“Kau ni dah kenapa? Sanitise parcel ke sembur jin? Kalau orang hantar ikan kering, silap-silap boleh hidup balik ikan kena spray macam tu.”
“Prevention is better than cure!”
Pantang Hayyan jumpa Deena, mesti perang mulut. Tetapi demi Deena, hari-hari pun dia sanggup turun naik tangga asrama jururawat itu. Setelah setahun lebih jadi “abang kurier”, akhirnya hidup Hayyan yang sunyi mula rasa terisi.
Namun dia takut dan malu. Macam mana kalau Deena tak suka dia pun?
Suatu hari, Deena nyatakan hasrat untuk carikan housemate buat ayahnya sementara mencari rumah sewa baharu. Setelah kematian emak, ayah Deena duduk sendiri saja di kampung.
“Mungkin ini jalan yang Tuhan nak bagi untuk aku,” fikir Hayyan.
Hayyan tanpa lengah terus bersetuju kerana inilah satu-satunya peluang memikat Deena – bukan, memikat bakal mentua!
Cuma, sehari dua, dia boleh lagi tahan. Lama-kelamaan, sikap Pak Daus yang degil dan perongos itu makin menjengkelkan.
Mampukah Hayyan bertahan dengan Pak Daus supaya terbuka menerimanya? Atau mungkinkah susunan takdir berbeza untuk Hayyan dan Deena akhirnya?
This story is sad. Heart-touching. Quietly painful. It's about loss and a longing that has no ending.
Disebabkan satu incident, Deena dan Hayyan jadi rapat. Deena terpaksa bawa abahnya ke kota dan minta Hayyan jadi roommate untuk abahnya. Hayyan yang excited terus bersetuju. Lepas tu baru dia sedar dia bukan sekadar dapat roommate tapi kena jaga abah Deena.
Adam, penyelia tempat Hayyan bekerja kata ini satu peluang emas untuk memikat hati bakal pak mentua. Pak Daus pula seorang yang sangat difficult.
Mula² Hayyan hampir give up, sampailah satu hari Jiji cakap dia dengar bunyi setan mengilai dari bilik Pak Daus. Hayyan starts thinking the house is haunted.
Sampailah satu hari dia balik ambil parcel dan terdengar Pak Daus menangis. Baru Hayyan faham apa sebenarnya isi dalam beg bunga dan bunyi yang Jiji dengar selama ni.
Hayyan ajak Pak Daus join dia delivery barang. Pak Daus merengus tapi dia layan juga.
This slice-of-life story reminds me that people who look happy often carry hidden wounds. Pak Daus tu macam F arr. F jenis tak pandai sorok perasaan, lebih selesa menyendiri.
Ending dia? Korang akan menangis. And at the same time, there's one scene that will make you smile without realising it.
Kisah Hayyan dan Deena? Ada tapi bukan yang utama. Main character kisah ini Hayyan dan Pak Daus. Buku yang berjaya buat aku senyum, gelak dan nangis. Aku nangis!
Betul kan? Kita takkan tahu apa yang orang tu alami kalau mereka tak berkata apa-apa, kalau mereka pendam. Ya Allah, luluh hati aku untuk kau, Yan. Kalau Deena tak nak kau, aku nak kau, Yan. You deserve the world <3
Jalan cerita penuh emosi, smooth dan banyak nilai murni. Tahniah penulis! Saya lurve sangat!
“…selalunya aku datang rumah kau hantar parcel. Tapi hari ini, giliran kau pula hantar. ‘Parcel’ beruban lagi. Nak aku spray sanitizer tak?”
Sangat menghiburkan dan geli hati. Namun disebalik keceriaan ni, ada terselit satu rasa sebak yang boleh mengalirkan air mata.
Kalau korang rasa kemanisan tu ada pada Deena dan Hayyan, saya pula rasa sebaliknya. Lebih manis dan terhibur dengan keletah si Hayyan dengan Pak Daus. Saya tabik dengan usaha Hayyan nak pikat dan jadikan Pak Daus ‘housemate’.
Dinginnya Pak Daus kerana rasa hati yang tak terluah. Saya auto sedih bila Pak Daus kenang isterinya. Rupanya Hayyan pun menyimpan satu rasa yang tak mampu orang lain tanggung. Di sebalik tawa, ceria dan usikkan Hayyan itu rupanya ada ruang kosong yang Pak Daus sendiri sesalkan. Nangis beb😭
Watak Hayyan memang paling all out! Usikan dia buat kita tersengih. Teguran dia buat kita sedar. Kebaikan dia buat kita senyum. Malah tabahnya dia melayan kerenah Pak Daus, itu lah penyeri cerita. Tak ada apa selain saya boleh kata best. Dalam berhibur ada batasnya. Memang tak rugi baca. Malah tak puas!
ini kali pertama saya membaca naskhah tulisan Aman Wan dan sejujurnya saya benar-benar menikmati pengalaman membaca buku ini. gaya penulisan beliau ringkas, terus kepada point dan sangat mudah diikuti. ia merupakan bacaan santai yang seimbang— ada humor, ada manisnya, ada konflik dan ada juga bahagian yang menyentuh emosi. semuanya cukup rencah tanpa terasa berlebihan.
salah satu perkara yang paling saya gemari ialah unsur humor dalam novel ini. lawaknya bukan jenis hambar, sebaliknya terasa natural dan menghiburkan. interaksi antara Hayyan dan Jiji antara yang paling mencuit hati. dialog mereka terasa hidup dan mudah membuatkan pembaca tersenyum, malah buat saya tertawa dengan telatah mereka.
sepanjang membaca, saya juga teringatkan suasana drama-drama petang di televisyen suatu ketika dahulu. cara penulis menggambarkan kehidupan harian watak-wataknya terasa dekat dengan realiti. Deena sebagai jururawat, Hayyan yang bekerja sebagai penghantar parcel, persahabatan Hayyan dengan Adam, serta kehidupan kejiranan di Vista Kita— semuanya terasa biasa, sederhana dan sangat “manusia”. inilah yang membuatkan cerita ini mudah untuk dikaitkan dengan kehidupan seharian kita.
setiap watak dalam novel ini turut diberikan ruang dan latar cerita masing-masing. saya memang gemar novel yang memberi perhatian kepada watak sampingan, dan buku ini menyampaikannya dengan sangat baik. kisah Pak Daus, Hayyan, Deena, Adam dan Jiji; masing-masing membawa makna tersirat dan pengajaran tersendiri. semua watak terasa hidup, bukan sekadar pelengkap cerita.
interaksi antara Deena dan Hayyan pula sangat manis dan sederhana. perkembangan hubungan mereka berlaku secara perlahan dan natural, menjadikan pembaca mudah untuk menyukai dinamika mereka. hubungan ini tidak dipaksa, sebaliknya berkembang dengan cara yang lembut dan realistik. jujurnya saya rasa tak cukup tengok momen mereka. rasa macam nak lagi dan lagi, sampai teringin nak tengok perkembangan hubungan mereka sampai ke fasa seterusnya 👀💗
hubungan antara Hayyan dan Pak Daus juga berkembang dengan indah. bermula dengan rasa janggal dan jarak emosi, hubungan mereka perlahan-lahan berubah menjadi ikatan seperti seorang ayah dan anak. tanpa paksaan dan tanpa kepura-puraan, Hayyan kekal menjadi dirinya sendiri—dan dari situ, hubungan itu terbina secara semula jadi. dari situ juga saya belajar yang setiap orang ada cara berbeza untuk menunjukkan kasih sayang, dan kadang-kadang kita yang perlu belajar memahami, bukan cuba mengubah mereka.
novel ini turut menyentuh isu kesunyian dan proses menghadapi kehilangan orang tersayang. cara penulis menggambarkan proses berduka terasa jujur dan dekat di hati. kehilangan bukan sesuatu yang mudah, dan setiap individu melalui fasa tersebut dengan cara yang berbeza. memori orang yang kita sayang akan sentiasa kekal, walaupun masa terus berlalu.
secara peribadi, novel ini juga mengingatkan saya kepada Maktok saya sendiri 🫶🏻 perasaan menjaga dan memahami orang tua, dengan segala kerenah dan emosi mereka, digambarkan dengan cukup realistik. pengalaman Hayyan dan Deena menjaga Pak Daus membuatkan saya terasa dekat dengan cerita ini.
secara keseluruhan, ia merupakan sebuah novel yang menghiburkan dan sarat dengan nilai kekeluargaan. ia bukan sekadar kisah cinta, tetapi juga tentang penerimaan, kehilangan dan kasih sayang dalam pelbagai bentuk.
Dipromosikan sebagai rom com, tapi berpotensi sebagai slice of life pun ada. Penat aku nangis dua kali tau baca novel ni. Me - hati tisu.
Penulisannya mudah dan senang nak ‘masuk’. Mujur juga ending ada bonus cerita agar tak terlalu sedih. Aman Wan berjaya mencipta watak yang likeable, even Pak Daus sendiri.
Peh, kalau aku berada di posisi dia, tak tau weh macam mana nak bergaul. Hayyan memang hebat la
Sebuah novel slice-of-life yang menarik dan senang masuk.
At first korang akan rasa ini rom-com, but ia lebih deeper than that. Jalan ceritanya bukan hanya semata-mata tentang Hayyan memikat Deena.
Aman Wan sangat cekap mengaitkan tema kesunyian, delayed grief (kesedihan tertangguh) dan efek² sampingan yang tercetus daripada kehilangan/kematian yang tak dijangka dalam jalan ceritanya.
Walaupun terdapat isu berat yang dibincangkan dalam novel ini, tetapi cara penulis mengolahnya sangat mudah untuk difahami dan menarik juga. Joy kept flipping the pages continuously sebab nak mengetahui what’s going to happen next with Hayyan, Deena & Pak Daus.
Syabas author for this beautiful story.
P/S: Joy happy sangat bila Adam “viralkan” Karipap Kreamy tu. Sebab rasa sedih untuk peniaga kecil tu yang mengharapkan pelanggan yang pertama 🥲
Expect the unexpected feelings! Bersedialah dengan tisu dan sebaiknya jangan baca di khalayak ramai. Bukan apa, takut disangka senyum dan ketawa sendiri 😆👻
Itulah perasaan saya sebaik sahaja menutup naskhah Operasi Memikat Hati Bakal Mentua.
Hayyan cuma nak memikat hati Deena — tapi tersalah target bila terpaksa ‘berperang’ dengan bakal mentua. Lelaki ceria dan mulut tak berhenti bercakap ini langsung tak digemari Pak Daus yang grumpy dan sukar mesra. Dari salah faham ke detik mencuit hati, usaha Hayyan untuk mengambil hati si ayah berubah menjadi perjalanan penuh kekecohan, tawa dan emosi tersembunyi. Namun di sebalik gelak ketawa, mereka sebenarnya sama — memendam rasa kehilangan dan kasih yang belum terluah.
Pada permulaan cerita, saya tersengih-sengih sendirian, terbuai dengan jalan cerita yang santai dan mencuit hati. Namun apabila memasuki pertengahan cerita, penulis bijak menyemai rasa ragu — betul ke “operasi” Hayyan ini akan berjaya? Ketika itu, muka surat sudah separuh jalan. Saya mula panik!
Goreng karipap tak masak, masak ikan bilis pula hangus. Disangka boleh memikat hati dengan koleksi komik Jepun, ishhh… sekali Pak Daus naik berbulu bila negara Jepun disebut!
Saya suka saat Hayyan hampir berputus asa, Deena pula hadir sebagai “penyelamat dunia” 🤭 Saya pula yang suka melihat kemunculannya yang tepat pada masa 🩷
Hayyan bukan lelaki yang sempurna. Namun, di situlah terletaknya keindahan cerita ini. Dia tetap berusaha memikat hati Pak Daus — ayah kepada Deena — seorang bakal mentua yang sentiasa bermuka masam, keras kepala dan sukar dibaca. Hayyan menelan sabar dan meneruskan “operasi” paling mencabar: memenangi hati bakal mentua.
Hubungan Hayyan dan Deena berkembang secara perlahan, sederhana dan terasa sangat realistik. Tiada cinta berlebihan, sebaliknya dipenuhi situasi kelakar, canggung (awkward) dan momen kecil yang menghangatkan hati.
“Aku tahu dah banyak kali aku ucap, tapi… terima kasih, Hayyan.” — Deena
Gaya penulisan Aman Wan pula santai dan mudah dihadam. Dialog-dialognya bersahaja — ada yang mencuit hati, ada juga yang membuatkan saya tersenyum sendiri kerana terasa dekat dengan realiti.
“Setiap apa yang kau buat sekarang, pasti Dia dah plan something untuk kau.” — Adam
Apa yang membuatkan saya lebih menghargai novel ini ialah pengajaran yang diselitkan secara halus tetapi bermakna. Saya sangat suka apabila penulis menyentuh isu Palestin. Ia membuktikan bahawa walaupun dalam novel rom-com, isu kemanusiaan masih boleh disampaikan dengan penuh adab dan kesedaran. Tidak berat, namun cukup untuk membuat pembaca berfikir.
Novel ini juga mengajar bahawa kesabaran pasti ada ganjarannya. Lihat sahaja bagaimana akhirnya Pak Daus juga mencair di hujung cerita — bagaimana dan kenapa, kenalah baca sendiri 🤭 Bahagian ini benar-benar mengingatkan kita bahawa keikhlasan tidak pernah sia-sia.
Paling menyentuh hati saya ialah mesej tentang menerima takdir dengan hati yang terbuka. Kejutan kecil yang penulis selitkan mengenai kehidupan Hayyan — seorang yang ringan tulang membantu jiran tetangga dan lebih mengutamakan kebahagiaan orang lain — benar-benar membuatkan saya tersentuh 🥹 Di hujung cerita, saya terfikir… patutlah begitu. Semuanya terasa masuk akal.
Dari segi kekuatan, novel ini menyerlah melalui: • Watak utama yang nampak ceria di luar, namun menyimpan cerita sendiri • Penceritaan santai yang dekat dengan realiti • Unsur komedi yang seimbang dengan nilai kekeluargaan dan pengorbanan • Plot yang kelihatan ringan, tetapi menyimpan kejutan yang memberi kesan emosi
Secara keseluruhan, Operasi Memikat Hati Bakal Mentua ialah sebuah bacaan ringan yang menghiburkan, namun tetap meninggalkan kesan di hati. Ia mengingatkan saya bahawa kita tak akan tahu apa kisah di sebalik watak seseorang itu. 💐✨ #rumaabooks #novelIMAN #operasimemikathatibakalmentua #RUMAA #amanwan
Tipah tertipu dengan tajuk dan warna cover yang colourful. Ku ingatkan ceritanya pun begitu. Tapi TIDAK! Tidak sepenuhnya hidup ini disajikan dengan pelangi dan unicorn berterbangan indah bersama bunga-bunga yang cantik dan wangi. (Cewah! Apa yang aku hiperbola sangatkan ni? 😂😭)
Deena seorang jururawat (?) di makmal perubatan. Hayyan pulak seorang penghantar parcel untuk sebuah syarikat kurier. Kehidupan mereka berdua ni sederhana sahaja.
Nak dipendekkan cerita ni disebabkan kerjanya yang hantar parcel lah membuatkan Hayyan jadi ada crush dengan Deena. Suatu hari ditakdirkan ibu Deena meninggal di kampung. Lalu Deena bawalah ayahnya ikut dia tinggal di bandar. Tak mahu ayahnya kesunyian di kampung. Tapi masalahnya Deena ni tinggal di asrama perempuan. Mana boleh dia bawa ayah tinggal sekali dengannya. Jadinya dia mintalah tolong Hayyan untuk tumpangkan ayahnya di rumahnya dahulu sementara dia mencari rumah sewa yang sesuai untuk tinggal bersama ayahnya.
Hayyan terima (walaupun dengan berat hati) permintaan Deena. Demi mu Cik Crush! Bermula detik itulah "Misi Memikat Hati Bakal Mentua". Akan digunakan peluang dan ruang itu sebaik mungkin. Ayahnya Deena, Pak Daus, mempunyai karakter seperti "non-chalant final boss". Sungguh tak mesra alam karakternya. Mula-mula Hayyan rasa okay lagi. Tapi lama-lama boleh tahan fed up jugak dengan perangai Pak Daus.
Setiap manusia ada rahsianya yang tersendiri. Termasuk perasaan yang cuba disembunyikan dari terlihat oleh sesiapa. Baik Pak Daus mahupun Hayyan. Sedih jugak back story mereka. Dahlah beberapa kali rasa seperti "di-scammed". Haih... 😌🥲
Buku ni aku pilih lepas dah banyak baca buku thriller 5 buah. Rasa otak nak benda light sikit. So aku rasa buku ni was a right choice. Aku boleh baca habis dalam masa 24jam je, which was very lajuuu haha bagi aku buku ni ada style tersendiri, plus aku rasa teknik penceritaan oleh penulis pun very nice.
Aku suka dengan plot cerita buku ni. Aku rasa dia ada special space kat hati aku sebab aku pun baru kehilangan mak ayah aku selang setahun, so bila tahu kisah Hayyan & Pak Daus memang aku nangis kaw-kaw. Rasa macam benda aku simpan selama ni terluah haha :((
Part Hayyan, aku suka part dia jadi orang dewasa sebagai pelindung kepada Jiji tu. So gentle! & memang dah agak yang family rentung tu family Hayyan sebab banyak kali penulis nyatakan. Tapi walau dah agak, memang sedih part tu. Betapa orang yg happy go lucky sebenarnya sunyi. Pastu part Hayyan-Deena memang smooth la, takde cringe walau aku ni jarang sangatt baca buku romance sebab takut cringe haha tapi tahniah penulis, anda berjaya buat aku sepak2 angin hahahah
Tapiii bila dah habis baca tu aku rasa macam tak puas. Contohnya penulis tak nyatakan banyak sebab kenapa Pak Daus jadi tak berkongsi rasa macam tu. Yang aku faham dia bekas askar, dan ada scene dia berkongsi ceria dengan Hayyan yang betapa dulu2, rakyat negara belajar Jepun sebab nak hidup bukan sebab nak kagum. Adakah sebab tu saja dia jadi dingin? Atau ada sebab lain? Macam tak puas nak tahu. sebab bagi aku extreme sangat dingin dia tu, sampai anak pun rasa kekok dengan dia. Bini dia meninggal sebenarnya dia sedih kan, tapi sebelum tu dia tak tunjuk sangat rasa sayang tu kat bini dia.
Scene paling aku gelak gila part doktor tersalah Adam tu hahaha memang kelakar habis. Aku rasa sebab banyak benda kelakar camni aku teruskan bacaan aku laju. Rasa terhibur. Tamabah2 dengan Keria Kreamy dia tu
Tapi aku ada kemusykilan sikit, aku macam takleh bayang layout rumah Hayyan tu macam mana. Part Deena selalu datang rumah Hayyan pastu diaorang selalu cakap2 pasal Pak Daus tu.. Pak Daus tak dengar ke? Sebab aku bayangkan macam rumah kecik je. So aku agak confuse sikit tiap kali baca scene2 Deena kat rumah Hayyan tu.
Btw, tahniah penulis, banyak benda aku belajar dari buku ni. Salah satunya, watak Adam tu sangat boleh dijadikan contoh. Walau lagi muda dan berjaya dari Hayyan, tapi sifat rendah diri, suka tolong menasihat-menasihati bagi ayat2 deep tu memang buat aku rasa boleh dijadikan nilai murni. Plus point, watak2 jiran rumah Hayyan pun semua best termasuklah Cik Pah Perampas hahaha. Aku doakan penulis panjang umur boleh tulis banyak lagi buku2 best & selalu dirahmati sebab tulis buku2 yg beri manfaat kat orang lain!
P/S: Dan special credit to RUMAA books sebab tukar buku jadi floppy. Buku2 sebelum ni aku tak gemar sangat nak baca sebab spine crack & tak floppy. Ni pun salah satu sebab kenapa aku beli buku ni walau genre romcom aku tak baca sangat.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Hayyan merupakan penghantar barang separuh masa di syarikat WePost. Dalam ramai pelanggannya, seorang petugas makmal di hospital, Siti Wardeena binti Firdaus merupakan antara pelanggan tetapnya sehingga dia tahu benar rumah Deena. Perkenalan yang bermula dengan salah faham dan pergaduhan membawa kepada pertemanan. Namun, pertemanan mereka menjadi lebih sulit apabila tragedi menimpa ibu Deena, dan dia terpaksa menguruskan ayahnya yang tidak rapat dengannya. Untuk itu, dia meminta pertolongan Hayyan. Ayah Deena, Pak Daus merupakan seorang lelaki tua yang garang, tidak banyak bercakap dan sukar difahami. Adakah strategi Hayyan akan berhasil?
3️⃣ Perkara:
✨𝑹𝒊𝒏𝒈𝒌𝒂𝒔 𝒅𝒂𝒏 𝒑𝒐𝒑. Saya menyukai premis dan jalan cerita buku ini. Bagi saya, sesekali pembaca memerlukan kisah yang segar dan menarik perhatian, apatah lagi jika karya itu diselitkan dengan dialog yang bersahaja dan penceritaan yang mengalir. Ada unsur komedi, emosi dan tragedi, nasihat dan pengajaran yang saya dapat bila membaca buku ini, dan saya yakin buku ini akan mendapat tempat di hati ramai pembaca tanah air.
😂 𝑴𝒆𝒏𝒈𝒈𝒆𝒎𝒃𝒊𝒓𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒌𝒂𝒍𝒊𝒈𝒖𝒔 𝒃𝒆𝒓𝒍𝒊𝒏𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒂𝒊𝒓 𝒎𝒂𝒕𝒂.😭 Apa yang saya pelajari daripada buku ini adalah bukan semua orang dapat mengungkapkan rasa sunyi yang hadir setelah kehilangan insan tersayang. Saya banjir dengan air mata apabila kebetulan Ramadan ini saya terlalu rindu akan kedua orang tua saya yang telah lama berumah di tanah. Mungkin kita rasa kita yang paling diuji, namun kita perlu melihat ujian orang lain dan musibah yang menimpa mereka agar kita lebih bersyukur. Cerita yang ada depth dan plot twist yang 💔
📚𝑻𝒂𝒋𝒖𝒌 𝒅𝒂𝒏 𝒔𝒂𝒎𝒑𝒖𝒍 𝒃𝒖𝒌𝒖 𝒔𝒆𝒃𝒂𝒈𝒂𝒊 𝒅𝒂𝒚𝒂 𝒕𝒂𝒓𝒊𝒌𝒂𝒏. Tajuk buku sahaja membuatkan saya curious dan tertanya-tanya apakah operasi yang akan dilakukan untuk memikat hati bakal mentua. Cover buku yang comel membuatkan saya tertarik. Walaupun tebal bukunya namun tak terasa apabila kita asyik dan larut dalam kisah Hayyan, Deena, Pak Daus, keluarga penghuni Vista Kita dan staf-staf WePost.
Novel Operasi Memikat Hati Bakal Mentua nukilan Aman Wan dan terbitan Rumaa Books sesuai untuk menambah warna koleksi buku. Tak kisah lah minat genre mana, novel begini memberikan suntikan kelainan dan mengimbangkan lagi pengalaman membaca. Takkan nak baca genre yang sama je setiap kali, kan? (Boleh je, tapi aku suka switch things up every now and then).
Dalam buku ni, Hayyan si abang penghantar parcel jatuh hati pada Deena si jururawat. Tapi, novel ni tak fokus pada susun atur kejadian sampai cinta mekar menjadi taman. Hayyan mendapat peluang keemasan apabila Deena meminta tolongnya untuk menumpangkan ayahnya di rumah Hayyan.
Only one problem.
Bapa Deena, Pak Daus, memang mencabar. Mampukah kesabaran Hayyan bertahan demi hati yang sudah dicuri Deena?
Pertama sekali, buku ni amat santai dan mudah dibaca. Laras bahasa yang digunakan sesuai untuk bacaan menghiburkan hati dan merehatkan minda. Aku bukanlah peminat romcom atau yang sewaktu dengannya tapi novel ni menyajikan beberapa elemen dan tema yang ramai pembaca boleh relate, termasuklah aku.
Yang aku geram bila twist dibuat bukan sekadar memusingkan plot, tetapi buat aku free-free tersentak! Bila aku selak ke bab seterusnya. Well played! Aku suka effect yang macam tu!
Watak Hayyan dan Pak Daus mempunyai latar belakang yang aku kira menambahkan intipati cerita. Aku lebih terkesan dengan backstory Hayyan. Cuma...rasanya lebih puas bagi aku kalau character dynamic Hayyan dikupas dengan lebih mendalam. Macam agak sipi-sipi. I need a little more.
Dari segi dialog, aku akan lebih terhibur kalau topik perbualan lebih menambah kepada jalan cerita. Terdapat beberapa bahagian yang dialognya agak "random" dan aku kurang mampu untuk enjoy bahagian-bahagian sebegitu. Mungkin kalau jumlah dialog yang macam tu kurang sedikit, aku lebih "terperangkap" dalam cerita.
Novel ni mampu menghiburkan ramai pembaca. Buku ni menggabungkan unsur slice-of-life dan romcom dengan cara yang santai. Premisnya juga unik. Tak rugi kalau baca!
Operasi Memikat Hati Bakal Mentua Aman Wan Rom-com
My first impression of this book was that it would be full of heart-tugging, funny moments. I expected it to be cheerful and giggle-worthy. And yup, that’s exactly what it iss. I couldn’t stop smiling while reading it. I started reading this book when Iman Publication offered a few free chapters through their email subscription. After finishing those chapters, I was immediately hooked and couldn’t wait to buy it when the open order started. Fast forward, I managed to secure a copy and read it in one sitting.
Buku ni berkaitan seorang penghantar parcel aka Mr. COD, si Hayyan dan seorang pegawai makmal, Deena. Hayyan ni selalu la hantar parcel si Deena, sebab Deena suka membeli haha. At the same time, Hayyan ni ada la menyimpan perasaan pada si Deena. Jadi 2 in 1 la kan, sambil hantar parcel dapat la Hayyan tengok Deena. Nak dijadikan cerita ada sesuatu berlaku menyebabkan Hayyan dapat housemate baru. Dan di situlah cabaran buat Hayyan dan juga Deena. Jadi macam mana diorg hadapi cabaran ni? Kena lah baca!
Cara penulisan sangat santai. Pacing not too fast and not too slow. Very smooth and natural. Pengembangan watak pun okay. Honestly, some of the pickup lines are a bit cringe, but that’s kind of the point anyway hihi the ending? Geramm sebab I was imaging a different ending haha
Overall, it was a good read. And always remember, letting go doesn't mean forgetting.
a bit skeptical dengan tajuk tapi i am wrong. so don't judge a book by its title.
kisah Hayyan yang jatuh hati pada Deena semasa bekerja menghantar barang. dan disebabkan Deena juga, Hayyan sanggup menjadi teman serumah Pak Daus selepas kehilangan isterinya.
buku ni bukan semata pasal operasi nak memikat bakal mentua, tapi bercerita tentang kehilangan, kesedihan orang yang kita sayangi.
watak hayyan walaupun nampak sentiasa gembira tapi tersimpan kesedihan yang dalam. bila Deena cerita dia kena tampal gambar orang rentung & hayyan reply, aku ada rassa sesuatu tapi tak sangka sampai tragis sekali.
dan dia kena relive trauma yang sama bila rumah dia terbakar.
Pak Daus pula, bila dia kehilangan isteri perasaan hilang dan sedih terhadap isteri yang dalam membuatkan di menangis setiap hari sambil memeluk pakaian arwah isterinya.
This book is so nice blending comedy, angsty and romance. I love it sangat sangat. Finally Hayyan dapat jugak menembus hati beku Pak Daus tu. Boleh la masuk meminang dah. Tapi SEDIH I WANNA SEE Hayyan and Deena romanceeee tapi best jugak layan pak daus yang mengada gada mengalahkan budak.
There is a lot of funny moment sampai terkekek alone so i have to share it:
Hayyan to Deena: “Ini semua salah kau. Sejak kau asyik hantar Pak Daus datang sini tiap tiap hari, semua orang dah imun dengan tempikan dia. Macam tengok Pikachu mengamuk saja.”
&
Pelukan Pak Daus semakin erat. Hayyan terpinga pinga masih belum mengerti. “Pak Daus, apa ni? Janganlah buat drama depan orang ramai… segan saya gurau gurau begini.”
Terpedaya dengan kecantikan kulit buku dengan tajuknya. Ingatkan cerita ni akan jadi funny romcom gitu!! Rupanya salah sama sekali!!
Boleh dikatakan main theme dalam novel ni tentang dealing with loneliness. And I love how the author used 3 characters of different age to portray this loneliness, sama ada intentional atau tak. Pak Daus, Hayyan dengan Jiji.
Pak Daus mewakili older age/warga emas punya kesunyian. Hayyan untuk dewasa 20-an dan 30-an, terutama bagi yang bujang dan tinggal sendiri. Jiji untuk kanak-kanak sebab parents sibuk bekerja.
Bukan je pasal kesunyian, tapi kepentingan komuniti pun ada ditekankan dalam buku ni and I love it!! Warga Vista Kita ❤️
Suka watak Hayyan! Seorang yang sentiasa ceria, dan berusaha untuk menceriakan orang lain juga, walaupun sebenarnya dia pun ada luka yang tersendiri.
Good writing and I’m interested to read this author’s other books, sebab ni first time saya baca buku beliau.
Comel! Cerita yang menarik. Saya tertarik dengan setiap watak yang diceritakan. Walaupun tajuknya macam novel rom-com tapi isu yang dibawakan taklah seringan itu. Deep juga emosi buku ni.
Saya tertanya-tanya juga kenapa Pak Daus ni moody sangat. Dengan isteri pun moody, dengan anak-anak moody dan dengan orang lain pun moody. Pendek kata sentiasa marah tanpa sebab. Tapi setelah tahu sebabnya, saya pun rasa nak menangis juga. Terutama insiden kopi tertumpah di kain tu. Sebaknya rasa. Hayyan seorang yang ceria, mudah mesra dan bersemangat tinggi. Tak sangka pula ada kejadian yang berlaku disebaliknya. Kalau rasa reading slump, boleh la baca buku ni. Rasanya kalau komited, sehari beberapa jam je boleh habiskan. Banyak quotes yang menarik terutamanya yang keluar dari mulut Adam. Beruntung Hayyan ada kawan seperti Adam.
Ni buku kedua penulis yang saya baca. Tahniah penulis!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Operasi Memikat Hati Bakal Mentua merupakan kisah jatuh cinta si jejaka dan kehidupan sehariannya.
Cerita yang ringan untuk dinikmati namun kesannya cukup menghangatkan jiwa yang membacanya. Masakan tidak, rempah ratus kasih sayang serta emosi yang pelbagai apatah lagi yang mencuit hati bergaul mesra menyajikan hidangan yang sungguh sedap dinikmati jiwa² yang melalui hari² duka.
Tanpa disedari, ketawa terhambur, air mata mengalir dan senyum terukir sepanjang pembacaan, yang pada akhirnya terasa puas setelah helaian terakhir diselak kemudian buku ditutup. Cerita tamat dengan jiwa yang kenyang.
Terima kasih penulis untuk kisah yang tampak sederhana namun kesannya luar biasa. Moga dikurniakan ilham sebanyaknya yang menjadi ladang pahala memberi manfaat kepada manusia.
Jujur saya selalu avoid buku yang berkait romance. Tapi yang ini saya berminat nak beli hanya selepas dengar tajuk, even sebelum penerbit reveal book cover lagi. Serious
Ada juga timbul pertikaian dan beberapa persoalan, tapi dijawab/diselesaikan juga dalam cerita. Ada juga babak yang macam 'hm biar betul?', sekali ada plot twist. Dasar. Bukan satu kali pula tu.
Walaupun saya tak dapat sangat apa tips dia untuk betul-betul pikat hati bakal mentua, takpelah. Saya sangat terhibur dan menikmati pembacaan buku ini.
Finished in one sitting! woooooo apa ni dah lawak lawak tiba tiba deep kat hujung. Pak Daus and Hayyan, dua entiti jauh berbeza, betullah orang kata gaduh gaduh lama lama sayang haha. Suka sangat gaya penulisan Aman Wan. Kita punya syok dari awal ingat komedi, ehh plot twist betul!
kan orang selalu kata sosok yang paling terlihat gembira tulah yang paling banyak menyimpan luka 🥹
nonetheless, saya suka supporting character dalam ni. Adam ni banyak betul nasihat nasihat berguna. Bukan takat untuk pikat mentua je, kena pulak nasihat tu dengan kehidupan.
Saya pilih buku ni dengan harapan dapat jalan cerita romcom gelak-gelak gembira. Tapi apa yang saya dapat tangisan sayu, tangisan sedih, tangisan gembira, tangisan sesal dan segala jenis tangisan. Paling sedih masa Pak Daus tertumpah kopi dekat kain arwah, sedih sangat. Penulis sangat kejam bermain dengan emosi😭😭😭 Rasa nak peluk erat je Deena masa dia rindu arwah ibu, I feel you Deena. Lepastu kisah Yan memang auto berderai air mata, masa tulis review ni pun masih rasa sebak.
Novel yg sangat best dan menyeronokkan. Penuh dgn lawak dan santai. Saya baca dgn slow bukan sbb bosan. Tapi sbb best giler plot dan punchline dia. Cukup dgn pengajaran dan bahagian sedih dan menyayat hati. Terima kasih Aman Wan untuk karya baik ini. Macam2 Hayyan buat nak pikat hati Pak Daus. 😎 memang keren. Sapa yg stress boleh baca novel ni! Atau yg reading slump ke? Confirm tak nyesal.
Baru lepas habis baca buku ni. Hari tu pending sebab back to back siapkan proposal
I am shock dengan ending dia. Sumpah nak menangis tapi orang ramai 🥺 tapi sebelum the plot twist, i dok tergelak gelak sampai orang meja sebelah toleh 😂
1 cerita yang sarat dengan real-life situation, tak cringe, tak terlalu hyperbole. I believe we all boleh relate. Korang dalam reading slump? Read this!
Thank you author untuk kualiti buku sebegini. Teruskan lagi tau!