Jump to ratings and reviews
Rate this book

Emas Para Dapunta Dan Maharaja

Rate this book
Kepada para pengkaji ilmu, para pencinta sejarah, anak-anak bangsa, para pendidik, negarawan-negarawan, kerabat diraja dan warisan Srivijaya. Dari gerbang para Dapunta dan Bentara, Srikandi membuka bicara dengan seribu syahmura santun nan susila.

Catatan Srikandi ini adalah sebuah penulisan santai yang mengandungi banyak erti dan rahsia yang tersendiri. Walaupun ditulis secara santai dan bersahaja, namun sesuatu makna dan rahsia itu hanya buat mereka yang mampu memahaminya. Bukan semata-mata untuk membuktikan sesuatu, ia mencerminkan suatu pendirian yang jitu dan berani bagi mengungkap pelbagai misteri dalam sejarah Melayu.

228 pages, Paperback

First published January 29, 2015

12 people are currently reading
144 people want to read

About the author

Cik Srikandi

10 books60 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
42 (44%)
4 stars
39 (41%)
3 stars
10 (10%)
2 stars
2 (2%)
1 star
2 (2%)
Displaying 1 - 25 of 25 reviews
Profile Image for Nazmi Yaakub.
Author 10 books279 followers
April 25, 2016
Saya jarang memberikan perhatian kepada buku yang menghimpunkan catatan daripada laman sosial tetapi untuk buku ini, saya memberikan pengecualian. Ini kerana ia adalah sejarah bangsa sendiri yang selama ini diletakkan pada penjuru paling hina oleh pelbagai kelompok bangsanya daripada politikus dan aktivis yang ada kepentingan politik sempit kepada Melayu kelas pertengahan yang sudah fasih berbahasa Inggeris dan berbudaya Anglo-Saxon tetapi gagap dalam pembacaan serta budaya ilmu kepada Islamis yang menganggap Melayu itu assabiyah dan assabiyah itu ke neraka (hasil pemahaman simplistik yang salah dalam makna agama) serta kalangan bukan Melayu yang membaca sejarah dengan cermin mata dan kerangka fikir yang diberikan oleh imperialis yang sebahagiannya memiliki kepentingan politik sempit juga.

Memang buku ini menampilkan penulisan yang memiliki unsur dramatik dan sedikit bumbu sedikit romance yang barangkali kerana ia diambil secara langsung daripada media sosial tetapi ia tidak menjejaskan semangat dan substance hakikat sejarah bangsa Melayu yang besar serta masih dalam bentuk puzzle seperti yang ditegaskan oleh pengarangnya sendiri. Ini menjadikan buku ini ibarat sebuah penerokaan ala Tomb Raider atau lebih awal, Indiana Jones. Elemen emosi yang disuntik, mengangkat buku ini lebih jauh daripada new journalisme yang masih terhad elemen peribadinya.

Disebabkan ia dipindahkan daripada laman sosial, ia turut membawa nada kemarahan pengarang terhadap sejarawan dan pengkaji khususnya pemimpin yang dianggap malas membuat kajian lapangan dan hanya mengambil output daripada orientalis serta sarjana berkepentingan serta golongan yang gagal memahami hakikat sejarah bangsa Melayu yg kaya.

Memang sukar untuk membawa satu naratif besar bangsa Melayu selepas bangsa ini melalui penjajahan ratusan tahun daripada Portugis, Belanda hingga Inggeris yang bukan hanya menggunakan kuasa imperialisme, bahkan turut menghunus pena orientalisme yang beracun sehingga mengelabui dan mengherot-berotkan pandangan serta jiwa bangsa yang dijajah mereka. Kemudian, kita diberikan peta yang sudah dipetak-petakkan, buku yang sudah disunting dan diubah serta pemikiran yang sudah lama diserkup dengan penjajahan minda.

Apa yang dilakukan oleh pengarang dan sejarawan lain yang sebelum ini memanfaatkan media sosial untuk mengembalikan naratif sebenar suatu bangsa yang besar, masuk ke tahap yang seterusnya, iaitu penulisan sejarah yang diharap dapat memperbetulkan salah tanggap dan salah faham bangsanya sendiri.

Kita berharap mereka dapat membukukan naratif sebenar ini yang masih lagi terpecah-pecah untuk dihubungkan kembali dan dihidangkan dengan cara yang lebih baik lagi.
Profile Image for Zaghol .
1,115 reviews
September 20, 2020
Aku bukannya sejarawan untuk meragui kredibiliti penulis, aku cuma pernah dapat A dalam subjek sejarah SPM. Dan aku juga minat sejarah sikit2. Langsung tak layak untuk mengkritik haha

Aku rasa siapa aku nak bagi 3 bintang tapi itulah.... penulis seperti terlalu "melampaui batas" sehingga semuanya "melayu" (tidak semua). Jadi aku agak keberatan untuk setuju 100% dengan penulis tapi aku sangat2 bersetuju bahawa bila bercerita mengenai tamadun melayu, jangan disempitkan dari Perlis ke Sabah sahaja. Sebab moyang kita merupakan pelayar yang menjadikan semua wilayah asia tenggara sebagai kawasan permainan mereka. Jangan tersepit dengan pembahagian tanah penjajah, tahukah anda wujudnya orang melayu di Indonesia (sila layan youtube "Assyria Lover")

Jangan ingat Melaka sahaja, melayu bukan hanya bermula di Melaka. Cuma pensyarah aku dulu semasa mengajar subjek "Hubungan Etnik" ada menyebut teori bahawa melayu lahir dari perkahwinan campur antara negroid dan mongoloid. Aku tak tau la sama ada Srikandi akan bersetuju atau tidak dengan teori ini sebab pensyarah aku bersetuju dengan teori melayu datang daripada Yunan. Ataupun orang cina daripada Yunan yang berhijrah ke kawasan asia tenggara dan berkahwin dengan orang2 asli tempatan yang berketurunan negroid (melayu proto) lalu terhasillah melayu. (Teori yang pensyarah aku percayalah, bukan aku).

Logik jugak bila kawan adikku yang yang bapaknya india, emaknya cina. Mukanya memang sebijik macam melayu. Kalau kau google perkahwinan campur antara orang afrika dan orang cina. Mukanya lebih kurang macam orang Maori pulak.

Walaubagaimanapun, aku sangat memuji kesungguhan Cik Srikandi yang bersungguh-sungguh mengkaji tentang sejarah bangsa kita tanpa perlu buat kesimpulan mudah dengan membaca kajian2 barat macam sesetengah pengkaji lain. Kerna Cik Srikandi sendiri telah menyinsing lengan turun ke padang meredah belukar semak dan hutan demi menyaksikan sendiri bukti2 sejarah kita yang dilupakan...

Tahniah!
Profile Image for Syahiran Ramli.
221 reviews14 followers
February 17, 2018
Sewaktu saya menelusuri perjalanan buku Emas Para Dapunta dan Maharaja, secara spontan saya teringat akan satu rakaman temubual bersama almarhum TG Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau mengatakan bahawa manusia ini dijadikan berbeza-beza oleh Tuhan untuk kita saling kenal mengenal antara satu sama lain. Di sebalik terdapatnya perbezaan yang ada itu tidaklah bermakna kita perlu untuk tidak mengakui keturunan atau bangsa yang kita warisi selepas menganut agama Islam, tetapi berbanggalah dengan kepelbagaian yang Tuhan jadikan ini. Dengan kata mudah, di Malaysia, seseorang yang menganut agama Islam itu tidaklah bermakna dia menjadi Melayu dan begitulah sebaliknya.

Saya akui sebelum ini saya di antara yang skeptikal dengan peranan bangsa dalam membangunkan sesebuah tamadun. Bagi saya selagi mana seseorang itu sudah berpegang kepada Islam, sudah cukup, tidak perlu lagi untuk memikirkan asal usul bangsa atau keturunan saya sendiri. Pengaruh arabisasi mungkin sedikit sebanyak menghadkan pandangan saya terhadap bangsa yang saya warisi ini. Beberapa kelamaan saya menekuni tulisan Srikandi, saya baru tersedar dari lamunan panjang bahawa darah yang masih mengalir dalam jasad ini dahulunya adalah suatu bangsa yang punya pengaruh yang cukup besar di rantau Asia Tenggara.

Malangnya di sebalik kehebatan yang pernah tercatat di beberapa dokumen dan prasasti (batu bersurat), kita terpaksa bergantung dengan negara luar bagi mengenal pasti asal usul keturunan, monumen yang pernah dibina oleh kerajaan Melayu terdahulu, pakaian tradisional asal, senjata perang dan sebagainya. Seperti yang pernah ditulis oleh Hamka di dalam bukunya 4 Bulan di Amerika yang mana beliau sendiri terkejut akan penemuan peralatan-peralatan yang pernah digunakan oleh bangsanya Minang terdapat di muzium Amerika, yang mana di daerahnya sendiri (muzium) tidak pernah dipaparkan.

Sangat pahit untuk ditelan tetapi itulah hakikat yang berlaku. Yang menghibakan lagi adalah bilamana monumen yang pernah dibangunkan oleh bangsa Melayu (Suryavarman I) terdahulu kini direbutkan oleh negara lain sepertimana yang terjadi pada monumen Preah Vihear yang menjadi rebutan Thailand (Siam) dan Kemboja (Kmer). Generasi era moden sudah tentunya tidak akan kenal dan menganggap monumen tersebut sebagai salah satu tarikan pelancongan (kebiasaan) negara Kemboja sepertimana yang terdapat di negara-negara lain.

Bukanlah tugas kita untuk merebut kembali apa yang pernah dilakukan oleh kerajaan Melayu terdahulu, seperti kata penulis; cukuplah untuk cucu cicit bangsa Melayu untuk kenal akan keturunan bangsa yang kita warisi ini. Yang lebih penting lagi adalah memperbetulkan pandangan bahawa bangsa Melayu ini bukanlah tiba-tiba wujud ketika era Parameswara menguasai Melaka, bukanlah juga hanya wujud ketika era penjajahan Eropah selama 450 tahun dahulu, sebaliknya bangsa Melayu ini sudah ada sebelumnya itu lagi. Sepertimana kata penulis,

“ …450 tahun dijajah kuasa Eropah menyebabkan kita, orang Melayu seolah-olah masuk ke dalam ‘black hole’ yang apabila pada tahun 1957 kita kembali ke bumi, kita mengalami amnesia, lupa sejarah kita yang lalu.”

Yang perlu kita akui adalah bangsa Melayu ini sudah bertebaran di kawasan Asia Tenggara yang mana mereka ini pernah menduduki Segenting Kra (bahagian tengah Thailand), di Indochina, malah bangsa Melayu juga pernah memimpin bangsa Khmer (Kemboja) suatu ketika dahulu.

Walaupun bangsa Melayu ketika itu masih belum berpegang kepada ajaran Tauhid, itu tidak bermakna untuk kita perlu malu atau akui sepertimana bangsa-bangsa lain yang cukup bangga dengan sejarah bangsa sendiri. Perasaan bangga itu bukan sekadar bermain di bibir, malah warisan (bahasa, pakaian, irama muzik, dll) itu dipelihara sebaik mungkin agar generasi baharu tidak lupa dan saling memperingati antara satu sama lain.
Profile Image for Farid Akram.
109 reviews17 followers
June 3, 2016
Sudah lama tidak larut dengan kisah sejarah dan pengkhianatan sesetengah pihak terhadap khazanah bangsa selepas siri Berpetualang ke Acheh.Tak sabar untuk membaca Baiduri segala Permaisuri!
Profile Image for Fikri Kacak.
Author 3 books5 followers
June 14, 2016
Aku rasa artikel dalam buku ini diambil dari catatan di blog Cik Srikandi.

Input yang sangat berguna tapi bila catatan blog dibukukan, maklumat yang cuba disampaikan nampak macam ke laut. Bagi aku, tak berapa organize dan beberapa maklumat diulang banyak kali dalam beberapa bab, sampai aku pun pening. Bila dah pening, mula la hilang minat tapi info dalam buku ini buat aku mahu teruskan baca. Ya, aku faham ini catatan peribadi.

Tentang prasasti, tentang batu bersurat di wat-wat sekitar Cambodia dan Thailand, tentang pemerintah Melayu di Asia Tenggara, tentang cities-states. Tentang semua. Tentang pembentukan kerajaan. Tentang penghijrahan orang malayu hingga ke Madagascar malah ke Hawaii. Tentang kemisterian Lonecryer. Tentang orang KPM misteri yang suka sejarah Melayu. Aku suka.

Sekarang aku tengah baca buku Baiduri Segala Permaisuri. Baru baca prakata dan bab isi kandungan. Nampaknya buku kali ini, infonya lebih tersusun. Looking forward to it.

Apa-apa pun tahniah kepada Terfaktab dan Cik Srikandi atas usaha ini. Sekarang ni tiap hari aku akan google nama-nama yang disebut dalam buku ini untuk dapatkan info lanjut.
Profile Image for YuSRuL.
18 reviews
December 13, 2016
Penyampaian buku yang menarik, santai dan diselitkan dengan plot yang tidak membosankan pembaca. Namun ada sedikit fakta mengelirukan yang ingin saya tanya. Dari awal sehingga penghujung Cik Srikandi selalu menyebut kerajaan2 di segenting kra yang telah wujud semenjak abad pertama itu adalah 'Melayu'. Tetapi mengapa Prasasti Grahi bertarikh 1183CE yang ditemui di Chaiya direkod menggunakan bahasa Khmer? Mengapa pula orang melayu mencatat sejarah mereka dalam bahasa Khmer? Sudah menjadi kebiasaan prasasti2 yang ditemui di Nusantara dan Indochina dipahat menggunakan bahasa penduduk tempatan atau Sanskrit. Iya, walaupun kerajaan2 di Segenting Kra adalah jajahan empayar Srivijaya tapi tidak semestinya mereka adalah melayu. Mungkin menjadi melayu (Pengaruh Srivijaya) selepas beberapa abad tetapi tidak sebelum abad ke-12 atau seawal zaman Suryavarman I.
Profile Image for syafiqah.
90 reviews4 followers
August 30, 2015
Buku ini seakan menjawab beberapa persoalan yang membelenggu diri mengenai sejarah melayu.

Aku terbayang bagaimanakah hidup di zaman kegemilangan Srivijaya dan menjadi tumpuan pedagang serta menggunakan bahasa melayu. Semestinya menarik!

Sepatutnya buku teks sudah lama dirombak isinya supaya tidak lagi melahirkan lebih ramai orang yang keliru seperti aku.



"Southeast asean is the home of Malays"


Selamat hari kemerdekaan yang ke 58 tanah airku!
Profile Image for Haizir Othman.
Author 5 books14 followers
August 25, 2015
Sejarah, selain dari ditulis secara akademik seperti dalam jurnal dan lain-lain, harus juga ditulis dalam bentuk bercerita seperti yang dilakukan Cik Srikandi ini. Begitu, ia lebih ringan dibaca tanpa mengorbankan fakta yang menjadi sandaran kukuh kebolehpercayaan teks sejarah. Terima kasih kepada penulis untuk karya yang baik ini.
Profile Image for Eimad.
174 reviews24 followers
May 30, 2015
Saya kira ini buku yang baik cuma apabila tulisan blog dikumpulkan sedikit kecelaruan itu muncul. Saya mengharapkan penulis akan menerbitkan sebuah buku yang lebih terperinci dengan bukti yang kukuh serta tersusun penyampaiannya. Saya bukanlah seorang yang taksub dengan mazhab rasional tapi saya tidak selesa membaca unsur mistik di sini. Bukanlah bermakna saya tidak percaya tapi saya lebih gemar membaca penyampaian hujah disertai nota kaki dan huraian yang padat. Adapun ini adalah himpunan catatan maka mungkin sudah memadai. Mungkin tujuan penulis adalah untuk mencetuskan minat pembaca kepada sejarah Melayu yang hebat dan menggalakkan kami mengkaji sendiri keagungan sejarah. Saya akan menantikan buku yang lebih akademik dan kukuh.
Profile Image for Ayyub Aza.
2 reviews
August 9, 2016
Penceritaan sejarah Melayu yang begitu memeningkan dan penuh dengan rahsia namun ditulis dengan gaya santai oleh sang penulis. Walaupun saya merasakan ianya santai ditambah lagi dengan jaminan Cik Srikandi(penulis), sejarah Melayu tetap mencabar minda bagi si pembaca tatkala ianya memaksa kita untuk memberi sepenuh perhatian dengan butiran yang tertulis di dalamnya. Bagi sesiapa yang ingin mengenali atau mengambil sedikit ilmu pengetahuan tentang alam Melayu di tanah Indo-Cina misalnya, buku ini amat bersesuaian dengan kemahuan anda.
Profile Image for Saharulnazri.
52 reviews3 followers
February 10, 2015
Pada separuh mula pembacaan buku ini, saya berasa sangat teruja dan kagum dengan catatan penulis. Tetapi lama kelamaan ia mula rasa seperti ada yang tak kena. Adalah lebih bagus jika "fakta-fakta" di dalam buku ini dapat disertakan dengan senarai rujukan. Walaubagaimanapun, saya tetap menyukai buku ini
Profile Image for Pie Mesnan.
220 reviews5 followers
August 17, 2016
Buku Rungkaian Sejarah yg menarik dan santai,tidak terlalu berat untuk dihadam. Banyak pencerahan telah dihuraikan dlm buku ni. Sambungan buku ni akan dihadam pula selepas ni..
Profile Image for Syahmi Syahiran.
3 reviews
May 23, 2017
Sangat bagus dibaca kalau kau Melayu dan jahil tentang sejarah kau bangsa sendiri.
Malu la sikit , aku yang kacuk ni pun baca buku tentang sejarah Melayu , kau pulak masih pergi berak dengan membawa sisipan Pancaindera di tangan.
Profile Image for Mukmin Ibnu Manan.
5 reviews
December 14, 2016
This book should be make into a film. It would be definitely become an epic movie plus you could feel goosebumps every now there even after read it for weeks.
Profile Image for Farhan.
6 reviews1 follower
October 17, 2018
Interesting insights to the history of Malay archipelago through story telling methods
Profile Image for Chekemdotty.
39 reviews3 followers
November 25, 2016
Hampir dua minggu nak bagi habis.Buku ni tak tebal sangat pun.Tapi sebab nak bagi faham segala nama,watak dengan isi tu yang buat agak lambat sikit.Buku ni bagi aku,genre ilmiah.Jadinya, agak bengap jugak bagi aku nak bagi faham semua jalan cerita dengan watak yang ada dalam buku ni.
Tapi,aku sangat setuju dengan pendapat penulis yang mengatakan orang Melayu bukan sebarang bangsa.Sejarah bangsa kita dah lama,bukannya sejak Melaka diislamkan.Sejarah bangsa Melayu lama sebelum tu lagi.Dah kenapa,dalam buku teks kita tu teruk sangat cerita pasal bangsa Melayu?Hahaha..Yang tu,aku harap kepada semua cendiakawan dan ahli akademik Melayu dan tanah air untuk menjawab.
Penulis ni ada buku kedua lepas buku ni.Aku harap mood aku ok untuk membaca segala fakta dan penulisan penulis kita ni.Kepada Cik Srikandi,keep it up!At least dia berusaha cari bukti dan fakta daripada aku yang harapkan baca je research orang lain
Profile Image for Nuur Syahidah.
160 reviews
March 3, 2017
PUAS HATI!

Buku ini menjawab persoalan ku tentang asal ku. Dulu sering hairan, takkanlah Melayu hanya wujud dari kurun ke-15 sahaja, yang dikatakan parameswara lari dari Sumatera? Dah tu pulak, hancur sebab penjajahan... Tak puas hati sungguh dengan cerita versi ini. Namun, kajian demi kajian oleh Serikandi bahawa Melayu /Malayu/Moloyu membuktikan bahawa Asia tenggara adalah 'the Malay homeland'! Kewujudan kita ini seawal 500 Masihi. Malah , mungkin lebih awal lagi.

Makanya jangan menggelabah bila ada pihak yang mendakwa kita adalah pendatang, malah dikatakan keturunan dari Cina, ...


menanti tulisan seterusnya dari Srikandi.


Cuma, harapannya supaya penulisan akan datang, boleh disertakan dengan 'timeline' atau garis masa sesuatu empayar Melayu berada.
Profile Image for Norziati.
Author 9 books84 followers
August 4, 2015
Cik Srikandi banyak menempelak individu yang mengkesampingkan kepentingan sejarah dalam kehidupan masyarakat moden. Ini termasuklah silibus dalam mata pelajaran sejarah yang dilihatnya tidak telus dalam bercerita mengenai sejarah Melayu sehingga dilihat seolah-olah sejarah Malaysia adalah berkisar kepada peperangan dan kekalahan. Maka tidak hairanlah pada beberapa bab awal, beliau banyak menekankan kepentingan sejarah serta akibat dari penyakit buta sejarah yang boleh memberi kesan kepada politik dan jati diri bangsa.
Profile Image for Chombi.
120 reviews3 followers
July 23, 2015
Baca buku macam ni terasa berada bersama penulis merasai apa yg penulis rasa. Membangkitkan rasa bangga yg dah lama tidur... Mencantum ruang-ruang kosong umpama puzzle. Terasa seperti mengembara mencari asal usul sendiri.
Alangkah bagus jika kajian-kajian ini dibukukan, digunakan untuk keperluan pelajar2. Bertuah penulis dapat menggali sejarah2 lama untuk tatapan anak bangsa. Kagum ilmu Cik Srikandi ini. Moga ada lagi naskah baru selepas ini.
Profile Image for Khairul Asraf Shah nizamuddin.
12 reviews
August 28, 2015
Satu penulisan yang baik melalui teknik penceritaan. Ianya berjaya merasakan seperti berada di cerita tersebut. Walaupun ianya tidak disertakan bukti2 sebagai sokongan namun harus diingat ianya hanyalah sebuah catatan dan ianya sebagai pencetus. Ianya mengajak pembaca untuk lebih rajin menyambung kepingan2 puzzle itu sendiri. kena buat homework la gaya cik srikandi kita ni cuba sampaikan.

Semoga ada kesinambungan, sangat menanti2kannya. keep up the good works! :)
Profile Image for Ikhwan Tajudin.
3 reviews1 follower
April 13, 2015
padu.salinan semula daripada blog mistisfiles yang tenggelam timbul.nampak lebih sedap dibaca secara menyelak kertas daripada menghadap komputer riba.satu kupasan segar mengenai sejarah sejarah malar.srikandi berjaya memisterikan jalan cerita di samping sepenuhnya menyembunyikan identiti diri sendiri.
Profile Image for Nabilah.
274 reviews50 followers
May 1, 2016
A terrible book full of baseless historical speculations based on feelings and ethnic bias. The author managed to ignore decades of archaeology and anthropology research in favor of MERE DREAMS and CASUAL TRIPS TO ANCIENT SITES. This book is filled to the brim with fallacies as well. I am not sorry, i am not a fan.

Profile Image for Iman.
52 reviews2 followers
January 15, 2017
Buku ini sangat menarik untuk dibaca, terutama untuk mereka2 yg mempunyai jiwa2 patriotik Melayu dalam diri mereka. For me its like reading or watching a Dan Brown series. Highly recommended
Profile Image for sknhnsa.
68 reviews2 followers
May 1, 2017
Sebelum ini kita selalu dengar, orang melayu ketinggalan zaman, peralatan orang melayu hanya keris, tidak semaju bangsa bangsa lain. Sejujurnya, aku hampir putus asa dengan bangsa Melayu sendiri yang suka merendahkan bangsa sendiri dan asyik bertelagah. why Malay this weak,why? Lepas baca buku ni, aku bersemangat balik. We are not that weak actually. Penjajah yang putar belit semua fakta dan buat kita rasa kita paling teruk. Ditambah pula dengan pimpinan yang buta sejarah, maruah bangsa dan negara hampir tergadai. Walaubagaimanapun, semua orang yang baca buku ni kena buat research sendiri untuk lebih fahamkan apa yang berlaku.

Mala Malayu iva Malayam raja.
Displaying 1 - 25 of 25 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.