Jump to ratings and reviews
Rate this book

Istiqamah إستقامة Mempelajari Makna Istiqamah Dalam Amalan Menerusi Kehidupan Nabi SAW & Para Sahabat

Rate this book
Istiqamah sering kali dikaitkan dengan perkataan konsisten, dan terus-menerus beriman serta melakukan amal soleh. Kalau boleh, setiap hari graf iman dan amal harus meningkat, seiring dengan peningkatan umur dan kematangan hidup.
Ketika iman sedang meninggi, semua amalan kita ingin lakukan. Setiap hari semangat kita berkobar-kobar; tidak langsung meninggalkan al-Quran, solat sunat dan qiamullail. Namun selang berapa lama kemudian, semangat itu semakin mengendur dan akhirnya meninggalkan kita dengan perasaan serba salah.
Meski kita ingin menjadi versi diri yang lebih baik, kesibukan harian dan semangat yang naik turun tidak berpihak pada kita.
Kenapa susah sangat nak berubah? Kenapa susah sangat nak konsisten?
Mungkin jika kita memahami makna sebenar istiqamah, kita akan menemui jawapannya lalu meraih kekuatan dan semangat untuk menjadi diri yang kita impikan.
Menerusi kisah Nabi SAW dan para sahabat, buku ini meneroka semula erti istiqamah; yang hakikatnya bukan sekadar amalan paling banyak, tetapi tentang amalan terbaik yang kita boleh lakukan. Jelasnya, istiqamah itu adalah sesuatu yang manusiawi; dan ia juga bermaksud perlunya meraikan turun naik amal dan iman kita dalam kehidupan sehari-hari.

سَدِّدُوا وَقَارِبُوا
“Buatlah yang terbaik, hampirilah kesolehan yang tertinggi.”
(Riwayat al-Bukhari, hadis 6464)

219 pages, Paperback

Published January 1, 2026

Loading...
Loading...

About the author

Khubaib Akhi

6 books11 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
13 (72%)
4 stars
5 (27%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Kutubkhanah Ilahusna.
111 reviews17 followers
Read
July 2, 2026
Istiqamah. Berterusan walaupun sedikit. Kita perlu ada dalam bi'ah yang dorong kita istiqamah. Dan ada dorongan dari dalam diri yang kuat.

Satu hal kita kena ingat, amalan terbaik bukan semestinya yang paling banyak.

Banyak kisah menarik zaman Rasulullah untuk kita teladani.
Profile Image for Liana Taj.
34 reviews1 follower
February 22, 2026
Pada awalnya, saya sedikit ragu-ragu untuk membaca buku ini kerana tajuknya yang terlalu awam.

Tak sangka banyak input baru tentang amal ibadah yang dapat saya pelajari.

Tambahan pula, saya mula membaca buku ini pada 1 Ramadan, sangat kena dengan tema ibadah.

Ramadan adalah bulan di mana kita berlumba-lumba untuk beribadah sebanyak mungkin, tapi adakah ibadah yang kita kejar itu yang terbaik untuk kita?

"Yang terbaik untuk orang lain, tidak semestinya yang terbaik untuk kita."

Di sisi manusia, kita suka mengejar yang banyak.

Tapi di sisi Allah SWT berbeza. Allah SWT suka amalan yang sedikit tetapi konsisten.

Alhamdulilllah, banyak ilmu baru saya dapat daripada buku ini. Terima kasih buat penulis.

Rasa sangat puas hati selepas membaca buku ini kerana banyak persoalan telah terjawab.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for _nadiasw303.
77 reviews1 follower
April 2, 2026
𝘒𝘢𝘭𝘢𝘶 𝘪𝘴𝘵𝘪𝘲𝘢𝘮𝘢𝘩 𝘵𝘦𝘳𝘢𝘴𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘢𝘵, 𝘮𝘶𝘯𝘨𝘬𝘪𝘯 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘴𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘮𝘦𝘮𝘢𝘩𝘢𝘮𝘪𝘯𝘺𝘢.

Sebenarnya, saya sedikit 'takut' untuk membaca buku ini. Topik 𝐢𝐬𝐭𝐢𝐪𝐚𝐦𝐚𝐡 ni terasa berat, seolah-olah ia hanya tentang tuntutan yang tinggi dan kegagalan yang menakutkan.

Namun, selepas selesai membaca, sudut pandang saya tentang istiqamah berubah sepenuhnya.

Buku ini bukan tentang paksaan untuk terus konsisten dalam setiap amalan, bukan juga tentang menakut-nakutkan kita dengan dosa atau kegagalan apabila tidak menepati persepsi istiqamah kebiasaannya tu. Sebaliknya, ia membawa kita kepada pemahaman yang lebih tenang & realistik.

Melalui kisah Nabi ﷺ dan para sahabat, kita diajak meneroka makna istiqamah dengan rasa yang dekat, seumpama kita juga mampu melakukan yang terbaik dalam ibadah, mengikut kemampuan sendiri. Kerana mereka juga manusia. Ada masa iman kuat, ada masa iman melemah.

Daripada sini, kita mula sedar bahawa gagal untuk istiqamah itu 𝐦𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚𝐰𝐢. Dan Allah memahami kelemahan hamba-Nya. Yang penting, kita tidak berhenti mencuba. Kerana istiqamah bukan tentang kesempurnaan, tetapi tentang kesedaran untuk terus setia beramal.

Buku ini mengingatkan saya bahawa rahmat Allah sentiasa lebih luas daripada apa jua amalan yang mampu kita lakukan. Dan hanya Allah SWT yang Maha Adil dalam menilai setiap usaha hamba-Nya.
Wallahu’alam.
Profile Image for Hamidah Effendi.
615 reviews14 followers
May 6, 2026
Ulasan buku: Istiqamah

Istiqamah — sering disebut, tetapi apa sebenarnya maknanya?

Melalui buku ini, penulis menjelaskan bahawa istiqamah bukanlah satu perjalanan yang lurus dan sempurna. Ia turun naik, ada jatuh bangun, dan memerlukan usaha serta strategi—bukan sekadar berharap perubahan datang sendiri.

Sebagai manusia biasa, kita tidak lari daripada kelemahan. Namun, melalui contoh Nabi Muhammad SAW dan para sahabat, kita diajar untuk memahami istiqamah dengan lebih realistik dan praktikal dalam kehidupan seharian.

Antara perkara yang paling memberi kesan kepada saya ialah penekanan bahawa dalam beramal, kualiti lebih penting daripada kuantiti. Amalan yang sedikit tetapi berterusan itu lebih bernilai di sisi Allah.

Selain itu, buku ini juga mengingatkan bahawa penilaian Allah tidak sama seperti manusia. Tidak perlu terlalu sibuk menilai orang lain—sebaliknya, fokuslah kepada memperbaiki diri sendiri.

Secara keseluruhan, ini antara buku yang wajar dibaca berulang kali kerana peringatannya sangat dekat dengan kehidupan kita sebagai hamba-Nya.
Profile Image for Hidayah Fauzi.
186 reviews2 followers
July 27, 2026
Mula2 agak takut juga nak baca buku ni sebab rasa macam tajuknya berat untuk dipelajari dan diamalkan. Tapi lepas baca terasa sedikit ringan beban di hati. Bukan kerana kita bermudah2 mengenai istiqamahnya kita tetapo kerana kita akan tetap istiqamah selagi ajal masih tidak dijemput.

Istiqamah di atas jalan yang lurus, istiqamah dengan keadaan diri yang iman kadang naik kadang turun, istiqamah walau disakiti dan tidak dipeduli. Tetap istiqamah kerana yakin ganjaran syurga menanti di sana.

Dan membuatkan kita rasa lega kerana tidak istiqamah itu manusiawi. Dan Tuhan bukan seperti manusia. Yang mahukan setiap amalan itu banyak2 dan sempurna2 semuanya. Cukuplah kita istiqamah di atas jalan agama yang tidak menyakiti manusia lain.
Displaying 1 - 5 of 5 reviews