Jump to ratings and reviews
Rate this book
Rate this book
“Edisi terbaru ini adalah penghargaan kepada anda semua yang telah bersama kami sejak awal, dan kepada generasi baru yang mahu memasuki dunia MISI.” - AFIQ SALAM

“Satu kebahagiaan buat kami selaku pengkarya apabila menyaksikan karya ini bertahan dalam pasaran selama lebih 15 tahun. Harapan saya, semoga karya ini dapat bertahan lebih lama berbanding diri kami sendiri, serta berterusan mencetuskan impak positif ke dalam diri pembaca.” - NAZRY SALAM

144 pages, Comic

First published March 20, 2010

Loading...
Loading...

About the author

Nazry Salam

59 books199 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
419 (75%)
4 stars
80 (14%)
3 stars
22 (3%)
2 stars
15 (2%)
1 star
18 (3%)
Displaying 1 - 30 of 32 reviews
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books109 followers
January 31, 2018
di sini rupanya perkenalan aizad dan zahid. aizad yang lebih pada gajet dan bila semua peralatan gajetnya disorok ibu dan dengan syarat dapat A, aizad mula cari jalan bagaimana mahu belajar. dan zahid bersetuju membantu..

haa... di sini pembaca boleh praktikkan cara pembelajaran. cara yang jelas dan bagaimana mahu uruskan masa. waktu belajar, belajar sungguh-sungguh. waktu bermain dan riadah, gunakan sepenuhnya.

kenapa baca komik anak? ehh.. rasanya tak salah, kan? ada input juga buat kita, mak ayah. baca bukan sekadar baca beb...
Profile Image for Sha Mohamed.
2,543 reviews1 follower
February 18, 2021
Permulaan persahabatan antara Zahid dan Aizat..
Persahabatan yang sangat bagus kerana Aizat cuba mengubahdiri untuk suka belajar dengan meminta bantuan dari Zahid.. dengan bantuan Zahid, Aizat mula belajar dengn cara dan kaedah yang betul dan memperolehi keputusan yang baik..
April 17, 2026
Komik-M ' Misi 8A ' ini memperkenalkan saya dengan dua adik-beradik Nazry Salam selaku penulis, manakala Afiq Salam sebagai pelukis komik. Umpama macam komik Jepun ' Bakuman ' rasanya. Disebabkan ini, saya menjadi peminat mereka berdua sampailah sekarang.

Bermulanya komik rantaian ' Misi ' sampailah sekarang, pelbagai judul ' Misi ' di pasaran dengan bekerjasama ramai pelukis komik yang berbeza. Namun banyak juga komik ' Misi ' yang saya gagal mendapatkan di pasaran, bukan rezeki saya agaknya.

Komik ini memang sesuai untuk semua tidak kira umur, namun dicadangkan khas buat para pelajar sekolah di luar sana. Mencontohi watak-watak di dalam komik ' Misi 8A ' ini untuk belajar rajin rajin bak pepatah ' Study smart not study hard '.

Sudah banyak kali komik ini diulang cetak di pasaran dengan edisi kemaskini yang entah buat kali ke berapa, malah sudah beberapa kali bertukar kulit wajah hadapan.

Peningnya kepala saya dengan syarikat penerbitan ini, beruntungnya pembaca yang membeli edisi kemudian kerana sudah dikemaskini dengan kulit wajah baharu dan segar.

Terima kasih banyak-banyak kerana menghasilkan komik pelajaran yang bermutu dan menaikkan motivasi para pelajar, teruskan berusaha mengeluarkan banyak komik macam ini di masa hadapan.
Profile Image for Naqiyatun Nouha.
23 reviews
April 24, 2020
Usaha Aizad dan Zahid untuk menempuhi peperiksaan besar iaitu PMR. Aizad merupakan seorang yang kaya-raya dan hebat dalam silat tetapi lemah dalam pelajaran manakala Zahid seorang pelajar cemerlang di seklah mereka. Aizad telah meminta Zahid untuk mengajar dia demi mendapatkan semula gajet yang ditarik oeh ibunya akibat keputusan peperiksaan yang sangat tidak memberangsangkan. Pelbagai teknik dan cara belajar yang dapat digunakan di dalam kehidupan seorang pelajar berada dalam komik ini. Selain itu, penjagaan hubungan antara Allah dan manusia juga adalah salah satu usaha untuk berjaya selain daripada belajar.
1 review
May 18, 2018
this book is good.
This entire review has been hidden because of spoilers.
1 review
July 7, 2018
this was a very exciting book. I would recommend it to my class.
1 review1 follower
Read
November 12, 2019
Hi i love this book
This entire review has been hidden because of spoilers.
1 review
March 30, 2021
Macam mana nak read buku ni ? Ada sesiapa yang boleh bagitau ?
7 reviews
November 23, 2025
My favorite series of inspirational comic from Nazry & Afiq Salam
102 reviews
December 30, 2021
Macam biasa buku misi memang tak pernah mengecewakan sentiasa mantap dan hebat. Macam biasalah bila dah banjir haritu habis semua buku-buku tenggelam and tak dapat diselamatkan buku tuh. Jadi terpaksalah beli ebook je untuk merawat hati yang sedeh ini.

Sapa nak tahu kat mana boleh beli nah, https://www.e-sentral.com/book/info/3...

beli kat sini je geng senang.
Profile Image for Husna Musa.
67 reviews
May 5, 2015
Komik yang bagus! Selain memotivasi, komik ini juga memandaikan pembaca. Banyak terselit pengajaran, trivia dan tip-tip untuk cemerlang dalam peperiksaan.

Sangat bagus dan sesuai dibaca oleh para pelajar di segenap umur.

Good job, brothers!
Profile Image for Jamal Ali.
82 reviews5 followers
May 25, 2016
1. Lima bintang sudah cukup menjelaskan evaluasi saya tentang kandungan (maksud dan mesej) novel grafik ini, sepertimana siri 'Misi' yang lain.

2. Buku ini dibaca kembali (sudah lama dimiliki dan dibaca berulang-ulang kali) sebagai standard memenuhi kajian Ke Universiti Dengan Cinta.

Profile Image for Pika.
17 reviews
March 9, 2014
Buku ini sangat bagus! Jalan cerita yang menarik serta sangat bermotivasi. Selepas membaca buku ini, saya menjadi semangat mahu belajar! Siapa kata komik tidak bagus dan useless?
31 reviews3 followers
October 29, 2025
Ulang baca semula selepas lama tak baca . Cerita yang tidak pernah menjemukan. Penuh dengan motivasi dan tips yang berguna
Displaying 1 - 30 of 32 reviews