Azlin dan Din bermula sebagai musuh. Setiap pertemuan mereka hanya diisi dengan sindiran, ego dan rasa benci yang tidak pernah padam. Bagi Azlin, Din hanyalah Mat Lidi yang selalu menyakitkan hati. Bagi Din pula, Azlin ialah Cik Kak Lempeng yang suka memandang rendah terhadapnya.
“Asyik muka dia aje yang sambut aku. Dah tak ada muka lain ke?” – Azlin
“Berlagak betul Cik Kak Lempeng ni. Diri sendiri pun tak mampu, ada hati nak pandang rendah pada orang lain!” – Din
Namun apabila hidup mula meletakkan Azlin dan Din dalam situasi yang tidak dijangka, mereka terpaksa berurusan lebih daripada sekadar pertengkaran. Mereka saling hadir ketika diperlukan, memaksa keduanya bergantung antara satu sama lain
Apabila batas antara benci dan peduli mula kabur, Azlin dan Din terpaksa memilih; terus mempertahankan ego atau berani mengakui perasaan yang mula hadir tanpa dipinta.
Lama rasanya tak baca cerita yang ML & FL bergaduh macam anjing dan kucing. Yang kedua-duanga mempunyai darah pahlawan sejati. Tak boleh kalah dengan musuh. Kena lancarkan juga apa saja serangan tindak balas sebab kau tak boleh kalau sehari tak huru harakan hidup musuh kau.
But then, korang sendiri tahu kan? Gaduh la macam mana pun. Orang itu juga la yang akan muncul tanpa kau minta bila diperlukan. Tambah pula, bila bekerja dalam satu tempat yang sama. Lagi tak boleh elak. Lama kelamaan dari musuh jadi kawan dan detik start boleh berkawan pun smooth saja.
Din punya mata memang berbulu kalau nampak Azlin. Dia macam alergik. Punca bermula semua ni sebab satu kejadian saja. Kalau Din ambil pendekatan untuk selesaikan cepat mungkin dia tak perlu nak bermusuhan dengan Azlin pun. Dan masa kejadian tu. Kita rasa Azlin pun tak buat apa yang sepatutnya sebab dia malu. Sudahnya bercakaran la dua orang ni dengan saling sabatoj sesama sendiri. Mujurlah, both of them dapat berfikir secara waras selepas banyak kejadian. Haha. Itupun berbuih mulut orang sekeliling nasihat.
Tiada konflik yang berat. Semua dapat diselesaikan dengan baik dan ada jalan penyelesaian. Rasanya konflik yang sedia ada dalam naskah ini semuanya wujud. Tak ada la saya rasa tidak logik. Berkenaan dengan keluarga Azlin terutamanya ayahnya. Saya rasa valid je perasaan ayah dia. Bukan masalah attachment issue pun. Bila anak jauh dan kita pula sedang meningkat usia. Anak pula tak ada siapa jaga. Terus overthinking. Rupanya bukan perempuan je oki ada masalah overthinking hshs.
Saya suka watak sampingan yang mewarnai jalan cerita. Baik watak antagonis ataupun watak-watak greenflag. Kita suka sangat watak Mak Din. Sangat softspoken dan boleh rasa aura mak mak yang tipikal yang boleh blend in dengan sesiapa pun. Malah, Mak Din tidak pernah backup anak kalau dia tahu anak dia buat salah. Dia akan nasihat dan tegur apa yang sebetulnya anak dia kena buat. Itu baru betul. Kita tick ✔️
Karya romcom yang santai boleh kalian baca. Nak baca cerita yang usik mengusik, perang mulu & idea nakal suka pedajalkan musuh. Inilah bukunya :) Congrats penulis untuk buku debut anda.
Konon macam nak baca sikit dulu buku ni tapi tak berhenti pulak bila dah start baca. Terhibur dengan banter Mat Lidi dan Cik Kak Lempeng. Dua-dua lak jenis darah pahlawan lol.
Dalam cerita ni banyak kisah kekeluargaan daripada Mat Lidi side dan juga Cik Kak Lempeng. Aku suka kisah begini yang dekat dan relatable dengan pekerjaan watak sebagai mekanik dan kerani sekolah. Seingatku tak pernah baca female lead yang ada motor je sebagai kenderaan utama, motor pula bermasalah jadi kerap ke bengkel. Haha suka kelainan macamni. Kelainan yang dekat dengan realiti kehidupan.
Kita pasti dapat meneka bahawa pada akhirnya Mat Lidi akan kahwin dengan Cik Kak Lempeng. Tapi aku tak sangka betul dengan perangai Mat Lidi suka sabotaj Cik Kak Lempeng. Ya allah lepastu ada je la adegan-adegan yang mencuit hati, kalau dah namanya jodoh, kan?
Aku paling suka watak Fatimah, mak Mat Lidi tu, walaupun anak kekadang perangai hangsuang tapi mak is wanita syurga. Guru mengaji, rajin buat karipap frozen, pandai mengurut, prihatin, pemurah, serba serbi indah pekerti ya allah makcik, bertuah Cik Kak Lempeng jadi menantu makcik. So, bila ada scene yang menyerlahkan perangai positif si Din ni, aku anggap sebab didikan mak dia especially pasal rezeki pekerjaan. Cik Kak Lempeng ada sorang housemate, Hana. Hana pun sahabat yang baik, sentiasa tolong Cik Kak Lempeng dalam kesusahan.
Banyak scene yang buat aku tergelak la especially masa Cik Kak Lempeng nak decide baju untuk majlis Hari Guru and scene tradisi di Turki tentang air kopi yang tertumpah. Hahaha jadi korang kena baca juga supaya kita boleh tergelak sama. Buku ni buat aku craving nak makan asam pedas kat Melaka jugak :')
Buku ni berkisar tentang kehidupan Azlin dan Din. Memasing pada mulanya bertemu dalam keadaan yang tegang, namun kemudiannya takdir menuntut mereka 'berkawan' juga.
Pergerakan cerita buku ni agak perlahan. Saya sedikit struggle mencari apakah hala tuju jalan cerita walaupun sudah separuh jalan membaca buku ni. Konflik perhubungan yang agak klise bagi saya -kehadiran orang ketiga, cemburu tak bertempat, perangai hasad dengki atau khianat.
Namun, saya suka bagaimana penulis mengolah perhubungan kekeluargaan antara Puan Fatimah & Din, En Mustafa, Epul & Azlin, juga Makcik Senah & Azam. Penceritaan mereka tu agak realistik dan terasa dekat dengan diri😇 Tapi tak sangka pasal kisah Azam tuu. Apa pun, Azlin berjaya merungkai permasalahan tersebut dengan matang.
Pengakhiran cerita pun boleh dijangka. Happy ending untuk semua inshaAllah. Maka, buku ni sesuai untuk bacaan santai, yang suka romcom.
weh kalau one day saya lupa apa itu kecomelan cinta, tolong slap muka saya dengan buku ini atau sila bacakan kisah cinta AZLIN DAN DIN supaya saya igt!!!!!
exaggerating ah meen. tapi comel gila weh 😭😭😭 aku tak tipu lah ihhhh siapa suka enemies to lovers tolong lah baca 🙏🏻🙏🏻🙏🏻🙏🏻
dah habis ni rasa macam nak bercinta. nak laki macam din juga!!! nak yang tak malu cakap suka. yang act of service dia wow. nak yang cakap suka kita tapi tak malu pun. ihhhhhhh sukalah dah aku berangan aku ni azlin.
pape pun saya suka. do i recommend it? yes. lagi cliché kisah cinta tu lagi saya suka sebab to be cringe is to be free. 😬😬😬
Cerita yang comel. Ringkas dan sederhana. Flow cerita sangat kemas dan setiap pertemuan yang berlaku tanpa sengaja antara Azlin dan Din tu memang rasa semulajadinya. Ada juga terselit konflik dan twist yang mengena. Memang bacaan kali ini sangat chill ye.
Perangai Din a.k.a Mat Lidi dengan Azlin a.k.a Cik Kak Lempeng ni tak asing macam anjing dengan kucing. Boleh tahan nakal juga Din ni dok kenakan si Azlin sampai kita pun geleng kepala. Kalau Azlin ni pula mulutnya boleh tahan pedas. Perangai gitu pun ada yang nak try. Tapi dia bukan jenis mudah tangkap cintan ni.
Lama-lama takdir seperti meminta mereka untuk berdamai. Mana taknya, dah kerja satu tempat. Kejap2, ada je benda terkait budak berdua ni. Mulalah ada yang dah nampak murninya hati si dia. Bak kata Hana, lari jauh mana pun kalau dah ditakdirkan jodohnya, tetaplah bersama.
Connection antara watak masing-masing memang saya love. Tak nampak fussy. Tak sangka pi mai pi mai tang tu. Yang antagonis pun masih boleh toleransi. Tak banyak saya nak ulas sebab cerita ni so chill and santai. Sesuai buat hilang stress. Sangat credit pada kulit buku yang so cantik! Moga kita semua dipertemukan dengan pasangan yang baik-baik!
Lurveee cerita B40 macam ni 🤍 Lagi-lagi bila watak utama ni jenis anjing dengan kucing pantang jumpa mesti gaduh je kerja 😆 Kerani sekolah & mekanik bengkel? 😍
Oh ya, masing-masing pun ada nama panggilan ‘manja’ 🤪 Din aka Mat Lidi & Azlin aka Cik Kak Lempeng.
Din ni memang suka pedajal Azlin. Siap pancitkan tayar motor Azlin, lepas tu letak gula-gula getah atas kerusi motor dia 😭 Nakal gila! Awalnya kita tak suka perangai Din ni, tapi bila nampak cara dia utamakan mak dia walau apa pun… kita terus macam, “Awww…” 🥹 Dan honestly, versi Din yang lembut dengan Azlin tu memang buat kita lurvee.
Diorang ni jenis mulut lepas, takde istilah minta maaf atau rasa bersalah 😅 Tapi bila Din jadi hero Azlin, dan Azlin jadi heroin Din, dari situ mula ada rasa.
Romance dalam cerita ni tak heavy, sebab plot dia memang slow burn. Tapi jodoh kan… lari sejauh mana pun, akhirnya jumpa jugak dengan orang yang sama. Romantik dia terletak pada takdir yang temukan diorang. Real life pun lebih kurang macam tu jugak, kan?
Watak Irene pula… memang menjengkelkan. Serabut otak setiap kali masuk part dia 😤 Macam acah nak jadi antagonis novel T20, tapi versi B40. Takde konflik besar sangat, tapi cukup untuk buat darah naik bila dia muncul.
Part Azlin dapat bungkusan pelik-pelik + ada stalker tu memang buat kita tertanya-tanya. Semua orang kita syak 😆 Pandai penulis main emosi pembaca. Kita memang tuduh semua orang tapi tu lah ada tekaan betul, ada yang salah.
Pada awal Azlin dan Din memang jumpa jee gaduh.. Cik Kak Lempeng dengan Mat Lidi.. adoiiihaiii.. geli hati baca.. sorang mulut pedas nak mampos, sorang lagi perangai suka menyakat..tapi bila salah sorang dalam musibah, takdir temu kan dorang untuk saling bantu membantu..
Da kerja satu tempat, dorang makin rapat, makin serasi.. masing² dapat kenal sisi baik dorang nie.. masing² selesa.. tapi bila da rapat, ada pulak orang kait kan dorang berdua..
Even watak antagonis pun tak over sangat, just nice perangai² hauk tu.. watak dorang tu perlu yee untuk tambah kan lagi rencah dalam cerita Lin dan Din nie.. suka jugak dengan watak Hana dan Mamat.. sebab dorang nie kawan yg best..
Overall cerita santai.. paling best dalam buku nie tentang family dan persahabatan antara kawan.. macam mana parents risau kan perihal anak².. kawan² yg sentiasa ada dalam susah dan senang..
Best jugak baca kisah yang less romance macam ni... lebih fokus on family & friendship.
Cerita ni tentang dua orang yang memang pantang jumpa Azlin, si Cik Kak Lempeng vs Din, Mat Lidi. Setiap kali bertemu, confirm gaduh… bertikam lidah non-stop.
Motor Azlin pun dah berkali² buat hal pancit, ingatkan betul² rosak, rupanya kena sabotaj dengan Din.
Even dekat klinik pun boleh gaduh bila Azlin accidentally terlanggar Din sampai phone dia berkecai. Disebabkan tu, Din tak dapat call Mamat nak inform dia lambat sebab hantar mak ke klinik... end up kena buang kerja.
Dari situ, makin membara lah kemarahan Din dekat Azlin. Din salahkan Azlin tapi mak dia nasihatkan jangan cakap macam tu. Biasalah… Din tak ambil kisah pun.
Nak dijadikan cerita, masa Azlin nak pergi kerja dengan Hana, dia nampak seorang motorist berhenti tepi jalan sebab hujan. Azlin hulurkan baju hujan and guess what.. it's Din. Terkejut la masing² .
Hana pun sempat mengusik, "jangan benci lama2, nanti suka"
Lepas tu Din dapat kerja jadi pak guard kat sekolah and of course la masing² terkejut lagi bila jumpa.
Macam mana dua musuh ni boleh berbaik? Bila Din tolong Azlin... kira 0-0 lah. Dari situ, slowly mereka berdamai dan mula berkawan.
Irene & Cikgu Adi ni watak sampingan tapi peranan diorang penting juga sampai boleh rapatkan Din dan Azlin.
Part romance tak banyak pun, so F rasa buku ni sesuai sangat untuk remaja. Yang best, dia banyak tekankan hubungan keluarga especially kerisauan ibu bapa terhadap anak². Persahabatan pun sangat nice antara Hana–Azlin and Din–Mamat. Semua ada nilai tolong-menolong dan tak berkira.
novel ni mengisahkan tentang Azlin, seorang kerani sekolah yang selalu pergi kerja naik motor.
satu hari tu, dia diragut. dia pun kejar motosikal tu . mana nak terkejar kan.. tapi dia nampak seorang yang kelihatan sama, kat tepi jalan.
dia serang mamat tu dan marah2. Ada ke dia panggil orang tu mat lidi dan kutuk-kutuk dia. Benganglah kawan tu. Din ni pulak, balas dengan panggil Azlin Cik kak lempeng.
Satu hari tu, motor Azlin pancit dan Azlin pun tolak motor dia ke bengkel. Rupanya, Din ni adalah seorang mekanik kat situ.
maka bermulalah kisah pantang jumpa je gaduh. Tapi satu persatu kebaikan mereka terserlah membuat mereka akhirnya rapat. Cerita ni sweet sangat. Tapi saya suka sebab adegannya tak melampau. sweet manja gitu kan... memang best.
Kalau Pride & Prejudice ada Elizabeth dan Mr Darcy, tapi untuk Tapi Hati Kata Lain, kita ada Azlin aka Cik Kak Lempeng dan Hafizuddin aka Mat Lidi hehehe. Diorang punya hate-hate relationship tu, saya yang pening macam mak mak leraikan anak anak taska bergaduh. Geram tapiii tertunggu tunggu telatah dua bujang tu
Cik Kak Lempeng, si mulut laju. Setiap kali bercakap, berdas das peluru yang keluar. Kalau takde perisai mental macam Mat Lidi, mungkin dah berkali-kali tewas di pertempuran. Betulla orang cakap, kerana mulut badan binasa. Kerana mulut Azlin yang pedas sewaktu pertama kali pertemuan dengan Din, sedikit sebanyak menoreh dendam dan tak puas hati dalam si jejaka. Tapii semua tu sebab Azlin kan tak sengaja, Din? Apa salahnya kalau sekali sekala pandang Alin macam Dija🤭
Berbeza pula dengan Mat Lidi, si panjang akal. Masalahnya semua akal fikiran yang menyala dalam kepala semuanya bertanduk. Nakal dia, Ya Allah. Saya duklah kesian dengan Alin asyik kena perdajai. Geram ye juga - bukan nak backup kaum sendiri👀 cuma sangat tak patut ahahahah. Tapii Alin, tak boleh salahkan Din juga sebab sendiri punca🤭 Tapi yang A+ dalam sifat Din, dia sangat sangat utamakan mak dia. Bagi Din, dia takde benda lain pun takpa. Takde orang sayang dia pun takpe. Yang penting mak dia sentiasa ada dan bahagia depan mata dia.
Episod bermusuhan mereka ni, semua orang tahu. Dari ibu Din, kawan baik Alin, sahabat seperjuangan Din dan ramai lagi. Jadi ini bukan lagi tanda perang kecil, sebaliknya hubungan diplomatik yang takkan terjalin. Bak kata orang, macam takkan habis.
Tapiii siapa sangka, akhirnya mereka dari lawan bertukar kawan. Persahabatan yang dibina tanpa secara sengaja (dan dihajati) oleh satu sama lain, sedikit sebanyak mula membina sekelumat rasa dalam diri Din - walaupun cara ikatan persahabatan kedua dara dan teruna ni macam sinetron🤭 Tapi siapa yang nak sangkal lagi dah kalau memang diorang knight untuk each other.
Sayaa sukaaa sangat dengan semua scene takdir yang menyamar sebagai kebetulan. Penulis bijak sangat wujudkan dinamik antara Din dan Alin tanpaa ada rasaa memaksaaa. Suka sukaaa. Dari mak Din yang mengurut Alin, adik Alin yang bekerja dekat bengkel lama Din, dan Alin - Din yang selalu bertembung tanpa mereka perasan kehadiran satu sama lain. Semua tu nampak sangat natural dan tak rushing.
Tak perlu kehidupan bersalut emas, kisah sederhana Din sebagai mekanik bengkel / pengawal keselamatan dengan Alin sebagai kerani sekolah ni pun dah cukup menarik bagi saya. Masing-masing bahagia dengan cara mereka tersendiri.
Cuma saya rasa bila menuju ending, saya boleh rasa penulis rushing nak habiskan penceritaan (mungkin) sampai saya rasa ada beberapa watak yang questionable dan tak dapat proper closure.
Dan memang saya setuju dengan beberapa review, ada filler lead yang bagi saya kalau tak dimasukkan cerita masih boleh berjalan dengan baik. Watak Adi dan Irene tu bagi saya agak out of context sikit sebabb tak nampak diorang punya role dalam pembangunan watak utama.
Untuk bahasa dan gaya penceritaan, memang best. Saya tak perlu berulang kali baca sebabb ayat senang faham dan sampai.
Tapii apaa pun yang jadi, saya tetap sukaa dengan semua ‘coincidence’ yangg jadi. Eishh tak boleh moveon dengan permainan takdir yang penulis selitkan. Bersimpul macam mana pon perkenalan Alin dan Din, rupanya bertemu dekat titik terakhir yang sama juga. Kalau korang sukaa buku yang santai dan tak heavy, bacalahhhh kisah Cik Lempeng dan Mat Lidi ni ahahahah.
Review Novel: Tapi Hati Kata Lain Penulis: Nik Feeza Penerbit: Personal Rating: ⭐️⭐️⭐️8/5
Novel ini mengisahkan tentang Din dan Azlin yang memang tak pernah aman setiap kali berjumpa. Asyik bergaduh saja.
Segalanya berpunca daripada satu insiden salah faham apabila Azlin menyangka Din ialah orang yang meragut beg tangannya. Disebabkan Azlin terus menuduh dengan kata-kata kasar, Din terasa hati dan sejak itu dia menyimpan dendam.
Yang seorang digelar Mat Lidi, dan yang seorang lagi Cik Kak Lempeng 😂 Gelaran pun dah cukup menggambarkan hubungan mereka yang penuh dengan perang dingin.
Bila tengok apa yang Din buat dekat Azlin, memang kesian juga. Daripada pancitkan tayar motor sampailah letak gula-gula getah. Betul lah orang kata, sebab mulut, badan binasa 😂
Namun, perlahan-lahan ada sebab yang membuatkan mereka berdua tak lagi menjadi musuh seperti dulu. Ayat ini terus buat saya tersenyum:
“Terima kasih jadi heroin hari tu.” – Din aka Mat Lidi.
Ayat yang ringkas, tapi sebagai pembaca saya terus boleh tangkap — eh… dah mula yaaa 🤭
Watak yang paling saya suka sebenarnya ialah Din. Walau apa pun yang berlaku, dia sentiasa meletakkan ibunya, Puan Fatimah, sebagai keutamaan.
Petikan yang paling disukai 💙💛: “Semua yang berlaku ada hikmah, Din. Jangan prasangka buruk pada setiap takdir yang berlaku. Mungkin kita tak nampak lagi hikmahnya sekarang.” – Puan Fatimah
Favourite Scene : Saya paling suka babak di mana Azlin bersama-sama Din mencari siapa sebenarnya yang menghantar tikus dan cuba mengugut Azlin. Sepanjang baca, semua watak tambahan dalam novel ini memang buat saya berteka-teki. Hahahaha. Rupanya salah 😆
Secara keseluruhan, kekuatan novel ini lebih tertumpu kepada nilai kekeluargaan. Elemen cinta ada, tapi sebenarnya sedikit sahaja — dan itu yang membuatkan saya rasa, secara peribadi, novel ini sesuai untuk semua lapisan umur 🥰
Buku ni memang menarik perhatian dari kulitnya cantik dan kemas, terus rasa nak selak halaman pertama. Jalan ceritanya pula jenis yang ramai orang suka... mula dengan benci, gaduh tak habis-habis, tapi akhirnya bertukar jadi suka. Din dan Azlin ni kalau bertemu memang macam anjing dengan kucing, asyik bertekak dan berbalas gelaran. Paling kelakar bila Azlin panggil Din “Mat Lidi” dan Din balas dengan “Cik Kak Lempeng”. Gelaran tu buat suasana jadi kelakar, walaupun mereka sebenarnya tengah berperang mulut.
Lama-lama, hubungan mereka berubah jadi mesra dan manis. Perjalanan daripada musuh kepada pasangan yang saling menyukai tu terasa natural, tak terlalu dipaksa. Selain kisah cinta, ada juga elemen kasih sayang keluarga yang buat cerita ni lebih menyentuh hati. Yong suka bahagian ni sebab ia tunjukkan betapa pentingnya hubungan anak dengan ibu bapa. Tambah pula persahabatan Azlin dan Hana. Hana selalu ada bila Azlin susah, jadi sokongan yang ikhlas dan kuat. Bahagian ni buat cerita nampak lebih hidup dan penuh nilai.
Cuma tak semua watak best. Adi yang poyo, macam tak kena gaya, dan Irene pula diva yang muncul tak kena tempat. Kehadiran mereka lebih mengganggu daripada menambah warna. Tapi mujurlah jalan cerita keseluruhan tetap menarik, penuh konflik ringan dan momen yang buat senyum sendiri.
Tentang gaya bahasa penulis, Yong rasa agak baru dan ambil masa untuk serasi dengan penulis ini. Ada bahagian yang mungkin terasa janggal pada mulanya, tapi bila dah ikut rentak, cerita jadi lebih mudah dihayati. Apa pun, tahniah kepada penulis kerana berjaya hasilkan karya bersama Karangkraf yang bukan saja menghiburkan, tapi juga penuh dengan kasih sayang, humor dan persahabatan.
Akhirnya, sepasang lagi telekung buy 1 free 1 dah selamat sampai ke tangan pemiliknya 🤭.
Cerita ni memang enemy to lovers kind of story, dan dari awal lagi kita terus diperkenalkan dengan Azlin & Din yang memang tak ngam langsung. Setiap kali diorang bersemuka, mesti ada je benda tak kena, memang “tak boleh duduk satu frame” 😅 Tapi yang buat lagi menarik, sebab kenapa diorang jadi macam tu langsung tak dijelaskan awal-awal. That mystery really keeps me hooked. Rasa macam, “eh kenapa eh?” sampai nak teruskan baca nak tahu punca sebenar.
Memang betul orang kata, jangan benci sangat… nanti boleh jatuh hati 😏 Slowly, lepas beberapa episod diorang terpaksa tolong each other, kita mula nampak perubahan tu 😉. Dari asyik nak bergaduh, jadi makin okay, lepas tu berkawan. I really like this part. Natural, tak dipaksa, dan bukan jenis klise yang kita boleh agak dari awal. Cara diorang build connection tu buat kita rasa invested.
Selain tu, elemen persahabatan dan kekeluargaan dalam cerita ni pun digarap dengan cantik. Bukan sekadar tempelan, tapi betul-betul hidupkan jalan cerita. Setiap watak ada peranan masing-masing, tak ada yang rasa wujud saja-saja. Background cerita pun sangat dekat dengan realiti, kehidupan biasa, sekolah, bengkel, restoran tepi jalan, budak mengaji… semua tu buat cerita ni rasa grounded dan relatable.
For me, bacaan yang santai dan menghiburkan. Banyak juga moment yang buat tergelak dengan perangai Azlin & Din, geram pun ada, lucu pun ada.
Buku Tapi Hati Kata Lain rasanya ramai yang mengalami situasi ni. Kalau orang tua dulu-dulu cakap jangan benci nanti lama-lama jatuh cinta. Kisah antara Cik Kak Lempeng dengan Mat Lidi.
Azlin dan Din ibarat anjing dengan kucing pada fasa perkenalan. Kira tempoh nak kenal hati budi dengan pendekatan gaduh-gaduh manja gitu. Din yang kuat menyakat, Azlin pula pantang dicabar, ego dan keras kepala. Macam-macam hal dalam tempoh ni.
Azlin dan Din semakin akrab atas kejadian yang saling memerlukan. Dari situ Din menaruh hati walau Azlin masih menidakkan. Tapi hati mahu kan Alin😄
Watak Cikgu Adi dan Irene untuk menambahkan plot cerita lebih menarik. Sikap Irene yang cemburu buta telah membuatkan Cikgu Adi rimas lalu hubungan mereka putus di tengah jalan.
Buku ni sangat santai untuk bacaan ringan. Pengajaran yang boleh diambil jangan menilai orang hanya dari luaran sebaliknya selamilah isi hati, kenallah hati budi baru kita tahu yang mana intan yang mana permata.
Permulaan yang asyik bertekak, lama-lama mula timbul perasaan sayang. Kisah Azlin, seorang kerani sekolah dan Din, seorang pomen/guard yang menghiburkan. Aku suka dengan watak sebegini - kisah cinta dalam kalangan rakyat marhaen terasa dekat dengan aku.
Pertemuan mereka secara tak disangka, pertemuan Azlin dengan mak Din, pertemuan Din dan adik Azlin - Epul, semuanya terjalin dengan baik. Rentetan peristiwa sehinggalah mereka terjatuh suka, terasa natural.
Gaya ceritanya pun kena dengan genre romantik komedi yang ditonjolkan melalui watak Azlin dan Din. Walaupun ada konflik, tapi cerita ni tak terasa berat.
Aku annoyed dengan watak Epul, hang dah pasaipa beria sangat nak pi cari keja kat Selangor nak duduk dengan kakak hang? Kakak hang tu menyewa dengan rakan serumah perempuan jugak. Bukan dok rumah sendiri. Tapi tu lah, hal ni jadi asbab lah untuk beberapa hal lain kemudiannya.