Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kembara Ke Barat

Rate this book
Sebagai salah sebuah daripada empat karya klasik agung China, Kembara ke Barat atau judul asalnya Xi You Ji telah memikat pembaca dari pelbagai generasi melalui sebuah kisah pengembaraan yang sarat dengan imaginasi, humor dan makna mendalam.

Walaupun Wu Kong, Ba Jie dan Wu Jing merupakan watak rekaan, kisah seorang sami China yang mengembara ke India untuk mencari kitab suci yang asli benar-benar berakar daripada sejarah. Tokoh tersebut ialah Xuan Zang, seorang sami yang terdorong oleh kekeliruan dan ketidakpuasan terhadap pelbagai terjemahan kitab yang beredar pada zamannya, lalu sanggup merentasi ribuan batu demi mencari kebenaran daripada sumber asal.

Dikarang pada abad ke-16 dan berlatarbelakangkan masyarakat Dinasti Ming, buku ini bukan sekadar sebuah kisah fantasi, tetapi sebuah alegori tentang disiplin diri, kelemahan manusia, kesetiaan dan pencarian makna rohani.

Terjemahan bahasa Melayu ini adalah berdasarkan verst penceritaan semula dalam bahasa Inggeris oleh Pan Yun-Chong yang lebih ringkas dan tersusun, tanpa mengubah jalan cerita asal.

341 pages, Paperback

Published January 1, 2026

Loading...
Loading...

About the author

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
0 (0%)
4 stars
2 (66%)
3 stars
1 (33%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 of 1 review
Profile Image for Hani~.
184 reviews3 followers
March 14, 2026
Saya baca buku ini dengan gambaran Dicky Cheung sebagai Sun Wu Kong. Susah nak buang imej ikonik yang terbentuk ketika zaman kanak-kanak dulu. Saya pasti kebanyakan Gen X dan millenials pasti familiar dengan watak daripada siri Journey to the West ini 🐒.

Novel ini merupakan terjemahan daripada versi ringkas berbahasa Inggeris oleh Pan Yun-Chong. Sebuah kisah fantasi pengembaraan yang dipenuhi makhluk aneh, kuasa ajaib dan dewa-dewi.

Saya kagum dengan susun kata yang kemas. Tidak terasa langsung seperti membaca sebuah karya terjemahan.

Selain berbentuk hiburan, ada sindiran terhadap realiti masyarakat sepanjang zaman — golongan pengampu dalam kerajaan, double standard dalam pelaksanaan undang-undang dll.

Juga mengenai tabiat dan sikap manusia yang sukar diubah melainkan jika dia sendiri berusaha penuh azam, atau dipaksa keadaan. Lihat sahaja Wu Kong yang licik, nakal dan susah nak serik, serta Wu Jie yang selalu dikalahkan nafsu sendiri.

Naratif berbentuk episodik, kadang-kadang terasa agak repetitif. Setiap kali mereka tiba di tempat baru, kejahatan dan ujian akan timbul, diselesaikan Wu Kong, lalu perjalanan diteruskan. Seakan berulang-ulang. Namun mengetahui ini sebuah karya klasik, apatah lagi ringkasan, maka saya terima persembahan ini seadanya.

Sesuai dibaca jika anda ingin mengimbau nostalgia, atau mengenali kisah klasik dunia. Jika sebelum ini dalam bentuk visual, kali ini dalam bentuk teks untuk anda bebas membentuk imaginasi sendiri.

Apa pun, saya gembira memiliki buku ini. Cover yang cantik, buku floppy, terjemahan sedap dibaca dan tentunya nilai nostalgia yang dibawa.
Displaying 1 of 1 review