LAHIR UMUR – MARIA KAJIWA Apabila kematian menjadi sesuatu yang menakutkan, dia memilih jalan paling hina. Dia sanggup menyerahkan apa Sahaja. Namun dia terlupa satu perkara: tidak semua kematian adalah pengakhiran. Keputusannya membuka pintu ke alam yang lebih gelap, lebih kejam, dan lebih menakutkan daripada kematian itu sendiri. “Apa yang tuan hajatkan, ada cara dan syaratnya. Cuma seberat permintaan tuan, seberat itu juga segala syarat dan caranya.”-MAK UTI
KORBAN - NURAA QILLA Bukan sekadar sihir pemikat,tetapi ritual ngeri yang menuntut nyawa sebagai bayaran. Di sebalik minyak dagu yang dipuja, tersimpan jeritan perempuan yang dijadikan korban. Apabila Alyara mula diganggu, dia menyangka semuanya cuma mainan mimpi. Saat kebenaran akhirnya terdedah, Alyara sedar, orang yang paling hampir dengannya adalah insan yang sanggup menyerahkannya sebagai tumbal demi keinginan sendiri “Kalau kau tak dengan aku, kau tak boleh dengan sesiapa.” - NAUFIQ
HOTEL BAYANGAN – A.MIRUU Setiap bilik menyimpan rahsia darah dan jeritan yang tidak pernah padam. Danish menerima tawaran kursus penulisan percuma dan mengajak sahabat baiknya, Naim, akhirnya dia terjumpa sebuah hotel yang serba normal di mata manusia. Menjelang malam, gangguan demi gangguan berlaku sehinggalah pada akhirnya, Naim hilang. “Mereka memberi tumbal nyawa orang kepada makhluk jin itu. Sejak itu makhluk itu suka menjerat manusia dengan pelbagai helah. Kalau terpedaya memang akan jadi mangsa.” – TOK ABU
Dunia gelap yang penuh misteri dan mistik. Pelbagai kisah dan pengalaman barangkali dijadikan cerita… tapi ada juga yang terlalu ngeri untuk disebut, kerana setiap kali nama itu dibisikkan, sesuatu akan bangkit dari tempat ia disemadikan. Beranikah anda menyelami dunia seram ini di dalam KEMBARA MISTIK TUMBAL.
Tak semua orang takut mati… tapi ada yang terlalu takut untuk mati. Bila rasa tu mula makan diri, segala benda yang dulunya nampak mustahil… tiba-tiba jadi pilihan. Ada satu jalan. Nampak macam penyelamat. Tapi… betul ke? Ending dia? Bukan sekadar seram… tapi buat kita terdiam.
🕯️ Korban - Nuraa Qilla
Korban ialah novel seram psikologi bercampur mistik yang fokus pada emosi dan hubungan toksik antara watak. Cerita dia perlahan tapi tegang, penuh rasa tak selesa dari awal sampai akhir.
Unsur seram lebih kepada gangguan halus, ritual, dan permainan minda berbanding jump scare. Kekuatan cerita ni ada pada emosi—terutama cinta yang bertukar jadi obsesi gelap.
Sesuai untuk pembaca yang suka seram yang “slow burn”, berlapis dan lebih kepada tekanan perasaan daripada hantu mengejut.
🛏️ Hotel Bayangan – A.miruu
Cerita ni follow Danial yang join bengkel penulisan percuma dan ajak kawan dia, Naim, temankan. Dari awal lagi dah nampak “red flag” bila Naim insist tak nak booking hotel dan terpaksa pilih hotel yang dia nampak semasa balik.
Lepas check-in, gangguan mula jadi makin intense—bukan jenis jumpscare semata, tapi lebih kepada rasa tak sedap hati yang berpanjangan. Atmosfera dia kuat, especially bila cerita mula blur antara realiti dan sesuatu yang “bukan manusia”.
Paling best, plot dia ada elemen misteri yang slowly terbongkar. Ending dia memang tinggalkan kesan—lebih kepada emosi dan penyesalan, bukan sekadar seram.
Ringkasnya: • Seram jenis creepy & misteri 🕯️ • Build-up perlahan tapi menjadi • Ending sedih & haunting
Done dlm 1 malam… ketiga2 kisah dlm buku nie best and laju… x sempat nak bernafas… utk kisah lahir umur by penulis otai Pn Maria Kajiwa… apa yg bleh diperkatakan adalah how smooth it is the story… plot twist kat ending tue mmg unexpected… best… second plak adalah korban by nuraa qilla… I love mcm mna penulis dia mengarang cta nie cuma syg hint dh bg awal Sgt kat kulit blkg buku… tp still best… kisah yg ketiga plak menekankan tema persahabatan yg kuat tp sedih lah…