Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kaiser

Rate this book
Kaiser tidak pernah mengimpikan untuk menjadi anak kesayangan mahupun anak emas. Tapi cukuplah kalau dia dianggap anak oleh seorang ibu.

"Anak sial! Anak tak guna! Patutnya aku bunuh je kau sebelum aku lahirkan kau dulu!" - Puan Laili

Dari kecil, layanan yang diterima dari si ibu tak seperti anak-anak yang lain. Dia sudah kenyang dengan makan hati. Hatinya sudah cukup kebas untuk terus terasa dengan layanan ibunya sendiri. Segala pengorbanan dan usahanya untuk keluarga tak pernah dihargai. Malah dia dilayan seperti sampah oleh satu-satunya wanita yang paling dikagumi.

Sehinggakan kehadiran Husna tak mampu untuk menghadirkan rasa di hati. Hakikat seorang Kaiser, hatinya sudah mati.

"Abang bagi Husna seminggu. Husna akan buat abang jatuh cinta dekat Husna." - Husna

"Kau nak apa sebenarnya dari aku, Husna? Sayang? Cinta? Tak ada apa yang boleh aku bagi kau. Ni, hati aku ni, kosong." - Kaiser

Berkali-kali ditolak, Husna akur. Cinta Kaiser bukan miliknya. Tapi untuk melupakan cinta itu bukanlah mudah. Jadi, Husna bawa diri agar dia boleh memulakan semula kehidupan tanpa dibayangi lelaki itu lagi.

Pertemuan semula selepas lapan tahun, menjadi titik pemula semula buat mereka. Cuma waktu itu, keadaan sudah berbeza. Husna yang dulu adalah Kaiser yang sekarang. Begitu juga sebaliknya. Giliran Kaiser pula yang mengejar cinta yang menghilang.

"Abang dah sia-siakan lapan tahun kita. Abang nak melamar Husna jadi isteri abang." - Kaiser

"Perasaan saya dekat abang dah tak sama." - Husna

Cinta yang tulus, tak akan mungkin bertukar ganti. Apakah benar cinta Husna tulus buat Kaiser? Adakah Kaiser sedar bahawa cinta itu sememangnya telah wujud dalam hatinya sejak dulu?

660 pages, ebook

Published January 1, 2024

Loading...
Loading...

About the author

Kay Omena

19 books13 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (50%)
4 stars
1 (25%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
1 (25%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 of 1 review
Profile Image for Mslvoe.
2,271 reviews235 followers
March 15, 2026
2.5 stars

Perjalanan Kaiser dalam cerita ni memang tak mudah. Dari awal lagi dia dah dilabel sebagai anak sial oleh ibunya, hanya kerana dia bekerja sebagai tukang masak. Sedangkan anak sulung yang selalu dibanggakan tu sebenarnya tak sehebat mana pun seperti yang ibu Laili harapkan.

Walaupun Kaiser selalu dicemuh, dia tetap bersabar. Dia tunggu dengan penuh kesabaran untuk satu hari nanti ibu Laili nampak nilai dirinya.

Scene yang melibatkan abang sulung tu memang jadi turning point. Dari situ baru ibu Laili mula menilai semula sikap dia terhadap Kai. Kai yang selalu dipandang rendah itulah yang ada di sisi ibu Laili ketika dia mula rasa menyesal. Sejak kejadian dengan along, ibu Laili sentiasa meminta maaf kepada Kai.

Cerita ni juga ada kisah Husna, bestfriend kepada Nita, adik Kai. Husna sebenarnya ada crush dengan Kai tapi sebab Kai rasa hidup dia tak stabil dan tak cukup baik untuk Husna, dia menolak perasaan Husna sampai Husna memilih untuk membawa diri.

Yang buat F kurang gemar, Husna terus putuskan persahabatan dia dengan Nita. Sampai Nita sendiri tertanya² apa salah dia. Padahal dulu mereka berkawan rapat macam kembar. To me, that part really makes their friendship look so fragile.

Lepas 8 tahun, mereka jumpa semula. Kai dah berubah successful, kaya dan lebih confident. Kali ni giliran Kai pula cuba menambat hati Husna.

Honestly, the plot feels a bit mendatar. Permulaan cerita memang menarik but once Kai reunites with Husna, the story starts to feel less engaging. On top of that, Kai also seems a bit too rushed trying to get close to Husna again. It makes the development of their relationship feel slightly forced.
Displaying 1 of 1 review