Bagi Nuh, jika dia sudah capai apa dia mahukan, sepatutnya dia lebih tenang. Dia sudah naik pangkat, dia dapat belikan rumah untuk mak dan bapak. Tapi kenapa dia rasa lebih sesak?
Pertemuannya dengan Maryam di masjid mengubah segalanya. Dia diperkenalkan kepada Ustaz Iris. Dia mahu belajar Quran. Dia mahu jaga solat. Dia mahu jadi lebih baik. Tapi dia selalu lupa. Hijrahnya selalu tersungkur.
"Ayah saya tunggu awak di Pondok Ad-Diniy. Tiap hari dia tunggu awak datang. Kalau awak bersedia, awak datanglah." Maryam
Muhammad Nuh - Dia pada mulanya hanya fokus dalam hidup untuk keluar dari kemiskinan dan beri kehidupan yang lebih baik utk parents dia smpai dia lupa 1 tujuan hidup dia yakni menjadi seorang muslim. Dia dibesarkan dengan baik oleh mak bapak dia tapi tidak dengan ilmu agama.
Nur Maryam - dibesarkan oleh suasana pondok menjadikan dia seorang yang alim agama. Menegur Nuh asbab arwah umi dia pernah tegur Nuh masa termenung depan al quran ekoran dia tak pandai nk baca.
Menjadi pertemuan ke dua kali menjadikan laluan utk Nuh belajar dan kena islam. Belajar utk jadi yang lebih baik dengan ayah Maryam sendiri. Walaupun banyak ponteng kelas ini budak.. Ishhh2..
Fast forward, bila dah nampak perubahan ayahnya Maryam tanya kepada Nuh untuk taaruf dgn anak dia walaupun pada mulanya Nuh tolak (mcm mahu tapi malu la) sbb Maryam kan background lagi hebat dari dia soal agama..
Tapi kalau dah jodoh.. berkahwin jua.. Lepas kahwin jd kurang sbb 1 je.. Kurang scene sweet between this 2 kapel.. Kejap je sweet nya.. Pergi ganu lepas kahwin main pantai. Jumpa org yg Nuh kenal Maryam jeles, ehhh habis.. Sy berharap la jugak panjang sikit liku perjalanan life married depa..
Overall, bagi sy berbaloi jugak beli jika and minta dengan penulisan sis Leena.. Cerita ni dia ada vibe islamik tapi berbeza islamik vibe dengan cerita Leena yang lain..
Tak tahulah kenapa tapi saya rasa cerita ni agak mendatar dan berulang. Cerita yg mengisahkan tentang Nuh yg seringkali merasa kosong dan mencari cari ketenangan dalam hidup dia sehingga dia bertemu semula dgn keluarga seorang makcik yg dia terjumpa tujuh tahun dulu. Sejak dari tu, detik perubahan mula muncul dalam diri Nuh. Walaupun Nuh masih rasa tak layak sebab sebelum ni solat pun terabai, baca Al Quran pun tak reti tapi asbab kehadiran seorang ust yg tidak jemu utk membantu Nuh membuatkan Nuh sentiasa rasa bersemangat utk meneruskan kelas Al Qurannya. Alih alih jadi keluarga ust Idris terus
Rasanya agak draggy jugaklah penceritaan watak Nuh ni. Faham je rasa kosong tu akan berulang kali terjadi tapi tah lah lama lama rasa bosan pulak baca 😭 rasa macam seronok sikit bila munculnya tiga orang intern tu. Barulah nampak sikit perangai nuh ni dgn orang lain. Sebab kehidupan nuh ni pergi kerja balik kerja pastu kalau rasa kosong pergi masjid pegang Al Quran.
Maryam okay je wataknya kali ni bukan watak yg lemah. Seorang gadis yg ceria yg kalau boleh nak jaga ayahnya walaupun jadi andartu. Seorang ustazah di sebuah pondok ad-diniy, sama tempat ayahnya ust idris mengajar al Quran.
Cerita ni sesuai lah kut utk yg rasa kosong yg ingin mencari ketenangan tapi utk saya, tak berapa nak memberi kesan yg mendalam sebab duk ulang ulang je. Mungkin kalau penulis bagi perumpamaan yg jauh lebih memberi kesan yg mendalam dan tidak berulang mungkin saya akan suka. Berbeza lah kalau baca TH, LA sbb buku ni memang memberi kesan pada saya. Nasihat saya, penulis tak perlulah terkejar kejar utk hasilkan sebuah penulisan tapi hasilkanlah penulisan yg memberi kesan yg mendalam.
Dan babak tendang angin tu alahai sikit je 🥹 tapi comeylah bila nuh-maryam dah menjadi pasangan yg halal. Kalau penulis kembangkan hubungan antara dua orang ni, ebook ni berpotensi utk jadi best.
Cozynya cerita ni, sesuai dengan tajuk. Cerita ni fokus dekat watak utama which is Nuh yang sedang mencari cahaya. Hidup dia sentiasa sibuk dengan kerja sampai tak ingat dengan akhirat. Walaupun dah naik pangkat dia masih rasa kosong.
Sampai la ada seorang perempuan tegur dia, which is Maryam. Semenjak dari insiden tu, Nuh cuba belajar kenal Tuhan, baca Quran, solat dan kain-lain. Hidup Nuh semakin berubah dari hari ke hari.
Mungkin ada yang cakap cerita ni datar, sebab cerita ni conflict dia tak berat, conflict dia seciput je, selebihnya perjalanan hijrah Nuh, perasaan Maryam. Cerita ni simple dan ada maksud tersirat. Saya selalu baca kalau nak tidur, memang cozy sangat buat kita rasa tenang sampai nak tertidur hehe.
Cerita ni sesuai dibaca kalau nak baca cerita yang relaks dan lari kejap daripada bacaan yang heavy conflict. Part nak dekat akhir je comel huhu, tersenyum-senyum kita baca. yang selebihnya cuma dialogue biasa-biasa je antara watak utama dan watak lain.