Kerana sekurang-kurangnya mereka jujur dengan kegilaannya,
Sedangkan kewarasanmu belum tentu kejujurannya. ------- Bukan sekadar cerita mengaju nabi, bahkan ada kisah keluarga mahu bunuh diri. Kemudian, ada pula yang suaminya disembelih, anaknya diculik, dan rumahnya dibakar...
"Aku Nabi Isa! Refleksi Wad Sakit Jiwa", tentulah bukan himpunan tulisan cerita yang biasa-biasa.
Buku ini mencatatkan serta mengisahkan pengalaman-pengalaman Dr. Rozanizam sebagai pengamal perubatan dalam bidang psikiatri di bumi Australia.
Apa yang bagus dalam buku ini, beliau menjelaskan secara tuntas dan padat penyakit-penyakit psikiatri yang sering berlaku dalam masyarakat. Antaranya ialah masalah kemurungan, skizofrenia, demensia, masalah bunuh diri, keresahan dan Obsessive Compulsive Disorder (OCD). Sesuai dihadam oleh orang awam untuk mengenal dan membantu pesakit-pesakit yang mengalami salah satu penyakit tersebut serta memusnahkan stigma masyarakat bahawa para pesakit ini tidak perlu dipulaukan sebaliknya perlu sokongan mereka yang sihat untuk sama-sama membantu menghadapi masalah tersebut.
Memanglah teori psikologi ini kebanyakan datang daripada Barat, tetapi Dr.Rozanizam ada sertakan cara homeopati (alternatif lain) dengan memberikan nasihat dan motivasi melalui dalil ayat-ayat Al-Quran serta hadis Rasulullah S.A.W untuk mencegah, mengatasi serta mengubati penyakit psikiatri ini. Lalu, beliau mengajak kita (pembaca) sama-sama muhasabah diri dan merenungi hikmah dan sebab segala kejadian serta ujian yang Allah S.W.T berikan kepada hamba-hambanya.
Buku ni dari sudut pandangan pakar sakit jiwa. Jadi tentulah info yang dikongsi, lebih tepat. Setiap bab bermula dengan kisah manusia yang menjadi pesakit doktor tersebut, kemudian jenis penyakit mereka akan dihuraikan oleh doktor tersebut sebelum diakhiri dengan selingan hadith dan kata-kata semangat.
Pada mulanya saya andaikan doktor tersebut berkhidmat di rumah sakit jiwa dan pesakit beliau adalah penghuni rumah tersebut. Tapi andaian saya salah. Pesakit doktor tersebut adalah dari pelbagai kaum, kerakyatan, agama dan juga status sosial.
Mungkin tafsiran saya salah tetapi majoriti tekanan dihadapi berdasarkan contoh yang diberikan oleh doktor tersebut menjurus kepada betapa takutnya pesakit tersebut menerima kenyataan. Mereka melihat pintu yang tertutup sebagai penamat kisah mereka tanpa mahu berusaha mencari jalan keluar lain.
Kerana penulisnya beragama Islam maka banyak hujah beliau dari sudut pandangan Islam. Kadang-kala terasa seperti penulis cuba berkata, "Ah, dia itu Islam, kenapa mahu membunuh diri sedangkan itu dosa paling besar."
Buku yg sangat baik untuk memahami tentang kesihatan mental. Ditulis pula oleh pakar psikatri, sememangnya banyak info boleh didapati. Mulanya takut tengok tajuk buku😂 buku apalah ni. Tapi lepas baca baru faham, sangat menarik, banyak benda baru saya belajar. Juga terdapat cara2 praktikal untuk mendepani pesakit mental, dan juga cara untuk kita mengelakkan dari penyakit mental. Contohnya, skizofrenia, ocd, tekanan jiwa akibat kehilangan org tersayang, tekanan akibat penderaan seksual, stigma masyarakat, perubatan moden atau berubat kampung, dan banyak lagi. Recommended!
Kita semua gila, Macam orang gila, Ataupun betul-betul gila. Jika kewarasan kita melupakan kita pd Pencipta, Jika panjangnya akal kita memendekkan pengharapan kita pd syurga, Jika kuatnya semangat kita melemahkan iman dlm dada. Jgn kau hinakan org gila, Kerana sekurangnya mereka jujur dgn kegilaannya, Sedangkan kewarasanmu belum tentu kejujurannya.
"Aku Nabi Isa" tajuk buku ini diambil oleh penulis ketika merawat seorang lelaki warga emas yg menghidap penyakit skizofrenia iaitu salah satu drpd penyakit mental yg mengalami halusinasi/delusi. Lelaki tua ini sedang berdelusi dgn mengatakan bahawa dirinya adalah Nabi Isa (Jesus) yg tidak mahu makan ataupun minum walaupun telah didesak oleh jururawat yg merawatnya dirumah orang² tua. Selepas seminggu dirawat di hospital dengan teraturnya kembali pengambilan ubat anti-psikosis, lelaki ini kembali kepada keadaannya sebelum ini iaitu kembali makan dan minum seperti sediakala biarpun bukan semua pesakit skizofrenia kembali sembuh 100 peratus,
"sebab apa orang gila ?" pesakit yang pada zahir selalunya kelihatan sihat. Sekali imbas, tiada beza dengan pesakit-pesakit lain di luar sana. Cuma bezanya, ada sesuatu yang kurang pada diri mereka, kekurangan yang besar dan bukan sedikit. Kekurangan yang tidak terkesan daripada darah, tidak terimbas oleh mana-mana alat pengimbas, dan tidak mampu dibuang oleh mana-mana alat bedah. I wish I’m dead”, “I feel hopeless”, “Nothing you can do to help me", “I’m not crazy, they say I’m crazy”. Kalimah-kalimah ini adalah ungkapan jujur dari jiwa mereka yang tenat. Tak ada siapa yang mengerti, walaupun penulis sendiri, walaupun sesiapa. Kerana penulis ataupun sesiapa pun tidak memiliki jiwa yang tenat ini.
Hadith direkodkan drpd Imam Al-Bukhary dan Muslim "sesiapa yg membunuh dirinya dgn sesuatu benda didunia, dia akan diazabkan dgn benda itu pd hari kiamat."
Penulis tidak pernah salahkan pesakit apabila mereka meluahkan hasrat mereka mahu membunuh diri. Tetapi, penulis cuba memahami mengapa ungkapan itu keluar dari mulut mereka. Penulis percaya, apabila mereka mengatakan hasrat membunuh diri, ada sesuatu yang jiwa mereka menjerit cuba sampaikan pada kita. Sama ada kita memahaminya ataupun tidak, itu adalah rahsia jiwa yang perlu dibongkarkan. Tindakan kita, cuba dengar masalah mereka biarpun kita tak mampu menyelesaikan masalah itu. Mendengar sahaja sebenarnya sudah membantu mengurangkan beban. Sekurang-kurangnya mereka tak lagi perlu memendam masalah mereka sendirian. Beri mereka ruang meluahkan, menangis, ataupun diam. Bersimpati dengan masalah mereka dgn mengenal pasti apa masalah mereka serta cuba memahaminya dalam konteks kehidupan mereka dan jangan membandingkan ataupun meremehkan masalah mereka. Ajak mereka melihat perkara positif juga dan apa yg paling penting mulakan bertindak mencari penyelesaian dgn mengenal pasti sumber yg dpt membantu masalah mereka.
Kemurungan berlaku apabila seseorang berterusan berada dalam keadaan kesedihan yang serius sehingga mengganggu individu itu daripada berfungsi. Kesedihan ini biasanya berterusan setiap hari sekurang-kurangnya dua minggu. Kesedihan pula adalah lumrah kehidupan, reaksi normal manusia apabila berhadapan dengan ujian ataupun kesusahan dalam hidup. Dalam kamus psikologi, kesedihan sebenarnya adalah reaksi positif dan bukannya negatif. Ini kerana, ia menunjukkan kita mampu mengawal dan menentukan emosi yang bersesuaian dengan situasi. Ini memberi peluang kepada kita merefleksi dan memuhasabah kehidupan dalam keadaan normal.
"Kita perlu akui adalah fitrah kemanusiaan menjadikan kita tidak maksum."
Tbh, aku suka semua tentang Aku Nabi Isa!- Refleksi Wad Sakit Jiwa. Ia merupakan kisah benar yang betul-betul sebuah refleksi kepada pembaca. Aku suka dengan format dan gaya penulisan penulis. Di setiap bab, di boldkan tajuk yang membuatkan kita tertanya-tanya.
Permulaan setiap bab, penulis akan menjelaskan simptom penyakit mental atau apa yang berlaku kepada pesakit dengan sebuah penceritaan. Dari situ, penulis mengulas dengan lebih lanjut dengan memberikan fakta /statistik yang tepat dalam bahasa yang mudah, di ceritakan pula tentang rawatan yang digunakan secara ringkas dan menjelaskan apa yang berlaku selepas pesakit menerima rawatan. Turut melengkapkan setiap kes klien dengan pandangan Islam. Sekilas lalu, aku seperti membaca sebua laporan kaunseling yang sudah diringkas kan. Penyakit mental yang diketengahkan adalah dimensia, OCD, Depression, Skizorfrenia dan sebagainya.
Aku suggestkan kepada semua yang ingin menambah maklumat tentang penyakit mental dan mempunyai kesedaran bahawa perkara yang nampak mustahil belum tentu mustahil untuk terjadi. Aku kira melalui buku ini, di bahagian awal dan akhir, terselit harapan agar kita lebih cakna dan cuba memahami dimensi kehidupan pesakit mental dengan lebih luas. Dan cuba lah untuk tidak meremehkan penyakit mental, hanya di sebabkan kita tidak berada dalam kasut si pesakit.
"Pesakit kami kadangkala tidak terasa masalah yang dialami mengganggu kehidupan dan tidak merasakan kami dapat membantu dalam apa jua bentuk. Maka tugas kami bermula dari kosong, Kemudian, membina sedikit demi sedikit batu-bata kepercayaan pesakit terhadap kami, sehingga terbina binaan yang mereka dapat rasakan mampu melindungi mereka"
Satu lagi buku yang bagus berkaitan penyakit mental selain dari siri buku perubatan popular Diagnosis iaitu Diagnosis 4: Delusi.
Setiap bab diceritakan satu penyakit mental dengan khusus. Antara yang dibincangkan oleh penulis adalah berkaitan penyakit kecenderungan untuk bunuh diri, kemurungan, kerisauan melampau, nyanyuk, Skizofrenia, trauma mangsa gangguan seksual dan satu dua penyakit mental yang utama yang lain.
Penulis berjaya menerangkan secara terperinci simptom untuk setiap penyakit ini, cara menangani & mengubatinya dengan kedua-dua kaedah moden dan Islam dengan menggunakan kes-kes berkaitan yang pernah diselia olehnya. Satu teknik penulisan yang mudah difahami oleh pembaca umum seperti saya. Tidak banyak istilah perubatan yang digunakan.
Tidak nampak dimana kekurangannya buku ini. Mengharapkan ada lagi buku baru hasil tangan penulis ini.
Dicadangkan untuk anda semua bagi menambahkan pengetahuan berkenaan penyakit-penyakit ini supaya mudah untuk kita ambil maklum sekiranya ada orang di persekitaran kita yang mengalaminya.
Menginsafkan :'') Kisah2 macam ni laa yg membuatkan saya, pada umur 16 tahun, bercita-cita untuk menjadi seorang doktor pakar psikiatri.
“Ayuh kita terus bersyukur dengan kewarasan akal dan ketenangan jiwa yang kita miliki hingga ke hari ini. Mari kita sama-sama berjanji pada diri untuk terus memanfaatkan kewarasan yang kita miliki untuk kebaikan diri kita, keluarga, bangsa, dan agama yang kita yakini. Jika semua orang yang berakal memilih untuk berjiwa besar, saya yakin setiap daripada kita dapat melakar episod kehidupan bermakna di dunia dan akhirat nanti. Insya Allah.”
“Jangan kau hinakan orang gila, kerana sekurang-kurangnya mereka jujur dengan kegilaannya. Sedangkan kewarasanmu belum tentu kejujurannya.”
It's good reading for someone who new about psychology and mental disorders. But I would like the author of the book would take a deep issue about stigma among our society (especially conventional parents) we have to deal nowadays. This book doesnt touch that part so deeply.
But it's good reading! Sebab jarang buku begini ada di penerbitan Malaysia berbanding penerbitan antarabangsa.
Penuh dengan maklumat dan panduan yang menambahkan isi penulisan novel sulung saya. Juga lebih menguatkan kefahaman saya tentang jenis-jenis penyakit mental yang ada.
Kerana menyedarkan ak supaya sentiasa bersyukur dengan nikmat-nikmat yang telah diberikan oleh Allah...terutama nikmat akal fikiran yang waras..*berazam untuk menjauhi daripada perkara-perkara yang boleh merosakkan kewarasan akal fikiran..
Saya suka sebab buku ditulis oleh seseorang yang mendapat pendidikan dalam bidang ini (sakit mental) secara formal. Bila buku itu ditulis oleh pemegang ijazah kedoktoran atau mana-mana bidang, saya rasa penulis akan tulis berdasarkan ilmu yang telah mereka belajar. Pengalaman Dr. Rozanizam ialah pengalaman yang kebanyakan kita tiada. Melalui buku ini banyak yang boleh dipelajari.
Ada 10 kisah pesakit mental dalam buku ini. Saya perasan, penulis membahagikan setiap buku dalam tiga bahagian iaitu: kisah pesakit, diagnosis, tips psikologi untuk mengatasi dan perspektif Islam dan kesudahan pesakit. Disertai juga ayat-ayat al-Qur’an yang sesuai dengan konteks. Kalau ikut flow, saya tidak rasa penulis letakkan ayat-ayat al-Qur’an untuk menebalkan buku dan sebagai ‘pelaris’, tetapi penulis ikhlas letak untuk kita mengambil iktibar.
Baca buku ini buat saya teringat, “Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?” Nikmat yang saya dustakan ialah “memiliki kewarasan” yang terlalu jarang untuk saya syukuri.
Buku genre Psikologi yang terbaik pernah saya baca. Tulisannya santai dalam bentuk penceritaan. Kemudian diselitkan bersama kaedah berdepan dengan pesakit-pesakit ini yang kebanyakannya merupakan penyusian rohani.
"Dengan nikmat keimanan yang kita miliki, sesiapa sahaja sebenarnya mampu melakukan perubahan dalam hidup insan lain. Jika kita berhadapan dengan mereka yang putus asa dalam kehidupan, bantu mereka mencari kekuatan." - Dr. Rozanizam
Done reading Aku Nabi Isa! - Refleksi Wad Sakit Jiwa by Dr Rozanizam Zakaria.
Reading this book without any expectation, and it turned out to be such an inspiring and eye-opening experience for me.
Buku ni ditulis berdasarkan pengalaman penulis sebagai seorang doktor yang bekerja di bahagian psikiatri.
Buku ini mengandungi 10 bab yang setiap satunya dimulakan dengan anekdot (kisah benar) pesakit, fakta tentang penyakit tersebut dan ibrah (pengajaran) yang kita dapat.
1. Memilih Tarikh Kematian. Mengisahkan tentang keluarga Iran dan bunuh diri. Ni cerita pasal suicidal related to depression.
2. Suami disembelih, anak diculik, rumah dibakar. Mengisahkan tentang wanita Iran dan kemurungan. Apakah perbezaan antara kemurungan dan kesedihan? Ni cerita pasal depression.
3. Serabut Perut. Kisah pemuda Vietnam dan keserabutan. Ni cerita pasal anxiety.
4. Saya nabi isa. Kisah lelaki tua dan Skizofrenia. Ni cerita pasal Schizofrenia.
5. Mahu sekali ke liang lahad. Kisah lelaki kematian isteri dan anak-anak. Ni cerita tentang Grief.
6. Langsung tak ingat. Kisah tentang pesara perang dunia kedua dan demensia. Ni cerita tentang dementia.
7. Pembunuh tak bersiri. Kisah tentang pemuda Amerika dan keganasan. Ni cerita tentang Anti Social Personality Disorder and how to deal with anger. Dalam istilah perubatan, Anti Social bukanlah bermaksud seorang yang suka mengasingkan diri daripada kegiatan sosial, tetapi remaja yang cenderung untuk bertindak ganas kerana gagal mengawal kemarahan.
8. Rahsia paling sulit. Kisah tentang wanita Australia dan deraan seksual. Ni cerita pasal Post-Traumatic Stress Disorder. Recently, dekat Malaysia pon banyak isu ni.
9. Batal ke tak batal? Kisah tentang bapa sahabat dan OCD. Ni cerita pasal Obsessive Compulsive Disorder.
10. Ubat doktor ataupun air tawar? Kisah tentang pemuda Sudan dan penawar dari rumah. Ni cerita pasal rawatan tradisional menghalau jin. Sangat berkait rapat dengan budaya Melayu.
" Dalam kehidupan ini banyak perkara yang kita tahu. Banyak juga perkara yang kita tidak tahu. Namun, kadangkala kita tak mahu tahu perkara yang kita tak tahu kerana kita takut perkara yang kita tahu itu nanti akan mengubah apa yang kita tahu"
Buku ni membuatkan kita bersyukur di saat ni, Allah masih tidak menarik balik nikmat kewarasan.
This book is highly recommended to all. Sesuai untuk sesiapa yang ahli keluarganya 'sakit'. Sesuai untuk orang awam (non-medical personnel) untuk mengubah stigma masyarakat terhadap golongan ini.
Mula-mula tengok tajuk ni catchy semacam. Bila baca, baru tahu kenapa diberi tajuk begini. "Aku nabi Isa" diambil sempena ungkapan seorang pesakit skizofrenia yang berada dalam delusi kepercayaan bahawa dia ialah Jesus. Secara keseluruhan, buku ini menceritakan pengalaman dan muhasabah seorang doktor psikiatri berhadapan dengan pesakit dan stigma masyarakat terhadap penyakit mental.
Ada beberapa perkara yang saya berminat untuk petik dari buku ini: Tekanan berlaku apabila cara berfikir kita salah. Contoh-contoh cara pemikiran yang salah: 1. Mind reading seperti "dia mesti ingat aku ni pemalas" 2. Catastrophising (berlebih-lebihan) seperti "aku gagal dalam semua benda" 3. Labelling seperti "aku ni memang tergolong dalam golongan lembab" 4. Over-generalize seperti "mesti punyalah" 5. Fortune-telling seperti "tak ada pilihan dah" 6. black and white (all or nothing) seperti "dia buat semua jadi, aku buat mesti gagal"
Macam mana nak ubah cara fikir kita? 1. Kenal pasti masalah, fikiran dah perasaan terhadap diri sendiri, keadaan dan masa hadapan. Nilai tahap kepercayaan (1-10) terhadap setiap fikiran tersebut. Contoh: Terhadap diri " Aku loser", percaya 7, perasaan sedih Terhadap keadaan "Soalan exam tadi susah", percaya 8, perasaan geram Terhadap masa hadapan "Aku takkan lulus", percaya 3, perasaan risau
2. Cabar fikiran negatif tu. Bezakan antara fakta dan pandangan. Contoh fakta: "soalan susah sebab pasal topik yang paling rumit" pandangan: "soalan susah sebab aku tak boleh jawab sangat"
3. Bina perspektif baharu. Contoh: "kalau gagal boleh repeat lagi, at least ada peluang kedua"
Dr juga memberitahu beberapa tips mengatasi over-breathing iaitu dengan melakukan deep breathing. Terdapat kisah yang membawa kepada penceritaan griefing phase apabila seseorang merasai kehilangan orang tersayang. Selain itu,ada juga dimuatkan tentang isu perubatan moden vs perubatan islam atau tradisional.
Isu kesihatan mental ini semakin lama semakin popular tapi bukanlah perlu dibanggakan namun untuk dikesali. Semua pihak harus cakna dengan isu ini dan tidak seharusnya menebalkan lagi stigma terhadap pesakit mental. Terima kasih doktor atas cerita yang penuh penghayatan ini.
Aku Nabi Isa! : Refleksi Wad Sakit Jiwa oleh Dr. Rozanizam Zakaria
Mengandungi 10 bab, kes dan jalan cerita yang berbeza.
Selain sedikit latar belakang, simptoms dan perubatan pesakit, penulis juga menceritakan kaitan penyakit dengan islam dan juga pelajaran yang seharusnya diambil oleh pembaca.
Kita kira, hidup kita dirundung kesusahan dan kitalah yang paling malang, tetapi bila dibaca buku ini sangkaan itu jauh sekali meleset.
Secara peribadi, buku ini memberi pengajaran yang mendalam buat Mira. Di kelas 'health psychology', Mira dapat belajar dari sudut teori tetapi dari pembacaan buku ini, Mira dapat 'melihat' dari kacamata seorang doktor yang berdepan dengan realiti kehidupan.
Benar pengalaman mengajar banyak erti kehidupan. Pengalaman daripada penceritaan penulis membuka minda Mira akan jalan cerita mereka yang mungkin sama dengan ramai orang tapi watak yang berbeza.
Pembacaan buku ini disyorkan untuk mereka yang ingin melihat sudut pandang yang mungkin berbeza dari kehidupan sendiri.
5🌟
Terima kasih banyak-banyak diucapkan kepada Nadia atas hadiah yang bermakna ini. Buku yang banyak memberi pengajaran dan tips! 1 buku, 1001 kebaikan, inshaAllah. @nadiyreads 💛
Buku ini sudah lama aku beli. Tahun yang sama aku beli di PBAKL tahun 2016.
Jujur kata, aku simpan dulu buku ini di kampung untuk dibaca masa lapang di waktu cuti semester, masa belajar dulu.
Ternyata, buku ini hanya pernah diusik sekali dua sahaja disebabkan input yang penulis yang hendak sampaikan mengenai kisah kesihatan mental. Ada 10 kisah benar yang penulis kongsikan dalam tahun-tahun awal menjadi Doktor dan pakar dalam bidang psikiatri.
2021 ini membawa hikmah yang tersendiri dan menjentik hati aku untuk kembali, akhirnya membuka mata untuk menyambar kembali buku Dr. Rozanizam ni.
Dengan membaca buku Dr yang berbentuk refleksi dari wad sakit jiwa ini, ada nilai kesedaran dan penerimaan dalam kehidupan kita ini, jangan sesekali mengambil jalan mudah untuk mengkritik dan mengherdik seseorang tanpa mengetahui sejarah hidupnya.
Kerana setiap daripada kita, dibesarkan dengan orang yang berbeza, cara yang berbeza dan persekitaran yang berbeza.
Dengan mengetahui dan mengenali pelbagai rencam dan latar belakang masyarakat itu dapat membuka mata kita dan menerbitkan banyak peluang untuk kita mengerti, setiap susuk tubuh yang hidup di dunia ini perlukan ruang dan kesempatan untuk bahagia secara lahiriahnya.
Buku ni menceritakan 10 kes pesakit di wad psikiatri yang berbeza. Demensia, PTSD, ADHD dan lain-lain. Dan untuk setiap kes, penulis akan ceritakan tentang punca dan rawatan penyakit tersebut. Yang saya suka tentang buku psikologi ini adalah bagaimana penulis sentiasa mengaitkan setiap kes dengan dalil Al-Quran dan Hadis. Saya rasa pengajaran terbesar saya dapat bila habis baca buku ini ialah betapa besarnya nikmat kesihatan mental yang kita dianugerahi sekarang ni. Ia satu nikmat yang kita jarang atau tak pernah mensyukuri. Ujian kesihatan mental ialah ujian yang sangat berat, untuk si penghidap serta orang sekelilingnya. Jika anda berminat untuk menambah pengetahuan tentang penyakit kesihatan mental yang wujud di dunia setakat ini, bolehlah cuba baca buku ni.
I was treated by this doctor author in 2013. I still remember when i said i studied in Australia, he said doktor pun belajar Australia juga.
The rating is mostly because i don’t fancy non-fiction, it’s just not my type. But the collective stories were eye opening, all of different themes. Woven with explanations on the disorder and Quranic verses, i however think the wordings could be better. This was his first book so it was understandable regardless.
What made it interesting on top of the others was the fact that the patient nationalities vary and hence completely different walks of life. Some were Muslims and some other were Christians. It seems like associating Nabi ‘Isa/Prophet Jesus for grandiose delusion is normal.
Sejak kebelakangan ni (tahun 2019) banyak isu tentang kemurungan (depression) dan membawa kepada kematian. Buku ni, banyak memberi gambaran yang baik dan jelas kepada masyarakat tentang simptom2 dan cara untuk berhadapan dengan 'insan terpilih'. . Buku ini layak dibaca oleh semua lapisan masyarakat, baik dari peringkat sekolah sehinggalah yang sudah bercucu. . Ditulis oleh 'ahlinya' ditambah dengan rencah (baca nasihat) agama pasti dapat menjawab pelbagai persoalan tentang 'mental illness'. . Kesimpulannya, kita sebagai umat islam seharusnya bersyukur kerana punya 'ubat' sebenar dalam berhadapan dengan masalah kemurungan.
I wrote this way back when, zaman sekolah masa form 3. I remember feeling so glad this book existed, back then of course as a school kid, noone understood what it was like to have someone to be suicidal, or autistic, or have a dissociation disorder. Orang cuma label aku mengada, attention seek, gila. I remember wishing everyone would read this book.
Now dah sedekad berlalu, i dont even remember isi buku ni anymore LOL, but I know what it meant to me, and as I'm cleaning up my room and choosing books to donate tomorrow, I am keeping this, perhaps will reread it someday.
Buku yang merungkai masalah pesakit mental dan sindrom2 penyakit mental ini antara pertama sy baca . penulisan berbentuk penceritaan yang santai. Apa yang menarik pada setiap pengakhiran kisah atau bab yg penulis bawa.. ia memberi jalan keluar atau kembali ke pangkal jalan..penulis membawa pembaca berfikir melalui agama.. apa yang telah agama gariskan dan larang.. ini menunjukkan islam telah membawa penyelesaian sama ada kita sedar atau tidak sahaja..
Buku yang sangat meruntun hati kerana menceritakan tentang kisah pesakit jiwa yang memang benar berlaku tetapi sering dipandang remeh. Segala fakta dan maklumat yang terdapat dalam buku ini telah memberikan pengetahuan baru untuk aku. Ketika aku baca dalam versi eBook, aku mendapati bahawa buku ini amat sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat. Klik je link ini untuk mendapatkan buku ini dalam versi eBook :) https://www.e-sentral.com/book/info/4...
This book's title and cover doesn't do it justice. It turns out to be a refreshing and honest introduction to the world of mental disorders, from the perspective of a Muslim psychiatrist writing from his heart. I highly appreciate how every chapter is intentionally connected to Islam and Allah, and all of his direct advice to the reader especially to be grateful for what we have been blessed with. A worthy read from an inspiring author.
Kisah pengalaman seorang doktor psikiatri yang bertugas di Adelaide, Australia. Hanya beberapa masalah pesakit mental sahaja yang dikupas. Kebanyakan isi buku ini ialah mengenai jenis2 sakit mental, tanda2 dan cara mengatasinya, juga diselitkan beberapa potongan ayat Al Quran dan Hadis.
Bacaan ringkas tentang pengalaman Dr Nizam semasa bertugas di Australia. Bila aku selesai baca buku ni memang persepsi aku mengenai masalah mental agak serius. Banyak kategorinya. Yang paling aku takut ialah dementia dan was-was.
terima kasih sebab sedarkan aku mereka yang sakit jiwa masih berharga masih bernilai untuk mengajar aku sesuatu yang baru. sesuatu yang jarang orang lihat degan mata hati . sekali lagi terima kasih ;`)
Sudah bekerja di jabatan psikiatri hampir masuk tahun kelima. Namun terlalu banyak lagi benda yg tak tahu. Membaca buku ini ibarat refresh balik knowledge yg sedia ada tumpul ini.