Jump to ratings and reviews
Rate this book

Tarbiah Sentap #1

Tarbiah Sentap #1

Rate this book
"Buku paling sentap di dunia! Gugur jantung sebab banyak kali kena headshot!"

"Tarbiah Sentap telah membuka hati aku selama ini. Kata-kata yang membuatkan aku sedar dari kesilapanku..."

"Alhamdulillah! Most of my hijrah steps were initiated by Tarbiah Sentap coz saya dah lama nak berhijrah cuma tak cukup kuat..."

"Bila saya baca buku ni, saya rasa macam pegang something yang sangat berharga! Memang dulu saya usaha jaga ikhtilat tetapi saya ragu-ragu dengan apa yang saya buat. Dengan adanya buku ini, ia kembali membuatkan langkah saya semakin kuat! Moga ramai di luar sana yang dapat hidayah melalui buku ini!"

"Alhamdulillah, ibu suka sangat baca buku Tarbiah Sentap. Ibu cakap, dia suka cara ustaz menulis! Ibu sampai bawak buku tu ke hospital. Buku Tarbiah Sentap menjadi hiburan ibu dan ayah saya sekarang!"

"Saya dah habis baca buku tu. Dari start saya baca sampai habis, saya terfikir: 'Penulis ni masuk dalam fikiran pembaca ke apa? Semua benda yang terdetik di hati, semuanya di hurai sejelas-jelasnya!!"

"Baca bab 1 pun saya dah sedih mengenang dosa-dosa lampau!"

"Ketagih baca buku Tarbiah Sentap. Lagi baca, akan lagi seronok. Seronok sebab kena batang hidung sendiri! Aku dah jatuh hati dengan buku Tarbiah Sentap ni...."

"Sebelum tidur baca buku Tarbiah Sentap. Gila sentap...."

229 pages, Paperback

First published January 1, 2015

39 people are currently reading
408 people want to read

About the author

Adnin Roslan

23 books78 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
144 (55%)
4 stars
72 (27%)
3 stars
27 (10%)
2 stars
9 (3%)
1 star
8 (3%)
Displaying 1 - 25 of 25 reviews
Profile Image for Aini Akmalia.
100 reviews70 followers
June 11, 2015
Segala puji bagi Allah, selesai juga pembacaan buku ini. Terasa satu tumbukan bertubi-tubi pada dada saya saat membaca buku ini. Di akhirnya saya merasakan satu tekad perubahan, tekad perubahan yang bukan untuk diri sendiri sahaja, insya Allah.

Semoga Allah merahmati penulis, Ustaz Adnin dan semua yang terlibat menjayakan penghasilan buku ini. Benarlah seperti yang tertulis pada cover buku ini. "Kadang-kadang, ummah hari ini perlu diberi sentapan, agar mereka yang lalai dibuai mimpi, kembali bangkit menjadi singa!" Dakwah adalah seni. Islam sememangnya memerlukan kita-kita semua yang mempunyai personaliti yang pelbagai untuk terus memartabatkan medan dakwah ini. Jika anda gila-gila, tegas atau kelakar, tak perlu susah-payah untuk ubah personaliti atau cara anda. Be yourself! Medan ini sememangnya memerlukan kepelbagaian personaliti demi menarik mad'u yang pelbagai personaliti juga.

Keseluruhannya, buku ini berisi dan santai. Seolah-olah kita sedang duduk mendengar usrah dengan penulis. Ayatnya mudah, sempoi dan bersahaja. Lebih dekat dengan golongan remaja. Pun begitu tetap sesuai untuk semua lapisan umur. Setiap hujah disertakan dengan bukti ayat Quran dan hadis, serta kalam ulama'-ulama' muktabar dan kisah-kisah para salafussoleh, membuktikan buku ini bukan sekadar sembang kosong. Diingatkan, anda perlu membuka hati, membuka minda sebelum mula membaca buku ini. Mungkin ada yang tak berapa nak bersetuju dengan penulis, akan tetapi terimalah segala teguran dengan hati terbuka, kerana apa yang diperkatakan adalah benar belaka. Semua ini tidak lain dan tidak bukan demi sebuah perubahan untuk membina individu Muslim dalam diri kita.

Dari segi tenikalnya pula, banyak kesalahan ejaan. Err saya boleh terima kesalahan ejaan, tapi jika sudah terlalu banyak, rimas juga rasanya. Cover ringkas. Isi padat. Tidak hairanlah buku ini mencapai bestseller sepanjang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2015 pada April lalu. Hidangan rohani yang menyentap ulu hati. Insya Allah sesuai untuk semua peringkat umur.
Profile Image for Insyirah Wafiyyah.
7 reviews
November 27, 2015
Mula2x ak gelak lama2 aku nangis
sampai separuh ak tak leh bca lagi
Sebab bukn semua adik-beradik yg ambik berat masa kita susah.
Abg yg selalu ambik tahu pasal adiknya.
Banyak yg selalu ak buat sndiri, n then klu moto rosak kat tgh jln, kwn perempuan tau ke nk betolkn?
Lg satu, kwn perempuan nie bergosip je pandai.
Dah tu xkn time kita mntak tlong bru kita cari diaorg?
Dlm belajar pulak, kreativiti perempuan xsama dgn lelaki, assignment kdg lecturer bg ikot group.
Pokok pangkalnya hati.
Profile Image for Adrini Chia.
226 reviews
May 6, 2024
I honestly think this book gave me really huge ego issues as a kid, i only read this cause mai read it, then ustazah told me she doesnt like the book. LOL. Also I gave this book to my ex to break up with him HAHAHAHAHAHAHA THEN HE LOST THE BOOK AND GAVE ME RM25 BACK LOL
1 review
October 6, 2017
Terasa segar sentapannya. Moga-moga sentapan ini akan membangkitkan singa-singa yg tidur!
Profile Image for Amal.
49 reviews12 followers
March 7, 2020
As usual, this author is amazing.Everything that he wrote hits rights to you!
Profile Image for Fya Books.
58 reviews3 followers
December 7, 2022
Saya tak sangka akan menyukai buku ni. Sebab pada mulanya saya sangka ia untuk golongan remaja sahaja. Rupanya tidak
Banyak benda saya pelajari terutama bab tarbiah. Saya memang know nothing about it until i read this book. Apa maksud tarbiah, jenis tarbiah, cara nak berubah. Memang best lah. Awal-awal sekali ustaz cerita tentang dosa dahulu seperti dosa berikhtilat dan berhibur. Then baru masuk bab tarbiah. Sangat bermanfaat. Harap ramai anak muda dapat baca buku ni.
Profile Image for Hidayah Fauzi.
177 reviews3 followers
June 13, 2019
Untuk orang yang memang pernah belajar di sekolah arab/agama dan mana yang mengikuti usrah rasanya buku ni takde laa terlalu sentap atau 'syadid' sangat sebab kita semua memang dah 'aware' benda tu cuma atas kita jer nak teruskan atau tidak.

For me, this book is good cuma still akan buat salah juga even dah baca buku ni. Mungkin sebab bukan betul2 taubat nasuha kot even untuk dosa kecil sahaja...

Tapi boleh jer sape2 nak baca cuma kena buka minda dan buka hati sikit laa. Kalau terasa jangan terus 'expect' semua da'ie adalah sama. :)
Profile Image for Wan Siti.
140 reviews9 followers
May 7, 2015
Isi yg jelas cara penulisan seperti penulis bercakap dgn kita..

ada byk kesalahan ejaan.

isi permulaan buku tuntas & sesuai utk remaja.
di pertengahan dah mula serius sehingga ke hujung buku dgn isu dakwah yg ditekankn..

dakwahlah & menjadi baik bergerak seiring.

jgn tggu jd baik duli baru nk mula berdakwah...
Profile Image for Khairun Hamid.
3 reviews1 follower
October 6, 2015
kerana buku inilah, saya mengalami drop phase yang teruk sehingga saya hilang diri saya sendiri. Dan kerana buku inilah saya terbuka hati dan minda untuk menjadi seperti yang ditegaskan oleh Ust Adnin.
Buku ini membuka mata pada jiwa-jiwa yang cerah dan masih suci. Buku ini menyentak pada hati-hati yang sudah berkeladak. Buku ini sentiasa sesuai untuk semua.
Profile Image for Afiqa Roze.
7 reviews3 followers
May 5, 2015
Entah berapa kali tersentap, atas kata-kata yang ditatap. Moga Allah merahmati anda ustaz. Moga terus cemerlang menyumbang kepada ummah. Dan ya, kadangkala ummah ini perlu diberi sentapan barulah mereka mahu bangkit!
Profile Image for Muizu ismail.
111 reviews4 followers
April 13, 2019
Buku ini bagus Dan sesuai untuk mereka Yang betul-betul hendak berubah. Penuh dengan perkataan Yang "menyentapkan" tapi apa Yang disampaikan kadangkala saya terasa kerana kesilapan Kita dahulu Dan buku ini antara Yang terbaik untuk saya "resetting diri" saya.
Profile Image for Hakimah  Saidi.
50 reviews2 followers
August 5, 2015
Alhamdulillah for the inputs. May all of us being blessed. Terima kasih atas tulisan yang menyentap ini dan insyaAllah untuk kebaikan. speechless sebab bagus sangat. cenggini haa (Y)
Profile Image for Haliza Ali.
212 reviews10 followers
June 15, 2015
Truth Hurts. Istiqomah utk menjadi lebih baik.
Profile Image for Mario.
4 reviews12 followers
August 21, 2015
Honestly, I am impressed by this book and its author. Penerangannya jelas dan mudah difahami, serta membuka mata dan minda sedikit demi sedikit. Totally worth my time.
6 reviews
September 4, 2015
memang sentap! pengisian yg sarat dgn nasihat. buku yg wajib dibaca
4 reviews
December 30, 2015
Sesuai kepada sesiapa yang perlukan penerangan yang terus terang dan tak berbelit.Paling penting memang sentap bila apa yang kita buat selama ini sebenarnya salah!
Profile Image for Amin Ramily.
4 reviews
June 9, 2017
Gaya penulisan yang sangat santai dan dekat dengan jiwa remaja "penggunaan beb dan sebagainya) tetapi dengan mesej yang ringkas, padat dan terus terang (straight forward). Sentapnya bukanlah sindiran tetapi teguran demi teguran yang tidak mempunyai kiasan, supaya pembaca terus sedar dan kaitkan dengan kehidupan mereka. Secara peribadi, buku ini banyak membantu saya melihat keadaan sebenar remaja muslim Malaysia dan puncanya. Saya bersetuju dan yakin dengan fikrah yang dibawa ikhlas oleh penulis untuk pembaca. Semoga Allah merahmati beliau.
Displaying 1 - 25 of 25 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.