Jump to ratings and reviews
Rate this book

Cinta Copy Paste

Rate this book
Pertama kali menatap wajah Anom Sufi, hati Habib Iqmal tidak tentu rasa. Meronta-ronta hatinya mahu menjadikan gadis itu suri di hati. Tetapi... sudah tentulah Anom tidak sudi. Yalah...umur Anom baru 19 tahun sedangkan dia sudah 33 tahun.

“Abang rasa abang dah jumpa jodoh abang. Sufilah orangnya yang bakal jadi tulang rusuk kiri abang. Kita kahwin ya, Sufi?"”

Terkedu Anom dengan lamaran Habib. Mana mungkin dia terima lamaran lelaki itu? Dia masih muda belia, sedangkan Habib sudah tua. Bermacam-macam alasan direka Anom.

"Saya ni masih belajar, Datuk. Mana boleh suka-suka hati nak kahwin?"

Habib pula tidak kenal erti putus asa sehinggalah Anom bersuara... Dia menerima lamaran itu.

Namun, kebahagiaan yang didambakan Anom punah sekelip mata dengan kemunculan ‘Baby’. Bila Habib melebihkan ‘Baby’ dalam segala hal, Anom jadi sedar diri. Baru dia tahu, di mana letaknya dia di hati Habib. Jika Habib mahukan ‘Baby’, dia sedia undur diri. Biarlah dia pergi. Dia pun enggan selama-lamanya terlindung di balik bayangan ‘Baby’.

581 pages, Paperback

First published April 1, 2015

6 people are currently reading
73 people want to read

About the author

Nureen Mirza

11 books26 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
12 (30%)
4 stars
12 (30%)
3 stars
12 (30%)
2 stars
1 (2%)
1 star
2 (5%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,035 reviews377 followers
June 22, 2015
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM18. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Tak berjaya dihabiskan. Watak Habib dan Anom tak dapat N hadam, walaupun N yakin cerita ni sebenarnya best.
Profile Image for Intan.
85 reviews2 followers
April 1, 2015
5 jam maraton :))
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
November 26, 2020
Topik yang dibawakan sangat menarik.. Perkahwinan lelaki berusia 30 an dengan perempuan berusia 19.. Memang berat cabaran dugaannya tambahan pula perempuan tu masih belum matang dan yang lelaki masih tersangkut di percintaan yang lama.. Bila baca Sha geram betul dengan watak lelaki tu.. berusia tapi tak matang.. Penyampaian cerita yang menarik dari penulis..
Profile Image for Qayiem Razali.
891 reviews85 followers
April 13, 2015
Terkenal dengan Asam Pedas Untuk Dia (telah diadaptasi dengan jayanya), kini kisah Habib dan Anom dijadikan taruhan. Kisah perbezaan usia mempengaruhi kerukunan rumah tangga ini memang menarik pembacaan saya.

Untuk naskhah keempat, penulis cuba membawa kelainan walaupun plot cerita masih berpaksikan pada jalinan cerita bahagia-bergaduh-bahagia. Dan kelainan itu memang saya lihat. Bagaimana agaknya lelaki 33 tahun berkahwin dengan gadis 19 tahun? Apakah si lelaki bersikap matang dan si gadis berperilaku keanak-anakan? Dalam hal ini penulis bijak dalam mengembangkan perwatakan watak utamanya iaitu Habib dan Anom.

Nakal si hero, saya kira berjaya mencuit hati saya. Cengeng si gadis, buatkan saya rasa rimas kadang kala. Tapi, kerana hal inilah kisah ini saya berikan 4 bintang. Ditambah lagi dengan pengenalan kepada beberapa watak sampingan menguatkan lagi perjalanan cerita.

Secara keseluruhannya, kisah Habib dan Anom ini bukan sekadar kisah cinta kosong. Walaupun tajuk novelnya agak catchy, tapi isinya sungguh mendalam. Tahniah buat penulis!
Profile Image for MackMegan.
51 reviews
July 12, 2016
Sorry to say tak suka dengan watak Habib yang saya rasa tak matang, umur 33 pangkat Datuk tapi tak matured. bertahun berpisah maseh simpan fone number girlfren yang di panggil 'baby' macam tak kena pulak. Sufi umur 19 tahun ada pulak fikiran matang walaupun perangai macam budak2. Suka Qayyum yang ada matang sikit dari Habib.

Apa-apa pun selera masing-masing *peace*
Profile Image for WaNie Jud.
77 reviews3 followers
November 12, 2015
stress aku baca buku niee..mula2 kemain manis mulut bila nakkn org tu..bila rahsia dh terbongkar kelaut smua nye...grrrrr!!! dh mmg konkawen dgn budak yg xmatang nak mrh knp..hahahaha...emo x aku! adoiii stresss dgn watak hero dia..
Profile Image for Scha.
85 reviews2 followers
May 14, 2015
siyesly,.novel ni best sgt2..suka unsur2 kelakar yg ada dlm novel ni...melting ngan habib.. :p layan jer kerenah anom yg kebudakan... thumbs up ,,lebiu habib.. hahaha
Profile Image for Wan Amalyn.
Author 1 book41 followers
July 13, 2015
2 1/2*

Rasa macam ada benda yang tak berapa nak 'klik' :(

Walau bagaimanapun, masih boleh dibaca...

tbc
Displaying 1 - 11 of 11 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.