Jump to ratings and reviews
Rate this book

Mafia Game

Rate this book
Bila permainan bermula, tiada siapa yang benar-benar selamat.
Tekan ENTER untuk membuka pintu janji. Setiap peserta akan menurunkan tanda setia mereka, bersatu dengan segala peraturan dan kenyataan yang tersembunyi di dalamnya.

Demi wang bernilai 10 juta USD, mereka dipaksa mengenakan peranan masing-masing: Villager, Protector, Detective, dan Mafia. Tanpa mereka sedari, satu pilihan telah mengikat mereka dalam pertarungan hidup dan mati.
Undi dijadikan senjata, dan satu nama akan dipilih untuk disingkirkan. Pemain yang menerima undian terbanyak tidak akan melihat pagi lagi.
Kuncinya: jangan percaya sesiapa, kerana ada seorang pengkhianat dalam kalangan mereka.
“Yang putih akan berubah lusuh. Yang harum bakal hilang baunya. Yang cantik bakal kehilangan indahnya.”
— Ivan
“Permainan ini ibarat sebuah persembahan teater. Pemain yang bijak berdiri di atas pentas, mengelirukan yang lain di kerusi penonton dengan lakonan yang sempurna.”
— Mikhail
“Tak sangka seumur hidup aku, akan akan berjumpa dengan orang yang mampu menang hampir semua permainan daripada program The Game.” - Eun Jin
“Kau yang mengkhianati aku. Aku takkan bertindak macam ni kalau kau tak tipu aku. Tapi, aku tak sebodoh yang kau sangka.” - Aszkhil
Dalam permainan ini, di mana semua orang berbohong, satu-satunya langkah yang betul ialah menjadi lebih kejam daripada musuh. Dan kebenaran bukanlah pelindung, ia hanya satu lagi alasan untuk membunuh.
Siapakah yang menguasai permainan? Siapa pula pemburu, atau mangsa yang tidak menyedari ajalnya semakin hampir?
Nyawa dan jiwa hanyalah bidak, dan tiada jalan untuk berpatah balik, kerana dalam permainan ini, belas kasihan tidak pernah wujud.
“Persembahan yang bagus. Aku tunggu saja lakonan kau orang berakhir. Sekarang, persembahan dah nak tamat. Rasanya, kita dah di akhir cerita.”

398 pages, Paperback

First published February 1, 2026

Loading...
Loading...

About the author

Ken Hendri

8 books2 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (42%)
4 stars
2 (28%)
3 stars
2 (28%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for Kentang.
10 reviews
June 13, 2026
Ni pertama kali ya saya membaca karya dari penulis ini sebab genre-genre yang pernah dia terbitkan sebelum ni menarik perhatian saya. Story plot menarik dan plot twist sangat mindblowing walaupun banyak plot twist yang saya berjaya predict but I still love it.

Cuma bila terlampau banyak character dalam satu novel menyebabkan saya jadi lupa. Eh ni watak yang mana eh? Yang ni pulak yang mana? Ye saya faham penulis nak bagitahu dalam satu permainan Mafia Game ada 9 orang pemain. Yes, I can adapt it. But belakang tabir tu ada pulakkkk watak lain dan bukan satu or dua ya. Untuk flashback bagi setiap character pun sama, akan ada tambahan character lain dan dalam 2 character penulis letak kat akhir chapter which is saya pun lupa watak yang ni dari backstory pemain yang mana satu eh??

Pasal writing skills. Saya difahamkan bahawa penulis dah terbit beberapa buku sebelum ni dan ia lebih dari 1 buku and I was hoping that penulis improve writing skills dia walaupun dah ada novel2 lain yang pernah diterbitkan. Tapi sebenarnya tidak. Writing skills penulis macam baca cerita kat wattpad. Maaf jika penulis tersinggung dengan review ni tapi saya memang betul2 mengharapkan penulis dapat improve his writing skills and read a lot of books. Story sangat² menarik dan ada potensi yang besar.

Ada beberapa kesalahan ejaan dan tatabahasa dalam ni. Ingat satu dua je tapi banyakkk. Aduhh stressss ku nak baca!

Overall saya sangat suka dengan karya ini☺️
Profile Image for Shadow Z.
4 reviews
July 1, 2026
Premis cerita yang menarik. Laras bahasa yang mudah difahami.

Cuma terlalu banyak spelling error mencacatkan sedikit pembacaan saya untuk buku ni.

Dan terlalu banyak POV yang melompat-lompat sampai pembaca tak tahu siapa MC dalam cerita ni sebenarnya?

Tapi ceritanya sangat menarik untuk pembaca sampai habis and kecewa dengan ending.

Sedih bila character yang hilang untuk separuh cerita akhirnya menang sedangkan kita dah follow Harisya dari pertengahan cerita sampai akhir. Menyebabkan pembaca dah attach dengan Harisya. Tapi last-last yang hilang tu jugak yang menang? Watak jahat yang cliche menang? Dan pembaca tak dapat rasa perubahan watak yang menang dari dalam cerita ni. Membuatkan pembaca rasa seperti ditipu.

Btw overall cerita sangat menarik cuma endingnya akan membuatkan ramai pembaca tak puas hati sebab tak ada emotional attachment dengan yang menang. Tahniah buat penulis.

⭐ 3/5

Almost perfect. 5 star if minimum spelling error + more emotional attachment for the winner.
Profile Image for Lavafa.
9 reviews
March 26, 2026
Rating 4/5
Sejujurnya cerita ni agak mindblowing dan mampu menarik minat pembaca untuk terus membaca hingga muka surat terakhir...
Cumanya alaaa kecewa dengan ending. Kenapa? Why? Tak puas. Endingnya buatkan saya rasa macam hah, macam tu je?

Apapun siapa yang minat genre thriller, survival memang high recommend untuk baca novel ni. Seronok habiskan sekali duduk.
Displaying 1 - 3 of 3 reviews