Tiga tahun lalu, satu kes penculikan berakhir dengan tragedi paling mengerikan. Mayat seorang gadis ditemui dalam keadaan aib, dikerat dan ditinggalkan sebagai tanda amaran. Kes itu ditutup. Fail disimpan. Pembunuh menghilang tanpa jejak.
Kini, satu mayat baharu ditemui. Modus operandi sama. Mata dijahit. Organ dalaman hilang. Seolah-olah pembunuh itu kembali untuk menuntut sesuatu yang belum terlunas.
Inspektor Umar dan pasukannya terpaksa membuka semula cold case yang sepatutnya sudah terkubur.
Setiap petunjuk membawa mereka hampir kepada kebenaran yang lebih kejam - bahawa keadilan pernah diputar belit dan orang yang sepatutnya bersalah telah dilepaskan.
Apabila rahsia lama dibongkar satu demi satu, mereka sedar ini bukan sekadar pembunuhan bersiri. Ini adalah dendam yang dirancang rapi. Sebelum kes ini berakhir, akan ada harga yang perlu dibayar — dengan pertumpahan darah.
Azmeer Syahiran atau nama penanya Azmeer Shah seorang penulis baru dalam dunia penulisan kreatif. Lahir pada 15 ogos 2000 dan merupakan anak jati Perak. Ibu dan bapanya juga dari Perak. Azmeer Shah merupakan seorang pelajar ijazah sarjana muda Penulisan Kreatif dan Filem di Akedemi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara). Setakat ini, cerpen Stalker, Potret, Circle dan Alternatif diterbitkan di aplikasi Cereka. Antologi Jalan Puaka dan Istana Syaitan diterbitkan Karya Publika dan novel solo pertamanya diterbitkan Million Idea bertajuk Cicada. Cerpen berkonsep / interaktif bertajuk Hazard diterbitkan Mesta. Terbaharu, antologi novelet Bunian diterbitkan di bawah terbitan Karya Publika.
NON-READER BECOME WRITER Dahulunya, Azmeer seorang yang tidak gemar membaca. Namun ketentuan itu milik ALLAH. Perkara yang tidak digemarinya itu kini menjadi hobi dan merupakan cita-cita utamanya sekarang. Dia berimpian untuk mendapatkan 'gelaran' tersendiri di dalam dunia penulisan novel. Tanggapannya dahulu, pekerjaan penulis tidak ada masa depan apatah lagi menulis novel. Tapi sekarang, perkerjaan penulis itulah yang dikejarnya. Dia percaya, masih ada manusia di luar sana sepertinya. Seorang yang dahulunya tidak suka membaca dan akhirnya menjadi penulis. Kerana itulah, Azmeer mengelarkan dirinya sendiri 'Non-reader become writer'.
Nak dijadikan cerita yang mungkin ada spoiler macam ni: Mula-mula baca tu tak gemar juga dengan beberapa watak yang bila nak cakap tu jenis sentap-sentap. Dah kenapa pula perangai masing-masing macam tu. Atau mungkin aku yang hati tisu. Tapi takpelah.
Lepas tu pembacaan rasa macam nak kencing tapi kena keluar sekat-sekat sikit-sikit pula sebabnya tiap babak pendek-pendek je. Dah macam tengok tv pula susun atur ceritanya. Banyak lompat-lompat babak untuk cover banyak watak. Tapi takpelah. Sesuailah gamaknya kalau ada short attention span sebab main henpon banyak sangat.
Lepas tu macam banyak pula berceramah tentang ingat Allah dan agama. Boleh jadi cerita ni mungkin cerita debar jenayah islamik. Tapi takpelah. Terus je juga baca. Cuma boleh pula ada watak tu cakap si mati tu mati sebab Allah dah sayang. Macam mana nak cakap eh. Dia punya dialog tu macam takde empati atau pernah bercakap dengan manusia. Nak pula cakap benda tu dengan bapa si mati. Yang anaknya mati badan kena belah dan kena curi organ dalaman. Nak suruh reda dengan ketentuan pun ada caranya dengan tempat dan masanya juga.
Lepas tu dah mula rasa bosan. Lagipun bila jenayah tu berlaku, dah boleh teka siapa yang terlibat. Cumanya entah kenapa tak jadi suspek pula watak tu. Soal siasat pun takde. Tapi takpelah. Mungkin kemudian cerita akan diceritakan bila case dah jadi cold case dan kemudian di-microwave semula mengikut masa pada packaging. Tapi masalahnya dah mula bosan pula baca. Jadi, sajalah buka Goodreads, kot-kot dapat petanda cerita seterusnya akan lebih menarik. Sebaliknya, alamak, ada spoiler tapi tak bagitahu pula. Santai je spoil. Tapi betul la tekaan aku. Jadi, takdela terkejut mana.
Lepas tu ada watak perempuan bertatu kala jengking. Bila baca penerangan watak, macam kenal. Eh, tak, bukan member. Macam watak dari cerita The Girl with the Dragon Tattoo. Skil pun nak sama. Mungkin kebetulan. Mungkin juga inspirasi atau beraspirasi nak jadi macam cerita tu. Godam punya godam dan hack tiba-tiba jadi heck (Siapa punya kerja edit tak clean ni?), lah macam nak buka tab incognito je pula. Tak cukup detail penerangan menggodam. Tapi takpelah, mungkin aku je banyak songeh. Lagipun bahagian tu macam filler je kalau nak diikutkan.
Cumanya makin lama makin jelas yang cerita ditulis macam tanpa research. Macam fan fiction kisah-kisah debar jenayah. Himpunan babak-babak tipikal dan klise tanpa perincian yang lebih mendalam. Proper procedure pun banyak yang diabaikan. Jadi cerita terasa dangkal. Sebaliknya, lebih banyak habiskan masa tulis perincian perkara yang tak perlu. Contoh yang aku buat sendiri macam ni: Diterangkan seseorang tu masuk dalam kereta, menghidupkan enjin, tukar gear dan tekan pedal minyak. Lepas tu di akhir ayat ditambah pula dia memandu kereta. Buatkan penerangan sebelum tu sia-sia.
Dari sudut penyiasatan pun tak begitu mengujakan. Dengan debaran pencarian klu setara cerita Blue's Clues. Tak ada banyak rujukan tentang penyiasatan lama pun untuk dikaitkan dengan penyiasatan semasa. Kot-kot ada yang terlepas pandang, ada yang terlepas disoal siasat. Klu yang disuapkan pula diterima secara terbuka. Asyik-asyik ulang-ulang pasal jual organ. Tapi kenapa takde siapa persoalkan kenapa tak semua organ diambil? Sebab buah pinggang takde sebut pun. Buah pinggang pun laku je kat pasaran gelap. Lepas tu ada juga bila dah tahan suspek, suspek mengaku dianiaya, boleh pula mudah terima alasan tu. Tak explore pun kemungkinan suspek menipu. Possible je cap jari tak jumpa sebab pakai sarung tangan. Makin banyak muncul plot holes. Menjadikan cerita lebih tidak meyakinkan. Nak pula ditambah dengan polis perangai tak macam polis. Selamba je ada watak polis mengaku nak tangkap penjenayah dan tembak kepala penjenayah tu. Macam cerita koboi dah pula. Polisnya pula nak tangkap orang, tak beritahu ada waran tangkap. Tapi tahu-tahu bab seterusnya mengaku ada waran tangkap pula lepas Dato' datang mengamuk kat balai polis.
Dari sudut jenayahnya pula, lebih fokus kepada motif secara dasar je. Tak cover secara menyeluruh apa yang cetuskan kejadian lama berulang kembali. Macam sebab kena tunggu tiga tahun baru nak bertindak dan sebab mangsa-mangsa baru dipilih. Dengan penjenayah yang apabila buat jahat, terang-terangan dan terus-menerus label sebagai psiko. Kuat campak perkataan psiko cerita ni. Label watak sebagai psiko. Menamakan watak sebagai psiko. Dan watak psiko tinggalkan nota sebagai Mr. Psiko. Ketawa jugalah masa baca.
Lepas tu bila nak habis macam rasa tergesa-gesa dan semakin longgar pula cerita semata-mata nak menutup cerita yang seolah-olah perlu ditamatkan dengan cara yang klise sebab perlu mengikut piawai yang telah ditetapkan dengan menyampaikan moral dan teladan yang perlu dipelajari melalui kisah kali ni yang berkemungkinan merupakan: Adik-adik, ingat ya. Jangan buat jenayah. Allah marah. Mati seksa. Nanti polis tembak baru tahu.
Nampak banyak good review dalam ni dan ini cuma opinion saya so take the review with a grain of salt sebab reading experience is subjective depends on people.
Review penuh akan datang sebab otak ni penat baca, kena psiko dgn Mr Psiko
Edit 2: This is going to be a long review and I have to be upfront on this that this is a critical review so I'm writing in English first then I will be writing in Malay since I felt I expressed myself better in English especially for book review. I get the hype for this book when I came across the title on Threads, the cover was appealing to me and the title was interesting to keep me intrigued. The synopsis of Cold Case shown that this gonna be about serial killing related to a cold case with brutality & gore and yes, the novel delivered the premise. Its exactly as the synopsis was, a slick crime thriller with lots of gore & violence, depicted quite graphically and definitely not for those who is squeamish. The premise of naked young women's corpses appeared with their eyes missing, sewn shut and some of their organs were missing with the mark of being sewn on their body started a very gruesome killing case we have on our hand. We have detectives trying to solve the case, a journalist who wanted justice for his younger sister, hackers, medical examiners and forensic and some other side stories about thugs and prostitution. But here is the thing, the execution of the story was messy, the plot was all over the place with no consistent timeline, the characters were bland and unforgettable and the pacing was hard to follow.
I'm speaking from a pov of someone who enjoyed crime thriller and have my fair share of some really great reads and horrible reads. This novel at the very least falls under below average read but i dont hate it as much as other books i have read before. Its just an okay read for me since I do wished i like it more but I cannot handle the way the narratives keep on jumping from one place to another so abruptly and its jarring. There are many side plots too involving the criminal thugs of the prostitution thingy and thats just feel so out of field even though there is a connection here but i dont get it. Perhaps, its because I just knew there is some kind of universe here with these characters as I saw there were few novels released by the author with recurring characters.
With so many characters as part of the novel, as a reader, you lose a sense of comradeship or connection to the main detective here, Inspektor Umar and oh boy, what a character that everytime he appears, I was like hmmm you barely do anything sir. First of all, im sorry to say but the incompetencies of the police force in investigation just showed through, none of the police did proper investigation into the crimes, it will be nice if we have some theories thrown by them and for them to connect dots between the victims and suspects, i mean do a better job peeps. There are many plotholes here and there, the inconsistencies of the case, the motives wasnt explored much until the end, the way the police is handling the cases just seems very inefficient.
Okay, kita review dalam bahasa melayu pulak
Bagi aku, Cold Case ni untuk pembaca yang jarang baca crime thriller or misteri atau yang suka cerita thriller yang pendek2 macam ni mungkin akan suka dan enjoy novel ni. Cuma bagi aku yang dah biasa baca novel2 thriller, buku ni kurang memuaskan. Babak- babak dalam novel ni pendek2 dan naratif banyak berubah dari bab ke bab. Ada kata fast paced tapi bagi aku, bab pendek2 ni buat aku hilang fokus dan macam umpaman memendekkan attention span pula. Aku suka je bab pendek ni tapi kalau plot tu asyik lompat sana sini tanpa ada konsistensi untuk naratif, dia akan buat kau lost dan sampai setengah buku, dah mula rasa bosan. Pada awalnya, jalan cerita dia menarik sebab aku nak tau apa motif pembunuhan ni semua dan kenapa mayat2 ditinggalkan sebegitu rupa dalam keadaan kejam dengan mata hilang, kena jahit pula tu, ada organ dalaman pun hilang pastu nampak macam dijual di pasaran gelap. Lepas tu macam ada satu hubungan dengan cold case yang lama sebab serial killing kalini nampak sama.
Ada banyak karakter yang ada dalam novel ni,Inspektor Umar, Inspektor Emma, Amar, Harris, Adam, Bella dan banyak la sampai dah terkira siapa dan siapa. Bila banyak watak dalam satu cerita ni, lagi2 dengan naratif yang kejap sana kejap sini, aku hilang fokus nak ikut sapa sekarang ni. Selalunya bila baca cerita macam ni, aku suka ikut detektif yang cuba menyiasat pasal kes besar macam ni tapi aku ni kan kurang gemar betul dgn si Umar ni,kadang dia ni macam tak sensitif bab perasaan orang lain, tak pun nampak macam tak professional pun ada. Aku rasa Amar, journalis yang siasat pembunuhan ni pun lagi pandai menyiasat. Pastu ada pula la pasal dark web, ada juga pasal pelacuran, konspirasi gelap la, dadah la tapi jalan cerita pasal ni macam tergendala macam tu je tanpa ada perungkaian lain. Pening bila baca sebab banyak sangat benda nak diselitkan dalam cerita ni tapi tak diketengahkan sangat atau cuba untuk beri penjelasan lebih pada pembaca. Mungkin bab2 pendek ni macam lebih sesuai untuk skrip adaptasi untuk drama tapi dalam bentuk novel macam ni, dia jadi hilang arah tujuan untuk lead pembaca untuk merungkai misteri bersama detektif.
Walaupun begitu, aku rasa marketing untuk buku ni memang solid dan berjaya tangkap audiens sebab satu cover buku dia memang cantik, second cara penulisan mungkin bagi readers tertarik sebab bagi dorang laju dan suspens, senang nak baca dan yang pasti mungkin elemen gore dalam jenayah ni pun lain dari lain. Untuk aku yang lebih suka crime thriller yang detailed, sayangnya buku ni tak menepati expectation dan mungkin juga sebab dah high expectation jadi bila tak menepati tu yang kecewa sedikit. Tapi apa2 pun, nampak yang buku ni bole pergi lebih jauh if penulisan dia lebih fokus dan polished pada satu naratif dan mengikut satu detektif. Itu saja rant review kritikal aku
yg best - narasi ok..pull me in from page one - banyak explain dari dialog merapu yang tidak membantu jalan cerita..(banyak novel gini..sangat annoying)
yg tak best - banyak plak watak sampingan - patot lebih fokus to main characters...so pembaca boleh kenal and can root for antagonis or protagonis.. -
What a masterpiece! Saya bingung tengah baca novel atau tonton filem! Chef kiss untuk seluruh cerita. Fast pace dengan plot yang kemas. Bertubi tubi saya dipermainkan oleh penulis untuk mencari si dalang. Wowwww!
Sekali korang dah sentuh, mesti tak boleh letak! Setiap persoalan dan tanda tanya akan buat korang teruja untuk selak dan terus siasat sampai ke akhirnya. Susunan cerita, tindihan watak, setiap puzzle dan plot twist diloret kemas sehingga ke akhir.
Part gore memang ada! Saya warning siap-siap pada yang tak boleh scene ngilu. Saya sendiri loya. Itu tanda penulisan yang hebat. Selain thriller, saya rasa buku ni pun psiko! Sampai ke otak kita pun boleh rosak kalau tak diruqiahkan. Permainan watak memang menjadi.
Taknak cakap banyak, peminat genre thriller, jenayah dan penyiasatan kena ada buku ni. Tak hairanlah asyik sold out! Cerita dia kalau tayang kat pawagam mesti seru! Melebihkan? Pedulilah. Memang cerita best! Tahniah Azmeer!
Tak perlu nak susahkan otak fikir kekurangan buku ni. Hargai tulisan penulis yang mungkin tiada pada kamu. I love the idea and the effort! Teruskan menulis dan slayyy.
Menarik! Novel ini berkisar tentang pembunuhan bersiri, seakan kes Ariana yang masih menjadi misteri tanpa penyelesaian. Dari satu watak ke satu watak, semuanya mencurigakan—membuatkan pembaca tertanya-tanya, siapakah sebenarnya Mr. Psycho?
Antara sebab saya memilih buku ini sebagai pilihan hadiah April ialah reka bentuk kulit bukunya yang semakin cantik—jelas nampak peningkatan dari pihak Karangkraf. Tambahan pula, genre thriller memang sangat mengujakan bagi peminat misteri seperti saya. Memang saya suka!
Saya juga sempat “join” teka-teki dalam group Inspector Umar, tapi asyik tersalah tekaan. Langsung tak sangka dalang sebenar—cukup mengejutkan, seolah-olah watak psycho dalam drama Korea 'T<%%£/'. Clue dah bagi, selebihnya kena baca sendiri. 😅
Namun, ada beberapa bahagian yang sedikit mengganggu momentum. Ketika emosi sedang memuncak, tiba-tiba penceritaan terasa “terhenti”, mungkin kerana saya terlalu tidak sabar untuk mengetahui kebenaran.
Selain itu, elemen gore dalam cerita agak kuat dan boleh mengganggu, terutamanya bagi pembaca yang mudah membayangkan. Ada juga pengulangan penerangan yang membuatkan saya cenderung untuk skip beberapa bahagian.
Walaupun begitu, keseluruhannya saya tetap menikmati pembacaan ini.
Tahniah kepada penulis atas karya terbaru yang penuh debaran!
Mula-mula keluar memang excited la sebab rasa dijanjikan cerita yang lain dari yang lain, dengan cover pun bukan eshe-eshe.
Bila dah start baca, ada beberapa yang kurang berkenan :
🏷️ prolog ada dua dan kedua-duanya diulang dalam bab seterusnya. Faham je nak masukkan prolog tu dalam cerita tapi bestnya kalau boleh baca sisi lain berbanding ulang balik baca.
🏷️ Inspektor Umar takmau tengok mayat perempuan pertama sebab mayat perempuan tu naked ? Biar betik ! Dia IO tau. Main ambik je hasil pemerhatian dari orang lain.
🏷️ Inspektor Umar jumpa Borhan, Borhan marah sebab kes anak dia tak selesai. Reply Inspektor Umar - “setiap manusia melakukan kesilapan ……… Allah sayangkan Ariana, ramai lagi orang di luar kehilangan orang tersayang, ujian…….”. Apooooo. Borhan marah sebab polis tak competent. Pastu tiberrr Inspektor Umar cakap “saya kehilangan kedua orang tua saya, saya tahu macam mana kehilangan”. Rasa macam perasaan kena gaslight. Tiberrr nak jadi sesama tersakiti.
🏷️ Supritenden Yusof punya perangaiii. Dah la dia handle kes Ariana dulu, bukannya dia tak tahu langsung kes Nurliyana. Boleh pulak dia tanya apa persamaan kes dua tu. Memang patut la kes tak selesai kalau cenggini level Supt dia.
🏷️ Perbualan Bella dengan bapak dia. Bapak siapa la tanya anak dia “Bella … tak mandul, kan?”. Bella pulak jawab “Bella subur tau”. Siapa la borak dengan bapak macam ni ?
🏷️ Dr Camelia takmo bagitahu Adam kenapa dia hilag ingatan sebab : keluarga Adam halang Dr dari bagitahu. Amende ni. Siapa patient ? Adam kan. Yang Dr ikut arahan family dia dah kenapa ? Adam bukan budak yang pape Dr akan bagitahu family bukan pesakit sendiri. Apooooooo.
🏷️ Inspektor Umar boleh jadi pak ustaz kut. Takmo tanya soalan dekat sepasang remaja sebab : berkhalwat pukul 3-4 pagi. Dah boleh resign kut inspektor. Agak-agak la nak berceramah nak beramar makruf nahi munkar. Ni ada mayat kut terjumpa oleh bebudak ni. Tanya la soalan dulu. Lepas tu baru la tazkirah.
🏷️ Paling terganggu bila baca : terlalu fokus watak perempuan pakai apa, anggun, ramping, dsb. Yang lelaki, kadang je tahu pakai apa. Pastu si Adam duk rilek kat balkoni kena angin, bila Bella datang : tubuh mungil Bella ditiup angin. Saya nak tahu Adam mungil jugak ke sekarang ni. Macam tu jugak dengan karakter lain, pendek kata semua perempuan cantik, elegan, dsb. Yang lelaki ? Saya nak tahu Amar gendut tak, Chu botak ke, Harris ada freckles ke.
Persoalan saya : Jadinya, apa fungsi watak Fakri ? Untuk apa cerita dia dalam cerita ni. Apa kaitan Clara dengan Umar ?
Watak-watak pun macam sama je personaliti semuanya. Perempuan pulak semua cantik. Tak tahu la kalau ni sebenarnya novel ke arah islamik tapi macam tak kena dan tak sesuai. Siapa mr psiko (siapa laaaaaa psiko yang label diri dia psiko) pun tak diexplore dengan lebih baik.
Oh ! Saya suka dapat kad bookmark tuuuu !
This entire review has been hidden because of spoilers.
UPDATED REVIEW (PANJANGKAN LAGI LEPAS DAH SUSUN MY THOUGHTS 🤣):
GORE & VIOLENCE 🔪 dalam novel ini sangat detailed. Mendebarkan, seram & menggerunkan.
I LOVEEEEEE IT!
Ada yang tak surprised dgn pembunuh tu siapa sebab mereka dah nampak hints, tapi Joy salah pulak and mmg sgt “Whutttt?!” bila the real killer was revealed.
Ada yang ada issues dgn cara cerita disusun, like 1 scene to the next mcm script play but Joy suka pulak 😂 It works for me and I love Abg Azmeer punya style of writing.
Kitonya dah jadi fan baru dia 😉 Joy boleh kata it feels like reading a true crime thriller novel. A touch of fiction and a touch of documentary dlm humanity - mengapa pembunuh jadi pembunuh? Mengapa sanggup aniaya and bunuh kenalan sendiri dll. It touched on sensitive topics abt sexual assault, etc. Bravo to penulis sebab tak ramai bincang ttg perkara ini especially in Asian communities - taboo lah gitu.
Joy sangat look forward to this year’s PBAKL sebab jumpa byk hidden 💎 and underrated penulis yg deserved more recognition.
Jgn putus asa, jgn bandingkan dgn org lain. Each of us are talented and unique in our own way. Allah tak pernah lambat atau salah utk memberikan rezeki.
He is always on-time. Dia tunggu kita ja to be ready to receive the rezeki.
Chaiyok! Please ada next novel mcm nie. Kita peminat tegar crime thrillers 🤣
************
A suspenseful crime thriller that doesn’t hold back on the gore and violence - if you are sensitive to these things, you have been warned.
Cold Case melibatkan banyak watak and it can be confusing a little bit for those that aren’t used to this genre. Joy ok je and I really enjoyed it honestly. It kept me guessing and the plot was definitely twisting.
Joy memang tak sangka pembunuh tu was that person and how pembunuh tu became that way sangat menyedihkan. Ia sentuh on sexual abuse on male and females, human trafficking, prostitution, personality disorders and hallucinations.
I would say that the style of writing was neat with a steady and building flow in plot development. Pembunuhan diterangkan dengan terperinci dan sangat kejam, keadaan mayat pun menyeramkan.
Joy cuma berpendapat bahawa character development could have been better sebab rasa tak dapat menyelami secara dalam watak-watak utama. Ini disebabkan every scene was told in short babak gitu - macam scene in a play. So it jumps from watak A in location X kepada watak B kat location Z.
Overall, it’s a great crime thriller and highly recommended.
First of all, tahniah kepada penulis kerana Cold Case merupakan novel bestselling di PBAKL yang lepas. Cover yang misteri jelas berjaya menarik perhatian pembaca. Menunjukkan bertapa ramainya pembaca kini berminat untuk mencuba genre psychological thriller. I'm one of the reader yang tak sabar nak baca Cold Case.
However, high expectations are known to lead to disappointment. I was expecting more sebagai peminat genre ini. So I hope my review boleh bantu penulis untuk memandang pada sisi yang boleh ditambah baik.
Jalan cerita itu ada. Konflik juga besar. Cuma cara execution tu for me agak meleweh dan tidak kemas. Terlalu banyak karakter membuatkan myself as pembaca feels very lost and disconnected from the story. Personally, I would enjoy it jika penulis lebih memberikan fokus pada watak-watak yang menjadi tunjang cerita.
Pemilihan breadcrumbs pada awal epilog 1 dan epilog 2 sudah dilakukan dengan baik. Cerita dimulakan direct dengan debaran jenayah dan pengenalan watak utama iaitu Inspektor Umar. I can still follow jalan cerita sampai bab 10, walaupun watak dah semakin ramai.
Ada satu babak yang saya rasakan agak kelakar. Babak di mana Amar mencuri masuk bilik mayat, tapi pilih untuk cari suis lampu sebab gelap. Amar dikenalkan sebagai seorang wartawan jenayah, wartawan jenayah pastinya ada passion yang hampir sama dengan seorang detektif. Namun, perwatakan Amar seperti wartawan melodi, hampir semua benda dia suka main terjah je. Cerita akan jadi lebih baik, jika Amar lebih play-pretend detective, mencuri bahan bukti untuk kepentingan artikel jenayahnya atau keberadaannya di setiap kawasan jenayah amat mencurigakan. Maka motif Amar di akhir cerita tetap boleh dipertikaikan selain hanya menuduh dia bermotifkan dendam.
Berbalik pada Inspektor Umar yang so-called menyiasat, tapi kebanyakkannya hanya menebak tanpa cuba melihat atau mengumpulkan bukti yang sebenar. Inspektor Umar merupakan detektif orang lama. Sepatutnya lebih bersikap profesional daripada beremosi. I like how Inspektor Emma was written.
I successfully decoded siapa pembunuh at page 186. The rest of the stories tak berjaya untuk deceive me supaya memilih calon pembunuh yang lain. Hihihi. The chase was pretty fun tho.
Pembunuhnya adalah :
I felt lost reading cold case sampai ambil kertas untuk tulis semua nama karakter yang ada. Baru boleh cantumkan puzzle yang sepatutnya diselesaikan oleh Inspektor Umar. Patutnya dari awal ACP Jabar tarik je kes ni dari jagaan Umar HAHAHAHA.
Apa-apa pun, satu usaha yang baik untuk menulis sebuah cerita yang kompleks begini. Cuma boleh dalamkan lagi research dan pembacaan kes-kes jenayah supaya breadcrumbs ditinggalkan lebih kemas dan perkembangan watak juga lebih teratur. Akhir sekali, menggunakan naratif untuk mengatakan satu watak itu psiko sebenarnya kurang memberi impak. I personally prefer to see how psycho thinks and acts instead of diberitahu dalam naratif.
First half baca buku ni buat saya rasa mcm hehhhh, buat saya rasa mcm target pembaca ialah golongan remaja sahaja sebab:
Watak penyiasat yg di overclaim hebat kerana semua kes yg dipegang berjaya dirungkai tapi bagaimana watak digambarkan dalam cerita agak mengecewakan tidak nampak seperti watak itu hebat. Cara siasatan dilakukan tidak detail, spekulasi yg tiba2, dialog perbualan yg lemah antara watak, scene2 yg terlalu pendek - jump from one scene to one scene yg agak kelam kabut, unsur2 islamik yg tiba2 dan tk kene tempat dan kekerapan ayat yg ditulis pendek2 buat pembacaan agak menjengkelkan.
Tapi penulisan dan cerita bertambah baik untuk second half of this book. Hilang dah tanggapan saya yg buku ini utk golongan remaja sahaja kerana byk scene2 gore ditulis secara detail kejadiannya.
Buku ini berjaya menarik minat saya utk dihabiskan kerana tanda tanya akan siapa sebenarnya pembunuh itu kerana byk sangat watak yg boleh menjadi suspek. Tidak dapat dinafikan idea cerita yg dibawa penulis mmg menarik cuma cara ia disampaikan melalui watak2 tidak begitu baik bagi saya dan bagi saya buku ini berpace santai sahaja dan level of intensity rendah kecuali semasa part gore.
Pembunuhan bersiri yang dikaburi jenayah penjualan organ, ia jauh lebih gelap... Awal-awal tu, penulis semacam mengajak pembaca main teka-teka siapa pembunuhnya, akhirnya tekaan mengena.
Idea cerita menarik, agak gore, tapi bagi saya agak meleret. Agak pelik juga untuk siasatan kes kematian yang pertama yang bagaikan tidak lengkap, tapi kes tetap ditutup...hmm. mungkin dari segi prosedur penyiasatan, kena gali lagi.
Tertarik juga nak baca novel penulis yang lain selepas saya dapat tahu, Cold Case ni permulaan bagi universe novel² beliau yang lain. Mungkin suatu hari nanti saya akan dapatkan yang lain pula.
Cold Case ni memang buat saya rasa tak senang duduk dari awal sampai habis. Jalan cerita dia penuh misteri, ganas dan sangat mendebarkan. Setiap bab macam ada petunjuk baru yang buat kita rasa “eh, orang ni ke pembunuh sebenar?” tapi bila dah rasa yakin, terus penulis twist semula jalan cerita.
Saya suka cara Azmeer Shah bina suasana penyiasatan yang gelap dan menekan. Kes lama yang dibuka semula, pembunuhan bersiri dengan modus operandi yang mengerikan, ditambah pula rahsia dan dendam lama memang buat cerita ni rasa intense. Ada beberapa scene gore dan violence yang agak detailed, jadi memang sesuai untuk pembaca yang suka thriller jenayah yang brutal dan penuh suspens.
Watak Inspektor Umar pun menarik sebab dia bukan sekadar nak selesaikan kes, tapi kena berdepan dengan kebenaran yang makin lama makin rumit. Sepanjang baca memang seronok meneka siapa dalang sebenar. Plot twist dia menjadi dan ending dia tinggalkan rasa seram serta puas dalam masa yang sama.
Cuma bagi saya ada beberapa bahagian yang boleh diperkemaskan lagi sebab ada persoalan yang macam tergantung sedikit. Tapi overall, novel ni tetap berjaya buat saya susah nak berhenti membaca.
Kalau anda peminat thriller, penyiasatan jenayah dan cerita pembunuh bersiri yang gelap serta penuh teka-teki, memang patut cuba baca novel ni.
"Monsters are not born. They are made." This is exactly what this book is all about. Justice delayed is justice denied.
Selepas beberapa tahun kematian ngeri Arina, Malaysia sekali lagi digemparkan oleh kes pembunuhan baharu dengan modus operandi dan motif yang hampir sama. Ini mewujudkan plot serial killer tempatan yang sangat mendebarkan.
The gore part in this book is detailed. Azmeer doesn't hold back at all the crime scenes definitely gave me goosebump, rasa jugak lah seram2 macam nak jerit sikit. Macam aku pulak yg ada dalam bilik tu kann..
I love character Inspektor Umar. He is a very stand-up guy, not much of a genius investigator, but a genuinely good man trying his best. Azmeer kerap memberi pembaca hints tentang siapakah pembunuh sebenar sejak dari awal. I have to say, my first guess was completely wrong! Tapi sebaik sahaja plot berputar dari titik itu, identity pembunuh terus jadi jelas.
Buku ini juga kuat membawa tema karma. Tak bermakna kau terlepas hari ini, hari esok kau selamat. One way or another, kau akan kena punya.
Very entertaining and a total page-turner. It's an easy read, and I managed to finish it in just 3 sittings. I definitely hope to read more about Inspektor Umar in the future, hopefully, he will return with a bit more experience next time dan tak macaam ustaz sangat cewahhh.. recommended read.
Gripping, exciting, suspenseful yang membawa pembaca untuk selak page seterusnya and eager to find out what happens next.
Bermula dengan kisah kematian Ariana Erina yang tragis dan dalam keadaan aib, membawa kita mengikuti kisah penyiasatan Inspektor Umar, Inspektor Emma, dan Amar dalam mencari siapa pembunuh sebenar. Kematian yang tak dibela, sementara pembunuh sebenar masih bebas dan sibuk mencari mangsa seterusnya demi kelangsungan hidup & nafsu sendiri sampai hilang sifat emphaty dalam diri.
Walaupun pada awal penceritaan, banyak babak dari point of view yang berbeza, penulis garapkan. Tapi keseluruhan dot tu bertemu di titik akhir yang membawa jawapan yang sempurna, cerita yang bermakna dan kemas garapannya. Aku faham, aku suka dan yang penting membawa aku untuk selak lagi, dan lagi semata-mata nak tahu siapa pembunuh sebenar. Aku cuba jugak teka, tapi salah. Beberapa kali tekaan, baru aku dapat teka siapa pembunuh sebenar. Waktu tu macam semua watak tu boleh jadi suspek utama kes pembunuhan ni. Kudos to Azmeer Shah, pandai betul olah plot jadi menarik dan mendebarkan dan tak cliche. Semua dialog terlontar secara natural, buatkan aku rasa macam tengah tengok telemovie crime-thriller kat tv.
Antara beberapa point utama yang aku dapat dari buku ni:
1) Dendam membawa kita bertindak di luar kawalan dan di luar sedar. 2) Kehilangan orang yang kita sayang, boleh buat kita hilang arah tuju. 3) Untuk perempuan, jaga diri, jaga maruah, jangan mudah percaya orang, jaga iman, banyakkan berdoa agar selalu dilindungi dari bahaya yang ada di langit dan di bumi. 4) Trauma dari masa lalu membentuk diri seseorang. Jahat la cikgu Harris tu. Tak patut untuk seorang pendidik berkelakuan sebegitu yang akhirnya leaving a person in a survival mode, anger, mental disorder dan berbagai lagi impact dia yang si mangsa je rasakan. 5) Aku harap apa yang berlaku kat Harris, tak berlaku dekat pelajar-pelajar dekat luar sana. Harris diliwat oleh seorang guru - dia mengadu pada pihak tertinggi - tetapi dia pula dianggap berbohong dan mereka-reka cerita. Dan impact dia besar buat si mangsa.
Jalan cerita yang menarik.. awal pembacaan x nampak siapa pembunuh.. di pertanghan dah bole aggak siapa yang bunuh. Ada suspen ada kesedihan. good story
Cold Case by Azmeer Shah merupakan novel mystery thriller. Novel ini mengikuti usha Inspektor Umar yang cuba merungkai kes pembunuhan gadis-gadis yang baru yang mirip sebuah kes penculikan yang berakhir dengan pembunuhan seorang gadis tiga tahun lalu.
Tiga tahun lalu, penculikan yang berakhir dengan pembunuhan seorang gadis, berakhir tanpa pengadilan.
Kini, penemuan mayat gadis dangan modus operandi yang sama memaksa Inspektor Umar untuk membuka semula kes yang sudah terkubur untuk medapat jawapan.
Cover dan sinopsis buku ini membuatkan saya nak baca cerita ini, dan setelah membaca buku ini, ianya tidak mengecewakan. Novel ini berjaya membuat saya begitu asyik membaca sehingga hampir nak korbankan masa tidur.
Penulisan dan bahasa yang digunakan adalah mudah dibaca dan difahami. Suasana seram dan juga perincian seperti keadaan mayat, menyebabkan pembaca meremang. Plot cerita ini menarik, tetapi jalan ceritanya agak mengelirukan dengan pelbagai POV dari watak-watak berlainan. Kadang-kadang tak paham siapakan watak-watak ini dan kenapa tiba-tiba muncul.
Sebenarnya, tak susah pun nak tahu siapa pembunuh sebenar dan siapa pembunuh copycat, tapi penulis betul-betul nak buat pembaca menyimpang sampai ada beberapa perkara yang mengelirukan dan hanya jelas bila dah sampai ke penghujung.
Karakter- karakter dalam cerita ini masing-masing ada personaliti sendiri dan boleh dibezakan antara satu sama lain. Tapi terkejut bila ada karakter yang hayat tak panjang. Macam…. Eh? Tiba-tiba mati.
Ia membuatkan saya rasa nak simpan anak-anak perempuan kat rumah, tak nak bagi keluar rumah. Satu soalan: Penulis ni anti perempuan ke? Takut baca cerita dia tulis ni.
Novel ni berkisarkan satu kes pembunuhan yang berlaku tiga tahun lepas melibatkan seorang mangsa bernama Ariana yang dibunuh dengan sangat kejam. Kes tersebut kekal menjadi misteri sebab masih belum terungkai. Tiga tahun kemudian, muncul pula beberapa kes pembunuhan bersiri dengan modus operandi yang sama seperti kes Ariana.
Jadi, persoalannya–adakah pembunuhan terbaru ini dilakukan oleh copycat, atau pembunuh sebenar yang kembali membunuh selepas tiga tahun? Dan apa sebenarnya motif dia?
Untuk merungkai semua persoalan ini, penulis membawa pembaca sama-sama menyiasat dan berteka-teki tentang siapa pembunuh sebenar. Lagi lama aku baca, lagi pening dibuatnya sebab terlalu ramai suspek muncul. Lepas tu, tiba-tiba ada pula satu lagi kes jenayah lain yang buat aku tertanya-tanya apa kaitannya dengan kes pembunuhan utama ni.
Dan, bila masuk bab prosedur polis, aku mula mempersoalkan beberapa situasi dalam cerita ini. Ada beberapa bahagian yang terasa sedikit lemah dan buat pembacaan jadi agak perlahan. Contohnya, ada situasi yang buat aku tertanya, “Eh, kenapa tiba-tiba nak tahan orang sedangkan bukti kukuh pun tak ada lagi?” Macam terlalu bergantung pada spekulasi semata-mata. Selain itu, ada juga beberapa pengulangan plot yang aku rasa tak perlu dan sedikit mengganggu momentum cerita.
Dari segi watak pula, bagi aku Amar lebih menyerlah sebagai wartawan jenayah berbanding Inspektor Umar yang mengetuai siasatan kes ini. Ada beberapa tindakan Umar yang buat aku rasa, “Eh… kenapa pula macam tu?” 😅 Watak CJ pun menarik perhatian walaupun muncul sekejap saja. Rasa sayang sebab watak dia tak dikembangkan dengan lebih mendalam.
Walaupun begitu, identiti pembunuh sebenar memang berjaya mengejutkan aku. Langsung tak syak orang itu. Bila semuanya terbongkar, akhirnya jelas bahawa dendam dan trauma menjadi punca utama kenapa pembunuhan bersiri ini berlaku. Dua perkara yang memang boleh buat manusia hilang pertimbangan.
Selain itu, elemen gore dan violence dalam novel ni memang ditulis dengan sangat terperinci. Jadi, rasanya elok kalau buku ni datang dengan trigger warning sebab deskripsi pembunuhan dan keadaan mayat memang agak ngeri.
Secara keseluruhan, cerita ni memang menarik dan sesuai untuk peminat thriller tempatan, cuma ada beberapa bahagian yang masih boleh diperbaiki lagi. Apa pun, tahniah penulis! 💪🏻
"Negara ni ada undang-undang. Kau tak boleh buat ‘keadilan’ kau sendiri.”
To be honest, this book was great but the plot was abit here and there? My opinion was why other people got more hints and leads than the Inspector Umar himself? They didn't build a special investigation team yet when the body count already reached 4? And many comes more but they only had suspect when the 6th body was found?
And as a pyschology student, I can tell there's much mislead information about mental illness such DID (split personality disorder), schizo that suffered by Adam. You make Adam suffer all the sickness because of traumatic brain injury T_T
But, overall it's a nice book.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Cold Case karya Azmeer Shah bagi saya merupakan sebuah novel yang cepat tarik perhatian dari awal terutamnya cover buku yang sangat cantik dan menarik lain dari yang lain. Baru beberapa bab, terus rasa nak tahu siapa sebenarnya dalang di sebalik kes lama yang dibuka semula. Kalau suka cerita penyiasatan yang penuh misteri, memang senang hanyut dengan jalan cerita dia.
Yang saya suka, penulis berjaya bina suasana tegang sepanjang cerita. Setiap kali satu petunjuk muncul, terus timbul syak pada watak lain pula. Bila rasa dah dapat agak siapa pembunuh, tiba-tiba plot pusing dan sangkaan tu terus berubah. Itu yang buat bacaan jadi seronok sebab kita rasa macam ikut sama menyiasat bersama watak utama. Kes lama dengan kes baharu pula dihubungkan dengan kemas, jadi rasa setiap bab ada fungsi dan bukan sekadar meleret.
Watak penyiasat dalam novel ni pun menarik. Dia bukan watak sempurna yang terus tahu semua jawapan. Ada masa dia sendiri keliru, buat silap, dan terpaksa gali semula perkara yang orang lain cuba tutup. Itu buat cerita nampak lebih real. Bila rahsia demi rahsia dibuka, kita mula nampak yang kes ni bukan sekadar pembunuhan biasa, tapi ada sesuatu yang lebih besar dan gelap di belakang semua kejadian.
Cuma bagi saya, ada beberapa bahagian yang agak padat dengan maklumat siasatan. Kalau baca laju, kadang-kadang kena ulang semula untuk betul-betul faham kaitan antara kes, suspek dan masa kejadian. Tapi itu bukan kelemahan besar tetapi lebih kepada jenis novel yang perlukan fokus sikit, bukan baca sambil lalu.
Paling best, suasana novel ni berjaya buat rasa seram dalam cara yang berbeza. Bukan seram hantu, tapi seram bila fikir manusia sendiri boleh jadi lebih menakutkan. Cara mayat ditemui, rahsia lama yang disorok, dan motif pembunuh semua tinggalkan rasa tak selesa. Ada bab yang buat saya berhenti sekejap sebab cuba hadam apa sebenarnya berlaku.
Secara jujur, Cold Case memang sesuai untuk pembaca yang suka thriller jenayah dan kisah siasatan yang penuh teka-teki. Plot dia kemas, misteri dijaga sampai akhir, dan pengakhiran tu buat rasa puas walaupun masih ada beberapa persoalan yang linger dalam kepala. Jenis novel yang buat kita fikir balik selepas habis baca dan itu bagi saya satu kelebihan.
⭐️⭐️⭐️⭐️✨ (4.5/5) 🔪🩸 Dark, disturbing, and impossible to put down, this book had me questioning everyone.
This thriller begins with the horrifying murder of a young woman named Ariana. Her body is discovered in a gruesome condition, her case is eventually closed, and the investigation becomes a cold case. But three years later, another murder occurs with chilling similarities, forcing the old case to be reopened. As more victims appear, it becomes clear that a serial killer may be on the loose and the mystery only grows deeper 🔍
This book is definitely not for the faint-hearted. The crime scenes are graphic, disturbing, and sometimes downright unsettling. Yet, that’s also what made the story so gripping. The author doesn't shy away from the darker details, creating a thriller that feels intense, eerie, and impossible to ignore 😳🩸
One thing I really enjoyed is the use of multiple POVs. We get perspectives from different characters, and even moments that show the victims' experiences before their deaths. It made the story feel more immersive and added another layer of tension to the mystery.
The best part? I had so many suspects... and they kept changing 😭😂 Every time I thought I had figured out the killer, a new clue or plot twist would make me doubt myself all over again. That alone shows how well the mystery was written. The twists kept coming, and several of them genuinely made me go, "WHAAAT?" 😱
My favorite character has to be Amar. He's a crime reporter and also Ariana's brother. While everyone else seems stuck going in circles, Amar constantly pushes forward, determined to uncover the truth behind his sister's murder. His persistence, intelligence, and refusal to give up made him one of the most compelling characters in the book. I found myself rooting for him throughout the entire story 🥹
Overall, this was a dark, gruesome, twist-filled thriller that kept me hooked from beginning to end. Disturbing? Absolutely. Gross at times? Definitely. But also incredibly engaging, cleverly plotted, and packed with surprises. If you enjoy serial killer mysteries with plenty of twists and suspects that keep you guessing, this one is worth the ride 🔪📖✨.
If this story is a movie, I will not watch it. Hahahaha... Sebab cerita dia agak disturbing gak ah. Dahlah dah lama tak membaca. Sekali comeback, guwe terus baca cerita hard core gini. 🤣
Cerita crime yang pastinya ada banyak 'short term characters' yang menjadi mangsa jenayah bersiri ni. Sesungguhnya ku memang lost tak mampu nak hafal setiap nama mangsa dan cara masing-masing di-unalive. Pastu cara penerangan mereka di-unalive pun telan liur ku dibuatnya. Kalau ini adalah movie, whole scenes ini akan ku skip. Disturbing wei!
Suspek utama pun berpusing-pusing. Kejap nampak macam A. Tapi bukti lebih menunjuk ke B. Tapi C pun nampak sus. Pastu tetiba B nampak macam tak bersalah. Datang bukti lain nampak macam B bersalah gak. Pastu hadir pulak suspek D. Gitulah lebih kurang perumpamaannya.
Pastu kejap kejap macam ada feels genre jenayah Islamik. Dia tak adalah salah cumanya... Macam... Okay... Agak awkward sebab tak kena dengan situasi. Pastu macam tak jaga sensitiviti keluarga mangsa. Mangsa tu di-unalive dengan cara yang sangat kejam tau! Mudah pulak dia suruh terima dengan reda. Allah ambil sebab Allah sayang gitu. Amboi~ senangnya cakap. Ini mati sebab di-unalive dengan cara kejam tau. Bukan sebab sakit. Bukan sebab kemalangan tanpa sengaja. 😔🙏🏼
Overall okaylah. Tak adalah sakit pala pun baca cerita ni dalam nak mencari siapa villain(s) sebenarnya. Cumanya disturbing tu lah. My opinion lah. 🗿
As someone who reads thriller a lot, I had really high expectations when I bought this book. One thing I genuinely like about this book is the gory details. As a fan of this kind of book, it’s not easy to find a local writer who dares to write about serial killers with graphic murder details. So yeah, thanks for that. I appreciate the effort. . Now about the characters… Inspector Umar, what kind of police are you? . That scene with the witness (the couple who found the body) really annoyed me. You were supposed to question the witnesses properly, but instead you asked why they were at the park at 2–3 a.m.? Then you got angry and basically stopped questioning them. Like… what kind of police work is that? Yes, what they did may be wrong, but that’s not the point. It’s literally your job to get information from them. . And don’t get me started on the scene where Umar asked Amar to enter Fahim’s house. You’re the police, and you asked someone to break into another person’s house without permission? Anything found there wouldn’t even be admissible in court because hello… illegal entry? . I really wish I could see more actual police work in this book. But instead, the story keeps jumping from one scene to another, then to another again, all in one chapter. It made the investigation feel less solid for me. . I could also guess the killer quite early on. The killer murdered women with a Y-shaped incision from neck to stomach and took out the organs, so from that detail alone, it became quite easy for me to figure out who it was. . I’m not trying to compare writers, but if you write crime thriller or police procedural, please do the research. If you know me, you probably know which local author I’m thinking of. . Also… where did Sarah go? Lol.
Novel ni bermula dengan penculikan Ariana Erina. Walaupun wang tebusan telah dibayar oleh ayahnya, tapi Ariana dibunuh dengan kejam dengan organnya dicuri.
Kes ni ditutup kerana tiada klu ditemui.
Tiga tahun kemudian, seorang demi seorang wanita ditemui mati dan mayatnya diletakkan ditepi tasik.
Oleh kerana kes ni sama dengan modus operandi kematian Ariana, fail lama dibuka semula.
Saya suka cerita ni sebab ianya menarik. Kita diajak meneka siapa pembunuh sebenar bersama dengan pemulis.
Saya habiskan buku ni dalam masa tiga hari je maknanya ianya lebih cepat dari biasa. Hahaha, saya ni slow reader. Suka menghayati cerita. Oleh itu saya hampir muntah sebab menghayati kisah gore secara details.
Kalau tengok movie berbeza. Kita tak payah bayangkan. Kalau ngeri jangan pandang. Tapi baca novel ni, ya Allah... Nak skip karang takut terlepas point. Hmm..
Selesai Baca cold case ini. Punya gore tu.. Speechless. Semua Jalan cerita membuat saya jaw dropping. Buku ini menjadi novel lokal yang PERTAMA untuk menjadi bahan bacaan dalam tahun 2026.
First one sitting book in 2026. Walaupun untuk Buku Kalini saya banyak menulis sedikit sebab nak keep up dengan setiap mangsa yang mati.
Jalan cerita decent tapi cukup buat Saya hooked,author bijak sebab dia main dengan perasaan yang buatkan saya nak baca lagi dan lagi. Dan yup banyak manusia telah dituduh untuk buku ni. Yelah tengah cipta roleplay sendiri sambil baca Buku ni gitu la dia. Kita pulak imaginasi Luas.
As somebody yang tak suka kan gore this book is okay. Gore nya sedang-sedang. Done jadi penyiasat tak bertauliah lepas baca Buku ni . If you haven't,silakan baca dan join menyiasat
Seperti mana judulnya, buku ini berkisar tentang satu kes pembunuhan yang tidak dapat diselesaikan dan ditutup selepas pembunuhnya tidak dapat dikesan. Pembunuhan ters
Beberapa tahun selepasnya berlaku kes pembunuhan dengan modus operandi yang hampir serupa, menyebabkan fail kes dibuka semula.
Pembunuhan demi pembunuhan berlaku dengan cara yang hampir sama.
Berdebar bila membaca buku ini. Selagi belum terjawab siapa pembunuhnya, buku ini sukar diletakkan. Penulis bijak memancing persoalan demi persoalan.
Puas hati membacanya, walau ada beberapa persoalan lain yang tidak terjawab. Mungkin di lain episod.
Giving vibe mcm novel overseas sebab ada serial killer. Tapi byk kurang information and kurang details.
Umar pulak mcm seorang polis yg lack of common knowledge and communication sedangkan Umar ni dijelaskan polis yg dah selesaikan byk kes. Tapi kenapa mcm tak berapa pandai. Kenapa tanak interview saksi sebab keluar malam lelaki perempuan. Sedikit tidak professional disitu. Maybe boleh kembangkan lagi watak Umar in the next book. Jadikan dia lebih knowledgeable. Jadikan lebih pandai critical thinking.
Emma pulak watak yg serba serbi tak tau apa2. Rasanya watak Emma ni takde pun takpe. Boleh gunakan watak lain masa scene ending tu.
Yg watak serial killer tu patutnya bagi lagi backstory. Sikit sgt cerita pasal dia. Tak sempat nak berkenalan dgn si psiko ni. Tau2 dah ending.
I love the plot just kurang details je. Takde details kenapa kena bunuh ramai orang. Mcm tak jelas motif dia selain sebab balas dendam. Kenapa pilih orang2 tu utk dibunuh. Padahal klu jadi serial killer kena ada MO yg jelas. Dia akan pick based on criteria. Bukan setakat perempuan je. Pastu mana organ tu semua? Tak kan dia makan semua? Klu jual kenapa tak ceritakan. Takde details.
Pastu kenapa ketua polis terus gantung kerja Umar. Padahal dia tau Umar boleh selesaikan kes. Geram je rasa.
Boleh remove unnecessary scenes yg takde kaitan dgn plot. Jadi meleret2 sebab ada scene tak penting dan tak habis2 ulang organ kena removed.
‘Fail ditutup, dendam dibuka’ This phrase made me buy this book soo bila dapat je buku ni terus kita baca. - Pada awalnya memang menarik tapi terlalu banyak watak yang diperkenalkan yang buat saya pening sikit. But it is undeniable that the plot twist was amazing ! Pembaca boleh tahu point of view bagi setiap character which was interesting lah. - I would say that ada sedikit pengulangan babak yang boleh buat pembaca rasa bosan sikit but still tak affect the storyline lah ! Somehow saya rasa cara pembunuhan dalam buku ni is a bit similar to jack the ripper’s case haha. I did enjoy Azmeer Shah’s writing after all !
Cold Case memang seronok dibaca dan buat saya rasa teruja dari awal sampai akhir. Sepanjang membaca, saya asyik meneka-neka siapa sebenarnya pembunuh kerana setiap petunjuk terasa mencurigakan dan sentiasa mengaitkan dengan kes pertama. Tetapi ada halangan pada penceritaan iaitu hubungan antara beberapa watak pula agak ‘gantung’, membuatkan saya sering tertanya-tanya apa sebenarnya kaitan mereka. Cerita ini betul-betul berjaya buat pembaca tak senang duduk dan susah untuk berhenti membaca. Saya pun dapat habiskan dalam masa sehari.
Namun buku nie seolah gantung .. adakah penulis akan buat versi kedua?
ratings, 4.5/5⭐ saya akan rekomen ni for people who loves reading thriller novel and craves for it.
For me, saya rasa the story is very well written dan saya suka cara penulis memberi suspen untuk setiap watak.
===================================== Saya ada baca sedikit review yg negatif but saya rasa taklah agree sangat. Buku ni mungkin boleh dibaca oleh remaja yang berumur 15+ sebab ada gore dan violence dalam tu. And saya rasa tak patutpun bagitahu cara diorang buat benda dalam novel tu secara detail, since tak nak pengaruh remaja untuk ikut langkah-langkah dia bulat-bulat. Dan novel ni pun sudah dicheck kalau ada yang cross the line or melampau. Ada prosedure dia. =====================================
Overall, i love the writing style dan jalan cerita yang menarik. Watak utama memang tekad untuk menjalankan tugas dia walaupun banyak benda yang menghalang dia.
Now, to the people want to read this story or want to hadiahkan untuk kawan dia: 1. suka suspense dan plot twist yang tak dijangka 2. ok dengan membaca scene yang 'ganas' and 'horor' 3. suka baca buku thriller ramlee awang mursyid (eg: ranggau / mendatori / ...) and leans more on the action side 4. ok je kalau takde romance dalam buku tu (don't get me wrong, ada je scene, tapi dia bukan benda yang develop dalam cerita ni) 5. kuat semangat (cause kalau baca buku ni, you might takut untuk keluar malam-malam bersendirian) 6. ok je kalau ada scene disco or party (you know what i mean)
ALR TU JE, tak nak cerita sinopsis, cause the other reviews did it for me ehhehe.