Tekad mengejar cita-cita, Abibah akhirnya berjaya membuka kedai bunga seperti diidamkan sejak lahir atas berkat sokongan ibu bapa dan kawan-kawan baiknya, Eden dan Kir.
Bersama dengan kawan baiknya, semua terasa mudah untuk diharungi. Terutama Eden yang banyak membantu dari awal pembukaan kedai.
“Biar aku tolong, ya? Sekarang kita makan dulu. Janganlah sampai tak makan, Bi.” - Eden Firdaus
“Kau tahu tak, Den. Kalau kata kita berjodoh pun, aku tak kisah. Kahwin dengan kau best juga." - Abibah
Kemunculan bekas kekasih Abibah yang muncul tiba-tiba pula membuatkan Eden nekad untuk mengubah status persahabatan mereka.
“Kalau macam tu, apa kata kita kahwin, Bi?” - Eden Firdaus.
Kata orang, lelaki dan perempuan tidak boleh berkawan selamanya. Pasti ada salah seorang yang jatuh cinta dulu.
light reading. Abibah yang ada trauma dengan past relationship kahwin dgn kawan baik sendiri, Eden lepas kena ganggu dengan Ex dia. bagus cerita ni sebab ada awareness pasal toxic and abusive partner. cuma banter Bibah dengan Eden ni tak mcm yang i expect from friends to lover trope since both of them dah ada feeling towards each other dari awal so kahwin pon senang je takde denial phase ke apa. but okay la buat isi masa lapang baca. ada cringe sikit part Eden panggil nickname Bi tu even tu mmg nama Abibah. since ni ebook je so banyak la tell not show. tunggu jugak la diorang ni tukar panggilan tapi sampai akhir masih berkau aku🤣
Okay laa.. cerita tentang Biba yang kahwin dengan Eden sebab nak lari dari ex bf yang toksik - Syahir..
Syahir nie narsisistik.. dia ‘mengajar’ dengan kejam bila Biba tinggi suara.. kene pukul.. dia juga akan manipulate supaya Biba tahu apa yang dia buat tu salah.. torture mental n physical skali..
Da dapat lari, dia balik kampung tinggal dengan parents dia.. buka kedai bunga bawah kedai Eden..
Suka dengan friendship Eden, Biba dan Kir.. macam mane pun dorg support each other..
Bila Eden ajak Biba kawin, Biba tk piki lama.. sebab Biba pun rasa selesa dengan Eden.. cuma lepas kawin tu kesian jugak kt Biba sebab takot trauma lama kembali.. takot perkahwinan ni pun jadi toksik..
Overall okay laa cite nie.. ada kawan yg kene macam gini.. tapi dia da kawin dengan laki tu.. jadi kisah dia lagi teruk laa sebab ada anak kan.. lgi pun dia takde support system macam Eden dan Kir.. but at the end of the day, my friend managed to get out of that toxic marriage..
Kalau dengan narsisistik nie, kita tak bole bagi muka sangat.. dorang akan rasa dorang berkuasa.. lagi² dengan kaum hawa.. niat nak mengajar tapi cara salah.. siapa kata nak mengajar seseorang dengan kekerasan?
Well... Cerita Asha Lim kot. Takkan lah tak best. Mestilah best kan? 🤭
Mengisahkan tiga sekawan, Eden, Abibah dan Kir. Mereka ni dah berkawan sejak dari sekolah menengah lagi. Semuanya gara-gara Eden yang berlagak nak jadi hero pada Biba. Sekali terciduk. Buat malu je. 🤣
Biba ni sudah beberapa tahun terperangkap dalam hubungan percintaan yang toksik. Bukan mudah untuk dia akhirnya bebas daripada hubungan tu. Eden dan Kir selalu ada untuk lindungi Biba dari bekas kekasihnya yang abusive tu. Syahir tu boleh tahan psiko gak. Dia tak puas hati Biba putuskan hubungan dengan dia. Pastu mulalah dia jadi stalker duk ikut mana-mana Biba pergi. Pastu konon, “Eh! Kebetulanlah kita jumpa kat sini.” 🙄
Okay, now let's talk about Biba dan Eden. Ya Allah! Dua ketul manusia ni. Bakpo comei dooh? 😭🤏🏼 Eden yang tak pernah rehat dari menjadi 𝑘𝑛𝑖𝑔ℎ𝑡 𝑠ℎ𝑖𝑛𝑖𝑛𝑔 𝑎𝑟𝑚𝑜𝑟 kepada Biba. Diorang berdua ni lambat nak akui perasaan masing-masing walhal terang lagi bersuluh kot 😌. Eden tu lagilah, asyik-asyik blushing je dengan Biba. Dahlah Eden bagi Biba dengan panggilan "Bi" sedangkan yang lain semua panggil "Biba". Haih... 😇
Awal perkahwinan mereka tak mudah. Biba masih trauma dan fobia dengan hubungan percintaan dia yang lalu. Jadi Eden perlu yakinkan dan buktikan pada Biba bahawa dia bukan sama sekali seperti Syahir! Tapi Biba susah untuk buang perasaan pesimis dengan Eden walaupun dia tahu, Eden bukan macam Syahir dan takkan jadi macam Syahir. 🥺
Overall, semestinya saya suka cerita ini. Asha Lim tak pernah gagal impressed-kan saya. Hehehehee... 😆😙