Satu pelarian. Sebuah parut lama. Dan 30 hari untuk mencari jalan pulang,
Adam Nufail pulang kembali ke Rembau untuk mencari ketenangan yang hilang di celah kesibukan kota di rumah neneknya, Uwan Saadiah,
Namun, kepulangannya membawa dia berhadapan dengan Najla Humaira, gadis yang kini berubah dari vang pernah dia kenali semasa di bangku sekolah.
Di sebalik deruman motor berkuasa tinggi dan kesibukan pasar Ramadan, Adam sedar bahawa meruntuhkan tembok di hati Maira jauh lebih sukar daripada memanjat tangga korporat yang pernah dia banggakan.
Maira bukan sekadar teman lama, dia adalah cermin yang memantulkan segala keburukan masa lalu Adam,
Adakah Ramadan kali ini cukup untuk membasuh noda ego yang sudah berkarat, atau adakah parut di hati Maira akan kekal menjadi penghalang buat sebuah kemaafan?
"You picked on me. Naila Humaira. And I don't like it."
"Dah, buat keria tu. Merajuk konon.. dia tu dah besar panjang, tak adanya nak terasa hati sangat."
Sebuah kisah tentang kepulangan, kemaafan dan erti sebenar sebuah pengorbanan.
Trope: Second chance romance/Return to hometown/Past mistakes and redemption/Emotional healing/Ramadan setting/Small town romance/Childhood connection/ etc...
Cerita ni pasal Adam yang balik ke kampung untuk cari ketenangan lepas penat dengan hidup di bandar. Di sana dia jumpa semula Najla Humaira yang sudah banyak berubah dari dulu. Pertemuan tu buat Adam terpaksa hadap kesilapan masa lalu sendiri. Tapi untuk dapatkan kemaafan Maira bukan benda mudah sebab hati dia sudah lama terluka. Sepanjang Ramadan Adam cuba perbaiki diri dan tebus kesilapan lama sambil perlahan-lahan mendekati Maira semula.
My thoughts 💭 (my opinion)
Short review. Untuk karya pertama ni sebelum saya baca saya tak letak high expectation sangat. Bila dah baca sampai habis, it was not bad at all. 🙌 Penulisan kak Fiza memang sedap dibaca. Love story dalam cerita ni bagi saya sangat matang dan tak cringe. Plot cerita pula still digarap dengan baik walaupun konflik dia sebenarnya tak light tau, kinda heavy juga.
Saya suka setting cerita ni which is dekat kampung² lepastu time Ramadan pula tu. Ia sangat menggamit kenangan bersama orang tersayang. 🫂 Sebuah karya yang menarik dan memang sesuai dibaca di bulan Ramadan ni. Saya tak expect ebook ni 300+ pages, mula² ingatkan 100+ je, sekali lebih ya.. kira banyak juga tu. 😍🔥okay lepasni boleh proceed jadikan buku ye kak. 😆
Overall, saya suka cerita ni, Ia nampak simple tapi penuh dengan mesej dan pengajaran. Senang cerita, karya ni tak kosong. 🤭 Kalau one day akk keluar buku saya akan support! Teruskan berkarya because you got the talent sis! 🔥 Highly Recommended🤍
Vibe cerita kalau dekat kampung plus bendang memanglah mendamaikan! Terasa nostalgia. Menggamit memori lagi2 zaman sekolah. Samalah macam Adam Nufail dengan Najla Humaira. Katanya 10 tahun Adam lari dari Maira sejak luahan perasaan. Baliknya Adam ke kampung pada bulan puasa kali ni dan terjumpa Maira meniaga menjadikan dia semangat nak membetul sesuatu yang dah lama dia tinggalkan.
Di bawah payung bazaar ramadan la saksi 2 manusia ni menjadi rapat. Uli buah melaka sama-sama. Pada saya Adam ni seorang yang maskulin dan protective. Cara dia mengutamakan Maira memang sweet. Nampak keras tapi ada sifat penyayang sebenarnya. Silap dia ni yang saya geram, suka nau melarikan diri. Tak reti nak berdepan dan cuba berkomunikasi dengan Maira. Suka buat orang tu tertunggu-tunggu.
Maira yang nampak kuat rupanya ada simpan parut yang sangat dalam. Toksik yang menakutkan. Bila dia kena fitnah, dia dituduh perempuan jijik. Tapi, kebenaran hidup Maira itu jugalah yang menyedarkan Adam. Maira selayaknya dipertahankan walau dah terlambat. Hubungan Adam dan ibu tirinya juga bersatu. Sebak saya masa ni. Sebak juga masa Adam sesal dengan sikapnya pada Maira. Okay, hampir menangis.
Cerita memang tak terlalu manis tapi cukup buat saya tersengih-sengih. Bab tambahan yang comel. Bukan sikit pula tu penulis belanja. Sampai satu bab tu barulah faham kenapa Adam dengan keputusannya yang lampau. Surat cinta yang dibingkaikan berjaya buat saya rasa terharu. Comel sangat dah ni.🥺 Tak sabar nak baca next e-book! Terima kasih penulis yang cantik manis.😍🥰
Adam kembali ke Rembau di bulan Ramadhan dengan hati yg lara.. seketika dulu Adam seorang yg berjaya.. ada nama, ada syarikat sendiri.. Najla Humaira seorang wanita yg kuat.. macam² dugaan dan cabaran yg dorg lalui buat kan dorang rasa lelah..
Maira ada ayah yg dementia.. Pak Hamid sedih lepas arwah isteri dia meninggal.. jadi dia hanya ingat time satu keluarga happy iaitu time Maira sekolah..
Pertemuan antara dorang smooth sangat.. hingga timbul kan perasaan kembali antara dorang.. seronok baca apa dorang lalui hari² masa ramadhan..
Kisah silam Maira kembali menghantui.. mengejar Maira.. lelaki tu sempat lagi memburuk kan nama Maira.. dan orang kampung yg dengar tu percaya bulat² kata² lelaki durjana tu.. termasuk laaa Adam.. sedih baca bila dia berniaga tak ada orang datang dan masing² pandang serong pada Maira..
Kata² Adam pada Maira sangat menyakitkan.. seolah² Adam nie tak kenal perangai Maira macam mana.. Adam pergi untuk cari jawapan..
Sekembali nya Adam kt Rembau lepas da dapat jawapan, dia jumpa Maira dalam keadaan parah.. puas hati baca bila Adam pukul balik lelaki durjana tu..
Suka dengan watak Maira yg selamba.. kalau dia tak make a move pada Adam yg ego nie, lama lagiiiii laaa Adam nk confess nya..
Dari awal hingga laa akhir rasa best baca.. plot tersusun rapi.. ingat kan cerita pendek.. 300+ pages jugk..
apa yang paling saya suka tentang e-book ni ialah bagaimana penulis mengangkat pelbagai tema kehidupan. semuanya bermula dengan Adam Nufail yang pulang ke Rembau untuk mencari semula makna hidup selepas dikhianati oleh rakan perniagaan dan tunangnya sendiri. hidup di bandar yang penuh dengan kesibukan, status, dan kerja akhirnya membuatkan dia rasa kosong. dan bila dia kembali ke Rembau, tinggal bersama Uwan, dia dipertemukan semula dengan Najla Humaira—kawan lama merangkap cinta pertamanya. pertemuan mereka bukan mudah, banyak liku dan salah faham, tapi dalam masa yang sama tetap ada momen manis yang buat kita tersenyum.
saya suka bagaimana perjalanan Adam kembali “pulang” bukan hanya kerana manusia, tetapi juga kepada Allah. kadang-kadang bila kita rasa hilang arah, kita fikir kita perlukan seseorang untuk memperbaiki hidup kita. tapi sebenarnya, kita perlu meletakkan Allah sebagai yang utama. ketenangan, kekeliruan—semua yang kita rasa itu datang daripada-Nya. dan saya suka bagaimana Maira membantu Adam untuk kembali ke jalan itu.
watak Maira pula sangat kuat bagi saya. dia digambarkan sebagai seorang yang tenang dan kuat, tapi dalam masa yang sama dia juga seorang mangsa keganasan rumah tangga. dia terpaksa lari dari bekas suami dan keluarga mertua demi keselamatan diri. bayangkan apa yang dia lalui. tapi sekuat mana pun seseorang, kita tetap manusia biasa—ada masa kita lemah. dan saya suka bagaimana penulis menggambarkan sisi manusiawi Maira dengan sangat baik.
hubungan antara Maira dan Adam pula terasa matang. momen manis mereka tak berlebihan, tapi cukup untuk buat saya tersenyum (dan tersipu malu 🤭) terutama bila Adam suka mengusik Maira. Adam ni memang gentleman—walaupun ada masa ego dia agak menguji kesabaran 😔💔 tapi saya tak boleh nafikan betapa protective dia terhadap Maira. dari tolong jualkan kuih, jadi runner gerai, temankan ke mana-mana, sampai pastikan keselamatan Maira terjaga daripada bekas suaminya—semua tu menunjukkan betapa dia benar-benar sayangkan Maira. dan hakikat bahawa dia dah cintakan Maira sejak umur 17 tahun dan tak pernah berhenti… itu yang buat cerita mereka terasa lebih istimewa.
antara bahagian yang paling menyentuh hati saya ialah kisah Pak Hamid, ayah kepada Maira. saya memang mudah tersentuh terutama bila melihat orang tua yang perlahan-lahan mengalami simptom dementia. dan cerita ini terasa lebih dekat dengan saya sebab situasi Pak Hamid mengingatkan saya kepada Maktok saya sendiri. saya sangat suka bagaimana Maira tak pernah meninggalkan ayahnya, dan bagaimana dia serta Adam tetap melayan Pak Hamid dengan sabar walaupun dia hanya mengingati versi mereka yang berumur 17 tahun.
babak yang paling meruntun hati saya ialah ketika Pak Hamid memeluk Maira saat dia menangis selepas apa yang berlaku antara dia dan Adam. waktu itu, Maira sudah hilang harapan apabila Adam lebih mempercayai fitnah daripada cuba untuk dengar dari mulut Maira sendiri. tapi pada akhirnya, kasih seorang ayah juga yang menyambut Maira dengan penuh kasih sayang. sejauh mana pun kita mencari kasih sayang pada orang lain, akhirnya keluarga juga yang tetap ada.
selain itu, tema persahabatan dan pengkhianatan juga sangat dekat dengan realiti. apa yang berlaku pada Adam mengajar kita bahawa bukan semua orang mampu senang dengan kejayaan kita. orang yang kita anggap kawan, yang pernah bersama kita waktu susah senang, boleh saja berubah. malah orang yang kita paling percaya dan sayang pun boleh mengkhianati kita.
secara keseluruhan, saya belajar banyak daripada e-book ini, dan saya memang suka cerita yang buat kita berhenti sejenak dan berfikir tentang kehidupan. kisah Maira dan Adam membuka mata saya tentang liku hidup, takdir, dan kekuatan untuk terus bertahan. dan yang paling penting, cerita ini mengingatkan kita bahawa setiap orang layak untuk bahagia—akan sentiasa ada pelangi selepas hujan, asalkan kita sabar dan percaya kepada-Nya.
Cerita yang hooked dari awal sampai akhir :) Ingatkan a short story tapi almost 300 pages. Rasa nak cubit2 si Maira tapi kesianlah pulak anak Pak Hamid tu. Tapi dari cubit si Maira, ada hamba Allah yang patut di bazooka 💀
The fact that this is a free ebook makes me mad. Sebab ebook ni layak jadi fizikal buku dan di jual kat kedai buku. Guys, this is what happened bila reader jadi penulis. She slays with her writing, I'm guessing she is also an experienced writer or a silent writer.
Ebook ni mmg sesuai dibaca bila penghujung Ramadhan terasa begitu dekat dengan ebook ni. Ia mengisahkan tentang Adam yang pulang ke kampung di bulan Ramadhan mencari ketenangan setelah 10 tahun hidup di bandar. Adam di bandar adalah seorang yang berkerjaya, tetapi di kampung dia hanyalah Adam seorang yang biasa sahaja. Kepulangannya ke kampung bertemu dengan Najla Humaira, kawan baiknya, mengimbau kembali kenangan pahit 10 tahun yang lalu.
And the plot begin there...bacalah kalau nak tahu hihi
Cik writer kata ebook ni tak panjang, bila check pages 300+ hahaha tapi mmg berbaloi!