Jump to ratings and reviews

Tuan Adam Fath: Sweet Fantasies

Adam Fath kehilangan segalanya kerana seorang wanita bernama Indah El Lara. Gadis itu telah memerangkapnya, menghancurkan reputasi dan meranapkan impiannya untuk menjadi CEO.

Namun, saat Adam cuba membalas dendam dan memaksa Indah mengaku, sesuatu yang tak dijangka berlaku, dia jatuh cinta.

Masalahnya... Indah tidak wujud. Yang ada cuma Putri Qaseh, seorang doktor yang merawat Adam atau lebih tepat, seseorang yang hanya menyerupai Indah.

"Saya bukan Indah dan saya takkan pernah jadi Indah." —PUTRI QASEH

Adam masih lagi gila bayang dengan bekas kekasih hatinya. Dan bagi Adam, hanya ada satu cara untuk mengisi kehilangan itu. Dia tahu Indah hanya khayalan. Namun, dia tetap enggan menerima hakikat itu.

"If you're not Indah, then pretend to be Indah. For me, sayang." —ADAM FATH

"Saya Qaseh. Tuan kena sedar, Indah tak pernah wujud. Dia hanya khayalan tuan je." - PUTRI QASEH

Tapi Adam tidak peduli. Dia mahu Qaseh menjadi Indah. Dia mahu percaya bahawa Indah masih ada.

"Be Indah. Act like Indah. Make me believe you're Indah. Bila aku dah tak nampak kau sebagai Indah, I will throw you away. Easy?" —ADAM FATH

Siapa sebenarnya Qaseh? Seorang doktor atau sekadar pelanduk dua serupa yang terperangkap dalam permainan gila Adam?

Dalam permainan emosi dan dendam ini, Adam perlu menentukan, adakah dia masih terikat dengan bayang-bayang Indah, atau hatinya sudah beralih kepada Qaseh?

Paperback

First published May 30, 2025

Loading...
Loading...

About the author

Bellesa

5 books44 followers

Ratings & Reviews

What do you think?

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1 (20%)
4 stars
1 (20%)
3 stars
2 (40%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (20%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Azrael.
9 reviews
August 31, 2026
Rael memang letak high expectations dekat novel ni lepas baca blurb dia, tapi honestly... this one wasn't really Rael's cup of tea. 🥹📖

Plot twist dengan mystery element dalam cerita ni bagi Rael tak cukup kuat untuk bagi impak yang Rael harapkan. Twist dia sebenarnya menarik, cuma confusing sikit. Lepas habis baca pun masih ada beberapa bahagian—especially yang melibatkan Indah El Lara dan scene dia dengan Adam dekat awal cerita—yang buat Rael tertanya-tanya. 🤔

Basically, novel ni mengisahkan tentang Indah dan Adam. Diorang macam tak kenal antara satu sama lain, Adam pula simpan dendam terhadap Indah, tapi tiba-tiba dia jatuh cinta dengan Indah seawal cerita. Sampailah satu tragedi berlaku, Adam terjaga... dan Indah sebenarnya langsung tak wujud. 😳 Sebaliknya muncul Puteri Qaseh yang mempunyai wajah yang sama macam Indah.

Honestly, this concept is really interesting. Bayangkan korang bangun satu hari dan sedar semua yang korang lalui hanyalah satu ilusi. 😵‍💫✨ Itu yang buat Rael excited nak baca novel ni.

Rael kena admit yang novel ni sebenarnya ada banyak potential, cuma rasa macam terlalu pendek. 🥹 I wish cerita ni dipanjangkan lagi. Sebab novel ni sekitar 300 muka surat je, hubungan percintaan antara Adam dan Indah, lepas tu Adam dengan Qaseh pun terasa agak rushed dan tak sempat berkembang dengan lebih mendalam.

Selain tu, Rael juga berharap mystery element dalam novel ni lebih "berasa". Macam ada lagi flavour dan suspense yang boleh dimainkan. 🕵🏻‍♂️📚 Mungkin sebab masa baca ni Rael lebih mengharapkan thriller & mystery daripada romance.

So, kalau korang memang cari novel bertemakan mafia romance dengan sedikit mystery, Rael rasa novel ni masih sesuai untuk korang cuba. ❤️🖤

Oh ya... satu lagi. Tolong sediakan kesabaran korang bila berdepan dengan perangai Adam. 😂 Level dia kena tahan tu rasa lagi tinggi daripada Tuan Ziyad. Dan untuk Rael, Adrian will always be my favourite character. 🤍

Lepas habis baca, Rael rasa macam novel ni patut lebih berfokus pada Adrian berbanding Adam. Bila sampai dekat plot klimaks, Rael rasa Adrian lebih layak dapat spotlight sebab apa yang dia lakukan dan rahsia yang dia simpan dengan watak perempuan tu.

Somehow, dia yang paling meninggalkan kesan dekat Rael. 🥹✨

Overall, this was a good read with an interesting concept, cuma some parts of this story tak cukup untuk buat Rael betul-betul jatuh cinta dengan cerita ni.❤️

⭐ 3.8/5
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Belle.
17 reviews
February 16, 2026
kurang sikit la 🤏 plot twist dia banyak sangat sampai migraine kita dibuatnya. best tapi kurang faham time akhir akhir. otak jadi blur sebab susah nak cerna plot twist yang bertimbun. novel ni dark romance. kepada sesiapa yang suka konflik berat berat boleh baca novel nii.

btw, saya rasa kesian gila dekat life adrian. walaupun dia villain, tapi bagi saya dia baik. hidup dia pun tak adil—semua benda dia kena tanggung, kena dera, selalu jadi last choice. huhu, kesian adrian. rasa nak peluk je dia, nak salurkan kekuatan untuk dia
Profile Image for jasminebloom.
36 reviews
May 25, 2026
Story nya quite okay. Cuma plotnya sedikit berserabut. Bila baca tu kena faham betul-betul baru sel-sel anda dapat berhubung dengan baik. Btw, kesian Adrian. For me, he’s not a villian. Dia cuma mangsa keadaan.
Displaying 1 - 4 of 4 reviews