Alhamdulillah.. A book that muslim readers must have.
Sambungan dari Novel Mahar Cinta Cinderella, kisah Dr. Ehsan & Nur Sayang dan KONSPIRASI Yahudi.
Dengan kospirasi tersendiri, Dr. Ehsan akhirnya berjaya mengikat Nur Sayang dalam perkahwinan yang suci walaupun pada awalnya Nur Sayang larikan diri. Pada awalnya, semua berjalan lancar sehingga Nur Sayang hilang separa ingatan dan lupa pada Dr. Ehsan. Kamil, si bekas teman lelaki pula jadi sebutan setiap hari hingga Nur Sayang mahu balik ke Malaysia. Sakit hati dan cemburu ditolak tepi, hasrat Nur Sayang dipenuhi . Kamil pula bakal berkahwin dengan adik angkat sendiri. Nur Sayang pula semakin menerima hakikat dan perasaan sayang pada suami makin terasa. Bila bahagia mahu menjelma, Dr. Ehsan pula terpaksa pulang ke Mesir dan diculik.
Dr. John Stein sangat berminat dengan kajian Dr. Ehsan berkenaan pertumbuhan stem sel , siapakah dia sebenarnya? Seorang yahudi yang betul-betul berminat bagi tujuan perubatan atau ada ada niat lain disebaliknya.Siapakah Sang Perancang yang disebut-sebut, sehingga mencari calon-calon untuk menyamar sebagai Al-Mahdi dan mahu menyesatkan umat Islam.
Kita sering tertanya-tanya kenapa Islam dibenci, Islam digelar pengganas!
Adakah semua keganasan yang diwar-warkan perbuatan orang Islam. Apakah sebabnya, sedikit sebanyak penulis mengupas dengan cara tersendiri. Mungkin bukan semua adalah fakta tapi tak ada salahnya kita baca dan perhalusi.
Penamatnya, mestilah happy ending bagi Dr. Ehsan dan Nur Sayang. Tapi, penamat pada Konsprasi Yahudi dan Dajjal tak akan berakhir sehinggalah Imam Al-Mahdi menewaskan Dajjal, dibantu Nabi Isa a.s dan Islam peroleh kemenangan.
Aku takut terkena fitnah si Dajjal, aku takut tidak berpegang pada ajaran Islam yang sebenar. Terima kasih penulis novel ini kerana menyedarkan aku dari kelekaan duniawi..
*jika ada kesilapan fakta minta komen dan tegur.