“Se’tut?” “Eh, saya tak kentut!” balas Sam. “Se’tut tu maksudnya sedap.”
Habis Sam digelakkan beramai-ramai.
Semenjak bertugas di Pos Besau, berkali-kali dia ditertawakan gara-gara gagal memahami bahasa Semai. Semuanya haru-biru untuk Cikgu Sam; sudahlah seorang anak bandar, lurus bendul pula orangnya.
Air matanya nyaris tumpah mengenangkan pancaroba pada hari pertama; tayar bocor, rantai motosikal putus, jatuh tergolek kerana terlanggar lubang, brek tercabut, tersalah jalan dan macam-macam lagilah.
Niat Sam sebenarnya begitu tulus dan murni; dia datang untuk mengajar. Namun minggu pertama masuk ke kelas, Sam sudah sakit kepala menghadap perangai anak-anak murid yang aneh.
"Cikgu, cikgu dah ketegur dengan nyanik. Hantu! Satu sekolah dah tahu."
"Hesy, sabar sajalah cikgu dengan kamu ni!"
Baru sahaja dia membiasakan diri, tiba-tiba Kampung Pos Besau gempar akibat kes kehilangan duit secara misteri. Lebih parah lagi, suspeknya adalah anak murid Cikgu Sam sendiri.
Adakah Cikgu Sam dapat menyelesaikan misteri kecurian tersebut, sekali gus menjadi pendidik yang dia bayangkan?
Cerita tentang Cikgu Samsul aka Sam, seorang guru baru yang menerima posting ke Kampung Pos Besau, sebuah pedalaman orang asli Semai.
Pacing plot lancar dan fast paced, slice-of-life dan kisah syahdu, menyentuh hati serta haru biru Cikgu Sam dan anak-anak didiknya. Cerita sangat santai dan tiada konflik berat selain kes kecurian wang derma dan akhirnya sebab wang dicuri pun sangat sedih.
Cikgu Sam ni walaupun baru dan paling tak berpengalaman, tetapi hati dia baik dan selalu cuba fikir jalan untuk bantu murid-murid; baju khas untuk budak asrama (korang boleh imagine tak murid-murid sana miskin sampai satu salinan baju pakai selama 5 hari di asrama tak basuh), mengorbankan hari minggu dia ke pekan untuk melawat seorang murid yang asyik ponteng kelas pada setiap awal minggu dan banyak lagi yang dia cuba bantu.
This book was worth every ringgit spent because it felt so pure, simple, peaceful and at the same time mengajar kita yang compared to them, kita memang sangat bertuah dan harus sentiasa bersyukur.
Comel! Itu yang pertama sekali saya nak ungkap tentang buku ni. Jaranglah kita dengar kalau cikgu-cikgu mengajar di pedalaman, pengalaman dorang semudah ABC kan? Mesti ada pancaroba atau ragam. Termasuklah Cikgu Samsul ni. Pengalaman sebagai cikgu baru dan tempat mengajar yang sangat terasing. Mengenali adat dan budaya baru di Pos Besau.
Keletah anak-anak murid Cikgu Sam memang menghiburkan! Faham sangat kenapa budak-budak tu panjang akal. Mereka ni kurang pendedahan, jadi faham apa yang diajar aje. Lain Cikgu Sam sebut, lain dorang faham. Geli hati sungguh! Belum lagi Cikgu Sam yang terpinga-pinga nak faham bahasa Semai. Sampai terkucil anak murid beliau dibuatnya.
Buku ni bukan saja menghiburkan, malah memberi pengajaran dan semangat. Buat pendidik yang banyak berkorban dan sanggup bersusah payah demi ilmu, memang tak terbalas jasamu. Mengajar di sekolah, bersahabat di luar. Saya suka baca buku ni sampai tak sedar dah ke penghujung cerita. Terasa dekat dengan mereka.
Walau susah, ilmu tetap didahulukan. Semoga semua guru di Malaysia terus kuat dan semangat. Jangan pernah lupa guru yang mengajar. “Cikgu marah bukan sebab tak suka, tapi sebab mahu kamu berjaya.”
Kalau nak baca kisah yang bertemakan slice of life dengan konflik yang ringan dan boleh tersengih, korang patut baca buku ni!
Cikgu Samsul atau lebih mesra dengan panggilan Sam, seorang guru muda yang menerima posting ke SK Pos Besau di pedalaman Pahang, kawasan masyarakat Orang Asli Semai. Dari awal lagi kita dah boleh rasa perbezaan dunia – jauh dari bandar, jauh dari kemudahan, dan jauh dari zon selesa.
Plotnya bergerak lancar dan fast paced walaupun konsepnya slice-of-life. Tak ada konflik berat yang menyesakkan dada, cuma kisah harian seorang cikgu yang cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Namun di sebalik kesederhanaan itu, ada banyak momen yang menaikkan sedikit rasa ingin tahu yang membuak-buak😂. Isu kecurian wang derma misalnya, pada mulanya nampak seperti kes disiplin biasa — tapi sebab di sebaliknya kehilangan duit derma itu tersembunyi kisah yang lain. 🥺 Saya ingat kan yang orang itu mencuri tapi ternyata lain orangnya 😌
Yang paling saya kagum, walaupun Sam cikgu paling baru dan kurang pengalaman, dia antara yang paling besar hatinya. Dia fikirkan pakaian murid asrama yang cuma ada sepasang untuk dipakai berhari-hari. Dia sanggup korbankan hujung minggu ke pekan semata-mata mahu ziarah Ipul yang selalu ponteng pada awal minggu. Daripada cikgu kelas, jadi warden sementara, jurulatih sepak takraw, sampai belajar bahasa Semai supaya lebih memahami anak-anak muridnya — semuanya dibuat tanpa banyak soal.
Ragam murid-murid pula memang mencuit hati. Ada yang buat kita ketawa, ada yang buat kita pening kepala. Beng, yang paling banyak karenah, akhirnya jadi antara insan paling dekat dengan Cikgu Sam. Persahabatan mereka tu manis sangat. 🩷
Dan ending? Memang tak sangka boleh gelak besar lepas dua pinggan nasi habis. Kari ayam rupanya… kari tupai. Terus rasa nak “merempit” ikut Cikgu Sam 😭🤣
Apa yang buat buku ini sangat berbaloi ialah rasa “pure” dan tenang yang dibawanya. Cerita ini tak cuba jadi dramatik, tapi berjaya buat saya muhasabah diri. Anak-anak kecil yang sanggup berjalan belasan kilometer redah hutan demi ke sekolah — sedangkan kita di bandar sering merungut perkara remeh. Nikmat Tuhan yang mana lagi yang mahu kita dustakan?
Tak puas baca. Serius rasa nak lagi kisah Cikgu Sam dan Pos Besau 🥹 sebab tiba-tiba je dah jumpa perkataan tamat 😌
Nota tangan : Kenapa kurang 0.2? Sebab Saya perlukan keinsafan untuk Cikgu Jalil dan ermmm kesudahan Cikgu Nadee dan Cikgu Sam 🫣
Sam, seorang cikgu bandar yang berazam untuk menjadi pendidik dengan penuh rasa tanggungjawab, pergi mengajar di SK Pos Besau, sebuah sekolah di pedalaman. Sam bukan sahaja perlu meredah perjalanan berliku selama tiga jam ke sana, malah berdepan kekangan bahasa kerana tidak begitu memahami bahasa Semai yang kerap digunakan oleh penduduk setempat.
✾ Cabaran menjadi seorang pendidik – Saya suka dengan jiwa pendidik dan semangat yang ada pada Cikgu Sam untuk terus mendidik anak bangsa. Daripada cikgu kelas kepada warden jadi-jadian, hinggalah menjadi cikgu pembimbing sepak takraw. Babak yang paling saya suka ialah apabila Cikgu Sam menyedari kekurangannya kerana tidak memahami bahasa Semai sehingga menyebabkan satu kejadian tidak diingini berlaku di dalam kelas. Sejak itu, Sam tidak segan silu untuk belajar bahasa Semai demi lebih memahami anak muridnya. Satu usaha yang harus dipuji dan diteladani. Saya juga suka cara Sam melayani kerenah anak-anak murid serta masalah peribadi mereka yang memberi kesan kepada proses pembelajaran.
✾ Ragam anak-anak murid Cikgu Sam yang mencuit hati – Sumpah, ragam mereka memang macam-macam dan kelakar. Isu stoking pun boleh buat saya gelak besar 🤣 Perangai mereka bukan sekadar kelakar dan memeningkan, malah ada juga pelajar yang melakukan kesilapan dan belajar untuk memperbaiki diri selepas itu. Kecil-kecil sudah dididik untuk mengaku kesalahan, dan sesungguhnya satu perkara paling penting ialah “matlamat tidak menghalalkan cara”. A good reminder 👍
✾ Belajar bahasa Semai dan budaya masyarakat Orang Asli di Pos Besau – Ini merupakan perkara baharu yang saya pelajari daripada buku ini. Faktor inilah yang menjadikan buku ini lebih menarik bagi saya selain kisah pendidik dan ragam nakal anak-anak murid.
✾ Secara keseluruhannya, Nasib Cikgu Sam Masuk Kampung merupakan sebuah kisah inspirasi bertemakan pendidikan yang berkisar tentang kegigihan seorang cikgu dalam mendidik anak-anak murid. Saya bersetuju bahawa buku ini wajar dibaca oleh semua golongan, terutamanya mereka yang ingin terlibat dalam bidang pendidikan.
✾ ps: Bukan setakat Sam, saya pun seram tengkuk membayangkan resipi tupai masak kari 🤣 Pengakhiran novel ini sumpah lawak! Hihi.
✾ Terima kasih @rumaa.books atas pemberian naskhah ini. Sebenarnya, ini merupakan bacaan pertama saya daripada terbitan Rumaa Books dan saya berasa seronok sepanjang proses pembacaan 🫠
Okay, antara trio kembar Luka & Tawa saya paling suka novel ni. Ia mengisahkan tentang kehidupan Samsul ataupun lebih tepatnya Cikgu Sam dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang guru di Sekolah Kebangsaan Pos Besau di pedalaman negeri Pahang. Dah nama pun pedalaman, semestinya situasi tidak sama seperti sekolah di tengah bandar. Tapi segala kekurangan itulah menjadikan ia kelebihan pengalaman yang mungkin Cikgu Sam tak dapat di sekolah ini.
Bunyi sekolah rendah itu sendiri kita boleh agak macam mana ragam anak-anak kecil yang cuba berdikari tanpa kehadiran ibu bapa bersama (di sekolah), dengan nakalnya, dengan kehidupan mereka yang sudah dari pelbagai kemudahan moden lagi. 🥹
Suka tengok interaksi Cikgu Sam dengan anak-anak muridnya, cikgu-cikgu lain (kecuali Cikgu Jalil 😒) dan juga orang-orang kampung yang ramah dan baik hati. Mereka tak jadikan kekurangan mereka sebagai kelemahan mereka. Budak-budak pun nak ke sekolah perlu berjalan kaki ada yang sampai sejauh 20km, redah segala selut dan hutan hanya kerana mahu menuntut ilmu. Tak macam kita yang di bandar ni. Nikmat apa lagi mahu kita dustakan? 🥺
Ending dia pun best. Lucu! Anak murid kesayangan Cikgu Sam, Beng pekenakan dia. Terus merempit Cikgu Sam ke rumah Beng. 🤣🤣🤣
ngl terkeluar air mata sikit part anak murid sam bagi hadiah itu. ada bagi air, keropok tapi yang paling sedih bagi tin susu pekat tu 😭😭 padahal tu barang rumah kerajaan bagi awww
betullah. anak murid tu yang mengajar cikgunya erti kehidupan.
The main reason why aku grab buku ni. Pertamanya sebab penulis dia Aidil Ghazali! Ni la penulis buku Diam-Diam Suka Kamu tentang Abuyen si kucing nakal yang boleh bercakap bahasa manusia tu. Buku pertama yang aku bagi 5/5 ⭐ untuk bacaan tahun 2025. And dalam buku ni pun ada selit sikit pasal Abuyen. Haha. Tapi sikit jelah.
Nasib Cikgu Sam Masuk Kampung mengingatkan aku akan buku dari seorang penulis hebat dari Indonesia, Andrea Hirata - Guru Aini. Novel inspiratif yang mengangkat tema pendidikan, cinta ilmu, dan perjuangan untuk memperbaiki diri, dan begitu juga tema untuk buku ini.
Buku ini mengisahkan, Cikgu Samsul atau lebih ingin dikenali sebagai Cikgu Sam yang kene posting dekat sebuah sekolah di kawasan pedalaman, iaitu di Kg Pos Besau, dan perlu mendidik anak² orang Asli Semai. Banyak liku² yang Cikgu Sam tempuh sepanjang tempoh beliau bergelar seorang guru di Kg Pos Besau. Bermula dengan perjalanan yang jauh, redah hutan, bukit, jalan batu kerikil tajam dan perjalanan yang memakan masa selama 3 jam untuk sampai ke Kg Pos Besau dari bandar Raub, Pahang. Salah faham Cikgu Sam dengan masyarakat Semai sebab Cikgu Sam tak mahir lagi bahasa atau loghat masyarakat Semai ni. So banyak la tersalah faham. Belum lagi, kat Kg Pos Besau ni takde line telefon, kalau nak line nak tengok sosial media, kena panjat pokok. Hahaha. Dan banyak lagi kerenah anak² murid Cikgu Sam. Yang nakal, yang cerdik tapi datang dari keluarga kurang mampu, yang berak & kencing dalam kelas, yang curi duit, yang bagi kari tupai dan macam² lagi pengalaman Cikgu Sam.
Di Kg Pos Besau, Cikgu Sam belajar satu perkara, dia bukan sahaja mengajar, tapi dia juga belajar nilai² kehidupan dan nilai kemanusiaan dengan anak² masyarakat Semai. Now Cikgu Sam Faham kenapa Cikgu Awie, Guru Besar dan Cikgu Nadee masih bertahan mengajar di Kg Pos Besau. Tak lain tak bukan demi satu tujuan, untuk mendidik anak bangsa.
Buku ni ketengahkan nilai pendidikan dan mengangkat ilmu. Hanya dengan pendidikan dan ilmu sahaja, boleh buat kita keluar dari kepompong kedukaan dan kesusahan. Walaupun Cikgu Sam selalu persoalkan keputusan dia untuk pilih kerjaya sebagai seorang guru, tapi at the end Cikgu Sam faham, kenapa dia dipilih untuk mengajar di sini. Aku suka jugak how karakter Bah Beng, Bah Ipul dan ahli kumpulan Besau Bison (group sepak takraw sekolah) terutamanya di kembangkan menjadi sebuah jalan cerita. Bah Beng dah jadi kawan baik Cikgu Sam. Bah Ipul punya cerita sangat sedih. Akibat kesempitan hidup, banyak pelajar tak mampu untuk beli barang keperluan sekolah. Terpaksa pakai baju, seluar, stokin yang dah koyak. Ni paling best bagi aku, sebab kita selalu dengar term 'ilmu yang sebenar, kita peroleh di jalanan'. Term ni membawa maksud bahawa pengalaman praktikal, ujian kehidupan, dan interaksi sosial di dunia nyata adalah guru terbaik yang membentuk kematangan dan kebijaksanaan seseorang, lebih daripada sekadar teori buku. Dan begitulah kehidupan Cikgu Sam di Kg Pos Besau. Selain mengajar Cikgu Sam juga belajar.
Aku suka tekad Cikgu Sam, dia nak belajar bahasa atau loghat orang Semai, sebab dia nak faham apa anak² murid dia cakap. Belajar pulak dengan Bah Beng, anak murid dia yang banyak akal. Haha, garang kot Bah Beng mengajar Cikgu Sam. Last² jadi kawan baik Cikgu Sam kat Kg Pos Besau.
Antara dialog² kelakar dalam buku ni:
- "Cikgu Samsung?" - "Sinilah, cikgu. Eng nak peluk." - "Lobo memang handal, cikgu. Kalau Lobo sekolah, mesti selalu dapat nombor satu." - "Amek tak suka sabun, Amek lagi suka duit."
Dan dialog Ipul paling sedih:
- Cikgu Sam: Kenapa beli sabun? Tak beli makanan? - Ipul: Nak bagi Amek (mak). Boleh buat basuh baju dan buat basuh pinggan. Di rumah tak ada sabun.
Cerita ni sangat santai dan banyak benda baru yang saya belajar dari novel terutama dari segi kaum orang asli. First time baca confiuse sikit dengan ‘Hek’ dan ‘eng’ tak ingat mana saya yg mana awak😂 bila lama baca dah khatam la bahasa Semai ni🫣
Cerita ni about cikgu Sam yang mengajar di satu kampung orang asli. Walaupun saya bukan cikgu, tapi tak sangka besar pengorbanan cikgu ni. Untuk konflik pula, Tak ada konflik yang teruk2 pon. Konflik pon settle cepat je. Cuma dalam novel ni memang ada sedihnya bila mention tentang kesusahan student sana. Bayangkan time kecil dh duduk asrama, pastu kais pagi makan pagi memang rasa rupanya ada yg lagi susah dari aku🥹
Untuk buku ni, memang recommend tau. Bagi saya kalau baca just saja2 and nak release stres boleh baca ni. Dia punya setiap bab tak semua related each other dia kadang setiap bab ada cut scene dekat tempat lain pula. Dan dia ada 50+ bab ingat cerita ni akan jadi berat tapi just nice, penulisan pon santai dan tak memeningkan.
Btw saya suka la format font buku rumabook ni (first time baca dari pernebit rumabook). tulisan dia jarak just nice dan dia punya space between line ke line pon mcm double spacing. Tak berbinar mata baca tapi tu la, kelemahan dia buku nampak tebal. Tapi for me saya suka font macam ni, berbanding editor yang setting format font/words rapat2. Bagus editor Rumabook🥰
Apa pun, overall rating saya 4.7✨ cuma saya tertanya-tanya kita boleh makan tupai ke?😂 kesian si Sam makan kari tupai tu, hahahaha
sebuah bacaan yang sangat menyentuh hati. bukan sekadar menghangatkan jiwa, tapi lengkap dengan elemen kelakar, duka, dan pengajaran yang cukup bermakna. bagi saya, naskhah ini terasa cukup rencahnya—seimbang dan tak terasa kosong di mana-mana bahagian.
apa yang buat naskhah ini lagi istimewa ialah bagaimana penulis membawa kita mengenali kehidupan masyarakat Orang Asli, khususnya kaum Semai. bukan sahaja dari segi bahasa, tetapi juga budaya, kepercayaan, dan cara hidup seharian mereka. banyak perkara baru yang saya pelajari, sekali gus membuka mata tentang kehidupan di luar sana yang sebelum ini belum benar-benar kita terokai. sememangnya satu karya yang segar dan sangat menarik.
cerita ini juga mengingatkan saya pada zaman belajar dulu—pengalaman Cikgu Sam berdepan dengan jurang bahasa dan budaya mengimbau kembali pengalaman saya sendiri ketika menyertai program mengajar anak-anak Orang Asli. walaupun hanya seketika, pengalaman itu terasa sangat dekat dan penuh nostalgia (rindunya zaman belajar!)
dan satu perkara yang betul-betul menyentuh hati saya ialah bagaimana anak-anak murid Cikgu Sam menghargai perkara kecil dalam hidup mereka. cara mereka melihat dan mensyukuri benda-benda yang bagi kita mungkin remeh, buat saya sedar betapa mudahnya kita terlepas pandang nikmat yang kita ada.
antara watak yang paling memberi kesan pada saya ialah Ipul. kisah hidup dia sangat menyayat hati. dalam usia yang masih muda, dia dah memikul tanggungjawab yang besar—hidup dalam serba kekurangan, menjaga ibu yang sakit, membantu keluarga mencari rezeki. ada masa dia terpaksa ponteng sekolah atau datang lambat demi membantu ayahnya. tapi di sebalik semua tu, dia tetap seorang pelajar yang cemerlang. bagi saya, Ipul melambangkan kecekalan dan ketabahan yang luar biasa.
saya juga sangat menghargai hubungan antara Cikgu Sam dan anak-anak muridnya. pengorbanan yang dilakukan bukan kecil—meninggalkan kehidupan di bandar dan menyesuaikan diri di kawasan pedalaman dengan pelbagai kekurangan dari segi fasiliti, tenaga pengajar, dan sumber. ditambah pula dengan cabaran bahasa serta perbezaan budaya. namun begitu, dia tetap memilih untuk bertahan dan terus mendidik.
secara keseluruhan, ini adalah sebuah naskhah yang bukan sahaja menyentuh emosi, tetapi juga membuka mata dan memberi kesedaran. sebuah cerita yang kelihatan sederhana, namun impaknya sangat besar.
Ingat senang ke nak jadi cikgu? Nampak macam senang, berdiri di depan kelas, mengajar, pahtu habis. Tapi hakikatnya—terlalu banyak cabaran, terlalu banyak dugaan… lebih-lebih lagi bila mengajar di kawasan pedalaman. Ikuti kisah Cikgu Sam dalam novel Nasib Cikgu Sam Masuk Kampung karya Aidil Ghazali. Cerita ini bermula apabila Cikgu Sam ditugaskan mengajar di sebuah sekolah pedalaman—SK Pos Besau, Pahang, berhampiran kampung Orang Asli. bunyinya biasa, tapi realitinya jauh berbeza. Mengajar di sana bukan sekadar berdepan dengan kekurangan kemudahan asas… tapi perlu memahami ragam murid yang datang dari latar kehidupan yang sangat berbeza kita. Plot cerita yang fast pace dan tersusun secara linear. Tak pening2 korang nak baca, Takde konflik berat yang memeningkan kepala—bacaan ringan, santai, dan mudah untuk kita faham. The best part is? Elemen komedi yang menjadi. Lawaknya bersahaja, bukan dibuat-buat, dan tidak terasa cringe. At the same time, kita dapat lihat character development Cikgu Sam yang semakin matang dan kuat dalam menghadapi realiti. Dari novel ini, saya belajar satu perkara—kita perlu belajar bersyukur. Kesusahan mereka… jika nak dibandingkan dengan kita, ibarat langit dan bumi. Bayangkan, nak ke sekolah, mereka perlu meredah hutan selama dua jam. Sedangkan kita? Sekolah di depan rumah… itu pun malas. novel ini membuka mata kita tentang kehidupan masyarakat Orang Asli—sesuatu yang jarang kita fahami secara dekat. Dia punya culture, ditambah pulak dengan Penulisan yang baik dia buat kita betul berada dalam kg orang asli tu. Dan yang paling penting, kita sedar tugas seorang cikgu bukan sekadar mengajar di dalam kelas. Mereka juga memikul tanggungjawab besar dalam membentuk jiwa, semangat, dan nilai rohani anak-anak murid.
Persoalannya… kalau kita di tempat Cikgu Sam, mampukah kita bertahan?. Novel ni bittersweet ending. Kisah cikgu sam ni macam ada unfinished business di sk pos besau. yes , dia happy at the end of the story, tapi seems like ada banyak bende yang dia nak kene settle.
Overall, saya boleh cakap novel ni best, for those yang suka bacaan santai, slice of life, this one is for you.
#NasibCikguSamMasukKampung mengisahkan tentang Cikgu Sam yang ditugaskan untuk mengajar di Pos Besau, mendidik anak-anak Semai di pedalaman di Pahang. Bagi Sam yang berasal dari kota, semuanya berubah 180 darjah apabila dia terpaksa hidup dengan serba kekurangan, jauh dari keluarga dan berdepan dengan dunia baru yang lain. Namun demi tanggungjawabnya, Sam terpaksa. Ditemukan dengan Awie, guru yang sudah lama mengajar di situ, Sam banyak belajar daripada Awie dan guru-guru lain. Namun, dugaan di Pos Besau tidak main-main.
3️⃣ Perkara:
🌳𝑷𝒐𝒔 𝑩𝒆𝒔𝒂𝒖 𝒅𝒂𝒏 𝒎𝒂𝒔𝒚𝒂𝒓𝒂𝒌𝒂𝒕 𝒂𝒔𝒍𝒊 𝑺𝒆𝒎𝒂𝒊. Membaca buku ini membuatkan saya mempelajari kata dari bahasa Semai yang tidak pernah saya tahu. Keadaan geografi di sana juga membuatkan saya tertarik, terutama sekali air sungai yang jernih. Kisah diperkayakan lagi dengan kerenah penduduk dan adat resam orang Semai di situ, terutamanya keluarga Poyeng dan anaknya Bah Beng, serta keluarga Ipul. Perbezaan masakan, aktiviti harian dan kemasyarakatan mereka di situ mewarnai seluruh penceritaan.
👨🏻🏫𝑲𝒆𝒌𝒆𝒏𝒕𝒂𝒍𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒍𝒂𝒎 𝒑𝒓𝒐𝒇𝒆𝒔𝒊𝒐𝒏 𝒑𝒆𝒓𝒈𝒖𝒓𝒖𝒂𝒏. Tidak semua orang benar-benar mempunyai passion terhadap kerjayanya, namun watak Cikgu Sam ini merupakan antara perkara yang dilalui oleh guru-guru muda sekarang yang terpaksa berjauhan dengan keluarga dan menjalankan tugas di pedalaman. Hutan, sungai, bukit menjadi jalan harian yang menyemangati perjuangan mendidik anak bangsa; sesuatu yang harus dibanggakan.
✏️𝑷𝒍𝒐𝒕 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒆𝒏𝒂𝒓𝒊𝒌 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒍𝒂𝒕𝒂𝒓 𝒑𝒆𝒓𝒃𝒆𝒛𝒂𝒂𝒏 𝒃𝒖𝒅𝒂𝒚𝒂. Cikgu Sam banyak belajar dengan kerenah anak muridnya. Adat kaum Semai yang masih kuat berpegang pada leluhur mereka seperti babak tok bomoh datang mengubati Poyeng yang ketegur setelah terserempak dengan harimau antara babak yang saya suka. Selain itu, babak mereka menyertai pasukan takraw juga menarik. Namun, pengakhirannya seperti agak rush, namun saya tetap berpuas hati membaca buku ini.
✍🏻: @_aidilghazali 🖨️: @rumaa.books 📖: 458 ⭐: 4/5
Serius namun ada komedinya. Sebuah karya yang santai dan penuh jujur. #parareads #parabaca #aidilghazali #rumaabooks
Aku rasa novel ni antara novel Melayu yang berjaya buat pembaca rasa “hidup” dalam kampung tu sendiri. Dari awal lagi, watak Sam memang mudah disukai sebab dia bukan hero sempurna. Dia blur, awkward, kadang-kadang overthinking, dan sangat “budak bandar” bila dihantar mengajar di kawasan pedalaman Orang Asli. Tapi dekat situlah kekuatan cerita ni.
Benda yang paling aku suka ialah dialog dia. Natural gila. Banyak scene yang buat aku tergelak tanpa rasa dipaksa. Humor dia datang daripada salah faham budaya dan cara Sam cuba biasakan diri dengan masyarakat kampung. Scene “se’tut” tu memang legendary 😂 Tapi dalam masa sama, novel ni bukan semata-mata lawak.
Semakin cerita bergerak, makin nampak sisi emosi dan kemanusiaan dia. Kita boleh nampak macam mana seorang guru yang awalnya cuma nak “survive posting” akhirnya mula sayang dekat anak murid dan penduduk kampung. Cara penulis gambarkan budaya masyarakat Orang Asli pun terasa hormat dan bukan dibuat-buat.
Selain tu, ada elemen misteri kehilangan duit yang buat cerita tak terasa mendatar. Jadi pembaca bukan sekadar ikut kehidupan harian Sam, tapi ada rasa ingin tahu juga.
Cuma kalau nak dibandingkan dengan novel thriller berat atau drama yang sangat intense, novel ni lebih kepada “comfort read”. Pace dia santai. Jadi siapa yang suka cerita penuh plot twist setiap bab mungkin rasa slow sedikit. Tapi bagi aku, kekuatan novel ni memang pada suasana dan hati cerita tu sendiri.
Ending dia pula bagi rasa hangat dan puas. Jenis cerita yang bila habis baca, kita senyum sendiri dan rasa rindu dekat watak-watak kampung tu.
PERSONAL RATE
⭐ 4.7/5
Apa Yang Best?
* Humor natural dan menjadi * Suasana kampung sangat hidup * Watak Cikgu Sam lovable * Banyak nilai kemanusiaan * Ringan tapi ada isi
Apa Yang Kurang?
* Pace agak perlahan untuk sesetengah pembaca * Misteri tak terlalu berat atau mindblowing
Thoughts? This book memang slice of life yang sangat relatable. Cara penceritaan dia ringan tapi dalam masa yang sama tetap melekat dekat hati. Bila baca, rasa macam kita ikut sekali journey Cikgu Sam dari struggle nak adapt dengan suasana baru, sampai usaha dia nak faham pelajar-pelajar dia. It really makes you appreciate how hard it is to be a teacher.
Part paling best mestilah telatah anak-anak Pos Besau. Seriously, memang kelakar!! Macam-macam perangai sampai Cikgu Sam pun kadang-kadang pening nak handle. But at the same time, it’s very heartwarming. The way Cikgu Sam slowly builds connection dengan pelajar dia... nampak ikhlas dan natural. Relationship diorang pun rasa genuine, bukan sekadar guru dan pelajar je.
Bila masuk part kehidupan pelajar tu… memang rasa sebak sikit. Diorang hidup serba kekurangan, tapi semangat nak belajar tu tinggi sangat. Ada yang sanggup redah sungai, hutan semata-mata nak pergi sekolah. Ada yang kena tolong keluarga, ada yang susah gila. Setiap orang ada cerita sedih sendiri… memang touching.
And honestly, Cikgu Sam is such a good teacher. Tekad untuk belajar bahasa Semai so that dia boleh faham anak murid dia. Dia betul-betul care pasal pelajar dia, sampai sanggup pergi rumah diorang, redah hutan, walaupun “dikejar binatang” (yang ni memang funny). Dia juga defend pelajar dia dalam kes kecurian, walaupun akhirnya terpaksa jadi “ninja” (that part memang unexpected tapi kelakar). But, ending dia pula comel gilerr, sweet and satisfying.
Overall, buku ni memang santai, easy to read, tapi tetap ada emotional depth. Tak heavy langsung, so memang sesuai kalau nak stress-free reading. Dalam gelak tu ada makna, dalam simple tu ada nilai.
"Cikgu Sam sekarang kat mana ye? Masih di Pos Besau ke?"
Satu perkara yang membuatkan saya kagum dengan Cikgu Sam adalah seorang anak muda yang sanggup korbankan keselesaan hidup dikelilingi oleh pelbagai kemudahan, namun memilih untuk berbakti di sebuah tempat yang terasing daripada dunia luar. Dengan kemudahan yang agak terhad untuk keperluan diri dan juga penduduk setempat, malah untuk anak-anak murid yang tersayang juga. Saya akui, tidak ramai dalam kalangan guru yang sanggup untuk mencurahkan bakti di tempat-tempat sebegitu.
Cikgu Sam ditugaskan untuk mengajar di sebuah pedalaman. Pengalaman beliau dicoretkan di dalam buku ini dengan baik sekali dan saya kagum bilamana beliau bukan sahaja berusaha untuk mengajar anak-anak suku Semai, tetapi turut juga belajar bahasa/dialek mereka, dengan harapan supaya beliau lebih memahami apa yang dipertuturkan oleh anak-anak dan penduduk kampung di sana.
Dedikasi Cikgu Sam terserlah apabila beliau sanggup ke perkampungan jauh dari tempat tinggalnya untuk mengetahui nasib anak muridnya yang mengalami masalah kehadiran. Mengajar di pedalaman dan mengajar anak-anak yang tidak didedahkan dengan kepentingan pendidikan tidak melumpuhkan semangatnya untuk meniup semangat itu untuk muridnya. Perkara sama juga berlaku apabil Guru Besar memintanya untuk menghantar wakil sekolah ke pertandingan sepak takraw, namun perkara yang tidak dinginkan berlaku dan ianya menguji semangat Cikgu Sam.
Penceritaan yang santai melalu pengalaman Cikgu Sam, tapi penuh dengan pengajaran dan pedoman. Terutamanya mengenangkan anak-anak di pedalaman yang masih bergelut dengan isu pendidikan.
“Sam dihantar ke Pos Besau untuk mengajar, namun sebenarnya dia yang lebih banyak belajar. Dia tidak belajar menjadi guru tetapi dia belajar cara menjadi manusia.”
Sebab diri sendiri juga seorang pendidik, mestilah tertarik untuk baca buku ni!
Cerita yang light-hearted untuk dibaca. Ni buku pertama saya yang ditulis oleh Aidil Ghazali. Penulisan beliau bagus, rasa macam nak terus membaca!! Apa yang menariknya, setiap bab ada tajuknya sendiri macam zaman dulu-dulu 🤭
Macam-macam perangai budak-budak sekolah Semai ni. Tapi itula lumrah jadi cikgu, memang banyak keletah yang kita kena hadap 🤣🤣 Banyak masa buat kita rasa pening kepala, tapi hidup sendiri pun jadi ceria sebab setiap hari pun ada je benda unexpected or benda baru jadi.
Moga dengan adanya buku ni, pembaca dapat mendalami pengorbanan seorang guru. It comes with responsibility to shape lives of our future leaders.
Favourite character saya Ipul sebab dia seorang budak yang baik 🥺🥺 Banyak yang orang boleh belajar dari watak Ipul.
And watak Beng kelakar 🤣🤣 mesti buku ni kurang seronoknya kalau tak ada watak Beng untuk “hidupkan” cerita ni.
Gelak, geram and sebak 🥹✨ complete set of feelings while reading this! I memang tengah cari something fun to read, that can make me LOL, and honestly, this one did not disappoint at all 🤭 Dengan perangai anak-anak murid Cikgu Sam yang aneh-aneh, memang sakit perut gelak. Banyak lagi part kelakar i nak highlight, antaranya part kena kejar babi hutan, “kari ayam” dari Beng, asal usul nama Chendol 😆 eeee boleh tak sesape suggest novel ni diadaptasikan as drama ? I would definitely watch this !!!
While reading this, as a future teacher, I kept questioning myself: “Betul ke ni nak mohon penempatan dekat Sabah/Sarawak?” “Sanggup ke nak makan pucuk ubi je sepanjang hari kalau dapat kawasan pedalaman?” Thanks sebab bagi i kesedaran hehehe
Kisah ketabahan Cikgu Sam mengajar anak-anak orang asli Semai was truly touching 🥹 Anak-anak Semai ni pun tabah dan kental sampai sanggup ulang-alik sampai dua jam berjalan kaki dari rumah ke sekolah. How strong you guys are, walaupun hidup dalam serba kekurangan 🤍
This book really teaches the meaning of syukur and the resilience of a teacher in mendidik anak bangsa. A must-read for sure ✨📚
honestly, aku sangat enjoy sepanjang membaca naskhah nukilan Aidil Ghazali kali ini. plot penceritaan fast-pace, penulis bijak menyusun ayat dan jalan cerita dia sangat smooth. tak memaksa pembaca untuk gelak, tapi penulis memang bijak meletakkan scene-scene yang buat aku tak kering gusi.
Chemistry antara watak juga nampak bersahaja, sebuah slice of life yg selalu kita terlepas pandang. Isu yg dibawa sangat menginsafkan kita yang serba serbi lengkap ini. betapa besar perjuangan anak-anak pedalaman dalam menuntut ilmu serta kegigihan guru-guru di kawasan pedalaman yang for sure aku rasa kalau kena kat batang hidung aku memang aku tak mampu.
Tahniah buat penulis untuk karya ini . Teruskan berkarya.
Last but not least, aku tertanya-tanya apa masalah sebenar Cikgu Jalil tu ya? serious menyampah dengan mulut dia yang mengalahkan makciks bawang. Ke dia ada sejarah kena reject dengan cikgu baru? hahahaha..
****please Aidil Ghazali buat sekuel/perekuel tentang Cikgu Jalil ni..
serius weiihh, cerita ni comel. akak memang suka baca kisah cikgu-cikgu gini. kisah cikgu sam yang perlu bertugas di pedalaman, di kawasan orang asli.
nak adapt dengan keadaan sekeliling memang payah. tapi cikgu sam ni, mampu ikut perlahan-lahan. best juga baca part dia sanggup belajar bahasa orang asli di situ. part2 kelakar, memang akak kena tahan ketawa sewaktu baca, almaklumlah, baca pun masa tengah jaga pusat exam. macam-macam ragam yang cikgu sa, kena hadap. bukan perangai anak murid aje. perangai cikgu pun sama.
novel-novel sebegini, rugi kalau tak diketengahkan. walaupun ceritanya simple tapi keadaan yang digambarkan dalam perjalanan cerita ni memang sangat menarik. secara tak langsung boleh tahu lebih kurang keadaan yang serba kekurangan. baik di sekolah, baik dalam kehidupan. ada satu part tu, memang ada rasa sebak dalam hati. matlamat tak menghalalkan cara. siapa sangka?
all the best, penulis. teruskan menulis dengan hebat!
Cerita yang sangat heartwarming 🥹rasa terharu baca bonding Cikgu Sam dan murid-murid especially dengan Beng. Mula-mula tertarik nak baca buku ni sebab tengah belajar bidang perguruan, boleh la nak dapat vibes jadi cikgu sambil baca buku ni 😆
Cerita ni fast paced, tak banyak konflik and santai ja jalan cerita dari awal sampai habis. Saya salute dengan effort penulis untuk buat rujukan tentang masyarakat suku Semai yang tinggal di pedalaman. Menarik baca makna-makna bahasa semai dalam buku ni 😊. Banyak juga pengajaran boleh dapat, yang mana mendapat pendidikan itu juga merupakan satu privilege, dapat pakaian dan makanan serba serbi lengkap setiap hari juga rezeki yang sangat besar. Terima kasih penulis atas karya ini. Semoga satu hari nanti saya juga dapat jadi cikgu yang berdedikasi & baik hati macam Cikgu Sam 🫰🏻(mohon dijauhkan perangai macam Cikgu Jalil)
Buku ni banyak mengajar kita bahawa ada kehidupan lain yang kita tak nampak dan tersangatlah susah. Susu tin yang kita anggap murah itu menjadi barang yang sangat mewah di sisi orang lain.
Buku lebih banyak menceritakan pov sebagai cikgu sam. Cikgu sam melihat karenah anak murid di kawasan pedalaman dengan serba serbi kekurangn. Pendekatan cikgu terhadap murid sangat lh main peranan dalam membentuk anak sekolah.
Buku ni menekan kn miskin macam mana pun kita masih mampu mengingati kawan lain. Ibu bapa sangat menghormati cikgu dan mempercayai cikgu.
Buku ni sangat recommended. Banyak komedi layan buku ni and heartwarming juga.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Comelnyaaaaa buku niiiii. It's kinda unique since buku ni ada ajar sikittt tentang loghat semai pahang, which is perkampungan orang asli. This book is mainly about funny, weird and wholesome events happened to Cikgu Sam, which he is from bandar, mengajar di kampung. It has an open ending, which I found necessary since it's the only ending yang sesuai dengan tema buku ni. It doesn't feel tergantung at all. Jarang yaa ada buku yang betul-betul berjaya buat saya gelak because of it's comedy. This book memang berjayaaa. The inner monologue gives soul to this book. Definitely 5/5. Full of suprises and fun.
Buku ini berkisahkan slice of life Cikgu Samsul yang telah ditempatkan untuk mengajar di sekolah Pos Besau. Perjalanan Cikgu Sam dari tak mengenal bahasa Semai sehingga fasih dan paham setiap tutur ayat bahasa Semai. Semangat Cikgu Sam tak pernah pudar walau diuji dengan pelbagai kenakalan anak murid. Dapat habiskan bacaan buku ni dalam tempoh 2 hari ya. Best buku ni dengan genre komedi dan terselit info yang berguna. Ada kelakar, kecewa, simpati dan kasih sayang. Cikgu Sam jangan mau kap hek Bah Beng ya 😄
NASIB CIKGU SAM MASUK KAMPUNG - Aidil Ghazali 📚 rating : 5 🌟
Second time baca dari author waktu reading slump and yes BERJAYAA KELUARRR dari fasa tu semula 🥳 bacaan ringan sesuai untuk kita yg nk release stress 🤣
Novel ni tak kelaka sangat tapi dia comel betul.. anak murid dia comel banyak betul idea dia sampai pening kepala ckgu sam nak melayan.
Tapi sebab ini ckgu mengajar di pedalaman, jadi banyak dugaan cikgu Sam kena hadap demi mendidik anak bangsa..
Tak ku sangka disamping pengalaman kelakar, terselit kisah kesusahan Ipul 😌😌 ada pengajaran disitu.
kisah yang penuh kasih sayang antara guru dan anak murid serta diselitkan sedikit sebanyak pengetahuan tentang orang asli.
cerita yang mendatangkan kesyukuran.
cerita yang memberikan kesedaran.
cerita yang menyentuh jiwa.
boleh dikatakan cerita yang ditulis penulis yang paling sedap dan memuaskan hati setakat ini 🫶 terima kasih dan semoga dikurniakan ilham untuk menulis karya² yang bermanfaat.
Eng bila habis baca buku ni. Senyum sendirian. Geli hati dengan kenakalan anak² sekolah dengan perangai masing². Aku suka dengan jalan ceritanya. Mungkin sebab dekat dihati dan boleh relate. Suka dgn cara subtle nya memasukkan komik² iman yg lain pastu dengan selit sedikit watak² dari buku penulis yg lain. Banyak bahasa semai dan adat² org semai yg boleh belajar dr buku ni. Tapi yg cikgu jalil tu. Macam tu je ke? Yg Senichi Ku-Beng tu. 🤣
A slice of life of Cikgu Sam yang berasal dari bandar ditempatkan di perkampungan Orang Asli untuk mendidik. Disitu banyak pulak ragam budak budak dia kena layan.
But its so cute the kids punya perangai comel. I love this because its such an easy and fun read. Weyh i cannot part last where cikgu sam thought he ate chicken tapi its actually tupai. BYE AHSHHSHSH
Terhibur baca buku ni. Cikgu Sam nak melayan kerenah anak anak murid yang duduk pendalaman. Macam macam hal dalam kelas. Tapi kalau dah nama pun cikgu kan, kalau bersungguh memang nak buat yang terbaik. Cuma ending dia macam habis gitu je. Nak lagi !
p/s Sejak buku rumaa dah floopy ni memang best nak baca ya.