Jump to ratings and reviews

Doppelganger #2

Doppelganger II

Malang sungguh nasib seorang Faris. Tidak sampai beberapa hari dia menjadi pelajar sekolah berasrama SMAX, dia sudah didenda Cikgu Dolah kerana kelalaian. Hukuman itu membawanya ke Banglo 3A, rumah penolong kanan hal ehwal murid yang sudah lama tidak berpenghuni. Dia dan dua orang lagi pelajar lain harus membersihkan rumah itu di bawah penyeliaan seorang pelajar senior bernama Hadi.

Bukan sahaja masa senggangnya harus dihabiskan di rumah itu. Dia juga dimomokkan pelbagai cerita seram yang pernah berlaku di sekolah yang sudah 40 tahun beroperasi itu. Seperti kisah Wan yang yakin dirinya disihir adik dormnya, Shafiq yang terperangkap dengan seorang pelajar yang tidak pernah dilihatnya dan penghuni Dorm 26 yang taksub dengan Fazira.

Tambah menjengkelkan Faris, dia asyik diekori seorang gadis bercermin mata ke mana-mana sahaja dia pergi. Apa rahsia di sebalik hukuman itu? Siapa si gadis bercermin mata? Dan apa rahsia di sebalik Banglo 3A?

“Aku dengar bisikan tu. Tapi, dia tak panggil kau. Dia panggil aku.” – GOMOK

“Kamu takut ke apa sebenarnya ni? Sampai beria-ia tak nak duduk rumah ni?” – CIKGU SYAWAL

“Koridor bilik tayang tu memang dari dulu lain macam. Bila kau pergi situ, anginnya rasa lain. Sunyinya pun lain.” – FAKRUL

392 pages, Paperback

First published January 1, 2026

Loading...
Loading...

About the author

Nurul Syahida

23 books130 followers
A freelance writer, translator, and former movie reviewer who failed to realise her dream of becoming a political scientist, thus decided to write fiction.

Influenced by the works of Tina Fey, John Mulaney, GRRM, and Jane Austen.

She once sent a three-page essay about "The Frog Prince" when she was eight, despite her teacher only asking for a 180-word paragraph.

Has multiple cats, but hates being called a cat mom.

Ratings & Reviews

What do you think?

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
22 (81%)
4 stars
1 (3%)
3 stars
3 (11%)
2 stars
1 (3%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 15 of 15 reviews
Profile Image for Starlit Stories by S.
119 reviews1 follower
July 2, 2026
Aku ingat lepas habis baca siri ni aku kena buru Sekolah Banyak Penunggu (SBP). Ada 2. Mungkin lepas baca SBP dua buah baru lengkap universe SMAX untuk aku. Moga mudah ya pencarianku. Kisah seterusnya bersambung lagi di Sekolah Menengah Agama Kota Senja (SMAX) dengan kehadiran Makcik Bengkok pada muka depan. Dia ingat dia vogue?

Faris dikehendaki membersihkan rumah PK HEM yang dah lama tidak berpenghuni. Rumah sama yang Nisa start nampak Makcik Bengkok. Faris, NT dan Umar actually kena denda atas beberapa kesalahan melanggar peraturan sekolah. Asalnya kena cuci longkang tapi tah, tiber kena cuci kediaman dan diselia seorang pelajar senior, Hadi. Hadi dalam Doppelganger I ke? Jeng jeng jeng...

Bila dah buat kerja tu mulalah menyembang sekali. Start pertikai habuk tebal lepastu membawa kepada sejarah silam rumah tersebut. Sedikit sebanyak kita tahu juga sejarah tapak SMAX yang asalnya muara sungai menghala ke laut ditambak oleh kerajaan. Patutla dalam Doppelganger I Dot cakap port lanun. Aku pun blur juga camne lanun lepak darat pula ni? Rupanya muara yang ditambak, mengingatkan aku pada Marina Island pulak. Hihi.

Kalau Doppelganger I buat aku teruja menyelak halaman, Doppelganger II pulak buat aku enggan hentikan bacaan.

Doppelganger II had me hooked. Lepastu malam malam dalam gelap takut lak terbayang Makcik Bengkok yang terpampang di cover buku. Makcik Bengkok yang mengeluarkan bau angin laut dan kayu reput. Eiiiii

Cerita pertama pun dah bergenang airmataku, tersayat hati. Cerita kedua, hantu Suratman tu aku pernah baca dalam komik SBP Batch 2023 #1. Kisah ni mengingatkan aku pada zaman asrama, kitorang pun nak tengok World Cup. Bukan lelaki je. Mujur masa tu ustaz bagi kebenaran asalkan solat tahajjud dulu. Kihkihkih takpayah la dorang fly ke atau fikir rancangan nak seludup tv dalam asrama ke. Cerita kedua banyak scene buat aku nak tergelak.

SMAX ni memang banyak hantu la wey. Alia la, Sweet la, Nek Siah la, Arima la. Meriah kau ya berkampung dekat sekolah.

Cerita ketiga, dulu dulu aku selalu cakap dekat orang yang merokok, jin suka asap. Dannn cerita ketiga membenarkan kata kata aku tu 😭😭😭 Seram wey cerita hantu rokok. Shafiq tu kira berani. 

Cerita seterusnya, luka yang tak pulih Khairul amat menghiris perasaan aku, mujur ada Shuhada. Lulz. Mungkin kisah ni la pemula kepada tradisi baca Al-Mulk sebelum tidur kat semua sekolah berasrama dalam Malaysia. 

Btw, ada apa dengan Dorm 26 yang dihuni Nisa dalam Doppelganger I? Eiii seriaula baca kisah Fazira. Adakah Makcik Bengkok bakal kembali?!

Cerita hantu KFF sedih bukan sebab hantu pun tapi sebab pengkhianatan seorang kawan memang pedih.

Apa pengakhiran denda yang dijalani Faris? Korang yang dah baca Doppelganger kena sambung baca Doppelganger II!
Profile Image for meenie.
457 reviews3 followers
February 14, 2026
ihhhh we want more!!! we want moree!!! we want more!!!

jujur saya kata, part faris buka pintu rumah tu saya dah macam jangan cakap ada surprise... and yes, saya betul ye. ergh -

konsep still sama. budak baru masuk SMAX dan disajikan kisah hantu. banyak betul weh hantu dekat SMAX ni. kalau saya student situ, saya hari ketiga dah lari ye. tapi tidak faris yang didenda oleh cikgu dolah membersihkan rumah pk hem bersama dengan tiga org lagi pelajar, NT, Umar dan Hadi. btw Hadi ni AJK kebersihan. dia datang pantau je. dari mereka inilah, faris dengar semua kisah hantu SMAX.

tahap keseraman - 3/5
ada part seram ada yang biasa ada yang geli juga. tbh, kalau korg ex student asrama memang akan rasa seram. i legit can imagine this happened dekat sekolah lama saya. dahlah plan sekolah pun lebih kurang ayo.
saya tak kira pula berapa banyak cerita hantu baru dalam ini. tapi cerita dalam ini berbeza lah dengan apa yang ada dalam first book. boleh je baca second book dulu, adalah watak yang related tapi takpayah tahu backstory pun takpe. tapi dah namanya buku II, baca jelah buku I eh.

what i loved from this author, dia versatile. ada hantu, ada lawak, cinta pun ada. menarik. jalan cerita mudah faham. seram pun sampai. yang kelakarnya hei ada mention pasal artis kpop eh!! 100 points untuk anda!!
saya tak spoil pun dekat sini. cuma tulah rindunya zaman sekolah 😞🙏🏻 dan satu lagi, what on earth i mean apahal eh cerita nenek tu paling seram. AKU EMOSI!!! tapi kedua seram cerita hisap rokok bidin tu. aduhhh bolelah jerangkung tu detect ko menipu shafiq 😞

make sure ada third book eh sebab APA ENDING AINUN GITU !! MAROH NI hehe byeeee
Profile Image for Nani S.
25 reviews3 followers
February 24, 2026
Penamat Doppelganger 2 ni buat aku tersenyum. Walaupun aku tak gemar cover novel ni. Tak boleh nak renung dan admiring the cover like I did when I finish reading books I like. Tapi tidak untuk novel ini ya. Haha. Haih makcik.

Tapi sungguh, premis cerita ni seperti kau flashback momen-momen dengan kawan-kawan di asrama. (Mungkin sebab aku dah lama tinggalkan alam persekolahan.) Memang tak lari daripada kisah-kisah seram, atau dipanggil cerita hantu. Untuk aku, jalan cerita Doppelganger 2 ni realistik dan hidup. Dia tak seram tapi seram. Faham tak?

To Shuhada and Faris, I feel you.
Profile Image for Hamidah Effendi.
669 reviews7 followers
February 14, 2026
Doppelganger Vol. 2 oleh Nurul Syahida

Everyone 'Mati Dah' kembali 🤭

Pertama sekali, penulis tolonglah keluarkan buku nombor 3. Jangan berhenti setakat nombor 2. Saya memang suka siri ini! Walaupun saya seorang yang penakut, tetap juga nak baca. 🤣

Watak nenek dari buku pertama masih lagi saya tak boleh “bawa berbincang”. Setiap kali muncul “cak… cak… cak…” itu memang saya tak tahan. Sampai saya tutup gambar dengan sticker comel sebab tak sanggup tengok wajah dia. Trauma kecil tapi tetap nak sambung baca. 😂

Buku ini menghimpunkan pelbagai kisah seram di asrama dan masih mengekalkan latar kejadian di sekolah yang sama, iaitu SMAX. Suasana seram itu konsisten, dan saya suka bagaimana cerita-cerita ini saling berkait.

Kisah yang paling saya ingat ialah tentang entiti Syuhada yang membantu Khairul. Bahagian ini sangat menyentuh hati. Saya rasa seperti menjadi pendengar kepada kisah mangsa buli. Ada elemen emosi yang kuat, bukan sekadar seram kosong. Permulaan dan pengakhiran cerita juga saling berkait, membuatkan saya benar-benar berharap ada kesinambungan dalam buku seterusnya.

Terima kasih kepada penulis kerana menghadirkan kisah asrama yang begitu hidup. Walaupun saya hanya pernah duduk asrama semasa di universiti, suasana yang digambarkan terasa dekat dan real.

Cuma husband saya ada komen menarik 😆 Dia kata budak lelaki di asrama biasanya tak kisah pun kalau kawan “rembat” girlfriend. “Bunga bukan sekuntum,” katanya. Tak logiklah sampai putus persahabatan dan beremosi begitu. Katanya itu lebih kepada perangai budak perempuan. 🤣

Apa pun, dari sudut pembaca, konflik itu tetap memberi impak dan menambah rasa pada jalan cerita.
Profile Image for Nani Bookarazzi.
19 reviews
April 24, 2026
- Blurb -

Novel doppelganger 1 menceritakan kisah dot yang bertemu hadi, si tinggi lampai yang sedang duduk bersendirian berhadapan koperasi sekolah. melihatkan keadaan Hadi yang sugul, mungkin kerana 'homesick', dot nekad menegur Hadi untuk membantu dia mengatasi rasa 'Homesick'nya. Dot kemudian berkongsi cerita-cerita seram urban legend yang terdapat di sekolah tersebut. Ada sembilan cerita urban legend yang dikongsikan oleh dot kepada hadi dan satu kisah yang dikongsikan oleh Hadi sendiri.

1 . Kisah hantu separuh
2. hantu suisy suisy suisy
3. hantu cermin nombor tiga
4. hantu ajk disiplin
5. gangguan Miss Jamilah
6. kisah Mana dia?
7. Kisah Zahar yang cuma kerja tiga hari
8. siri bercakap dengan Jane
9. kisah Makcik Bengkok
10. kisah jam tangan Hadi.

Diakhir novel doppelganger 1, dot ditemui oleh pihak sekolah selepas dua hari hilang. Namun Dot cuma merasakan yang dia berada disitu hanya sejam setengah.

Namun dalam novel doppelganger 2, watak utama novel ini bukan lagi dot atau lebih dikenali sebagai syuhada. Novel kedua ini menceritakan tentang Faris, pelajar tingkatan 4 yang baru masuk ke sekolah tersebut. Banyak peraturan-peraturan dan kisah-kisah urban legend yang dia tidak tahu. Banyak pantang larang yang tanpa sedar telah dia langgar. Terutama sekali pantang larang untuk tidak cari pasal dengan cikgu Dolah.

Dek kerana itulah dia telah di denda untuk mencuci longkang. Namun ketika dia bertemu seorang pelajar lelaki bernama Hadi, seorang AJK kebersihan memberitahunya bahawa denda mereka telah ditukar menjadi kerja pembersihan Rumah PK HEM yang akan kembali digunakan semula selepas sekian lama.

Faris sekadar mengikut kerana mahu segera menghabiskan denda yang telah diberikan dan mahu kembali beriadah bersama rakan-rakannya. Sepanjang pembersihan dijalankan, Faris, Hadi dan NT rancak bertukar-tukar tentang kisah urban legend yang pernah berlaku di sekolah tersebut. Lapan buah kisah yang tidak pernah diceritakan dalam novel Doppelganger 1.

1. Hari 3A ditutup semula
2. Telefon bimbit Suratman
3. I Will Be There
4. Wan Sentap
5. Khairul
6. Dorm 26
7.Kelab Film dan Fotografi
8. Bilik Tayang

Dan selepas semua cerita Urban Legend itu, cerita sebenar akhirnya terjawab. Siapa Makcik Bengkok, Siapa Hadi, NT dan Umar yang menemani Faris. Apa pula kaitan dot(Syuhada) dalam kisah Faris.

- Review Jujur -

Novel doppelganger 2 ini pada Nani sekali ganda lebih menakutkan berbanding novel yang pertama. Jika novel pertama sekadar menceritakan tentang urban legend di SMAX, novel kedua adalah jawapan kepada setiap tanda tanya yang muncul di novel pertama. Setiap misteri tentang watak-watak hantu yang ada di novel pertama mula masuk akal di novel kedua.

Tentang Syuhada yang berkawan dengan hantu, tentang Hadi yang menculik Dot. Tentang makcik bengkok yang menculik para pelajar dan tentang dot yang akhirnya menjadi penyelamat kepada Faris dari masalah besar yang tidak dia sedari.

kadang kala urban legend yang pernah para pelajar dengar bukanlah sekadar urban legend, sebaliknya pantang larang yang dicipta atas dasar 'sejarah' yang pernah berlaku dan tidak mahu diulangi untuk kedua kalinya. Jadi Urban Legend diciptakan bukan sekadar untuk menakutkan para pelajar tetapi untuk melindungi mereka dari mengulangi kesilapan yang pernah dilakukan oleh para pelajar yang terdahulu.

Berhati-hatilah dengan setiap Urban Legend yang anda dengar, mungkin ianya bukan sekadar cerita tapi sejarah yang pernah berlaku yang harus di ambil pengajaran.

Nani sangat suka novel doppelganger 2 ni. Mungkinkah akan ada yang ketiga? hehehe.
Profile Image for sansuriya82.
182 reviews2 followers
May 17, 2026
Rating saya: 5/5 ⭐
Doppelganger II karya Nurul Syahida kali ini bagi saya sekali lagi berjaya "memberi" rasa seram yang lain daripada biasa. Dari awal, cerita dah bagi aura misteri dan bukan terus menakutkan, tapi cukup untuk buat rasa tak sedap hati. Lagi baca, lagi rasa ada sesuatu yang tak kena, dan itulah yang buat saya susah nak berhenti.

Latar sekolah berasrama memang antara kekuatan novel ni dan cuba tenung lama-lama cover novel ni..hehehe..seram tak??. Penulis pandai guna suasana sekolah lama, bangunan usang dan kawasan yang sunyi untuk hidupkan elemen seram. Banglo 3A tu sendiri dah jadi macam satu watak dalam cerita setiap kali disebut, terus rasa berdebar sebab tahu mesti ada sesuatu yang bakal berlaku. Bukan seram jenis bunyi kuat atau kejutan semata-mata, tapi seram yang merayap perlahan-lahan sampai buat bulu roma naik.

Watak Faris pun cukup mudah untuk difahami. Sebagai pelajar baru, dia masuk dalam situasi yang dia sendiri tak faham, jadi pembaca pun rasa macam sama-sama cuba bongkar rahsia sekolah tu. Setiap kejadian pelik yang dia alami buat rasa tertanya-tanya sama ada semuanya gangguan sebenar atau ada kaitan dengan masa silam. Kemunculan gadis berkaca mata tu pula memang antara elemen paling menarik sebab dia muncul sikit-sikit, tapi impaknya kuat.

Yang saya suka, cerita ni tak terlalu tergesa-gesa. Penulis ambil masa untuk bina misteri dan hubungkan satu kejadian dengan kejadian lain. Bila rahsia sebenar mula terbongkar, rasa puas sebab semua petunjuk yang diselit dari awal ada maksud. Ada beberapa bab yang buat saya berhenti sekejap sebab cuba sambung sendiri teori apa sebenarnya berlaku.

Cuma, ada bahagian yang sedikit perlahan di tengah cerita. Sesetengah bab lebih fokus pada suasana dan pergerakan watak, jadi kalau pembaca suka aksi seram yang terus-menerus, mungkin rasa pace agak perlahan. Tapi bagi saya, itu yang buat cerita lebih menjadi sebab suasana dibina dengan baik.

Secara keseluruhan, novel ni memang seronok dibaca kalau suka seram sekolah dan misteri. Dia bukan sekadar cerita hantu, tapi ada unsur psikologi dan rahsia silam yang buat pembaca berfikir. Pengakhiran dia tinggalkan kesan, dan beberapa adegan masih terbayang walaupun dah habis baca.
Profile Image for dalillah.
40 reviews
March 26, 2026
Kembali lagi dengan pelbagai kisah misteri dan seram yang berlaku di SMAX. Dalam Doppelganger II ini, penggerak cerita adalah Faris, seorang pelajar baru yang didenda membersihkan banglo 3A. Kemunculan Hadi selaku AJK Kebersihan membawa Faris menelusuri kisah seram dan misteri di SMAX selama dia dan dua rakan yang lain ditugaskan untuk membersihkan banglo 3A.

Bagi saya, novel ke-2 ini taklah seseram Doppelganger, kecuali sewaktu kemunculan mak cik bengkok. Mak cik bengkok ni memang buat orang trauma betoii lol Saya suka bila setiap cerita yang disampaikan umpama bersambung-sambung dan tak meleret. Untuk sesiapa yang baru nak berjinak dengan cerita seram, siri ini antara yang disyorkan untuk dibaca. Ada yang seram, ada yang meruntun hati, ada yang kelakar, menjadikan cerita tersebut membawa pelbagai emosi buat para pembaca.

Doppelganger II mengingatkan saya tentang pengalaman tinggal di asrama semasa program pertukaran pelajar dan juga pernah diganggu hahaha. Sedikit sebanyak saya dapat gambaran jelas kehidupan para pelajar sekolah berasrama dan ini membantu saya untuk menyelami kehidupan Faris dalam cerita ini. Seperti yang lain, saya juga berharap penulis dapat terbitkan sambungan siri ini. Nak tahu juga misteri mak cik bengkok yang mungkin akan dibongkarkan oleh Ainun.


Profile Image for wae.
15 reviews
March 18, 2026
continuation from the previous book, Doppelganger I. the book introduced a new character while being on the same timeline as book 1. The stories never disappoint, as expected from thee kak syai, though some of the stories can be related to another series; Sekolah Banyak Penunggu. I love when the story shows another pov of students' experience with the hantus in the stories. some are very very creepy i can't bring myself to sleep at night 😓😓 the connection of all characters make sense at the final part to conclude the story. still wishing for a third sequel, from Ainul's pov, perhaps, kak syai? 😉
Profile Image for Ansqeela.
12 reviews
February 27, 2026
Tepat jam 12 malam baru habis baca..fuh meremang ye bila dah sampai ke pengakhiran cerita masa hari terakhir Faris didenda dan Hadi minta dia buka pintu memang seram. Sebab dah agak dah something fishy dari awal. Berkisarkan tentang Faris yang didenda kemaskan rumah 3A dengan seniornya Hadi, NT dan Umar. Sama macam siri-siri sebelum ni; SBP 1 dan 2, Doppleganger, ada himpunan kisah-kisah seram di SMAX yang diceritakan oleh geng kena denda Faris dan rakan-rakannya yang lain kepada Faris yang merupakan budak baru SMAX. Apa yang saya suka, watak-watak dalam siri lepas ada diselitkan sekali macam Isman (rupanya Isman kacak ala-ala Badrul Muhayat hihi), Mon Suratman tak silap saya dari buku SBP, ada sebut tentang 3 rakan kena denda dan tinggal dengan Cikgu Syawal, rupa-rupanya dalam buku ni ada kisah geng bertiga ini pun ada yang kena ganggu juga dengan Suratman. Berbanding dengan D1, kisah-kisah seram D2 sememangnya seram bagi saya kisah pertama Ainun yang selamatkan kakak dia dari nenek bengkok dan lagi satu yang seram, Shafiq yang duk sembang dengan si dia sambil rokok tu, itu bagi saya seram dan saya anggapkan si dia tu jelmaan Hadi sebab digambarkan si dia tinggi lampai huhu. Saya ingatkan watak Isman ja yang 'comeback' ke SMAX rupanya pengetua baru mereka pun dan ending betul-betul buat saya nak Doppleganger 3!!! Sejak baca plot twist SBP 2 dan D1 ni saya beranggapan D2 saya takkan tertipu lagi, saya ingatkan Shuhada dalam ni pun bukan manusia juga tapi rupanya hshaha. Harapnya ada lah buku yang ketiga!! Tak puas sikit sebab di akhir cerita, Shuhada skepang tak ada muncul!! Sebab nak tahu juga 3 orang tu apa 'latar belakangnya' adakah mereka geng nenek atau geng Shuhada dan adik bergaun merah? atau sebenarnya Shuhada = Hadi? Mungkin di D3 boleh kupaskan watak-watak ni sepertimana 'Muhaimin' di SBP2 jelaskan tentang dirinya yang sebenar. Dan sekadar andaian sahaja, disebabkan Hadi yang asyik duduk di tepi koperasi ni, adakah dia jelmaan yang Pakcik Baie nampak di koperasi? hehe meremang menaip apa apa pun saya rate 5/5!! Will be waiting for the next book!
Profile Image for Siti Madihah.
66 reviews
February 26, 2026
Walaupun saya tak sampai hati nak tengok cover novel ni (takut nak bertentang mata dgn kepala teleng tu), tapi jalan cerita novel ni saya suka sangat 😍 Entahlah, walaupun cerita hantu tapi bagi saya novel Doppelganger (buku 1 dan 2) boleh dikategorikan sebagai 'comfort read' untuk saya.

Mungkin kerana novel ini membawa pembaca mengimbau nostalgia semasa bergelar pelajar asrama dahulu, selain tiada watak yang menerima kemudaratan teruk akibat gangguan entiti di sekolah itu. Dan semestinya, terdapat kisah² yang mempunyai pengajaran untuk direnungi.

Sama seperti novel pertama, Doppelganger II mengandungi beberapa penceritaan kisah² seram yang berlaku di Sekolah Menengah Agama Kota Senja, yang dikisahkan kepada watak bernama Faris. Ada beberapa reference kepada kejadian² atau kisah² dari buku volum pertama, jadi seeloknya bacalah dulu buku pertama ya 😉

Walaupun Doppelganger II mula membongkar lebih banyak kisah tentang entiti Makcik Bengkok a.k.a nenek tua kepala teleng tu, tapi itu pun banyak lagi misteri tentangnya. Kisah entiti Shuhada pula kurang disentuh dalam novel kali ini walaupun rasanya entiti itu pun antara paling popular di sekolah tersebut.

Tinggi harapan saya semoga penulis akan muncul dengan novel Doppelganger III pula di masa akan datang. Please please pleaseeee 🥹🥹🥹🙏🏼
Profile Image for Far.Zana25.
143 reviews1 follower
April 25, 2026
˖ ݁𖥔┆23 𐙚 5/5 ⭐┆𖥔 ݁˖

- ᴅᴏᴘᴘᴇʟɢᴀɴɢᴇʀ II -

ᴋᴇꜱɪɴᴀᴍʙᴜɴɢᴀɴ ᴋɪꜱᴀʜ ꜱᴇʀᴀᴍ ᴀꜱʀᴀᴍᴀ ᴅɪ ꜱᴍᴀx...

ᴋɪɴɪ ᴅɪᴛᴀᴍᴘɪʟᴋᴀɴ ᴅᴇɴɢᴀɴ ᴋɪꜱᴀʜ ʏᴀɴɢ ʟᴇʙɪʜ ꜱᴇʀᴀᴍ & ᴍᴇɴᴅᴇʙᴀʀᴋᴀɴ ᴅᴀʀɪ ʙᴜᴋᴜ ᴘᴇʀᴛᴀᴍᴀ.

๑ ᴘᴇʀꜱᴏɴᴀʟ ʀᴇᴠɪᴇᴡ ๑

ꜰᴜʜ.. ᴋᴀʟɪɴɪ ᴀQ ʙᴀᴄᴀ ᴍᴍɢ ᴛᴇʀᴀꜱᴀ ꜱᴇʀᴀᴍ & ᴍᴇʀᴇᴍᴀɴɢ. ʙᴜᴋᴜ ᴋᴇᴅᴜᴀ ɴɪ ʟᴀɢɪ ꜱᴇʀᴀᴍ ᴅᴀʀɪ ʏɢ ᴘᴇʀᴛᴀᴍᴀ ᴛᴜ. ᴋɪꜱᴀʜ² ᴅɪᴀ ᴍᴀᴄᴀᴍ ᴜɢʜ.. ᴘᴀꜱᴛᴜ ᴅɪᴛᴀᴍʙᴀʜ ᴘᴜʟᴀ ᴅᴇɴɢᴀɴ ᴘᴇɴᴜʟɪꜱ ᴅᴇꜱᴄʀɪʙᴇ ʜᴀɴᴛᴜ ᴛᴜ ᴍᴀᴄᴀᴍ ᴍᴀɴᴀ ᴇᴛᴄ ꜰᴜʜ ʟᴀɢɪʟᴀʜ. ᴜɴɪᴋɴʏᴀ ᴊᴜɢᴀ ʙᴜᴋᴜ ɴɪ ꜱɪᴀᴘ ᴀᴅᴀ ᴘᴇᴛᴀ ꜱᴍᴀx. ᴊᴀᴅɪ ᴍᴜᴅᴀʜ ᴜɴᴛᴜᴋ ᴋᴏʀᴀɴɢ ʀᴇꜰᴇʀ ʙɪʟᴀ ʙᴀᴄᴀ & ʙᴏʟᴇʜ ɪᴍᴀɢɪɴᴇ ᴋᴀᴡᴀꜱᴀɴ ʏɢ ᴘᴇɴᴜʟɪꜱ ᴍᴇɴᴛɪᴏɴ ᴛᴜ ᴀᴅᴀ ᴅᴇᴋᴀᴛ ᴍᴀɴᴀ.

ᴛᴀᴘɪ ᴛᴇɴɢᴏᴋ ᴋᴜʟɪᴛ ʙᴜᴋᴜ ᴘᴜɴ ᴅᴀʜ ᴍᴇʀᴇᴍᴀɴɢ! ᴍᴜᴋᴀ ɴᴇɴᴇᴋ ᴛᴜ ꜱᴇʀᴀᴍ ꜱɢᴛ. ᴇɴᴛᴀʜʟᴀʜ ᴛᴀᴘɪ ꜱᴇᴛɪᴀᴘ ᴋᴀʟɪ ᴘᴇɢᴀɴɢ ʙᴜᴋᴜ ᴛᴜ & ᴛᴇɴɢᴏᴋ ᴋᴜʟɪᴛ ʙᴜᴋᴜ ᴍᴇᴍᴀɴɢ ᴀᴜᴛᴏ ʀᴀꜱᴀ ꜱᴇʀᴀᴍ.😣

ᴀɴᴛᴀʀᴀ ʜᴀɴᴛᴜ ʏᴀɴɢ ᴀQ ʀᴀꜱᴀ ꜱᴇʀᴀᴍ ɪᴀʟᴀʜ ʜᴀᴅɪ ꜱɪ ʜᴀɴᴛᴜ ᴛɪɴɢɢɪ ʟᴀᴍᴘᴀᴏ ᴛᴀᴘɪ ʙᴇʀʙᴀᴜ ᴍᴀᴄᴀᴍ ʙᴇꜱɪ ᴘᴜɴ ʏᴇ.. ᴅɪᴀ ᴍᴀᴄᴀᴍ ʙᴇʀᴄᴀᴍᴘᴜʀ-ᴄᴀᴍᴘᴜʀ ʙᴀᴜ. ꜱᴜᴀʀᴀ ᴘᴜɴ ᴋᴇᴊᴀᴘ ɪᴛᴜ ᴋᴇᴊᴀᴘ ɪɴɪ. ʏᴇʟᴀʜ ʙᴇɴᴅᴀ ʜᴀʟᴜꜱ ᴋᴀɴ.. ʜᴀᴀ ᴘᴀʀᴛ ꜱᴄᴀʀʏ ʙɪʟᴀ ᴅɪᴀ ʙᴏʟᴇʜ ᴅᴇᴛᴇᴄᴛ ᴘᴇʟᴀᴊᴀʀ ᴛᴜ ᴍᴇɴɪᴘᴜ & ʙᴏʟᴇʜ ᴘᴜʟᴀ ᴛᴜ ɢɪ ᴛᴀʜᴀɴ ᴘᴇʟᴀᴊᴀʀ ᴛᴜ ᴅᴀʀɪ ʙʟᴀʜ ᴅᴀʀɪ ꜱɪᴛᴜ ꜱʙʙɴʏᴀ ᴅɪᴀ ꜱᴜᴋᴀ ʙᴀᴜ ʀᴏᴋᴏᴋ ᴛᴜ. ᴘᴇʀɢʜ ꜱᴄᴀʀʏ. ꜱᴇʟᴀɢɪ ᴛᴀᴋ ʜᴀʙɪꜱ ʀᴏᴋᴏᴋ ᴛᴜ ꜱᴇʟᴀɢɪ ᴛᴜ ᴅɪᴀ ꜱᴜʀᴜʜ ꜱᴀᴍʙᴜɴɢ ᴄᴇʀɪᴛᴀ & ʜᴀʙɪꜱᴋᴀɴ ʀᴏᴋᴏᴋ ᴛᴜ.😭 ʙᴀʏᴀɴɢᴋᴀɴ ᴋᴇɴᴀ ᴅᴜᴅᴜᴋ ʙᴇʀᴄᴇʀɪᴛᴀ ᴅᴇɴɢᴀɴ ʜᴀɴᴛᴜ😭😭😭.

ɴᴇxᴛ ᴄᴇʀɪᴛᴀ ʏᴀɴɢ ꜱᴇʀᴀᴍ ʙᴀɢɪ ᴀQ ʏɢ ᴘᴀʀᴛ ꜱᴇᴏʀᴀɴɢ ʙᴜᴅᴀᴋ ᴘᴇʀᴇᴍᴘᴜᴀɴ ɴɪ ʏɢ ᴅɪᴘᴀɴɢɢɪʟ ᴏʟᴇʜ ʜᴀɴᴛᴜ ɴᴇɴᴇᴋ ᴋᴇʙᴀʏᴀɴ ʏɢ ᴋᴇᴘᴀʟᴀɴʏᴀ ᴀʟᴡᴀʏꜱ ꜱᴇɴɢᴇᴛ ᴛᴀᴘɪ ɴᴏɴ-ꜱᴛᴏᴘ ꜱᴇɴʏᴜᴍ. ꜱᴄᴀʀʏ😫. ᴅɪᴘᴀɴɢɢɪʟ ʙᴜᴋᴀɴ ᴘᴀɴɢɢɪʟ ʙɪᴀꜱᴀ.. ᴘᴀɴɢɢɪʟ ɴᴀᴋ ᴄᴜʟɪᴋ ʙᴜᴅᴀᴋ ᴛᴜ ᴏᴋᴀʏ.

ꜱᴇᴊᴜᴊᴜʀɴʏᴀ ᴀQ ᴛᴀᴋ ꜰᴀʜᴀᴍ ᴛᴀᴜ ᴀᴘᴀ ᴍᴀᴋꜱᴜᴅ ᴅᴏᴘᴘᴇʟɢᴀɴɢᴇʀ ᴅᴀʟᴀᴍ ʙᴜᴋᴜ ᴘᴇʀᴛᴀᴍᴀ ᴛᴀᴘɪ ʙɪʟᴀ ᴅᴀʜ ʙᴀᴄᴀ ʙᴜᴋᴜ ᴋᴇᴅᴜᴀ ꜱᴀᴍᴘᴀɪ ᴇɴᴅɪɴɢ ʙᴀʀᴜ ᴍᴀᴄᴀᴍ 'ᴏʜʜʜʜ' ɪɴɪʟᴀʜ ᴍᴀᴋꜱᴜᴅɴʏᴀ. ᴋɪʀᴀɴʏᴀ ᴍᴀᴄᴀᴍ ʜᴀɴᴛᴜ ᴛᴜ ᴍᴇɴʏᴀᴍᴀʀ ɢᴜɴᴀ ɴᴀᴍᴀ ᴏʀɢ ʏɢ ᴍᴇᴍᴀɴɢ ᴡᴜᴊᴜᴅ ᴜᴛᴋ ᴘᴇʀᴅᴀʏᴀᴋᴀɴ ᴍᴀɴɢꜱᴀ² ʏɢ ɴᴇɴᴇᴋ ᴋᴇʙᴀʏᴀɴ ɴɪ ɴᴀᴋ. ᴛᴀᴘɪ ꜱᴛɪʟʟ ᴛᴀᴋ ᴛᴇʀᴜɴɢᴋᴀɪ ꜱᴀɴɢᴀᴛʟᴀʜ ᴍɪꜱᴛᴇʀɪ ɴᴇɴᴇᴋ ᴋᴇʙᴀʏᴀɴ ɴɪ ᴀꜱᴀʟ ᴜꜱᴜʟ ꜱᴇʙᴇɴᴀʀ ᴄᴇʀɪᴛᴀ ᴘᴇɴᴜʜ ᴅɪᴀ ᴛᴜ.

ᴏᴠᴇʀᴀʟʟ ʙᴇꜱᴛ! ᴍᴇɴᴀʀɪᴋ ꜱᴀɴɢᴀᴛ ᴅᴇɴɢᴀɴ ᴇɴᴅɪɴɢ ᴘᴜᴀꜱ ʜᴀᴛɪ. ᴋᴀʟᴀᴜ ʙᴇᴛᴜʟʟᴀʜ ᴄᴇʀɪᴛᴀ ᴍᴀᴄᴀᴍ ɴɪ ᴡᴜᴊᴜᴅ ᴅᴇᴋᴀᴛ ꜱᴇᴋᴏʟᴀʜ ᴀꜱʀᴀᴍᴀ ᴍᴀɴᴀ²... ᴅɪꜱᴀʀᴀɴᴋᴀɴ ᴘɪʜᴀᴋ ꜱᴇᴋᴏʟᴀʜ ᴛᴜ ᴊᴀɴɢᴀɴ ᴅᴜᴅᴜᴋ ᴅɪᴀᴍ. ᴅᴏ ꜱᴏᴍᴇᴛʜɪɴɢ!

ᴛᴇʀɪᴍᴀ ᴋᴀꜱɪʜ ᴊᴜɢᴀᴋ ᴘᴇɴᴜʟɪꜱ ᴜɴᴛᴜᴋ ᴋᴀʀʏᴀ ʏᴀɴɢ ꜱᴇʀᴀᴍ & ᴍᴇʀᴇᴍᴀɴɢ ɪɴɪ. ᴛᴇʀɪᴍᴀ ᴋᴀꜱɪʜ ᴊᴜɢᴀᴋ ʙᴜᴋᴜ ᴘʀɪᴍᴀ ᴜɴᴛᴜᴋ ɴᴀꜱᴋʜᴀʜ ɪɴɪ ʜᴇʜᴇ.

#ᴅᴏᴘᴘᴇʟɢᴀɴɢᴇʀII #ɴᴜʀᴜʟꜱʏᴀʜɪᴅᴀ #ʙᴜᴋᴜᴘʀɪᴍᴀ #ꜰᴀʀᴢʀᴇᴀᴅꜱ #ʙᴏᴏᴋʀᴇᴠɪᴇᴡ
Profile Image for Hani~.
185 reviews4 followers
April 4, 2026
Bestnya buku ni!!!

Apa yang menjadikan ia berbeza daripada buku-buku seram lain adalah keunikan karakter setiap watak hantu/entiti yang wujud tu. Kadang-kadang menakutkan, kadang-kadang kelakar, ada masanya mengundang simpati. Begitu juga dengan pelajar-pelajar terlibat. Masing-masing ada personaliti tersendiri. Mungkin itu sebabnya cerita ini terasa dekat dan menarik —kerana kita 'kenal' mereka. Lebih dari sekadar makhluk menakutkan atau manusia yang ketakutan.

Lebih menarik lagi, makhluk-makhluk aneh ini sebahagian besarnya hanya mengganggu mereka yang 'buat hal'. Mencuri? Merokok? Memfitnah? Menipu? Membuli? Jangan ingat boleh terlepas dengan mudah. :D

Walaupun penulis memberi bayangan tidak akan meneruskan siri ini, tapi tolonglah, tolonglah ubah fikiran. Masih banyak misteri yang terpendam. Dan saya perlukan novel seram jenis begini untuk dinikmati. Seram yang ada mesej tapi tidak berat untuk dicerna. Cozy horror? Ada ke genre tu? Kalau tak ada, anggaplah sajalah ada. 🤭
Profile Image for Vida Ariff.
182 reviews
May 29, 2026
Pertama sekali, buku ini seramnya berada pada level yang lain jika dibandingkan dengan buku pertama. Jauh sangat level seramnya! Malah penulisan jalan ceritanya jauh lebih kemas dan lebih lancar dibaca.

Sudah tentu hantu-hantu pada buku ini kebanyakannya hantu daripada buku pertama. Rasa lebih memahami mungkin kerana sudah 'kenal' mereka serba sedikit.

Aku sebenarnya agak terkesan dengan watak Ainun dengan keupayaan kelip-kelipnya. Ya, sebab aku sangat familiar part 'kelip-kelip' itu sendiri.

Penyampaian penulis yang bersahaja, namun masih menyuntik rasa seram. Kalau rasa Doppelganger tu seramnya angin-angin sepoi, maka buku Doppelganger II ini wajib dibaca kerana seramnya 'melingkar dan menggigit' perasaan.
Profile Image for Mina Ahmad.
20 reviews
May 8, 2026
Tak sebest yg pertama

Mcm byk lagi yang tak terjawab, sekadar cerita2 seram mistik penunggu2 di smax je, paling tak best kisah laham tu, byk saya skip paragraph

Takde kisah pasal hadi, dan siapa makcik bengkok dan rumah bumbung merah tu, takkan mereka tu semata2 doppelganger???

Harap ada yg ketiga yg jawab semua persoalan ni dan berakhir dgn persaraan pengetua ainun dgn terungkainya kisah makcik bengkok
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Roza Amin.
8 reviews
June 13, 2026
Faris pelajar baru SMAX tapi nasibnya tak baik sudah didenda Cikgu Dolah. Tetapi sebenarnya ada yang terjadi sepanjang masa denda dia tu.

Che Dot dan Ainun dari buku pertama pun kembali di buku ini.

Overall interesting story!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 15 of 15 reviews