Menceburi bidang Perubatan bukan sahaja memerlukan kelebihan intelek, tetapi juga ketahanan emosi dan juga komitmen kerja yang tinggi. Semua pihak yang ingin menceburi atau menggalakkan ahli keluarga terdekat menceburi bidang ini perlu memahami situasi yang bakal ditempuhi. Maklumat di dalam buku ini amat sesuai dijadikan pengenalan terhadap perkara-perkara yang pernah dialami oleh seorang yang bergelar Doktor.
Buku yang berada di tangan anda ini merupakan buku perkongsian pengalaman penulis mengharungi cabaran-cabaran untuk bergelar dan berkhidmat sebagai Doktor.
Dr. Azlan Kamalludin [MD (Canada) MMed Emergency Medicine (USM)] Pakar Perubatan Kecemasan dan Trauma
Jika saya seorang pelajar sekolah yang masih tertanya-tanya apa yang ingin saya jadi bila dewasa nanti, buku ini amat sesuai untuk saya.
Akan tetapi, ketika saya membaca buku ini, saya sudah pun berusia 27 tahun.
Ianya sekadar memuaskan.
Apa yang saya tidak suka akan penceritaan dalam buku ini adalah mesej yang berbaur rasis dan seksis.
Penggunaan perkataan kafir bagi menerangkan golongan bukan beragama Islam pada saya adalah sangat tidak patut. Kafir itu bahasanya terlalu kasar dan hanya sesuai digunakan untuk golongan bukan beragama Islam yang menentang Islam. Disebabkan itu, saya tidak selesa apabila penulis menggunakannya dengan penuh bersahaja.
Pada bab yang terakhir juga, penulis ada menceritakan pengalamannya belajar bersama seorang rakan berbangsa Cina yang digambarkan sebagai 'lain daripada rakan Cina yang lain'.
Saya faham penulis seorang Muslim yang warak. Akan tetapi, menggambarkan kaum wanita sebagai kaum yang penuh emosi adalah satu generalisasi yang patut dihentikan kerana itu adalah seksis dan misoginistik.
Walau bagaimanapun, tahniah kerana telah membawa saya ke dunia kedoktoran dari kaca mata pelajar perubatan. Lain daripada yang lain.
Cuma saya harap doktor bukanlah lagi seorang yang rasis dan seksis.
Emosi doktor wanita dibangkitkan selaku justifikasi mendesak keperluan pakar sakit puan dari kalangan lelaki. Penyataan sebegini berbaur sexist dan diulang beberapa kali sepanjang buku. Contoh ayat: "Doktor lelaki lebih mahir dalam memberi sokongan emosi berbanding doktor wanita yang sentiasa mengalami masalah emosi," (Really?!) Selain itu, banyak kisah cuba dibangkitkan, tetapi akhirnya pembaca dibiarkan tertanya-tanya. Lebih baik tak payah buka cerita. Menyakitkan hati sahaja.
Dari segi pembukuan, formatting tidak konsisten. Ada kalanya, kata-kata inggeris di-italicized. Ada kalanya tidak. Begitu juga dengan dialog. Ada kalanya, dialog bahasa Malaysia pula di-italicized. Berkecamuk sungguh. Terlalu banyak kesalahan ejaan, tatabahasa dan perkataan bersambung yang mengganggu pembacaan. Sebagai contoh, sehelai sepinggan (ms 34). 'Ya' dan 'Ia' pun gagal dibezakan (ms 61). Ternyata, penyunting tak buat kerja. Cetakan ke-6 sukar dimaafkan.
Bacaan yang baik untuk mereka yang berminat atau ingin tahu serba sedikit tentang perjalanan seorang pelajar medical. Bagaimana mereka bermula, apa yang dipelajari dan dilalui dan cabaran yang dihadapi.
Memang buku setebal 268 muka ni tak mampu nak ceritakan semuanya. Tapi ianya adalah satu usaha yang baik dalam usaha berkongsi kepada pembaca tentang kehidupan pelajar medical.
Secara peribadinya aku sukakan buku ni kerana elemen perjalanan penulis untuk memperoleh gelaran doktor. Ianya berbeza dengan Diagnosis.
Satu perkara yang mengganggu aku adalah kesilapan dari segi tatabahasa dan ejaan dalam cetakan ketiga yang aku beli ni.
Aku berharap lepas ni ada lagi usaha untuk membukukan karya-karya seperti ni. Sekarang kita ada karya yang menceritakan pengalaman pelajar medical dan pengalaman doktor-doktor. Lepas ni mungkin kita adakan pula karya daripada seorang bakal guru atau pelajar kulinari ataupun pengalaman seorang chef. Mungkin.
Banyak lagi yang boleh dikongsikan. Malaysia have a lot to offer.
I have always wanted to read doctors story;how they started, how they learn stuff, their experiences. Buku jni permulaan yang baik untuk sesiapa yang mahu mula mengenal kehidupan doktor, like me.
Aku tertarik untuk membaca dan membeli buku ini pada 2 muka surat yang pertama, sewaktu Jacknaim terangkan bagaimana dia peroleh namanya. I know Jack Black, I've read his stories. Dari situ timbul niat mahu membeli dan meneruskan pembacaan.
The first two chapter, aku dah mula rasa bosan. Setiap bab dipotong dengan singkat, setiap perenggan hanya mempunyai 3 atau 4 ayat. Ditambah dengan potongan ayat hadis / alquran dan quote from famous people sebagai penambah rasa. Banyak kejadian berlaku tapi apa pun tidak diberitahu. Contoh (and this is just an example, dont take it take too literally); "aku dan Jack sahabat baik, dari sekolah rendah sampai menengah. Tapi ada sesuatu yang menyebabkan kami gaduh besar dan akhirnya, kami kini tidak lagi berkawan". Apa? Apa gaduh tu? Apa yang sampai tak kawan? Seolah-olah kau intrigued orang untuk tahu yang kau dan Jack gaduh tapi no no no taknak bagitau apa gaduhnya. Hanya di dasar dan di permukaan. Buatkan orang rasa tak puas dan ingin tahu.
Masuk bab ke empat dan seterusnya, ayat Jacknaim makin matang. Makin tersusun ceritanya dan makin menarik. Tapi, seperti dalam bab permulaannya, dia hanya ambil semua cerita pada dasarnya. Tidak diselami betul-betul. Sebenarnya aku lebih suka kalau dia amek satu wad dan focuskan cerita dia disitu, dari cerita semua wad tapi tidak kemas penceritaannya.
Akhirnya, dia dah berjaya jadi doktor. Kau? Masih membaca buku dia dan mengomel keseorangan.
Buku ini berkisar tentang pengalaman Dr Naim sebelum bergelar seorang doktor. Agak menarik juga. Menjadi seorang doktor kena kuat mental dan fizikal malah kekuatan kedua- duanya perlu ada sejak awal bergelar pelajar perubatan.
Banyak terms perubatan yang digunakan. Jangan panik. Glosari disediakan. Bacalah biar tergeliat lidah pun, rujuk glosari dan kita akan tahu maksudnya.
Cuma kalau Dr Naim ceritakan lebih detail sikit tentang pengalamannya bersama pesakit mungkin lebih best. Tak ada lah rasa macam ternganga sangat sebab cerita macam tak habis. Ye idok?
Finally abes gak baca buku nih. Mmg slow gile aku nak abeskan buku nih psl for me autobiography dia agak mendatar. But still I learnt a lot on what is like to become a doctor from Malaysian perspective. Teringin nak baca buku nih psl since dh kerja hospital nih mmg suka amik taw psl medical stories smua nih. Hehehe. But anyways good job Dr. Jacknaim!
karya non fikri berbentuk travelog dalam perjalanan belajar jurusan perubatan.. banyak informasi yang berhasil diwhadam minda.. plot yang teratur memudahkan penghayatan
I was 14 when I read this, wanted to visualize myself working in the healthcare field. I felt dissapointed after finishing it, I thought it'd be really challenging going into medicine as a woman, in Malaysia because the author made it sounds like a sexist environment where women are stereotyped into choosing a certain field and stuffs.
Perit jerih seorang insan bergelar doktor...tidak keterlaluan dikatakan mereka ini boleh menjadi bidadari dan juga mampu menjadi sang Izrai apabila mampu memberikan kegembiraan ataupun kesedihan kepada sang pesakit...tidak sabat untuk mengikuti siri berikutnya !
Read this masa form 3, when I wanted to become a doctor, fell in love with it, but as an adult now years later, it doesn't feel the same, but I am glad I read this at that time when I needed it.
Bacaan raya setelah puas makan rendang dan lemang!
Buku ini seperti buku-buku Diagnosis yang lain berjaya menarik minat saya untuk membaca. Hanya sehari setengah masa yang saya ambil untuk menghabiskan naskah berketebalan 267 helaian.
Pengarang mengisahkan perjalanan beliau di dalam menghabiskan pengajian di dalam bidang perubatan.
Sesungguhnya untuk menjadi seorang doktor, bukan hanya kebijaksanaan yang diperlukan. Daya tahan berhadapan dengan suasana kritikal, bertindak pantas dan tepat serta perlu bijak mengawal emosi. Maklumlah, garis pemisah hidup dan mati sangat tipis di dalam bidang ini. Tersalah langkah, nyawa pesakit jadi taruhan.
Sesuatu yang menarik di dalam pembacaan ini, adalah bilamana pengarang menceritakan cara peperiksaan akhirnya. Membaca saja menaikkan tekanan darah saya.
Peperiksaan dibahagikan kepada beberapa bahagian : A. Peperiksaan Berbentuk Teori 1) Multiple Choice Question- 500 soalan. 2) Multiple Essay Question - 5 soalan besar
B. Peperiksaan Berbentuk Klinikal 1) Longcase di mana pelajar perlu memeriksa pesakit, mendiagnos dan membuat rangka rawatan di dalam masa sejam. Seterusnya diuji oleh dua orang examiner di bilik khas selama setengah jam. 2) Shortcase di mana pelajar diberi tiga pesakit dan diberi 10 minit untuk membuat pemeriksaan lalu kemudian membentangkan hasil pemeriksaan kepada examiner. 3) Objective Structured Clinical ( OSC). Bahagian OSC ini kata pengarang bagaikan musical chair. Terdapat 26 stesyen dan setiap stesyen diberi peruntukan 5 minit.
Di dalam OSC, pelajar perlu pergi dari satu stesyen ke stesyen lain dan menjawap soalan di setiap stesyen untuk melengkapkan bahagian peperiksaan ini. Andai ada pelajar yang melewat-lewatkan diri beralih ke stesyen lain, pelajar di belakangnya akan tertangguh untuk menjawab sedangkan masa tetap berjalan. Ya Allah. Ini bukan lagi musical chair, tetapi lebih kepada Russian Roulette. Sudahlah penat berfikir, penat beralih stesyen ditambah pula dengan penat emosi.
Buku ini mempunyai banyak 'medical jargon'. Walaupun ada glosari di bahagian belakang, namun akan hilang momentum membaca jika asyik merujuk bahagian belakang. Buku seterusnya disyorkan agar nota kaki di helaian yang sama dibuat untuk rujukan segera para pembaca.
Saya beri 4 bintang untuk buku ini walaupun tamat bacaan saya terasa amat letih seolah-olah saya yang menduduki peperiksaan.
Buku yang menceritakan skop kerja doktor yang menarik.
Jika Diagnosis fokus kepada pengalaman penulis yang berkhidmat sebagai doktor-doktor pakar dalam menghadapi pelbagai kerenah pesakit, Prognosis ini pula lebih terarah kepada zaman kanak-kanak sehingga tamat zaman universiti sang penulis. Penceritaan beliau lebih banyak berkisar mengenai apa yang mendorong beliau untuk menjadi doktor ketika kecil, apa yang beliau lakukan ketika di alam persekolahan, apa pengalaman yang beliau timba ketika menjalani praktikal di hospital dan sebagainya. Tiada lagi penceritaan setelah penulis bergelar doktor secara profesional.
Buku ini bagus kerana jalan penceritaannya yang tersusun dari ketika penulis masih kecil sehingga tamat zaman universiti. Tidak memeningkan para pembaca untuk mengikut perkembangan penceritaan penulis.
Apa yang agak kurang dalam buku ini adalah tiadanya glosari 'by page' seperti dalam buku Diagnosis. Banyaknya istilah kedoktoran yang agak sukar difahami kadangkala membantutkan keasyikan dalam mendalami kisah sang penulis. Cuma setelah khatam buku ini baru saya perasan penulis ada menyediakan glosari lengkap rupanya di mukasurat-mukasurat terakhir buku.
Namun ianya masih tetap menarik untuk dibaca. Dicadangkan untuk yang berminat untuk mengetahui perihal skop kerja para doktor serta cabaran-cabarannya.
Mungkin ada buku seterusnya dari penulis? Sama-sama kita nantikan
Bermula dengan sebab-sebab kenapa penulis nak jadi doktor. Sangat menarik sebab-sebabnya, panjang lebar dia cerita. Ada juga kaitan dengan komik yang di baca, rupanya pembacaan ini boleh mempengaruhi minat dan cita-cita kita. Jadi, rajin-rajinlah membaca buku-buku yang positif.
Ada pengalaman-pengalaman yang penulis cerita sampai menitis juga air mata ni, sebak. Terasa jujur sungguh cerita yang dibawa penulis dalam buku ni. Ianya banyak berkisar pesakit-pesakit yang penulis pernah dan telah temui, di olah dan di kongsi dengan baik dalam bentuk penulisan.
Walaupun banyak sangat term yang saya kena belek dalam glosari walaupun ada juga term yang tak ada dalam glosari tu sampai berkerut-kerut dahi saya nak cuba fahamkan tapi sesugguhnya terlalu amat banyak motivasi dan kata-kata hikmah yang boleh kita ambil dan cedok. Saya rasa termotivasi dengan kesungguhan penulis untuk dapatkan pengalaman dan gelaran doktor tu.
Saya sangat syorkan pelajar-pelajar perubatan untuk baca buku ni sebagai motivasi agar tak rebah cepat sangat. Salute penulis yang masih ada tanggungjawab dakwah tu tak kira masa, harapnya sehingga kini dan bukan waktu tu saja.
Tiba-tiba saya kagum dengan kawan-kawan doktor yang sama-sama dalam jemaah gerabak dakwah ni. Betapa susahnya nak dapat doktor tu. Semoga Allah terus berikan mereka kekuatan dan ketabahan menjalani hari-hari sebagai seorang doktor.
I was searching for a book or stories about a journey of becoming a doctor, from A to Z, and this book fits the bill almost perfectly. way of writing although slightly monotonous, was accurate(I guess, because I don't know much to begin with haha) and well delivered. I have doubts about settling down with medicine as my future course, but after reading this book, well, I'm still doubting my decision but at least, I know what's what and can prepare myself for that. anyhow, it gives great insight for those who are thinking about pursuing medicine or just curious about it. the writer also explained about the things we normal citizens don't understand about hospital's systems. how we always blame the hospital's management and doctors for the wait, how the patients are sceptical when medical students are trying to help them and whatnot. that enlightened me in many ways because if it is not for this book, I'll still share the same thinking as most citizens do.
*the book's in malay(obviously) but I'm more comfortable talking about it in english so yeah *some medical terms stated in the book are not explained in the glossary so I was sort of lost. hoping for improvisation..?
kali ni fokus pada seorang doktor sahaja iaitu Dr Jacknaim MD.. perjalanan kisah dari mula beliau mendapat tawaran melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Menarik kisah bagaimana beliau terjebak suka pada kerjaya doktor. Melanjutkan pengajian diUSM Kubang Kerian mulanya agak payah. Kegagalan diperingkat awal membuka mata beliau yang cara pembelajaran tidak sesuai...
Seterusnya, hidangan kisah di satu persatu bahagian perubatan, lebih tertarik dibahagian O&G. Banyak kisah menarik di dewan bersalin, kisah ibu mengandung dan bayi.. Dapat bayangan kenapa seringkali di wad selalu saja doktor palatih datang dan bertanyakan pelbagai soalan. Belum lagi doktor dan segerombolan anak didiknya datang 'melawat'.. Secara tak langsung dapat pendedahan tentang perkara sebegini.. Juga tertarik dibahagian emergency.. Ngeri, kasihan dan macam-macam rasa yang timbul...
Dr jacknaim ini bukanlah yang terbaik tetapi cara dia menterjemah ilmu yang diperoleh memang mengkagumkan dan penerimaan dirinya terhadap kelemahan dan kegagalan boleh dicontohi.... Macam mana suka cerita grey anatomy, macam tu jugalah ku suka buku ni.. Taknak join sekali?
Mungkin sebab bahasa digunakan bahasa melayu jadi kedengaran 'obvious' bahasa penulis agak mendatar bila isi yang ingin disampaikan majoritinya tentang dunia perubatan. Biasa tengok mat saleh komen benda yang sama tentang sesetengah medical-related autobiograph books yang dikarang dalam English. Bagi aku, ia satu permulaan yang baik untuk seorang yang tak punya latar belakang seni eceh (yeke?). Aku tak kisah sangat pasal lenggang lengguk bahasa ni. Anywayyyy, aku bagi 3 bintang untuk pengalaman2 dan nasihat beliau supaya berusaha untuk jadi se'humble' mungkin dan 'be a safe doctor'. Satu bintang lagi sbb berjaya buat aku rasa rasa serba salah sebab belum study untuk last professional exam bulan 8 tahun depan heh. Tolak satu bintang sebab penulis ni kedengaran agak sexist! Nope, nope, not a feminist here tapi bila baca penulis cerita pasal doktor wanita yang kebanyakan emotional yang disertakan dengan point2 ni rasa menyirap pun ada jugak. Sebab sepanjang aku jadi medical student ni, dua2 jantina ni ada yang okay ada yang tak.
Satu bacaan untuk dapatkan idea tentang perjalanan pelajar perubatan secara kasar dalam apa yang mereka tempuhi, pada susah payah penat lelah gagal peperiksaan dan apa semua tu.
Jargon perubatan agak banyak digunakan, tapi memang tidak dapat tidak itu satu keperluan untuk menulis buku perihal perubatan. Walau bagaimanapun, ruangan glosari disediakan dengan 'kamus ringkas' tentang jargon perubatan ni.
Kelemahan terbesar penulisan dalam buku ni bagi saya dari sudut gaya bahasa yang agak mendatar, mungkin sebab penulis datang dari latar belakang perubatan dan bukan dari bahagian kesusasteraan. Cuma amat berharap agar dalam penulisan buku akan datang, penulis mampu menambahkan lagi kosa kata dan ubah gaya penyusunan ayat supaya lebih tersusun dan tidak kelihatan seperti cerpen biasa yang ditulis oleh pelajar sekolah menengah.
Tetap, syabas kepada penulis kerana mampu menghasilkan buku dalam kesibukan bergelumang dengan dunia perubatan.
When reading as civilian, I could catch only a glimpse of what it takes to be a doctor. Not seeing the backstage of what has going on in each department, especially involving saving & dealing with lives at stake.
When reading as a medical student, I could put these as an encouragement and requirement of becoming a doctor. Never have the superficial daily sight of a doctor could possibly enough to tell their story and what they have been through, but their in-sight is what gave the push for us.
When reading as junior doctor, it would be a reminder of where I have stand beforehand and with just a minute piece of knowledge I hold to become a doctor. None still would be adequate, even till I am now, as I am still required to gain more and more, thus walk forward to achieve it.
Should I read these as a senior doctor, still it could be all of the above as a remembrances of what I have went just to become one.
Aku tak pernah baca pun Diagnosis original. Buku ini pun aku TER-selak masa lepak di rumah sahabat aku sambil boring usha buku-buku di rak dia. Lepas baca satu dua muka, aku decide untuk go on and habiskan buku ni.
Who should read this book? Pelajar perubatan, pelajar matrikulasi dan di sekolah yang cita-cita nak jadi doktor pun boleh baca-baca walalupun ada beberapa term yang asing tapi ada glosari untuk membantu anda. New HO? Dan MO/Specialist to help them reminisce I guess lol.
Orang awam yang teringin nak tahu apa yang dilalui seorang pelajar perubatan sepanjang 5 tahun perjalanan mereka.
Overall penulis banyak bercerita tentang experience beliau yang aku kira amat bernilai walaupun to be fair, bila kita baca kita tak la rasa macam dia rasa, tapi boleh terbayang apa yang dilalui penulis pun dah cukup bagi aku. Tak payah nak catharsis lebih-lebih.
Merubah persepsi dan mentaliti terhadap profession Doktor. Bukanlah kerja yang glamor dan kocek tebal, tetapi berhadapan dengan risiko yang tinggi! Bukanlah kerja yang cool berkot putih, tetapi berpeluang untuk berjaga 36 jam, makan mana yang sempat, berhadapan juga dengan emosi para pesakit yang pelbagai. Salute to all docs around the world whom have passion and sincerity and patient in conduction and encounter various situations with calm.
though, i beg to differ that all women doc are too emotional that could not handle much as men doc do. i belief that there must be some women that equally excellence as men, as much as i admit that women tend to be emotional at time.
Again, all the best to my doc friends, and all the docs around the world =D
This book is a result of an impulse buy, because I've read Diagnosis, and I know this is not the same author, so I don't have super-high expectation going on. In the end, hey, it's not that bad. I did have a good time picturing the life of a medical student while reading this.
Buku ni sarat dengan pengalaman seorang doktor perubatan dari sebelum beliau masuk ke universiti sehinggalah beliau berjaya menjadi seorang doktor. Dinyatakan juga, penulis ada terlibat dalam aktiviti tarbiyyah, dan boleh nampak kadang-kadang ada potongan ayat dari Al-Quran yang menjadi panduan hidup penulis dalam mengamalkan bidang ini.
Sesuai dibaca oleh mereka yang bercadang untuk menceburi bidang perubatan atau sesiapa yang berminat nak tahu life student medic.
Penceritaan ringkas perjalanan hidup penulis sewaktu bergelar pelajar hingga mengangkat sumpah sebagai pelajar. Disusun mengikut kronologi malah mungkin himpunan catatan blog yang dibukukan. Sedikit sebanyak memberi pendedahan kepada masyarakat luar.
Sebagai seorang yang bukan dalam bidang perubatan, buku ini sedikit sebanyak berkongsi pengalaman beliau sebagai doktor dan membantu saya lebih memahami cabaran dan dugaan rakan-rakan saya yang merupakan doktor di negara ini.
Profesion yang memerlukan keikhlasan dan semangat yang tinggi--tabik untuk semua yang bergelar Dr. A must read for anyone who directly or indirectly involved in clinical setting.
Perjalanan hidup seorang lelaki. Daripada seorang kanak-kanak yang nakal, kini bergelar seorang doktor berjiwa cekal serta mempunyai semangat yang sukar didangkal.