Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kersani #1

Kersani

Rate this book
Bagi Nitara, dia hanya seorang manusia biasa tanpa sebarang keistimewaan. Malah, diuji dengan pelbagai kekurangan, dia tercari-cari arah hidupnya, sehinggalah takdir menentukan berlaku insiden yang membawanya ke satu alam yang tidak disangkanya benar-benar wujud, di mana dia dipertemukan dengan Andika, Ganda, Taming, Arga, Mantrin dan Genta, yang diasuh dan diketuai oleh Tok Tua. Gandera, sebuah negeri yang wujudnya hanya disangka adalah sebuah khayalan atau mitos, berdiri megah sebagai satu pertahanan bagi Tanah Melayu, menggalas tugas yang diamanahkan kepadanya, iaitu bagi menentang Sabdo Palon dan kuncu-kuncunya, yang sudah bersumpah akan menghancurkan Islam di nusantara apabila tiba tempohnya. Kisah yang tercatat di dalam jangka Sabdo Palon itu rupanya memang benar, dan pertembungan itu sebenarnya sedang menanti hari untuk terjadi. Tanpa sangka, Nitara terjebak di dalam kemelut itu, dan tidak sekali pernah dijangkanya, bahawa dia berada di tengah-tengah konflik itu sebagai satu elemen utama. Kecacatan dan kekurangannya rupanya adalah kunci kepada segalanya. Sungguh lagi nyata bahawa tiada sesuatu yang Allah jadikan, adalah sia-sia.
Bagaimana kesudahannya pertembungan di alam bunian yang ghaib itu? Siapa Tok Tua sebenarnya? Apa hubungannya dengan Tok Uban? Apakah Si Gumum dan sifat bengkengnya akan mampu membantu perjuangan mereka? Apa pula kaitan Nyi Gadung Melati dan Gandera itu sendiri? Siapakah wanita ini, yang memuja Sabdo Palon sebagai dewanya, tapi pada masa yang sama, punya perseteruan dengan Nyi Roro Kidul, anak kepada Sabdo Palon sendiri? Apakah Jentayu dan Rajawali sanggup membantu Gandera dan angkatan Bhayangkaranya? Dan apakah pula peranan keris hijau kerajaan Melayu itu?
Santai dalam penceritaan dengan babak-babak yang mampu membuatkan anda tersenyum sendiri, namun padat dengan falsafah, sejarah dan pengajaran, yang mampu membangkitkan rasa rindu anda pada asal-usul dan akar budaya bangsa. Adalah satu kerugian jika kisah ini tidak diangkat sebagai sebuah bacaan wajib anda. KERSANI..sebuah kisah yang meletakkan dunia Melayu setaraf dengan dunian ciptaan seperti di dalam kisah-kisah Lord of The Ring atau Harry Potter, terjalin daripada inspirasi anak Melayu sendiri.

320 pages, Hardcover

First published April 1, 2021

Loading...
Loading...

About the author

Aenid Abdullah

4 books18 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
51 (71%)
4 stars
14 (19%)
3 stars
5 (7%)
2 stars
1 (1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 24 of 24 reviews
Profile Image for Taufiq Yves.
509 reviews502 followers
September 30, 2025
Nitara adalah seorang wanita biasa yang hidupnya penuh kekurangan dan serba sederhana. Takdir membawanya ke alam bunian Gandera, sebuah negeri yang selama ni dianggapnya mitos, tapi sebenarnya wujud sebagai benteng pertahanan Tanah Melayu. Kat situ dia bertemu dengan tokoh - tokoh lain seperti Andika, Ganda, Taming, Arga, Mantrin dan Genta. Dorang diasuh dan dipimpin oleh Tok Tua, seorang pemimpin misteri yang menyimpan rahsia besar.

Gandera sedang menghadapi ancaman Sabdo Palon, makhluk ghaib yang bersumpah akan menghancurkan Islam di Nusantara. Nitara, tanpa disangka, menjadi elemen utama dalam konflik ni, dan kekurangannya yang selama ini dianggap kelemahan, rupa - rupanya adalah kunci kepada keselamatan dunia Melayu.

Kisah ini penuh dengan pertembungan mitos dan sejarah, antara watak - watak yang diketengahkan adalah Nyi Roro Kidul, Nyi Gadung Melati, dan keris hijau kerajaan Melayu, serta makhluk legenda seperti Jentayu dan Rajawali.

Sebagai novel fiksyen sulung Aenid Abdullah, aku kira ini adalah percubaan yang berjaya. Dia berjaya mengangkat dunia Melayu ke pentas novel epik Nusantara Melayu, bukan dengan meniru Barat, tapi dengan menggali akar budayanya sendiri. Aku cukup teruja dengan dunia bunian yang diciptakan - banyak yang berakar dalam mitos Nusantara, tetapi dibina dengan struktur naratif moden yang kompleks dan berlapis.

Jujur aku kata, novel ini fantasinya amat tinggi. Adakalanya aku tertanya juga apa mungkin Aenid pernah ke Gandera? Selain fantasi, ada elemen renungan falsafah tentang takdir, kekurangan, dan peranan manusia dalam sejarah yang agak menyentuh - Nitara sebagai lambang jiwa Melayu yang teruji, dan Gandera adalah metafora kepada tanah air yang perlu dipertahankan bukan hanya dengan senjata, tetapi dengan jiwa dan hikmah.

Bahasanya santai tapi padat dengan makna, cuma aku kene juga sebut yang ada banyak jugalah kesalahan ejaan di sana sini namun pembacaan ini boleh aku katakan sebagai pengalaman yang unik, aku suka unsur sejarah, mitos, dan pengajaran agama yang digarap, setiap bab adalah medan tafakur dan pengembaraan.

Sangat seronok membaca karya besar ini - ia umpama menghayati hikayat lama dalam nada moden yang semakin terhakis dalam dunia moden.

5 / 5 stars
Profile Image for yulia.
60 reviews9 followers
February 18, 2022
Dah ada beberapa org kasi review yang cantik dan kemas. Jadi saya tulis la sikit ya.

Jalan cerita tentang yang hak melawan yang batil. Macam cerita2 bunian, atau movie2 selalu tunjukkan, dalam lord of the ring & narnia. Akan ada pihak yang jahat dan baik. Tapi apa yang membuatkan novel dia keluar dari kebiasaan bila watak Nitara itu sendiri di telusuri. Kasihan Nitara. Jalan cerita hidup dia tak indah. Apabila penulis described nitara pada mula cerita berumur lebih 40 tahun dan terdapat kelemahan sana sini dalam segi karakter, contoh semput, selalu dibuli, diejek dan berparut kudis serta menghisap rokok, saya sejujurnya mcm tak boleh terima. Saya fikir aik kenapa heroin nya lain macam benar ni. Jarang heroin dalam sesebuah cerita hebat begitu. Allah saya silap, rupanya ada sebab Nitara begitu, segalanya di rungkai elok di pertengahan cerita.

Jalan cerita pada mula nya agak mendatar, biasalah kan. Baru nak warm up kejadian Nitara masuk ke alam bunian. Masih banyak perlu dijelaskan tok tua. Jadi kita yang baca ni pun just follow the pace. Tapi itula, penulis pandai memulakan rentak agar pembaca mula merasakan debaran untuk sebuah perjuangan menentang sabdo palon. Bila mereka membuat persediaan, dengan kita2 sekali berkobar semangat seolah kita pun turut sama training sekali.

Dalam buku ni semua ada. Kelakar ada, sedih ada, marah ada, cinta lemak manis pun ada, semua seimbang! Di gaul sempurna dan cukup rasa. Nak pula bila penulis gabungkan kisah2 sejarah & lagenda dalam buku ni contoh nya , sang kelembai, warga bunian tanah melayu, kisah naga, ular saktimuna, burung jentayu, rajawali dan sabdo palon. Perjuangan mereka ada pengorbanan, buat kita sekali sebak dan sedih. Perjuangan mereka juga ada kemanisan. Buat kita tersenyum simpul membacanya.

Untuk sesiapa yang sukakan kisah lagenda, sejarah dan mitos tanah melayu yang bersifat fantasi, ini lah! inilah karya yang sepatutnya anda letak dalam list "read".

Untuk penulis, saya tunggu buku ke 2. Keep it up 👍🏻
Profile Image for Amal Lee.
281 reviews37 followers
November 21, 2023
Bagi penggemar genre nusantara, fantasy, action, slow burn romance & seangkatan dengannya bolehlah masukkan cerita ni dalam list tbr tu okay, best yaaaaaa amattttt!

Cumanya, ya Allah terganggu betul bacaan aku ni dengan kesalahan ejaan, ayat yg mcm tak berapa sedap dibaca sampaikan aku susun sendiri untuk bagi kepuasan hati, margin yang lari. Tapi itulah call me biased ja la, tak puas hati dengan editing pun tetap bagi full star sebab plot cerita best gilaa! tiada unsur lewah langsung, straight to the point, yang penting FL bukan lemah yang perlu diselamatkan selalu urghh me lurvee 👍
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
510 reviews43 followers
June 30, 2023
Nitara yang ditolak ke gaung angkara hasad dengki terpaksa bertahan hidup di dalam hutan belantara. Apabila dia tiba-tiba diserang makhluk ghaib dia diselamatkan dan akhirnya masuk ke sebuah dunia lain. Dan di dunia ini nasibnya mula berubah tanpa disangkanya.

SH suka kelainan yang penulis terapkan untuk Nitara selaku watak utama cerita ini. Jarang watak utama ditulis dengan punyai pelbagai kelemahan dan kekurangan. Tapi itulah Nitara. Sudah berusia 40an, berkudis dan sopak, selalu menjadi bahan ejekan dan kekurangan kasih sayang. Namun kekuatan utamanya dia punyai hati yang sangat besar. Hingga sanggup melindungi anak rusa yang tercedera daripada menjadi santapan makhluk pelik di hutan tanpa memikirkan keselamatan sendiri.

SH juga suka apabila penulis memasukkan pelbagai elemen Nusantara di dalam naskah ini. Malah ada yang SH kurang tahu dan ada yang langsung tak tahu. Bhayangkara, Nyi Gadung Melati dan juga Saktimuna antara ilmu baru yang SH dapat di dalam naskah ini. Ada juga elemen bukan Nusantara yang turut dimasukkan tetapi bercampur cukup baik di dalam naskah ini dan menjadikan ia sebuah naskah yang sangat menarik.

Walaupun punyai beberapa kesalahan ejaan di sana sini, namun jalan cerita yang menarik dan teratur memberikan kepuasan membaca buat SH. Cuma andai segala ejaan diperbetulkan ia akan menjadi lebih sempurna.

Elemen mistik yang dimasukkan ke dalam naskah ini juga menambahkan lagi perisa dan keseronokan membaca naskah ini. Bayangkan kalau benar-benar ada harimau setinggi kuda sebesar apakah ia. Dan sekuat apakah ia. Atau mungkin tidak kuat langsung sebab sudah tua renta.

Walaupun banyak berkisarkan tentang pertempuran dan peperangan namun unsur jenaka yang dimasukkan dan kepelbagaian perwatakan di dalam naskah ini sememangnya menjadikan ia lebih menarik. Tidaklah mendatar sahaja. Ganda dan Genta sememangnya memeriahkan suasana. Ada sahaja gelagat mereka yang mampu mengundang tawa.

Dan babak permulaan peperangan yang diiringi dengan laungan azan dan takbir mampu mengundang rasa sebak di hati. Sesungguhnya perperangan antara yang batil dan yang hak tidak akan pernah terhenti sehingga ke penghujung nanti. Dan ini membuatkan SH terfikir bersediakah kita andai peperangan itu memerlukan kudrat kita untuk sama-sam berjuang menentang kejahatan.
Profile Image for Aliya prettyandreads.
73 reviews62 followers
December 21, 2021
– 𝓢𝓲𝓷𝓸𝓹𝓼𝓲𝓼 –
Nitara, selalu tersakiti oleh manusia di sekelilingnya pada satu hari telah tersesat di sebuah hutan yang menemukan dia dengan kerajaan bunian bernama Gandera diperintah oleh putera Andika. Gandera dari azali telah dipertanggungjawabkan untuk mempertahankan tanah Melayu dari Sabdo Palon dan pengikutnya yang akan menghancurkan Islam apabila tiba waktunya.

– 𝓡𝓮𝓿𝓲𝓮𝔀 –
A bit nervous nak baca buku ni takut dia bahasa dia terlalu klasik/puitis tapi tak, ada a bit of English & bahasa Melayu pasar jugak jadi buku ni friendly je untuk beginners jugak! And considering it’s a self-published & debut book so a bit typo and susunan ayat is understandable

Ada banyak kaitan dengan lagenda & hikayat Melayu seperti Siti Kelembai, Hang Tuah, Champa, Puteri Gunung Ledang, naga dan banyak lagi. Jadi kalau pembaca sedia tahu serba sedikit pasal kisah kisah mereka ni, maybe akan ada deep understanding & feel baca buku ni. Tapi, kalau taktahu sangat (macam kita 😂) pun takpe je boleh google sambil sambil & baca buku lain yang ada cerita kisah kisah ni.

Isu & politik buku ni mudah difahami CUMA cara penceritaan dia pasal anatgonis Sabda Palon panglima Iblis & level of bunian makes me question myself, betul ke? Ada hadis ke, boleh percaya ke? Bcs it is persuasive (for me) so kena constantly remind myself it’s a fiction, kena buat research sendiri untuk kisah benar dari sumber yang betul ☝🏻

The romance, dia tak banyak tau plus it’s a slow burn romance but that what makes this book fun! The hero named Andika, I swear be is a green flag man 🟢. Attentive, see the best in people and says SORRY! 😮‍💨👍🏻 Makes me want myself pergi alam bunian & get an Andika for myself too 🙈

– 𝓡𝓮𝓴𝓸𝓶𝓮𝓷𝓭𝓪𝓼𝓲 –
SEMUA ORANG 🤣 – Pembaca fantasy, pembaca romance, pembaca Melayu klasik, pembaca pemula (beginners) buku ni wajib dibaca semua orang lagi lagi peminat buku fantasy 💓

—————
“𝕄𝕖𝕣𝕖𝕜𝕒 (𝕞𝕒𝕟𝕦𝕤𝕚𝕒) 𝕝𝕦𝕡𝕒 𝕒𝕥𝕒𝕦 𝕥𝕚𝕕𝕒𝕜 𝕤𝕖𝕕𝕒𝕣 𝕜𝕖𝕒𝕓𝕒𝕕𝕚𝕒𝕟 𝕓𝕦𝕜𝕒𝕟 𝕤𝕒𝕥𝕦 𝕜𝕖𝕝𝕖𝕓𝕚𝕙𝕒𝕟, 𝕒𝕕𝕒 𝕜𝕒𝕝𝕒𝕟𝕪𝕒 𝕤𝕒𝕥𝕦 𝕤𝕦𝕞𝕡𝕒𝕙𝕒𝕟. ℍ𝕚𝕕𝕦𝕡 𝕝𝕒𝕞𝕒 𝕥𝕒𝕜 𝕤𝕖𝕞𝕖𝕤𝕥𝕚𝕟𝕪𝕒 𝕓𝕖𝕣𝕙𝕒𝕣𝕘𝕒” - 𝕋𝕠𝕜 𝕋𝕦𝕒

🌟🌟🌟🌟🌟/5
—————
Footnote: Ending tak tergantung & memuaskan cuma nak tanya jugak buku 2 keluar bila ya? 😂 nak simpan duit @aenidbdullah
Profile Image for Syahirah AlYajid.
18 reviews2 followers
November 8, 2021
"𝑩𝒖𝒂𝒕 𝒂𝒏𝒂𝒌 𝒄𝒖𝒄𝒖...𝑺𝒆𝒎𝒐𝒈𝒂 𝒌𝒂𝒍𝒊𝒂𝒏 𝒕𝒂𝒌𝒌𝒂𝒏 𝒑𝒆𝒓𝒏𝒂𝒉 𝒍𝒖𝒑𝒂, 𝑩𝒆𝒕𝒂𝒑𝒂 𝒍𝒆𝒍𝒖𝒉𝒖𝒓 𝒌𝒂𝒍𝒊𝒂𝒏 𝒅𝒊 𝒃𝒖𝒎𝒊 𝒊𝒏𝒊, 𝒃𝒖𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒃𝒂𝒓𝒂𝒏𝒈..."

𝐊𝐄𝐑𝐒𝐀𝐍𝐈 ١ — Aenid Abdullah

Sebuah riwayat yang tercatat di Kerajaan Gandera. Sebuah kerajaan agung yang bernaung megah di sebalik hijab mata manusia, — Alam bunian. Makna kata lain, alam ghaib.

Inilah kisah tentang Andika, Putera Mahkota Gandera. Ini juga kisah seorang manusia, Nitara namanya.

Pertembungan dua jiwa ini tiadalah sia-sia. Tiada yang kebetulan. Sungguh di puncak tertinggi itu, Tuhan jua lah Yang Maha Mengatur segalanya.

"𝘒𝘢𝘶 𝘥𝘢𝘵𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘦 𝘴𝘪𝘯𝘪, 𝘬𝘦𝘳𝘢𝘯𝘢 𝘵𝘢𝘬𝘥𝘪𝘳."—𝘗𝘶𝘵𝘦𝘳𝘢 𝘜𝘸𝘢𝘪𝘴 𝘈𝘯𝘥𝘪𝘬𝘢

"𝘈𝘱𝘢 𝘴𝘢𝘫𝘢 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘩𝘪𝘥𝘶𝘱 𝘪𝘯𝘪, 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘳𝘭𝘢𝘬𝘶 𝘣𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘳𝘢𝘯𝘢 𝘵𝘢𝘬𝘥𝘪𝘳?" —𝘕𝘪𝘵𝘢𝘳𝘢

Akhir zaman. Paling ketara di akhir zaman itu adalah, pergolakan antara hak dan batil kian menjadi-jadi. Manusia semakin alpa. Siapakah berpihak di jalan-Nya. Siapakah yang berpaling, memuja iblis durjana?

Demikianlah kehadiran Nitara ke dunia yang bukan asalnya, bukanlah sia-sia. Nitara bersama para hulubalang Gandera, Tok Tua, Seri Gumum, Rajawali dan Jentayu bakal menentang angkatan Sabdo Palon yang bermokhsa di Gunung Merapi.

1.Gaya bahasa kontemporari, santai dan sampai. Gambaran penceritaan jelas dan kemas. Buat pemula, sesuai sangat.

2. Emosi— Ada masa kau curious, geram, kelakar, tersengih, semangat membara macam terkena mantera semerah padi pun ada...Kau nak apa? Kau akan rasa.

3. Jalan cerita dinamik dan epik! Seolah-olah nyata. Point ni disokong kuat dengan point 1,2,4, & 5.

4. Watak? Semua mantap. Masing-masing dengan peranan sendiri. Ada potensi boleh dikembangkan lagi. Paling aku suka, mereka semua kelakar & rapat seperti bersaudara. Sama lebur, sama binasa.

5. Elemen cinta? Ada. Lemak manis sopan ala amboi-amboi gitu. Ini buku bertemakan watak orang-orang dewasa.

Khusus, buat peminat fantasi-sejarah,lagenda nusantara, dan cerita rakyat— buku ini bakal menambat hati kamu! Juga khusus untuk semua, bacalah. Bacalah. Angkat warisan kita.

Kalau bukan kita, siapa?
Profile Image for Munirah Baharin.
8 reviews7 followers
December 21, 2022
"Kersani itu adalah semangat dan aliran tenaga yang wujud dalam diri kita.

"Hidupnya sudah ribuan tahun, dan merupakan 'tuhan' sembahan masyarakat Jawa sebelum kedatangan Islam yang dikenali sebagai Semar.."

"Aku Jentayu, dan ini Rajawali. Hanya kisah sejati mampu membawa kami ke mari.. Kasih sejati bukan pada diri sendiri, tetapi pada semua yang berdiri bersama yang memanggil kami."

Kehadiran Nitara di Kota Gandera bukanlah satu kebetulan, namun sebuah takdir yang menentukan. Dibawanya ke mari, ke sebuah tempat yang terasing dengan manusia ini bukanlah bersahaja tidak bersebab, tapi kerana dirinya insan terpilih. Terpilih untuk bersama panglima Bhayangkaranya menentang kebangkitan Sabdo Palon dari mokhsanya yang terletak di Gunung Merapi.

Dan di sini jugalah, Nitara dilatih dan dibentuk menjadi seorang yang luar biasa. Jika dahulunya dia hanyalah seorang yang dipandang hina serta dianiaya, kini dia seorang yang paling disayangi dan disegani jelata. Namun segala perubahan yang diterimanya tidak sedikit pun mengoyahkan jati diri Nitara yang kental dan tinggi semangat juangnya dalam menentang kebatilan yang dibawa sekutu mereka.
Profile Image for Lalla Hasna.
34 reviews
July 1, 2024
Mula2 i dah judge buku ni kenapa ada penggunaan English sebabnya masih lagi terbawa2 dengan series sunan yang merentas masa pergi zaman dulu kala, sebabnya nama Nitara tu. Makin lama, ohhhh mianeh penulis, judge tanpa menyelam terlebih dalam adalah 1 kesalahan besar haha. Dah habis baca pun nak reread balik. I boleh maafkan semua typo dalam tu
Profile Image for Marni Arshad.
81 reviews1 follower
September 21, 2023
"Buat anak cucu...
Semoga kalian takkan pernah lupa,
Betapa berdiri leluhur kalian di bumi berdaulat bukan sebarang."

▪️▪️▪️

Ianya sebuah kisah pertempuran antara yang hak & yang batil.

Bermula cerita memperkenalkan Nitara selaku watak 'heroine' — yg serba tidak sempurna di mata orang. Terlalu banyak kekurangan & kecacatan hingga dirinya sering diejek & dihina. Namun, kekuatan sebenar Nitara ialah hatinya. Dia memiliki hati yg besar!

Kerana mahu melindungi seekor anak rusa saat dirinya sendiri terancam & sesat di dalam hutan, Nitara telah dibawa ke Gandera — sebuah negeri di alam bunian. Nitara, salah seorang insan terpilih untuk berjuang bersama-sama barisan Panglima Bhayangkara diketuai oleh Andika Putera Mahkota untuk memerangi Sabdo Palon & angkatannya yg menentang Islam, sejak zaman Wali Songo lagi.

Saya sering menyatakan, cerita ini ibarat The Lord of The Ring versi nusantara kerana hebatnya cerita ini. Ada banyak kisah sejarah & lagenda yg diadun & itu menyeronokkan bagi penggemar cerita² fantasi begini. Hang Tuah, naga, Jentayu, Rajawali, Sang Kelembai, Sabdo Palon, Nyi Roro Kidul, Saktimuna, semuanya ada dalam buku ini.

Cerita ini juga dihias dengan sedikit jenaka, semangat perjuangan, pengorbanan, cinta lemak manis — digaul sempurna & cukup rasa.

Babak perlawanan pula menarik & membakar semangat. Terasa kepuasan apabila pihak Gandera dapat memusnahkan pihak yg batil.

Penggemar fantasi, sejarah, lagenda, hikayat, mistik, baca buku ini!!

5⭐ @aenidbdullah
Profile Image for astread.
77 reviews7 followers
April 18, 2022
Sesungguhnya saya dipatahkan oleh realiti bahawa buku ini hanyalah fantasi. Terima kasih untuk penulis yang membawa saya ke dunia Kersani. Semoga bertemu lagi di buku yang kedua :)
Profile Image for Akmal Zahrudin.
228 reviews27 followers
July 31, 2023
Summary:

Female lead: Nitara - a very bright person, namun kisah hidupnya terlalu banyak trauma.

Nitara sesat di dalam hutan setelah dikhianati oleh rakan sendiri. Tapi Nitara ni ada survival skill so dia boleh survive dalam hutan tu.

Satu hari dia terjumpa anak rusa yang nak kena makan dengan makhluk hodoh nak mati (lower demons). Dia cuba selamatkan anak rusa tu sampai hampir mati tapi nasib baik dia diselamatkan oleh 2 orang lelaki yang tak tahu datang dari mana.

Rupa2nya 2 orang lelaki tu dari golongan bunian. Diorang dah lama stalk Nitara sebab Nitara ni diramalkan menjadi "the chosen one" dalam peperangan menentang kebatilan. So bermulalah adventure si Nitara ke dunia bunian..

My thoughts?

1. Buku ni best gilaaaaaa kuasa 10. Menyesal tak baca awal2. Storyline dan plot A+. Penggunaan bahasa tak terlampau tinggi, penceritaan pun ringkas senang nak faham jalan cerita.

2. World building is fantastic. I love all the details. Dari hutan dunia manusia hingga ke dunia bunian. Everything is well described.

3. I love all the characters! Ada chemistry antara kesemua watak yang buat aku hooked up. Especially Nitara dan Andika 😆
•Nitara - the badass female lead who can
conjure any weapons
•Andika - the handsome and powerful elf
prince (my Legolas😆)
•Ganda, Genta, Taming, Arga & Mantrin -
faithful friends, Nitara's found family
•Tok Tua & Tok Uban - their wise leaders
•Seri Gumum - the great dragon
•Chandan Lela - the cute snow tiger
•Nyi Gadung Melati - the powerful villain

4. Aku tak expect cerita ni ada a lil bit of romance. Slow burn and it's so good! I love Nitara dan Andika. Diorang punya cute tu tahap aku sengih sorang2 baca buku ni. Ada vibes Purnama & Afifah, Nirnama & Cendana.

5. I super duper love the magic system! using "Kersani" - aliran tenaga dalam badan yang berbeza2 kelebihan setiap orang. Boleh manipulate elemen bumi, air, water, fire, earth. Nitara siap boleh conjure lightning.

6. Paling aku suka konsep pasangan tempur. Dia sama macam parabatai dalam Shadowhunters series.
"Tenaga itu yang ada di dalam dirimu akan menghubungkan kita; aku akan tahu bila kau memerlukan, begitu juga sebaliknya"

7. Walaupun ending dia tak cliffhanger, tapi cerita ni belum habis sebab anak si Sabdo Palon, Nyi Roro Kidul masih belum beraksi. So I am desperately in need of book two please.
Profile Image for Beelah.
370 reviews24 followers
September 23, 2025
Cerita ini bertemakan alam bunian nusantara dan berlatarkan masa sekarang, tahun 2021-2022. Perlu diingatkan kepada bakal pembaca dan pembaca sedia ada, ini adalah cerita rekaan semata-mata.

Walaupun cerita ini adalah rekaan semata-mata, namun diharapkan penulis dapat menerapkan batas pergaulan antara watak-watak protagonis lelaki dan perempuan memandangkan mereka membawa mesej sebagai pembela/penjaga panji-panji kebenaran yang berteraskan ajaran Islam.

Saya suka dengan pengembangan watak heroin utama. Wataknya dapat digambarkan melalui lirik lagu Suci Dalam Debu oleh Iklim. Hina dimata manusia, mulia dimata Sang Pencipta, In Syaa Allah. Juga diselitkan dalam cerita ini beberapa watak dan alatan yang diambil dari cerita hikayat dan legenda nusantara, kemudiannya digubah dan dicantumkan menjadikan cerita ini menarik dan unik tersendiri.

Keseluruhan cerita memang best! Saya tak sabar menantikan sambungan Kersani 2 dan seterusnya dengan kemunculan beberapa watak baharu.

P/s: Oh, jangan lupa jadikan versi hard cover jugak ye. Cantik cover Kersani 1 ni, ala-ala kitab lama.

#akucintanusantara
Profile Image for Hamidah Effendi.
513 reviews6 followers
January 8, 2026
Kersani – Aenid Abdullah

Masya-Allah, plot buku ini memang best. Lengkap dengan aksi, mistik, kelakar, romantik, fantasi, sejarah dan elemen Islamik—semua bercampur elok tanpa rasa sesak.

Ada vibe persahabatan setia lima pendekar yang buat aku tersenyum sendiri. Bahagian romancenya pun aku suka sebab tak kebudak-budakkan; jenis tarik tali 😌🫣🤣 Walaupun watak-watak sibuk berperang, fokus utama tetap jelas: memastikan musuh lama terus “tidur” dan tidak bangkit semula. Cuma, anak buah musuh pun bukan calang-calang—masing-masing ada kekuatan tersendiri.

Gaya penulisan penulis sangat hidup. Suasana ngeri, rasa takut, dan emosi watak digambarkan dengan baik sampai kita boleh rasa tekanan yang mereka alami.

Untuk siri pertama ini, fokus utamanya ialah mengumpulkan para pahlawan dan memastikan kejahatan tidak akan menang walau berkali-kali mencuba. Bahagian klimaks agak sekejap, tapi cukup untuk buat aku tak sabar nak tahu sambungannya dalam buku kedua. Banyak plot siri ini lebih kepada pengenalan—tentang Nitara, alam bunian, siapa musuh utama, dan usaha meningkatkan keupayaan diri.

Andika memang green flag, walaupun nampak macam jaga air muka 🤣 Aku juga terhibur dengan abang-abang angkat baharu Nitara—sekurang-kurangnya dalam dunia baharu ini, dia disayangi dan dilindungi ❤️

Menariknya, unsur sejarah turut diselitkan, termasuk sudut pandangan berbeza tentang kisah Hang Tuah, yang buat jalan cerita rasa lebih segar.

Kesimpulannya, cerita ini tak membosankan langsung dan sangat excited untuk tahu apa yang bakal berlaku seterusnya. Harap-harap bakul buku aku cepat surut… tangan dah gatal nak capai buku dekat rak depan 🫣🤣 Please ikut aturan MID, dah lama mereka ni beratur okay! 🤣🤣🤣
Profile Image for Nee (っ´▽`)っ.
68 reviews
August 13, 2024
-Banyak idea cerita yang menarik. (cerita lagenda dan dongeng)
-Penerangan setiap watak sangat jelas. Dapat bayangkan gaya rambut serta pemakaian watak.
-Suka dengan perkembangan Nitara yang bermula dengan seorang lemah hinggalah ke seorang yang kuat

cuma
-Pov dari sudut pembaca sangatlah panjang. Malah ada penerangan yang berulang. Contohnya, cerita tentang kehidupan sedih Nitara. Ada pula sesetengah penerangan yang terlalu detail.
-Bab pertarungan dengan makhluk jahat sangat mengujakan tapi agak kecewa bila perlawanan Nitara dan Andika vs Sabdo Palon terlalu singkat. Cerita kekuatan Sabdo Palon bukan main panjang tapi pengakhiran yang cepat membuatkan rasa macam tak puas pula. Macam semua pahlawan lebih tercedera kerana makhluk bawahan dan Sabdo Palon mati dengan mudah.
Profile Image for Ifuan Ibrahim.
2 reviews
August 12, 2024
What i LIKE about this book

1. Hmmm... mungkin cover buku la yang memang mantap sebab kulit keras dan design die pon cantik. Memang naik aura klasik tu. Tapiii......

What i DONT LIKE about this book

1. Susunan ayat langsung tidak teratur. Plot dan pengolahan cerita, masih diterima lagi la. Ceritanya pun agak cliche. Tiada apa-apa yang menarik.

2. Hubungan antara ML dan FL langsung tak menyentuh hati. Serasa hambar dan cringe.

Errrmmm.. i think thats all what i can describe about reading this book. Its bored.
Profile Image for Kiantan Kiambang.
19 reviews3 followers
June 18, 2023
pertama kali baca buku dari author ni..apa yang saya boleh kata kan..buku ni memang hebat 👍!! dari segi penulisan, susun kata, sambil baca senang nak imagine dgn penceritaan..

saya rasa harga buku ni worth in dengan hard cover yang cantek..saya suka penggunaan kertas novel ni..font yang senang bijik mata membaca..siap ada perenggan2..mata tak penat nak hadap baca walau novel tebal..

apa yang saya boleh rumuskan tentang KERSANI ialah..HEBAT! beli laaaaaa..betul2 tak rugi!
Profile Image for Syamim.
39 reviews
November 15, 2023
Jalan cerita mengenai manusia yang memasuki alam bunian. Sedikit predictable tetapi masih menarik minat saya supaya terus membaca. Terlihat pengaruh ACOTAR dalam penulisan. Seronok baca dari sudut adat Melayu.

Tapi, kalau saya boleh usulkan sedikit cadangan. Lebih baik sekiranya show dont tell. Seperti kisah silam Nitara, jika diselitkan satu adegan berlakunya kisah tersebut instead of diceritakan oleh Nitara, mungkin pembaca akan lebih dekat lagi dengan Nitara.
This entire review has been hidden because of spoilers.
21 reviews
April 13, 2025
Terlambat baca... tapi cerita ni kisah Nitara yg dibenci dr sekelilingnya termasuk ke alam bunian dan kehidupannya berubah seratus peratus bila menjadi bala tentera bhayangkara yang akan melawan sabdo palon dan pengikutnya.... mak susah nak rehat bila baca buku ni sebab sentiasa nak tau apa jadi apa jadi.... tengah tunggu kersani no 2 on the way terpaksa beli preloved sebab dah takda jual kat mana2🥲
14 reviews
May 14, 2024
Terbaik. Buku ni memang best, jalan crita yg sangat menarik. Suka nilai persahabatan dalam ni. Part berperang n bertarung melawan kejahatan tu, mcm kita pulak ikut turun padang join sekali..rasa mcm real !
Profile Image for Su Zainudi.
189 reviews
July 16, 2024
Buku ini wow sangat jalan ceritanya. Tak perlu memerah otak untuk berfikir pun sudah boleh menghayati jalan ceritanya. Superb!

Tapi masih tidak dapat lari daris kesalahan teknikal i.e typing error, repeating word, cumanya oleh kerana jalan cerita yg enjoy begitu, makanya boleh pejam mata saja.
70 reviews1 follower
September 6, 2024
Two weeks juga nak menghabiskan novel ni. But the book quite okay lah. I love the cover and also main characters dalam novel ni. antara genre fantasy yang interesting to read. Hopefully book 2 and coming soon keluar book 3 pon best juga.
1 review
June 11, 2023
Nak Tanya,nitara tu kan ada suami sebelum dia masuk alam bunian,dia dh cerai ke?..and betul ke dia dh umur 40 tahun?
Profile Image for Nad.
405 reviews
January 15, 2024
Jalan cerita menarik cumanya terlampau banyak "," buat nak baca tu rasa kureng.
Displaying 1 - 24 of 24 reviews