Jump to ratings and reviews
Rate this book

Mentari Musim Dingin

Rate this book
Selepas dikhianati oleh tunang dan sahabat sendiri, Sara ditimpa kemalangan yang hampir meragut nyawa. Tiba-tiba sahaja, dia muncul di Safranbolu, kota lama yang diselaputi salji dan seribu rahsia.

Di situ, dia bertemu Emir; lelaki sepi yang hidup dalam luka yang tidak pernah sembuh.

Sehari sebelum kemunculan Sara, Emir menerima sepucuk surat yang dikirim oleh ibunya tentang “harta peninggalan keluarga”.

Perjanjian dimeterai. Pengembaraan bermula. Sara dan Emir bergerak dan bertindak mengikut arahan di dalam surat misteri itu. Dalam perjalanan musim dingin yang penuh keajaiban, mereka menemukan rasa yang menghangatkan.

Namun, apabila garis di antara mimpi dengan realiti mula kelihatan, Sara terpaksa membuat pilihan paling sukar;
terus berada dalam mimpi yang sempurna,
atau kembali ke dunia yang pernah mematahkan.

Jika bahagia hanya wujud dalam mimpi, haruskah dia terjaga?

Genre : SLICE OF LIFE + romance + magical realism + thriller ringan

Paperback

First published March 1, 2026

Loading...
Loading...

About the author

Anis Ali

1 book

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (35%)
4 stars
5 (35%)
3 stars
4 (28%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 12 of 12 reviews
Profile Image for meenie.
487 reviews6 followers
May 4, 2026
4.5 ⭐

pernah tengok cerits scarlet heart tak? yang kdrama tu? ha ada vibes tu sikit. pernah tgk cerita aladdin disney? pun ada vibes tu jugak especially part last yang time genie tu dah bertukar jadi manusia.

kisah tentang pesakit yang menjelajah dunia sewaktu dalam koma. agak mustahil kan? memang sebenarnya. jasad dekat hospital tapi roh dah bersiar-siar ke hujung dunia. yang paling pelik, rupanya ada insan lain yang turut berada dalam mimpi tersebut. tapi persoalannya betul ke itu mimpi atau sebenarnya kenyataan?

ini buku pertama penulis yang saya baca. cerita ini agak slow tapi saya enjoy setiap bab. tahap kebenaran tentang sepanjang perjalanan sara dan emir ini saya tak dapat pastikan. tapi, saya terasa seperti berada dalam journey mereka juga.
cerita yang hangat dan tidak terlalu memfokuskan kepada unsur romantik. slice of life ke? saya rasa more kepada kekeluargaan.

apa-apa pun kalau saya jadi emir, saya tantrum. jauh jauh jalan apa tak dapat ☺️☺️☺️#mataduitan

oh dah buku ini jugak saya kategorikan sebagai fantasy sebab pst ada unsur magik. ha menarik kan!! so silalah baca. saya suka so korang kena suka jugak!!
Profile Image for SS.
580 reviews11 followers
September 23, 2026
Sinopsis Ringkas:
Cuba bayangkan. Perkara terakhir dalam memori kau ialah kau mengalami kemalangan. Tapi bila celik mata, kau ada di sebuah tempat asing. Dan lebih spesifik di bangsal milik Emir. Kau kini bukan berada di Malaysia tetapi di kota lama yang diseliputi salji putih --Safranbolu.
One day before, Emir menerima sepucuk surat tentang harta peninggalan keluarga. Ada hubungkait ke antara kemunculan Sara dan surat Emir?. Apa yang terjadi seterusnya?

Peluang Kedua | Pengorbanan | Persahabatan

Walaupun pada awalnya saya rasa sedikit awkward dengan writing style penulis. Tapi lama kelamaan bila dah dapat rentak saya mula rasa saya punya pace membaca laju. Cerita bergerak laju bila Sara bertemu dengan Emir buat pertama kali. Sebelum itu, agak slow juga flow cerita.
Boleh rasa aura Sara di negara orang berbeza dengan negara sendiri. Menunjukkan betapa banyak masalah yang dipendam oleh Sara sendirian. Di Safranbolu, karakter she menyerlah oki.

Siapa sangka pengembaraan tersebut bukan sekadar perjalanan yang biasa. Tetapi merungkai banyak misteri dan persoalan demi persoalan terjawab satu persatu. From one place to another place. Perjalanan mereka menempuh pelbagai dugaan dan cabaran. Seronok baca. Very light story. Tak expect ada elemen magik dalam ini ☝🏻

Terimakasih Emir & Sara sebab bawa saya berjalan-jalan menjelajahi negara Turki. Saya sebenarnya to be honest, banyak telan air liur masa baca buku ni sebab sikit-sikit cakap pasal makanan. Kita ni food lover tau :') Jadi nak salahkan siapa ni kalau mengidam one of food yang ada dinyatakan dalam buku ni? hshs. Saya rasa kalau saya jadi Sara. Saya lah orang paling happy. Sebab dapat makan makanan sedap. hshs. Masalah tu masalah la. Makan jangan lupa. Kalau tak makan nanti tak boleh fikir dengan baik.

Saya geram juga fikir mengenai beberapa perkara dalam ni:
• Zack dan kawan baik Sara. Begitu je endingnya? Saya nak lebih dari tu. Tak setimpal sangat hukuman yang diterima. Phew
• Emir, kalau saya jadi kamu. Saya mungkin rasa sikit ralat 🤏🏻 Kamu tahu kan sebab apa?

Apa pun, tahniah buat penulis. Satu percubaan yang baik.
Profile Image for Mohamad Nasrul.
269 reviews7 followers
July 7, 2026
Mentari Musim Dingin

Sara ditimpa kemalangan selepas menyaksikan kecurangan tunang dan sahabatnya sendiri. Sedar sahaja, Sara sudahpun berada di sebuah kota di Turki. Sara bertemu Emir dan mereka menjejak 'harta peninggalan keluarga' yang ditinggalkan oleh ibu Emir.

Mimpi dan kebenaran dipisahkan oleh suatu garis halus. Apabila garis itu mula kelihatan, dimana Emir dan dimana Sara sebenarnya?

"Jika bahagia hanya wujud dalam mimpi, haruskah dia terjaga?"

Novel ni menarik sangat. Penceritaan kedai kopi milik Sara yang struggle selepas kematian ayahnya dan penderitaan Emir selepas kematian kedua orang tuanya, kedua-duanya tersusun molek dalam sebuah karya yang indah ini.

Sekejap di Kuantan, kemudian pula pembaca dibawa meneroka indahnya musim dingin bersalji di beberapa kota di Turki. Begitu saja penulis membuat saya tenggelam dalam kesejukan putihnya salji dan keindahan beberapa kota lama Turki, serta budaya Turki yang ditonjolkan, semuanya menjadi lebih seru.

Kisah Sara dan Emir di Turki mengikat saya untuk mengikuti pengembaraan mereka ke beberapa kota dalam mencari harta milik ibu Emir, menjadi sebuah pengembaraan yang menarik tetapi mendebarkan.

Aku memang menunggu bagaimana penulis membawa Sara keluar dari "mimpinya" dan aku suka dengan momen tersebut. Dan ketika Emir dan Sara bertemu kembali, aku tidak dapat menyembunyikan keterujaan aku ketika membacanya dengan senyum yang terukir pada wajah aku.

#MentariMusimDingin #AnisAli #NovelKarangkraf #KarangkrafReadingChallenge2026
Profile Image for Hamidah Effendi.
767 reviews14 followers
April 17, 2026
Mentari Musim Dingin — Anis Ali

Bayangkan… satu saat kau terlibat dalam kemalangan di negara A. Bila sedar, kau dah berada di negara B. Logik? Tak. Tapi itulah misteri yang membuka cerita ini. Happy Ending jangan risau🤣🤣🤣.

Sara — seorang pengurus kafe yang selesa dalam dunia kecilnya — diuji dengan pengkhianatan tunang dan sahabat baik. Dalam keadaan hancur, terlibat pula dalam kemalangan. Bila sedar, dia berada di bangsal milik Emir.

Emir pula hidup dalam kesunyian, dihantui dilema sama ada mahu memburu harta karun peninggalan ibunya atau terus melupakan masa lalu hidup dalam kesunyian. Pertemuan mereka yang tak dijangka membawa kepada satu perjalanan yang bukan saja mencabar fizikal, tapi juga mengubah cara mereka melihat hidup.

Kenapa buku ini berbaloi aku pilih untuk April? Anyway terima kasih @karangkraf 🥰
🗒Sebab dinamik Sara dan Emir memang hidup. Ibarat Tom & Jerry — bergaduh, menyakat, tapi sebenarnya saling melengkapi. Emir dengan mulut pedas tapi caring, Sara pula ceria, kuat dan… kaki makan tegar 😂 Kombinasi yang buat cerita terasa ringan, manis, tapi tetap ada emosi.

📑Dalam masa sama, novel ini sarat dengan misteri:
Apa maksud mesej peninggalan ibu Emir?
Bagaimana Sara boleh muncul di dunia Emir?
Apa itu “oltu”?
Kenapa Sara asyik jadi target diserang?
Betul ke 4 sekawan sebenarnya terikat dengan sumpahan?
Dan...ini Mimpi atau Realiti?

Setiap persoalan buat kita terus membaca tanpa sedar masa berlalu.

Di sebalik pengembaraan yang “magical”, ada mesej yang dekat dengan kehidupan:
🧭Hidup tetap perlu diteruskan walau kehilangan itu berat
💪Jangan takut mencuba, walaupun pernah gagal
🏃‍♀️Kadang-kadang, perjalanan yang tak dirancang itulah yang paling mengubah kita
🍽Dan ya… bersedia untuk lapar 🤣 Sebab Sara akan bawa kau “travel” sekali dengan makanan — dari kebab Turkish, nasi daging angsa, sampai bagel!

Walaupun ada watak antagonis, fokus cerita lebih kepada perjalanan dan hubungan antara Sara dan Emir. Itu yang buat cerita ini terasa hangat dan menyenangkan, walaupun latarnya “musim dingin”.

Kesimpulan:
Manis, misteri, dan penuh jiwa. Cerita ringan tapi ada makna. Sekali mula, memang susah nak berhenti.
Profile Image for Naylaaa_Storyyy.
125 reviews
May 17, 2026
Saya masih terfikir sampai sekarang… macam mana kalau waktu jasad kita terlantar tak sedarkan diri, sebenarnya roh kita sedang “hidup” di tempat lain? 👀

Tak mungkin tapi tak mustahil kan?

Itulah persoalan yang bermain dalam minda saya sewaktu membaca Mentari Musim Dingin karya Anis Ali.

Sara — seorang wanita yang sedang melalui fasa hidup yang tak mudah dan dia terlibat dalam kemalangan sehingga koma. Tapi peliknya, sepanjang tempoh itu, dia seolah-olah berada di dunia lain. Di sana, dia bertemu Emir, seorang lelaki yang hidupnya penuh persoalan dan masih terikat dengan masa lalu keluarganya.

Daripada pertemuan yang tak disengajakan tu, bermulalah satu pengembaraan yang bukan sekadar mencari peninggalan keluarga Emir, tapi perlahan-lahan membongkar misteri yang selama ini tersimpan. Lagi dibaca, lagi banyak persoalan muncul 🤯

Siapa sebenarnya mereka berempat ni? (Hatice, Yildiz,Dfne dan Suleyman)
Kenapa semuanya macam saling berkait?
Betul ke apa yang Sara alami itu cuma mimpi? Atau sebenarnya… realiti? 👀

Apa yang saya suka tentang novel ni ialah hubungan Sara dan Emir. Tak terlalu berat dengan romance, tapi chemistry mereka tetap terasa. Ada menyakat, ada gaduh kecil, ada momen yang buat rasa hangat macam minum kopi waktu hujan 🥹🤍

Dan saya suka ayat ni sebab terasa sangat maknanya:

✨ “Tapi aku yakin, pasti ada sebab kamu muncul di sini. Dalam hidup ni tak ada yang kebetulan.” (Yildiz)

Kadang-kadang memang betul pun kan? Ada pertemuan yang hadir bukan tanpa sebab.

Novel ni juga banyak sentuh tentang kehidupan ; pasal kehilangan, peluang kedua dan bagaimana manusia selalu rasa tak cukup dengan apa yang dimiliki.

✨ “Manusia takkan pernah puas dengan apa yang dia ada.”

Ada betulnya ayat tu. Kadang kita terlalu fokus pada apa yang belum ada sampai terlupa menghargai apa yang dah berada depan mata.

Walaupun pace cerita ni agak perlahan, saya enjoy sebab rasa macam ikut sekali pengembaraan Sara dan Emir. Ada elemen misteri, sedikit magis, sentuhan kekeluargaan dan emosi yang buat cerita ni terasa comforting 🩵

Dan ya… kalau saya jadi Emir, mungkin dah give up awal-awal sebab penat berjalan jauh tapi hasil entah ke mana 😭🤣 dan saya sangat SUKA kan nama makanan yang ada dalam novel ni. Menelan air liur ya sewaktu membayangkannya 🙂‍↔️☝🏻

Sebuah cerita yang lembut, penuh tanda tanya dan ada makna tersendiri. Kalau korangsuka cerita yang ada unsur fantasi ringan, misteri dan perjalanan hidup yang cekal, saya rasa korang patut cuba baca Mentari Musim Dingin ☁️
Profile Image for _nadiasw303.
86 reviews1 follower
June 17, 2026
(Ulasan ini mungkin mengandungi sedikit spoiler)
🪼magical realism
🪼Peluang kedua
🪼Slow burn romance

•Cerita bermula dengan Sara yang sedang berusaha mempertahankan kafe roti peninggalan arwah ayahnya. Dalam masa yang sama, pengkhianatan tak disangka oleh tunangnya, Zack dengan sahabat sendiri membuatkan hidupnya seakan kelam.

•Selepas satu kemalangan ringan, Sara terjaga dalam situasi yang sangat asing dan berada di negara lain, lalu menemukan dirinya dengan seorang lelaki bernama Emir. Di situlah pelbagai persoalan timbul.

•Kemudian, Sara meyakinkan Emir untuk merungkai teka-teki peninggalan ibunya bagi menjejaki warisan yang ditinggalkan. Namun, semakin hampir mereka kepada jawapan, semakin banyak rahsia dan persoalan tentang kehidupan Emir yang mula terbongkar satu demi satu.

•Buku ni ada 3 bahagian penceritaan. Pada mulanya saya expect buku ni cerita cinta yang tipikal, tetapi rupanya lebih daripada itu. Yang saya suka, setiap persoalan yang timbul dalam cerita ni bukan sekadar dibiarkan tergantung. Satu demi satu jawapan diberikan sehingga semua noktah persoalan itu bersambung & melengkapkan keseluruhan cerita dengan baik.

•Latar Turkiye yang digambarkan dengan jelas pula membuatkan saya mencari lokasi-lokasi yang disebut dalam cerita di YouTube. Nak acah menghayati kembara Sara & Emir sepanjang pencarian mereka itu.

Saya suka buku ni sebab jalan ceritanya yang unik dan world buildingnya yang jelas. Dan, cover buku bukan sahaja cantik, tapi ada sedikit bayangan & peranan dalam penceritaan🫢

Di antara garis mimpi dan realiti, wujud satu persoalan: jika diberi peluang kedua, adakah kita sanggup melepaskan apa yang kita kenal demi sesuatu yang belum pasti?
Namun, pilihan yang dibuat mungkin mengubah seluruh perjalanan hidup.

Personal ratings : 4.8/5 ⭐️
34 reviews1 follower
July 20, 2026
dua orang yang koma berjumpa dengan satu sama lain masa depa dalam koma tu dan nak reunite balik. sambil tu ada la side quest

dia macam kdrama, tapi fantasinya sikit je

gaya penulisan ada gaya2 novel melayu zaman 2010 macam tu. novel lama2

saya suka yang novel ni pun ada juga diselitkan dialog english tapi peratusannya tak banyak untuk dilabel cringe

its a light reading, i think.

citer ringan je. takde la detail dan berat sehingga kena fokus or you'll miss it
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Orched.
11 reviews
June 28, 2026
Buku cerita yang agak santai, namun jika fokus pada penceritaan buku ini kurang untuk pembaca mendapatkan perasaan mengembara seperti yang disajikan oleh penulis untuk buku ini.

Namun yang menarik adalah penulis membawa pembaca travel bersama sepanjang misi FL dan ML.
Profile Image for sansuriya82.
222 reviews2 followers
September 30, 2026
MENTARI MUSIM DINGIN karya Anis Ali

Personal Rating :⭐️⭐️⭐️⭐️ / 5

Okay… novel ni memang bukan jenis baca, habis, letak tepi dan terus lupa. Ada sesuatu tentang cerita Sara yang buat aku termenung sekejap lepas tutup buku.

Awal-awal lagi aku dah geram dengan apa yang berlaku pada Sara. Dikhianati oleh orang yang dia percaya, kemudian hidup dia berubah selepas satu kemalangan. Dari situ cerita mula bawa kita ke Safranbolu salji, suasana dingin, misteri dan kemunculan Emir. Aku suka betul setting dia. Ada rasa sunyi dan asing yang ngam dengan keadaan emosi Sara.

Emir pula… hmm. Lelaki dengan luka masa lalu memang nampaknya trademark yang susah nak ditolak. 😂 Tapi hubungan Sara dengan Emir bukan terus jenis “jumpa, jatuh cinta, bahagia”. Ada persoalan, ada rahsia dan ada perkara yang buat aku tertanya-tanya sebenarnya apa yang sedang berlaku.

Yang paling aku suka ialah elemen magical realism dalam cerita ni. Ada masa aku rasa macam sedang membaca kisah romantik, kemudian tiba-tiba aku mula persoalkan, Eh, ni betul ke tak sebenarnya? Dan semakin aku baca, semakin aku rasa sempadan antara mimpi dengan realiti tu sengaja dikaburkan.

Cuma… ada beberapa bahagian yang bagi aku terasa sedikit perlahan. Aku tahu cerita ni nak bina emosi dan suasana, tapi ada ketika aku dah mula rasa, “Okay, bila nak sampai jawapan ni?” 😂

Tapi secara keseluruhan, aku suka pengalaman membaca Mentari Musim Dingin. Ia bukan semata-mata tentang cinta, tetapi tentang luka, pengkhianatan, pilihan dan persoalan tentang bahagia yang kita sendiri mahu.

Dan selepas habis baca, satu soalan yang tinggal dalam kepala aku:

Kalau kau diberi peluang untuk hidup dalam dunia yang membuat kau bahagia, tapi kau tahu ia mungkin bukan realiti… kau akan pilih untuk tinggal atau kembali?
Profile Image for honestlyjaen.
96 reviews3 followers
September 4, 2026
"Untung melambung, malang menimpa", begitulah yang saya dapat gambarkan kehidupan Sara apabila dia ditimpa kemalangan yang hampir meragut nyawanya, setelah mendapati dirinya dikhianati oleh tunang dan sahabatnya sendiri.

Apabila dirinya tiba-tiba muncul di Safranbolu, kota lama yang diselaputi salji dan seribu rahsia, dia tekad untuk kembali ke tempat asalnya dengan mambantu Emir, seorang lelaki sepi yang hidup dalam luka yang tidak pernah sembuh, untuk menjejaki “harta peninggalan" keluarganya.

Sejujurnya, gabungan pengembaraan di tempat asing dan magical realism yang merupanya konsep utama novel ini sangat menarik perhatian saya. Ia mengingatkan saya kepada novel dan manhwa isekai yang selalu saya baca. Romance sebagai sub-genre juga membuatkan saya teruja untuk memulakan pembacaan saya 😆

Pada awalnya, saya rasa sedikit janggal dengan gaya penulisan novel ini, tapi setelah difikirkan, saya beranggapan penulis ingin mengekalkan unsur nostalgia dalam penceritaan beliau. Jadi, tidak perlu hairanlah jika ulasan saya pun sedikit kedengaran sedikit baku ya 😌

Tema kekeluargaan dan persahabatan lebih menonjol dalam novel ini dan saya suka pengajaran yang cuba disampaikan bahawa keluarga tidak semestinya mereka yang mempunyai pertalian darah dengan kita.

Selain itu, apa yang dialami oleh Sara di bumi Safranbolu telah mengajar kita untuk tidak berputus asa dan tetap memberikan usaha yang bersungguh dalam kehidupan walaupun telah gagal berkali-kali 🥺

Akan tetapi, disebabkan unsur magic hanya berlaku bila ada babak dengan Defne, Yildiz dan Suleyman, saya asyik terlupa yang magical realism adalah salah satu genre novel ini.

Adakalanya, apabila ada sesuatu berlaku secara tiba-tiba, saya perlu ingat semula babak sebelumnya dan barulah perkara itu rasa logik bagi saya huhu ૮ ྀིᴗ͈ . ᴗ͈ ྀིა

Saya juga sebenarnya berharap yang Sara bersemuka dengan tunang serta sahabat baiknya, dan mendedahkan perbuatan salah mereka, dan bukannya sekadar diberitahu tentang apa yang berlaku kepada mereka apabila perbuatan itu terbongkar 😾

Apapun, saya rasa novel ini sangat sesuai untuk pembaca yang inginkan sesuatu yang santai dan kisah pengembaraan dengan sedikit sentuhan unsur magic dan thriller✨
Profile Image for Moon.
15 reviews1 follower
May 9, 2026
Mentari Musim Dingin penulis oleh Anis Ali
Kisah Sara yang mengalami koma setelah terlibat dengan kemalangan. Sepanjang tempoh koma Sara telah berada di satu negara dan bertemu dengan Emir. Jadilah satu pengembaraan antara Sara dan Emir yang mencari harta peninggalan orang tuanya. Tetapi mereka telah merungkaikan misteri yang telah terjadi pada 4 sahabat baik.

Point utama buku adalah jangan berputus asa dan masih ada peluang untuk kita mencapai kejayaan. Penulis ingin menekankan setiap yang berlaku pastu ada hikmah. Selagi boleh berusaha teruskan dan jangan putus asa. Kurangkan keegooan dan kedegilan demi mencapai kejayaan.
Profile Image for Vida Ariff.
270 reviews
September 30, 2026
Satu pengembaraan yang sukar dijelaskan dengan logik akal, namun itulah yang dialami oleh Sara yang sedang remuk hatinya dan ditimpa pula satu kemalangan.

Bersama Emir, mereka menempuhi satu perjalanan dalam mencari jawapan kepada surat misteri yang ditinggalkan oleh ibu Emir yang telah lama pergi.

Ada perasaan aneh yang bercambah, namun Sara sedar dunia ini satu dunia yang asing daripada dunianya yang sebenar. Bagaimana dia terhumban ke dunia ini, terus menjadi tanda tanya dan ia harus dirungkai agar semua misteri dapat diselesaikan.
Displaying 1 - 12 of 12 reviews