Jump to ratings and reviews
Rate this book

Cold Case

Rate this book
Tiga tahun lalu, satu kes penculikan berakhir dengan tragedi paling mengerikan. Mayat seorang gadis ditemui dalam keadaan aib, dikerat dan ditinggalkan sebagai tanda amaran. Kes itu ditutup. Fail disimpan. Pembunuh menghilang tanpa jejak.

Kini, satu mayat baharu ditemui. Modus operandi sama. Mata dijahit. Organ dalaman hilang. Seolah-olah pembunuh itu kembali untuk menuntut sesuatu yang belum terlunas.

Inspektor Umar dan pasukannya terpaksa membuka semula cold case yang sepatutnya sudah terkubur.

Setiap petunjuk membawa mereka hampir kepada kebenaran yang lebih kejam - bahawa keadilan pernah diputar belit dan orang yang sepatutnya bersalah telah dilepaskan.

Apabila rahsia lama dibongkar satu demi satu, mereka sedar ini bukan sekadar pembunuhan bersiri. Ini adalah dendam yang dirancang rapi. Sebelum kes ini berakhir, akan ada harga yang perlu dibayar — dengan pertumpahan darah.

436 pages, Paperback

First published February 1, 2026

Loading...
Loading...

About the author

Azmeer Shah

13 books8 followers
Azmeer Syahiran atau nama penanya Azmeer Shah seorang penulis baru dalam dunia penulisan kreatif. Lahir pada 15 ogos 2000 dan merupakan anak jati Perak. Ibu dan bapanya juga dari Perak. Azmeer Shah merupakan seorang pelajar ijazah sarjana muda Penulisan Kreatif dan Filem di Akedemi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara). Setakat ini, cerpen Stalker, Potret, Circle dan Alternatif diterbitkan di aplikasi Cereka. Antologi Jalan Puaka dan Istana Syaitan diterbitkan Karya Publika dan novel solo pertamanya diterbitkan Million Idea bertajuk Cicada. Cerpen berkonsep / interaktif bertajuk Hazard diterbitkan Mesta. Terbaharu, antologi novelet Bunian diterbitkan di bawah terbitan Karya Publika.

NON-READER BECOME WRITER
Dahulunya, Azmeer seorang yang tidak gemar membaca. Namun ketentuan itu milik ALLAH. Perkara yang tidak digemarinya itu kini menjadi hobi dan merupakan cita-cita utamanya sekarang. Dia berimpian untuk mendapatkan 'gelaran' tersendiri di dalam dunia penulisan novel. Tanggapannya dahulu, pekerjaan penulis tidak ada masa depan apatah lagi menulis novel. Tapi sekarang, perkerjaan penulis itulah yang dikejarnya. Dia percaya, masih ada manusia di luar sana sepertinya. Seorang yang dahulunya tidak suka membaca dan akhirnya menjadi penulis. Kerana itulah, Azmeer mengelarkan dirinya sendiri 'Non-reader become writer'.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
17 (30%)
4 stars
23 (41%)
3 stars
12 (21%)
2 stars
3 (5%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 27 of 27 reviews
Profile Image for ⠀.
124 reviews38 followers
March 29, 2026
Nak dijadikan cerita yang mungkin ada spoiler macam ni: Mula-mula baca tu tak gemar juga dengan beberapa watak yang bila nak cakap tu jenis sentap-sentap. Dah kenapa pula perangai masing-masing macam tu. Atau mungkin aku yang hati tisu. Tapi takpelah.

Lepas tu pembacaan rasa macam nak kencing tapi kena keluar sekat-sekat sikit-sikit pula sebabnya tiap babak pendek-pendek je. Dah macam tengok tv pula susun atur ceritanya. Banyak lompat-lompat babak untuk cover banyak watak. Tapi takpelah. Sesuailah gamaknya kalau ada short attention span sebab main henpon banyak sangat.

Lepas tu macam banyak pula berceramah tentang ingat Allah dan agama. Boleh jadi cerita ni mungkin cerita debar jenayah islamik. Tapi takpelah. Terus je juga baca. Cuma boleh pula ada watak tu cakap si mati tu mati sebab Allah dah sayang. Macam mana nak cakap eh. Dia punya dialog tu macam takde empati atau pernah bercakap dengan manusia. Nak pula cakap benda tu dengan bapa si mati. Yang anaknya mati badan kena belah dan kena curi organ dalaman. Nak suruh reda dengan ketentuan pun ada caranya dengan tempat dan masanya juga.

Lepas tu dah mula rasa bosan. Lagipun bila jenayah tu berlaku, dah boleh teka siapa yang terlibat. Cumanya entah kenapa tak jadi suspek pula watak tu. Soal siasat pun takde. Tapi takpelah. Mungkin kemudian cerita akan diceritakan bila case dah jadi cold case dan kemudian di-microwave semula mengikut masa pada packaging. Tapi masalahnya dah mula bosan pula baca. Jadi, sajalah buka Goodreads, kot-kot dapat petanda cerita seterusnya akan lebih menarik. Sebaliknya, alamak, ada spoiler tapi tak bagitahu pula. Santai je spoil. Tapi betul la tekaan aku. Jadi, takdela terkejut mana.

Lepas tu ada watak perempuan bertatu kala jengking. Bila baca penerangan watak, macam kenal. Eh, tak, bukan member. Macam watak dari cerita The Girl with the Dragon Tattoo. Skil pun nak sama. Mungkin kebetulan. Mungkin juga inspirasi atau beraspirasi nak jadi macam cerita tu. Godam punya godam dan hack tiba-tiba jadi heck (Siapa punya kerja edit tak clean ni?), lah macam nak buka tab incognito je pula. Tak cukup detail penerangan menggodam. Tapi takpelah, mungkin aku je banyak songeh. Lagipun bahagian tu macam filler je kalau nak diikutkan.

Cumanya makin lama makin jelas yang cerita ditulis macam tanpa research. Macam fan fiction kisah-kisah debar jenayah. Himpunan babak-babak tipikal dan klise tanpa perincian yang lebih mendalam. Proper procedure pun banyak yang diabaikan. Jadi cerita terasa dangkal. Sebaliknya, lebih banyak habiskan masa tulis perincian perkara yang tak perlu. Contoh yang aku buat sendiri macam ni: Diterangkan seseorang tu masuk dalam kereta, menghidupkan enjin, tukar gear dan tekan pedal minyak. Lepas tu di akhir ayat ditambah pula dia memandu kereta. Buatkan penerangan sebelum tu sia-sia.

Dari sudut penyiasatan pun tak begitu mengujakan. Dengan debaran pencarian klu setara cerita Blue's Clues. Tak ada banyak rujukan tentang penyiasatan lama pun untuk dikaitkan dengan penyiasatan semasa. Kot-kot ada yang terlepas pandang, ada yang terlepas disoal siasat. Klu yang disuapkan pula diterima secara terbuka. Asyik-asyik ulang-ulang pasal jual organ. Tapi kenapa takde siapa persoalkan kenapa tak semua organ diambil? Sebab buah pinggang takde sebut pun. Buah pinggang pun laku je kat pasaran gelap. Lepas tu ada juga bila dah tahan suspek, suspek mengaku dianiaya, boleh pula mudah terima alasan tu. Tak explore pun kemungkinan suspek menipu. Possible je cap jari tak jumpa sebab pakai sarung tangan. Makin banyak muncul plot holes. Menjadikan cerita lebih tidak meyakinkan. Nak pula ditambah dengan polis perangai tak macam polis. Selamba je ada watak polis mengaku nak tangkap penjenayah dan tembak kepala penjenayah tu. Macam cerita koboi dah pula. Polisnya pula nak tangkap orang, tak beritahu ada waran tangkap. Tapi tahu-tahu bab seterusnya mengaku ada waran tangkap pula lepas Dato' datang mengamuk kat balai polis.

Dari sudut jenayahnya pula, lebih fokus kepada motif secara dasar je. Tak cover secara menyeluruh apa yang cetuskan kejadian lama berulang kembali. Macam sebab kena tunggu tiga tahun baru nak bertindak dan sebab mangsa-mangsa baru dipilih. Dengan penjenayah yang apabila buat jahat, terang-terangan dan terus-menerus label sebagai psiko. Kuat campak perkataan psiko cerita ni. Label watak sebagai psiko. Menamakan watak sebagai psiko. Dan watak psiko tinggalkan nota sebagai Mr. Psiko. Ketawa jugalah masa baca.

Lepas tu bila nak habis macam rasa tergesa-gesa dan semakin longgar pula cerita semata-mata nak menutup cerita yang seolah-olah perlu ditamatkan dengan cara yang klise sebab perlu mengikut piawai yang telah ditetapkan dengan menyampaikan moral dan teladan yang perlu dipelajari melalui kisah kali ni yang berkemungkinan merupakan: Adik-adik, ingat ya. Jangan buat jenayah. Allah marah. Mati seksa. Nanti polis tembak baru tahu.
Profile Image for Joy (Cheery♡Reads).
1,014 reviews123 followers
May 7, 2026
UPDATED REVIEW (PANJANGKAN LAGI LEPAS DAH SUSUN MY THOUGHTS 🤣):

GORE & VIOLENCE 🔪 dalam novel ini sangat detailed. Mendebarkan, seram & menggerunkan.

I LOVEEEEEE IT!

Ada yang tak surprised dgn pembunuh tu siapa sebab mereka dah nampak hints, tapi Joy salah pulak and mmg sgt “Whutttt?!” bila the real killer was revealed.

Ada yang ada issues dgn cara cerita disusun, like 1 scene to the next mcm script play but Joy suka pulak 😂 It works for me and I love Abg Azmeer punya style of writing.

Kitonya dah jadi fan baru dia 😉 Joy boleh kata it feels like reading a true crime thriller novel. A touch of fiction and a touch of documentary dlm humanity - mengapa pembunuh jadi pembunuh? Mengapa sanggup aniaya and bunuh kenalan sendiri dll. It touched on sensitive topics abt sexual assault, etc. Bravo to penulis sebab tak ramai bincang ttg perkara ini especially in Asian communities - taboo lah gitu.

Joy sangat look forward to this year’s PBAKL sebab jumpa byk hidden 💎 and underrated penulis yg deserved more recognition.

Jgn putus asa, jgn bandingkan dgn org lain.
Each of us are talented and unique in our own way. Allah tak pernah lambat atau salah utk memberikan rezeki.

He is always on-time. Dia tunggu kita ja to be ready to receive the rezeki.

Chaiyok! Please ada next novel mcm nie. Kita peminat tegar crime thrillers 🤣

************

A suspenseful crime thriller that doesn’t hold back on the gore and violence - if you are sensitive to these things, you have been warned.

Cold Case melibatkan banyak watak and it can be confusing a little bit for those that aren’t used to this genre. Joy ok je and I really enjoyed it honestly. It kept me guessing and the plot was definitely twisting.

Joy memang tak sangka pembunuh tu was that person and how pembunuh tu became that way sangat menyedihkan. Ia sentuh on sexual abuse on male and females, human trafficking, prostitution, personality disorders and hallucinations.

I would say that the style of writing was neat with a steady and building flow in plot development. Pembunuhan diterangkan dengan terperinci dan sangat kejam, keadaan mayat pun menyeramkan.

Joy cuma berpendapat bahawa character development could have been better sebab rasa tak dapat menyelami secara dalam watak-watak utama. Ini disebabkan every scene was told in short babak gitu - macam scene in a play. So it jumps from watak A in location X kepada watak B kat location Z.

Overall, it’s a great crime thriller and highly recommended.
Profile Image for Hamidah Effendi.
517 reviews7 followers
April 20, 2026
Cold Case — Azmeer Shah

Menarik! Novel ini berkisar tentang pembunuhan bersiri, seakan kes Ariana yang masih menjadi misteri tanpa penyelesaian. Dari satu watak ke satu watak, semuanya mencurigakan—membuatkan pembaca tertanya-tanya, siapakah sebenarnya Mr. Psycho?

Antara sebab saya memilih buku ini sebagai pilihan hadiah April ialah reka bentuk kulit bukunya yang semakin cantik—jelas nampak peningkatan dari pihak Karangkraf. Tambahan pula, genre thriller memang sangat mengujakan bagi peminat misteri seperti saya. Memang saya suka!

Saya juga sempat “join” teka-teki dalam group Inspector Umar, tapi asyik tersalah tekaan. Langsung tak sangka dalang sebenar—cukup mengejutkan, seolah-olah watak psycho dalam drama Korea 'T<%%£/'. Clue dah bagi, selebihnya kena baca sendiri. 😅

Namun, ada beberapa bahagian yang sedikit mengganggu momentum. Ketika emosi sedang memuncak, tiba-tiba penceritaan terasa “terhenti”, mungkin kerana saya terlalu tidak sabar untuk mengetahui kebenaran.

Selain itu, elemen gore dalam cerita agak kuat dan boleh mengganggu, terutamanya bagi pembaca yang mudah membayangkan. Ada juga pengulangan penerangan yang membuatkan saya cenderung untuk skip beberapa bahagian.

Walaupun begitu, keseluruhannya saya tetap menikmati pembacaan ini.

Tahniah kepada penulis atas karya terbaru yang penuh debaran!
Profile Image for Rara.
209 reviews2 followers
April 20, 2026
3.5 / 5

Overall, the storyline is decent. If you focus properly, there’s a single hint/klue that helps you guess who the serial killer might be—but at the same time, it makes you wonder what the motive is.

Cuma, I rasa cerita ni byk karakter dan mengelirukan I tentang siapa watak utama. Apabila author membahagikan slot cerita kepada banyak karakter, kita jadi kurang peluang untuk kenal karakter utama dengan lebih mendalam.

I personally berharap ruang cerita untuk protagonist dan antagonist lebih banyak berbanding side characters. But, mungkin itu cara author memilih untuk membina cerita, so its fine..mebbe it's jut me..

Anyhow, I memang suka gaya penceritaan author—naration dia jelas, dan kurang jugak dialog or perbualan yang tiada kesan to the storyline. Sebab da byk jgk Malay novel yg I bace and agak rimas dengan dialog / conversation yg x membantu storyline..but again...mebbe it's just me..

But I recommend to read this book. and also looking forward for Azmeer Shah's others novel. :)
Profile Image for Erin95.
158 reviews6 followers
April 12, 2026
Gripping, exciting, suspenseful yang membawa pembaca untuk selak page seterusnya and eager to find out what happens next.

Bermula dengan kisah kematian Ariana Erina yang tragis dan dalam keadaan aib, membawa kita mengikuti kisah penyiasatan Inspektor Umar, Inspektor Emma, dan Amar dalam mencari siapa pembunuh sebenar.
Kematian yang tak dibela, sementara pembunuh sebenar masih bebas dan sibuk mencari mangsa seterusnya demi kelangsungan hidup & nafsu sendiri sampai hilang sifat emphaty dalam diri.

Walaupun pada awal penceritaan, banyak babak dari point of view yang berbeza, penulis garapkan. Tapi keseluruhan dot tu bertemu di titik akhir yang membawa jawapan yang sempurna, cerita yang bermakna dan kemas garapannya. Aku faham, aku suka dan yang penting membawa aku untuk selak lagi, dan lagi semata-mata nak tahu siapa pembunuh sebenar. Aku cuba jugak teka, tapi salah. Beberapa kali tekaan, baru aku dapat teka siapa pembunuh sebenar. Waktu tu macam semua watak tu boleh jadi suspek utama kes pembunuhan ni. Kudos to Azmeer Shah, pandai betul olah plot jadi menarik dan mendebarkan dan tak cliche. Semua dialog terlontar secara natural, buatkan aku rasa macam tengah tengok telemovie crime-thriller kat tv.

Antara beberapa point utama yang aku dapat dari buku ni:

1) Dendam membawa kita bertindak di luar kawalan dan di luar sedar.
2) Kehilangan orang yang kita sayang, boleh buat kita hilang arah tuju.
3) Untuk perempuan, jaga diri, jaga maruah, jangan mudah percaya orang, jaga iman, banyakkan berdoa agar selalu dilindungi dari bahaya yang ada di langit dan di bumi.
4) Trauma dari masa lalu membentuk diri seseorang. Jahat la cikgu Harris tu. Tak patut untuk seorang pendidik berkelakuan sebegitu yang akhirnya leaving a person in a survival mode, anger, mental disorder dan berbagai lagi impact dia yang si mangsa je rasakan.
5) Aku harap apa yang berlaku kat Harris, tak berlaku dekat pelajar-pelajar dekat luar sana. Harris diliwat oleh seorang guru - dia mengadu pada pihak tertinggi - tetapi dia pula dianggap berbohong dan mereka-reka cerita. Dan impact dia besar buat si mangsa.
Profile Image for Aleeqa.
77 reviews2 followers
May 24, 2026
Secara ringkasnya: dunia ini menakutkan.
Profile Image for sansuriya82.
109 reviews2 followers
May 18, 2026
Rating saya: 5/5 ⭐

Cold Case karya Azmeer Shah bagi saya merupakan sebuah novel yang cepat tarik perhatian dari awal terutamnya cover buku yang sangat cantik dan menarik lain dari yang lain. Baru beberapa bab, terus rasa nak tahu siapa sebenarnya dalang di sebalik kes lama yang dibuka semula. Kalau suka cerita penyiasatan yang penuh misteri, memang senang hanyut dengan jalan cerita dia.

Yang saya suka, penulis berjaya bina suasana tegang sepanjang cerita. Setiap kali satu petunjuk muncul, terus timbul syak pada watak lain pula. Bila rasa dah dapat agak siapa pembunuh, tiba-tiba plot pusing dan sangkaan tu terus berubah. Itu yang buat bacaan jadi seronok sebab kita rasa macam ikut sama menyiasat bersama watak utama. Kes lama dengan kes baharu pula dihubungkan dengan kemas, jadi rasa setiap bab ada fungsi dan bukan sekadar meleret.

Watak penyiasat dalam novel ni pun menarik. Dia bukan watak sempurna yang terus tahu semua jawapan. Ada masa dia sendiri keliru, buat silap, dan terpaksa gali semula perkara yang orang lain cuba tutup. Itu buat cerita nampak lebih real. Bila rahsia demi rahsia dibuka, kita mula nampak yang kes ni bukan sekadar pembunuhan biasa, tapi ada sesuatu yang lebih besar dan gelap di belakang semua kejadian.

Cuma bagi saya, ada beberapa bahagian yang agak padat dengan maklumat siasatan. Kalau baca laju, kadang-kadang kena ulang semula untuk betul-betul faham kaitan antara kes, suspek dan masa kejadian. Tapi itu bukan kelemahan besar tetapi lebih kepada jenis novel yang perlukan fokus sikit, bukan baca sambil lalu.

Paling best, suasana novel ni berjaya buat rasa seram dalam cara yang berbeza. Bukan seram hantu, tapi seram bila fikir manusia sendiri boleh jadi lebih menakutkan. Cara mayat ditemui, rahsia lama yang disorok, dan motif pembunuh semua tinggalkan rasa tak selesa. Ada bab yang buat saya berhenti sekejap sebab cuba hadam apa sebenarnya berlaku.

Secara jujur, Cold Case memang sesuai untuk pembaca yang suka thriller jenayah dan kisah siasatan yang penuh teka-teki. Plot dia kemas, misteri dijaga sampai akhir, dan pengakhiran tu buat rasa puas walaupun masih ada beberapa persoalan yang linger dalam kepala. Jenis novel yang buat kita fikir balik selepas habis baca dan itu bagi saya satu kelebihan.
88 reviews
May 17, 2026
3.5✨

Pembunuhan bersiri yang dikaburi jenayah penjualan organ, ia jauh lebih gelap...
Awal-awal tu, penulis semacam mengajak pembaca main teka-teka siapa pembunuhnya, akhirnya tekaan mengena.

Idea cerita menarik, agak gore, tapi bagi saya agak meleret. Agak pelik juga untuk siasatan kes kematian yang pertama yang bagaikan tidak lengkap, tapi kes tetap ditutup...hmm. mungkin dari segi prosedur penyiasatan, kena gali lagi.

Tertarik juga nak baca novel penulis yang lain selepas saya dapat tahu, Cold Case ni permulaan bagi universe novel² beliau yang lain. Mungkin suatu hari nanti saya akan dapatkan yang lain pula.
Profile Image for Deanne_meadows.
5 reviews
May 2, 2026
Selesai Baca cold case ini. Punya gore tu.. Speechless. Semua Jalan cerita membuat saya jaw dropping. Buku ini menjadi novel lokal yang PERTAMA untuk menjadi bahan bacaan dalam tahun 2026.
Profile Image for Mommy Farah.
370 reviews14 followers
May 27, 2026
Cold Case ni memang buat saya rasa tak senang duduk dari awal sampai habis. Jalan cerita dia penuh misteri, ganas dan sangat mendebarkan. Setiap bab macam ada petunjuk baru yang buat kita rasa “eh, orang ni ke pembunuh sebenar?” tapi bila dah rasa yakin, terus penulis twist semula jalan cerita.

Saya suka cara Azmeer Shah bina suasana penyiasatan yang gelap dan menekan. Kes lama yang dibuka semula, pembunuhan bersiri dengan modus operandi yang mengerikan, ditambah pula rahsia dan dendam lama memang buat cerita ni rasa intense. Ada beberapa scene gore dan violence yang agak detailed, jadi memang sesuai untuk pembaca yang suka thriller jenayah yang brutal dan penuh suspens.

Watak Inspektor Umar pun menarik sebab dia bukan sekadar nak selesaikan kes, tapi kena berdepan dengan kebenaran yang makin lama makin rumit. Sepanjang baca memang seronok meneka siapa dalang sebenar. Plot twist dia menjadi dan ending dia tinggalkan rasa seram serta puas dalam masa yang sama.

Cuma bagi saya ada beberapa bahagian yang boleh diperkemaskan lagi sebab ada persoalan yang macam tergantung sedikit. Tapi overall, novel ni tetap berjaya buat saya susah nak berhenti membaca.

Kalau anda peminat thriller, penyiasatan jenayah dan cerita pembunuh bersiri yang gelap serta penuh teka-teki, memang patut cuba baca novel ni.
Profile Image for NUR SABRINA.
20 reviews1 follower
April 20, 2026
Cold Case - Azmeer Shah

First one sitting book in 2026. Walaupun untuk Buku Kalini saya banyak menulis sedikit sebab nak keep up dengan setiap mangsa yang mati.

Jalan cerita decent tapi cukup buat Saya hooked,author bijak sebab dia main dengan perasaan yang buatkan saya nak baca lagi dan lagi. Dan yup banyak manusia telah dituduh untuk buku ni. Yelah tengah cipta roleplay sendiri sambil baca Buku ni gitu la dia. Kita pulak imaginasi Luas.

As somebody yang tak suka kan gore this book is okay. Gore nya sedang-sedang. Done jadi penyiasat tak bertauliah lepas baca Buku ni . If you haven't,silakan baca dan join menyiasat

Overall,i love this book❤️
Profile Image for Amie Orched.
5 reviews
May 8, 2026
Cold Case memang seronok dibaca dan buat saya rasa teruja dari awal sampai akhir. Sepanjang membaca, saya asyik meneka-neka siapa sebenarnya pembunuh kerana setiap petunjuk terasa mencurigakan dan sentiasa mengaitkan dengan kes pertama. Tetapi ada halangan pada penceritaan iaitu hubungan antara beberapa watak pula agak ‘gantung’, membuatkan saya sering tertanya-tanya apa sebenarnya kaitan mereka. Cerita ini betul-betul berjaya buat pembaca tak senang duduk dan susah untuk berhenti membaca. Saya pun dapat habiskan dalam masa sehari.

Namun buku nie seolah gantung .. adakah penulis akan buat versi kedua?
1 review
May 6, 2026
I’ve finished reading Cold Case. Honestly, the story has an interesting concept, especially the mystery and investigation part at the beginning. It really caught my attention and made me want to know what actually happened.

However, for me personally, the middle to ending felt a bit predictable. The twist didn’t give a strong impact, and the ending felt quite simple compared to the build-up at the start.

Overall, it’s still an okay read for me, especially for casual reading. I just feel the execution could be made stronger to match the interesting idea behind the story.
Profile Image for NanieAliff.
14 reviews
May 18, 2026
Buku ni mmg best. Buku untuk genre thriller. Mmg agk creepy dgn cara storyline disusun. Semua suspect yg sy teka semua salah. Haha.

Mmg main psikologi betul buku ni. But honestly, buku ni best.
Inspektor Umar, Amar, Adam. Top 3 watak yg hidupkan penulisan ni. Penangan Ariana tu dahsyat smp blh mengubah kehidupan org lain. Keep it up Azmeer Shah. Moga byk lg penulisan yg berisi cmni.

Sekian daripada,
Bookaddict.
1 review
April 16, 2026
wow..just wow...terkejut aku baca part tau pembunuh sebenar...u know what,gore scene dalam novel ni,kalau dalam filem diorang tapis mmg aku downvote je 🤣🤣..dan aku jadi seriau bila bayangkan scene epilog tu macam tgk movie..apapun,good job azmeer.
Profile Image for Moon.
12 reviews1 follower
May 13, 2026
Cold Case
Kisah pembunuhan misteri yang dilakukan demi untuk membalas dendam. Kes berlanjutan dari hari ke hari. Pihak polis buntu, wartawan buntu. Motif pembunuhan sama iaitu organ mata, hati, jantung. Sehinggalah satu fasa, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.
Siapa pembunuhan bersiri itu? 😁
Profile Image for Shahin&Buku.
21 reviews1 follower
March 29, 2026
Cold Case bermula dengan kes penculikan dan pembunuhan misteri Ariana Erina. Pembunuh tidak dapat dikenalpasti, kes ditutup dan dikategorikan sebagai Cold Case.

Selepas 3 tahun, kes yang sama berulang kembali. Mata dicungkil dan dijahit dengan kemas manakala organ dalaman seperti hati dan jantung pula diambil oleh pembunuh. Mangsa yang terlibat kesemuanya adalah wanita, ditemui dalam keadaan yang mengaibkan.

Ketika membaca kisah ini, hampir semua watak nampak seperti suspek kes pembunuhan ini. Namun, satu persatu suspek dibuktikan tidak bersalah sehinggakan kes ini menemui jalan buntu.

Bukan kes ini sahaja yang menemui jalan buntu, saya selaku pembaca pun turut sama kecewa dan buntu sebab salah meneka suspeknya. Stress juga nak tahu siapa yang menjadi pembunuh bersiri dalam kisah ini.

Jalan ceritanya sangat pantas, penuh dengan pelbagai peristiwa sehinggakan tak sempat fikiran saya nak berehat, asyik kene kerah untuk berfikir. Plot ceritanya sangat mendebarkan, menarik minat saya untuk menghabiskan pembacaan.

Cuma, satu sahaja persoalan saya. Kenapa yang dibunuh tu mesti perempuan dan dalam keadaan diaibkan? Kalau buat kisah lelaki kena bunuh, kena kerat, mayat dibuang tanpa seurat benang tak boleh ke? Tanya jelah kan, sebab kalau kes kene bunuh je mesti perempuan...
Profile Image for Muhammad.
14 reviews
April 4, 2026
Bismillah.

review ringkas.

ok, alhamdulilah. tamat sudah. bacaan cold case ni. ada masa nya saya dapat membaca nya, ada masa juga saya tak dapat membaca nya. sibuk dengan keluarga, kerja, Dan sebagai nya.

pertama. of coz! favorite genre saya.

kedua. jalan cerita yang mudah faham, kita sebagai pembaca ataupun gemar dengan genre sebegini harus kena perlahan perlahan so from there, we can solve the mystery behind it.

ketiga. wow! pembunuh nya..saya was not expected that!
jalan cerita yang baik, ada lah part part yang potong organs itu, saya ok with it.

keempat. 4/5 rating.
keep up the good work anak muda! teruskan genre genre yang sebegini!

wassalam.
Profile Image for bookmehnia.
362 reviews19 followers
April 30, 2026
(23/2026) 3.5/5🌟 Thriller psikologi (fiksi) | 426 ms


𝘊𝘦𝘵𝘶𝘴𝘢𝘯 𝘈𝘮𝘢𝘳𝘢𝘯:
𝘊𝘦𝘳𝘪𝘵𝘢 𝘪𝘯𝘪 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯𝘥𝘶𝘯𝘨𝘪 𝘥𝘦𝘴𝘬𝘳𝘪𝘱𝘴𝘪 𝘵𝘦𝘯𝘵𝘢𝘯𝘨 𝘱𝘦𝘮𝘣𝘶𝘯𝘶𝘩𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘦𝘫𝘢𝘮, 𝘬𝘦𝘢𝘥𝘢𝘢𝘯 𝘮𝘢𝘺𝘢𝘵 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘪𝘫𝘶𝘮𝘱𝘢𝘪 𝘥𝘪 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘬𝘦𝘢𝘥𝘢𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘦𝘳𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘯 𝘮𝘢𝘴𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘬𝘦𝘴𝘪𝘩𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘯𝘵𝘢𝘭.
*𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐚𝐜𝐚 𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠*

“𝙆𝙚𝙟𝙖𝙢𝙣𝙮𝙖 𝙢𝙖𝙣𝙪𝙨𝙞𝙖 𝙢𝙚𝙡𝙚𝙗𝙞𝙝𝙞 𝙨𝙞𝙛𝙖𝙩 𝙠𝙚𝙗𝙞𝙣𝙖𝙩𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣.”

Satu mayat telah ditemui di dalam keadaan mengerikan berdekatan Taman Tasik Titiwangsa. Mayat itu dijumpai dalam keadaan bebola mata yang hilang dan kelopak mata yang berjahit, serta organ dalaman yang telah dikeluarkan.

Inspektor Umar, dibantu oleh Inspektor Emma telah ditugaskan untuk menyiasat kes tersebut, dan siasatan awal seolah-olah menunjukkan ianya berkaitan dengan sindiket haram penjualan organ manusia di pasaran gelap. Namun, modus operandi pembunuhan kes baru ini didapati ianya mungkin ada kaitan dengan satu kes penculikan dan pembunuhan ngeri yang pernah berlaku tiga tahun dulu - satu 𝘤𝘰𝘭𝘥 𝘤𝘢𝘴𝘦 yang telah ditutup atas sebab kekurangan bukti dan tiada saspek.

Peliknya, modus operandi yang digunapakai pada penemuan mayat yang terbaru itu, sama seperti kes tiga tahun lepas itu. Justeru, anggapan dibuat bahawa pembunuh tiga tahun lepas itu sudah beraksi semula. Teori ini menjadi semakin kuat apabila terdapat penemuan mayat yang seterusnya dengan modus operandi yang sama dan juga petunjuk-petunjuk lain yang memungkinkan kes tiga tahun lepas dan juga kes-kes terbaru ini saling berkaitan.

Apa sebenarnya yang terjadi tiga tahun lepas? Kenapa pembunuhan terbaru hanya terjadi selepas tiga tahun? Apa yang pembunuh ingin cuba buktikan?

Saya sangat sukakan latar dan premis untuk cerita ini. Watak-watak yang ada saling melengkapi bagi mengukuhkan premis cerita yang saya kira sangat bagus untuk genre thriller psikologi, setanding dengan novel-novel terbaik dan popular dalam kategori ini. Setiap watak mempunyai sebab dan kaitan tersendiri tanpa perlu mengaburi watak-watak yang lain (kecuali ada satu, dua watak yang saya keliru fungsi mereka yang sebenarnya).

Namun saya ada sedikit masalah dengan penceritaan dan juga plotnya. Cerita ditulis di dalam bab-bab pendek dan saya tiada masalah dengan bab-bab pendek dalam novel kerana bagi saya itu mungkin strategi penulis.

Bagi saya penceritaan di dalam novel ini sedikit longgar kerana ada 𝘤𝘰𝘯𝘵𝘪𝘯𝘶𝘪𝘵𝘺nya tidak begitu jelas, seolah-olah ianya tidak berkaitan antara satu sama lain. Saya sedikit keliru dengan watak ‘Fakhri’ dan kaitannya dengan jalan cerita, juga sedikit kecewa apabila watak CJ tidak dikembangkan. Inspektor Umar juga seperti tidak banyak memainkan peranan di dalam penyiasatan walaupun watak yang dipegang adalah sepatutnya 𝘭𝘦𝘢𝘥 𝘤𝘩𝘢𝘳𝘢𝘤𝘵𝘦𝘳. Pendapat saya, watak Amar lebih menyerlah kerana dia banyak melakukan kerja-kerja penyiasatan (walaupun mungkin menyalahi undang-undang) seolah-olah dia penyiasat utama.

Plot cerita juga sedikit 𝘫𝘶𝘮𝘱𝘺 kerana walaupun bab-bab yang terdapat di dalam novel ini adalah dalam bentuk yang pendek, ianya tidak berupaya mengekalkan momentum penceritaan dan sedikit mengelirukan, kerana adakalanya saya terpaksa merujuk mukasurat yang terdahulu bagi memastikan bahawa saya tidak tersalah faham apa yang terjadi di mukasurat yang seterusnya. Tapi mungkin ini hanya pada saya, kerana saya suka penceritaan yang 𝘪𝘯 𝘥𝘦𝘵𝘢𝘪𝘭, plot meleret dan latar cerita yang lengkap supaya lebih faham apa yang terjadi.

Walau bagaimanapun, 𝘱𝘢𝘤𝘪𝘯𝘨 cerita agak laju serta mendebarkan dan penulis berjaya membuat saya menjadikan buku ini 𝘶𝘯𝘱𝘶𝘵𝘥𝘰𝘸𝘯𝘢𝘣𝘭𝘦 kerana saya berjaya habiskan novel ini dalam dua kali bacaan tanpa henti. Penggunaan laras bahasanya yang juga mudah difahami dan tidak terlalu berbunga memungkinkan saya mempunyai 𝘳𝘢𝘵𝘦 bacaan yang agak laju.

Sekiranya anda gemar genre seumpama ini, novel ini mungkin untuk anda.

#justreaddontbawang #bookmehnia #April2026 #2026reads #AprilReads #AprilTBRs #bookstagrammalaysia #bookstagrammy #malaysiamembaca #bookstagrammer #bookgram #bibliophile #bibliophilemy #bookish #bookaddict #bookaesthetic #readersofinstagram #goodreads #bookrecommendations #bookreview #bookworm #coldcase #azmeershah

Profile Image for Zuzu Zain.
219 reviews
May 15, 2026
Mula-mula keluar memang excited la sebab rasa dijanjikan cerita yang lain dari yang lain, dengan cover pun bukan eshe-eshe.

Bila dah start baca, ada beberapa yang kurang berkenan :

🏷️ prolog ada dua dan kedua-duanya diulang dalam bab seterusnya. Faham je nak masukkan prolog tu dalam cerita tapi bestnya kalau boleh baca sisi lain berbanding ulang balik baca.

🏷️ Inspektor Umar takmau tengok mayat perempuan pertama sebab mayat perempuan tu naked ? Biar betik ! Dia IO tau. Main ambik je hasil pemerhatian dari orang lain.

🏷️ Inspektor Umar jumpa Borhan, Borhan marah sebab kes anak dia tak selesai. Reply Inspektor Umar - “setiap manusia melakukan kesilapan ……… Allah sayangkan Ariana, ramai lagi orang di luar kehilangan orang tersayang, ujian…….”. Apooooo. Borhan marah sebab polis tak competent. Pastu tiberrr Inspektor Umar cakap “saya kehilangan kedua orang tua saya, saya tahu macam mana kehilangan”. Rasa macam perasaan kena gaslight. Tiberrr nak jadi sesama tersakiti.

🏷️ Supritenden Yusof punya perangaiii. Dah la dia handle kes Ariana dulu, bukannya dia tak tahu langsung kes Nurliyana. Boleh pulak dia tanya apa persamaan kes dua tu. Memang patut la kes tak selesai kalau cenggini level Supt dia.

🏷️ Perbualan Bella dengan bapak dia. Bapak siapa la tanya anak dia “Bella … tak mandul, kan?”. Bella pulak jawab “Bella subur tau”. Siapa la borak dengan bapak macam ni ?

🏷️ Dr Camelia takmo bagitahu Adam kenapa dia hilag ingatan sebab : keluarga Adam halang Dr dari bagitahu. Amende ni. Siapa patient ? Adam kan. Yang Dr ikut arahan family dia dah kenapa ? Adam bukan budak yang pape Dr akan bagitahu family bukan pesakit sendiri. Apooooooo.

🏷️ Inspektor Umar boleh jadi pak ustaz kut. Takmo tanya soalan dekat sepasang remaja sebab : berkhalwat pukul 3-4 pagi. Dah boleh resign kut inspektor. Agak-agak la nak berceramah nak beramar makruf nahi munkar. Ni ada mayat kut terjumpa oleh bebudak ni. Tanya la soalan dulu. Lepas tu baru la tazkirah.

🏷️ Paling terganggu bila baca : terlalu fokus watak perempuan pakai apa, anggun, ramping, dsb. Yang lelaki, kadang je tahu pakai apa. Pastu si Adam duk rilek kat balkoni kena angin, bila Bella datang : tubuh mungil Bella ditiup angin. Saya nak tahu Adam mungil jugak ke sekarang ni. Macam tu jugak dengan karakter lain, pendek kata semua perempuan cantik, elegan, dsb. Yang lelaki ? Saya nak tahu Amar gendut tak, Chu botak ke, Harris ada freckles ke.

Persoalan saya : Jadinya, apa fungsi watak Fakri ? Untuk apa cerita dia dalam cerita ni. Apa kaitan Clara dengan Umar ?

Watak-watak pun macam sama je personaliti semuanya. Perempuan pulak semua cantik. Tak tahu la kalau ni sebenarnya novel ke arah islamik tapi macam tak kena dan tak sesuai. Siapa mr psiko (siapa laaaaaa psiko yang label diri dia psiko) pun tak diexplore dengan lebih baik.

Oh ! Saya suka dapat kad bookmark tuuuu !




This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Naylaaa_Storyyy.
76 reviews
March 15, 2026
1 perkataan untuk novel ini: MENDEBARKAN! 😱

Sejujurnya, dari kulit buku Cold Case saya dah agak cerita ini tentang pembunuhan seorang gadis. Tapi saya langsung tak sangka perkara sebenar di sebalik “mata dijahit” itu rupanya lebih mengerikan — mata mangsa sebenarnya dikorek keluar! Bayangkan pula organ mangsa dikeluarkan ketika mereka masih hidup… memang seram sampai meremang. 💀

Kisah bermula dengan kes penculikan tiga tahun lalu yang berakhir tragis apabila mayat seorang gadis ditemui dalam keadaan mengerikan. Kes itu ditutup begitu sahaja. Namun apabila mayat baharu ditemui dengan modus operandi yang sama — mata dijahit dan organ dalaman hilang — Inspektor Umar terpaksa membuka semula fail cold case tersebut. Siasatan demi siasatan membawa mereka kepada kebenaran yang lebih kejam: keadilan pernah diputar belit dan pembunuh sebenar mungkin masih bebas. Rupanya ini bukan sekadar pembunuhan bersiri, tetapi dendam yang dirancang rapi.

Di pertengahan cerita saya sempat terfikir… bagaimana kalau orang yang nampak membantu siasatan sebenarnya pembunuh? Dan ya, tekaan itu memang hampir tepat! Tapi sebab terlalu banyak keraguan, saya sendiri jadi asyik salah meneka siapa dalang sebenar. Plot twist dia memang buat saya terdiam sekejap. 🤯

Barulah saya faham kenapa gambaran mayat bermata dijahit dijadikan kulit buku. Dari situlah sebenarnya segala misteri cold case ini bermula.

Watak paling saya suka tentulah Umar — kenapa? Kenalah baca sendiri. 😝
Watak paling tak suka? Sudah tentu Bella… sebab dialah punca segala! 😌
Profile Image for Mr IY.
1 review
April 19, 2026
Good start setelah sekian lama tak mulakan bacaan. Setiap karakter dioleh dengan baik walaupun aku rasa watak Ariana Erina tu sikit sangat pengenalannya.

Kisah 2 org perempuan - Ariana dan bella yang diculik dan wang tebusan diminta. Tapi nasib kedua-duanya berbeza ariana mati dibunuh dengan kejam dan bella pula selamat. Adam pula diserang sampai hilang ingatan.

Polis gagal tangkap pembunuh dan kes ini ditutup dan menjadi cold case. Tahun 2016 satu kes pembunuhan berlaku modus operandi yang sama dan bawa kepada beberapa orang lagi mangsa2 dibunuh. Kes ariana ni dibuka semula sebab dikatakan mungkin dtg dari pembunuh yang sama.

First baca beberapa bab dah boleh tangkap sebenarnya siapa pembunuh tu. 🙂‍↕️🙂‍↕️🙂‍↕️ Cuma timbul sikit pembunuhan tu dilakukan secara random tanpa sebab. Mungkin kalau penulis boleh twist kan lagi sedikit mangsa2 yg dibunuh tu ada kaitan dengan kes ariana tu lagi nice kot.

Dan ada beberapa dialog yg untuk aku tak konsisten daripada segi penggunaan perkataan tu. Kejap aku.. kejap kau.. so tadi sedikit terganggu. Overall, cerita ni best je untuk dibaca dan kalau korang nk mulakan bacaan dengan novel ni pun ok je.
3.9/5
12 reviews1 follower
April 17, 2026
Story separuh masak, lebih banyak persoalan yang timbul. Sebaik sahaja membaca tentang keadaan mangsa dibunuh kita boleh tahu yang pembunuh itu ada background medical. Kita boleh agak pembunuhnya dari awal. Tetapi cara pembunuh pilih mangsa untuk di bunuh itu tak agile. Kenapa mangsa itu di bunuh? Di katakan pembunuh ada trauma masa kecil jadi mangsa yang di bunuh tak signifikan di pilih. Yang lebih kelakar rakannya sendiri Dr pun di bunuh. Atas justifikasi apa?
Adik pembunuh di katakan wartawan kes jenayah berat. Takkan selama dengan abangnya dia tak kesan sebarang abnormality? Hampeh betul wartawan ni. Inspektor Umar yang di katakan hebat tu pun tak boleh nampak abnormal pada Dr tu?. Kenapa Adriana di bunu dgn cara ambil organ dia? Siapa yg lakukan? Takkan Chan itu dan apa motif Bella yg kuat utk arah Adriana di bunuh… bagi peminat novel penyiasatan ia agak mengecewakan untuk menjadikan Dr itu pembunuh. Apa-apapun keep it up.
Profile Image for Syi.
10 reviews
April 8, 2026
Plot dah best. Wordings pon sangat senang nak faham.

Tapi maybe writer berniat nak jadikan movie sebab setiap scene tu terlalu pendek dan kacau pemahaman saya. Banyak juga watak dalam cerita menambahkan kepeningan saya.
Profile Image for Lavafa.
8 reviews
May 11, 2026
This is exactly my cup of tea! The thrill, the question mark. Cumanya ada some plot hole yang saya rasakan macam tak berjawab. Mungkin novel ni akan ada sambungan oleh penulis.
4/5
Profile Image for Nursyafiqah  Athirah.
5 reviews
Read
May 22, 2026
this one for me? mind-blowing sebab apa? sebab plot twist dia. tak sangka abang susuan yang buat... gila gila kudos to Azmeer Shah for this book!!!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Pijaaa.
10 reviews
April 20, 2026
Such a page turner book

Kena faham betul-betul semua watak supaya faham keseluruhan cerita. Plot cerita sangat menarik, susah nak cari karya Melayu yang bergenre sebegini. Dah nak sampai habis masih tertanya siapakah pembunuh sebenar.

Displaying 1 - 27 of 27 reviews