L.U.V.E – Tentang Uthman Huzir Yang Mendambakan Gadis Pujaan, The Love, Sepenuh Cinta. Namun Keadaan Semakin Sulit, Masih Ada The Other Girl Dan The Old Flame… Dan Dirinya Sendiri. Dilemanya Berterusan, The Other Girl Mengejar Dia; The Old Flame Inginkan Dia Kembali; The Other Guy Mahukan The Love. Lalu Bagaimana?
143 – Kisah Cinta Yang Mengocakkan Emosi Merah Dan Biru Menjadi Warna Pelangi Cinta Ungu. Tiga Belahan Jiwa Yang Dipisahkan Waktu, Jarak Dan Diri Sendiri, Dan Akhirnya Yang Menemukan Mereka Ialah ‘Cinta’. Kisah Tentang Uth Dan Lana.... Lisa Dan Haikal. Juga Tentang Elina Dan Kéri. Dan Tentang Vee Dan Bucks Dan Rose.
Teja. Alam. Tuah – Kisah 3 Jiwa Yang Mencinta. Teja, Yang Memendam Rasa.Alam, Yang Tak Terduga Jiwa.Tuah, Yang Diharapkan Cinta.
Dan Café Marooned Menjadi Saksi Pada Kisah Cinta Mereka.
kompilasi pingu toha sebenarnya, so lain da baca, just review Teja.Alam.Tuah je
cerita yang santai, xde konflik pn sebenarnya... masih perkisar konflik yang sama, cinta bersegi2+ malu untuk meluahkan rasa cinta.
kagum dengan bahasa penulis, + konflik yang boleh masuk dalam cerpen yang pendek ni,.
cuma, magisnya sudah hilang, tiada lagi keseronokkan seperti dalam Lurve. kegedikkan yang tidak perlu, untuk seorang gadis kecengelan yang melampau untuk seorang gadis, yang asyik menangis tanpa sebab yang nyata untuk seorang lelaki yang entah suka entah tidak akan dirinya.
Ya Allah, tebal gila namatey buku ni. 1000+ pages. Sebab dia gabungkan 3 cerita penulis dalam buku ni. Tapi semuanya berkait rapat. .
Dan untuk lelaki yang selalu duk cakap yang perempuan tu complicated, maka, korang kena baca buku ni. Untuk sedar yang, watak lelaki dalam buku ni, sumpah complicated giler, lebih complicated daripada wanita. .
*Cerita pertama, LUVE.* Tentang Uthman Huzir. Uth sukakan Lana, sejak pertama kali bersua di stesen bas. Tapi si Uth ni takde kekuatan untuk meluahkan perasaan. Tambah lagi, dia sendiri confused, apa itu cinta. Tambahkan serabut buku ni, wujud juga watak Elina, bekas kekasih Uth yang masih mendambakan cintanya. Juga watak Vee yang terang-terangan sukakan Uth. Hot stuff eh mamat ni! Lepas tu, kawan baik Uth, Keri pun sukakan Lana. Apa kesudahan kisah cinta bersegi-segi ni? .
Yang aku bengang, bila Keri dah undur diri, si Uth tetap diam memendam rasa. Ya Tuhan. .
*Cerita kedua, 143* Ni kisah cinta 3 pasangan. - Uth dan Lana yang masih tiada hala tuju. Tambah lagi ada watak sampingan iaitu Haikal dan Lisa. haih. give up aku baca kisah dorang ni. - Elina dan Keri yang comel. - Vee dan Bucks yang double comel. .
*Teja. Alam.Tuah* Teja yang sukakan Tuah dalam diam. Selalu menangis meratapi nasib bila memikirkan cinta tak berbalas. Tapi, bila cinta hadir, 2 lelaki datang serentak. Tetiba Tuah muncul. Dan watak Alam yang sentiasa menjadi saksi Teja yang clumsy. Siapakah yang menjadi pilihan Teja? .
Overall, watak utamanya ialah Uth dan Lana. Tapi 2 ketul ni la yang paling annoying dan complicated. .
p/s: oh ya, cafe marooned ialah cafe yang menjadi saksi kisah cinta tidak kesampaian, menjadi tempat orang kesepian.