Jump to ratings and reviews
Rate this book

Tragedi: 2

Rate this book
Cinta membuatkan orang sanggup melakukan apa sahaja. Malah benda yang terlarang.

Mokhsen meneruskan ritual SENANDIKA demi kelangsungan hidup. Dia tahu amalan itu makin mengundang musibah kepada dirinya dan orang yang dikasihinya, tetapi dia mahu menunaikan janji yang pernah dibuat kepada adiknya Andika.

Azlinda ingin suaminya kembali. Dia tidak memiliki semua jawapan, tetapi dia tidak pernah membiarkan sebarang persoalan tergantung tanpa jawapan.

Ruhilah yang terlalu rindukan anaknya Rayyan sanggup buat apa sahaja untuk terus berjumpa dengannya, walaupun melampaui batas kewarasan.

Bilakah cinta berakhir, dan obsesi bermula?

316 pages, Paperback

Published March 27, 2026

Loading...
Loading...

About the author

Ismi Fa Ismail

32 books345 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
12 (63%)
4 stars
5 (26%)
3 stars
2 (10%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for Tiread.
5 reviews
June 21, 2026
".. kehidupan yang sebenar bermula selepas kita mati.."
Profile Image for asyiqin faizal.
20 reviews
June 18, 2026
Kerana penting diri, seorang isteri kehilangan suami dan seorang anak kehilangan ayah

Cerita kali ni berkisar tentang permulaan hidup Andika dan Mokhsen dan bagaimana Mokhsen mendapat kebolehannya untuk merubah bentuk menjadi roh yang diseru. Awal-awal baru nak mengamuk sikit sebab berulang kali Mokhsen duk sebut tentang malam pemergian bapak dia and macam mana malam tu merubah segalanya buat Mokhsen dan Andika. Tapi author tak bagitau ape yang jadi punn. Nasib baik nak dekat penghujung ade diceritakan. Terlerai satu persoalan dalam kepala.

Tragedi 2 ni banyak mengisahkan tentang kelangsungan hidup semua watak dalam Tragedi selepas ape yang berlaku dalam buku first. Maksudnya memang sambungan laa dari apa yang berlaku dalam buku first. Ending buku Tragedi berakhir dengan cubaan Ghaffar membunuh diri di pusara Insyirah dan Ruhilah telefon polis. Jadi kisah Tragedi 2 bermula dari titik itu.

Tragedi 2 juga banyak mengupaskan tentang Ruhilah sebab dalam Tragedi, target client SENANDIKA ada 3: Hasya, Ghaffar dan Ruhilah. Tapi cuma dua je yang guna khidmat mereka. Jadi kisah Ruhilah menggunakan khidmat SENANDIKA terkandung dalam buku yang kedua ni.

Overall, dengan berakhirnya Tragedi 2, semua persoalan dan kisah watak akhirnya menemui titik noktahnya. Bermacam emosi dirasai dalam setiap aksara yang disusun oleh penulis. Sedih, marah, dan juga geram.

Terdapat juga sedikit kesilapan ejaan dan sebagainya tapi cuma minor. Congrats for another masterpiece Ismi <3
Profile Image for readwithariey.
28 reviews1 follower
Review of advance copy received from Publisher
March 10, 2026
Tajuk : Tragedi : 2
Author : Ismi Fa Ismail
Publisher : Buku Fixi

Tropes : Astral travel, Sibling's conflict, Stranger to lover, Sacrifice, Mental health, Kidnapping Crime Thrill, Hidden room.

Review : Honestly, aku suka sgt karya Ismi Fa Ismail kali ni! 1st Tragedi buatkan aku geram dgn takdir yg menimpa watak utama. Tapi utk 2nd Tragedi ni sangat menyentuh hati aku. 2-3x gak sebak dgn moment2 pengorbanan watak utama yg disampaikan.

Gaya penceritaan yg kali ni bagi aku lebih puitis tp xmeleret malah rasa lebih bermakna dan melekat di hati. Sangat geram ngan Daeng tp kau amaze dgn Mokhsen, sgt geram dgn Ruhilah tp kau amaze dgn Azlinda.

Aku xrasa cerita ni kategori horror sgt tp sentuhan horror tu ada tp sikit je. Korg jgn risau xscary sgt. Dia lebih kepada kasih syg antara keluarga, suami isteri, ayah anak dan adik beradik.

Ending cerita ni pun sgt unexpected bg aku, kenapa? Sbb biasa fixi mmg xlari dr cliffhanger dan tragic kan. Tapi Tragedi 2 ni ending dia sgt nice and smooth, menenangkan dan melegakan. Xperlu tragedi 3 dah.

Rating toksah ckp, aku bagi ♾️♾️♾️/5 sbb best sgt dan karya Ismi fa Ismail mmg list auto buy aku!

Utk kak Ismi Fa Ismail tolong jgn berhenti berkarya!! I love your idea and your writing so much!
Profile Image for Syukri.
185 reviews9 followers
April 16, 2026
best to read without knowing anything sebab lagi rasa thrill

walaupun buku kedua tapi novel ni bukan direct continuation sebab watak utama dah berubah. jalan cerita tentang permulaan ritual SENANDIKA yang digunakan untuk berjumpa dengan orang yang telah pergi.

my first 5 star untuk 2026. Jalan cerita, penulisan,watak semua best bagi aku. Second half buku paced memang laju. tragedi 1 memang sedih tapi tragedi 2 lagiii sedih.

spoiler
tergamak si Ruhilah tu buat Mokhsen yang betul ikhlas nak tolong dia. Kurung sampai 6 bulan.
surat Mokhsen untuk anak dia tu sangat meruntun jiwa.

Profile Image for Mohammad Amirul Firdaus Bin Nor.
8 reviews
Review of advance copy
March 16, 2026
Saya beli ebook dan baca dalam Google Play Book.

Perfect ending.

Tak cukup bagi 5 bintang.

Terlalu cantik jalan cerita yang ditulis #IsmiFaIsmail

Tiada apa perlu diubah.
Tiada persoalan ditinggal tak berjawab.
Tiada watak dibiar tanpa penutup.

Novel yang cukup rasa dan cukup emosi.
Gembira, sedih, marah, geram, keliru, simpati, semua ada.

Tahniah Ismi Fa Ismail dan @bukufixi untuk satu lagi naskhah yang sangat bagus dan kemas.
Profile Image for Lara Jean.
13 reviews
April 14, 2026
eiiii SUMPAH BENCI ANDIKA !! kalau Andika tak degil, tak tinggalkan abg dia, abang dia tak kan terseksa dan tak kan mati. dah la dapat rumah. Sumpah tak fair. emosi ea.. aku memang emosi lepas habis baca novel ni. air mata tak berhenti2 keluar bila Mokhsen nak mati.. ei sumpah menyampah kat Ruhilah!! aku dah bayangkan Mokhsen hensem macam Remy Ishak wehh .. gelap, muka melayu sejati gituw 😅
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Dhia Yana.
187 reviews
June 1, 2026
I cry 😭😭😭. I love the message that author give at the end of the book. Never thought this will be a sad book actually. I learned things from this book where when loving people please have boundaries and don't make it becomes obsession as humans sometimes doing something out of the box for people their love. And I learned (always) that human is more worse than ghost.
Displaying 1 - 7 of 7 reviews