Haura sedar dia bukanlah gadis istimewa di sekolah. Namun bagi dirinya, hanya ada seorang yang benar-benar bermakna: Afyan. Masalahnya, lelaki itu langsung tidak sedar kewujudannya.
Wani tidak pernah menyangka cinta akan hadir di kolej, bersama lelaki yang paling tidak dijangka. Tetapi kebahagiaan itu hanyalah permulaan kepada sesuatu yang tragis.
Ketika Haura dan Wani dipertemukan semula, mereka kembali ke sekolah lama, tetapi dalam situasi yang aneh dan membingungkan. Ternyata cinta dan takdir tidak pernah berjalan mudah.
Buku beliau pernah kecewakan keee? Mestilahh tak kan... Kalini vibes berbeza tapi kita di destinasi yg serupa. Faham tak? Haura masih ada tapi dunia terasa beza... Setiap perkara yg kita baca bukan sekadar membaca sebaliknya kita mengimbas... Imbas kisah lama dan imbas kisah hidup sendiri... Plot twist yg buat bnyk ternganga sbb sikit pun tak dpt teka dari awal bacaan... Mata bergenang, dahi berkerut, mulut ternganga, mata terbeliak... Haa semua lah diriku merasa... Terima kasih sbb dah tambahkan lagi rasa rindu sy nk kembali ke zaman sklh...
Dalam buku Ambivert, penulis gabungkan watak Haura dari Introvert & Afyan dari Extrovert dari di dimensi yang berbeza. Dimensi antara hidup & mati.
Abstrakim famous dengan plot twist yang bertubi-tubi & unexpected tapi kali ni dalam novel Ambivert, plotw twist tetap ada tapi tidak sekencang dalam Introvert & Extrovert. Tak best ke? HELLO !!!! Best juga yaaa !!!!
Sebab kali ni konsep dalam novel Ambivert berbeza dari 2 buah novel sebelum ni. Setting tempat di dimensi antara hidup & mati. Kalau baca novel ni, ia ibarat versi yang lebih terperinci tentang kehidupan Haura & bagaimana dia boleh ada kaitan dengan Afyan. Watak-watak yang berada di dimensi ni sebenarnya ada yang dah mati & ada yang bertarung nyawa. Mereka yang berjaya masuk ke portal akan mendapat peluang untuk hidup semula. Ibarat patient yang sedang koma in real life. Tapi ada syarat dia nak berjaya dapat peluang diberi peluang kedua untuk hidup. Syarat dia tu lah akan muncul dalam sambungan novel seterunya, Omnivert.
Berkisar tentang Haura, Wani dan Ray, TheAmbivert yang dipertemukan dalam sebuah dimensi lain. Kata Ray, jika sudah memasuki tempat tersebut, dikira telah pun mati. Dan mereka punya 3 jam sahaja di tempat itu. Peluang yang ada digunakan mereka untuk mengimbau kembali kenangan manis zaman sekolah sehinggalah punca kematian mereka.
Siapa sangka, rupanya ada permainan licik yang sedang dilakukan antara salah seorang daripada mereka bertiga. Adakah musuh dalam selimut itu berjaya dikesan? Atau pada akhirnya mereka akan terus terperangkap dalam dimensi tersebut?
Bagi saya, naskhah Ambivert ini berjaya meninggalkan impak usai pembacaan berbanding dua buku yang sebelumnya. Permainan emosi itu berjaya diwujudkan penulis. Tahniah buat Abstrakim untuk karya ini. Menanti apakah kisah tentang Omnivert nanti.
alright installment ke3 untuk intovert extrovert. now kita ada ambivert. katanya next buku nama omnivert.
buku abstrakim yang lain banyak menjual cerita cinta yang penuh beremosi. tapi buku ni mengambil pendekatan berbeza. aku dapat rasa buku ni bukanlah novel biasa sebenarnya. tetapi penyambung introvert and extrovert, and setup untuk omnivert. the story itself okay, dia dah dapat hook awal awal dengan konsep kematian dan relive zaman sekolah. tapi bila masuk replay memori haura and wani, aku rasa tak berapa gemar.
memori haura; terlalu banyak menyentuh zaman sekolah. faham je sebab writing dia best, buatkan aku dapat paint the scene. aku je kot tak suka sangat scene dekat sekolah tu. macam lama sangat memori wani; the story is heavy, aku nak dalam lagi untuk memori ni berbanding sekolah
4/5. tak bagi full sebab corelation dunia kematian dekat sekolah tu dan subplot memori hauran dan wani macam tak strong sangat.
looking forward untuk omnivert. macam ada vibe alice in borderlands eheheh
first book that i dnf in my life. honestly, i really want to love this book like how i love introvert and extrovert but i can't. saya tahu ini perkara yang sangat berat untuk ditulis, tapi saya rasa tulisan buku ini seperti janaan AI. sebagai seorang yang selalu minta chatgpt untuk jana sebuah cerita, ya begini la cara AI menyampaikan sesuatu cerita.
contohnya, ada satu bahagian kata bau marker pen tiba tiba muka surat lain tulis bau kapur pulak? macam mana sekolah pada zaman tu? takkan ada dua jenis papan yang berbeza untuk cikgu mengajar?
selalunya buku fixi laju saya dapat habiskan sebab kebanyakannya fast paced and nipis, tapi buku ni baru baca satu bab, saya dah tutup balik sebab jiwanya macam tiada.
sorry if i disappoint anyone, saya pun kecewa dengan diri sendiri tak boleh habiskan this book. saya baru baca sampai bab 5 dan tak dapat teruskan. sorry everyone, sorry author😔
3.75 ⭐ Not a bad book, okay la. I love the friendship of Haura dengan Wani dalam ni. And perkataan deep² masa awal² buku ni memang deep tapi bila baca sampai habis, rasa macam tertipu pulak dengan character ni. Tak sangka bethol. Tu memang plot twist gila but it's abstrakim so I should know that hahaha. Overall I enjoyed the book though I'm looking forward to the next book sebab macam deathly trials pulak except they are half dead half live so...
Buku ini adalah sequel kepada Introvert dan Extrovert. Buku ini penuh dengan jiwa dan saya hampir mengalirkan air mata kerana banyak babak yang dekat dengan diri saya. Lagi-lagi konsep buku ini berkait dengan zaman sekolah. Plot twist untuk buku ni pun saya tak dapat jangka. Btw good job pada penulis. Semoga bertemu lagi di buku akan datang.
Just what I expected from Abstrakim! I finished reading this book in just one day because the story was so interesting and easy to follow. The story was perfect, and I really did not expect Ray to turn out like a bad guy at the end. I can’t say much more because I don’t want to spoil it. Now I’m just waiting for Omnivert!