I bought it for the story. I stayed for the heartbreak. And now I'm emotionally unavailable 😭😩😢
Novel ni berlatarbelakangkan zaman university tentang empat sekawan... Jimi, Firman, Azfar dan Zaquan.
Nampak macam typical campus life at first… but trust me, it's not that simple. Zaquan ada sifat prejudis, jenis cepat judge tanpa selami hati orang. Firman pula ada trauma yang dia tengah struggle... jumpa psychiatrist, slowly healing but in a good shape.
Jimi the jambu boy.. and of course… Azfar. The most lovable character. Prefect, baik, understanding... jenis yang semua orang senang dengan dia.
Kematian Azfar buat F terus curious. Dalam kepala memang tak fikir benda lain selain… was he poisoned? Sebab dia ni bukan jenis yang ada musuh. Terlalu baik sampai susah nak percaya dia mati macam tu je.
Firman ditangkap sebab sebelum Azfar meninggal, dorang bertekak. Semua jari point dekat Firman.
Tapi Firman sorok something. Sedaya upaya dia simpan rahsia tu... even from Jimi. Dia simpan rahsia seorang².
Mikail, lawyer yang selalu kalah kes.. ada hamba Allah hire dia untuk defend Firman. Mana sangka dia yang berjaya crack Firman. Dia korek satu demi satu sampai rahsia tu terbuka.
Scene court tu… ya Allah. I was not ready. Terkejut. Speechless. Air mata jangan cerita macam air terjun
Tapi yang paling buat F melalak? Scene tribute teater untuk Azfar. That part hit giler²! The grief... the guilt... the love. Semua bercampur jadi satu.
Cerita ni bukan sekadar misteri kematian. It's about friendship, trauma, judgment, loyalty… and how one loss can change everything.
I started reading with curiosity. I ended it with swollen eyes. Sedih giler. But worth every tear
"Sakit. Semua orang pernah rasa sakit seperti ini. Sakit itu rasa; tidak terlihat. Sejenis rasa bagi yang menanggungnya. Tidak akan dirasai oleh mereka yang tidak mengalaminya. Itu jelas. Jika mereka tidak dapat melihatnya (sakit itu), mereka fikir kita tidak sakit. Kita sihat.. dan gembira. Kerana itu, rasa yang tidak dilihat perlu dizahirkan walau bagaimana pun caranya. Cuma, aku tidak biasa, dan tidak tahu cara. " - Ainul Farihah, Yang Paling Patah Antara Kita . . 🖤 Novel berunsur drama psikologikal ini mengisahkan persahabatan empat mahasiswa—Azfar, Firman, Zaquan, dan Jimi. Fokus utama adalah pada Azfar, tempat bergantung rakan-rakannya, yang bergelut dengan depresi dan anxiety, mengetengahkan isu kesihatan mental serta stigma masyarakat. . . 🖤 Mesejnya jelas. Untuk membangun jiwa, terutama kepada sesiapa sahaja yang sedang berjuang. Semoga kita sentiasa tumbuh dengan baik walaupun tidak sempurna. . . #azurachanreads #ainulfarihah #yangpalingpatahantarakita #bukujunkie #bookaddict
i admit i bought this book because i was FOMO, but it was worth it. ingatkan takkan nangis baca tapi salah ya. saya suka scene dalam mahkamah, felt like it wasnt rushed and i was there. ainulfarihah never dissapoints.
- cara penyampaian cerita tak kena jiwa - gaya penulisan yang kurang enak dibaca menjadi faktor emosi tidak sampai - banyak bahagian yang saya skip kerana agak membosankan dan meleret - sepanjang membaca sambil menyingkap isi karya, terdapat banyak kerompongan pada plot serta kepincangan pada karakter cerita - cerita tentang persahabatan tetapi tak banyak dinamik untuk setiap peranan watak. penjadikan penceritaan rasa hambar
saya tak boleh nak listkan semuanya. risau panjang jadinya. cuma saya harap penulis dapat tingkatkan kualiti penulisannya dengan lebih baik pada masa akan datang. mudah-mudahan (^_^)