Jump to ratings and reviews
Rate this book

Pelita di Bawah Purnama

Rate this book
Qairynn dan Aryan semenjak kecil mereka hidup berjiran dan bersahabat. keakraban mereka seperti adik dan abang. apa sahaja mereka tempuhi bersama. Namun, entah bagaimana cerita duka merempuhi mereka.

Semuanya bermula apabila Maya rakan sebaya Aryan tiba-tiab mencelah peluang di antara Aryan dan Qairynn.

Kehilangan orang-orang yang disayangi tidak mudah untuk dilalui oleh Qairynn. Jiwanya terbang ke angkasa mencari semula apa yang hilang. Namun kehilangan kekal abadi itu tidak mungkin akan berganti. Qairynn nanar meneruskan hidup dalam kepahitan. Kesakitan yang dialaminya semakin tepu. Sehingga akhirnya, dendamnya mula bangkit kepada Aryan.

Lapan tahun mereka berdua terpisah. cerita demi cerita terlakar. Aryan pulang juga ke tanah air. namun mudahkah untuk dia mendapat maruahnya semula? sudah tentulah tidak. Kebencian Aryan bagaikan tidak bertebing kepda lelaki itu. Tiada maaf yang mampu idhulurkan. Namun Aryan tidak pernah berputus asa untuk meraih Qairynn semula. biarpun dia sedar terlalu besar khilafnya sehingga membuatkan Qairynn hilang jiwa. Dia sudah berjanji untuk mengembalikan Qairynn kepada yang asal.

Penghujung kisah ini sudah pastinya bahagia. Namun antara Maya dan Qairynn, mereka ibarat pelita dan purnama kepada Aryan. Yang mana purnama itu indah namun cahayanya susah untuk digapai. Manakala pelita itu, walaupun tidak seindah purnama, Namun cahayanya hanya buat Aryan seorang. Hakikat itulah yang membuatkan Aryan tega biarpun Qairynn sekadar pelita itu

698 pages, Paperback

First published February 1, 2015

3 people are currently reading
78 people want to read

About the author

Adnil Zaff

66 books107 followers
Nama pena Adnil Zaff juga boleh dikenali dengan Fazlyn Ridz. Beliau kini menetap di Kampung Gajah, Perak dan merupakan seorang penulis sepenuh masa.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
41 (30%)
4 stars
52 (39%)
3 stars
30 (22%)
2 stars
8 (6%)
1 star
2 (1%)
Displaying 1 - 30 of 38 reviews
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
July 26, 2015
Ini kisah adik angkat abang angkat yang berjiran sekian lama. Apabila abang angkat yang disayangi mula menaruh minat pada perempuan lain, yang merana si adik angkat apatah lagi si kekasih hati abang angkat perangai tak secantik rupa.

----------------------------------------------------------------

Senak perut gelak tang Qairynn tersalah faham pasal kematian Aryan. Malu seh merayu rayu kat jenazah bapa orang lain :D

Kalau ikutkan hati nak tutup je buku masa part Aryan mcm lelaki tunggul biarkan Maya kutuk Qairynn. Tapi bertahan juga sbb nak tau kisah Qairynn. Sbb apa Qairynn trauma, apa jadi kat dia masa di tinggalkan kat Bukit Gasing sampai ayah tersayang meninggal dunia.

Dari kisah Aryan ker kisah tongkat ali terbawa-bawa sampai ke Firman dalam ADPD? Oh Firman dalam novel ni mmg lah sopan sebelum jumpa Rania :)

Sedikit ralat untuk pembetulan. MPPJ dah dinaiktaraf ke MBPJ pada tahun 2006. So harapnya cetakan seterusnya dapat dibetulkan. Tapi kalau cerita ini berkisar tahun sebelumnya tiada masalah lah.

Psst! Tiada nama Qairynn dalam MBPJ sebagai jurutera. Jangan dicari untuk sebarang kelulusan berkaitan kejuruteraan :D (yeah itu hanya imaginasi penulis sahaja)
Profile Image for Yuni.
257 reviews82 followers
August 15, 2015
Panjang jadi pendek, yuni bukan berada di tempat Rynn so tak dapat nak bayangkan traumanya dia sehingga sanggup menjadi kurang ajar kepada suami sendiri, ber'aku-kau' dengan suaminya. Mungkin family dia try nak memahami diri Rynn sehingga boleh tutup mata even banyak kejadian di depan mata. For me lah, trauma atau tempoh berkabung ada hadnya. Jangan sampai mereka 'naik lemak' dan tidak boleh dinasihat lagi. Yes, ada part yang kelakar dalam novel ini. Tapi rasa geram yuni atas sikap Rynn itu lagi tinggi lagi. Jadi seperti yang yuni nyatakan di atas, yuni bukan berada di tempat Rynn so yuni tak dapat nak memahami perasaan orang2 trauma ni.
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews105 followers
July 27, 2015
Naskah untuk dilepaskan; RM20.00. PM je...

Ini naskah ke-2 penulis ini (juga menggunakan nama Fazlyn Ridz) yang singgah di teratak pembacaanku.... peposa ni cuma teratak yang tinggal, villa indah dah lama terbiar.

Ceritanya menarik. Biarpun masih berpaksikan nikah-paksa-kahwin-pun- paksa (dek penangan ubat perangsang si antagonis).....

Dan mana pernah aku berjumpa si pengantin lelaki kena terajang dengan pengantin perempuan pada malam pertama sebilik. Ouchhhhh... tentu senak!

CUMA...

Boleh tak kalau Bab 1 - Bab 14 diubah nada dialognya? Rynn = 17 tahun. Aryan = 19 tahun. TAPI... dialog dan perlakuan mereka seperti kanak2 berusia 7 dan 9 tahun. Seriously. Jika tidak dinyatakan yang Rynn bakal menduduki SPM dan Aryan akan menempuh STPM, pasti aku akan terus menganggap mereka2 ini bebudak sekolah rendah yang masih bertocang dan berseluar navy blue.

Dan dialog2 dan perlakuan budak2 ini masih diteruskan untuk si Aryan 8 tahun selepas itu. Biarpun kekerapannya tidak begitu ketara, tapi sedikit sebanyak ia merosakkan mood manis bergula antara Rynn-Aryan.

PERCAYALAH....

Penulis perlu melakukan sesuatu untuk mengatasi isu di atas.
Profile Image for  Kak Zie.
370 reviews63 followers
January 23, 2017
Walaupun watak utama dalam cerita ni agak kebudak-budakan sikit tapi jalan cerita masih lagi boleh dihadam dengan baik.. Masih ada sedikit ilmu yang cuba disampaikan oleh penulis..
.
p/s: Anak orang kaya, yang manja memang tak pandai masak ehh...?
Profile Image for Ririn Aziz.
795 reviews106 followers
January 6, 2020
2.85 bintang

Ni antara buku awal penulis kan? Masih banyak loophole dan kenyataan yang sekadar sebutan. But since it's a rom-com ie light reading, so saya pejamkan mata.

1. Dan seperti ramai pembaca lain komen, perwatakan Qairynn dan Aryan tu terlalu kebudak-budakkan tak padan dengan umur terutamanya part zaman sekolah tu. Dah besar panjang kot (17 dan 19 tahun), dah boleh jadi mak bapak orang, takkan la tak tahu batas pergaulan antara perempuan - lelaki. Walaupun perhubungan tu katanya atas dasar adik-abang. Saya geleng kepala part bergurau senda atas katil dalam bilik tu.

2. Sikap pengecut Aryan yang membiarkan saja Maya menghina/membuli Qairynn tu agak sukar nk dimaafkan. Baru couple 2 hari dah dah tak ingat orang lain. Haishh...awal-awal dah tunjuk perangai buruk pun sayang juga ke?

3. Macam mana Aryan boleh berhubungan lagi dengan Maya selama 9 tahun di US padahal Aryan dah putuskan hubungan dalam tempoh beberapa bulan pertama lagi. Siap orang tu tukar universiti sbb nak lari huhu (part tukar universiti tu....haishhh - tak payah fikir, buat sakit kepala nak peduli hal yang tak wujud haha)

4. Sebab saya ada baca buku baru penulis, so saya tahu dia dah improve banyak dari yang ni. So tak payah komen banyak benda yang dah lepas ya.
Profile Image for Sweet♡ساكورا.
189 reviews14 followers
December 13, 2018
Amat bosan. Bukan jiwa saya..
Puas utk serasikan diri dengan jalan cerita ini. Tapi tak boleh. Maybe jalan cerita ini bukan jiwa saya. Maaf sesangat.
Profile Image for Maslina Omar.
154 reviews19 followers
June 19, 2015
Dia purnama, cahayanya indah
Namun tak tergapai dek tangan
Sedang aku hanya pelita..
Namun cahaya pelita itulah yg menyuluh terang jalanmu

Qairynn & Aryan berteman mesra sejak mereka di bangku sekolah rendah lagi memandangkan mereka berjiran. Bergurau senda, bermain bersama, pergi ke & pulang dari sekolah bersama, bebas keluar masuk rumah & bilik masing2, membuat homework & study bersama sudah sebati menjadi rutin harian mereka. Mereka mendefinasikan hubungan mereka seperti adik dgn abang, dan keakraban mereka berlanjutan sehingga meningkat remaja.

Aryan berubah apabila Maya, gadis yg diminatinya dlm diam, hadir dlm hidupnya. Dia yg asyik terbuai dgn cintanya terhadap Maya akur kepada permintaan Maya agar menjauhi Qairynn. Tiada lagi perkara yg dilakukan bersama2. Aryan yg hanyut dlm keasyikan cintanya tergamak meminggirkan Qairynn sehinggalah ibunya memintanya membetulkan keadaan & berbaik semula dgn Qairyn sebelum dia bertolak ke luar negeri bg melanjutkan pelajaran.

Aryan lantas cuba mendamaikan Maya & Qairynn dgn mengaturkan pertemuan 6 mata. Namun keadaan menjadi lebih buruk apabila ternyata hanya perbalahan yg tercipta antara Maya & Qairynn & akhirnya pertemuan tersebut berakhir dgn Qairynn ditinggalkan sendirian di suatu tempat yg sunyi. Terjadilah suatu peristiwa yg tidak diingini terhadap Qairynn sejurus dia ditinggalkan di situ. Peristiwa hitam yg telah membawa pergi seluruh semangatnya itu juga telah meragut nyawa ayahnya yg tersayang sehingga Qairynn mengalami trauma yg amat dahsyat yg kemudiannya membenihkan benci & dendam di hati Qairynn…dendam terhadap seorang Aryan.

Sementara itu, Aryan pula mulai sedar bahawa Maya bukanlah seperti yg didambakan & sayangnya kepada Qairynn selama ini melebihi sayang seorang abang. Namun segunung kekesalan atas perbuatannya terhadap Qairynn membuatnya tidak kuat untuk kembali ke tanahair berdepan kenyataan walaupun telah tamat pengajian. Dia hanya kembali selepas 8 tahun…kembali utk menebus kesalahan & untuk memenangi semula hati seorang Qairynn.

Pelbagai cara dilakukannya untuk kembali mendampingi Qairynn. Sayangnya tempoh 8 tahun itu telah membina tembok kebencian & dendam yg amat kukuh di diri Qairynn sehinggakan Qairynn berubah menjadi seorang yg kasar serta keras hati. Namun di hati Qairynn sebenarnya masih bersisa sayangnya terhadap Aryan.

Dengan bantuan keluarga kedua2 belah pihak, Aryan kemudiannya mengahwini Qairynn & bersungguh2 untuk menjaga Qairynn hingga hujung nafasnya, demi kasih sayangnya & demi menebus kesilapan yg pernah dilakukannya. Layanan buruk Qairynn terhadapnya tidak sedikitpun melunturkan kecintaan Aryan terhadap isterinya itu.

Pada suatu hari Aryan ditimpa kemalangan ketika bertarung nyawa mahu meyelamatkan Qairynn yg diculik oleh Maya yg ingin membalas dendam. Runtuhkah tembok kebencian Qairynn dengan tragedi yg menimpa suaminya itu? Berjayakah Maya memusnahkan rumahtangga Aryan & Qairynn? Semua akan terjawab seusai kembara tiba ke perkataan "tamat". Pelbagai emosi terbit sepanjang pembacaan...suka, benci, geram, sedih...cukup segala rencahnya.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
June 24, 2015
masuk list!!... list buku antara yang terbaik tahun ini. sesiapa yang biar buku nie pending atas rak, sila ambik dan baca... tapi, kalau tak kena dengan selera taktaulah nak kata apa... bukan sekadar sebuah novel cinta biasa.. penyusunan ayat cukup indah, bait-bait kata di sulam cukup cantik. olahan kisah dan perkembangan jalan cerita pun boleh buat pembaca merasa sekali apa nak disampaikan. ada suka, ada duka. ada sedih, ada gembira...
serbamula kisah antara aryan dan qairynn yang digambarkan mesra seperti adik beradik. suka dengan rasa yang disampaikan oleh penulis bilamana kasih sayang adik beradik difokuskan. cumanya, mereka bukannya mahram, sekadar jiran sebelah rumah. larangan untuk mereka rapat dan mesra telah diluah oleh umi qairynn kerana sebagai umi, dia nampak jalinan kemesraan yang ditonjolkan bukan kemesraan seperti adik beradik. masuk pula fasa hati, aryan di sapa oleh maya, gadis yang cukup terkenal dengan kecantikan di sekolah mereka.. rupanya maya membawa hubungan antara aryan dengan qairynn ke jalan mati. maya sering menghina qairynn dan juga menuduh qairynn menjadi batu penghalang hubungan dia dan aryan. qairynn mula hilang dari perhatian aryan. malah aryan seperti diperbodohkan bila melihat maya menghina qairynn. kemuncak pertelingkahan bila qairynn ditinggalkan mereka sewaktu bertemu kononnya untuk menyelesaikan sengketa antara mereka.. sesuatu yang hitam berlaku pada qairynn membuatkan dia menjadi benci dengan aryan..
8 tahun berlalu, aryan pulang juga untuk menebus segala kesilapannya. namun bukan mudah untuk qairynn menerima permohonan maaf darinya. bagi qairynn aryanlah punca dia hilang segala yang berharga dalam kehidupannya. terasa sedih bila baca segala yang dilalui oleh qairynn.. thumbs up Adnil Zaff sebab memang bijak mencelarukan emosi pembaca. terasa betapa payahnya qairynn nak menghadapi kehidupan. qairynn hendak dijodohkan dengan firman oleh atuknya. qairynn tidak dapat mengelak kerana tradisi keluarga mereka bahawa anak perempuan akan ditentukan jodoh oleh keluarga. sifat keras dan kasar serta degil qairynn keluarga mereka sedia maklum selepas kejadian hitam yang menimpa cuma datuknya tahu hanya seorang yang boleh melentur sifat2 itu.. firman juga mengalah demi mahu melihat qairynn hidup bahagia.. arah tuju tentu pada ayran.. tapi mahukah qairynn menerima aryan walaupun terpaksa menerima jodohnya?.. bagaimana dendam kesumat dalam hatinya ?... akan terus bersabarkan aryan dengan sifat keras qairynn yang cukup membencinya itu?.... tak rugi baca buku ni... cari, beli, pinjam dan baca... tak kiralah nak baca di bawah cahaya matahari, cahaya lampu kalimantan, bawah lilin atau bawah purnama sambil bersuluhkan pelita.... puas membacanya!!
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,035 reviews377 followers
May 15, 2015
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM24. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Dramatik betul cerita ni. Memang full-on drama. Kalau dah stress, rasanya mahu berganda-ganda naik tahap stress tu. Memang sakit hati betul dengan perangai Aryan selepas ber-couple dengan Maya. N jatuh kasihan pada Qairynn selepas Aryan slowly mengetepikan dia dan melebih-lebihkan Maya. Maybe because I’ve been in her shoes before so N faham betapa sakit hatinya melihat your best friend yang bertahun-tahun tiba-tiba berkepit dan melebihkan perempuan lain.
Tapi disebabkan N suka dengan gaya pengolahan penulis, N tetap gigih dan kekal bersemangat untuk baca.

N rasa the only part yang tak stressful is when Aryan bawa balik kayu tongkat ali and how Qairynn jadi seram dan takut bila Aryan ‘makan kayu’ tu. Part tu memang N gelak giler.
Profile Image for Eeyta.
247 reviews23 followers
February 26, 2015
Apabila membaca karya cik writer yg dah menjadi kesayangan saya tak perlu saya pertikai lagi, memang awesome habis..Ceriter yg lain dr yg lain.. saya suka sgt watak Aryan seorang lelaki yg begitu sabar dan amat mencintai Rynn cuma rasa itu tercalar bila kewujudan Maya.. perasaan bersalah meninggalkan Rynn membuat dia sedar yg perasaannya sememangnya dia menyintai Rynn bkn sebagai Abang dan Adik.

Membaca novel ni menerbitkan mcm2 perasaan sedih..geram..suka mcm2 ada.. Tahniah Cik Writers tak sabar nak tunggu kisah Firman & Rania
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
April 8, 2015
apa yg nk kata..PUAS HATI!! walaupun pada mulanya menyampah n sakit hati dgn Aryan..sebab dia penyebab Qairynn jadi mcm tu..tp lama2 boleh diamaafkan dgn kesungguhan dia memujuk Qairynn walaupun mcm2 dia kena..paling lawak kena terajang masa mlm pertama..haha

x sabar nk baca cerita tentang Firman pulak..dah nk terbit dengar cite..yahooo..;)
Profile Image for SS.
519 reviews5 followers
August 19, 2020
Berjaya juga pinjam buku ni di PNM e Reader. Lama sangat tunggu. Dah dapat pinjam terus baca sebab ini kali pertama saya baca buku penulis. Curious juga mcm mana agaknya style penulis menulis.

Mengisahkan tentang Rynn & Aryan yang berkawan baik sebab mereka sudah lama hidup berjiran. Ke akraban mereka tak boleh disangkal lagi kerana ke mana saja mesti berdua. Di rumah mahupun di sekolah.

Kalau tak silap, Rynn akan mengambil SPM dan Aryan STPM. Kira tak la muda sangat umur masing-masing. Akan tetapi, setelah kemunculan Maya. Yang katanya hot stuff di sekolah, pujaan hati ramai telah approach Aryan dan senang cerita dia nak dekat Aryan la. Tapi dia cuba untuk memutuskan hubungan baik antara Aryan dan Rynn dengan cara yang sgt kotor sehinggakan Rynn merasakan dia sudah tidak diperlukan Aryan lagi.

1. Kalau sesiapa di tempat Rynn mungkin susah juga untuk terima Aryan semula. 8 tahun menghilang and suddenly muncul. Lepastu, cuba nak settle down mcm terlalu mendadak. Plus, Rynn terlalu banyak yg dia tempuh sepanjang tempoh masa tu. Trauma dia kena ambil kira juga sbb cuba kita letakkan diri kita di tempat Rynn. Kehilangan org tersayang memang menyakitkan!

2. Please anyone tolong tamparkan muka si Maya. Dari sekolah sampai dah besar panjang. Mulut dia kerja nak menyakitkan & fitnah hati orang je. Saya tak cop dia perampas sebab Aryan pun suka dia. So suka sama suka bukanlah perampas. But then, watak dia memang sangat menjengkelkan.

3. Watak Aryan pula mcm tak tetap pendirian pada awalnya. Tergamak ikut telunjuk gf dan sanggup blah tinggalkan member yg dah lama kawan dgn dia. Lebih ikut kata gf yg baru kenal. Dia tak boleh fikir ke tindak tanduk gf dia tu boleh membahayakan nyawa org lain. Maknanya apa ya? Aryan ni pendek akal ke? Haha. And 8 tahun kemudian, datang kembali di sisi Rynn utk tebus kesalahan. Satu pujian patut diberi sebab dia tak lepas tangan dan bersungguh untuk jaga Rynn.

4. So, Kalau Aryan takda. Mestilah hero no 2 mendapat tempat di hati. Haha Encik Firman pun not bad. Tak apa la. Boleh gi try org lain k? Haha.

Storyline ok. Ada campuran action sikit di bahagian belakang bukan romance saja. Ada part kelakar which is part tongkat ali tu. Mak aih berdekah gak gelak sebab tak sure sbb terhibur atau geli haha. Overall ok ok je utk dibaca.

Cuma mungkin la sepanjang baca ada drag sikit sebab Rynn main tarik tali and dia keep on repeat the same thing over and over again. Dan lepas dah kahwin pun dia punya bahasa dengan suami dia kategori kurang ajar sebab meninggi suara, bahasa kau-aku, tak ada adab dll. Tapi layanan dia tu mcm terlalu over. Sebab dia tak peduli lansung suami dia mcm mana. Dia kisahkan diri dia je.

As for Aryan, mungkin sedikit sebanyak jd cabaran untuk dia. Nak mendidik isteri yang tidak mendengar kata & degil. Adan uke ko! eh tiber 😂

This entire review has been hidden because of spoilers.
53 reviews44 followers
February 21, 2015
Pelita di bawah purnama...lihat dari tajuknya sahaja sudah terlihat keunikannya...purnama di atas sana pelita di bawah...apakah maksud tersiratnya?...

Dalam menelursuri naskhah keempat karya adnil zaff memang ternyata keunikannya.
Pelita di bawah purnama mengisahkan hubungan dua jiwa sejak kecil Aryan dan Qairynn yang tinggal berjiran. Hubungan asalnya hanya anggapan mereka adik dan abang rupa rupanya terselit rasa cinta antara keduanya.

Namun, hadirnya , MAYA telah merosakkan hubungan antara Aryan dan Qairynn. Aryan tega memilih maya yg kononnya bagai purnama bagi aryan dan menyisihkan pelitanya Qairynn....
QAIRYNN berasa sangat disakiti sementelahan pula berlaku SATU PERISTIWA yg berpunca daripada Aryan yg telah merenggut kebahagiaan hakiki Qairynn.

Setelah 8 tahan Qairynn cuba melupakan peristiwa pahit itu, Aryan muncul kembali untuk menagih cinta yg dipinggirkannya akibat kekhilafan lapan tahun lalu.
Namun, Qairynn sekarang bukan lagi Qairynn yg dulu...
Qairynn sekarang pendendam
Qairynn sekarang kental jiwanya
Bagi Qairynn dia TAK AKAN MEMAAFKAN ARYAN SAMPAI MATI!

Betapa sengsaranya Qairynn
Betapa sakit tuh hati Qairynn
Betapa remuknya jiwa Qairynn
Hanya Qairynn yang merasa..menderita dan kecewa.

Pelbagai cara dibuat ARYAN untuk mendapat kembali cinta Qairynn..namun sangat sukar bagi aryan...terlalu banyak onar yang dibuat oleh Qairynn terhadap ARYAN dalam usaha aryan memujuk Qairynn. Apa yang tidak dibuat oleh QAIRNN terhadap ARYANNYA...bak kata Qairnn JIRAN YG DIBENCINYA ITU...
Baling batu
Baling telur mentah
Cat kereta aryan dengan kata kata kesat....ahaksss sangat sadis sekali...

Namun Qairynn buatlah apa apa sahaja terhadap diri ARYAN...hatinya TUH HANYA UTK QAIRYNN

Bagi Aryan pelita itu walaupun cahayanya tidak seindah purnama tetapi cahayanya hanya untuk QAIRYNN seorang
Bagi Aryan pelita itu akan sentiasa dekat dengannya
Bagi Aryan pelita itulah yang menerangi kegelapannya selama ini.
Bagi Aryan cahaya pelitanya itu tak pernah pudar
Bagi Aryan dia perlu mengembalikan cahaya pelitanya yang semakin pudar itu...
Berjayakah aryan menggapai kembali pelitanya?
Berjayakah aryan mengembalikan kasih Qairynn terhadap dirinya?
Apakah peristiwa TRAGIS yang menimpa Qairynn 8 tahun yang lalu?
Apakah peristiwa yang menyebabkan Qairynn begitu membenci Aryan?...sangat sangat benci!
Dapatkan jawapan demi jawapan ini dalam naskhah hebat ini...SANGAT KEBABBBOOMSSSSS...KAK BURN beri BERIBU RIBU BINTANG DI LANGIT MENGALAHKAN SINARAN PURNAMA.....
Sesungguhnya PELITA DI BAWAH PURNAMA ADA MACAM MACAM RENCAH...
Ada sedih pilu
Ada geram
Ada benci
Ada dendam
Ada hubungan kekeluargaan yang utuh dan kental
Ada kecindan
Dan sudah semestinya
Ada sweet bergula manis kebabbboommmmm

Ternyata 698ms novel ini sangat bagus garapannya sehingga kita terasa sayang untuk menghabiskan sehingga perkataan tamat...setiap muka surat sangat bermakna......tahniahhhh seribu kali tahniahhhhhh....novel kelima garapan Fazlinda Adnil Zaff yg sangat KEBABBBOOMSSSS
286 reviews52 followers
September 16, 2023
satu cerita yang mengisahkan tentang kehidupan qairynn dan aryan yang telah rapat sejak kecil lagi….teramat2 rapat sehinggakan tidak boleh dipisahkan lagi….namun keakraban mereka dicemburui oleh maya….angkara maya yg jahat dan berhati busuk, rynn ditinggalkn terkapai2 sendiri sehingga terlibat dalam satu tragedi hitam yg amat perit dan membuatkn rynn kehilangan orang yang paling disayangi…akibat tragedi hitam dan kehilangan insan tersyg, rynn trauma dan mengalami masalah jiwa….bertahun2 keluarga rynn berusaha memulihkan qairynn sehingga lah akhirnya aryan yg menjauhkan diri ke luar negara, kembali semula ke malaysia untuk memohon maaf dan memperbetulkan segala kesilapan yang berpunca daripadanya….

namun, 8 thn itu telah membuatkan qairynn makin membenci aryan….apa yg berlaku 8 thn lalu, membtkan aryan semakin dihimpit kekesalan…aryan sedar bukan mudah untuk dia mendapatkan kembali qairynn ashikin nya yang dulu….berbagai2 cara yang aryan lakukan, namun hati qairynn sgt keras dan beku….tambahan pula, maya semakin mengeruhkan keadaan yang ada….maya masih lagi dengki dengan qairynn…..

usaha aryan tidak sia2 kerana di hati qairynn, aryan masih bertapak kukuh di situ….dalam mereka meniti bahagia, maya sekali lagi membuat onar….nyawa qairynn sekali lagi menjadi taruhan…..dapatkah aryan menyelamatkan qairynn atau aryan harus melepaskan nya demi maya dan keselamatan qairynn??? segala2nya akan terjawab bila menyusuri kisah suka dan duka kehidupan seorang qairynn asyikin dalam mengecapi bahagia yang dia inginkan bersama aryan sejak berthn2 yang lalu…..
Profile Image for Mslvoe.
2,066 reviews200 followers
August 11, 2025
F rasa Aryan ni tak layak untuk Rynn. Watak dia lembik gila… F seriously don’t get what he sees in Maya. Dengan mulut puaka ermm harapkan pretty but hati hitam.

Lepas balik dari US, Aryan konon nak berbaik semula dengan Rynn but things got even messier bila Maya muncul. Lagi lah F tak faham… Aryan ni soft sangat. Depan mata dia Maya dok perli² Rynn and he just kept quiet. Like, hello? Kalau betul tak suka Maya, why didn’t he stand his ground? Rimas F

Bukan ke sifat lelaki kalau dah tak suka seseorang, hati dia akan beku and totally cold?

In the end, diaorang kahwin jugak. Tapi ada jugak few sweet and funny moments between Aryan and Rynn yang buat F senyum sorang²

F suka part Aryan tinggalkan Maya tepi jalan.. same like what she did last time. padan muka!
Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews55 followers
April 30, 2015
first of all...aku suka tajuk novel ni dgn ayt kat bwh tajuk tu...sgt sastera dan tersirat...

komen ;)

1-best!
2-kecewa mase aryan tinggalkan rynn
3-geram sbb rynn garang sgt mase bab aryan memujuk-mujuk
4-geram sbb rynn degil
5-sengal mase rynn peluk mayat entah sesiapa tu
6-berdebar mase maya mangkuk tu letak pil peransang dlm air aryan
7-suke mase diorg dah berbaik
8-puas mase aryan tinggalkan maya kat bukit tu
9-berdebar mase maya mereng tu nk tembak rynn
10-kelakar mase rynn tengah pregnant, rynn suke usik muka aryan sebelum tidur

SUKA sbb tak de konflik berat mase aryan n rynn dah berbaik...peace! ;)
Profile Image for Nurul.
80 reviews3 followers
March 15, 2021
Yeay, novel yang best dibaca. Kisah mengenai Qairynn dan Aryan, tanpa mereka sedar yang mereka sudah menyukai antara satu sama lain semasa di zaman sekolah lagi. Pada anggapan mereka, perasaan itu hanyalah sebagai abang angkat dan adik angkat sahaja. Kebetulan rumah ibubapa Aryan bersebelahan dengan rumah atok dan nenek Rynn. Mereka pergi dan balik sekolah bersama sama. Aryan sangat menjaga Rynn. Buku buku dan beg sekolah Rynn pun Aryan bawakan.
Hubungan baik mereka bergolak selepas munculnya Maya antara mereka. Maya tidak suka hubungan kedua-duanya dan memaksa Rynn menjauhkan diri dari Aryan. Dia juga memaksa Aryan melakukan perkara yang sama sekiranya Aryan menyintai dia. Aryan yg confuse menyangkakan dia sukakan Maya, melayan semua kehendak Maya dan menjauhkan diri dari Rynn, malah yang paling tak best dia biarkan aje Maya mengherdik Rynn sesuka hatinya, sehinggalah terjadinya tragedi di Bukit Putus yang mengakibatkan mereka terpisah selama 8 tahun. Aryan menyambung pengajian di UK & Boston dan mereka terpisah selama itu. Aryan tidak cuba menghubungi Rynn selama tempoh itu sebab terlalu malu & bersalah dengan Rynn dan keluarga mereka. Sekembalinya ke Malaysia, Aryan cuba meminta maaf dan menjernihkan keadaan tetapi Rynn sangat keras hati tidak memaafkan Aryan sehinggalah mereka berkahwin. Salute dengan Aryan yang sangat sangat penyabar. Apa pun yang Rynn cuba buat dengan dia, dia tak pernah marah.
Profile Image for Izz.
420 reviews8 followers
February 10, 2021
Setakat ni buku dr AZ xda lagi yang tak best. Yang ni takda rasa bahasa baku sangat bila baca. Selalunya rasa macam bahasa baku je bila baca buku AZ.

Kisah mengenai persahabatan Qairynn dan Aryan sejak di bangku sekolah lagi dan masing² dah macam abang dengan adik. Tapi, masing² tak sedar yang diaorang sebenarnya sayang each other lebih dari kasih sayang abang dan adik. Kemunculan Maya, sebagai kekasih Aryan telah mengubah persahabatan Qairynn dan Aryan. Apa yang Aryan dan Maya buat pada Qairynn pada malam tu kat Bukit Gasing, memang tak patut dan kejam. Kalau sis pun rasanya susah nak maafkan Aryan. Kemudian, Aryan mendiamkan diri selama 8 tahun, langsung tak ambil tahu pasal Qairynn, balik² semula ke Malaysia baru nak menyesal, baru nak minta maaf. Memang patut lar Qairynn tu marah sangat. Tapi, bagusnya Aryan ni, sangat lar bersabar dengan Qairynn, lagipun dia memang salah pun, so dia memang kena hadap lar perangai Qairynn. Kelakar, sedih, sayu, gembira, romantik pun ada baca kisah dua orang ni.
Profile Image for goldencave.
463 reviews9 followers
October 28, 2024
Not my cup of tea. I still prefer her other novels. Naskah kali ini abit draggy and at times boring.
Kisah Aryan dan Qairynn yang membesar bersama kerana mereka duduk berjiran. Sikap prihatin dan kemesraan mereka tidak dapat disangkal lagi. Cuma dialog Aryan dan Qairynn macam budak sekolah rendah tapi umur masing-masing dah 19 dan 17 tahun.
Demi cintakan Maya, sanggup Aryan belajar di luar negara bersama Maya dan tinggalkan Qairynn yang sangat perlukan Aryan.
Kesian hidup Qairynn yang merindukan Aryan. Diikuti pula bila Qairynn diculik sehinggalah ayahnya meninggal dunia, Qairynn berdepan dengan trauma dan sakit kemurungan.
Selepas lapan tahun, Aryan terpaksa hadapi kebencian Qairynn demi satu kemaafan. Bila Qairynn nak dikahwinkan dengan Firman, Aryan tekad untuk jumpa atuk Qairynn.
Watak antagonis Maya sangat terserlah. Cintanya pada Aryan terlalu extreme sampai sanggup membunuh.
Keseluruhan jalan cerita dan isi cerita dah menarik. Cuma ada beberapa bahagian yang meleret-leret dan kisahnya ada yang berulang-ulang agak membosankan.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
November 15, 2020
Okaylah.. Walaupun kahwin paksa namun ada yang menarik untuk dibaca.. Tajuk dia sangat memikat.. Isi dalam dia, okay..
Profile Image for Zai Abd Rahman.
50 reviews1 follower
March 14, 2015
One word to describe BEST!

Pelita di bawah purnama ni mengisahkan kisah Qairynn dan Aryan yang bersahabat dari kecil. Mereka tinggal berjiranan. Qairynn ni tinggal dengan nenek dan atuknya. Bukan dia anak yatim piatu pun tapi mak bapak Qairynn akur dengan permintaan atuknya untuk memelihara Qairynn.

Hubungan mereka asalnya bermula sebagai hubungan seorang abang dan adik dan ianya berterusan hingga mereka remaja. Hubungan yang rapat tu tak disenangi oleh orang tua Qairynn. Ialah, mereka halal antara satu sama lainkan.

Pada masa yang sama Aryan dalam diam meminati salah seorang kawan sekolahnya, Maya. Si Maya ni juga suka dengan Aryan tetapi dia cemburu dengan Qairynn. Si Maya ni memanggil Qairynn tomboy kerana Qairynn suka sangat simpan rambut pendek.

Dek kerana takut kehilangan Maya, Aryan sanggup mengikut kata-kata Maya hingga menyebabkan sesuatu berlaku pada Qairynn. Peristiwa itu membuat Qairynn mula membenci Aryan yang telah pergi ke Amerika untuk meneruskan pengajiannya. Walaupun dah habis belajar dia tak balik. Sebab apa tak balik? Bacalah ya buku ni.


Setelah lapan tahun berada di rantauan orang, Aryan balik dan bermula episode di mana Aryan mula hendak menagih maaf dari Qairynn. Masa ni kelakar dengan apa yang dilakukan oleh Qairynn pada Aryan. Tapi memang padan muka Aryan.


Seperti biasa dalam novel melayu, Aryan dan Qairynn berkahwin. Haha.. macam mana dia orang boleh kahwin sedangkan Qairynn amat membencikan Aryan? Pergi cari lah ya buku tu.. dan baca.


Okay, apa jadi dengan Maya? Apa helah Maya untuk memenangi Aryan semula? Apa rahsia Maya ni? Whoa baca lah buku ni.. yang pasti Maya tidak akan disukai...

Apa yang aku suka pasal buku ni? Aku suka dengan character Qairynn ni. Entahlah! Tapi kadang-kadang aku boleh bayangkan dia macam mana. Gaya garangnya dengan Aryan tapi agak manja dengan maknya. Aryan ni pun kadang-kadang aku terbayang-bayang muka dia yang terkulat-kulat bila kena dengan Qairynn. Hehe.. Qairynn ni ganas tau.. Cedera Aryan dikerjakannya tapi taklah cedera sangat. Sakit juga Aryan dibuatnya.


Paling aku tak tahan ada hantu tongkat Ali. Dalam ganas, degil dan kepala batunya, takut juga Qaiarynn dengan hantu tongkat Ali tu.. Apa itu hantu tongkat Ali? Bacalah ya.


Aku juga suka dengan karakter Aryan. Sabar dia melayan kerenah si Qairynn hingga hati batu Qairynn tu jadi lembut. Tapi ada juga beberapa kali air mata Aryan gugur. Sebab apa? Haaa... baca bukunya. Baru tahu.


Aku juga suka dengan sokongan adik-beradik dalam cerita ini. Qudsiah, kakak pada Qairynn sangat protective pada adiknya dan tidak mahu adiknya terguris lagi oleh Aryan. Berdesing juga telinga Aryan rasanya dengan apa yang dikatakan oleh Qudsiah. Ardina juga supportive towards adik dia, Aryan.
Profile Image for Ayman Hyeqal.
68 reviews58 followers
September 24, 2015
Tajuk: Pelita Di Bawah Purnama
Penulis: Fazlyn Ridz Adnil Zaff
Penerbit: Penerbitan Anaasa
ISBN: 978-967-1289-26-6
Harga: RM29(sm) RM32(ss)

PDP merupakan novel ke-5 penulis, sebuah kisah yg digarap dgn baik, mengisahkan Aryan dan Qairynn yg bersahabat baik sejak zaman sekolah, perhubungan seolah adik beradik tp spt belangkas yg sering bersama, mereka yg sering menafikan rasa cinta itu dan sering menganggap spt adik dan abg, semuanya berubah tatkala Arya menerima cinta Maya, hbgan Aryan bersama Rynn semakin renggang dek Maya yg sentiasa tdk berpuas hati dgn Rynn, hbgan Arya dan Rynn bermasalah dan dpt dihidu oleh keluarga mereka dan keluarga Aryan tlh meminta utk Arya menjernihkan semula hubungan itu, Aryan, Rynn dan Maya bersemuka demi menjernihkan keadaan tapi sebaliknya berlaku, kejadian yg tdk disangka sama sekali merubah seluruh hidup Rynn, apa yg terjadi pd Rynn? Apakah yg menyebabkan kehidupan Rynn berubah? Anda kena baca, selepas kjadian itu hidup Rynn berubah menjadikannya seorg yg dingin, atas sbb itu keluarganya cuba menjodohkannya dgn seorg duda yg bernama Firman tp ditolak oleh Rynn, dlm masa yg sama Aryan muncul semula demi meraih cinta Rynn, dlm masa itu Aryan sedar yg dia tlh terlewat tatkala mengetahui yg Rynn akan dijodohkan dgn Firman, tp Aryan ttp utk memohon maaf ats keterlanjuranya terhadap Rynn dan keluarganya, Rynn yg sememangnya membenci Aryan ats kisah silam itu yg akhirnya bersetuju akan perkahwinannya dgn Firman tp sebaliknya yg berlaku, apa yg berlaku? Anda kena baca, 8 thn kisah itu berlaku tp ttp tdk bisa dipadam dlm memori Rynn, kebenciannya terhadap Aryan masih menebal, dendamnya tdk pernah padam, tp segalanya berubah bila mereka bersatu, mulut kata benci tp hati kata syg, berita perkahwinan itu tdk disenangi oleh Maya, Maya cuba utk merobohkan perkahwinan Rynn dan Aryan, pelbagai cara dilakukan dgn menabur fitnah, mengapa Maya begitu membenci Rynn sejak zaman persekolahan? Anda harus baca, setiap yg pahit ada kemanisannya, anda perlu baca naskah ini, adakah Aryab berjaya memilikki Rynn sepenuhnay? Berjayakah Arya mendapatkan kemaafan dr Rynn dan menjadikan Rynn spt yg sblmnya? Apa pula yg terjadi pada Maya? Anda harus baca naskah ini, naskah yg cukup rasa, 5*/5* utk naskah yg baik ini, tahniah buat penulis dan penerbit ats lahirnya naskah yg baik ini, sebuah lg naskah yg sy cadangkan utk anda memilikkinya dan jdikannya sbg koleksi anda

# ini adalah pendapat peribadi dan setiap pembaca mempunyai citarasa yg berbeza
Profile Image for Nazril Abdul Razak.
31 reviews3 followers
April 12, 2015
Kisah kasih sayang pasangan remaja, Qairynn Asyikin dan Muhammad Aryan. Menyangkakan kasih sayang mereka hanya berlandaskan adik dan abang. Tinggal berjiran lebih meluaskan lagi keakraban mereka. Kemunculan Maya telah menggugat kesetiaan Aryan terhadap Qairynn. Si gadis tersebut diabaikan kerana alpa dengan godaan kasih sayang serta cinta buta terhadap Maya. Peristiwa hitam yang menoktahkan hubungan Rynn dan Aryan telah membelenggu pasangan tersebut sehingga 8 tahun berlalu. Kekesalan Aryan atas kealpaan masa lalu tidak dapat keampunan daripada Rynn. Mampukah kemaafan si gadis diperolehi serta cintanya diraih sementelah Rynn diintai si duda kacak beranak tiga, Firman? Apakah peristiwa 8 tahun dulu yang menghalang keampunan Rynn terhadap Aryan?
Profile Image for azian2575.
326 reviews12 followers
April 11, 2016
Qairynn & Aryan

Hubungan mereka pernah diduga..
Mereka saling memerlukan, saling melengkapi..
Sepertimana pelita di bawah purnama, biarpun indah cahaya purnama namun pelita itu tetap dekat dalam hati..


p/s:
saya perhatikan, perkataan-perkataan di bawah ni seperti sudah sebati dengan penulis-penulis novel kala ini..

studi = (study)
famili = (family)
muk = (mug),
kompelin (complaint) = 'merungut', kan senang!!

Sangat menghargainya jika penulis-penulis di luar sana supaya lebih peka dan jika boleh di'italic'kan font tu..

Rugi kalau di masa akan datang, kita dan generasi akan datang semakin 'miskin' bahasa Melayu sebab dah larut dalam memelayukan perkataan bahasa Inggeris..
Profile Image for Faradina Azlin Azahar.
507 reviews47 followers
April 21, 2015
Giler benci sama Aryan ngan Maya! sekian terima kasih. itu yg dapat dinoktahkan bila dah baca kepayahan hidup seorang Qairynn.. nanges2 hah membaca.. sedih sangat.. kecewa terluka duka lara semua la ada...

tp paling best ialah ofcoz saat2 memujuk dan dipujuk.. saat lepas kan balasan dendam dan segalanya.. hahahhaha.. br kena buku sama ruas gitu..

apa2 pun, ending dia manisssssss!! hehehe
Profile Image for Al.
82 reviews1 follower
October 11, 2021
Aku paling bengang part aryan tinggalkan rynn kat bukit gasing tu. Gila apa tinggalkan perempuan seorang-seorang kat tempat sunyi waktu malam. Kurang bijak gila aryan ni. Boleh balik dengan maya dan biarkan je rynn. Kau boleh je tinggalkan maya dan balik dengan rynn. Eee sakit hati kat bahagian ni. Kesian kat rynn.
Profile Image for Syikin.
39 reviews7 followers
May 18, 2015
Bestttt sangattttt..usaha untuk habiskan satu hari..tahniah untukk penulis..saya suka..terima kasih bagi mood membaca kembali semula..setelah membaca buku yg sama jer cerita nye..buat rasa mood membaca merundum..PELITA DIBAWAH PURNAMA memang terbaikkkkkkk..
Displaying 1 - 30 of 38 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.