Anak Mak Cik Zara yang bernama Syazwan, workaholic orangnya. Siang, malam, pagi, petang, asyik kerja memanjang. Bila Dayah tahu bakal suami tanpa relanya ialah Encik Workaholic, dia kena bersiap sedia dari segi mental dan fizikal. Encik Workaholic itu calon terakhir keluarga. Baginya, lebih baik dapat orang yang mabuk kerja daripada mabuk perempuan! Jadi, kahwin ajelah.
“Kalau awak rasa saya tak sesuai hadir dalam hidup awak, beritahu awal-awal dan berterus terang. Tapi, jangan sekali burukkan saya depan keluarga awak semata-mata nak selamatkan diri awak nak elak perkahwinan ni!” – Dayah
Bila sudah kahwin, cabaran utamanya ialah sikap mabuk kerja si suami. Cemburu pun ada bila suami asyik layan kerja 24 jam seminggu. Bila sudah berbulan berkahwin, tapi tak ada progres, terpaksalah Dayah mulakan langkah kanan. Pikat hati dia! Mulalah tanya Pak Cik Google tip mengurat suami sendiri!
“Dayah, kau tahu tak, apa maknanya kalau seorang isteri bagi suaminya minum kopi malam-malam begini?” - Syazwan. “Tak boleh ke?” - Dayah “Kopi tongkat Ali?” - Syazwan “Jangan salah faham! Saya tengok awak macam banyak kerja jadi, saya bancuhlah kopi ni untuk awak. Kalau awak tak nak minum, biar saya minum.” – Dayah
Tatkala misi baru hendak berjalan dengan lancar, muncul pula makhluk perosak rumah tangga. Linda namanya. Tapi Dayah bukan perempuan yang lemah. Semua serangan Linda dia tepis dengan baik. Cuma sikap suaminya yang buat acuh tak acuh saja yang menggores perasaannya. Mampukah Dayah memikat suami sendiri? Apa hubungan Syazwan dengan Linda sehingga Syazwan tidak berani menolak setiap permintaan Linda? Bolehkah perkahwinan mereka bertahan? Suamiku workaholic... bila nak jadi romantik?
A cold guy meets a slow girl. This had me laughing right from the first page of the book. Very entertaining!
Syazwan - a man of very few words. Sounds like my type right there, HAHA. His character development is a bit slow, I wish it could've happened a little faster but oh well 🤷🏻
Dayah - is always slow to catch things, it's hilarious to see her reaction whenever this happens to her 🤣
These two got married thanks to their family's express arrangement, and this book tells you about Dayah's journey in enticing her cold, stoic, super mega workaholic husband. I like it when Syazwan stares at Dayah before he responds to her. Gives me that dugeun2 feeling hihihi.
Repetitive conflicts, and Syazwan's attitude didn't do much of a favor either. The antagonists here are Linda and Wafi. These two.... *inhales, exhales
Sweet jalan cerita dia. Tersengih² baca time Dayah cuba tackle Syazwan.
Hubungan diaorang berdua okay sahaja. Cuma si Linda langau ni suka mengacau.
Mula² Dayah boleh tahan tapi lama² sakit hati jugak bila Syazwan menipu. Cakap pergi Singapore endupnya p Paris. Dah la susah nak message dayah. Bila Dayah called, Syazwan tengking. Thats it!
Angin Dayah terus dia pergi tenangkan diri ke Cherating dengan Lee Min Ho. Terjumpa Sally yang berkerja dekat situ.
Kita baca naskah ini pun takdalah rasa semak kepala. Smooth je. Bacaan ringan yang mencuitkan hati.
Rasa lega tau otak baca naskah yang santai. Kadang² kita tak perlu konfliks sangat untuk menyedapkan cerita.
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM14. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
Tak sangka N ended up menyukai jalan cerita ini more than I thought I would. Rasanya tajuk yang lebih tepat untuk novel comel ini adalah “Cara Memikat Suamiku yang Workoholic!”
Apa yang special dengan cerita ni? Entah. Itulah jawapan jujur N. Tapi ia berada di sudut istimewa di hati N kerana ia berjaya membuat N tersengih sorang-sorang kerana sikap kalut Dayah. Pada mulanya N rasa dia seorang yang sangat naif dan tak matang. But after a while, N sedar itu sebenarnya adalah part of her charm and it works! Is it a fantastic novel? Tidak sama sekali.
Adakah ia mempunyai pengisian? Mungkin tidak.
Would I recommend it to anyone? Absolutely yes. Tapi janganlah letakkan harapan yang terlalu tinggi kerana at the end of the day, ini hanya sebuah novel escapism yang, walaupun menghiburkan, masih boleh ditambah baik lagi.
Congrats buat penulis kerana karya pertama beliau berjaya membuat N anticipate for her next novel.
letih itu yg MB rasa jalan cerita mmg ada kalau betul2 diolah memang menjadi tapi part olahan tu ku letih sesangat naratif menguasai cerita ini menjadikan mood membaca MB down mmg byk MB skip sbb sama je part yang MB rasa baru rancak pembacaan bila part dayah lari pergi ke cherating disitu dialog yang digunakan mmg marvelous suka sgt MB rasa cik writer mmg bijak menyusun ayat mmg kaw2 syazwan kena.. so cik writer lps ni minta perbanyakkn dialog ye sbb dialog awk mmg best.. hehe MB suka bila rahsia knp syazwan tak bagi dayah panggil dia abang hahahaha patutnya dari awal lagi dayah tahu rahsia itu senang keje dia... bila sikejung menjadi romantik hermmn no words ok mendukung shj lah kerjanya.. so overall ok je novel ni
I like this story..x sgka ni adalah cerita pertama si penulis...ingt cerita berat..rupanya cerita santai yg sweettt..
sejujurnya cerita ni telah menaikkan mood membaca kembali..yeahh!! (tq cik penulis) ;)
cerita mengenai Dayah yang terpaksa berkahwin dgn lelaki lain selepas tunangnya lari bersama bestfriendnya. Lelaki gantian tu adalah Syazwan si workholic yg pendiam..first date diorg pun rasanya Syazwan ckp berapa patah je..nasib baik lah Dayah ni bukan jenis yg suka mengamuk..dia layankan je apa yang Syazwan buat.
Seorang Syazwan.. 1. Workholic 2. Kalau makanan yg x disukai oleh dia ada dpn mata dia, dia akan masukkan dalam mulut org lain. 3. Kalau dia marah2 dia akan pecat orang kat pejabat. 3. Kalau dia merajuk dia akan pergi shopping berjam2. 4. Tak boleh tengok Dayah lapar..(ini sweet) 5. Susah betul nak mulakan langkah dlm perhubungan..
Disebabkan Syazwan ni lembabbb nak ambil tindakan kat atas perhubungan diorang..Dayah mula ambil tips2 memikat suami kat internet..mmg gigih dia nk biar laki dia suka kat dia..(tp rasanya mmg Syazwan dah suka kat Dayah kot tp x tau kenapa lah Syazwan lembab bab2 hubungan ni) dan buang sekali habit mabuk workholic dia tu...
dlm memikat suaminya, seperti biasa adalah langau yg mengacau..sy sgt suka kat watak Dayah ni..dia x suka nk mengamuk2..si suami balik lambat pun x de nk marah2 or merajuk..si langau buat fitnah pun still boleh coolwalaupun dlm hati sgt sakit...sampai satu tahap..dia merajuk larikan diri..walaupun x patut larikan diri dari suami..tp sy sokong Dayah..biar ajar sikit si suami..biar si suami pulak rasa mcm mana si isteri x layan..sy suka masa part ni...yelah siapa x sakit hati kan kalau si suami pergi dgn si langau ke tempat honeymoon yg diaorg x jadi pergi..lps2 tu x de call or message..oh gerammm..
Buku ni sesuai for light reading. Cerita dia for me biasa2 aje tapi comey la. 😌 Mungkin aku yang terlewat sangat baca, if aku baca buku ni time memula dia keluar lagi, maybe feeling aku time tu lain.
Buku ni memang buat aku teringat dekat novel yang aku baca time muda mudi dulu. Vibe2 novel ketika itu, ML yang cold gitu memang time dulu aku suka, tp for skrg, bila baca I can’t. Sbb kadang-kadang takleh terima dengan apa yang ML buat dkt FL. It is okay to be a cold man, tapi sometimes, ada limitnya jgk. I can’t feel the love he has for her. 🤔 So, obviously i’m staying just for the FL. At least, the FL tak cengeng and tak mudah mengalah, dia stand up for herself 🫡🫡
Tapi apapun, maybe it is just not for me. That’s why i often avoid novel yang light2 ni, sebab aku mungkin dah terletak expectation kan, i want something more gitu. So it is purely my fault la. Hahahah. Apapun, ni just my opinion ok, and if I’m not mistaken, ni buku first author. So i guess overall, it is still a good one for a first book 👍🏻 #emptycanvashida
Walaupun permulaan yang agak mendatar sikit,tapi disebabkan sikap Syazwan yang cool,selamba and caring ni buat tangan aku tak nak letak baca novel ni..Novel yang santai dan boleh hilangkan stress.Konflik pun ringan je..So,aku kasi 5☆
ommmmmgosh buku ni !!!! betul2 la sy enjoy bacaaaa hahaa suka ngn wtak dayah yg lambat pikap plus kuat makan tu ahaha trus lucu yg dia bt tips pikat suami tu. Tapi salute betul dgn Dayah sebab semangat kesabaran dia tinggi tuk hadap Syazwan yang super duper workaholic tu. Adui sy yang jadi reader ni pun boleh rasa bahang stress jdi Dayah tu 24 jam makan hati dgn Syazwan yg busy mengalahkan PM ahahaa nasib ko dapat bini sesabar mcm Dayah tu kalau org lain lama sudah lari emmm kesian Dayah hari2 sunyi d rumah. Then watak villain Linda dan Wafi. Dua musang x guna ni mmg la kin panas jiwa raga betul. Paling sy marah Syazwan boleh pula melayan gaya Linda ni, tahu la Linda ni ada history dgn family dorg tapi kalau sy jadi Syazwan, peduli apa sy huh !! 1 benda yg xpuas hti ngn Syazwan jg, dia ni ego nak mampus hmm paling terkilan la dia marah Dayah time larikan diri tu ckp salah Dayah pla eiii panas hati sy !!! bagus la Dayah lari baru puas hati sy tapi bila Syazwan dtg cari tu sy dah rasa berbunga-bunga tngk scene dia pujuk Dayah ( mau cakap padan muka kena gigitan dari Dayah) plus ada event ke 3 tu hahahahaa tapi kalo sy jadi Dayah sy lari jauh sikit msuk ceruk kg lagi bagus biar Syazwan merana sikit , kena ajar sikit sbb kin pnas sikap selamba dan acuh tak acuh syazwan tu kdg2. Anddd sy suka watak Wani hahahaa dia betul2 adk ipar yang the best punya, multipurpose betul la plus super sporting.
p/s: ckp pasal sikap Syazwan yg suka tenung Dayah sebelum bercakap, gesture tu walaupun x melibatkan skinship tapi sy suka sangat Syazwan bt macam tu kat Dayah. Sy ikut berdebar hebat tau asal ada part tenungan tu weyyy hahahah
Sebelum ni, aku dilema nak beli ke tak buku ni. Sebabnya, aku pernah baca first few chapters kat mana entah, memang best la.Tapi, ni buku lama. Was first published in 2015. Aku ni kadang-kadang, bila baca buku lama, walaupun review semua bagus, tapi bila aku baca, aku rasa biasa-biasa je. hahaha..Bukan salah buku, salah aku la sebab baca lambat. .
Tapi, bagi aku, buku ni menghiburkan. An escapism reading gitu. .
Kisahnya, Dayah dan Syazwan. .
Dayah ni anak yang baik. Bila keluarganya nak tunangkan dia dengan Amar, dia terima walaupun dia tak suka Amar. Amar pun tak suka dia. Tapi, kawannya Sally yang selalu pujuk suruh pikat Amar. End up, Amar kahwin lari dengan Sally. .
Lepas putus tunang, majlis tinggal seminggu lagi. So, keluarganya nak jodohkan Dayah dengan Syazwan, sepupu bau bau bacang gitu la. .
Dengar nama Syazwan je, Dayah macam nak lari rumah. Syazwan ni dahlah workaholic. Nak bercakap pun macam simpan emas dalam mulut. Dahlah waktu kecik, Dayah panggil Abang Syazwan pun, Dayah kena marah, padahal orang lain elok je panggil abang. hahaha .
Aku suka moment first meeting dorang. Dayah ni pernah terluka kerana Amar. So, aku suka bila dia luahkan je semua pada Syazwan, dia punya expectation dan harapan terhadap perkahwinan. Walaupun Syazwan selamba badak je keluarkan laptop untuk buat kerja. Dayah pun selamba jugak, dah Syazwan ignore dia, dia buka novel sampai tertido kat situ. hahaha..that's what makes them a perfect couple. .
Bila kahwin, memang rasa krik krik la. haha. Dayah nak buat semua benda pun, kena fikir banyak kali. So, dia melancarkan misi memikat hati suami workaholic. Buatkan coffee la, duk sebelah dia time dia buat kerja la. Masakkan makanan kegemaran dia. Selalu hantar gambar selfie la. hahaha .
Tapi, bila adanya Lynda, makin haru biru. Lynda ni spesis yang obseskan Syazwan. Member tu dah kahwin pun, dia kacau lagi. Tapi Dayah ni cool. Aku suka dia. Cuma last tu la, Dayah merajuk membawa diri pergi hotel. ahhaha...bagus Dayah, sebab aku pun geram dengan Syazwan ni. Dia terlalu memberi muka pada Lynda atas sebab terhutang budi. .
Sebenarnya kan, ada reason kenapa Syazwan tak bagi panggil abang. hahah...kalaulah Dayah tahu dari awal, dah settle dah misi memikat suami workaholic ni. .
Dan sebenarnya Syazwan dah lama sukakan Dayah. Dalam setiap impiannya, terselit nama Dayah. hahah
Dr mula chapter 1 hingga lah epilog ..ada je yg boleh buat aku ketawa dgn gelagat shazwan yg workholic dan dayah.
Yg buat aku tertarik nak habis baca novel ni sbb aku nak tahu mcmana dayah ni nak pikat suami dia yg ala-ala stone dan workholic tu.serius, apa yg aku blh ckp bila baca novel ninaku blh senyum sendiri, ketawa terbahak,geram dan marah..
Suka dgn watak dayah yang non stop berusaha nak pikat hati sang suami. Baca novel ni tahap stress hanya bape persen je..sbb novel more kepada kelakar.
Cerita yg santai..mmg berlaku dlm kehidupan harian kita. Mmg blh hadm sgt ..tambahan lagi cara penulis yg sempoi..akhir2 sekali mmg aku tak rugi beli novel ni walhal masa nak beli tu yg kata xbest sgt..tapi aku beranikan diri beli jgk...tapi sungguh aku tak.menyesal....novel ni best lah!
Anyway, congrats tu cik penulis sbb berjaya buat aku habiskan buku ni tak sampai tempoh 24 jam...
Dayah ditunangkan dengan Ammar dengan tempoh pertunanga 5 tahun namun jodohnya tidak kesampaian - Ammar lari bersama teman baik Dayah, Sally, ke Siam di saat hari perkahwinan hampir tiba. Untuk mengelakkan kekalutan yang sedia kalut, Dayah terus disunting untuk Syazwan, lelaki workaholic berhati batu. Sepanjang perkahwinan, Dayah banyak makan hati dengan sikap Syazwan yang dingin dan bersikap endah tak endah dengannya. Ada pula langau yang datang dalam bentuk Linda yang sudah lama menaruh hati terhadap Syazwan namun untuk Dayah putus asa, jauh sekali. Banyak adegan makan hati yang membuatkan saya jatuh kasihan kepada Dayah. Syazwan pula memang terlalu workaholic dan selalu membiarkan Dayah kesepian di rumah. Waktu outstation pun Dayah dibiarkan keseorangan dan suruh pandai-pandai gunakan masa. Banyak rasa geram, hehe
untuk satu permulaan bg Cik Sakura..SW adalah baik2 sahaja! jln citer juga tidak renyah! tidak berkonflik besar2an..masih ada manis..masih ada kelat..akhirnya bahagia! itu kesudahan yg sgt baik!
keseluruhan? saya berasa ok dan blh terima citer ni! >_<
Alaa sooo manisss cerita nie.. sy suke dengan pengakhiran cerita untuk setiap watak.. Dayah sooo naive.. lepas satu kejadian, die lari utk cari ketenangan.. haaa time tu baru laaa Syazwan gelebah..
Sebuah buku yg menarik secara keseluruhan. Watak Dayah yg taat dan patuh pada keluarga dan Syazwan yg jelas tidak pandai bermain kata manis pada permulaannya tetapi sedikit demi sedikit mencair. Hubungan yg menarik dan biarpun ada sedikit hiccups sedikit tetapi ada pengajaran yg disampaikan. Jangan terlalu mengikut perasaa, berfikir sebelum bertindak. Memang moment yg paling best adalah bila Dayah stood up and take charge dan bercuti bersama Lee Min Ho :D ..saya dah 3kali ulang FYI. hehehe
bahasa yang digunakan santai. penggunaan ganti nama diri aku amat bertepatan utk lebih menjiwai cerita... bukan kisah kawen paksa tetapi lebih pada aturan keluarga. perkembangan cerita kemas dan rapi susunan plot ceritanya. takde meleret. seperti diberitahu awal tadi pembaca boleh merasa dan menjiwai setiap baris kisah dan setiap rasa watak yg ada.... dayah hendak disatukan dengan syazwan bila tunangnya ammar melarikan diri utk berkahwin dengan sahabat baiknya sally. Dayah dipersalahkan dan dituduh tidak tahu menjaga tunangannya. Syazwan yg amat mementingkan kerja bersetuju utk menggantikan tempat ammar dan ini menimbulkan perasaan hairan dikalangan keluarga mereka kerana sebelum itu sering tidak bersetuju utk dikahwinkan dengan sesiapa.. di awal perkahwinan dayah mula belajar menerima sifat suaminya yang gila bekerja namun dia punya misi untuk memikat hati suaminya.. gangguan orang ketiga? biasala, mesti ada. Kali ini linda, yg sering menghuru harakan hati dayah tetapi dayah bertindak bijak membalasnya secara halus. Cuma apabila terlalu banyak serangan sehingga dia rasa tertipu dengan suaminya, di situ dia mula menunjukkan ketidak puasan hati.. apa yg dilakukan? kenapa syazwan menerima dayah sebagai isteri sedangkan dia telah lama mengenali linda dan pernah hendak dijodohkan dengan linda. Dan paling utama.... apa ya tiga cita-cita utama syazwan yang menjadi sebab semua berlaku?... tak rugi dan kalau tak gelak membacanya, pembaca itu memang takde perasaan dan kering hatinya!....
Pendapat : Jalan cerita biasa-biasa sahaja, cuma jalan cerita tak berat, santai-santai saja..kadang2 buat kita tersenyum dengan sikap Dayah...watak antagonis pula, psiko sikit je lah...takde lah jahat sangat macam dalam cerita sinetron..haha... Cuma geram dengan si Syazwan tu..agaknya sebab sikap suka kerja tu, sampai tak boleh nak faham hati perempuan..lembab hahaha :P
Pengajaran : Hmm... Kalau suka sangat dengan kerja sekalipun, kalau boleh cubalah seimbangkan dengan perkara lain.. hidup kita ni sekali saja.. luangkan masa dengan orang2 yang kita sayang dan hargai mereka.. dan Allah cipta manusia, ada sebabnya kan...bukan suruh mengadap kerja je 24 jam...
Review : Dayah bertunang dengan Ammar pilihan keluarga..mereka bertunang selama 5 tahun..Bila hampir majis perkahwinan, Ammar kahwin lari dengan sahabat baik Dayah sendiri di sempadan...untuk jaga nama baik keluarga, Syazwan si workaholic dipilih sebagai pengganti...Dayah berusaha memikat hati Syazwan..Tapi Syazwan ni, berhati batu...tak reti tunjuk perasaan sayang, walaupun sebenarnya..dia dah lama dia sukakan Dayah..yang dia tau, kerja saja. Linda, rakan sekerja Syazwan..sudah lama menaruh perasaan pada Syazwan, sanggup buat apa saja untuk memusnahkan rumahtangga mereka..
Okay, 2nd time reading. Minus 1 sbb LindaWafi-Paris incident. Otherwise, okay je sbb saya masih tertarik utk baca sampai habis 💪🏻
1. Apo ya Wafi ni? Bercakap mcm bukan dewasa 25+ 💆🏻♀️ Sesuka hati suruh Dayah tinggal Wan sbb waniter idaman dia mogok?? Dah tu hantar gambar2 ‘mesra’ diorg dekat Paris 🤦🏻♀️ Marah gila dekat Wan time ni sbb nak sorok dr Dayah konon nak jaga hati. Tapi at least dia pun baran juga dgn kwn2 stupid dia 🐍 So, nak label tahap kemarahan tu; Wafi > Linda > Wan
Tapi, best juga sbb Dayah dapat lari and enjoy holiday 😆 Nak kata Wan grovel tu tak lah, tapi start sini la keluar masam manis miang keladi dia 😌 Lagi best sbb dia mmg tak layan dah dua ketul tu and bila diorg jumpa, mmg curt and straight to the point je dia tembak 😆
Still wth moment ya tiba2 dua ular tu kahwin and hidup bahagia?? Saya jahat sikit sbb mengharapkan diorg suffer dulu 😅
TAMAT! Serius best. Pada sayalah. Cerita ni sweet sangat even si suami gila kerja sampai isteri terabai but dia tetap berusaha untuk bahagia kan isteri dia. Kira dia just tak pa dai bahagikan masa saja masalah si Syazwan ni.
Geram pon ada dengan Syazwan ni. Punyalah lembab nak bertindak. Percaya sangat dengan Linda tu. Menyampah.
Dayah kira sangat bersabar dengan perangai Syazwan. Macam 2 dia buat sampai cari tips pikat suami. Bila Dayah lari tu puas hati sangat. Kasik Syazwan tu sedar sikit.
Kelakar masa Syazwan alah. Comel. hahahaha... santai dan simple ceritanya. I like!
Jujur kata kan agak skeptical nak baca mula².. i mmg jarang beli fajar pakeer punya novel, plus ade plak tulis² lee min ho kat cover.. uishh mmg padah benci novel melayu terbawak² korea ni, nak² ttbe ada dialogue "ajushi²" bagai.. awkward !! jgn salah paham, sis minat lee min ho, tp mcm geli plak klu baca dalam novels..
HUHU.. but i silap ! characters lee min ho dlm novel ni sangat comel !! haha dr first time dayah mengedik mintak lee min ho ni, smpi lah minho tido luar sampai lah ke ending.. haha
somehow surprisingly i finish reading in one sitting without skip a page.. huhu awal² agak bosan sbb dayah ni bnyk sgt pikiran dalam hati da mcm baca diari.. tp lama² masuk part nak kena kawin tu da start menarik.. part da kawen nak ngorat suami tu mmg da buat i tersengih dengan kesengalan dayah ni.. lama² mcm sronok pulak baca dayah punya omelan.. rasa dayah ni satu watak yang sangat cutee !!
i do feel that dayah and syazwan are meant to be together.. haha somehow feeling dayah mmg tepat, i guess i understand her especially cause my bf are like that.. 🤦🏻♀️ faham sangat feeling kena tinggal tanpa contact smpi berbulan, keje punya pasal.. hanya mampu ber ''huhuhu'' spanjang baca ni..
and nak kata novel ni best giler tu x lah, bnyk lagi benda writer can improves.. kudos to editors/writer too, dlm whole novel de satu jek typo.. haha mybe if i repeat baca, mungkin akan jumpa typo lagi..
YANG FRUST NYAA !! PAGE BERTERABUR, sbb tu x suke beli fajar pakeer ni..banyak kali da beli novel dorg dpt page berterabur.. baca satu page kene check no page and selak² sampai jumpa page sambungan..
apa² pon, TANIAH to author, anda buat saya tersengih sepanjang membaca, mungkin bukan sweetest novel.. but it's relatable, believable ( xde characters yang over dramatic mcm novel lain..masih berpijak di bumi nyata), and it's interesting until i google and check if you have another novel.. look forward to read the other you publish !!✍✍
Cerita yang santai dan sweet. Penuh dengan gelagat Dayah dalam memikat hati suami (workaholic/stone) yang dikahwini atas keterpaksaan dijodohkan oleh keluarga. Moral of the story, kalau korang dah berkahwin tetapi jodoh/pasangan korang bukanlah kekasih korang time bercinta dulu silalah bagi peluang buka pintu hati korang untuk pasangan korang yang dah sah tu. Cerita cintan-cintun yg dulu-dulu tu silalah korang lupakan. Kalau korang ikhlas, insyaallah jodoh yang dah ditetapkan Allah tu lebih manis rasanya. Yang penting sabar dan tingkatkan usaha seperti Dayah untuk mewarnai hubungan rumah-tangga. Sekian.
Ya Allah mmg buku ni layak dapat 5 bintang. Cerita biasa-biasa ja tapi banyak yg sweet dan lawak. Aku suka dgn watak Dayah yg tak kenal erti putus asa. Klu dia nak mmg dia usaha sungguh2. Sengal eh kau Dayah nak tackle Syazwan tu.
Sorry Syazwan mula2 aku benci dgn kau sbb sifat workaholic kau tu. Tapi lama2 eh bikin jatuh hati la. Dalam pada kasar ada jugak sikap gentlement dia. Benci betul aku dgn watak Linda tu ergh obses sgt dgn si Syazwan. Ada jgk part sedih masa si Syazwan tu marah2 Dayah smpai kawan tu bawak diri ke Cherating.
Patutlah novel ni antara yg bestseller kat MPH dan Popular. Rupanya ceritanya best. Thank u penulis. Nak cari novel CS yg lain tapi hmmm susah la nak cari 😭
Cerita yang tak sangka saya akan suka. Cerita ini dimulakan dengan Dayah mendapat cerita bahawa tunangnya lari dengan kawan baik dia sebulan sebelum mereka kahwin. Dan pengantin lelaki digantikan dengan Syazwan lelaki yang mabuk kerja.
Di sini kita boleh baca tentang kisah selepas mereka kahwin Dayah nak pikat hati suaminya supaya dia beri perhatian kepada dia.
Taknak spoil cerita, saya menangis baca cerita ni pada satu babak Dayah merajuk dengan suami dia sampai dia lari ke Cherating. Banyak komedi dalam novel ni dan surprising tak rasa cliche. Banyak penulis try hard buat lawak tapi Cik Sakura punya humor memang kena dengan saya.
Sedap citer ni. Simple n nice. Takde kisah konon awal awal benci lepas tu cinta giler. Dua watak utama just follow the flow. Dah kawin masing masing buat peranan dan tanggungjawab masing masing. Yang lebih ditonjolkan cara cara Dayah memikat hati suaminya yang workaholic tu. Itu pada saya lumrah. Semua isteri secara tak langsung berterusan ingin memikat hati suami dengan harapan rumahtangga kekal dan bahagia hingga akhir hayat. Cuma taklah sampai tulis dalam diary macam Dayah. I like. Menghiburkan....
novel ni saya beli preloved, santai dan tak berat. jalan cerita tak meleret. i could not put down this book, habiskan dalam masa 1 hari. banyak ilmu rumah tangga dalam novel ni. tak rugi, sebab kelakar sangat cara si isteri pikat suami. butterfly terbang terbang at some part:)