Novel Naratif Ogonshoto ini mengisahkan perihal sebuah negara kepulauan di Lautan Pasifik bernama Ogosnshoto yang dicipta oleh penulisnya. Novel ini merakamkan peristiwa menggunakan binaan naratif yang kompleks. Kepekaan intelektual penulis yang pelbagai dimensi ketika mengupas permasalahan masyarakat dunia semasa membuatkan novel ini sangat menarik untuk dibaca. Ceritanya sangat unik, kreatif dan imaginatif, mempunyai unsur humor, serta padat dengan unsur sindiran sosial dan politik. Novel ini boleh dibaca secara selapis tetapi lebih indah jika murid dapat meneliti perkara tersirat menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi.
Dr. Anwar Ridhwan was born in an agricultural based family who was then reside in Sungai Besar, Selangor, previously the family lived in the neighboring state of Perak. He graduated from University Malaya with a Bachelor of Arts in 1973, then Masters of Arts in 1983 and finally finished his doctorate (Ph.D) in 1998. Soon he pursue his career in Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) until resignation in 2005 as Production Director of DBP.[1] On 11 August 2009, he was officially announced as the nation's 10th Sasterawan Negara by the Deputy Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin in his office in Putrajaya.
In writing, he is a well known novelist and a short story writer. His first novel, Hari-hari Terakhir Seorang Seniman won the Yayasan Sabah-GAPENA Novel Prize of 1979. Arus (1985) won the Malaysian Literary Prize of 1984/1985. Among his famous short stories are Perjalanan Terakhir (1971), Dunia adalah Sebuah Apartmen (1973), Sesudah Perang (1976) and Dari Kiev ke Moskova (1992). Naratif Ogonshoto won the Sastera Perdana Award of Malaysia 2000/2001 which was inspired and finally finished by Dr. Anwar Ridhwan in Japan. The novel with another title, "Bili i Nebili Ostrovov Ogonsoto" was published in Russian (translated by Victor Pogadaev) in 2006, Sanct-Petersburg (Paideia).
Apa yang dapat ditafsirkan dari isi perut 12 kumpulan cerpen yang kalau dibaca dari mula Prolognya (Kawai Maru) hingga tamat Epilognya (Tsunami) ianya merupakan sebuah novel satira politik mengenai survival penguasaan politik seorang presiden di sebuah negara bernama Ogonshoto yang merupakan gabungan dari 3 buah pulau: Gora-Gora, Futu-Ata & Rai-Rapa.
Ia kisah mengenai nasib seorang bekas jeneral dalam usahanya untuk berkecimpung ke dalam politik yang bermula dengan strategi yang ampuh namun akhirnya kecundang.
Ia mengenai kisah seorang SB yang menyamar dan mensabotaj agenda sebuah kumpulan pembangkang.
Ia tentang propaganda bagi menutup kesilapan kerajaan. Janji-janji yang tak pasti.
Agar rahsia tidak terbongkar, kekejaman adalah satu perkara yang harus dilakukan walupun kepada anak angkat sendiri.
Ia juga mengenai tekanan yang dikenakan dari pihak pemerintah ke atas bijak pandai.
Kegelojohan orang muda dalam mendaki tangga politiknya disamping sentuhan erotisme.
Betapa rakyat itu sukar menaakul apa tindakan seterusnya dari kerajaan sehingga sanggup mempertaruhkan anggota badan sendiri.
Betapa sukarnya seorang teknologis dalam mempersembahkan ideanya kepada kerajaan.
Dejavu kisah nabi nuh dan bahteranya.
Novel ini digarap secara penceritaan dari rekod pihak ketiga yang kemudiannya dicambah kepada kumpulan-kumpulan episod yang berlainan situasi, geografi dan budayanya dan sehingga keakhir epilog barulah penaakul tersedar yang semua itu adalah mimpi yang dicerap dari seorang penglipur lara.
Apapun yang pasti Naratif Ogonshoto layak mendapat tempat dan pilihan yang pertama jika mahu berjinak dengan SASTERA. Ianya tidaklah terlalu berat untuk diangkat dan tidaklah begitu ringan sehingga boleh diterbangkan oleh angin.
Aku beli edisi murid sebab murah, cuma aku fikir novel ni telah dijadikan bahan bacaan pelajar sekolah tingkatan 4&5 sejak 2014, 4 tahun sebelum PRU. Aku rasa bekas PM kita, Dato Sri Najib Tun Razak tak pernah baca naskhah ni, sebab kalau beliau dah baca, mungkin dia akan haramkan buku ni!
Kenapa? Kalau tuan tuan puan puan semua dah baca buku ni faham la maksud saya.
p/s: aku rasa novel ni agak berat untuk pelajar sekolah dan lebih ganas dari bukit kepong! Tapi kalau ikut peredaran zaman, budak2 sekarang ada yang dah banyak dah tengok perkara tak sepatutnya, so why not?
Naratif Ogonshoto: Rangkuman Cerpen Dalam Sebuah Novel
Perkara pertama yang saya lakukan sesudah menamatkan Naratif Ogonshonto adalah dengan membuka Google Map! Saya benar-benar penasaran untuk mengetahui adakah negara kepulauan yang terletak di lautan Pasifik ini wujud?
Ternyata Ogonshoto, negara kepulauan yang terdiri daripada Pulau Gora-Gora, Futu-Ata dan Rai-Rapa hanyalah sebuah kawasan geografi fiksyen. Dikatakan Ogonshoto merupakan sebuah republik enam buah pulau kurang lebih 1500 batu di barat laut Pulau Easter milik Chile.Ini kehebatan Anwar Ridhwan yang pertama. Penglipur lara yang pakar menghikayatkan cerita sehingga kita tersihir untuk mempercayai yang fiksyen sebagai realiti. Yang tiada sebagai ada.
Naratif Ogonshoto berdiri sebagai karya yang unik sekaligus kompleks. Pembaca dipaksa mengikut rentak penceritaan yang samar-samar supaya yang tersirat di sebalik yang tersurat ditafsirkan. Ia bersifat ala cerita rakyat. Pada bab Prolog: Kawai Maru kita dibawa menerusi sudat pandangan seorang kelasi dari kapal Kawai Maru untuk mengenali Ogonshoto. Di sana kita mendapat isyarat awal bahawa karya ini bakal bergerak dalam bab-bab yang mengandungi pelbagai kisah. Ini dikuatkan lagi dengan rangkap, ”Kisah yang kami kutip berkali-kali; kami susun-susun hingga setiap kisah – seperti seekor ikan – lengkap dari ekor hingga kepalanya”. Prolog diakhiri dengan babak seorang ibu sedang memperdengarkan naratif-naratif Ogoshonto, sebuah hikyat lisan yang epik.
Daripada prolog hingga ke epilog, kita akan tertanya-tanya; adakah Naratif Ogonshoto ini dikelompokkan sebagai sebuah novel atau kumpulan cerpen? Mengapa saya menimbulkan persoalan ini adalah kerana Naratif Ogonshoto menentang arus penulisan novel konvensional dengan melanggar struktur seperti pengenalan, perkembangan, klimaks, peleraian dan kesimpulan. Buktinya keseluruhan bab (sekiranya boleh dipanggil bab) bersifat episodik, yakni kemandiriannya jelas ketara dengan kisah-kisah tersendiri. Saya ambil contoh bab Kolonial; sebuah kisah kritik politik mengenai presiden gila kuasa berfahaman Macheavelis – matlamat menghalakan cara – yang sanggup melanggar batas moral dan mencalar kemanusiaan demi mengekalkan penguasaan politik di Ogonshoto. Kemudian Kolonial disusuli pula dengan bab Jeneral; kisah tentang seorang bekas jeneral perang masyhur yang mencuba nasib untuk menceburi bidang politik selepas persaraan beliau. Namun, hasratnya menemui kegagalan akibat kecuaian dan kegopohan yang memakan diri. Seterusnya dalam bab Penyamaran, kita dibawa untuk mendengar kisah seorang mata-mata Presiden yang menyeludup ke tengah masyarakat Tubua untuk menggagalkan protes penduduk terhadap projek pembalakan mega.
Ini kehebatan Anwar Ridhwan yang kedua. Penglipur lara yang mempelbagaikan kisah sebagai wasilah penyampaian mesej, kritikan dan pengajaran dalam bentuk yang menarik.
Sampai kepada bahagian Epilog, saya sekali lagi menemui kehebatan Naratif Ogonshoto. Tidak cukup dengan keindahan naratif-naratif yang entah magis, mitos atau realiti; kini kita dibawa pula kepada benang kesimpulan yang merangkai sulaman teks Naratif Ogonshoto.
Pelaut dari kapal Kawai Maru ini rupa-rupanya adalah Noor (pada sangkaan kuat saya seorang Melayu), pesakit yang sedang mengalami mimpi atau halusinasi panjang yang sedang menempuh sebuah pelayaran. Dalam pelayarannya, Noor bertemu rakyat Ogonshoto yang terselamat dari bencana Tsunami yang melanda pulau tersebut. Daripada pertemuannya itulah Noor mendapat kisah@naratif kezaliman Presiden gila kuasa berfahaman Macheavelis sehingga mengundang Tsunami yang menenggelamkan Ogoshonto. Noor akhirnya tersedar daripada mimpi yang panjang setelah operasi pembedahan di Tokyo.
Membaca Naratif Ogonshoto dalam segera mengingatkan saya kepada watak Lokman dalam Hujan Pagi karya A Samad Said menerusi watak Noor. Terapat persamaan rapat antara kedua-duanya; manusia yang terpisah daripada genggaman realiti dek kerana pelukan fantasi dan halusinasi yang indah lagi mengkhayalkan.
Inilah dia naskhah luar biasa daripada Anwar Ridhwan. Teks realisme magis yang berdiri sebaris dengan Hujan Pagi oleh A Samad Said.
Puas. Mungkin akan jadi buku terbaik yang dibaca tahun ini. Pada mulanya saya ingatkan novel, rupanya sekumpulan cerita; hikayat; kisah yang saling berkaitan berlaku di Republik Ogonshoto. Satira politik, mistik, realisme magis semuanya diadun dengan diksi yang rapi. Pembaca bagaikan tersihir ke tiga pulau Rai-Rapa, Futu-Ata dan Gora-Gora...
Naratif Ogonshoto bagi saya naskhah yang wajib dibaca dan ditelusuri oleh peminat sastera; fiksyen.
Saya antara yang terlewat mengenali karya agung ini. Tetapi untuk sebuah karya yang bertahan dilanda badai waktu, apa benar istilah "lewat" mengenali karya ini wujud? Mana mungkin seseorang bisa terlewat dalam berinteraksi dengan sebuah karya yang menuntut pembaca yang telah membacanya pun untuk turut berulang kali baca, menyemak, merenung dan berdiskusi mengenainya walaupun setelah 10 tahun berlalu. Barangkali, yang baru membacanya lebih memahami semangat buku ini lebih dalam lagi daripada yang telah membacanya 10 tahun lalu? Siapa tahu?
Keunikan buku ini, seperti yang telah diceritakan oleh ramai penggemar sastera ialah naratifnya yang berunsur anti-plot yang konvensional. Dalam erti kata yang lebih mudah, anda boleh membaca karya ini bermula dari mana-mana bab. Bolej jadi dengan bab 1, atau bab 7, bab 5 dan tidak perlu mengikut turutan dan masih dapat memahami keseluruhan karya ini. Tetapi dengan syarat! Prolog dan Epilog mestilah dibaca secara linear.
Ini kerana karya ini adalah novel, sekaligus sebuah kumpulan cerpen. Ianya adalah novel kerana kewujudan prolog dan epilog yang memandu naratif novel ini dari terbabas dari konteks sosio-politik dan budaya yang sama. Ianya adalah sebuah kumpulan cerpen, dalam erti kata, setiap bab itu berdiri dengan sendirinya dengan kekuatan plot dan watak masing-masing. Setiap plot ada protagonis dan antagonis yang berbeza walau tidak punyai kesimpulan. Dalam masa yang sama, kesemua bab-bab dalam buku ini walaupun tidak berkaitan dengan bab yang lain, diikat dengan satu tema yang sama,yakni kesemuanya berinteraksi dengan konteks sosio-politk-budaya terutamanya aparat pemerintah Ogonshoto yang sama, baik secara langsung dengan Tuan Presiden ataupun para pegawainya.
Gaya bahasanya tidak terlalu puitis dan tidak juga terlalu selekeh. Ia terangkum kemas dan mudah difahami. Kritik sosial dan politik yang dilontarkan juga tidak berbentuk ceramah dan bernada moralistik. Tidak juga terlalu rumit dan menusuk ke akar permasalahan. Cukuplah ia hanya berhasil memberikan kita persoalan-persoalan untuk kita fikirkan di larut malam sebelum tidur. Sedikit sebanyak, elemen-elemen realisme magis yang dilontarkan tidak juga terlalu kuat dan hanya muncul pada bab-bab tertentu. Pendek kata apa yang membuatkan karya ini sangat unik ialah kesederhanaannya dalam semua elemen. Karya ini benar-benar mahukan kita mecintainya dengan cara yang sederhana (meminjam lenggok Pak Sapardi).
Dan yang terakhir, yang paling saya suka ialah, elemen tentang kehilangan stabiliti narrator yang autoritatif dalam karya ini. Dari Prolog ke Epilog, bab ke bab, kita sebenarnya ragu-ragu dengan penglipur lara dalam karya ini. Apa benar ini semua cerita yang benar-benar terjadi kepada rakyat Ogonshoto? Ataupun hanya khayalan dan mimpi Sang Pelayar bernama Noor yang hanya kita ketahui namanya di penghujung novel? Tetapi itulah ironinya, bukankah cerita-cerita rakyat itu sememangnya bercampur aduk antara realiti dan fantasi dan berlaku tokok tambah dari zaman berzaman? Siapakah pula yang mampu mengabsahkan ceritanya? Tiada siapa tahu kebenarannya.
Kepada rakan-rakan yang belum membacanya, silalah menyimpan niat dan membacanya. Saya belum layak mengatakan novel ini tiada tandingannya, namun sudah tentu tempat dan darjatnya antara yang teratas dan meletakkan sebuah standard bagi karya-karya yang mendatang.
Alegori politik, macam animal farm dan 1984, perlukan perbincangan dan analisis untuk setiap cerpen dalam naratif ni. Unik, penuh unsur realisme magis, laras bahasa tinggi, sarat kritikan dan sindiran halus tapi penceritaannya akan meneggelamkan pembaca ke dalam dunia Ogonshoto, yang sebenarnya dunia fiksyen, tapi macam benar-benar wujud.
Untuk buku ini mempunyai banyak perkataan lama yang susah hendak faham walaupun saya sendiri yang belajar sastera selama 2 tahun ini😂 tetapi kosa kata yang berselindung itu memain peranan yang besar sebenarnya seperti anda tertanya-tanya apa yang sebenarnya untuk disampaikan.
Overall 5 Star walaupun hendak huraikan amat susah
2. Reviu pembacaan semasa: Bila membaca karya Faisal Tehrani, saya ketemu 'Faisal Tehrani' dalam tulisannya. Bila membaca tulisan A. Samad Said, saya temui pula 'A. Samad Said'.
Kemudian, saya membaca karya-karya ternama lain, saya tak berjumpa pula 'penulis' dalam tulisan mereka.
Tatkala menjenguk Naratif Ogonshoto, saya bersua kembali 'Anwar Ridhwan'.
Belum lagi jumpa penulisan yang lebih bagus daripada aspek bahasa, tema dan estetika dari Naratif Ogonshoto. Ini adalah ketinggian penulisan sastera, dan juga satira kesusasteraan tempatan.
"..ada tujuh tembok ghaib mengelilingi istana Presiden, semangat mahasiswa yang telah dicabut dan dipasak ke bumi, semangat nelayan yang telah dirantai ke tanah, semangat petani yang telah dibelenggu ke batu hitam muntahan gunung berapi, suara wartawan radikal yang hanya layak mendinding kaki bukit keliling istana, suara seniman tulen yang hanya cocok memagar keliling pekarangan, empangan darah para pembangkang, dan sederetan laung mangsa penyeksaan serta pembunuhan misteri.."
5 bintang pertama tahun 2025! I love this so so sooooooooo much 😩. Semua cukup. Buku ni penuh kritikan pada pemerintah, jadi kagum juga bagaimana buku ni lepas jawatankuasa pemilih untuk bacaan pelajar. Baguslah murid-murid baca buku sebegini. Perbincangan di kelas pun mesti menarik.
Antara novel yang terhebat pernah saya tatap. Alur cerita, gaya bahasa dan teknik penulisan yang mempesonakan. Sukar untuk mencari penulis serupa Anwar Ridhwan.
Gaya penulisannya ringkas, tidak melewah namun sangat berkesan dalam menyampaikan maksud cerita. Dari prolog sehinggalah epilog, saya terkesima sekaligus tenggelam asyik dalam setiap naratif ciptaan Anwar Ridhwan.
Bagi saya, novel ini adalah bukti konkrit Anwar Ridhwan adalah Sasterawan Negara yang layak.
Naratif Ogonshoto adalah sebuah cerita berbingkai yang menggabungkan 12 cerpen menjadi 1 struktur novel, berpusat pada Republik Ogonshoto - sebuah negara pulau rekaan yang sarat dengan konflik politik, rasuah, perebutan kuasa, dan penindasan rakyat.
Cerita ni lahir daripada pengembaraan minda Encik Noor, seorang pesakit dari Malaya yang sedang dibedah di Tokyo. Dalam keadaan separa sedar, fikirannya mengembara ke kapal Kawai Maru dan mendengar kisah tentang Ogonshoto daripada nakhoda yang terselamat daripada tsunami yang memusnahkan kepulauan itu.
Melalui prolog dan epilog, aku dibawa menelusuri sejarah yang disunting oleh kekuasaan, di mana kebenaran digantikan oleh naratif rasmi. Novel ini selain mengenai kisah pulau misteri, juga adalah alegori politik yang mencerminkan realiti negara moden - tentang bagaimana kuasa mengawal sejarah dan manusia menjadi objek pentadbiran.
Watak - watak yang muncul dalam novel ini hadir sebagai lambang struktur sosial dan politik negara Ogonshoto - Presidennya adalah figura diktator yang obses terhadap kuasa, sanggup menindas dan menghapuskan sesiapa yang menentangnya. Watak pemuda yang lidah dan tangannya dikerat, lelaki tua yang gigih menggali telaga, serta guru yang menentang kemusnahan alam, semuanya mewakili suara rakyat yang terpinggir. Dorang bukan hero, tapi simbol ketabahan dan keberanian dalam dunia yang menolak kebenaran.
SN Anwar Ridhwan menggunakan bahasa yang puitis, sarat metafora, dan adakalanya surreal, menjadikan novel ini berdiri dalam tradisi realisme magis. Cerita berbingkai memberi ruang kepada pelbagai lapisan naratif - antara realiti dan fantasi, sejarah dan mitos. Dialog dan deskripsi novel mengalir dengan nada falsafah, mengajak kita berfikir tentang makna kuasa, kebebasan, dan kebenaran. Harus diingatkan ini bukan bacaan ringan, tetapi teks yang menguji daya fikir dan kepekaan estetika.
Novel ini mengangkat persoalan besar: bagaimana sejarah dibentuk oleh kuasa, bagaimana rakyat menjadi objek, dan bagaimana kebenaran dikaburkan oleh naratif rasmi. Ia menolak gagasan bahawa sejarah bersifat linear dan objektif, sebaliknya menegaskan bahawa sejarah adalah alat kawalan. Kritikan terhadap rasuah, kronisme, perebutan kuasa, dan pemerintahan diktator menjadikan karya ini relevan bukan sahaja untuk konteks Malaysia, tapi universal. Dalam dunia yang terlalu mempercayai fakta, fiksyen kadangkala menjadi jalan paling jujur untuk berkata benar.
Novel ini mengingatkan aku terhadap One Hundred Years of Solitude oleh Gabriel García Marquez dan Animal Farm oleh George Orwell. Seperti Ogonshoto, buku - buku ini juga menekankan bagaimana kuasa boleh memutarbelitkan kebenaran dan menindas rakyat.
BUKU: NARATIF OGONSHOTO oleh Dato Dr Anwar Ridhwan. (Edisi Pelajar )
Buku pertama, PKPB round 2, hari Pertama. (habis baca semalam, hari ini baru rajin nak menaip.)
Novel ini mengisahkan perihal sebuah negara bernama Ogonshoto. Ianya negara khayalan yang dicipta oleh penulis. Menceritakan beberapa kisah dari pemerintahan, masyarakat, dan kehidupan di Ogonshoto.
Walaupun penulis berlatarkan budaya, tempat dan geografi di negara lain, namun sindirannya sangat dekat dengan kita di Malaysia.
Saya membaca buku ketika negara dilanda wabak covid 19. Dan paling penting sewaktu kita dilanda tsunami perebutan kuasa yang menggila dalam negara. Jadi, sepanjang pembacaan saya hanya terfokus kepada perihal politik dan masyarakat sahaja. Mungkin tidak adil untuk saya menyatakan hanya itu tujuan dan maksud penulis. Namun boleh saya katakan hanya sudut itu sahaja yang dapat saya garap mesejnya. Mungkin kerana situasi marah yang membuak terhadap politik negara kita.
Ada bab mengenai kisah presiden Ogonshoto. Kritikan terhadap seorang pemimpin yang diktator. Sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankan kuasanya walaupun mendakwa Ogonshoto merupakan republik sebuah negara demokratik. Presiden mencatas taring-taring yang boleh menggoyahkan pemerintahannya. Sehinggakan sanggup membunuh anak angkatnya yang dilihat bijak dan tangkas mampu menjadi pemimpin. Sejarah dan latar belakang presiden juga dimurnikan sehinggakan tiada cacat cela pada sejarahnya.
Kesannya, Istana presiden kukuh, aman dan kuat di puncak dengan adanya 7 tembok ghaib. 7 tembok itu adalah suara-suara rakyat yang sepatutnya berfungsi sebagai "check and balance" dalam kestabilan sesebuah pemerintahan. Faktor lain ada juga SB atau perisik yang mewakili presiden yang bertindak melumpuhkan gerakan-gerakan rakyat yang mahu melawan rejim.
Dalam kisah jeneral, menumpukan kepada perebutan kuasa yang sanggup menumpahkan darah. Pemimpin yang lemah tidak berfungsi membangun negara dan rakyat.
Kritikan sifat ahli politik yang suka berjanji bulan dan bintang. Menjanjikan sesuatu kepada rakyat sebagai jalan pintas untuk mendapatkan kuasa. Mereka berani berkata dan berjanji pada perkara yang di luar kemampuan mereka. Paling ironi, berjanji sesuatu mustahil untuk dibuat. Kisah pada bab "iceberg" mengisafkan pembaca bahawa rakyat harus terus bekerja keras tanpa menunggu janji manis orang-orang berkuasa yang hampir pasti tidak akan tercapai.
Pada bab "Jari" menyentuh isu penjagaan alam semulajadi. Kerakusan meratahkan hutan demi sebuah pembangunan. Budaya kronisme, cantas mencantas projek turut disindir dalam bab ini. Orang-orang berkuasa sentiasa mencari dalil dan hujah bagi memurnikan tindakan kotor mereka.
Orang-orang berkuasa diuji dengan kekuasaan mereka. Sewenang-wenang menggunakan kuasa untuk menafikan keadilan rakyat biasa. Mereka akan terus hanyut dengan kuasa. Keegoan itu tebal, sehinggalah pada ketika nyawa di hujung kerongkong. Ketika itulah baru merasai sumpahan dari dosa-dosanya.
Pengakhiran, digambarkan bahawa negara yang rosak pemerintahannya merupakan sebuah bencana besar terhadap negara itu sendiri. Kebiasaannya kita hanya melihat maksiat zina, judi, arak sahaja sebagai bencana. Tetapi perlu kita ingat bahawa Maksiat kolar putih seperti rasuah, tidak amanah, salahguna kuasa, menindas yang lemah juga malapetaka yang bakal mengundang azab.
Kesimpulannya, walaupun bukanlah semua mesej pada karya ini dapat saya garap dan amati. Sekadar ini pun, sedikit melegakan kemarahan saya terhadap dunia poltik. Karya ini menjadi teman dan tempat mengadu segala derita jiwa yang saya alami akibat kegilaan para politikus.
Dalam kecelaruan politik semasa yang kadang-kala membuat kita terfikir bahawa kita sebenarnya hidup di dalam dunia kartun, saya dikhusyukkan oleh kelincahan dan kebijaksanaan Anwar Ibrahim Ridwan lewat Naratif Ogonshoto. Entah mengapa, baru sekarang saya berkesempatan membaca karya Anwar yang masyur ini.
Novel yang telah memenangi Hadiah Sastera Perdana 2001 dan Hadiah Sastera Mastera 2002 ini nyata sekali merupakan hasil kerja Anwar Ridwan yang hebat. Kelincahan bahasa, keluarbiasaan cerita, kepelbagaian makna yang terangkum membuatkan saya seakan tidak mampu untuk berhenti membaca sehingga tamat. Keupayaan pengarang menukilkan idea dalam kritik sosial berkenaan budaya politik, sosial dan kemanusiaan secara bersahaja, malah kadang-kadang seakan 'main-main' membuatkan saya beberapa kali menarik nafas panjang dan menghembus sambil mengeleng-geleng kepala. Satu tanda bahwa saya, sebagai pembaca mengakui dengan penuh rasa hormat akan kebijaksanaan pengarang membangunkan cerita.
Pun begitu, buku ini diterbitkan buat kali pertama pada tahun 2001, dan saya membacanya dipenghujung 2008. Pengisian novel ini, harus diakui akan sentiasa relevan selagi manusia tetap hidup secara bermasyarakat yang memungkinkan wujudnya peluang kekuasaan dan pengaruh, wujudnya idealisme dan nafsuisme, wujudnya manusia baik dan jahat dan wujudnya segala rencam cerita (seperti yang dirangkumkan dalam Naratif Ogonshoto ini).Hampir semua kisah yang mencerminkan kediktatoran, kegelojohan kuasa dan budaya ikut-ikutan masyarakat Ogonshoto adalah sangat hampir kepada realiti masyarakat Malaysia pra 2008. Naratif Anwar Ridwan yang berlatarbelakangkan sebuah kepulauan rekaan, menggunakan latar asing dan seakan terpisah dari budaya yang mendasari budaya asal pengarangnya, tapi dari segi subjeknya nyatalah merupakan sebuah rakaman zaman yang bijak. Walaupun sekadar rekaan, bagi pembaca yang ingin menyandarkan fiksi dalam novel ini terhadap dunia realiti tidak mempunyai kesukaran menemukannya dalam budaya politik masyarakat Malaysia ketika itu.
Saya membaca novel ini pada era pasca 8 Mac 2008. Era ini bukanlah lagi sebuah era dimana kepimpinan dominan alias kediktatoran yang disucikan berkuasa. Malah, era ini adalah pusingan 180 darjah dari era tersebut. Era 2008 adalah era wujudnya gejala kepimpinan yang seakan hilang kawalan, tidak fokus dan dilihat sangat lemah. Keadaan ini ditambah pula dengan kelemahan ekonomi menyebabkan kita seakan berada dalam sebuah bahtera yang terumbang ambing dan menanti tamparan ribut (walaupun cuma dalam kategori sepoi-sepoi bahasa) untuk berkecai. Ketidaktentuan ini pula rupanya adalah satu keadaan yang hampir membuatkan kita tidak dapat meneka bahkan walau betapa ragu sekalipun, bagaimanakah pula corak bagi era seterusnya. Apakah kita akan berbalik kepada acuan dan struktur kuasa yang lama, atau kita sedang dalam proses membina sesuatu yang baru, yang banyak dijangkakan oleh para penganalisis politik ataukah kita sedang menuju suatu bentuk zaman yang tak pernah kita terfikirkan.
Jadinya membaca novel ini yang sarat dengan wacana hegemoni kuasa membuatkan saya terfikir, bagaimanakah agaknya rupa dan teknik novel yang sesuai untuk menjadi perakam era ini. Era kita berada sekarang, era entri ini ditulis. Mungkin selepas 7 tahun lagi saya akan dapat membacanya...insyaallah
Bayangkan kampung Macondo dari One Hundred Years of Solitude sebagai sebuah kepulauan di lautan Pasifik, tetapi sejarah mereka diceritakan umpama cerpen-cerpen berangkai dari The Martian Chronicles tulisan Ray Bradbury. Itulah Naratif Ogonshoto.
Novel ini menceritakan tentang kepulauan Ogonshoto, sebuah negara ciptaan Anwar Ridhwan, dari zaman merdekanya hingga ke saat kehancurannya oleh malapetaka alam. Setiap bab mampu berdiri dengan sendirinya, tapi ia juga mempunyai kaitan utuh dengan bab-bab yang lain - menjalinkan suatu pertalian naratif yang longgar namun sangatlah memiripi dongeng-dongeng lama, di mana setiap kitab mengandungi pelbagai watak dan cerita, dan tidak tertumpu pada suatu-suatu tokoh dan peristiwa.
Pengarang juga cuba memasukkan elemen fantastis ke dalam novel seperti perkumpulan petapa magis, seekor penyu gergasi, aisberg yang boleh dipindahkan oleh kapal serta pembinaan bahtera besar dalam menghadapi kehancuran yang pasti. Tetapi karya ini tidaklah sepenuhnya fantastis. Di dalamnya terselit juga komentari pengarang tentang kekejaman pihak pemerintah menindas rakyat jelata dan korupsi berleluasa yang membawa kehancuran alam dan jiwa. Membacanya, jelaslah pengarang terpengaruh oleh aliran Magis Realisme Amerika Selatan yang dipelopori Juan Rulfo, G.G. Marquez dan Mario Vargas Llosa. Yang magis dan yang real hidup selangit dalam alam yang aneh.
Ambisi novel ini jelas besar, tapi bagi saya masih terdapat beberapa kelemahan ketara.
Watak-wataknya kesemuanya seolah-olah mempunyai suatu suara, dan saya tidak tahulah sama ada ini disengajakan oleh pengarang. Dalam kebanyakan dialog, tidak kisahlah lelaki atau perempuan, Jeneral atau petani, kesemuanya berbicara dengan gaya bahasa yang sama. Kesannya seperti melihat patung-patung mannequin yang talinya terlampau jelas kelihatan. Juga, motif tindakan mereka sangatlah simplistik. Tiada kompleksiti dari sudut psikologi. Yang kita dihadirkan hanyalah watak-watak yang adanya di situ sebagai alat-alat untuk menyajikan pengajaran-pengajaran tertentu.
Juga, pengarang tidak menghadirkan solusi tegas tentang cara menyelesaikan kemelut politik di kepulauan Ogonshoto. Pandangannya tentang kebejatan politik adalah pesimis. Figura Presiden yang memerintah negaranya secara kuku besi telah diangkat ke taraf mitos sehinggalah dia menjadi terlampau kebal untuk dijatuhkan oleh sebarang penentangan rakyat. Dalam novel ini, para penzalim telah dimitoskan secara berlebihan, sehingga mereka hanya boleh dijatuhkan oleh kuasa lagi besar (baca: Tuhan). Ini merupakan pandangan pesimis dan fatalis yang memandang rendah kemampuan rakyat kebanyakan berdiri menegaskan kemanusiaan mereka. Benar, akhirnya pengarang menekankan bahawa tiada apa manusiawi yang boleh kekal, kerana Tuhanlah yang lebih berkuasa atas segalanya. Namun, ini tidak bermakna para kuku besi itu tidak mampu dikalahkan tangan manusia murba yang bersatu, atas izin Tuhan.
Dikhabarkan, Naratif Ogonshonto ialah karya terbaik Anwar Ridhwan. Maka, usai membaca (dan dikecewakan) kumpulan cerpen yang dimuatkan dalam dua buah buku beliau yang lain (Jika Esok Tiba dan Parasit dan Sesudah Perang), saya memilih untuk terus membaca adikarya beliau. Nah, saya dikecewakan buat kali ketiga!
Namun, kali ini, kekecewaannya lebih berbekas kerana sebelum saya membaca karya ini, saya telah terlebih dahulu membaca pujian sarjana-sarjana lain yang begitu tinggi sekali terhadap karya ini di bahagian belakang buku, misalnya "...kedudukannya dapat dibariskan dalam jejeran antarabangsa", "...teks sastera Melayu yang luar biasa..." dan "...pewacana ilmu politik hegemoni...".
Puluhan muka surat pertama diselak, jiwa sudah meronta-ronta. Apa yang penulis ingin sampaikan? Namun saya gagahkan jua pembacaan hingga melewati separuh novel. Saya bersangka baik bahawa barangkali idea besar novel ini berada di penghujung. Ah, rupa-rupanya, hingga ke halaman terakhir, jiwa meronta-ronta saya tidak terubat!
Setiap bab dalam novel ini menghasilkan cerita sendiri, namun saling berkait. Kesemua cerita terbina di dalam cakupan wilayah sebuah negara yang bernama Ogonshoto, dengan tiga pulau utama iaitu Gora-Gora, Rai-Rapa dan Futu-Ata. Cerita berkenaan presiden, politikus muda, pemburu, gundik, anak hilang, chef menyamar dan pelbagai lagi watak yang langsung tidak membantu kepada pembinaan plot secara rangkuman. Ada bab yang seolah-olah tiada tujuan untuk ditulis. Ada bab yang sukar difahami.
Barangkali novel ini mungkin mampu mencapai tingkatan kitab-kitab turath kerana perlu disyarahkan dan dibaca dengan panduan guru kerana ia "...merupakan sistem teks yang berlapis-lapis untuk memahami kandungan karya..." (penekanan ditambah), seperti ulasan daripada seorang sarjana sastera. Dan saya juga meyakini bahawa sekiranya novel ini diedarkan kepada pembaca Malaysia yang terdiri daripada golongan umur yang pelbagai dan tidak pernah mengenali Anwar Ridhwan, barangkali mereka akan takjub kerana tidak akan langsung memahami inti kandungan novel. Maklumlah, berlapis-lapis dan tinggi pula tafsirannya!
Mengakhiri ulasan, saya cadangkan kepada kalian untuk membaca "Intelektualisme dalam Wacana Persuratan Baru" yang ditulis oleh Dr. Nur Fatiha Fadila Abu Bakar (UPM). Buku ini memperincikan dengan lebih lanjut karya-karya Anwar Ridhwan daripada aspek intelektualisme. Hujah-hujah yang dikemukan dalam buku ini lebih ilmiah dan teknikal. Jemput baca!
Tak silap saya, novel ini yang pertama cetuskan idea novel-cerpen. Dan seterusnya baru banyak novel-cerpen yang lain macam pasca sejarah oleh Fahd Razy, Kafe oleh Ruhaini Matdarin, Hikayat Tanah Jauh tulisan ZRA kalau tak silap dan macam-macam lagi.
Berlatarkan Ogonshoto, Japan. Cerita tentang pemerintah, pembunuh, pencari air, pembikin kapal dan macam2 lagi dongeng di sana. Menarik. Ayatnya puitis, kadang dah macam puisi. Sangat sedap dibaca.
Sebagai rekod, ini percubaan kedua saya baca buku ini selepas tingkatan 5. Masa itu, mungkin hanya satu atau dua cerita sahaja yg sempat saya habiskan.
Cerita-cerita pendek mengenai Ogonshoto dalam naratif ini sangatlah mengesani saya. Olahan penulis mengenai kehidupan semasa rakyat, politik dan liku-liku kehidupan dari awal hingga akhirnya sangat menarik saya untuk berfikir mengenai sisi lain manusia yang mungkin saja tidak jelas di mata kasar manusia lainnya.
Novel yang menggugah rasa, memikat jiwa. Satiranya tajam. Siasahnya menekan. Konteks yang dibicarakan luar biasa dan dipagarkan melalui simbol-simbol yang mengasak indera supaya terjaga, sekurang-kurangnya untuk sedetik sahaja. Untuk kebangkitan warga. Bilakah watak 'Hering' akan muncul di marga ini? Atau sudah lama muncul?
Lebih sebulan juga aku ambil masa nak menghabiskan buku ni. Satu naskah yang pada aku menarik dan padat dengan cerita-cerita pelbagai naratif dan gaya. Ada yang menyeramkan, ada yang membuatkan aku rasa terpukul dengan kekhilafan sendiri kerana pernah berkelakuan sama dengan watak yang diceritakan. Ada yang menginsafkan dan ada juga yang membuatkan aku tak tidur malam.
Pada aku, walaupun laras bahasanya agak tinggi, tapi ia tak mengganggu penceritaan secara keseluruhannya.
Tuntasnya buku ini ditulis seakan-akan seseorang sedang menceritakan kisah dongeng yang berlaku suatu ketika dulu. Kisah-kisah dongeng di sebuah negeri bernama Ogonshoto - negeri yang sarat dengan naratif-naratif yang lalu menjadi hiburan kelasi kapal gergasi Kawai Maru. Kisah Ogonshoto ini lah yang menjadi bual bicara mereka ketika sedang bekerja atau ketika sauh dilabuhkan di dermaga Ogonshoto. Kisah yang diceritakan untuk diambil pengajaran dan diteladani.
"Naratif Ogonshoto" karya Sasterawan Negara Dato' Anwar Ridhwan adalah himpunan 10 cerpen mengenai penduduk di sebuah negara kepulauan Ogonshoto. Dimulai dengan prolog dan disudahi dengan epilog. Ide novel ini saya kira adalah begitu original sekali. Disamping gaya penulisan yang tinggi nilai sasteranya, SN Anwar Ridhwan juga menyelitkan identiti serta budaya masyarakat Ogonshoto. saya tidak pasti samada budaya ini adalah adaptasi daripada budaya masyarakat Jepun atau fiksyen penulis semata-mata. Cerpen - cerpen ini lebih kepada menceritakan politik diktator di Ogonshoto. Bagi saya, aspek politik itu tidaklah begitu mendalam. Tetapi apa yang ditekankan oleh penulis ialah bagaimana kejahilan diktator di Ogonshoto itu mempengaruhi kehidupan rakyat. Sehingga ada yang mengambil jalan menjadi resi dan bertapa di hutan tebal Ogonshoto.
This entire review has been hidden because of spoilers.
A novel about a fictional place in "japan" called Ogonshoto, a country with 3 islands with ocean as the background. I think the decision to disguise Malaya as japan is honestly so creative. (I'm guessing to avoid kene kecam lol) It's like a collection of short stories but it's happening at the same place. Every chapter is a new character with different personalities and opinions. Absolutely adored how every chapter, author makes it a point that the president is so evil and ngl I respect that lmao. Very entertaining, beautiful writing style, slightly whimsical, good moral values. This is a living proof that malay literature used to be something. My fav chapter is: 1. Pentafsir 2. Penyamaran 3. Jari 5🌟 from me (shout out to Kota Buku because I would never know the existence this novel)
This entire review has been hidden because of spoilers.
In my humble opinion, "Penyeberang Sempadan" is better than this. And of course I like 1984 and Animal Farm more in comparison to this. Perhaps the genre that Anwar Ridhwan wants to inculcate to the readers is somehow peculiar when I am reaching this age.