Anda pernah merindui diri sendiri? Diri anda sebelum hidup mengubah segala-galanya? Segalanya berubah sejak kehilangan wanita kesayangan Hilangnya wanita itu, aku turut hilang di dalam lautan ganas Aku keluar dari dunia yang penuh beracun Memulakan hidup baru tetapi malang apabila racun tetap mengejar diriku
Una Empollona
Aku menyembuhkan racun yang berbisa di dalam tubuhnya Membuat racun itu berhenti mengejar hidup yang mula bertukar warna Tapi—itu apa yang aku fikirkan Hakikatnya tiada yang dapat menyembuhkan jejaka pujaan hati dari racun tersebut Racun itu terlalu kuat sehingga aku turut kecundang
NashReen
Kita bersama setelah bertahun lamanya berpisah Menanam bunga mantoura bersama Keindahan dan wewangian haruman bunga membuatkan kita lalai sesaat Lupa akan kewujudan racun yang sentiasa memerhati Kerna kesalahan itu, kita kehilangan bunga mantoura selamanya
“I'm A Poison That Flows In Your Blood. I Will Chase You Until The End Of Your Day
Rating: 5 🌟 (🔞 mature content) Trope: Broken hero/Second chance romance/Trauma and grief/Emotional scars/Past haunts the present/Funny Heroin X Cold hero/etc...
Cerita ni pasal Laureen yang suka dengan Nash de hezri iaitu jejaka spanyol yang very good looking kat sekolah dorang. Tapi Nash ni dia ada parents issue so at first dia try untuk tolak perasaan Laureen and cuba jauhkan diri dari Laureen. Tapi, bila lama kelamaan dia makin jatuh suka dengan si gadis berkaca mata besar sebab Laureen ni very funny and comel bagi Nash. Setelah sekian lama Nash tak ketawa, akhirnya bila dekat dengan Laureen dia rasa happy dan selesa.
Laureen ni macam cahaya yang menyinarj hidup Nash. Tetapi, ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di petang hari sebab lepas dorang graduation Nash tiba² menghilang. Laureen bawa diri selama bertahun², patah hati sebab Nash tinggalkan dia macam tu je lepas dah janji macam². Nak tahu apa jadi lepas tu? Silalah baca hshshshs...
My thoughts 💭 (my opinion)
Ok i nak cut it short. Sebenarnya saya reread balik ebook ni sebelum puasa tapi sekarang baru nak up review. Punyalah malas nak tulis review HAHAHAHA. 😩😭 Straight to the point jelah ek. Jalan cerita memang sumpah love gila nyah! Everytime bosan kan ada masa saya akan baca balik ebook ni sebab ebook ni is one of my favorite and comfort story from this author!
Karenah Laureen memang bestt tak kering gusi kita melayan. Heroin very 'masuk air' ye pastu hero pula jenis cold and serious sebenarnya tapi sejak dia kenal Laureen dah pandai bergurau pastu package gelak dah hshshs. Nash pula takyah cakap lah ye, dia mmg hot. Saya boleh bayangkan macam mana kehenseman si Nash ni sebab Laureen describe dia as 'jejaka hensem seperti dewa roman' pehh! Untung ko Laureen dpt laki hot. 🔥🙈😆
Plot cerita sangat best! Jangan ingat cerita ni happy² ada lawak je. Masuk part tengah and akhir² tu banyak ujian couple ni. Tak sangka pain juga ye cerita ni 😭 First time baca nangis² aku nyah. Plot twist paling last tu pon kita tak expect tapi loveee gila!! Thank you author sebab kembalikan si 'dia' kepada couple ni. 🥺 As for the ending, saya sangat suka ye, very happy and heartwarming. 🤍🫂
Oh ya, setting cerita ni mula² banyak di luar negara sebab si Laureen ni sekolah kat tempat mat salleh. Pastu tengah² baru banyak kat Malaysia. Tapi untuk korang yang bawah umur tu jangan baca sebab cerita ni not suitable for minor! 🔞 Jangan cuba² ye hshshs.. Overall sis loveeeeeeeeeeeee ♾️🤍🤍 highly recommended! 🔥