Jump to ratings and reviews
Rate this book

Membongkar Rahsia Dunia Melayu: Pribumi Asia Tenggara Menjawab Kekeliruan Sejarah

Rate this book
Dewasa ini, pelbagai serangan dan tohmahan dibuat mengenai kedudukan Melayu-Islam. Serangan yang dilakukan ini meliputi pelbagai isu seperti hak asasi untuk murtad, penyebaran ajaran Syiah, penyalahgunaan kalimah ‘Allah’ dalam Bible dan sebagainya. Selain itu, serangan itu juga dilakukan terhadap sejarah negara amnya dan sejarah Melayu khasnya, demi menimbulkan kekeliruan kepada umat Melayu-Islam agar tunduk kepada desakan dan permintaan mereka.

Serangan terhadap sejarah Melayu merupakan serampang dua mata dalam mencabar kedudukan umat Melayu selaku Bumiputera asal dan pada masa sama melemahkan kedudukan Islam di negara ini, memandangkan Perlembagaan Persekutuan, ‘Melayu’ di negara ini secara automatik adalah seorang Muslim. Menerusi ‘serangan’ berterusan terhadap putar belit sejarah Melayu, menerusi kenyataan akhbar, media sosial, media massa dan sebagainya, dibimbangi nasib umat Melayu-Islam di negara ini berakhir seperti umat Melayu-Islam di negara Thai, apabila sejarah keagungan Kesultanan Islam-Patani lenyap dan umat Melayu-Islam di sana terpaksa beridentitikan Thai-Muslim, lalu terhapuslah identiti dan jati diri penduduk Islam di sana.

Atas dasar itulah, tiga orang blogger sejarah kontemporari tempatan bergabung tenaga dan minda demi menghasilkan sebuah catatan khas untuk memperjelas kekeliruan serta menjawab putar belit yang disengajakan terhadap sejarah bangsa Melayu. Buku ini akan memfokuskan isu-isu yang mengelirukan umat Melayu-Islam, terutamanya kepada anak muda mengenai sejarah bangsa mereka.

“Jika kita mengenali negara Barat dengan kecanggihan dan kemodenan, adakah benar orang Melayu dahulukala hanya berkeris menentang penjajah Barat?"

Dengan membaca buku Membongkar Rahsia Dunia Melayu akan menjawab segala kekeliruannya.

335 pages, Paperback

First published January 1, 2014

18 people are currently reading
195 people want to read

About the author

Srikandi

2 books29 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
33 (40%)
4 stars
34 (41%)
3 stars
10 (12%)
2 stars
5 (6%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 15 of 15 reviews
Profile Image for Naim al-Kalantani.
283 reviews17 followers
October 17, 2015
Pada awalnya aku memang ingin mendapatkan buku ini. Melihat tajuknya sahaja sudah aku boleh assume bahawa penulis akan mengangkat martabat Melayu.

Pada segi fizikal buku; aku kira penerbit tidak perlu pun cetak buku ini atas glossy paper, berat nak angkat sebenarnya. Nak baca pun sakit mata. Dan ia akan jadi mahal. Nak berniaga pun berpada-padalah. Mentang-mentang best seller.

Dari segi isi, aku agak kecewa. Beberapa isi tidak digarap dengan kemas. Topik keris tidak diolah dengan terperinci. Aku sebagai seorang peminat keris dan senjata melayu, agak kecewa dengan tulisan dalam buku ini.

Aku tidak mengenali penulis, dan aku jarang baca blog ketiga-tiganya. Cuma blog Srikandi ada sikit-sikit aku baca. Tiap-tiap tulisan yang aku baca, aku akan melihat dari sudut akademik penulis dahulu. Adakah ketiga-tiga blogger ini mempunyai autoriti yang kemas untuk mengulas Dunia Melayu atau sekadar mengolah isi dari sumber lain (bibliografi)? Atau bagaimana mereka tahu?

Adakah mereka calon Ph.D? Professor?

Molek jika dibaca terus dari prof yang emangnya mengkaji mengenai Dunia Melayu. Setidaknya disiplin ilmunya dalam ruang lingkup itu.

Betul aku cakap, ada beberapa naskah lain yang geng-geng ini terbitkan, mulanya aku ingin memiliki juga, tetapi bila habis baca Dunia Melayu ini, perasaan ini menjadi tawar.
Profile Image for Jiwa Rasa.
407 reviews58 followers
January 6, 2019
Orang Melayu ini hebat sebenarnya. Hebat di laut. Pembina kapal yang hebat. Pengembara yang hebat. Pembuat senjata canggih yang mendahului barat.
Profile Image for M. Azhaari Shah Sulaiman.
357 reviews20 followers
February 24, 2015
Telah lama mengikuti catatan Srikandi menerusi blognya dan saya kira 'sengat' Srikandi adalah pada lenggok bahasanya yang provokatif dan ofensif, namun apabila tulisan tulisannya dibukukan dan melalui proses 'pemurnian', sengatnya seakan kurang. :)

Buku ini pernah seketika menimbulkan kontroversi oleh sebilangan orang India di Malaysia kerana didakwa buku menafikan hubungan Melayu sebelum kedatangan Islam dengan pengaruh Hindu. Saya kira tuduhan ini tidak berasas dan sangat memalukan. Di mana bukti? Uthaya Sankar juga ada memberi komentar dan menafikan tuduhan liar ini.

Secara keseluruhan, buku ini tetap tidak mengecewakan, persembahan buku ini dengan masukan lampiran2 gambar dan penggunaan kertas glossy tetap mampu menarik minat pembaca dan bercitra mewah.

Adakah buku ini berjaya meluruskan kekeliruan sejarah?

Mungkin pada sebahagian intinya,namun kajian mendalam lagi masih perlu dibuat. Saya selalu meletakkan satu standard dalam pengkajian sejarah.

Adakah penulis sendiri turun ke site dan mencermati literature dan di tempat kajian?

Untuk meluruskan itu niat yang baik, tetapi lurus bersekali dengan kelompongan data dan maklumat tidak akan menjamin kesahihan faham sejarah yang ingin diluruskan itu.

Bagaimana pun, ini satu usaha yang baik. Jauh lebih baik dari insan insan yang menulis di balik tabir dengan citra palsu akan sejarah yang sekadar didengar dengar tanpa mendatangkan bukti dan kesahihan yang ampuh dan empirikal
Profile Image for sy.nazurah.
38 reviews6 followers
July 6, 2020
Apa yang aku boleh katakan, anak-anak muda dan golongan belia perlu ambil tahu tentang identiti bangsa Melayu itu sendiri. Dan buku ini adalah salah satu buku yang boleh masuk dalam checklist 'want-to-read' ☺️

Tak pernah terdetik bahwa bangsa rumpun Melayu ni memang sudah ada sejak berkurun-kurun lamanya, dan kerajaan rumpun Nusantara pun boleh dikatakan sangat hebat mengikut catatan sejarah yang ada.

Dari sejarah asal rumpun Nusantara, empayar hebat rumpun Nusantara, cara hubungan diplomasi yang dijalankan, strategi pertahanan yang dilaksanakan, jenis senjata dan meriam yang digunakan untuk mempertahankan tanah Nusantara, hinggakan ke kisah pelaut bangsa Malayo-Polinesia, penulis menerangkan dengan seringkas dan sepadat yang boleh.

Bangsa rumpun Melayu dan Nusantara pada dahulu kala bukan calang-calang orang. Sedikit sebanyak menarik minat aku untuk mencari tahu buku yang menuliskan tentang kegemilangan empayar yang pernah wujud di alam Melayu.

Bagi beginner yang baru baca genre sejarah, ianya berbaloi untuk baca pada pendapat peribadi aku.
Profile Image for Nur.
631 reviews17 followers
December 22, 2024
Buku Membongkar Rahsia Dunia Melayu oleh Srikandi dan Al Semantani adalah karya yang mendalam dan penting yang mengupas pelbagai fakta sejarah mengenai masyarakat Melayu dan warisan mereka di Asia Tenggara. Dalam menghadapi pelbagai serangan terhadap sejarah dan identiti Melayu, penulis berusaha untuk memberikan klarifikasi dan menjelaskan kekeliruan yang sering ditimbulkan dalam naratif sejarah.

Salah satu bukti sejarah yang tepat yang ditunjukkan dalam buku ini adalah mengenai pengaruh dan penguasaan Kesultanan Melaka yang menjadi pusat perdagangan dan penyebaran Islam di Asia Tenggara pada abad ke-15. Kesultanan Melaka bukan sahaja terkenal sebagai sebuah kerajaan yang makmur, tetapi juga sebagai sayap penyebaran agama Islam, dengan banyak ulama dan pedagang yang datang dari pelbagai pelusuk dunia. Peranan Melaka dalam menghubungkan dunia Timur dan Barat menunjukkan betapa kayanya sejarah Melayu yang seringkali dipandang ringan.

Di samping itu, buku ini juga menceritakan kebudayaan Melayu yang kaya termasuk seni, sastera, dan sistem pemerintahan yang ada sejak zaman dahulu. Melalui pemeriksaan dokumen seperti Sejarah Melayu, penulis menghujahkan bahawa masyarakat Melayu telah memiliki hubungan sosial dan budaya yang teratur sebelum kedatangan kuasa kolonial, mengukuhkan kedudukan mereka sebagai peribumi yang berhak ke atas tanah dan sumber-sumber yang ada.

Dengan menggunakan fakta-fakta sejarah yang tepat dan kajian yang mendalam, Membongkar Rahsia Dunia Melayu bukan sahaja berfungsi sebagai pencerahan mengenai sejarah bangsa Melayu tetapi juga sebagai sumber motivasi untuk mempertahankan identiti dan maruah bangsa di tengah-tengah pencabulan sejarah yang sedang berlaku. Buku ini amat berharga bagi sesiapapun yang ingin memahami dan menghargai warisan kaya masyarakat Melayu di Asia Tenggara.
Profile Image for Farhan.
6 reviews1 follower
August 5, 2015
Buku yang sesuai untuk sesiapa yang mahu berjinak untuk mengetahui sejarah dunia Melayu
Profile Image for Izzat Isa.
417 reviews50 followers
October 30, 2018
Sebuah buku kajian sejarah yang menarik dengan fakta dan penyampaian yang mudah. Ia sesuai dibaca oleh semua peringkat usia bagi mendalami latar belakang sejarah bangsa Melayu terutamanya sebelum kemunculan kerajaan kesultanan Melayu Melaka dan hubungan serantau. Tiga orang penulis telah membahagikan kajian mengikut bab seperti Asal-usul Melayu dalam kelompok besar Austronesia, catatan di prasasti dan batu bersurat, hubungan dengan orang Asli, proses Indianisasi, kekeliruan fakta sejarah, pengasas Melaka, bahasa Melayu, latar belakang Hang Tuah, falsafah keris, senjata api Melayu dan perkapalan Melayu. Sebuah bacaan wajib dibaca oleh generasi muda.
Profile Image for Ainnudin Ja'far.
116 reviews1 follower
November 10, 2018
Naskhah yang memaparkan asal - usul bangsa Melayu, sejarah ketamadunan bangsa Melayu, hubungan bangsa Melayu dengan masyarakat setempat mahupun dengan masyarakat luar, kekeliruan yang merunsingkan fikiran dan perkara yang berkaitan. Turut disentuh dalam dalam tulisan ialah tentang bagaimana jatuhnya Kesultanan Melayu Melaka yang pernah menjadi antara empayar terhebat suatu ketika dahulu. Penuh dengan fakta sejarah dan disokong dengan kajian secara empirikal bakal memberikan penambahan pengetahuan buat pembaca !
Profile Image for Mohd Nur Alif.
6 reviews
January 17, 2019
This book highlights the history of Malay in various parameters; Royal, Government, Industrial activities, weapons and many more. There is also emphasis on the aborigins of Tanah Melayu.

Most of the informations seem to be correlated with the data displayed at the Aborigines Muzium in Gombak.

Every claim presented in this book is supported with particular references.

Profile Image for Chekemdotty.
39 reviews3 followers
December 26, 2016
Buku ni ada 12 bab dan ditulis oleh 3 orang penulis.Bagi aku,mereka penulis yang hebat.Cuba membuktikan yang bangsa Melayu sebenarnya hebat.Dulu,kita bangsa yang bertamadun.Entah silap penjajah atau sikap kita sendiri yang buat kita jadi bangsa yang 'lain macam' sikit lepas merdeka ni.
Aku syorkan semua baca buku ni.Nilai ilmu dia banyak.Kau akan tahu bangsa Melayu ni bukan calang-calang.Lepas baca buku ni,kau akan sedar yang buku sejarah kita tu haruslah dirombak secara besar-besaran.Sejarah bangsa kita dan Melayu bukanlah sesempit Perlis ke Sabah,malah melepasi benua dan akal fikiran kita.
Siapa sangka bangsa Melayu sebenarnya berperang dengan Portugis menggunakan meriam,bukannya dengan tombak atau keris.Merepek wei.Kita kalah bukan sebab kekurangan dari segi teknologi atau senjata,kita kalah sebab kepincangan dalaman.Masyarakat dan pemimpin Melaka masa tu dah pincang.Tu pun aku tengok pemimpin sekarang macam tak belajar dari sejarah je.Hehehe..
Buku ni tema dia adalah ilmiah.Jadi,kalau kau baca sekali tak faham,itu normal.Tapi memandangkan aku dah baca buku Srikandi yang sebelum-sebelum ni,jadi aku dah boleh faham dan ingat sikit-sikit perkataan,cerita dan nama-nama yang susah kepala otak nak cerna tu
Profile Image for Theqs13 Halim.
8 reviews
September 26, 2015
The government issued history textbook starts with a general overview of prehistoric times (homo sapien, paleolithic, stone age) n then proceed to the time of malacca.
Question is, whats going on with the malay world prior to that?
this book provides a good start in finding the answer.
Hopes there will be more books to follow up the issues already raised by the authors
Profile Image for Chombi.
120 reviews3 followers
December 25, 2015
Alangkah bagusnya jika ada perincian bg setiap kategori. Baru nikmat baca Buku sejarah. Mengetahui bahawa Melayu itu hebat, namun masih belum ada sarjana- sarjana sejarah tempatan yg berani memperbetulkan sejarah yg sedia ada dlm buku teks.
Profile Image for Muhamad Fahmi Yunus.
4 reviews
July 28, 2015
Tertanya tanya adakah penulis buku sejarah bagi sekolah menengah kurang membuat kajian sebelum penulisan buku teks dilakukan
Profile Image for Mohd Hafiz.
59 reviews1 follower
May 19, 2019
Buku yang penting untuk dibaca oleh semua terutamanya anak Melayu. Jika dalam buku teks Sejarah di sekolah, kerajaan Melayu hanya bermula dari kerajaan Melayu Melaka. Tetapi dalam buku ini, pelbagai penemuan Sejarah membuktikan ketamadunan Melayu bermula jauh lebih awal dari itu, bahkan kerajaan2 Melayu purba dahulu jauh lebih hebat dari yang kita tahu. Sangat disarankan untuk bacaan.
Displaying 1 - 15 of 15 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.