What do you think?

Sebelum Aku Bernikah: Memeluk Sempurna
Buku ini, Sebelum Aku Bernikah: Memeluk Sempurna, ditulis atas semangat perkongsian, untuk melontarkan idea dan pandangan, berkait isu-isu seputar cinta, pernikahan, dan rumah tangga. Bersama dengan sedikit penambahan pengalaman penulis selepas melalui pernikahan dan alam rumah tangga, penulis fikir ada baiknya beliau tulis sebuah buku untuk membincangkan semula isu-isu ini, dengan lebih teratur bersama nafas yang lebih segar.
‘Memeluk Sempurna’ dipilih sebagai tema adalah kerana kesempurnaan merupakan idaman dan fantasi ramai orang. Dibesarkan dengan media menjadi diktator kehidupan, manusia hidup mengidamkan kesempurnaan, dan ini biasanya menjadi penyebab kepada huru-haranya kehidupan. Lebih-lebih lagi, apabila makna ‘sempurna’ itu sendiri telah dicemarkan oleh media massa, masyarakat, dan apa sahaja instrumen pendidikan, yang melakarkan wajah yang salah kepada apa yang dinamakan ‘sempurna’.

- GenresIslam
336 pages
First published January 1, 2015
About the author
Hilal Asyraf
68 books891 followersMUHAMMAD HILAL ASYRAF atau lebih dikenali sebagai Hilal Asyraf, merupakan graduan Yarmouk University(2012), Jordan dalam bidang Usuluddin.
Beliau telah memulakan karier sebagai seorang penulis semenjak April 2009 dengan karya sulung, Novel VT dan Buku Motivasi Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita.
Semenjak itu, beliau aktif mengarang karya-karya fiksyen dan non-fiksyen. Kini telah menghasilkan lebih 40 judul karya.
Beliau juga merupakan pengasas kepada web LangitIlahi.Com, dan semenjak penghujung 2016, beliau telah menubuhkan perniagaan penerbitan beliau sendiri - Hilal Asyraf Resources, dan mula menerbitkan sendiri karya-karya beliau.

Ratings & Reviews
Friends & Following
Create a free account to discover what your friends think of this book!
Community Reviews
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
March 3, 2021
Menampilkan pelbagai ilmu sebelum dan selepas menempuhi alam rumah tangga. Sangat sesuai dijadikan bahan bacaan bagi yang ingin, tiada rancangan mahupun sedang mencari cinta sejati.
Bahkan, penulis sendiri menggarap definisi cinta yang sebenar dari Al-Quran dan Hadis di mana definisi ini kian terpesong di dalam dunia realiti dan terpalit dengan pelbagai kotoran.
Jika anda telah membaca buku terbitan Iman Publication, secara peribadi, saya lebih suka akan terbitan ini yang bersifat santai dan menyentuh jiwa saya sebagai anak muda yang ingin melangkah ke gerbang alam perkahwinan.

October 20, 2018
I like how Hilal Asyraf wrote a sequel to Sebelum Aku Bernikah - an account of how careful preparation during pre marriage life is key and will guide one in his/her steps.
The 2nd book gives off an air of experience as he writes from a perspective of a married man. How all the prep in book 1 has been worth it as preparation builds and strengthens the post marriage life. Life doesn't get easier after marriage. But with preparation, the blow won't be as hard! InshaAllah.

April 10, 2021
Sebuah buku yang sesuai yang memberi overview tentang dunia perkahwinan. Sesuai dibaca oleh golongan remaja atau sekolah menengah bagi menegakkan semula niat untuk mendirikan rumah tangga. Bagi yang sedang mencari atau dalam proses taaruf, sesuai dibaca untuk refresh semula niat dan sebagai peringatan. Tapi ada beberapa bab atau halaman agak sedikit bosan mungkin sebab rasa macam berulang-ulang. Boleh dibaca sekadar sebagai peringatan.
July 21, 2018
Buku yang baik untuk mereka yang seudah bersedia, mahu bersedia atau hanya ingin memahami erti cinta. Pengawalan perasaan dan cara mengekspresikan perasaan kasih itu melalui jalan yang sihat. Mengubah definisi atau perkataan Cinta itu sendiri mampu mengubah persepsi kita. Jadi, selamat membaca.
April 23, 2019
Buku berkisar tentang persediaan sebelum mendirikan rumah tangga. dan pengalaman penulis sendiri.
Persediaan dan hakikat sebenar kehidupan perkahwinan.
Persediaan sebelum memainkan peranan untuk kesan yg baik selepas berkahwin
Persediaan dan hakikat sebenar kehidupan perkahwinan.
Persediaan sebelum memainkan peranan untuk kesan yg baik selepas berkahwin
February 23, 2023
Buku yang sebelumnya dibaca sewaktu "single" dan dibaca lagi ketika sudah bernikah. 2 pandangan & pengalaman yang berbeza tetapi buku ini secara langsung menjadi tazkirah untuk perbetulkan niat sesebuah mahligai yang telah dibina.
October 4, 2024
Buku yang santai dan agak ringan bagi aku. Bukunya berwarna-warni. Capai buku ni lepas habis baca Nirnama. Dalam sehari lebih saja untuk menghabiskan buku ini. Tertarik dengan ayat ini, "Membina rumah tangga semenjak sebelum berkahwin"
May 7, 2015
Sesuai dibaca oleh golongan 25tahun dan ke bawah.
terlalu banyak pengulangan frasa & isi yg sama dlm buku ini dgn buku (Sebelum Aku Bernikah-berusaha mencapai mampu)
isu berkisar kpd cara utk melalui pernikahan. cara utk berjaya bernikah, etc.
isi yg terlalu hijau lg ttg pernikahan.
byk isu yg perlu dikupas lg..
tersengguk juga mmbaca pada penghujung buku.
teruskn mnghasilkn idea baru dan lebih matang...

May 14, 2015
Good book. Buku yang ringan dan juga padat dngn ilmu. Cara penyampaian yang menarik dengan gambar2 ceria. Juga suka cara penulis kaitkan dengan sumber2 ilmu; Al-quran, hadis dan kupasan2 ulama.
September 7, 2015
I got so many tips about marriage when reading this book.
Displaying 1 - 11 of 11 reviews