuat. Ada juga diselitkan elemen fantasi, sedikit time travel, dan rasa ancaman besar yang buat saya tak senang duduk. Dan itu yang bagi saya sangat kena dengan vibe Lovecraftian.
Satu benda yang saya sangat suka ialah elemen sejarah Islam dalam cerita ni. Kisah asal-usul tembok Yakjuj Makjuj, peranan Zulkarnain, dan bagaimana tembok ni dijaga dari zaman ke zaman diselitkan dengan cara yang menarik. Yang tak pernah tahu pasal Yakjuj Makjuj, boleh jadi tahu and eager to know more about this. Sayalah tu, lepas habis baca, saya buka youtube untuk pemahaman yang lebih lagi.
Ending dia pula… ending dia tu yang epilog tu sebenarnya macam mana wehhh? Memang tak dijangka langsung. Lupa nak cakap, malam pertama baca buku ni, saya tertidur dan mimpi benda pelik pelik. HAHA!
Overall, Tembok Yakjuj Makjuj bagi saya ialah satu bacaan yang lain daripada yang lain dalam local scene. Kalau kau suka horror, misteri purba, dan cerita yang buat korang rasa manusia ni sebenarnya sangat sangatlah kecil, buku ni memang patut masuk list.
Dengar nama je dah seram. Apatah lagi kalau kita berhadapan situasi melihat sendiri tembok yang mengurung bangsa ganas ini. 7 orang yang terpilih dan terbuang telah menjadi pilihan menjaga tembok yang tak pernah dijumpai manusia. Berada disekitarnya saja sudah menaikkan bulu roma.
Bukan sekadar jaga, kajian dan pemerhatian perlu dilakukan. Banyak perkara aneh dan pelik berlaku. Seperti ada sesuatu yang lebih menakutkan sedang memerhati. Bermula dgn kehilangan Eilham, amaran dari tulisan Yunani, terowong misteri dan banyak lagi. Satu persatu dipertontonkan. Sepertinya tembok itu mampu mempengaruhi persekitaran dan merubah masa. Apa yang berlaku?
Jalan cerita memang laju. Sampai je mereka dekat situ, dah ada yang mengganggu. Kita akan didedahkan bukan saja dgn makhluk ngeri ni ye, tapi penemuan yang lebih dari itu. Lebih gelap dan di luar kotak. Gabungan sejarah , ilmu pengetahuan dan kembara masa yang saya sukar nak hadam. Memahami situasi yang diorang hadapi pun perlukan masa untuk saya proses.
Pengetahuan memang kena luas bila dah start baca. Saya sendiri tak tertinggal buat carian bila keluar nama2 yang pernah wujud atau tak pernah didengar. Siapa mereka yang terperangkap dan apa yang sedang disembunyikan pihak atasan. Semuanya wow. Epilog yang mengganggu jiwa. Saya tak dapat bayangkan pengakhiran yang boleh buat saya berdebar. Dunia atau manusia yang kejam?
“Mulai sekarang, kalian bukan sekadar penjaga tembok.” “Kalian penjaga sempadan terakhir manusia.”
Baru baca dialog ni pun dah rasa meremang 😳
Novel ni berkisahkan 7 individu yang direkrut untuk satu operasi rahsia di sempadan Banjaran Caucasus — lokasi tembok purba Yakjuj dan Makjuj. Mereka bukan typical heroes. Mereka dipilih sebab masing-masing ada kepakaran… dan masing-masing juga ada sesuatu yang terpendam dalam hati. Rasa bersalah. Rasa kesal. Rasa nak baiki masa lalu.
Antara mereka: • Dr Luqman – Geologi & Seismologi • Dr Erra Ayyub – membaca bahasa runtuhan sejarah • Azizul – bekas komando • Fatihah – genius teknologi • Dr Eilham – bioteknologi & tumbuhan beracun • Zamir – pakar senjata api • Dr Alin – virologi
Dan persoalan paling besar… macam mana sebenarnya mereka dipilih? 🤔
Sejujurnya, dari muka surat pertama lagi saya dah tak senang duduk. Fast paced, bab pendek, terus to the point. Ada suara aneh dalam kabus, ngauman yang buat jantung laju, terowong misteri, tulisan amaran Yunani, kehilangan ahli pasukan… semuanya datang satu persatu tanpa bagi saya ruang nak bernafas 😮💨
Bila elemen Yakjuj Makjuj makin dekat, vibe dia jadi makin gelap. Ada rasa yang… — rasa manusia ni kecil sangat bila berdepan dengan sesuatu yang purba, sesuatu yang tak mampu difahami sepenuhnya. Dan saya suka cara penulis meleraikan persoalan tentang kabus, laluan terowong dan asal-usul tembok tu. Digabungkan pula dengan elemen sejarah Islam tentang Zulkarnain, buat saya lagi tertarik sampai habis baca terus pergi cari info tambahan termasuklah ChatGPT😆
Dialog yang paling melekat di hati saya dan saya rasa penulis nak sangat highlight benda ni:
“Kita berdua sama rupanya, cuba baiki kesilapan masa lalu melalui kesilapan masing-masing.” – Fatihah
Ayat ni kena sangat. Sebab sebenarnya tujuh-tujuh orang ni ada kekesalan sendiri. Macam kita juga, yang kadang-kadang terfikir how I wish I could do things differently.
✨ Kekuatan cerita ni bagi saya: • Jalan cerita direct to the point dan tak meleret • Gabungan sains, sejarah, fantasi dan sedikit elemen masa yang mind-blowing (especially bila berjumpa dengan 7 pahlawan dari garis masa yang berlainan- opsss spoiler sikit) • Atmosfera seram dan misteri yang konsisten • Rasa ancaman besar yang sentiasa menghimpit
💙 Watak kegemaran saya? FATIHah. Saya suka dia sebab dia bukan sekadar “genius teknologi”. Dia ada sisi emosi yang real. Dia kuat, tapi tetap manusia. Cara dia bercakap tentang kesilapan masa lalu tu buat saya rasa dia paling relatable. Dalam situasi genting pun dia masih berfikir rasional dan menyumbang dengan kepakaran dia. Powerful tapi grounded.
😌 Tapi saya paling tak suka watak Hasan tu eh. Biasa betul dia tuuu. Geram je rasa. Ingat ya siapa yang suka main bola tu hati-hati takut tu kepala Hasan 💀😝
Ending dia pula… HAHAHA saya macam tak puas hati sikit. Epilog tu???? 😭 Rasa macam ada sambungan? Atau saya je yang tak boleh move on? Tapi mungkin itu tujuan dia — nak tinggalkan kita dengan rasa tak selesa dan tertanya-tanya.
Overall, bagi saya novel ni rare dalam dunia novel- or maybe sebab ni buku first yang saya baca untuk genre macam ni? . Lain daripada yang lain. Kalau kau orang suka sci-fi, horror, misteri purba dan… saya memang recommend buku ni. You will love it. Janjihhhh 🩷✨
Mind-blowing! Macam biasalah, kalau buku tu ditulis oleh Helmi Effendy, confirm lain dari yang lain! Tolonglah baca ni kalau nak cerita yang bukan biashe-biashe. Buku yang menerokai elemen sejarah Islam, soft horror, suspense, mystery, a little bit of fantasy play too. Memang wow.
Ending buku ni buat aku speechless, termenung dan berfikir.
banyak persoalan yang terlintas dalam kepala bila baca buku ini. so saya suggest yang nak try, pls try bila korang mmg dah real free sebab some parts memerlukan kita berfikir.
permulaan agak slow dan melelahkan saya. author nak perkenalkan semua karakter but semua method sama and dialogue pun sama. ok aku ikut. huhu part ini saya rasa bosan
pertengahan kisah dah start rasa adrenaline rush. kemunculan makhluk dan kisah misteri mula datang dari atas bawah depan belakang kiri kanan. setiap dari karakter menunjukkan kebolehan masing-masing. dan saya rasa author minat erra lol. setiap scenes mesti akan highlight kebolehan erra.
teruja. itu boleh saya ungkapkan sewaktu membaca. terperangkap sama ada halusinasi atau kenyataan.
cuma ending memang begitu ke? nak saya campak buku ke dinding ke? ☺️☺️ HAHAHAH guilt trip. harap author buat next book oki
Tujuh rakyat Malaysia yang berbeza latarbelakang dan kepakaran dalam bidang masing-masing telah dilantik kerajaan Malaysia dan PBB secara rahsia untuk satu misi khas. Misi khas yang akan menghantar ketujuh-tujuh orang ini ke banjaran Caucasus, sebuah banjaran yang telah diperakui telah dibina di situ sebuah tembok yang berusia ribuan tahun. Tembok yang telah dibina oleh Iskandar Dzulkarnain agar menjadi benteng terakhir di antara manusia dan kumpulan makhluk yang akan merosakkan bumi berdasarkan tulisan kitab-kitab suci. Yakjuj dan Makjuj.
Mengikut perjanjian, sudah tiba giliran Malaysia untuk menghantar wakil yang terbaik bertugas di sana. Latarbelakang mereka merangkumi askar elit, pakar biologi, pakar arkeologi, pakar senjata dan pelbagai lagi, mengikut penyesuaian tugasan mereka di sana. Di banjaran Caucasus itu nanti, setiap mereka akan ditugaskan menjaga menara-menara kawalan masing-masing.
Namun, satu demi satu kejadian pelik telah berlaku. Bunyi suara pelik dan jeritan yang datang dari arah tembok, juga gegaran-gegaran yang dirasakan datang dari bawah tanah. Menara-menara kawalan juga terkadang dilitupi kabus tebal yang membawa suara-suara dan bayang yang menakutkan.
Apa sebenarnya yang berlaku? Adakah sesuatu yang mahu melepaskan diri dari kurungan tembok itu? Mengapa misi ini jadi misi rahsia? Apa yang akan jadi dengan ketujuh-tujuh wakil Malaysia itu?
Sebagai orang Islam yang percayakan Al-Quran, kita akan selalu bertemu cerita berkenaan Iskandar Dzulkarnain atau umum yang menyatakan ianya 𝘈𝘭𝘦𝘹𝘢𝘯𝘥𝘦𝘳 𝘵𝘩𝘦 𝘎𝘳𝘦𝘢𝘵 di dalam surah Al-Kahf yang kita baca setiap hari Jumaat.
Kita sedia maklum akan teori-teori konspirasi yang selalu berlegar di laman sesawang tentang adanya konspirasi dan organisasi rahsia yang mengawal dunia dari pelbagai segi, kewangan, kesihatan, penyakit, pembangunan, perbankan dan pelbagai lagi. Kadang-kadang kita rasa cerita sebegini tidak masuk akal, namun dengan pelbagai perkara yang telah berlaku di seluruh dunia, tidakkah kita berfikir sejenak, yang ada kebenarannya di sebalik semua ini?
Apabila penulis mengambil inspirasi kisah sebenar bagi menyampaikan pengajaran dan moral melalui penceritaan, ianya mengesankan. Banyak kali perkataan ‘sejarah’ diulangpakai di dalam penulisan ini, dan antara bait yang saya suka ialah, “𝘚𝘦𝘫𝘢𝘳𝘢𝘩 𝘣𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘤𝘶𝘮𝘢 𝘱𝘦𝘳𝘪𝘴𝘵𝘪𝘸𝘢, 𝘪𝘢 𝘱𝘦𝘳𝘪𝘯𝘨𝘢𝘵𝘢𝘯.” Mungkin antara moral yang ingin disampaikan penulis ialah agar kita sentiasa beringat dengan apa yang disampaikan melalui sejarah dan apa yang berlaku di masa lampau sebagai panduan di masa hadapan. Ingatan untuk kita umat Islam terutamanya, adalah supaya kita sentiasa beringat dengan kisah ini dan bersedia dengan segala kemungkinan dan apa yang akan berlaku di masa hadapan, seperti yang diingatkan Allah SWT, terutamanya dari segi ilmu dan ketuhanan. Yakjuj dan Makjuj sudah pasti akan terlepas dari kurungan, bila? Wallahualam. Sebab itu, sejarah jadi peringatan.
Saya sukakan jalan ceritanya. Penuh drama, aksi dan saspen. Ada masa, memang meremang bulu tengkuk membaca jalan ceritanya. Memang sangat kreatif dan saya pasti penulis seorang yang berilmu dan berinformatif bagi beliau untuk menyelitkan maklumat tentang profesion-profesion yang mempunyai jargon teknikal. Laras bahasanya mudah dan tidak mengelirukan, cuma saya agak terkesan dengan kontinuiti penceritaan dan juga kesilapan menaip dan ralat (typo) terutamanya yang melibatkan nama-nama watak dan jalan cerita yang boleh mengelirukan pembaca, namun saya kira ini cuma kesilapan teknikal, tetapi, sayanglah penceritaannya sudah sangat bagus (bagi saya). Saya juga tabik dengan penulis yang terus menggunakan satu bahasa (bahasa Malaysia) sahaja di dalam dialog antara karakter walaupun karakter yang terlibat datang dari pelbagai bangsa dan negara. Namun sebagai pembaca, kita juga harus kreatif dan harus faham bahawa ini ialah penceritaan. Sekiranya ia terjadi di dunia nyata, sudah pasti ada percampuran bahasa.
Saya juga merasakan akhir cerita adalah sedikit tergesa-gesa seperti banyak lagi yang masih belum terungkai, dan epilog itu? Kenapaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa? Begitulah perasaan saya apabila tiba di akhir mukasurat. Cerita ini kalau jumpa produser dan pengarah yang tepat, dan punya bajet yang meletup, kita pasti boleh duduk sama taraf dengan filem-filem Hollywood. Sekiranya anda penggemar filem atau drama seperti 𝘚𝘵𝘳𝘢𝘯𝘨𝘦𝘳 𝘛𝘩𝘪𝘯𝘨𝘴, 𝘛𝘩𝘦 𝘕𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭 𝘛𝘳𝘦𝘢𝘴𝘶𝘳𝘦, 𝘛𝘩𝘦 𝘋𝘢 𝘝𝘪𝘯𝘤𝘪 𝘊𝘰𝘥𝘦 dan yang seangkatan dengannya, anda pasti suka dengan cerita ini. Penulis ini mungkin sentiasa berada di bawah radar saya selepas ini.
Satu je lah pengajaran yang aku dapat dalam buku ini:Ada kalanya suatu penemuan atau rahsia itu kita tidak perlulah berkongsi dengan orang lain walaupun demi kepentingan untuk mengubah dunia. Sekiranya dikongsi penemuan/rahsia itu, orang akan ingat kita tidak masuk akal, gila, melawan hukum Sains dan sebagainya. Kita lihatnya sebagai pengubah dunia yang mempunyai potensi tetapi orang lain akan mengambil kesempatan demi dirinya dan suatu hari, musnahkan dunia.
Secara pendeknya & dalam bahasa Inggeris:Some things are better left unsaid.
7 orang terpilih daripada berlainan bidang & kemahiran dan telah dipecat, disenarai hitam, dipulaukan daripada keluarga, industri dan dunia penyelidikan. Mereka diberi peluang untuk menebus "kesalahan" & bermula dari kosong dalam kehidupan baharu dengan menyertai misi rahsia yang ditugaskan oleh PBB di sempadan Banjaran Caucasus di mana tembok Yakjuj Makjuj berada. Tetapi kenapa mereka dipilih untuk ke sana dan adakah misi ini benar-benar akan mengubah kehidupan mereka?
Aku teringat satu video (Pautan ke video tersebut, pilih sahaja mana-mana platform anda sukai: TikTok & Instagram) di mana penulis itu berkata janganlah tafsir "Tembok Yakjuj Makjuj" secara bulat-bulat tetapi anggaplah tajuk buku itu sebagai satu metafora kepada sesuatu di sebalik tembok tersebut. Lagipun buku ini hanyalah sekadar buku fiksyen, jangan takut nak baca, aduh! Permulaan cerita ini kita dimulakan dengan pengenalan kepada 7 orang yang terpilih oleh PBB untuk misi rahsia, walaupun ringkas pengenalannya, aku dapat fahami setiap watak, latar belakang mereka dan tujuan mereka bersetuju untuk dihantar ke Banjaran Caucasus. Dan bermulalah misi utama mereka yang akan buat anda meremang & berdebar di setiap muka surat anda baca. Aku sendiri pun macam WOW setiap kali aku menghabiskan setiap bab dalam buku ini!
Setiap muka surat aku belek buat aku rasa nak habiskan buku ini cepat sebab betapa hebatnya babak aksi yang ada beberapa bab dalam buku ini. Dari gambaran mahkluk Yakjuj Makjuj yang mahu menghendap apa-apa yang menhalang mereka kepada penyerangan salah seorang watak oleh entiti yang berada di dalam kawasan sempadan tersebut, kau akan rasa kau ingin mengetahui lagi apa yang ada di kawasan tersebut dan bukan sahaja untuk melindungi sesuatu daripada terkeluar ke dunia nyata. Plot cerita buku ini senang difahami dan lancar, tidaklah rasa macam meleret sahaja. Setiap bab itu memberi gambaran watak-watak serta kemahiran mereka untuk menempuhi perjalanan mereka ke tembok tersebut. Jangan terkejut pula kalau ada nama-nama bersejarah disebut dalam buku itu. Mereka hanya watak sampingan dan kau buatlah penyelidikan sendiri sekiranya ingin mengetahui latar belakang mereka dengan lebih lanjut.
First of all. Satu percubaan yang baik dan berani dari penulis. Masa awal publisher keluarkan teaser. Saya agak skeptikal dengan tajuk. Satu tajuk yang sangat besar, berat dan kalau salah bual memang akan jadi lain-- walaupun cerita fiksyen.
Kalau awak tanya saya. Saya suka part di mana mereka semua berada di tempat misi & gangguan yang mereka terima.
Secara keseluruhan, saya rasa 7 bab pertama mempunyai pattern of answers yang sama. Semuanya akan menurut kata untuk mengikut. Kalau saya tak baca 7 bab pertama rasanya okay je. sebab bab 8 ada ringkasan watak berserta kepakaran masing-masing dan apa tujuan PBB approach mereka & seterusnya misi yang perlu mereka lakukan. Kalau awak tanya saya. Saya personally suka if ada satu dua watak yang memberontak masa PBB approach. Baru la wild & intense. 🤪 Mungkin mereka bertujuh ada mindset yang sama iaitu rasa terbuang. Jadi maybe itu salah satu sebab juga kenapa semua cakap YES JOM OKAY (idk)
Tidak dinafikan. Fast paced & page turner. Tapi sebab watak ramai. Saya take time nak ingat/kenal karakter. Belum panas enjin lagi dah ke tempat misi. Tak sempat kenal watak senang cerita. Kadang macam nak double confirm, saya kena patah balik ke bab tertentu untuk make sure saya tak salah watak. Saya tak kata watak yang banyak tu dilarang sama sekali. Tapi disebabkan masing-masing pun power dalam bidang tertentu. Jadi bila dieorang buat misi. Ada dipairkan together. So saya macam okay jap ni siapa. Kenapa kena pair pulak dieorang ni ? Ha dia macamtu .
Emosi sesetengah watak agak beku. Ke sebab masing-masing pernah melalui fasa paling berat dalam hidup sampai emosi mereka terjejas dengan teruk? Mungkin.
Novel ini mengisahkan tujuh individu yang masing-masing mempunyai kepakaran tersendiri, namun dihantui rasa bersalah akibat keputusan drastik yang pernah mereka ambil—hingga menyebabkan mereka kehilangan kerjaya dan arah hidup. Tanpa diduga, mereka diberi peluang kedua melalui satu misi rahsia di Banjaran Caucasus—menjaga sebuah lokasi misteri yang dipercayai sebagai Tembok Yakjuj dan Makjuj.
Di sana, mereka mula membina hubungan dan bekerjasama menghadapi ancaman dari luar tembok. Namun keadaan menjadi semakin pelik apabila mereka terperangkap dalam terowong bawah tanah, dihantui kejadian aneh yang kabur antara realiti dan ilusi. Segalanya seakan berpunca daripada kemunculan kabus misteri yang menyelubungi kawasan tersebut.
Ketegangan memuncak apabila mereka dilaporkan hilang selama tujuh hari, mencetuskan operasi pencarian besar-besaran. Tetapi apa yang ditemui akhirnya jauh lebih mengejutkan—sebuah rahsia besar yang cuba disembunyikan di sebalik kewujudan tembok tersebut.
✨ Komen ringkas: Cerita ini menarik dengan gabungan elemen thriller, misteri dan sedikit sentuhan metafizik. Jalan cerita buat pembaca tertanya-tanya—apa yang sebenarnya berlaku? Realiti atau sekadar permainan minda? Ending dia pula memang tinggalkan kesan dan buat kita berfikir.
Satu je nak cakap kalau jadi movie confirm lagi mantap.. sebab apa??? Tak reti nk describe.. dalam ni ada time travel, ada sejarah purba, ada teknologi hebat ish macam susah nk digest tau cerita ni..
Ni mmg satu penceritaan baru la for me sebab tak pernah baca lagi buku mcm ni.. salute dengan author for this masterpiece and hopefully bnyk lagi karya mcm ni tapi kita nk ade illustration sikit hehe..
Bygkan PBB hantar 7 org pakar dalam bidang2 mcm geology, archeology, commander, technology and biosains duduk di banjaran caucasus yg jauh dari penempatan manusia lain.
Mereka diminta utk jaga tembok di situ.. setiap negara akan ade penggiliran utk jaga tembok tu jadi malaysia tak terkecuali tahun ni. Bila tiba di sana, suasana situ pelik, ada kabus, ada bayang2 manusia zaman purba, ada banyak tulisan kuno yg umpama beri amaran tentang tembok tu..
Bila berlakunya kejadian pertama ya itu Eilham hilang, disitu la mula nya satu persatu benda2 pelik muncul beri petanda bahawa tembok tu memerangkap jiwa dengan kisah silam dan berhalusinasi..
Epilog tu kann ishhh geramm je.. siapa yg ckp ngan HASSAN TUUU????
Misi rahsia tujuh pakar ke Pergunungan Caucasus ini pada mulanya nampak seperti tugasan biasa. Tanpa disangka ia pantas bertukar menjadi igauan ngeri. Penulis bijak mencantumkan elemen fiksyen sains dengan mitos eskatologi Islam untuk menjadikan naratif ini segar.
Rentak ceritanya bergerak laju melalui bab yang pendek dan padat. Olahan seram yang diadun bersama sejarah Islam terutamanya kisah Raja Zulkarnain memang buat kita tidak senang duduk. Susah hendak berhenti membaca apabila melihat watak-watak ini bergelut dengan entiti purba yang menolak hukum akal. Ada saspens, fakta sains serta sedikit sentuhan kembara masa yang digarap cemerlang.
Epilog cerita ini pula dibina cukup kemas dan penuh kejutan. Ia bukan naskhah hiburan kosong sebaliknya memaksa kita terus berfikir walaupun muka surat terakhir sudah ditutup. Karya thriller tempatan ini memang pelaburan masa yang sangat berbaloi.
Sebagai peminat sains fiksyen, misteri dan eskatologi, novel Tembok Yakjuj Makjuj ini sememangnya membawa nuansa kreatif dan naratif yang impactful, world-building yang unik (segar dan tidak klise). Ada vibes macam filem The Gorge. Tak banyak ayat yang meleret, sebab penulis menampilkan kandungan cerita, bab demi bab, secara straightforward dan laju. Sesuai untuk pembaca yang tak gemar rentak plot penceritaan yang perlahan. Mendebarkan terutamanya part kepala Hassan ditendang macam bola. Dalam penulisan ni jelas menunjukkan integriti dan kerajinan penulis mencari dan mendalami maklumat mengenai teori-teori lokasi Tembok Yakjuj Makjuj tu, kemudian digarap dan diselit dalam naratif dengan lebih kemas. As pembaca, sudi saya sampaikan kepada khalayak bahawa ini cuma karya fiksyen, jadi adalah diharapkan agar pembaca menghayatinya dengan minda yang terbuka.
Tak rileks ea buku ni . Dr awal smpai akhir momentum misteri dan suspen sentiasa ada .👏🏻 Cuma unexpected tajuk buku ni dgn jalan cerita . Tetapi still menarik utk dibaca .
Membaca buku ini seolah-olah saya sedang membaca penulisan yang digenerate lebih 90% menggunakan AI.
1. Jalan cerita yang berulang-ulang tanpa ada nilai tambah kepada plot. 2. Penggunaan seolah-olah, seakan-akan dan seperti yang terlalu banyak. 3. Kebanyakkan permulaan akan mengulang deria yang sama. Dan setiap watak diulang tabiat yang sama berkali-kali. (Cth Azizul menepuk pistol di paha, Erra menggenggam buku nota lama. Diulang-ulang berkali-kali macam diorang robot yang tak ada tabiat lain.) 4. Metafora yang terlalu banyak dan kadang-kadang susah untuk difahami. 5. Penggunaan rule of three yang terlalu banyak. 6. Penggunaan ayat "Bukan sebab A, tapi sebab B" yang terlalu kerap. Sama persis macam ayat yang generated oleh AI. 7. Character yang duduk dalam situasi genting, tapi langsung tak ada dijelaskan perasaan cemas seperti seorang manusia. Setiap tindakan langsung tiada rasa ragu-ragu seperti bukan seorang manusia yang berfikir.
Ni sekadar pendapat saya secara peribadi. Bagi saya, saya tidak menyokong traditional publisher untuk bukukan dan jual sesebuah buku dengan harga RM33 untuk saya baca buku yang ayatnya 90% digenerated oleh AI. Kalau sekadar e-book atau self-published saya tak kisah sangat.
Sebab saya beli dan baca sesebuah buku supaya saya boleh mengkaji penulisan seseorang penulis untuk saya gunakan untuk perbaiki gaya penulisan saya. Sebab tu saya beli di kedai buku. Bukan e-book di platform online atau mana-mana kedai yang jual self-publish book.
Kalau traditional publisher pun (yang ada editor) nanti dah penuh dengan AI generated text, macam mana saya nak pastikan buku yang saya beli lepas ni bukan buku yang digenerate oleh AI? Serius saya akan rasa seperti ditipu. Tapi mungkin ada orang yang boleh terima. Itu atas pendirian masing-masing. Tapi bagi saya, publish buku dengan menggunakan generated text AI is a BIG NO!
Di bawah saya sertakan cerita yang saya fully generated dengan ChatGPT. Sesiapa yang dah baca buku ni boleh compare ayat-ayat cerita yang saya bagi di bawah dengan penulisan di dalam buku ni. Dan sesiapa yang masih belum baca, cara penulisan buku ni lebih kurang sama seperti cerita yang saya sediakan di bawah. Bukan untuk satu atau dua bab. Tapi untuk keseluruhan buku.
Saya komen bukan untuk menjatuhkan penulis. Sekadar menyatakan kesedihan sebab cerita ni ada premis yang menarik (sebab tu saya beli) tapi rasa ditipu bila terasa seolah-olah saya sedang baca satu cerita yang ditulis oleh AI hampir sepenuhnya. Sedangkan ramai penulis tak kira baru atau lama struggle untuk tulis satu buku dengan hasil usaha sendiri.
Kabus Yang Lapar (Penulisan cerita ni digenerate 100% menggunakan ChatGPT. Masa yang diambil? Hanya 10 saat. Sesiapa yang dah baca boleh nilai persamaan penulisan ni dengan di dalam buku ni. Tq.)
Mula-mula Hakim menyangka dia hanya tersalah jalan.
Petang itu langit kelihatan mendung sejak dari tengah hari lagi. Matahari yang sepatutnya masih tinggi sudah lama hilang di sebalik awan hitam, menjadikan jalan lama yang membelah hutan itu kelihatan seperti waktu senja walaupun jam di papan pemuka keretanya baru menunjukkan pukul lima. Dia sebenarnya boleh memilih lebuh raya, tetapi aplikasi navigasi menawarkan laluan yang lebih singkat. Dua puluh minit, kata aplikasi itu. Jimat masa dan minyak.
Sekarang, selepas hampir sejam memandu di atas jalan yang sama, Hakim mula tertanya-tanya sama ada dia telah membuat keputusan paling bodoh dalam hidupnya.
Hujan yang turun renyai-renyai sejak tadi tiba-tiba berhenti tanpa sebarang amaran. Yang tinggal hanyalah kabus putih yang perlahan-lahan merayap keluar dari celah-celah pokok. Pada mulanya nipis seperti asap pagi, kemudian semakin tebal sehingga batang pokok di kiri jalan lenyap sedikit demi sedikit, seolah-olah (1) dipadam oleh tangan gergasi yang tidak kelihatan.
Hakim memperlahankan kereta. Lampu tinggi dipasang, tetapi cahaya itu tidak menembusi kabus (ayat biasa dalam buku ni "cahaya yang tak tembus"). Sebaliknya, sinarnya dipantulkan semula ke arah cermin hadapan sehingga dia hanya mampu melihat beberapa meter di hadapan. Dunia di luar kereta berubah menjadi lautan putih yang tidak mempunyai penghujung.
Dia menghela nafas panjang sambil mencapai telefon bimbit.
Tiada isyarat.
Hakim meletakkan telefon itu semula dan cuba mentertawakan keadaan tersebut. "Kabus saja," bisiknya perlahan, seolah-olah (2) ingin meyakinkan dirinya sendiri. "Tak ada apa-apa." (Dalam keadaan ekstrem tapi langsung tak ada rasa ragu-ragu atau takut seperti seorang manusia biasa.)
Namun ada sesuatu yang tidak kena.
Hutan biasanya tidak pernah benar-benar sunyi. Kalau bukan bunyi cengkerik, pasti ada unggas, katak atau desiran angin yang bermain di daun-daun. Tetapi di situ, kesunyian terasa begitu sempurna sehingga bunyi enjin keretanya sendiri kedengaran asing. Seolah-olah (3) seluruh dunia sedang menahan nafas.
Kemudian enjin itu mati.
Bukan tersengguk-sengguk seperti kehabisan minyak.
Ia mati begitu sahaja. (Bukan sebab A, tapi sebab B)
Hakim memulas kunci beberapa kali. Tiada tindak balas selain bunyi "klik" yang semakin lama semakin perlahan. Dia menyandarkan kepala pada kerusi. Bau lembap mula memenuhi ruang kereta, sedangkan semua tingkap masih tertutup rapat.
Ketika itulah dia menyedari sesuatu.
Cermin hadapan keretanya mula diselaputi wap dari bahagian dalam.
Dia mengelapnya menggunakan tapak tangan.
Di luar masih putih. (Rule of 3)
Tetapi di tengah-tengah lautan kabus itu, seolah-olah (4) ada bayang seseorang sedang berdiri.
Hakim mengecilkan mata.
Bayang itu tidak bergerak.
Mungkin batang pokok, fikirnya.
Namun apabila dia berkelip beberapa kali, bayang itu sudah tiada. (langsung tak ada rasa takut atau paranoid lepas nampak bayang-bayang yang hilang tiba-tiba? No emotion.)
Dia cuba menghidupkan enjin sekali lagi. Masih gagal.
Pilihan yang tinggal hanyalah keluar mencari bantuan.
Udara di luar terasa luar biasa sejuk. Bukan sejuk yang menggigit kulit, tetapi sejuk yang meresap terus ke dalam dada setiap kali dia menarik nafas (Bukan sebab A, tapi sebab B). Kabus itu pula begitu tebal sehingga tangan sendiri kelihatan kabur apabila dihulurkan ke hadapan.
Hakim berjalan perlahan-lahan mengikut jalan tar. Dia menganggarkan jika terus berjalan beberapa ratus meter, pasti akan bertemu simpang atau rumah. Walaupun kawasan itu terpencil, mustahil jalan sepanjang itu tidak membawa ke mana-mana.
Lima minit berlalu.
Sepuluh minit.
Lima belas minit. (Rule of 3)
Jalan itu tidak berubah.
Pokok-pokok yang sama.
Garisan putih yang sama.
Kabus yang sama. (Rule of 3)
Akhirnya dia berhenti. Perasaan tidak sedap mula merayap perlahan-lahan ke dalam fikirannya. Dia berpaling ke belakang.
Keretanya sudah hilang.
Bukan kerana jauh.
Tetapi kerana kabus telah menelannya. (Bukan sebab A, tapi sebab B)
Hakim segera berpatah balik. Dia yakin hanya berjalan lurus. Tidak mungkin dia sesat di atas jalan berturap.
Namun semakin lama dia berjalan, semakin dia sedar bahawa jalan itu seolah-olah (5) memanjang tanpa penghujung. Nafasnya mula tercungap-cungap, bukan kerana penat, tetapi kerana udara terasa semakin berat (Bukan sebab A, tapi sebab B). Setiap kali dia menyedut nafas, dadanya dipenuhi bau tanah basah (Tak tahu kenapa generated AI suka sangat bau tanah basah dan bau besi atau logam diulang-ulang dalam semua ayat berkenaan deria. Dalam buku ni pun sama. Banyak deria tanah basah dan bau logam ni.) yang terlalu kuat sehingga membuatkan tekaknya terasa loya.
Kemudian dia terdengar seseorang batuk.
Batuk itu datang dari dalam kabus.
Dekat.
Sangat dekat.
"Helo?" jerit Hakim.
Tiada jawapan.
Hanya batuk yang kedengaran sekali lagi.
Hakim menghampiri arah bunyi itu dengan harapan ada orang lain yang turut tersesat.
Namun setiap kali dia melangkah, bunyi batuk itu seolah-olah (6) menjauh. Dia mempercepatkan langkah. Batuk itu semakin jauh. Akhirnya dia berlari.
Tiba-tiba bunyi itu berhenti.
Hakim juga berhenti.
Dalam kesunyian yang menyelubungi hutan itu, dia mula mendengar bunyi lain.
Bunyi seseorang sedang bernafas.
Bukan di hadapannya.
Bukan di belakang.
Tetapi betul-betul di sebelah telinganya. (Bukan sebab A, tapi sebab B)
Dia menoleh pantas.
Kosong.
Namun nafas itu masih kedengaran, perlahan dan berat (Rule of 3), seolah-olah (7) sesuatu yang tidak kelihatan sedang berdiri begitu hampir sehingga jika dia menghulurkan tangan, mungkin jari-jarinya akan menyentuhnya.
Hakim berundur beberapa langkah. Kakinya terasa lemah.
Tanpa sedar dia menarik satu nafas panjang.
Kabus memasuki rongga hidungnya.
Serta-merta dia terbatuk-batuk. Dia menekup mulut, tetapi rasa dingin itu sudah turun jauh ke dalam paru-parunya. Dadanya terasa sesak, seolah-olah (8) ada tangan yang perlahan-lahan menggenggam jantungnya.
Dia menyangka itu hanya panik. (Orang biasa tak akan sempat berfikir dalam masa-masa macam ni. Tapi penulisan AI, macam tak tahu emosi manusia yang sepatutnya. Dalam buku ni pon sama dan terlampau banyak.)
Namun beberapa saat kemudian, ketika dia menghembuskan nafas, sesuatu yang ganjil berlaku.
Asap putih keluar dari mulutnya.
Bukan wap biasa.
Asap itu tidak hilang di udara.
Sebaliknya ia terapung di hadapannya selama beberapa saat, kemudian berpusing perlahan sebelum menyerap semula ke dalam kabus yang mengelilinginya.
Hakim memandang dengan wajah pucat.
Kali ini dia cuba berlari tanpa menoleh lagi.
Semakin jauh dia berlari, semakin sukar dia bernafas. Kabus itu terasa hidup. Ia memasuki hidung, mulut dan mata (rule of 3) setiap kali dia cuba menyedut udara. Tidak kira bagaimana dia menahan nafas sekalipun, akhirnya tubuh manusia tetap memerlukan oksigen.
Dan setiap kali dia bernafas...
Semakin banyak kabus memasuki dirinya.
Tidak lama kemudian, dia mula terdengar bisikan.
Pada mulanya hanya bunyi yang tidak jelas, seperti orang bercakap dari dalam air. Lama-kelamaan perkataan-perkataan itu menjadi semakin terang.
"Jangan melawan..."
"Kami cuma mahu pulang..."
"Tubuh kau hangat..." (Rule of 3)
Hakim menekup telinga dengan kedua-dua belah tangan, tetapi suara-suara itu tidak datang dari luar.
Ia datang dari dalam dirinya sendiri. (Bukan A, tapi B)
Dia jatuh melutut di atas jalan. Air mata mengalir tanpa dipinta. Bukan kerana sedih, tetapi kerana dia dapat merasakan sesuatu sedang bergerak di dalam paru-parunya (Bukan A, tapi B). Sesuatu yang tidak sepatutnya hidup.
Batuknya semakin kuat.
Kali ini yang keluar bukan lagi kahak.
Segumpal kabus putih yang padat meluncur keluar dari mulutnya sebelum terapung beberapa inci di hadapan wajahnya. Kabus itu berputar perlahan-lahan seperti sedang memerhatikannya, kemudian kembali memasuki hidungnya sebelum dia sempat mengelak.
Hakim menjerit.
Jeritannya tenggelam ke dalam kabus.
Tiada gema.
Tiada pantulan.
Seolah-olah (9) bunyi itu turut dimakan.
Tubuhnya mula terasa ringan. Terlalu ringan sehingga dia tidak lagi merasakan berat pakaiannya sendiri. Dia melihat kedua-dua tangannya.
Kulit di hujung jari semakin pudar.
Bukan menjadi putih.
Tetapi menjadi lutsinar. (Bukan A, Tapi B)
Di sebalik kulit itu, tiada darah. Tiada urat. Yang kelihatan hanyalah kabus yang berpusar perlahan, memenuhi ruang yang sebelum ini dihuni oleh daging dan tulang.
Hakim cuba menggenggam penumbuk.
Tangannya masih bergerak.
Tetapi ia bukan lagi tangan seorang manusia.
Dia akhirnya faham.
Kabus itu tidak membunuh mangsanya.
Ia memakan mereka sedikit demi sedikit. (Bukan sebab A, tapi sebab B)
Bukan dengan menggigit.
Bukan dengan mencarik daging.
Ia memakan setiap hela nafas, setiap sel, setiap cebisan kewujudan, sehingga yang tinggal hanyalah bentuk kosong yang dipenuhi kabus. (Bukan A, Tapi B)
Sebab itulah tiada mayat pernah ditemui.
Sebab tiada apa yang tinggal untuk dikebumikan.
Dalam keadaan yang semakin kabur itu, Hakim melihat beberapa sosok manusia muncul dari balik kabus. Mereka berdiri tanpa bergerak, wajah mereka kosong, tubuh mereka kelihatan samar seperti diperbuat daripada asap yang dipadatkan (Rule of 3). Tiada seorang pun bersuara. Mereka hanya memandangnya dengan pandangan yang tidak lagi menyerupai manusia.
Kemudian seorang daripada mereka mengangkat tangan.
Hakim tersentak.
Jam tangan yang dipakai sosok itu sama seperti jam milik ayahnya yang hilang di hutan belasan tahun dahulu.
Kenangan yang selama ini terkubur tiba-tiba muncul semula.
Ayahnya juga hilang tanpa jejak.
Tiada mayat.
Tiada jawapan.
Hanya kabus. (Ayat yang susah nak difahami. Hanya kabus?)
Air mata Hakim mengalir deras.
Dia ingin memanggil ayahnya, tetapi mulutnya tidak lagi mampu mengeluarkan suara. Kabus telah memenuhi dadanya sepenuhnya. Setiap hela nafas terakhirnya bukan lagi udara, tetapi sesuatu yang jauh lebih tua daripada hutan itu sendiri. (Bukan A, Tapi B. Dan ayat “sesuatu yang lebih tua daripada…”, “suatu yang lebih lama daripada…”. Ayat tergantung tanpa sebarang penjelasan lanjut macam ni terlalu banyak dalam penulisan dalam buku ni)
Sedikit demi sedikit tubuhnya pecah menjadi jaluran-jaluran asap putih.
Tiada rasa sakit.
Hanya rasa kosong.
Rasa seolah-olah (10) dia sedang dilupakan oleh dunia. (Apa yang dia rasa masa hilang? Tak ada rasa takut? Scene macam ni pun penuh dalam buku ni. Macam character tak ada emosi atau perasaan walau dalam keadaan ekstrem.)
Apabila proses itu selesai, jalan itu kembali sunyi seperti sebelumnya.
Yang tinggal hanyalah kabus yang perlahan-lahan bergerak di antara pokok-pokok.
Dan jika ada pemandu yang melalui jalan itu pada waktu senja, mereka mungkin akan terlihat seorang lelaki berdiri di tengah jalan dengan wajah yang tidak lagi jelas. Lelaki itu tidak akan meminta pertolongan. Dia hanya memandang ke arah setiap kereta yang lalu, menunggu seseorang berhenti dan membuka pintu.
Kerana kabus sentiasa lapar.
Dan setiap kali ada manusia menarik nafas di dalamnya, ia akan terus hidup untuk satu generasi lagi.
Hmmm macam mana nak cakap ye Ending nya agak sakit hati dan simpati Jalan cerita best ... Boleh jadi movie ...
Rasa seram pula bila bayangkan Yakjuj Makjuj ...
Cuma terfikir geng 7 yang lama tu reti bahasa melayu ye? Ye la seorang Korea seorang Jepun seorang german seorang Mat Saleh seorang yunani lagi 2 tak ingat ...
Kalau lah betul tembok Yakjuj Makjuj roboh .... Tak boleh bayangkan ... Sungguh ...
Yang pasti Eilham zamir Alin Erra Fatiha Luqman Azizul tak halunisasi ....
For the first time in my whole life, I am gonna write a review of a book instead of music because of how good this book is. Finished it in 4 days (sorry guys, it's the best I could do because of my reading slump), but yes, this book did slap the reading slump out of my mind when I started reading it. Although it took a few days for me to finish it, I swear to God, even when I put the book down to go to sleep, I KEPT ON THINKING ABOUT IT. (Thank God, I have self-control, otherwise pshhh what is sleep bro).
First and foremost, disclaimer: The first few chapters of this book are rather dull because of the main characters introduction. I promise you it WILL get better. Do not drop this book just because of the first few chapters. They are there, so you won't spend the next 4 hours figuring out which character is which and why they did what they did.
****Into the book we go****
Okay, so my very first impression of this book was literally "what the f-," because of the title. Who in their right mind would even have the idea to write something about "Yakjuj Makjuj" or "Gog Magog"? Like, aren't the creatures related to a few Abrahamic religions, therefore making it risky because Malaysia is a country full of religious extremists? Yes. That was my first impression of the book. I was worried for the author at first because, oh my God, this is too risky. Yet, he nailed it.
While reading the book, I was in awe and rather confused because hey, the author inserted a few historical and geopolitical elements in there, and I am rather dumb. I have zero general knowledge of history and geopolitics, but because of this book, I got a glimpse of an understanding of history. And surprisingly, it is not boring at all. In fact, it made me so curious that I need to do my own research about it. (trying not to write the history element in here because hey, spoilers!! and we don't want that.)
Also, let's talk about the horror and thriller elements in the book. The author, a.k.a the great Helmi Effendy, is known for his horror theatrics in his books, and let me tell you, it did spook me while reading the book. The words he used and the way he constructed the sentences made it easy for me to immerse myself in the book. Girl, I was sweating the entire time, and there are parts of the book that got me panting for air because surprise!!!! I was panicking too, alongside with the characters. The entire time I felt like I was in the book and I ain't in my room, reading words on some dead trees.
The whole time I was reading, I needed to lean against something or the wall because I swear it felt like someone was behind me. THAT IS HOW GOOD THIS BOOK IS!! The horror, the thriller, a bit of cute moments here and there (not too much! This ain't some love story, dude. This is the story of 7 citizens who had nothing to lose. They were cast out, not needed, not missed, nor even exist in some of their backstories, that went on a life/death mission to guard the wall of???? Jeng Jeng Jeng). The book has it all. All of the elements. If you have a reading slump, trust me and read this book. I promise you, you ain't be able to put it down.
(A bit of a funny story while reading the book. I got into a part where the characters heard noises around them, like whispers and so on. Yeah, let me tell you the fact that I HEARD IT TOO IN MY ROOM, AND IT SCARES ME TO THE POINT THAT I NEED TO CALL SOMEONE TO ACCOMPANY ME. Mind you, it was daytime, it's just that I have a blackout curtain and it made my room darker than it was supposed to, and I only have like a small reading lamp, hence the mind game and the funny-scared-induced story)
The ending. Don't ask me about the ending I am still pissed. PISSED IN A GOOD WAY BUT STILL PISSED!!! (trying not to drop the spoiler but holy KFC cheese, H.E has a knack of pissing off his readers and he has done it again with the ending.) It's good because it made sense in some ways, but it alsoooooooo ughhhh God.... it made me feel like I want to choke the life out of him....
Lastly, technical wise in terms of the word usage in the book. He has the tendency to repeat certain words in the book multiple times in many paragraphs. I saw one of the reader did mentioned it in their review, so I won't go in detail about it, but yeah the repetition of certain words but it's not gonna be a problem once you are INTO the book. You won't even noticed it sometimes. Hell, I don't even noticed it until I saw someone mentioned it.
Overall, this book is really good, and I definitely WILL and DID recommend it to some of my friends, and they too love it. So yeah.... this is it. This is the sign. Go buy this book, girlie pop, especially since PBAKL is around the corner. Also, I think he's gonna launch his new book as well at the event, so don't forget to check it out too.
Satu perkara sahaja. Satu perkara sahaja adakalanya sudah cukup untuk mempengaruhi pengalaman membaca dan menentukan penilaian akhir terhadap sesebuah cerita.
Novel ini mempunyai banyak ciri yang sesuai dengan citarasa saya. Genre thriller, aksi, misteri, penulis berpengalaman, buku yang floppy, cover cantik, watak-watak broken namun berkemahiran tinggi.
Jika dilihat daripada karya terdahulu, Helmi Effendy masih menggunakan pendekatan yang sama dalam karya kali ini. Sebuah fiksyen survival thriller yang hampir sepenuhnya berlaku dalam satu lokasi. Kali ini di sebuah tembok gah yang dikenali sebagai tembok yakjuj makjuj.
Tujuh watak utama diperkenalkan satu-persatu di awal cerita. Mereka mempunyai trauma tersendiri dan reputasi yang tercalar teruk. They've got nothing to lose. Menjadikan mereka pilihan paling sesuai untuk satu misi rahsia PBB. Misi yang zahirnya kelihatan mudah namun menjadi serba tidak kena apabila pelbagai keanehan berlaku.
Kemunculan manusia pelik, kabus yang mengelirukan, bunyi menyeramkan dan terputusnya komunikasi dengan dunia luar.
Ketika mereka memilih untuk menyiasat lebih lanjut, kegilaan sebenar cerita ini bermula. Daripada seram misteri kepada babak penuh aksi. Segalanya harus cepat, segalanya mesti dihadapi walaupun bertentangan dengan akal waras. Tujuh perwira dari era berbeza? Dunia yang berubah-ubah? Hadapi saja.
Timbul persoalan dan seterusnya kesedaran dalam kalangan mereka (dan pembaca). Apakah mereka sebenarnya dihantar untuk mati?
Setelah lalui babak-babak mencemaskan, kita dihidangkan dengan satu kejutan dan pengorbanan di akhir cerita. Itu tak cukup. Penulis tinggalkan pula pembaca dengan penutup yang menimbulkan tanda tanya. Kejutan apakah ini?
Sebuah karya yang memberi adrenaline rush seperti naik roller coaster kan? Jadi kenapa saya rate dua bintang? Lihat semula perenggan pertama tadi.
Satu perkara yang saya maksudkan itu adalah cara olahan/struktur ayat yang penulis pilih. Saya rasa terseksa kerana ia menyentuh "reading ick" saya — overused of words. Hampir setiap halaman ada perkataan 'seolah-olah', 'seakan-akan' atau 'seperti'. Ayat yang kuat jadi lemah bunyinya, seolah-olah penulis tidak cukup yakin untuk menamatkan ayat lebih awal (ya saya sengaja).
Jika tujuannya untuk menimbulkan suasana misteri, vibe itu tidak sampai kepada saya. Maaf. Saya kepenatan. Sampai satu tahap, saya membaca sambil menunggu kemunculan perkataan-perkataan tersebut kerana yakin ia akan digunakan lagi dan lagi. Dan apabila terjumpa, saya akan ketawa sendiri malah tanpa sengaja found myself rolling my eyes 😄.
Apa pun, ia adalah pengalaman peribadi. Saya percaya novel ini punya peminatnya sendiri.
Adakah saya akan berhenti baca karya penulis ini? Tentulah tidak. Saya sudah miliki Zon Hitam, The Lost World, Terhempasnya Pesawat MH747 dan Tembok Yakjuj Makjuj. Pastinya masih ada ruang untuk karya beliau yang lain :)
Saya sentiasa suka cerita yang bertemakan Love Craftian. So, bila tahu pasal buku ni, memang saya nak sangat baca.
Horror Love Craftian - sebuah cerita yang menggunakan ketakutan secara psikologi, terhadap benda yang kita tak nampak (or our mind cannot comprehend). Cerita ini banyak mengingatkan saya kepada karya-karya Stephen King, terutamanya The Mist. Punya minat saya dengan topik ni, hingga saya sampai sekarang suka tonton video-video YouTube tentang makhluk dalam universe Stephen King, The Dark Tower, Cthulhu dan seumpamanya.
Novel ini tidak mengecewakan, dari segi vibe love craftian tu. Deskripsinya agak detail, sesuai untuk penggemar visual. Namun tidak juga di-overexplain, atau 'terlebih tunjuk', untuk mengekalkan kemisteriannya, sepertimana begitulah cara Love Craftian dipersembahkan.
Saya paling suka adegan 'the mist' tu, dan nak tahu, macam mana lagi kabus tu boleh manipulate their surrounding -- selalu teruja bila scene kabus tu. Saya juga teruja dapat membayangkan makhluk dalam kabus tu (saya imagine macam ada makhluk gergasi bercakar panjang yang akan keluar pada akhirnya. tapi tak ada pula hahah).
Yang pastinya, saya suka keterujaan yang saya dapat daripada membaca novel ni. Membuatkan saya kembali teruja untuk menonton video YouTube tentang horror Love Craftian
Tembok Yakjuj Makjuj ialah antara novel tempatan terbaik yang saya baca tahun ini. Jalan ceritanya sangat pantas, penuh misteri dan berjaya membuatkan saya sukar berhenti membaca. Gabungan elemen sejarah, thriller dan persoalan tentang Yakjuj Makjuj menjadikan cerita ini terasa unik dan berbeza daripada novel biasa. Apa yang paling saya suka ialah cara penulis membina suasana penuh debaran dan tanda tanya dari awal hingga akhir. Setiap bab membuatkan saya ingin terus membaca untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku. Plot twist yang disusun juga sangat memuaskan dan tidak mudah dijangka. Walaupun ia sebuah karya fiksyen, penulis berjaya menggabungkan unsur sejarah dan kepercayaan yang membuatkan pembaca berfikir lebih jauh tentang dunia yang kita kenali hari ini. Secara keseluruhannya, ini adalah novel yang wajib dibaca oleh peminat thriller, misteri dan fiksyen berkonsepkan akhir zaman. Sangat berbaloi dan saya pasti akan mengesyorkan buku ini kepada rakan-rakan. Tahniah kepada Helmi Effendy atas karya yang luar biasa ini.
Muka depan, dan tajuk sahaja dah memang terasa mesti segera dapatkan dan baca.
Cumanya, permulaan, bagi saya, karekter developement tiada. 7 bab awal, 7 karekter ibarat karekter utama. Pengulangan yang hampir sama sehinggakan tak dapat nak tangkap nama dan kelebihan masing-masing, melainkan kena buat nota.
Perjalanan cerita pula ada yang draggy dan berulang. Apabila sebab terjadi, tidak dapat info dan penceritaan yang lebih banyak. Dicerita sambil lalu.
Dan pengakhiran ceritanya, agak tak menarik dibuat begitu oleh PBB dan kenapa selama ini PBB senyap dan kenapa PBB buat macam ini pun kita tak dapat penjelasan.
novel yang ada elemen thriller, misteri dan sejarah. Cerita bermula dengan misi ke sebuah tembok purba tapi makin lama, makin banyak benda pelik jadi kat mereka bertujuh.
Fast paced, jalan cerita dia buat aku rasa curious sebab mereka kena banyak benda jadi masa mereka dekat sana dah start masuk dalam tembok tu. Plot twist kat epilogue tu memang tak jangka.
Bukan jenis bacaan santai sebab banyak input nak kena hadam tapi berbaloi untuk dihadam
Awal2 best... Semangat nak baca.. Macam susah berenti.. masuk tengah2.. turun pula rasa excited tu.. Hihi.. Maaf... Fantasi nya rasa tak ngam dgn selera sy koottt... " Paling tua dari usia bumi.. yg lebih tua dari... " Perkataan ni diulang banyak kali.. Bosan lah pula... Tp, saya baca jg sampai Last page.. konflik mcm tak setel... Banyak tanda tanya yg tak terjawab.. Bagi sayala... Orang lain review ok je..
This entire review has been hidden because of spoilers.
Bab 1 - 7 tu aku faham yg dia nak perkenalkan 7 watak tu tapi pengulangan tu yg buat rasa penat sikit nak baca. The good part, setiap bab tu pendek² saja. Jadi mood membaca tu diselamatkan oleh itu.
Aku sangat menghargai jika disediakan sedikit lakaran kasar kawasan tembok tu. Jadi mudah sikit nk tracking watak² tu duduk kat mana. Kesukaran aku adalah untuk keep on track of setiap watak-watak yang ada dalam cerita ni. Tambah-tambah lagi tiba-tiba di akhir cerita tu. Ada lagi penambahan watak.
Interesting plot line but it felt boring and longer than it should be. It felt repetitive to me maybe sebab ayat yang berulang untuk describe tujuh characters tu kot. Setiap scene yang mereka tempuhi diulang-ulang tujuh kali cuma versi yang sedikit berbeza antara satu sama lain ikut trauma/ trait yang ada bagi setiap karakter tersebut. Sebab tu kot jadi macam bosan a little bit
Jalan cerita dia ok. Sedap. Ending dia walaupun tergantung tapi tergantung yang ok. Kita boleh agak. Cuma aku tak gemar cara dia explain situasi dekat tembok tu. Macam berulang-ulanh ayat yang sama. Macam tak cukup kosa kata. Tapi overall enjoy je baca.
No doubt penulis punya idea memang lain dari yang lain tapi memang suka tulis repetitive scene dan dialog ke. Characters's introduction ✅ Ending of every chapter ✅