Sejujurnya, Kirah jarang beli buku self pub yang penulisnya Kirah belum pernah baca karya mereka. Atau tak pernah follow penulisannya di mana-mana. Tapi untuk Bungkam, atas recommendation ramai orang, Kirah beli dan baca.
Dan ya. Recommendation tu sangat valid.
Cerita ini mengisahkan Melur, seorang ghostwriter yang tiba-tiba menerima tawaran untuk menulis kisah seorang wanita yang aneh.
Wanita itu digelar E.M. Dan pertemuan mereka untuk membincangkan soal manuskrip, dibuat di satu bilik hotel. Tempat dan masa yang sama setiap kali sesi.
Dengan satu syarat. Jangan ada telefon bimbit semasa sesi berlangsung.
Mahu Melur tak panik? Tapi memikirkan wang yang makin sempit, deposit pun dah masuk awal. Akhirnya, dia berada di dalam bilik hotel itu.
Duduk berhadapan dengan perempuan tersebut dan mendengar kisahnya.
Dia ... Perempuan yang mahu bebas daripada hidup bayangan lelaki yang nampak baik dan teratur segalanya.
Suami dia, Amir.
Apa nasib mereka dalam kisah ini?
Overall, bagi Kirah ini cerita psiko-thriller yang menarik. Kata ganti diri saya dan I dalam manuskrip, membawa vibes yang berbeza. Macam baca novel Inggeris. Dan plotnya menarik. Sesiapa yang suka baca The Housemaid by Freida Mcfadden, boleh try baca buku Bungkam ini juga.
Cuma kalau part psiko dapat lebih ummph, atau ada plot twist yang lagi padu dan misteri (sebab jalan ceritanya straight forward). Kirah rasa genre ni boleh dibawa dengan lebih baik lagi. Dan ada kesalahan-kesalahan teknikal yang agak banyak (cetakan kedua) tapi masih tak mengganggu pembacaan dalam novel. Mungkin untuk cetakan ketiga, dapat ditambah baik (sudah ditambahbaik).
Apa pun, Kirah rekomen untuk korang baca cerita ni! Muka surat belakang ada tunjuk dua buku lain daripada penulis. Masih ada stok tak? Saya mahu beli!!
Wujudkah lelaki yang terlalu sempurna? Saya dah tergoda dari awal dengan kulit bukunya tanpa tahu ini kisah thriller yang psiko. Jalan cerita yang tak ada belok-belok. Terus sampai kepada pembaca dan mudah anda bayangkan.
Permintaan E.M untuk mencari ghostwriter yang menulis kisahnya. Pertemuan dan syarat ditetapkan untuk Melur terima. Tiada perakam, tiada gadget. Satu persatu kisah hidup E.M tersingkap. Melur sendiri jadi tak senang duduk kerana tak sangka manuskrip yang bakal ditulis sepatutnya menjadi laporan polis.
Kenapa? Korang memang kena baca buku ni. Selingan bual bicara dan ulang tayang kisah rumahtangga E.M yang agak ‘dark’ memang menarik. Kita leka masa baca. Boleh habis sekejap je dengan tulisan penulis yang mudah faham dan ringkas.
Segala kisah indah semakin lama jadi semakin menakutkan. Setiap kebenaran buat kita tercengang. Berat kita nak fikir bila perkara aneh datang dari manusia paling ‘normal’. Apatah lagi yang melaluinya. Benda asing dalam badan tu memang a wow! Sangat bijak si dia merancang ye. Nak keluar rumah pun kena isi borang.
Hanya dengan mendengar kisah E.M cukup buat kita berhati-hati. Kisah yang lengkap dan tidak terburu-buru. Walaupun kisahnya gelap tapi masih ringan, masih boleh tidur dengan aman. Selamat membaca semua!
Bungkam membawa maksud diam dan tidak bersuara. Thriller psikologi misteri ni bermula bila Melur, seorang penulis bayangan, ditawarkan RM15,000 oleh Elena, seorang pempengaruh terkenal, untuk menulis kisah hidupnya bersama suaminya, Amir.
Kisah Elena ni memang buat aku berdebar dari awal. Makin baca, makin banyak persoalan muncul. Apa sebenarnya yang jadi antara Elena dan Amir? Apa rahsia yang disembunyikan? Pada mulanya, aku ingat Elena ni wanita yang sangat beruntung sebab dapat suami macam Amir. Tapi rupanya… fuhh 😨
Sepanjang membaca juga, tak dinafikan ada juga terlintas di hati yang mungkin Elena tidak boleh dipercayai? Dalam masa yang sama, aku pun tertanya juya mengenai Amir. Adakah dia obses sebab cinta, atau sebenarnya ada sesuatu yang tak kena dengan dirinya? Seram juga fikir kalau jumpa lelaki macam ni. Luaran nampak baik dan terkawal, tapi dalaman… nauzubillah.
Aku suka gaya penceritaan Melur yang santai dan mudah diikuti. Part yang mendebarkan tu memang terasa debarannya, tapi dalam masa yang sama ada juga beberapa bahagian yang buat aku tersengih sendiri. Tengah cemas-cemas baca pun sempat ketawa dengan kata hati Melur. 😂
Selain tu, aku paling suka format cerita ni. Tak berbelit-belit dan terus kepada isi. Satu demi satu perkara dijelaskan dengan teliti. Ada soalan dalam fikiran kau, dan kau akan terus dapat jawapan. Ada satu part tu, sampai aku rasa macam dah pandai sikit pasal CCTV. Details betul penerangan. Sumpahlah aku tak tahu ada CCTV gaya gitu ;)
Pengakhirannya pula memang memuaskan. Perasaan sedih dan lega bercampur. Tahniah Melur untuk karya sulung yang berjaya buat aku terus nak tahu apa jadi seterusnya. Memang aku nantikan karya-karya Melur yang akan datang.
Dan sejujurnya, aku beli buku ni sebab terpengaruh dengan cover dia 🙈 Cantik sangat! Lepas tu nampak pula kata "novel thriller realistik". Terus FOMO. Mujur kali ni FOMO aku berbaloi. Memang best! Korang, bacalah buku ni! 🫶🏻
Ayat tu buatkan saya akhirnya faham kenapa Elena kata begitu dekat Melur. 🥺
Bungkam mengisahkan Melur, seorang ghostwriter yang menerima tawaran RM15,000 untuk menulis kisah hidup Elena. Pada mulanya saya sangka ini cuma kisah rumah tangga biasa yang mungkin thrillernya lain. Rupanya saya silap. Semakin Elena bercerita, semakin saya rasa sesak dan tak senang duduk.
"Kalau i nak keluar... I kena isi borang."
Masa baca dialog ni, saya terus terdiam. Tak ada jeritan, tak ada pukul-memukul, tapi rasa dikawal dan dipenjarakan itu lebih menakutkan. Penulis berjaya menunjukkan bahawa penderaan bukan semestinya meninggalkan kesan pada tubuh, tetapi boleh menghancurkan jiwa. Penulis gambar kan betapa terseksanya Elena hidup sebumbung dengan Amir sudah cukup membuatkan saya menelan air liur dan menghela nafas dengan tersekat-sekat.
Bayangkan kalau suami korang cakap begini? “You dah tidur lena, sayang. I bagi you ubat tidur siap-siap." 😭☝🏻
😶 Serius... masa ni saya terus overthinking. Makin jauh saya baca, makin kuat rasa macam ada sesuatu yang tak kena. Aura seramnya bukan sebab hantu, tapi sebab manusia. AMIR!
Saya suka cara cerita ini disampaikan. Hampir keseluruhannya terasa seperti sedang mendengar seseorang meluahkan rahsia paling gelap dalam hidupnya. Pace sangat laju, tak meleret, dan setiap bab buat saya nak tahu apa yang akan terbongkar selepas itu.
My Thoughts 💭 🐱 "Macam mana seseorang boleh nampak begitu sempurna di mata orang lain, tapi sebenarnya sedang hidup dalam sangkar yang tak nampak?"
🐱 "Kalau saya jadi Melur, entah kuat atau tak nak terus dengar cerita Elena sampai habis."
Bungkam bukan sekadar thriller psikologi, tetapi juga kisah tentang manipulasi, kawalan dan keberanian untuk bersuara selepas terlalu lama dipaksa diam.
Ending dia pula... memang buat saya tarik nafas panjang. Puas, tapi dalam masa yang sama meninggalkan rasa seram yang masih melekat walaupun buku dah ditutup.
⭐ Recommended untuk pembaca yang sukakan psychological thriller yang realistik, fast-paced dan penuh debaran. Buku ni bukan buat saya takut dengan hantu... tapi buat saya takut dengan manusia. Moga dijauhkan dari saya. Aamin! 😭
I ingatkan cerita ni kisah benar masa mula-mula baca dekat Threads. Tapi bila sampai ke satu part yang agak pelik, terus rasa macam mustahil pula kalau ini kisah benar.
Penulis tak post ending dekat Threads, kena beli ebook kalau nak tahu apa jadi seterusnya. I tak beli pun ebook tu tapi haritu I nampak Bungkam dekat MPH. Terus beli.
Dan sesungguhnya memang berbaloi! Ending untuk Elena Marissa sangat memuaskan, dan hukuman yang diterima Amir Sazali memang buat I rasa puas hati.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Aku habiskan buku ni less than 12 hours je sebab buku ni very straight forward, takde corner2, bila ada persoalan terus dpt jawapan, you’ll understand when you read
Why this book deserves 5 ⭐️ :
1) Beautiful book cover, sangat mudah dilentur, lembut je nak selak and buka time baca tu, flowy gitu
2) Very straight forward
Cerita ni bukan mcm novel kebiasaan where narrator yang banyak bercerita, this novel is a long-true-story-telling (actually she’s seeking for help) about E.M. to this ghostwriter Melur - means dialog diantara Melur dan E.M. sebab tu sis susah nak berhenti
And its about her perfect slash secretive slash weirdo husband - makin lama dengar cerita E.M. (I imagine myself as Melur) makin seram sis rasa smpai rasa mcm amir tgh perhatikan sis somewhere in the house
The things tht amir did buat sis tk senang duduk baca, makin lama makin twisting (gempak) plot twist dia 🤯 and unexpected to me
3) I cant tell more takut terspoiled the story cause this book is very fast paced, mcm kau tengah bergosip hangat dgn kawan kau gitu, takde selit2 cerita lain, memang kau fokus kt cerita tu je
4) I love how its end, semoga E.M. mendapat kehidupan dia semula dan kebahagian yang dia sepatutnya dapat
Bagi seseorang yang telah lama meninggalkan dunia bacaan terutamanya novel, buku ini telah menyuntik sedikit sebanyak semangat untuk saya mula membaca semula.
Bermula dengan gaya penceritaan yang santai, namun plot twist yang diolah oleh penulis ternyata mampu menarik minat pembaca meneroka ke alam penceritaan yang terasa seakan realiti.
Thrillernya mampu menimbulkan saspens (keterujaan) pembaca untuk tetap terus membaca sehingga ke akhirnya.
Tahniah Melur Estelle! 💛 Karya agung sulung yang sangat memuaskan hati!
Selesai dgn buku yg bergenrekan psikologi thriller… mengisahkan Melur yg mendpt job utk menulis kisah hidup EM or Elena Marissa yg berkhwin dgn Amir Sazali. Mulanya bhgia tp rupa2nya ada kisah gelap dan menakutkan bg EM nie bila dh kawen dgn Amir nie… So mcm2 rahsia yg EM bongkarkan kpd Melur and bgmna percaya nya EM kpd Melur utk menolongnya… btw x nak ckp byk… x nak taip smpai hbis so go get this book!!
Best weh! Tp awat aku rasa cite dia mcm xkena ngan cover. Tp cover cantik 🤣
Tbh idea cite ni mcm seakan movie2 omputih gitu. Buatkan aku rasa debor², misteri, rasa saiko wey, rasa mcm "aduuu mane aku nak lari ni!" Ko igt ko da kenal 'dia', rupanya tidak. Olahan cerita dia simple dan mudah aku faham siap terms² pun ada nota kaki, dan aku enjoy baca, xdraggy. Ending pun just nice. Kena la dgn tema 'realistik'.
Rasa geram. Berdebar. Marah. Rasa nak tumbuk orang. Rasa diperhatikan.
Semua rasa ni berbaur.
Seorang ghostwriter yang fikir dia kena prank selepas menerima emel tawaran menulis cerita dengan bayaran setinggi RM15000, rupa-rupanya tanpa dia sedar, dia bakal menjadi pendengar dan saksi kepada kisah yang sangat disturbing.
Walaupun dari awal cerita pembaca sudah boleh agak siapa yang jahat, penulis tetap berjaya mengolah cerita yang membuat pembaca lemah jantung, berdebar, rasa tak selamat, rasa cuak & overthinking.
Dan walaupun saya sudah habis baca, saya masih rasa seolah-olah cerita belum selesai. Sebab penulis berjaya tanam rasa yang buat saya fikir watak jahat tu masih ada rancangan lain.
Buku pertama tahun 2026 yg berjaya sy hbiskan dalam masa 3 jam 30 min (3 hari) jln cerita yg menarik.. gaya penulisan yg baik.. sy rekomen novel thriller ni..
Tahniah dan syabas buat penulis untuk naskhah ini. I really love how floppy it is, cover buku cantik dan saiz n layout yang sedap dibaca dan dibawa ke mana2. Saya baca cetakan kedua, masih ada sikit typo here and there. Ada sekali tu tertulis Amir Gazali instead of Amir Sazali. Ingatkan ada sebarang plot twist. Jujurnya, hati aku mengharapkan lebih.
Suka premis dibawa. Tiap kali Amir sebut "sayaaang...", mmg naik bulu roma. Cuma rasa macam ending agak rushing. Peleraian dia agak mudah.
Apa pun, naskah ni berjaya menimbulkan rasa "creepy" dan suspen. Lain dari yang lain. Teruskan menulis, saya menanti karya seterusnya!😁
Done baca novel BUNGKAM… dan ya, ini antara novel psikologi thriller yang paling buat saya berdebar 😮💨
Cerita ni mengisahkan Melur, seorang ghostwriter yang diupah untuk menulis sebuah kisah. Tapi bila Melur mula berjumpa dengan orang yang mengupah dia, dari situlah emosi kita sebagai pembaca mula kacau-bilau — cemas, curious, takut, speechless… semua ada.
Seriously, penulis memang pandai mainkan emosi pembaca. Debaran dalam tulisan tu terasa sampai ke luar buku. Ada part yang buat rasa tak senang duduk dan overthinking sendiri 😭
Yang saya suka tentang novel ni:
✅ gaya bahasa kemas dan sedap baca ✅ jalan cerita tersusun ✅ dark aura dia konsisten dari awal sampai akhir ✅ ada info tentang psikologi dan mental abuse ✅ mental torture dalam perkahwinan digambarkan dengan sangat realistik
Lepas habis baca, memang susah nak move on kejap 😮💨 Kena ambil masa tenangkan debaran dulu sebelum start buku lain.
Recommended untuk yang suka genre psikologi thriller yang penuh suspen dan bermain dengan emosi pembaca.
saya suka jalan cerita novel ni,kisah seorang lelaki yang sangat 'menjaga' isterinya..tapi sifat terlampau menjaga tu membuat isterinya jadi rimas..lelaki tu terlampau nak kan kesempurnaan..plot yang menarik,penceritaan yang buatkan kita nak tahu apa yang akan terjadi pada perempuan tu akhirya..overall,novel yang menarik untuk dibaca,tentang bagaimana watak utama menghadapi konflik emosi,kehidupan,rahsia terpendam..so selamat membaca..yihaaaa❤️
Bungkam - umpama tajuk buku yang membawa maksud diam, tidak bersuara. Cerita psikologi misteri yang penuh suspen dengan penceritaan dari mula hingga akhir buat saya terdiam dan tidak bersuara kerana penuh debaran.
Kisah Melur Estelle yang diupah dengan bayaran lumayan RM15 ribu oleh pempengaruh terkenal Elena hanya untuk menulis kisah hidup beliau bersama suaminya. Kisah Elena yang penuh debaran apabila Elena cuba mencari jawapan dan rasa ingin tahu tentang suaminya. Tanpa sedar, Elena membuka satu demi satu rahsia yang selama ini tersembunyi. Seperti juga Melur Estelle yang menulis kisah Elena dengan penuh debaran ketika sesi temubual antara mereka.
Saya tidak boleh berhenti daripada terus membaca buku ini sehingga muka surat terakhir dalam masa 1 hari sahaja. Kerana saya juga ingin tahu rahsia yang tersembunyi. Apakah rahsia tersebut? Adakah Elena betul-betul mangsa ..
Reading this takes you through a rollercoaster of emotions. Plot Bungkam sangat direct dan tidak kompleks. Alurnya mudah diteka. Namun, cara penulis menyusun cerita, menyebabkan pembaca turut sama berdebar-debar. Tertanya-tanya.
Bungkam mengisahkan ttg seorang ghostwriter yg mendapat emel misteri. Dalam emel itu, dia diminta utk menulis kisah pengirimnya, iaitu E.M, dgn bayaran RM15000. Kisah yg awalnya kedengaran seperti kisah cinta yg manis, lama-kelamaan mula menunjukkan sisi gelap yg hakiki.
What makes Bungkam terrifying, is the sense of being trapped. Predator dalam cerita ini bijak mengatur langkah, bijak memanipulasi, sehingga bagaikan tiada celah utk keluar drpd permainannya. Semuanya diatur dgn terlalu baik.
It’s like you’re a chess piece, and the only thing you can do is submit yourself to the player.
E.M sangkakan yg suaminya sempurna. Hidupnya sempurna. But cracks started to appear.
Bermula dgn perlu isi borang setiap kali keluar rumah, lipstik yg dibuang sesuka hati suaminya, E.M perlu mengikut telunjuk suaminya bagi setiap perkara. If not, he will punish her.
No, he will not hit her. Or scream at her.
He will respond with silence. And he knows very well, his silence drives her insane. That is how he gains control. And there is no limit to how far he will go for that sense of absolute control.
Ini antara buku yg plg laju saya habiskan, sbb the way the author writes keeps me engaged walaupun dah boleh nampak ke mana arah tujunya. Keterdesakan E.M disampaikan dgn sgt baik, dan membuatkan pembaca turut sama rasa tertekan dgn segala perancangan suami E.M.
Like, why is he so well-prepared for every situation? Why does he always know? Why does he keep getting away?
Bahkan pengakhirannya pun, membuatkan saya termenung seketika. A bittersweet ending, that left me with mixed emotions.
Overall, this was a good read. There may be no insane plot twists, or impressive action scenes. Tapi plotnya digarap dgn cukup kemas, which makes it enjoyable.
Seperti orang lain, saya juga mula tertarik untuk membeli buku ini selepas membacanya di Threads. Tapi malangnya momentum daripada pengalaman pembacaan di Threads tidak dapat diteruskan dalam bentuk buku. Penulisan yang agak staccato menjadikan cerita sangat melelahkan untuk dibaca. Terlalu banyak perkara yang 'diberitahu' (tell) daripada 'ditunjukkan' (show), seolah-olah tiada kepercayaan kepada pembaca untuk memproses sendiri apa yang berlaku. Saya juga menjumpai banyak pengulangan frasa-frasa tertentu dan adakalanya terasa seperti membaca penulisan oleh kecerdasan buatan. Ini bukan tuduhan, cuma pengamatan peribadi saya sahaja. Mungkin cara penulisan sebegini sesuai di media sosial tapi tidak di dalam buku. Apa pun, saya hormat usaha penulis Melur Estelle yang menerbitkan bukunya sendiri sehingga percetakan dan juga usaha kerjasama bersama dengan Gerak Budaya. Harap buku seterusnya lebih baik.
1) masyallah novel ni memang buat aku tergamam, shocked, Dan bungkam!
2) yang bergenre kan psychological thriller seorang ghostwriter yang di upah oleh seseorang yang tak dikenali, dengan tawaran upah yang begitu lumayan, hanya utk menulis segala apa cerita beliau sendiri hadapi.
3) sama tapi tidak serupa, ia seperti novel nota, 1, 2, 3. novel ni pun best. dan drama bersiri tajuk, Griya.
4) dengan ending yang membuat aku menitis air mata. 🥹 Korang yang minat genre seperti ini, this for you!
wassalam.
( this book deserve 5 stars! teruskan perjuangan ini wahai penulis Melur! konsepkan genre Genre seperti ini di masa yang akan dtg. Semoga sukses! Aamin 🤲 )
Bungkam. Aku suka novel ni. Tak sampai 6 jam berjaya habiskan. Cerita yang straight forward tapi buat jantung rasa berdebar nak tahu apa yang terjadi seterusnya. Awal bacaan aku dah rasa macam ‘triggered’ bila E.M cerita perihal perkara pelik berkenaan suami dia. Walaupun aku tak pernah kenal manusia macam suami E.M tu rasa macam betul-betul wujud manusia macam tu. Aku suka gaya penulisan penulis ni. Tahniah kepada penulis.