Jump to ratings and reviews
Rate this book

Operasi Hijau

Rate this book
Hijau bukan sekadar warna. Ia adalah nafas hutan, nadi kehidupan serta medan konspirasi yang berlumuran darah dan racun.

Amirul, seorang penyelidik muda merangkap ejen penyiasat rahsia, menyertai ekspedisi saintifik ke hutan dara. Namun, apa yang bermula sebagai kajian biodiversiti berubah menjadi operasi berbahaya apabila mereka menemui jejak jentera berat, pencemaran toksik dan lelaki bersenjata yang memberi amaran keras. Setiap pokok yang tumbang, setiap sungai yang tercemar, membuka lapisan demi lapisan rahsia yang mendedahkan sebuah jaringan konspirasi alam sekitar yang melibatkan kuasa besar, wang dan nyawa.

Di tengah-tengah rimba yang hidup dan mati serentak, Amirul harus memilih; kekal sebagai pemerhati sains atau menjadi pejuang dalam pertempuran sunyi mempertahankan hutan terakhir yang masih bernyawa.

Genre : MISTERI, THRILLER, PENYIASATAN

Paperback

First published March 1, 2026

Loading...
Loading...

About the author

Nama pena lain untuk Pak Badrul.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (27%)
4 stars
7 (38%)
3 stars
5 (27%)
2 stars
1 (5%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for Sue Oshin.
Author 13 books60 followers
September 28, 2026
First of all, saya nak ucapkan SYABAS kepada penulis sebab berjaya tulis naskhah hebat begini. Tak ramai penulis yang berani utarakan hakikat sebenar yang disembunyikan dari pandangan umum. Karya ini membawa tema yang agak berat tapi pembacaannya tidaklah berat. Sangat santai, hanya tema sahaja sebab tak semua penulis mampu tulis genre sebegini apatah lagi membawa tema alam sekitar.

Terima kasih juga buat penerbit sebab berjaya hasilkan lagi naskhah bermutu selain The Klang (previous read from K-Lit).

Amirul merupakan seorang penyelidik muda merangkap ejen rahsia yang ditugaskan untuk menyelidik dan membuat kajian biodiversiti di sebuah hutan simpan.

Sepanjang keberadaannya di sana bersama rakan-rakan universiti, banyak perkara aneh berlaku. Perkara ni berlaku bukan secara kebetulan tapi sudah dirancang oleh orang yang tamak haloba, yang mahu menindas hasil bumi demi kepentingan sendiri.

Sepanjang pembacaan, sedikit sebanyak pembaca dapat belajar bersama jenis-jenis tumbuhan dan binatang yang hampir pupus, kacukan serangga sekian sekian boleh menghasilkan serangga sekian, pencemaran air sungai yang disebabkan logam berat, bahkan juga cara-cara bagaimana kajian eksperimen dibuat. Macam diri ni ala ala saintis lah pulak bila baca dialog-dialog orang bijak pandai ni 🤣

Banyaj pengajaran yang dapat kita renungkan dalam Operasi Hijau ni. Dunia untuk orang-orang korup, rasuah berleluasa, orang atasan yang gunakan kelebihan dan kuasa untuk menindas yang lemah, guna duit untuk menutup mulut orang agar kejahatan mereka tidak terbongkar dll. Jangan ingat dunia dalam novel sahaja begini ya, dalam realiti pun ada juga cuma kita yang biasher-biasher ni tak didedahkan dengan hakikat sebenar melainkan yang pernah menghadapinya secara langsung atau tidak.

Kelebihan novel ni banyak, kekurangannya dari segi watak agak dry sikit. Bagi saya, watak-wataknya macam sama patern iaitu takde yang keras kepala, takde yg lemah-lembut, takde yang ego, takde yabg baran, takde yang soft spoken dll, so emosi tak berapa sampai. Apapun, karya ni tetap hebat bagi pandangan peribadi saya.
Profile Image for lvndrblue.
35 reviews
May 19, 2026
A good story. Banyak perkara yang dapat dipelajari terutama berkaitan dengan biodiversiti. Being a researcher myself made me feel more connected to this book. The research elements and overall atmosphere felt relatable, which made the story even more engaging for me.

Temanya tidak cliché. Ekspedisi oleh sekumpulan penyelidik yang akhirnya bertukar menjadi misi yang lebih besar.

Walau bagaimanapun, permulaan cerita terasa sedikit meleret. Saya faham penulis cuba untuk memberikan elemen suspen dalam penceritaan. Saya juga perasan terdapat perkataan yang sering digunakan dalam dialog seperti bukan sekadar. Jadi terasa seperti berulang-ulang.

Saya faham ilham penulis tentang watak Amirul adalah daripada persoalan peribadi di mana adakah wujud individu yang menjalankan tugas dengan identiti berselindung dan agenda rahsia. Namun, saya mengharapkan plot dikembangkan sedikit pada latar belakang pekerjaannya. Siapa yang memberi arahan, atau dengan siapa dia berhubung untuk laporan.

Akhir sekali, ending cerita pada saya agak menarik. Saya ingat penulis akan membongkarkan siapa dalang utama tetapi tidak. Dalang utama kekal misteri. Dan akhirnya Amirul dijemput untuk turut serta dalam misi baru.

((Tak sangka ada referensi kepada Skuad Taring Nusa!))
Profile Image for nikillas.
51 reviews4 followers
July 20, 2026
Aku bila baca buku ni, aku rasa vibe baca Skuad Taring Nusa dan Kifarah. Aku tak tahulah kenapa. Lepas tu, kemunculan watak demi watak dalam buku ni aku dah macam, eh eh eh , nak lawan Rahsia Paling Rahsia ke? RPR tu dah pegang rekod watak paling banyak dalam buku-buku k-lit.

Pada mula cerita, ia seronok sbb seiring dgn cerita tu, kita boleh search perkataan saintifik dan tengok apa benda lah yang dia org jumpa kat dalam hutan tu. Its fun!. Tapi, makin bertambah muka surat, makin berkurang. Sebab cerita dia dah fokus kepada kemusnahan hutan dah. Adalah selit sikit-sikit.

Its hard to say this, tapi pengulangan 'harapan' pada setiap akhir babak tu, dia lama-lama jadi macam... menggannggu mood bacaan sedikit.

CAMEO. Bila baca buku ni, aku ingat orang lain akan muncul dalam buku ni. Tapi yang lain pula muncul. Tapi, bagus juga. Sebab unexpected untuk aku.

Tak sukanya ending cerita ni. I need to PAY WHAT THEY HAD DONE!! Aku faham, realitinya, memang sukar nak membendung jenayah alam sekitar ni. i just realize, lama dah aku tak mandi sungai.
Profile Image for Hamidah Effendi.
731 reviews12 followers
May 26, 2026
Cerita tentang sekumpulan anak muda yang berjuang menyebarkan kebenaran dalam dunia di mana yang berkuasa akan terus mempertahankan kuasa mereka — walau dengan apa cara sekalipun. Amirul dan kumpulannya pula menjadi ancaman yang cuba didiamkan.

Genre aksi, adventure, pengkhianatan dan organisasi tersembunyi memang buat cerita ni laju dan susah nak berhenti baca. Walaupun kita boleh agak hala tuju ceritanya, penulis tetap bijak susun plot supaya rasa ingin tahu tu kekal sampai penghujung.

Apa yang paling menarik, penulis macam “educator” dalam diam. Banyak isu dunia sebenar disentuh — tentang duit, kerakusan manusia, alam sekitar dan bagaimana ada perkara yang sengaja disenyapkan demi kepentingan pihak tertentu. Nampak penulis betul-betul buat kajian untuk setiap plot dan fakta yang dimasukkan.

Sedih juga bila baca sebab terasa dekat dengan realiti dunia sekarang. Kalau semua orang terus memilih untuk tak peduli, entah macam mana keadaan dunia beberapa puluh tahun lagi.

Tak terlalu heavy, tapi penuh isi dan fast pace. Memang seronok diikuti.

Dan untuk peminat siri Klit… ada cameo watak Skuad Taring Nusa 😭🤣 memang rasa nak jerit sikit masa baca!

Tahniah penulis. Sebuah naskhah aksi yang menghiburkan, ada mesej, dan dalam masa sama buat kita berfikir.
Profile Image for meenie.
477 reviews5 followers
June 1, 2026
operasi hijau bukan sekadar ekspedisi menyelamatkan hutan tetapi juga misi menyelamatkan diri dari dilenyapkan oleh pihak berkuasa.

mulanya, saya ingatkan novel ini light read. tidak ye. lepas satu, satu insiden yang mendebarkan berlaku. jadi, saya sarankan yang mana nak baca itu, boleh baca in one sitting.

banyak pengetahuan baharu yang saya dapat dari novel ini. spesies bunga dan haiwan yang mempunyai pelbagai sifat dan nama yang berbelit lidah kalau nak sebut 🤣 siapa dalang yang sebenar. sebenarnya dah boleh agak. aktiviti haram ini bukan sahaja dilakukan oleh sebuah syarikat tetapi dikawal ketat oleh pihak berkuasa juga. ha seram kan?

overall saya berpuas hati. cuma, 15% for the first half book saya rasa kekok. lebih lagi apabila penulis meletakkan persoalan di setiap perenggan terakhir sebelum masuk ke babak lain.
3 reviews
August 29, 2026
sinopsis :

Cerita ini mengisahkan seorang penyelidik muda, Amirul Hakim yang juga merupakan seorang ejen penyiasat rahsia di bawah kerajaan. Beliau dan beberapa rakan penyelidiknya ditugaskan untuk menjalankan satu ekspedisi kajian di sebuah hutan dara, hutan yg masih tidak disentuh ataupun kaya dengan biodiversiti yang belum diterokai. Namun, segalanya berubah apabila Amirul sampai ke sana. Terlalu banyak tanda-tanda dapat dikesan yang menunjukkan berlakunya pencemaran ataupun lebih buruk, kerosakan alam sekitar yang dilakukan manusia terhadap hutan tersebut.

rating :

3 out of 5 stars. the plot and the idea of the story is so brilliant. rasanya susah nak cari novel melayu yang berfokuskan kepada jenayah alam sekitar. this novel is my first. as someone who is also in the biodiversity field, I am so attracted to this book upon the first time i read the synopsis. i hope there will be more malay novels that touches this aspect or genre in the future. but reasons i gave it 3 out of 5 stars because of the writing. i thought its quite disturbing to my reading pace as lots of sentences are keep repeating over and over again. i do understand the ending of each chapter or narrative written like that to create the thrilling or curiousity of the reader, but too much of it is disrupting my reading pace. i keep on thinking to put this book down a few times but the storyline and plot is great and i am curious on what gonna happen next so i pushed through. im pretty sure there will be a second book after this as the real enemy wasnt revealed thus i realllly hope there will be no or lesser repeatibg sentences with the same meaning over and over again. overall, will i buy the second book? Yes. i will because i love the plots. i wanted to know how this story are ending.

This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Edziani Nabila.
159 reviews9 followers
September 8, 2026
Susah nak stop baca 🤌
Sumpah, novel ni one of kind yang buat saya "okay satu bab lagi". Tapi lepas tu satu bab jadi tiga. 😭

Cerita tentang sekumpulan penyelidik yang diburu selepas mereka cuba membongkar kartel pembalakan haram dan satu projek konspirasi yang melibatkan hutan simpan.

Yang buat saya lagi geram?
Dalang di sebalik semua ni bukan calang-calang orang. Ada menteri dan individu yang pada zahirnya kononnya memperjuangkan kelestarian alam.

Weh, kau fight dengan kerajaan.
Kau fight dengan orang berduit.
Kau fight dengan orang yang ada kuasa.

Memang dari awal dah hooked dengan jalan cerita ini sebab terkenang momen sendiri pernah berdepan dengan situasi 'fight dengan kerajaan'.

Sukalah bila penulis masukkan elemen penyiasatan, aksi dan konspirasi tanpa buat jalan cerita terasa terlalu berat. Bertambah rasa curious nak teruskan membaca sebab nak tahu siapa yang boleh dipercayai.

Menariknya, penulis ambil inspirasi daripada K-drama Vagabond, The Silent Sea dan Stranger.
Profile Image for Aina Hilmi.
Author 7 books108 followers
July 31, 2026
Dapat ilmu baharu tentang perhutanan, tumbuhan herba, kayu-kayan berharga negara serta banyak isitilah flora dan fauna. Konflik utama berkait isu alam sekitar, politik negara, kepimpinan, integriti dan kestabilan negara diadun dalam naskhah ini.

Profile Image for insaneAlice.
36 reviews
June 23, 2026
Repetitive plot/scenes, always running from the same ‘danger’, keep repeating : “USB ni mengandungi benda yg lebih berat”, “apa yg kita hadapi ni besar, melibatkan kuasa yg lebih besar” for all the scenes, making it boring & frustating…

Also questioning Amirul’s credibility as a secret agent, cz he seems unaware that they’ve been tracked (which happened most of the time) & are they no other ‘secret agents’ that can help him ‘secretly’? & how they deal with other important figures that help them, but turn out missing & they keep getting ‘anonymous’ threats but never once seemed ‘dangerous’. He also said “sampai bila…kalau bukan kita, siapa lagi nak bongkar…tapi aku tak paksa” that sounded so manipulative, YOU have been trained for danger, but not them & YOU NEVER SUCCEEDED in truly protected them, your ‘penyelia’ of secret agents never truly there/help pun.

Plot holes of what happened to the other ‘members’ after being resigned without solid reason, what happened to them? Are they under protection? Also always talking about “mungkin ada pengkhianat antara kita” & that can be a good plot twist but it never came, it always resolves with either it’s an outsider or misinformation which can be a bit frustrating

The ending is okay & the moral values are there, just the plot is very repetitive which makes it quite boring and not suspense…might not reread again…
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Vida Ariff.
218 reviews
May 29, 2026
- Bayangkan satu operasi penyelidikan bertukar menjadi mimpi ngeri apabila terjebak dalam kancah pembongkaran skandal yang tersembunyi di sebalik hutan belantara.

- Amirul dan pasukannya yang sudah 'tahu terlalu banyak' menjadi buruan dan harus sentiasa melarikan diri bagai tiada penghujungnya

- Mereka cuba bangkit melawan, namun kuasa yang ditentang terlalu kebal untuk dikalahkan. Dengan segala kudrat dan keupayaan, nyawa mereka umpama di hujung tanduk.

-Bagaimana mereka harus berjuang bukan sahaja demi nyawa sendiri, tetapi demi cinta kepada alam yang semakin pudar hijaunya.
Displaying 1 - 10 of 10 reviews