Apabila manusia lahir ke dunia dan membuka mata, dia akan mula berfikir. Manusia akan mentafsir alam sekelilingnya, masyarakatnya, dan merenung masa depannya. Proses pemikiran ini berlaku agar dia dapat mengetahui kedudukannya di dalam dunia, serta apa yang perlu dilakukannya dengan usia singkat yang diberikan kepadanya. Apabila kita melihat dunia hari ini, kita melihat pembunuhan yang dijenamakan sebagai kebebasan, kita melihat penguasaan yang dihias dan disebut sebagai keamanan. Sebagai kaum yang berfikir apakah yang perlu dilakukan? Bagaimana kita mahu menyusun fikiran-fikiran itu menjadi sebuah arus yang boleh mengubah sistem bobrok yang mencengkam dan mendengkam manusia pada hari ini? Risalah ini hadir bagi mengulang fikir persoalan-persoalan ini dan mengupas beberapa polemik yang berlegar sekitar usaha gerakan pemikiran untuk membaiki dunia.
Syed Ahmad Fathi is an author and editor based in Malaysia. He received his Krasniy Diplom in the field of Marine Engineering from State Marine Technical University of St. Petersburg, Russia in 2013. He was awarded an Advanced Diploma in Ship Operation and Management in 2017 from the Institute of Chartered Shipbrokers in the UK and was accepted as a professional member of the institute in 2020. He completed his Master of Arts in 2026 at Universiti Sains Malaysia in the field of Southeast Asian History. He has authored several non-fiction books and has edited numerous anthologies. He runs the blog Meniti Jambatan Masa.