Jump to ratings and reviews
Rate this book

Bicara Cinta Tertangguh

Rate this book
Pertama kali melihat Suri, tok kadi mahu dipanggil. Kad kahwin terus mahu dicetak. “Dia, Suri aku!” Itu kata hati Luq, tauke sayur yang tiada BMW, banglo mewah atau wang berjuta. Tapi hatinya penuh cinta!

KPS @ Kempen Pikat Suri dilancarkan. Luq memikat, Suri mengelak. Luq ganda usaha, Suri jatuh cinta. Luq vs Suri? Sah, Luq juara.

Ujian datang kala risikan ditolak. Mahu nyanyi lagu Rude? Rupa-rupanya... Cinta tak boleh dipaksa, kasih tak boleh digesa dan sayang itu bukan percuma. Berjodohkah mereka di akhir garisan? Antara ‘cinta tidak semestinya bersatu’ dengan ‘kalau jodoh tak ke mana’, yang mana satu takdir Luq-Suri?

624 pages, Paperback

First published February 1, 2015

9 people are currently reading
120 people want to read

About the author

Lynn Dayana

52 books65 followers
Lynn Dayana atau nama sebenar beliau Roslinda Mohammad dilahirkan pada 21 November 1973 dan dibesarkan di Batu Pahat, Johor. Berkelulusan dari Universiti Sains Malaysia dalam bidang Management (Major in Marketing, Minor in Advertising). Kini bekerja sebagai District Training Officer di Pizza Hut Rest Sdn Bhd.

Beliau sangat meminati penulis-penulis seperti Jodi Picoult, Nora Roberts, Dan Brown, John Grisham, Samsiah Mohd Nor. Jika Benar Cinta ditulis atas dorongan sahabat baik yang kini sudah kembali ke rahmatullah. Dia menjadi editor tidak bergaji. Bermula dengan 7 helai yang dihantar kepada Alaf 21 dan kemudiannya peluang mengikuti kursus, membuatkan saya lebih bersemangat mahu menulis dan berkongsi pengalaman hidup serta rakaman imaginasi yang diharapkan boleh menjadi tauladan kepada peminat dunia novel.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
42 (43%)
4 stars
34 (35%)
3 stars
12 (12%)
2 stars
5 (5%)
1 star
3 (3%)
Displaying 1 - 30 of 37 reviews
Profile Image for Suraya (thesuraya).
800 reviews229 followers
March 25, 2024
Buku ni kan... conflicting betul. Serious buku ni best, tapi some parts are too draggy sampai rasa lelah.

Kalau cakap pasal gaya penulisan Lynn Dayana, buku ni patut dapat 5 bintang. I've always loved her narrative, and casual yet lively dialogues. Penulisan LD memang sangat-sangat menepati cita rasa. Sedap, tapi bersahaja. Taktau nak describe cemana lagi tapi memang cukup rasa lah, senang cerita. Watak-watak LD pun selalu best. Bukan yang bodo piang dan menyakitkan hati. Selari kematangan watak dengan umur.

Cerita ni pasal Suriya, si gadis manis, dengan Luqman, si penjual sayur kat pasar basah, tapi mulut bukan main manis. Punya la satu pelusuk kampung sayang sungguh kat Luqman ni sampai semua orang tolong Luqman buat Kempen Pikat Suri semata-mata nak tengok Luqman ni kahwin dengan pilihan hati. Luqman ni pun skill memikat dia power weh. I kalau ada kat tempat Suri memang boleh jatuh cair, tapi si Suri ni hati kebal gila. Part pikat-memikat ni serious best baca, sampai I have to stop reading sebab tersengih sorang-sorang tetengah malam. I siap jerit kat Suriya "Macam mana kau boleh kebal???????" Tapi kan, kalau Luqman tu tak handsome and tak baik mana, pastu dia still degil tackle Suri walaupun Suri banyak kali mengelak, mesti Luqman kena cop creepy dan psycho. Dasar beauty privilege.

Anyway, Luqman. Kalau nama Suriya tu huruf I tukar jadi huruf A, mesti cerita tu tak sampai 624 muka surat macam ni, sebab senang je saya boleh kata "ya" kat awak hahahahahhaha.

Part yang tak bestnya kat buku ni adalah main tarik tali tu lama sangat, sampai rasa lelah. Banyak sangat misunderstanding, and Suri ni suka lari dari masalah daripada facing it head on. Jadi lah cerita ni sampai 624 muka surat.
Profile Image for Ririn Aziz.
798 reviews108 followers
September 4, 2016
Turun naik emosi membaca kisah Luq-Suri ni.

Bila Luq mula memikat Suri, saya pun turut sama tersengih mendengar ayat-ayat manisnya,
Bila Kempen Memikat Suri dijalankan, saya turut sama bersorak memberi sokongan,
Bila hati Suri mula terbuka menerima, saya turut sama berasa lega dan bersyukur,
Bila risikan Luq ditolak dan dipermainkan Haji Firdaus dan Hajah Nani, saya yang lebih-lebih marah dan terasa mahu menggoncang-goncang kesedaran kepada Haji Firdaus,
Bila cinta Suri-Luq terumbang-ambing dilanda badai, saya turut resah gelisah,
Bila Suri dan Luq terluka, airmata saya turut sama mengalir seolah peristiwa itu menimpa keluarga saya,
Dan akhirnya, rasa syukur dan tenang bila segala kekusutan berjaya dilerai - biarpun pelbagai dugaan datang bertimpa.

Aduhhhh, terasa seperti Luq dan Suri itu kawan baik saya, yang terpaksa menempuh ujian demi ujian sebelum bahagia menjelma. Seumpama, cubit paha kanan, paha kiri terasa jua. Begitulah dekatnya rasa saya pada Luq dan Suri.

Tahniah penulis! Ternyata beliau berjaya meningkatkan kualiti dari karya ke karya (bukan hanya statik dan syok sendiri). Semoga terus dikurniakan ilham untuk menghasilkan naskhah yang hebat-hebat di masa akan datang :-)
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,048 reviews378 followers
August 27, 2015
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM16. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Comel yang teramat sangat! Dialog pertama Luq pada Suri terus membuat N jatuh cinta tergolek dengan watak Luq. Walaupun ada masanya ayat Luq macam mintak penampar, sifat tanggungjawabnya mampu membuat sesiapa pun jatuh sayang dengan penjual sayur ni. Banyak scene yang buat N tersengih seorang diri. Tiada ayat yang terlebih gula, tiada adegan romantik melampau. Semuanya cukup-cukup rasa tapi memikat teramat!

Tak suka dengan mak tiri Suri yang lebih kejam dan busuk hati dari mak tiri Cinderella. Tapi N have to applaud pada penulis kerana tidak mengubah sikap jahat mak tiri Suri tu. Biasanya watak mak tiri jahat ni akan bertukar menjadi baik di akhir cerita. But not this time. Baguslah, sebab pada N ia lebih realistik. Takda lar macam culture shock, senang jer bertukar warna dari gelap kepada suci murni.
Profile Image for Adilah.
78 reviews14 followers
October 10, 2016
Best!!!
Beberapa bab permulaannya, saya asyik ketawa dan senyum...
Hilang stress, walaupun si Suriram tu sedang stress diusik Luq.
Luqman Hakim, awak sangat sweet.
Bukan saja anak dara, janda dan makcik-makcik pun terpikat dengan ayat manis bergula awak.
Bukan ayat kasanova, bukan harta bertimbun-timbun, bukan kereta mewah.
Tapi hanya keikhlasan dan keluhuran hati, awaklah juara di hati mereka.
Suriya Hanum, awak beruntung.. kerana dikelilingi orang yang menyayangi awak sebegitu, walaupun mungkin keluarga awak sendiri membuang awak dari hati mereka.
Tahniah penulis, teruskan usaha!
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews106 followers
Read
May 20, 2015
Naskah untuk dilepaskan; RM18.00. PM je...

Tewas di bab 36 out of 96 bab. Satu pencapaian yang membanggakan!

Bila dah terlalu banyak 'punchline' dalam satu naskah, aku rasa macam aku yang dapat pukulan TKO.

Sadis kan?
Profile Image for Mrs. Norfy.
169 reviews12 followers
July 18, 2020
Mmg kalau dah jodoh, lari ke hujung dunia sampai patah kaki pun tetap lah berjodoh ya. Untunglah Suri dpt laki mcm Luqman. Susah nak jumpa laki mcm tu. Untungnya awak!!! Jeles!!! Highly recommended!!!
Profile Image for Cthajarronaldo.
48 reviews5 followers
May 4, 2015
Nak jual novel ni sebab ada extra...ada siapa2 nak boleh PM ye...
Profile Image for Ashy Khaira.
528 reviews52 followers
September 3, 2019
Suriya is the daughter to her father's second wife and hated by her stepmother.SInce young she has stayed with her aunt,her father's cousin who brought her up and raised her since her mothers death many years ago.In the village she meets Luqman who falls in love with her at first sight and tries his hardest to woo her.When she finally falls in love with him and agrees to marry him,they go through a lot of trials and tribulations.Will they ever get married and be happy....or will people keep trying to ruin their happiness?
This entire review has been hidden because of spoilers.
242 reviews11 followers
July 22, 2016
Lynn dayana ni penulis kegemaran saya. Tak tau pasai apa pembelian tertangguh kali ni. Nsb baik tak terlambat baca. Bila baca rasa mcm-mcm. Gembira, sedih, geram semua ada. Syabas lynn dayana. Saya suka bahasa lynn dayana yg selamba dan spontan. Lynn dayana ada signature tersendiri yg penulis lain tak blh tiru.
Bicara cinta tertangguh ni kisah luqman penjual sayur yg jatuh cinta dgn suri. Mula-mula suri jual mahal. Akhirnya berkat kwn-kwn luq buat kempen pikat suri, hati suri menjadi milik luq.kebahagiaan mereka terhalang oleh sikap kejam ibu tiri suri. Hajah nani ni jht sungguh. Sanggup fitnah ibu dan ayh suri demi damia. Luq ni pun satu mrh dgn suri sampai sanggup pinang aria. Lps ty mula meroyan nak suri blk. Nsb baik kebahagiaan milik mereka juga. Rindu hadif dan ayumi, rmh murni. Bicara cinta tertanggu berjaya buat mood baca saya naik blk. Suka...dan suka dgn karya ini.
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
September 5, 2016
santai je cerita dia..sedikit sebanyak mengingatkan novel poskad by ednin..
Profile Image for Jessy.
152 reviews37 followers
January 17, 2018
Wah, boleh tahan penulis ni. Jalan cerita dia biasa sahaja. Tapi olahannya bukan biasa2. Bahasanya cantik. Mainan emosinya kuat. Sampai satu ketika, saya terpaksa bertenang sekejap dan hilangkan rasa marah dan kecewa. Marah sebab Luq main mata dengan Aria. Kecewa sebab Luq bertindak terburu-buru.

Apapun, cara Latiff nak ajak si Tifa tu kahwin memang kreatif. Boleh pula dia terfikir bagi 3 buah novel dengan tajuknya, Setiap Detik Nafasku, Sah Aku Cinta Kamu! dan Kahwin Dengan Saya. Dengan harapan Tifa tu akan faham. Tifa faham, kemudian membalasnya dengan 3 buah novel juga. Malangnya tajuk novel tu, Aku Pilih Dia, Cintaku Bukan Murah dan Jauh Kau Pergi. Kesian tapi kelakar. Haha
Profile Image for Rinn Ramli.
158 reviews40 followers
April 14, 2016
Bicara Cinta Tertangguh
Dah lama aku start buku ni. Back in November last year. But earlier this month aku start balik semula. Ntah kenapa di awal cerita ini gear satu-dua pembacaan aku tak boleh nak anjak ke tiga-empat. Aku tangguhkan pembacaan berbulan bulan dan bila aku sambung baca semula, masalah sama timbul. So aku ulang baca balik dr mula. Kali ni nekad! Kena baca juga. Pasti ada point yg akan melajukan bacaan aku sbb penulis merupakan salah seorg fav writer dlm list aku.

Akhirnya.... dah muka surat 200 lebih baru aku berubah tempo. Konflik mula terapung dan tak bleh stop sampai tgh malam (aku spesis lelap awai - nenek dah tua, cu)

Aku rasa first quarter agak drag dan cerita cerita jual mahal Suri terhadap Luq jadi terlalu panjang. Tapi selepas berjaya meredah first quarter tu, memang mlm tu jugak aku abeskan buku ni :-)

Keseluruhannya aku suka kisah ini, aku suka Luq-Suri. Walaupun Suri suka melarikan diri, aku suka dia. She's a very likable character. Luq? Takperlah... mesti raaaamai yg suka dia :-) Tak ramai penulis yg sudi mengangkat penjual sayur sbg watak utama.

Kisah yg cukup blend senyum-tawa-tangisnya. Surprise yg diselitkan (walaupun sedikit) tapi tetap unsangkarable. Part Irma tu mmg aku tak expect langsung. Damia tu... sikit ar prasangka buruk kat dia mula2 tu.

Cameo KB/Anis, Ayumi/Hadif terasa macam seseorg orang yg tiba tiba terjun di tengah tengah arus cerita Luq/Suri. Tiba tiba dia ada ;-p

Hjh Nani dan Damia memang cukup utk memutar lubuk di tengah arus kisah ini. Walaupun sampai kesudah tak sedodiri, aku puas hati dgn penutup kisah manis ini.

Sekian.

Ehhh satu nak tanya cik penulis. Naper irma bawak air suam tapi later jd air sirap? Hehehe. Tawar tetiba manis.

Sekian (kalini betul betul)

Sure fine whateverr
Rinn
3 reviews
June 16, 2015
ok..memula nak bagitau..mmg tak peenah baca karya penulis nie..masa nak beli buku nie rasa ok ke buku nie...tapi keraskanhati nak baca buku nie..ok...ok...ok..mmg terbaik lah hasil karya nie..mmg best tahap diebetes baca nie.abg luk yang sempoi tapi berhati waja walaupon cuma hanya penjual sayur yang ada wawasan utk berjaya...dapat pulak kawan mcm latif and the geng..haha kelakar walaupon kekadang tu tahap sengal tak abis2..
suriya yang menjadi suri dihati lukman..mmg memula suri rimas bosan dgn lukman..tapi akhirnya...
tapi bab sedih bila risika n peminagan ditolak saat hati dah mula sayang..dgn langau yang mengacau..tak sangka org yang disangkakan baik menikam dlm senyap...
tapi salute kat aria..sanggup berkorban ...cinta tak semestinya menyatu..tapi perancangan Allah adlah sebaik perancangannya..
byk ayat2 sweet lukman..berusaha nak pikat suri..yang tak.menahan siap ad KPS..tu..ok siapa yang belum ada dapatkkanlah buku nie..mmg best tahap guling2 lah bacanya..haha...
Profile Image for Qayiem Razali.
896 reviews85 followers
April 19, 2015
Markah penuh selayaknya diberikan kepada novel ini. Sebab apa? Sebab novel ini cukup segalanya. Novel yang berjaya buat air mata hampir gugur. Novel yang berjaya buat urat ketawa saya nak putus. Kesengalan Luqman dan Suri memang dilakarkan dengan sebaiknya oleh penulis. Dengan watak Mak Jah, Latif dan yang lain dimasukkan bagi mewarnakan jalan cerita, saya kira memang terbaik! Tahniah buat Lynn Dayana!
p/s - Kalau diadaptasi saya percaya drama tu nanti menang anugerah. Gitu! Dan novel ini wajib masuk list pbakl.
Profile Image for Norliza Yusop.
333 reviews9 followers
March 21, 2015
BCT tajuk yg sesuai dgn citer! mengujakan membacanya..buat rasa berdebar2 malah tak sabar2 nak tau kesudahannya...

Luq dan Suri...cinta ada antara mereka tp tdk mudah jlnnya...masing2 bagai tersangkut dgn masa! bagai tersekat...serba tak menjadi..halangan dan diduga hingga hampir putus asa! hampir kehilangan tp kalau sudah jodoh? pasti ttp milik mereka juga!

keseluruhan? citer yg bagus dan puashati membacanya! ada lucu..ada sedih..ada byk rasa...bacalah ya dan rasainya juga! ^^

Profile Image for Faiz Md.
24 reviews
August 3, 2015
Lepas CPM, saya ternanti-nanti BCT ni. Teaser2 dekat FB penulis pun selalu buat saya tak sabar. Bila dapat je naskhah ni, ternyata Lynn Dayana is back! Tak seperti CPM, BCT lebih menonjolkan sisi sebenar Lynn Dayana. Watak Luq betul sangat manis! Dan semua sayur yang disebut dalam novel ni pun dah jadi trademark sejati novel ni.
Profile Image for Lana Sophillea.
5 reviews
May 7, 2016
tahniah kepada penulis walopun susah sbnrnya sy nak teruskan baca once bukak. perasaan berkobar2 nak tau what happen next dan perasaan tak dapat lepaskan buku tu pun xda jugak. anyway, congrates sekali lg.
Profile Image for Eeyta.
247 reviews23 followers
June 21, 2015
suka sgt dgn watak luqman dan suri.. geram sgt dgn luqman bila tiba2 nak kahwin konon2 nak lupakan suri.. congrats writer
Profile Image for Pips.
221 reviews30 followers
May 18, 2015
4 bintang untuk happy ending. Walhal rasa nak ketuk je si Luq ni. Tak menyabar langsung!
Profile Image for Lindz.
66 reviews8 followers
August 12, 2016
permulaan nya agak slow however konflik berlumba2 terjadi one after another towards suku or separuh terakhir. phew..semput acik. pengkahiran yg sweet. mmg byk yg tertangguh utk pasang Luq n Suri ni.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books108 followers
November 23, 2016
haaaa.... perap lagi lama-lama, kan dah masak overdose novel nih. serius, superbest novel ni, payah nak di gambarkan dengan kata-kata. susunan kisah, olahan ayat, penggunaan bahasa yang amat menusuk jiwa, walaupun ada sedikit kesilapan perletakan nama watak tapi tak mencacatkan langsung pembacaan.. rasa nak lari sama dengan suri.. rasa nak bermadah sama dengan luqman.. rasa nak berdondang sayang sama dengan mak jah.. siapa lagi?.. rasa nak menyumpah damia, rasa nak sekeh hajah nani, rasa nak ketuk kepala haji firdaus..... aduhai... korang nampak tak impak emosi yang puan Lynn Dayana salurkan dalam jiwa pembaca BICARA CINTA TERTANGGUH?

suriya, si heroin yang suka berlari ini, duduk dengan mak jah bila ayahnya sendiri yang menyerahkan dia pada sepupu dengan alasan tak mampu melihat wajah suri kerana mengingatkan pada arwah isteri mudanya yang meininggal akibat kemalangan. ibu tirinya hajah nani memang membenci yang amat sangat pada suri sehingga selalu memutar- belit cerita. mak tiri zaman moden, mulut jahat puaka di belakang.. dia berkenalan dengan si hero, luqman penjual sayur di pasar.. luqman sememangnya ada hati dengan suri sehingga teman peniaga di pasar sanggup lancarkan kempen KPS --> Kempen Pikat Suri. bestkan?.. seronok baca segala macam cara nak pikat suri sampaikan bunga kantan dijadikan pemberian. siap ada sesi kenal suai sayur..

cumanya suri sentiasa menolak. seperti ada yang menghalang. si luqman tak peduli. sentiasa ada saja yang dilakukan sehinggakan suri dapat kerja dia yang beria buat majlis doa selamat. suri pergi mula bekerja dia yang hantar.. tapi yelah, cinta adakala disusuli dengan dugaan.. sanggup hadapi atau tidak, itu saja..haji firdaus mula mahu menjodohkan suri bila hajah nani memberitahu yang suri taknak sambung belajar. jahatnya dia. walhal dengan suri dia beritahu jangan mengada nak habiskan duit ayahnya sambung belajar. bila haji firdaus nak jodohkan dengan orang lain suri jadi taktentu hala.. niat hatinya mahu membawa luqman tapi dirinya sendiri membantah...

dugaan bertimpa. luqman tidak disukai oleh haji firdaus kerana luqman hanya penjual sayur. sanggup malukan rombongan merisik suri dengan cara paling terhormat sekali. meolak risikan waktu itu juga walhal pada awalnya lain dimulut. dengan hidangan yang seringkasnya. malu suri... malu amat.. sehingga sampai satu tahap, dia ajak luqman lari. hanya pada awal tetapi kemudian dia melarikan diri seorang diri.. kesian pula pada luqman... libang libu hati baca...

kemas olahan cerita. walaupun banyak teknik imbas kembali tapi semuanya adalah jawapan untuk semua persoalan yang timbul... betapa kuat hubungan kekeluargaan yang mahu ditonjolkan. semangat setiakawan, menyerah diri pada ketentuan Allah... aduhai.. sungguh, cukup terbuai dengan kisah #luqsuri ini. senyum seorang, sakit hati, geram seorang.. aduhai puan penulis.... suri lari lagi?.. damia kakak suri pulak cucuk jarum mahukan luqman?.. luqman nak nikah dengan aria?.. apa ni?... kenapa luqman, luqman, luqman saja nih!?? hebat sangatkah peniaga pasar jual sayur tu?.. nak join lari dengan suri? jom!!
Profile Image for Sweet♡ساكورا.
189 reviews14 followers
January 3, 2018
Watak yg segar gitu. tak susah nk menyebut nama masing² sepjg Pembacaan.

Terbaiklah watak Suri & Luq. sengal betul mereka ni. watak² sampingan pon awesome gak spt Latif, Hairul, Adam, Nisa, Aida & Irma.

Sedih juga bila watak Irma di matikan. Tapikan..., paling geram watak Hajah Nani & Damia. Hajah Nani lagi kejam dari Mak tiri snow white & Cinderella tauuu. Nama jer ada gelaran "Hajah" tapi menyakitkan jerrr kata²nya yg lembut tapi amat membisakan.. Damia nampak jerrr baik, tapi peh!! bermuka² orang ye weiiii.

Paling best ada watak sampingan Hadif Imran, Ayumi, Bonda Adibah di Rumah Murni. (Watak² ni dalam karya novel Cinta Perisa Dia-Time baca novel ni tak henti² gelak).
Profile Image for N.A.N.A.
218 reviews5 followers
February 25, 2025
Comel je Luq tu nak tackle Suri. Jatuh cinta pandang pertama org kata. Tapi suri tak percaya cinta. Gigih betul si luq ni ye dan akhirnya suri terima dia. Tapi bila dia nk meminang, dia ditolak oleh Hj. Firdaus dah Hjh Nani si mak tiri sihir. Haih la nama je hjh tapi perangai buruk. Ye la hjh tu kan sekadar gelaran je 🤭

Sedih luq terpaksa berpisah dgn suri. Sebak. Suri lari bawak diri. Hilang utk tenangkan hati. Nasib la happy ending. Thanks tu kawan2 luq dan suri yg menghidupkan novel ni. Haih la lawak betul diorg tu.

Penulisan dia. Boleh la. Ada sesetengah ayat kena baca dua kali utk fahamkn maksud. Apa pun ok je semua. 👍🏻
Profile Image for Vida Ariff.
122 reviews
August 19, 2025
Novel yang berjaya membangkitkan 1001 jenis perasaan.
Ada waktu aku tergolek tergelak membacanya. Ada juga rasa geram, sakit hati terutama kat Hajah Nani. Dasar orang tua pembuli tak sedar diri, narsistik , kejam gila.

Nak kisah cinta manis melecaih, sakit hingga hati berderai, penuh tawa dan suka duka, inilah novelnya. Walaupun hanya membacanya selepas 10 tahun diterbitkan, ia masih kisah cinta yang relevan sepanjang zaman.
4.5 bintang. setengah bintang tu sebab ada bab yang agak sedikit meleret. Itu sahaja. keseluruhannya, novel ini best!
Profile Image for Chombi.
120 reviews3 followers
August 22, 2019
Berakhir kisah Luq-Suri. Permulaan yg manis, penuh dgn punch line, pick up line. Tapi selepas 150muka ke atas, dah jadi lemas pula dengan pick up dan punch line yg rasanya overdose.
Di muka surat 200 ratus yg terakhir baru terasa ada flow cerita yg lebih jelas. Tapi hati rasa rusuh dan sedikit serabut kerana konflik yg saling bertindihan.

Apapun masih baik dan mampu baca dari kulit ke kulit. Tahniah penulis. Coretan ini sekadar rasa saya seorang pembaca.
Profile Image for Lynna Hanaa.
33 reviews
November 3, 2022
Ini novel pertama yg saya baca karya LD. Saya mmg tak pandai nak review pjg2. Apa yg saya boleh tulis sini, terhibur sgt2 dgn karya LD, tak kering gusi, santai, saya suka watak utama Luqman seorg bisnessman sayur, ok. Skrg ni tgh baca CUD...
Profile Image for Azra Yukiko.
20 reviews
May 27, 2018
Read on May 2018.

Patut la semua review cakap best. Sebab memang terbaik. Sangat best. Secukup rasa.

Tak perlu hero yang bertangan kekar dan heroin yang cantik bak bulan purnama. Cukup dengan watak yang biasa-biasa. Cukup sekadar Luqman & Suriya.

Dan walaupun penulis dah buat saya jatuh cinta dengan watak Luq tu, saya tetap tak suka makan sayur...peace
5 reviews1 follower
December 18, 2016
Wow!

Dari muka surat pertama sampai ke muka surat terakhir, Kak Wan rasa.. takjub sangat.

Bicara dan patah kata yang disusun, sangat beralun, lembut dan teratur. Kemas, padat dan sempoi!

Kisah Luq, tauke sayur paling sempoi abad ini dan kisah si Suri hatinya yang tak tahu jenis-jenis sayur!

Aduhai..

Sungguh, Kak Wan memang tak henti-henti senyum dan ketawa baca kisah mereka semua. Sangat manis, sangat comel.

Luqman yang suka sangat menyakat. Sakat dan sakat sampai Suri terikat! Dan teman-teman Luqman juga tak kurang aksinya. Selamba dan supportive, itu memang makannya.

Paling Kak Wan tak tahan bila kawan Luq 'bergoyang'. Kemain lagi dia.. goyang sangat! Bila muncul kepala tok imam atau istilah lainnya keluarga si kekasih hati, dah kejung dia bergoyang dekat pasar tu. Adoi!

KPS!

Apa kebenda tu?

Kem Pikat Suri! Suri mana? Suri-Suriram = Buah hati pengarang jantung Luqman!

Aduhai.. Lynn memang pandai ya buat orang tersenyum sepanjang hari.

Tapiiiii..

Ada tapinya!

Untuk mengejar satu ikatan itu sangat payah sebenarnya. Hinaan, hasad dengki dan dendam.. penyebab utama kenapa bicara cinta mereka tertangguh.

Kasihan sungguh Luq-Suri.

Kejam. Sangat-sangat kejam buat keluarga Suri.

Anak.. Tapi diperlakukan sebegitu. Kenapa tidak adil dengan gadis yang kasihan itu?

Sedih sangat.

Mak Jah yang sangat baik itu pengubat duka lara Kak Wan. Eceh.. Cayalah Mak Jah!

Apa-apapun Kak Wan suka sangat. Cumanya bila Luq dah mula pinang Aria..Dah pegang tangan tok kadi..

Aduhai.. Kak Wan rasa nak hentak-hentak kepala dekat atas bantal.

Kenapa begitu, dan kenapa begini dan kenapa tak macam itu saja?

Macam-macam sangat kenapanya dan itu sebab kenapa yang belum baca tu kena baca!

Merapu dah aku nii!

Okeylah, overall, Kak Wan memang suka sangat walaupun part nak hujung-hujung tu rasa macam nak tutup buku sekejap sebab kecewa dengan Luqman.

Nasib baik selamat diselamatkan Kak Wan dengan tingkah laku abang sayur tu yang kembali ke pangkal jalan semula. Heks!

Tahniah ya, Lynn.

Best sangat bagi Kak Wan dan pastinya.. best juga bagi rakan-rakan pembaca yang lain.

#highlyrecommended!
Displaying 1 - 30 of 37 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.