(NO SPOILER + REVIEW PANJANG)
Sebelum aku terlupa nak review buku ni, baik aku buat awal-awal dulu😂. Macam review pun ada. Macam rant pun ada. Dua-dua pun boleh lah.
DIA PUNCHING BAGKU
(Romance + hint of thriller)
Mengisahkan tentang Del yg rasa kosong walaupun dia seorang playgirl. Yeah, you heard me. She's indeed a 🚩. Until one day, dia bertunang dengan Qaiser, kawan baik dia sejak kecil and paling rapat. Diorang ni memang ada perasaan yg sama. Tapi Del ni takut yg perasaan dia tu just a false alarm. Yalah, dah kawan lama sangat kan. So, Del ajak Qaiser ni couple dulu. Padahal, si Qaiser ni nak terus kahwin je. Tapi Del ni ragu-ragu. Everything is okay then. Qaiser yg sweet and Del yg selalu blushing dgn Qaiser. Till Hunter datang nak balas dendam dekat Del yg menyebabkan kematian Harraz, boyfriend Del masa sekolah dulu. Is happy ever after will happen to Del and Qaiser?
~~~
Aku suka persahabatan diorang. Antara Del, Qai, Ken, Aniq dan Dura. Lepak kat kedai mamak sama-sama. Main futsal sama-sama. Del lah yg selalu pergi futsal. Dura asyik dgn tunang dia je.
Kekeluargaan dalam cerita ni pun best. Ada Damien, Danish, Del and Dazrin. Diorang ni mcm happy big family lah. Seronok sgt. Btw, Danish ada cerita dia sendiri dgn Is. Buku Road Ke Hati Awak.
Well, aku cakap ni buku fav aku kan. Indeed! Tapi aku tak ingat fav yg ke berapa😂. Tapi tak semestinya aku terima perbuatan tak baik diorang. Bukan diorang buat kerja jahat pun. Cuma dari segi hukum tu tak manis lah.
Tapi aku salute giler dgn Qaiser. Dia sanggup korbankan diri dia lebih dari apa pun. Aku ni jarang tau nak puji male character. Selalu aku puji female character je. Lagi-lagi nak jadi kan fav. Qaiser dah jadi fav aku😜.
Kalau part sedih, 7 baldi pun boleh tadah. Ok hiperbola sgt. Haha. Tapi kalau part kelakar pun apa kurangnya. Lagi-lagi part Del kenakan Hans. Berdekah aku ketawa🤣. Hans tu pun boleh tahan kuat melawan jugak. Haha.
The plot twist. Mind blowing giler🤯. Sampai sekarang aku rasa pain. Sakitnya tuh di sini. And aku memang tak boleh lupa pun ayat manis dan sedih Qaiser dekat Del sehari sebelum mereka nikah. Memang tak sedap hati dah waktu tu. Tapi apakan daya, saya hanya seorang pembaca🤧.
Kadang aku rasa ni mcm balasan untuk Del. Tapi yg kena tempiasnya si Qaiser. Yg paling sakit tu Qaiser. Del ni pulak mata dia ni takleh kontrol even dah bergelar tunang dan isteri orang. Yalah, kan 'perkerjaan hakiki' dia dulu. Del... Del...
Bagi aku, buku ni awal-awal dia happy and dari pertengahan sampai akhir sedih. Okey ni valid untuk aku je eh. Sebab tu apa yg aku rasa. Lain orang, lain pendapat dia. Bagi aku, bahagia mcm mana pun Del, dia takkan pernah berhenti dari rasa serba salah. Yeah, at this point, Del yg 🚩 dah bertukar jadi green flag (lah cari bendera hijau tak jumpa).
Aku nasihatkan korang kalau nak baca buku ni jangan tengok review kat Goodreads. Hari tu aku ada jugak lah tengok. Tapi aku selalu skrol cepat-cepat kalau rasa mcm ada spoiler nak keluar.
Ada satu nama aku tak sebut. Ytjt. Walaupun dia stone cold but more attractive, saya tetap mahu Qaiser ya. Aku tak kisahlah org nak ckp dia lagi better dari Qaiser ke whatsoever. Aku tetap suka Qaiser lebih. Between stone cold and someone who is much much friendly, I choose the second one. Aku tak nak dengar ya complain pasal buku ni. Hahaha. Gurau je.
Korang boleh cuba baca. Penulis guna POV 1. Mcm aku yg mmg lebih suka baca guna POV 1 mmg rekemen sgt kat korang.
Sebenarnya susah untuk tak suka watak dalam ni. Kecuali Qaisara. Aku tak tahu dia nak apa🤣. Semua org dekat sini nampak baik. Kecuali Del, but she slowly becomes green.
(SPOILER ALERT)
Buku ni best sangat". Mula" tu fikir mmg trope friends to lovers. Nah, aku silap!!! Serius masa tu rasa nak nangis je. Sebab mmg tak sangka sgt". Aku mmg dah fall in love dgn Qaiser and Delisha. Tapi weh... Menangis 7 baldi aku. Semuanya start dgn friendship diorang. Bersambung dgn serious relationship. Dan berakhir dgn trajedi. Wahhh, mula" aku tak boleh terima lah. Tapi dah lama-lama tu aku redho je lah. Lagipun aku dah baca buku QAISER. Cuma terkilan sikit sebab Qai tak end up dgn Del. Whatever reason, aku lagi suka Qai dari DR. DR tu mcm takde perasaan je. Stone cold betul. Kalau ada suami, aku tak nak ada suami mcm dia. Aku nak yg mcm Qai. Boleh tak? Hehe...
Tapi serius aku rasa sakit giler. Pain nya tuh di sini. Aku kesian giler dekat Qai. Aku rasa walaupun guna POV Del, tapi aku boleh faham dari sisi Qai. Huargh... Nak nangis. Sob sob sob...