Tidak perlu disangkal bila yang mengarangnya Aleya Aneesa. Bukan mahu memuji lebih, tapi novel ke13 ini memang selayaknya diberikan 5 bintang.
Aleya Aneesa tidak pernah gagal dalam mewarnakan jalan ceritanya. Kali ini, kisah Shana dan Thaqif diangkat. Siapa tak kenal Shana, watak hitam yang dimunculkan dalam novel Cintaku Bukan Murah. Namun, kali ini perwatakannya diputihkan.
Dalam LID, jujur saya katakan daripada benci dengan watak Shana, terus saya jatuh kasihan dengan watak ini. Rupanya dugaan Shana lebih berat. Benarlah kata orang, masa silam boleh menghancurkan masa depan seseorang. Tapi, dengan munculnya Thaqif, hidup Shana kembali ceria. Saya cukup suka dengan watak Thaqif. Tergelak saat dia mahu memujuk kembali hati Shana yang terluka.
Dan, tema kekeluargaan dan persahabatan dalam novel ini sekali lagi berjaya mencuit hati saya sama seperti dalam novel AA sebelum ini. AA berjaya dalam melakarkan apa itu makna sahabat dan keluarga melalui watak Budriz, Yasmin, Haidar, Puan Sri Ratna, Tan Sri Zaidi, Syarifah Najibah dan Syed Faruq. Dan watak Zaza yang paling dibenci kali ini. Jumpa perempuan macam ni, wajib ditempeleng berkali-kali. (Nampak tak emosi tu) Haha.
Secara keseluruhannya, novel Lelaki Itu Dia membuktikan Aleya Aneesa masih punya bisa yang tersendiri. Tahniah buat AA! Saya menanti novel yang seterusnya.
p/s - Macam biasa, sediakan tisu saat membaca novel ini!