Jump to ratings and reviews
Rate this book

At Least We Try

Rate this book
At Least We Try ialah kisah-kisah pendek yang menyentuh sisi manusia yang sering terlupa, tentang hubungan yang tidak kesampaian, tentang cinta yang diuji dan tentang hati yang perlahan-lahan belajar untuk redha. Setiap kisah yang dikongsi memberi ruang kepada kita untuk berfikir, menghayati dan menilai diri sendiri.

Sedar atau tidak, kita sering mengejar bahagia di sana sini sedangkan yang kita kejar bukan selalunya yang kita perlu. Bahagia bukan tentang memiliki semata, tetapi mensyukuri apa yang ada. 

Untuk yang sedang cuba belajar melepaskan, yang masih mencari makna hidup dan yang mahu percaya bahawa setiap kehilangan adalah satu permulaan yang baharu - naskhah ini untuk kamu.

Kerana selagi kita bernama manusia, kita harus terus mencuba. 

272 pages, Paperback

Published January 1, 2025

1 person is currently reading
2 people want to read

About the author

Sederhanaindah

3 books5 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
4 (100%)
4 stars
0 (0%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Starlit Stories by S.
94 reviews1 follower
February 24, 2026
At Least We Try merupakan kesinambungan Can We Start Again? Siri buku ni memang luar dalam cantik dengan kertas dan ilustrasi yang berwarna-warni. Kali ni, halamannya berwarna merah dan hijau. Merah menyemarakkan semangat dengan penuh motivasi manakala hijau membawa kedamaian dan kesejahteraan. Ada juga ruangan refleksi diri untuk coretan pembaca.

Buku yang ditulis khas buat insan yang sedang bersedih, kecewa dan terluka. Kalau dalam Can We Start Again? kita berkenalan dengan Suhaid dan Syuhada, At Least We Try kita bertemu dengan Shakir dan Nawal, Saif dan Layyin.

Ada 1 lagi watak tambahan yang aku suka, Pururu! Dan antara chapter yang paling aku gemar, Etos dan Adab, Semuanya Kepunyaan Tuhan, Harapan, One Fine Day, Kecantikan itu Bahaya, Bermimpilah, Moga Tabah, Kunci, Ketidakpastian, Impian, Langit nan Indah, Terlalu Melankolik, Sedar Diri, Syukur dan Sabar, Waktu dan Takdir, First Take We'll Take It.

Personally, aku lebih suka At Least We Try daripada Can We Start Again? Menghampiri penghujung naskhah, ada nada-nada riang dalam diri, mungkin kerna buku ini menyentuh hatiku dengan lembut, mengajak kita merenung ibrah dengan hikmah.

Aku nak share something to ponder yang dipetik daripada At Least We Try:

- Moga kita selalu berniat dan bercakap benda-benda yang baik. Moga kita tergolong dalam golongan mereka yang mendapat redha dan rahmat Allah.

- Takkan sembuh luka di hati kalau kita mahukan yang buruk jadi pada orang lain.

- Kita akan nampak cantiknya aturan Allah jika kita menerima takdir yang telah ditentukan buat kita, redha atas kurniaannya.

- Manusia merupakan sebaik-baik kejadian ciptaan Allah. Malaikat berdoa untuk manusia agar Allah ampunkan dosa-dosa kita.

- Rezeki itu apabila sesuatu melepasi tekaknya. Yang ada di dalam tangan kita, belum tentu dapat kita suap ke mulut kalau ditakdirkan itu bukan rezeki kita.

- Allah turun ke langit dunia pada sepertiga malam terakhir untuk mendengar doa hambanya.

- Doa we make every day remind us that our own miracles will come, someday.

- Tidak akan lurus iman seseorang itu melainkan lurus hatinya dan tidak akan lurus hati seseorang, melainkan lurus lidahnya.
Profile Image for Mohamad Nasrul.
211 reviews7 followers
March 6, 2026
Sambungan Can We Start Again?, At Least We Try pula membawa kisah-kisah pendek yang penuh dengan nilai-nilai kebaikan dalam ceritanya. Ada kisah yang menyentuh emosi, ada kisah yang terasa dekat di hati, dan banyaknya kisah menyemai nasihat tentang hubungan, cinta dan redha.

Setiap halaman yang berwarna memang buatkan saya tertarik untuk baca. Satu lagi halaman yang saya suka - Refleksi Untuk Diriku. Halaman ini membuatkan saya berhenti sejenak, membayangkan rasa dan detik yang saya alami pada hari itu, lantas beristighfar dan bersyukur dengan setiap kejadian pada hari tersebut. It's nice to write something on this page.

"Kerana selagi kita bernama manusia, kita harus terus mencuba." Begitu ayat akhir pada blurb buku ini , cukup untuk menjentik jiwa saya untuk terus berusaha.

At Least, We Try.
Profile Image for Afiqah.
42 reviews
March 4, 2026
Saya lebih suka buku ni dari buku yang sebelum ni saya baca can we start again. Ringkas, padat Dan mudah difahami. Ada few notes and nasihat yang kena dengan situasi saya currently yang buat saya rasa I'm at the right place right now with the right decision. Cuma satu jer ada satu helaian Muka surat yang ada koyak sedikit di bahagian tengah - tengah cerita but that's okay as long still boleh baca. Manusia kan tidak ada yang sempurna so maybe time tengah qc, qc team terlepas pandang. Cuma masih lagi ada yang saya kurang Setuju sama macam buku yang sebelum ni which tidak ada persahabatan antara lelaki Dan perempuan lagi-lagi pergi ke masjid bersama even ramai orang kelihatan seperti tidak Berdua-Berduan but still matlamat tidak menghalalkan Cara. So please take note ye kepada penulis kerana yang baca buku ni di kalangan anak-anak muda dikhuatiri menjadi contoh yang tidak baik untuk generasi sekarang.
Profile Image for Moon.
10 reviews1 follower
March 7, 2026
At least we try merupakan buku sambungan dari siri Can we start Again? Penulis mengetengahkan kisah teladan berkaitan cinta, ikhlas dan redha yang lebih dekat dihati. Saya suka ruang refleksi untuk diriku. Ruang untuk kita melontarkan idea, perasaan, apa yang boleh diperolehi, disyukuri, yang tidak diulangi apabila selesai menghayati kisah yang dikongsi oleh penulis. Erti kebahagiaan apabila kita mensyukuri dan redha setiap yang telah disusun oleh Allah swt.

Apa yang saya perhatikan, gaya penulisan penulis yang penuh falsafah ini telah menggunakan penyampaian dalam bentuk journal. Ini lebih mendekatkan lagi dengan hati pembaca muda masa kini.
Displaying 1 - 4 of 4 reviews